Mencari ketenangan hati

*

Author Topic: Mencari ketenangan hati  (Read 9376 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

11 September, 2011, 05:38:45 PM
  • Publish
  • Sejak akhir-akhir ini hati saya selalu tidak tenang..setiap masa saya gelisah dan resah..bermacam cara telah saya buat..saya perbanyak kan solat sunat di tengah malam..memohon di berikan ketenangan..tapi hati saya masih rasa resah..apa yang perlu saya buat?

    Reply #1 11 September, 2011, 07:08:16 PM
  • Publish
  •  :)
    "iaitu orang yang berimandan hati akan menjadi tenteram dengan mengingat ALLAH.Ingatlah, dengan mengingat ALLAH hati akan menjadi tenteram" (QS 13:28)

    jangan berputus asa..teruskan berusaha, berzikir dan bacalah Al Quran..semoga hati saudari akan menjadi tenteram.

    sibukkan lah diri dengan melakukan pelbagai aktiviti,fikirkan yang positif
    semoga saudari di beri ketenangan,insyaALLAH..ameen :jaz:
    mencari redha ALLAH...jadilah insan berguna kepada orang lain

    Reply #2 11 September, 2011, 09:32:51 PM
  • Publish
  •  :ws:terima kasih di atas nasihat yang telah saudara berikan..Insyaallah saya akan terus berusaha untuk mendekat kn diri saya dengan Nya..mudah-mudahan saya akan beroleh ketenangan.. :aamiin:

    Reply #3 11 September, 2011, 10:57:37 PM
  • Publish
  • salam...
    kalau tak silap saya baca surah al-insyirah...
    lagi satu, baca doa asma ul husna, doa tu selalu ada dalam buku surah-surah pilihan..

    insyaallah...


    Reply #4 12 September, 2011, 05:50:32 AM
  • Publish
  •  :)terima kasih daisy.. :ins: saya akan mengamal kan nya..

    Reply #5 12 September, 2011, 10:18:58 AM
  • Publish
  • Selain amalan kat atas tu, elok juga amalkan istighfar, selawat, hauqalah dan baca quran dengan istiqamah.

    Lagi satu cuba cari asbabnya dari mana datang resah dan gelisah itu.
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    Reply #6 12 September, 2011, 10:24:38 AM
  • Publish
  • baca lah doa doa dari kalamNya...

    Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"

    (Taha : 25,26,27)

     

     doa penerang hati -

    Insyallah dalam surah yg saudari hadas bagi tu.,, susuli lah sekali -
    dan seperti mana tuan nazri terangkan..

    susuli nafas dengan Allahu...
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Reply #7 12 September, 2011, 11:12:49 AM
  • Publish
  • hati menjadi kacau bilau apabila pergantungannya kepada Allah s.w.t tidak kuat,hidup ini banyak ujian yang perlu kita lalui kerana sebagai manusia yang beriman dunia adalah tempat kita di uji

    Reply #8 12 September, 2011, 01:11:18 PM
  • Publish
  • terima kasih semua di atas nasihat2 yang di berikan..insaallah saya akan cuba untuk mengamal kannya..semoga Allah merahmati hidup anda semua.. :ins:

    Reply #9 12 September, 2011, 01:42:00 PM
  • Publish
  • ketenangan hati..........semoga saya pun memperolehinya.

    Reply #10 12 September, 2011, 02:05:47 PM
  • Publish
  • "sakinah" itu bukan dinanti...akan tetapi berusahalah mencari "sakinah" itu...jangan biarkan "sakinah" itu hilang disebabkan kealpaan dan kelalaian kita...jika "sakinah" hilang, makan gundah gulana lah jiwa...

    Reply #11 12 September, 2011, 02:07:53 PM
  • Publish
  • ada ustaz pernah ckp, tenang ni bukan makna kita happy je memanjang, atau takde problem langsung.

    Tenang ialah apabila kita redha dengan ujian Allah bagi. Itu strategic level.

    Dari segi tactical, kita terima yg Allah nak menguji kita dan kita manage problem itu berlandaskan syariat.

    Sy rasa tak ada orang yg rasa resah gelisah tanpa punca. Go back to the root of the problem. Accept the problem and handle it accordingly.

    Kadang2 masalah tak boleh diselesaikan , kdg2 boleh selesai.

    Reply #12 12 September, 2011, 03:06:53 PM
  • Publish
  • Bahagia itu dari dalam diri
    Kesannya zahir rupanya maknawi
    Terpendam bagai permata di dasar hati
    Bahagia itu ada pada hati
    Bertakhta di kerajaan diri
    Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
    Bahagia itu ada di jiwa
    Mahkota di singgahsana rasa
    Bahagia itu adalah suatu ketenangan
    Bila susah tiada gelisah
    Bila miskin syukur pada Tuhan
    Bila sakit tiada resah di jiwa
    Bukankah Tuhan telah berfirman
    Ketahuilah dengan mengingati Allah
    Jiwa kan menjadi tenang
    Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
    Bila kaya jadi insan pemurah
    Bila berkuasa amanah
    Bila berjaya tidak alpa
    Bila sihat tidak lupakan Tuhan
    Hakikatnya bahagia itu
    Adalah ketenangan
    Bila hati mengingati Tuhan
    Semua insan kan mengerti
    Maksud terseni Ilahi
    Itulah zikir yang hakiki hati
    [warning]I AM NOT WHO I THINK I AM. I AM NOT WHO YOU THINK I AM. I AM WHO I THINK YOU THINK I AM[/warning]

    Reply #13 12 September, 2011, 03:48:01 PM
  • Publish
  • Bahagia itu ada pada hati
    Bertakhta di kerajaan diri
    Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
    Bahagia itu ada di jiwa
    Mahkota di singgahsana rasa

    Bukankah Tuhan telah berfirman
    Ketahuilah dengan mengingati Allah
    Hakikatnya bahagia itu
    Adalah ketenangan
    Bila hati mengingati Tuhan
    Semua insan kan mengerti
    Maksud terseni Ilahi
    Itulah zikir yang hakiki hati

    terima kasih Izzah..

    Reply #14 12 September, 2011, 04:17:22 PM
  • Publish
  • Syarat bagi ketenangan hati = iman.

    "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."
    (Surah Al-Ra‘ad: 28)

    Orang yang beriman akan merasa terhibur (tenang);

    ~Apabila melaksanakan perintah-Nya kerana merasakan perintah itu datang daripada kekasihnya.
    Kalau yang menyuruh itu kekasih, tidak ada yang disusahkan bahkan kegembiraan yang akhirnya membawa ketenangan. Mereka rasa seronok dan terhibur dengan ibadah tersebut.

    ~Dengan warna kehidupan yang dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa bersangka baik dengan Allah, membuatkannya tidak pernah resah.
    Apabila diberi nikmat mereka rasa terhibur, lalu bersyukur. Diberi kesusahan, mereka terhibur, lalu bersabar.
    Mereka yakin dengan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :
    “(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Agama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.
    (Surah Al-Baqarah: 138)

    ~Apabila melihat alam ciptaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
    Mereka merasa tenang, bahagia dan gembira melihat pantai, bukit bukau, langit, laut dan sebagainya. Melihat, mendengar dan berfikir tentang keindahan itu sudah cukup bagi mereka merasai keindahan alam dan kebesaran penciptaNya. Sifat sedemikian merupakan sifat orang-orang yang bertaqwa iaitu orang yang berusaha memelihara dirinya daripada menyalahi hukum dan undang-undang Allah Ta‘ala. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala tafsirnya :
    “Sesungguhnya pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa”.
    (Surah Yunus: 6)
    Selain itu mereka ini dapat menghayati maksud sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:
    “Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka keindahan”.
    (Hadis riwayat Muslim )

    ~Apabila mendengar@mengalunkan alunan ayat suci Al-Qur‘an, selawat yang memuji Nabi, lagu yang menyuburkan semangat jihad, puisi atau syair yang menghaluskan rasa kehambaan kepada Tuhan.
    Ini pasti pasti akan menyuburkan lagi iman mereka.
    Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya:
    “Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Qur‘an yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah”.
    (Surah Al-Zumar: 23)
    FirmanNya lagi yang tafsirnya :
    “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementerlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”.
    (Surah Al-Anfaal: 2)
    Dan firmanNya lagi yang tafsirnya :
    “Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya”.
    (Surah Al-Hajj: 35)

    ~Apabila melaksanakan ibadat(terutamanya sembahyang) dengan penuh perhatian.
    Semua ibadat jika dilaksanakan dengan penuh perhatian, pasti akan memberi ketenangan jiwa, lihat sahaja ibadat sembahyang, sekalipun merupakan suatu kewajipan orang Islam, ia juga suatu hiburan yang kekal yang menjadikan hati orang yang beriman dan bertaqwa itu terhibur dengan sembahyang kerana mereka terasa sedang berbisik-bisik, bermesra, mengadu dan merintih dengan kekasih hatinya iaitu Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
    Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa dengan sembahyang, hati orang beriman dan bertaqwa sudah terhibur, Baginda bersabda yang maksudnya :
    "Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang”.
    (Hadis riwayat Al-Nasa‘ei)


    Renungan untuk kita bersama (terutamanya diri saya ni yang tengah rasa tak tenang) =) Sumber inspirasi: http://www.salingsapa.com/index.php?p=blogs/viewstory/104463

    Reply #15 12 September, 2011, 06:58:18 PM
  • Publish
  • -salam-

    Hati yang dihargai oleh Allah ialah hati yang bersih daripada maksiat, syubhah, hasad dengki dan seterusnya daripada perkara yang makruh dan yang dibenci oleh Allah, dan sepatutnya kita kembali kepadaNya dalam keadaan hati yang bersih.Kita hendaklah berusaha untuk mencapainya.

    Rasulullah SAW sentiasa berdoa kepada Allah SWT dengan sabdanya:

    ‘Ya Allah, sesungguhnya aku memohon darimu hati yang suci bersih’

    Padahal Baginda seorang yang maksum, dan Baginda itu contoh terbaik untuk Ummatnya.
    Jangan menilai saya berdasarkan penulisan atau post saya!!!!!(kalau saya post pasal christianity/pluralisme bukan saya nak ajak anda join agama/fahaman itu!!!!atau saya seorang christian!!!!!TETAPI saya sedang berkongsi apa yang saya belajar!!!!!
    INGAT!!!!DAKWAH IS NOT ABOUT I AM BETTER THAN YOU!!!

    Reply #16 13 September, 2011, 08:11:11 AM
  • Publish
  •  :)
    rujukan : Dimana Dia Di Hatiku - Pahrol Mohd Juoi

    Pesan Imam Ghazali:
    "Carilah hatimu di tiga tempat. temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

    Reply #17 13 September, 2011, 09:12:53 AM
  • Publish
  • salam...
    hati tennag bila mengingati allah iaitu dgn berzikir..mungkin pada awalnya sukar, kadang2 kita bertanya apa dosa kita sehinggan hati tidak tenang..manusia snts melakukan dosa, lakukan solat taubat dan pinta moga ditenangkn hati..dengar muzik berunsur ketuhanan seperti lagu opick...insyaallah..akan mendapat ketenanagan hati

    Reply #18 13 September, 2011, 02:30:33 PM
  • Publish
  • mencari ketenangan hati adalah dengan melepaskan segala-galanya.
    sehingga rasa kecil, kerdil, hina dina, tiada apa, tiada siapa, lemah, kosong, hambar, dan tiada berkepentingan.

    Nah, ketika itu carilah Allah. bukan untuk meminta apa-apa bagi mengisi kekosongan itu, sebaliknya hanya menginginkan kedekatan kepada Allah. itu saja.

    Ini,kita rasa tak tenang kerana dunia, lepas tu kita berharap dapat tenang jika dapat apa yang diinginkan. Mana boleh, selagi nafsu kita lapar takkan boleh tenang walaupun kadang-kadang kita menyangka dengan terkabul hasrat kita berjaya tenang.

    Sakeenah boleh dpt dengan kedekatan kepada Allah SAHAJA. Tunggu saat itu, dan dunia akan dengan sendirinya datang berlari-lari kepadamu. (cewah)

    Agak jer la~ bye

    Reply #19 02 July, 2013, 03:54:34 PM
  • Publish
  • Opick _ Obat Hati


    "The spirit of knowledge is action"..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    62 Replies
    19282 Views
    Last post 16 December, 2012, 04:12:02 PM
    by afiQoh
    3 Replies
    1873 Views
    Last post Today at 11:58:14 AM
    by azalinamatzaini.lin
    25 Replies
    4322 Views
    Last post 18 March, 2012, 06:41:36 PM
    by keMuNcUpp