Antara IBU dan ISTERI, siapa patut didahulukan???

*

Author Topic: Antara IBU dan ISTERI, siapa patut didahulukan???  (Read 8705 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

kaseh_suci

  • *
  • Posts: 6
    • View Profile
06 September, 2011, 11:50:37 PM
  • Publish
  •  :)

    Assalamualaikum,

    Saya sekadar ingin mendapatkan nasihat/pandangan dari halaqian di sini...

    Saya mempunyai seorang abang yang telah bercerai dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 4 tahun.
    Mereka telah bercerai lebih kurang bulan Mac 2011.Masalahnya sekarang ialah, abang sy ini telah menjalinkan hubungan dengan sepupu bekas
    isterinya.
    Tetapi hubungan mereka tidak direstui oleh ibu sy kerana ibu sy terlalu kecewa di atas masalah yang melanda abang sy bersama bekas isterinya itu.
    Sebelum mereka mengambil keputusan bercerai, ibu sy telah berusaha untuk mendamaikan keadaan,tetapi sebaliknya berlaku.
    Ibu saya dimarahi dan dituduh dengan bermacam2 tuduhan yang tidak berasas oleh keluarga bekas isteri abang saya.
    Oleh itu,ibu saya tidak merestui hubungan abang sy dengan sepupu bekas isterinya kerana percaya sekiranya mereka berkahwin kelak,
    akan timbul masalah yang sama.
    Sekarang ini, abg saya telah melukai hati ibu saya dengan berdegil memilih perempuan itu berbanding ibunya sendiri.
    Ibu saya sangat kecewa dengan sikap abang saya dan tidak mahu bercakap/berjumpa dengannya.

    Saya sebagai adik merasa bertanggungjawab untuk menyedarkan abang saya bahawa ibu lebih penting dari perempuan tersebut,
    disamping merasakan apa yang dikatakan oleh ibu saya ada betulnya juga.

    Masalahnya di sini, abang saya kerap mengatakan mengikut hukum tiada salah untuk mereka berkahwin dan dia merasakan ibu saya
    tak berhak menghalang kerana dia yang ingin berkahwen dan bukannya ibu saya.
    Jadi saya ingin mendapatkan pandangan semua, bagaimana untuk mengatasi masalah abang sy ini. kalau boleh tolong kemukakan dalil atau hadis yang
    kuat mengatakan mengikut perintah ibubapa adalah lebih penting daripada isteri.

    p/s: abang saya ni kena bagi fakta baru nak dengar cakap.kalau setakat pandangan biasa susah untuk dia dengar nasihat.

    terima kasih..

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #1 07 September, 2011, 07:09:53 AM
  • Publish
  • dahulukan Allah

    kemudiankan Nafsu

    Inshallah

    Jangan durhaka kepada ibu, kena jaga perasaan ibu

    jika pun kita di dalam kebenaran, jangan tunjukkan kelemahan ibu kita
    IBU , tanpa ibu, ada ke hak kamu lahir ke donia?


    subhanallah

    shearazi

    • *
    • Posts: 510
    • Kudambakan Redha Allah
      • View Profile
    Reply #2 07 September, 2011, 11:43:08 AM
  • Publish
  • Berasaskan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang mafhumnya: Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?
    Baginda menjawab: Ibumu. Lelaki itu kembali bertanya : Kemudian siapa?
    Nabi menjawab: Ibumu. Lelaki itu terus bertanya : Kemudian siapa?
    Nabi menjawab lagi : Ibumu. Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?
    Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.

    Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tiga manusia tidak akan masuk syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang tidak menjaga maruah keluarganya (dayus) dan perempuan yang menyerupai lelaki. (Riwayat Nasa’i, Bazzar dan al-Hakim).

    “Dan Kami mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia itu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan demi kelemahan, dan cerai-susukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu ! kepadaKu tempat kembali”. (Lukman:14).
    Moga kita berkongsi ilmu di sini kerana Allah SWT

    shearazi

    • *
    • Posts: 510
    • Kudambakan Redha Allah
      • View Profile
    Reply #3 07 September, 2011, 11:46:07 AM
  • Publish
  • pujuklah abang anda...agar beliau

    memohon keampunan dpd ibu
    mendamaikan pihak yg bersengketa
    menjernihkan yg keruh

    syurga itu haram bagi mereka yg derhaka pd ibu..nauzubillah

    abdulbarie

    • *
    • Posts: 28
      • View Profile
    Reply #4 07 September, 2011, 06:19:31 PM
  • Publish
  • Pujuklah Mak anda untuk memaafkan dan meredhai pilihan anaknya. Adakah ada Ibu yang sanggup membiarkan anak dalam kederhakaan.Bukankah Ibu yang mendidik anak-anaknya. Jika anak dihalang biasanya akan melawan. macam anak kecil di pasaraya. Apakah kita tahu apa yang terbaik untuk anak kita? Contohnya masa belajar. Adakah Ibubapa yang tentu jurusan apa untuk anaknya? Mereka dah besar dah ada pilihan sendiri. Dia nak makan daging ke... Tulang Ke.... Biar aje dia yang kunyah.

    mohd nazrul

    • *
    • Posts: 19
      • View Profile
    Reply #5 31 January, 2012, 03:45:35 AM
  • Publish
  • saya pun mempunyai masalah yang saya sendiri buntu untuk selesaikan...harap sahabat-sahabat dapat membantu...saya baru setahun satu bulan berkahwin dan baru mendapat cahaya mata berumur 4 bulan...semenjak anak saya lahir saya tidak dapat membawa anak saya berjumpa dengan ibu saya kerana isteri tiada masa untuk ikut pulang ke kampung..baru-baru ini saya ada perselisihan faham dengan isteri dan di situlah terungkai lah segala yang saya tidak tahu iaitu isteri saya sebenarnya tidak boleh terima ibu saya sebab itu setiap kali saya mengajak pulang ke kampung saya, dia akan memberi 1001 alasan..dalam perselisihan faham tersebut dia telah mengugut dengan berkata, saya pilih keluarga atau isteri dan anak?saya jadi buntu atas pertanyaan itu..harap sahabat dapat menolong saya...terima kasih.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #6 31 January, 2012, 06:04:33 AM
  • Publish
  • Kalau seorang isteri sudah berani mengugut suami, maka ada yang tidak kena pada isteri itu. Semasa awal-awal perkenalan, sebelum bernikah, adakah hal mertua ini pernah dibincangkan?

    Bagaimana sikap isteri ini sebelum bernikah? Adakah telah ada tanda-tanda menunjukkan dia tidak menyenangi keluarga bakal suaminya?

    Oleh kerana perkahwinan telah berlangsung, masalah telah datang, jalan keluar yang ada ialah mendidik isteri kembali kepada ajaran Islam.

    Maksud saya,didik isteri mendahulukan mana patut diutamakan. Lihat solat, pakaian dan pergaulan isteri ketika di rumah dan di luar rumah.

    Jika suami prihatin terhadap perkara ini, perkara lain akan dipermudahkan.

    Sebenarnya segala masalah mesti berpunca bagaimana kita menjaga hak yang dipertanggungjawab kepada kita. Isteri hak suami, dan suami bertanggungjawab ke atas isteri.

    Tanggungjawab ini bukan sahaja dari segi nafkah zahir tetapi batin. Maksud batin di sini bukan seks, tetapi pentarbiyahan rohani. Mendidik isteri menurut syariat. Tanggungjawab memelihara solat, akhlak , aurat dan ishtilat isteri walau dimana jua berada.

    Jadi ia kembali kepada asas, sebelum kita mentarbiyah isteri, lihat semula diri kita. Solat , ihtilat dan aurat yang diri kita patut jaga. Suami mesti menjadi contoh terbaik untuk isteri ikuti dan taati.

    Seorang suami yang prihatin dan isteri akan rasa disayangi, bukan sekadar ucap sayang dan cinta dibibir sahaja, tetapi sering bertanyakan isteri tentang solatnya, dan ambik berat tentang bagaimana isteri berpakaian yang sewajarnya menurut syariat Islam.

    Apabila perkara asas ini terungkai, masalah lain akan dipermudahkan. Bila isteri rasa suami amat sayangkan dia, maka isteri akan taat dan patuh apa sahaja kata suami. Isteri akan sudi berbincang dan isteri akan berlapang dada untuk menerima teguran suaminya.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    mohd nazrul

    • *
    • Posts: 19
      • View Profile
    Reply #7 05 February, 2012, 02:24:22 AM
  • Publish
  • Kalau seorang isteri sudah berani mengugut suami, maka ada yang tidak kena pada isteri itu. Semasa awal-awal perkenalan, sebelum bernikah, adakah hal mertua ini pernah dibincangkan?

    Bagaimana sikap isteri ini sebelum bernikah? Adakah telah ada tanda-tanda menunjukkan dia tidak menyenangi keluarga bakal suaminya?


    terima kasih ummi atas penjelasan tetapi saya masih tidak dapat jawapan yang boleh selesaikan masalah ini...hal-hal mertua ni tidak pernah dibincangkan sebab beliau telah mengatakan yang beliau leh terima seadanya. tapi bila sudah kawin ini yang diluahkan...sekarang saya dalam dilema dan sering teringatkan apa yang dia katakan tentang ibu saya sendiri sehinggakan saya rasa kecewa dengan sikap isteri saya..sudah banyak kali saya menasihati beliau tetapi beliau tetap bertegas tak nak terima ibu saya dan tak nak balik kampung saya. saya jadi tambah tertekan dan tercabar bila ibu saya sampai merayu suruh beliau balik kampung. apa yang saya nampak sekarang beliau banyak menghabiskan masa bersama keluarganya dan kalau boleh tidak sanggup duduk jauh dengan keluarganya. tolonglah saya...saya tidak sanggup melihat ibu saya sampai merayu seperti tu...adakah beliau ni memang sudah di didik seperti ini atau terlalu dimanjakan oleh keluarganya?

    kuntumJr

    • *
    • Posts: 7
      • View Profile
    Reply #8 05 February, 2012, 05:40:15 AM
  • Publish
  • tolonglah saya...saya tidak sanggup melihat ibu saya sampai merayu seperti tu...adakah beliau ni memang sudah di didik seperti ini atau terlalu dimanjakan oleh keluarganya?


    Ada pulak sampai ibu kena merayu-rayu mengharap menantu sudi balik menziarahinya. Kalau sampai begitu tinggi egonya seorang isteri, suami sudah nasihati tetapi tidak mahu menuruti, perbincangan sudah dibuat isteri masih degil, keputusannya atas kamu saja lagi.Jalan pintas ke syurga bagi anak selain Allah adalah ibu bapanya. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.


    Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah. Isterinya pun tidak mengenali mentuanya. Menantunya berkasar, menyebabkan Nabi Ibrahim berkecil hati tetapi sebelum pulang, Nabi Ibrahim berpesan kepada menantunya itu, meminta suaminya menukar alang rumah kepada yang baru.


    Apabila Nabi Ismail pulang ke rumah, isterinya menggambarkan rupa lelaki berkenaan yang menyampaikan pesanan. Nabi Ismail sedar, itu adalah bapanya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbolik kata-kata bapanya bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan.


    Kemudian Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa baginda. Nabi Ibrahim tertarik dan sebelum pulang, baginda berpesan lagi, dengan mengatakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.


    Semoga menjadi iktibar, teladan dan panduan di dalam melayari rumah tangga bahagia. Kebahagiaan itu lahir apabila kita beruapaya membahagiakan orang-orang yang kita sayangi.

    khalila

    • *
    • Posts: 957
      • View Profile
    Reply #9 08 February, 2012, 10:25:12 AM
  • Publish
  •  :)
    saudara...saranan saya pilihlah ibu..anak isteri boleh dicari..ibu mana saudara nak cari..
    tiga kali Rasulullah pesan...ibumu..ibumu..ibumu..baru ayah...
    jangan dek kerana cinta pada manusia.kite lupa pesan Baginda..
    isteri yang bersalah...isteri dibelakang suami...
    bukan isteri yang buat keputusan..
    cari isteri yang taat,nescaya kamu bahagia...
    wallahua'lam

    meja

    • *
    • Posts: 52
      • View Profile
    Reply #10 08 February, 2012, 10:38:48 AM
  • Publish

  • Soalan : Antara IBU dan ISTERI, siapa patut didahulukan???

    Jawapan :
    Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?
    Baginda menjawab: Ibumu. Lelaki itu kembali bertanya : Kemudian siapa?
    Nabi menjawab: Ibumu. Lelaki itu terus bertanya : Kemudian siapa?
    Nabi menjawab lagi : Ibumu. Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?
    Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.

    (Bukhari dan Muslim)



    Tak nampak pun ISTERIMU. Yang nampak ibumu je.. Siapa ketua sekarang ni?? alahai..... Ketua ikut cakap timbalan ketua kah? habis laa..

    NurFurqan

    • *
    • Posts: 265
      • View Profile
    Reply #11 08 February, 2012, 10:40:12 AM
  • Publish
  • :)
    saudara...saranan saya pilihlah ibu..anak isteri boleh dicari..ibu mana saudara nak cari..
    tiga kali Rasulullah pesan...ibumu..ibumu..ibumu..baru ayah...
    jangan dek kerana cinta pada manusia.kite lupa pesan Baginda..
    isteri yang bersalah...isteri dibelakang suami...
    bukan isteri yang buat keputusan..
    cari isteri yang taat,nescaya kamu bahagia...
    wallahua'lam

    sebak saya membaca jawapan puan khalila
    dimana nak cari ibu?ibu...bergenang air mataku
    terbayang, wajahmu yang halus, sayu...
    Innamal A`Malu binniat " Segala Amal adalah dengan Niat"
    Asif ala kulli hal "Maaf atas apa2 hal", Wallahualam

    khalila

    • *
    • Posts: 957
      • View Profile
    Reply #12 08 February, 2012, 10:51:53 AM
  • Publish
  • sebelum kahwin,masa bercinta semua indah belaka..
    sanggup terima segalanya...
    hipokrit saja..
    sebab itu Nabi pesan cari yang beragama..
    wanita senmua indah dilihat..sedap dipeluk..
    tapi hilang semua itu tatkala membangkang kata suami

    NurFurqan

    • *
    • Posts: 265
      • View Profile
    Reply #13 08 February, 2012, 10:54:36 AM
  • Publish
  • sebelum kahwin,masa bercinta semua indah belaka..
    sanggup terima segalanya...
    hipokrit saja..
    sebab itu Nabi pesan cari yang beragama..
    wanita senmua indah dilihat..sedap dipeluk..
    tapi hilang semua itu tatkala membangkang kata suami
    benar puan...ambil iktibar bagi yang belum berumahtangga

    umar_khalil

    • *
    • Posts: 130
      • View Profile
    Reply #14 08 February, 2012, 01:14:44 PM
  • Publish
  • jangan jadi iqamah....nanti nak mati payah....tak mau tak mau tak mau...

    hairilnua

    • *
    • Posts: 1054
    • Allahuakbar....!!
      • View Profile
    Reply #15 08 February, 2012, 02:44:06 PM
  • Publish
  • dua2 penting,, cume,, bile isteri dah kawin ngn suami dia,, maka,, tggungjawab suami pda mak mertua dia la..klu suami melawan ckp mak mertua,, hang ketuk je pale dia blk.. heeeeeeeeeee...............
    Aku insan yg agak selambe..
    X pndai jaga hati orang..
    Suke cari pasal..

    Jangan call @ sms :  0193587327(hehehhe)
    http://hairilnua.blogspot.com
    Ada Brani?

    unoes

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Reply #16 15 February, 2012, 11:45:24 AM
  • Publish



  •  :)

    Quote
    hal-hal mertua ni tidak pernah dibincangkan sebab beliau telah mengatakan yang beliau leh terima seadanya. tapi bila sudah kawin ini yang diluahkan...sekarang saya dalam dilema dan sering teringatkan apa yang dia katakan tentang ibu saya sendiri sehinggakan saya rasa kecewa dengan sikap isteri saya..sudah banyak kali saya menasihati beliau tetapi beliau tetap bertegas tak nak terima ibu saya dan tak nak balik kampung saya. saya jadi tambah tertekan dan tercabar bila ibu saya sampai merayu suruh beliau balik kampung.

    Berdasarkan makluman di atas, antara kedua suami-isteri memang sama-sama melakukan kesilapan yang mungkin kurang kefahaman.
    Kedua-duanya harus kurang mendapat pemerhatian kearah pendidikan syariat Islam oleh kedua-dua ibubapa/penjaga sejak zaman persekolahan.
    harus, kedua-dua pihak ibubapa juga berada dalam situasi yang sama.

    Pada umumnya semua pihak mempunyai peranan melakukan kesilapan, apabila semua pihak sedar tentang kekurangan lalu mengisafi, harus lebih mudah untuk selesai.

    Siapa salah-siapa betul tidaklah diambil sebagai jalan selesai,
    keegoan harus memang ada pada masing-masing kedudukan.
    yang pasti:
    Jodoh ibubapa/mertua kedua-dua belah pihak berdasarkan 'sekufu'.
    Jodoh suami-isteri (sdr) juga berdasarkan sekufu.
    Maksudnya antara kedua belah pihak mempunyai keseimbangan kelebihan dan kekurangan kefahaman dalam ehwal menjadi seorang Muslim dan mentaati syariat Islam, cuma; harus berbedza kurang-lebihnya dalam satu-satu hal, namun secara purata; sdr dan isteri khasnya adalah mempunyai 'akhlak dan kefahaman Islam' yang seimbang. Sebab itulah sdr menjadi suami isteri secara sah, bahkan buktinya kedua-dua pihak teranggap telah berkenalan atau sudah bercinta sebelum pernikahan,
    maka sdr dan isteri adalah 'sekufu'.

    Yang penting; sdr harus mengakui realiti dia atas.
    dengan izin Allah, mungkin telah datang keinsafan bagi saudara untuk mengenal diri dan menginsafi tentang kewajipan menjaga ibubapa menurut syariat Islam dimana ianya tidak sdr ketahui sebelum bernikah.
    Harus isteri sdr belum nampak atau sedang dalam proses kearah yang sama.

    Suami kepada ibu/ibu mertua  ia itu bapa/bapa mertua sdr adalah 'pemimpin dalam rumahtangganya' yang wajib ditaati oleh ibu/ibu mertua termasuk anak-anak.
    Sejarah rumahtangga itu harus sdr ketahui untuk menginsafkan diri sdr dan isteri.
    kerana;
    hari ini, sdr adalah suami atau pemimpin dalam rumahtangga sdr sendiri, sedangkan apabila sdr kenal akan sejarah rumahtangga sdr dan isteri sebelum bernikah, harus menginsafkan diri sdr dalam menangani hal rumahtangga sdr sendiri.

    Memang, kebaikan yang benar, ibu lebih utama dari  isteri, maka jagan pula di abaikan pada saat sdr nikah, sdr tetap masih dalam tahap sekufu dengan isteri sdr, yang bermaksud sdr dan isteri sama-sama dalam 'kekurangan atau kabur' dalam amalan Islam.
    Apabila sdr menghukum isteri secara melulu dengan anggapan isteri durhaka tanpa 'muhasabah diri sendiri', takuti pula akan 'kezaliman' berlaku sebelum sdr membawa isteri sdr kepada pendidikan Islam yang benar, kerana 'wajib' bagi suami mendidik isteri dan keluarga kepada Islam yang benar pula,
    bukankah isteri juga adalah amanah Allah kepada suami (sdr) ?
    Jangan pula, kegagalan suami membawa atau mendidik isteri kerana 'kejahilan amalan agama Islam' dengan mudah menyalahkan isteri yang degil atau belum sedia menerima kebenaran, sedangkan Hidayah dari Allah SWT bukan semurah harta emastempawan atau kedudukan paling tinggi di dunia.

    Soal pada diri sendiri;
    berapa kali sudah, kita menangis dihadapan Allah setiap solat termasuk berhajat atau dalam tahajjud mengadu pada Allah dalam persoalan ini ?


    Maka;
    mintalah pada Allah SWT membuka jalan hidayah buat diri, isteri dan seluruh keluarga termasuk ibubapa/mertua, dengan itu diharapkan Allah SWT membuka jalan penyelesaian yang benar pula.
    Lakukanlah, jika sudah lakukan masih belum nampak jalan,
    lakukan lagi sehingga terbuka jalan yang benar dan bukan andaian kepandaian kita sendiri.
    lakukan lagi dan lagi dengan bersungguh.
     :ins: :jaz:


    ponman

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #17 11 October, 2012, 11:28:52 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum wrt.

    Saya ingin berkongsi pengalaman saya dalam hal ini dan pada masa yang sama saya mengharapkan agar ustaz/ustazah atau mana-mana insan yang lebih arif dari sudut ilmu rumahtangga dan agama untuk membantu saya dalam menyelesaikan kemelut rumahtangga saya sekarang ini.

    Terlebih dahulu, saya ingin memaklumkan bahawa saya baru saja bergelar ayah apabila isteri saya melahirkan anak perempuan sulung pada hujung bulan lalu selepas kami sama-sama melayari bahtera perkahwinan pada November tahun lalu. Kami berkahwin mengikut pilihan keluarga masing-masing tanpa membantah keputusan mereka kerana kami menganggap pilihan ibubapa adalah yang terbaik dan kami percaya cinta selepas kahwin adalah lebih bahagia dan manis. Dan untuk pengetahuan anda semua juga, kami sebenarnya adalah JODOH SETAMAN, bermakna ibubapa saya dan mentua saya tinggal satu taman.

    Masalah mula timbul apabila selepas kami bertunang, timbul isu ADAT / CARA HIDUP berkeluarga yang diamalkan oleh famili kami berbeza. Sebagai contoh, bagi pihak si isteri, mereka ada memberitahu saya bahawa sepanjang tempoh pertunangan adalah DILARANG / TIDAK DIGALAKKAN sama sekali untuk kami keluar bersama kerana bagi mereka ianya tampak kurang manis dipandang di khalayak ramai terutama jiran tetangga. Manakala bagi famili saya pula, tempoh pertunangan adalah masa terbaik bagi saya untuk MENDEKATI, MENGENALI dan MEMAHAMI hati budi, sifat dan akhlak isteri saya kerana mereka merasakan bahawa amat penting bagi diri saya untuk mengenali pasangan saya terlebih dahulu sebelum melangkah ke alam perkahwinan, memandangkan ini adalah jodoh pilihan keluarga dan bukannya pilihan sendiri. Hasilnya akibat perbezaan pegangan prinsip hidup, budaya dan adat ini, kami pasangan tunang ketika itu pernah bergaduh besar dan hampir ke arah memutuskan pertunangan namun Alhamdulillah ia dapat diselamatkan kerana hasil budi bicara dan campurtangan famili kami.

    Kini selepas berkahwin, kami melayari asam garam sebagai suami isteri dan ia merupakan pengalaman baru bagi kami. Sepanjang kami hidup berdua dan berpindah selepas berkahwin, kami tidak mengalami masalah yang kritikal (cuma kadang-kala bergaduh kecil akibat salah faham yang bagi saya ia merupakan perkara biasa). Namun begitu keadaan menjadi sebaliknya apabila kami mengalami kesukaran dan perasaan serba salah itu timbul apabila kami pulang ke rumah famili dan famili mertua yang tinggal berdekatan. Manakan tidaknya, apa yang saya harap dan sangka sekiranya kami hidup setaman, amatlah mudah bagi kami mengeratkan kekeluargaan kerana masing-masing tidak rasa berjauhan.

    1) Sebagai contoh, sekiranya kami pulang ke kampung halaman, sebagai seorang suami, adakah patut saya dahulukan atau pulang ke rumah famili saya sendiri dahulu atau pulang ke rumah mentua terlebih dahulu? Persoalan ini timbul apabila sekiranya saya berhasrat untuk SINGGAH SEBENTAR untuk ke rumah mentua saya terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah famili saya, saya akan terperangkap dalam situasi dimana akhirnya saya terpaksa tinggal bermalam di rumah mentua saya sehingga keesokan harinya. Keadaan akan bertambah rumit apabila saya sudah memaklumkan ibu saya bahawa saya akan pulang ke rumahnya dan ibu saya sudah menyediakan masakan untuk kami, dan akhirnya hasrat saya terbatal kerana sebaik tiba di rumah mentua saya, ibu mentua saya sudahpun sediakan juadah untuk kami. Untuk menjaga hati ibu mentua saya, memandangkan saya sudahpun berada dirumahnya, saya fikir elok saja saya makan dirumahnya dan akhirnya keadaan ini mungkin membuatkan famili saya terutama ibu saya akan berkecil hati (walaupun beliau tak meluahkan, tapi sebagai anak yang rapat dengannya, saya dapat rasakan perasaannya).

    2) Dalam situasi yang lain pula, sekiranya saya pulang dan terus ke rumah saya tanpa singgah ke rumah mentua saya, maka famili mentua saya pula akan terasa seolah-olah nampak saya lebih cenderung ke arah famili saya dan mengelak untuk bermalam dirumah mereka. Jadi saya amat rasa dilema dalam hal iniibarat diluah mati mak, ditelan mati bapa.

    3) Keadaan menjadi lebih keruh apabila saya memerhatikan komunikasi antara famili saya dan famili mentua saya semakin pudar dan longgar. Ini amat saya kesalkan. Kerana pada hemat saya, sepatutnya apabila bergelar besan, mereka sepatutnya lebih akrab dan rapat. Namun keadaan sebaliknya pula timbul. Sebagai contoh, famili mentua saya seolah-olah tidak pernah berbincang atau bertannya pendapat famili saya sekiranya mereka hendak membuat majlis tertentu kerana mungkin bagi mereka, ini adalah majlis mereka, duit mereka, jadi adakah wajar untuk mereka berbincang dengan famili saya sekiranya mereka hendak mengadakan majlis tertentu di rumah mereka.

    Sebagai contoh, baru-baru ini selepas isteri saya bersalin, isteri saya pulang ke rumah ibubapanya untuk berehat dan berpantang bersama anak saya (memandangkan saya terpaksa pulang ke kota atas urusan kerja). Jadi ibubapa saya tidak ada masalah untuk datang ziarah melawat mereka setiap hari kerana jarak rumah yang sangat dekat. Namun segalanya berubah, apabila masalah komunikasi antara famili saya dan mentua untuk berbincang mengenai adat cukur kepala dan belah mulut anak saya kerana masing-masing mempunyai perancangan sendiri. Keadaan ini berlaku apabila timbul salah faham kerana ibu saya merancang untuk membuat adat ini hari Khamis malam dan ibu saya ingin membincangkan hal ini dengan famili mentua saya beberapa hari sebelum hari yang dicadangkan. Namun begitu, pendekatan yang diambil ibu mentua pula, beliau pernah menyatakan hasratnya untuk mengadakan majlis pada hari Rabu (tapi belum dimuktamadkan lagi dan akan diberitahu kelak). Jadi masalah komunikasi ini boleh timbul, famili saya datang sendiri ke rumah mentua untuk berbincang tapi famili mentua saya tidak ada dirumah ketika itu (sedangkan ibu saya sudah memaklumkan akan datang bertandang ke rumahnya pada petang itu), jadi ibu saya cuba pula menghubunginya menerusi telefon bimbit tapi tiada jawapan. Jadi famili saya berhasrat untuk berjumpa dengan mereka sekali lagi pada keesokan harinya (hari Rabu) untuk membincangkan hal ini. Namun apa yang mengejutkan bagi famili saya, apabila pada pagi hari tersebut famili saya terlihat rumah mentua saya dikunjungi oleh beberapa orang (seolah-olah seperti ada majlis telah dijalankan), dan keadaan bertambah keruh apabila berita majlis cukur kepala anak saya itu hanya sampai ke pengetahuan famili saya menerusi jiran tetangga, dan ini membuatkan hati famili saya sedikit terguris.   

    Akan tetapi, famili saya ini bukan jenis mudah melatah, jadi mereka datang sekali lagi pada keesokkan harinya ke rumah mentua saya untuk berbincang dan mendapatkan kepastian apa yang berlaku. Perbincangan ini mula bertukar menjadi medan bertikam lidah apabila masing-masing sudah mula tak sehaluan dan mempertahankan pendirian masing-masing. Sebagai contoh ibu saya menyoal kepada ibu mentua saya mengenai haknya sebagai seorang nenek kepada anak saya dan juga kenapa tidak berbincang terlebih dahulu atau setidak-tidaknya memaklumkan perancangan ibu mentua saya untuk mengadakan majlis tersebut. Memandangkan majlis cukur kepala sudah dijalankan, ibu saya pula menyuarakan hasrat untuk mengadakan majlis akikah anak saya di rumahnya sebelum tibanya Hari Raya Qurban dengan niat untuk membawa anak dan isteri saya tinggal sementara di rumahnya ketika majlis dilangsungkan, namun begitu ianya diTOLAK dan diBANTAH sekeras-kerasnya atas alasan itu sudah melanggar adat-adat berpantang yang diamalkan oleh familinya sejak turun-temurun. Inilah yang membawa kepada tercetusnya pertengkaran sehingga isteri saya yang sedang berpantang dan berehat dalam bilik terpaksa keluar dan masuk campur tangan dalam hal ini, sehinggalah terkeluarnya perkataan meminta CERAI dan TALAK oleh isteri dihadapan famili saya dan turut "digalakkan" oleh ibu mentua saya.

    Keadaan lebih menyedihkan lagi apabila ibubapa saya pula dikatakan punca dalam semua hal ini kerana terlalu banyak campur tangan dalam urusan rumah tangga kami sehingga perasaan benci oleh isteri saya sehinggakan berkata tidak akan menjejakkan kaki lagi ke rumah mentuanya. Saya amat kesal keadaan ini berlaku BUKAN dihadapan saya, saya cuma dimaklumkan menerusi perbualan dan luahan ISTERI dan IBU saya pada waktu yang berbeza.

    Menurut pandang IBU, beliau berkata beliau hanya cuma memberikan PANDANGAN dan TEGURAN kepada saya dan isteri sekiranya ada benda yang dirasakannya tidak betul dan manis untuk dilakukan. Sebaliknya pendapat ISTERI saya pula, mengatakan saya ini ANAK IBU kerana beliau berpendapat saya selalu memberatkan dan lebih utamakan ibu saya berbanding dirinya sehingga MENCABAR saya sebagai seorang lelaki dan suami untuk MEMILIH sama ada hendak hidup bersama IBU mahupun ISTERI saya.

    1) Jadi apa yang saya ingin tahu disini, adakah tindakan isteri saya itu boleh membawa hukum DERHAKA kerana bercakap kasar kepada saya dan famili saya sehingga meminta CERAI atau adakah tindakan saya ini dianggap DAYUS kerana saya dikatakan lebih utamakan ibu saya berbanding isteri saya?
    Pada hemat saya, saya akui memang saya banyak minta pandangan ibu dalam soal rumah tangga kerana dia lebih memahami dan telah melalui pengalaman asam garam suami isteri, dan ibu saya tak pernah lekang membantu saya memberi tips kebahagiaan rumah tangga malah ibu saya sendiri amat menyayangi isteri saya seperti anaknya sendiri sehinggakan memberi hadiah peribadi kepadanya dan bagi saya setiap teguran ibu saya terhadapnya itu adalah tanda sayang. Tapi dibantah sekeras-kerasnya terhadap kritikan / teguran yang diterima kerana isteri saya menganggap kenapa perlu beliau mendengar teguran IBU MENTUA sedangkan IBU sendiri tidak pernah menegurnya dalam banyak perkara seperti adat budaya, pergaulan komuniti-saudara mara, dan agama.

    2) Dalam kes seperti ini, adakah terdapat satu garis panduan atau heiraki sebagai seorang SUAMI atau ISTERI kepada siapakah kita WAJIB DAHULUKAN, pasangan, famili sendiri atau mentua?

    3) Apakah TINDAKAN yang perlu saya ambil sebagai seorang SUAMI untuk menyelamatkan rumahtangga saya dan menjernihkan hubungan komunikasi isteri dan ibu mentua serta hubungan sesama besan?

    4) Apakah pula TINDAKAN atau HUKUM saya sebagai seorang SUAMI terhadap seorang isteri yang meminta CERAI dari saya melalui ibubapa saya (memandangkan saya tiada di tempat kejadian)?


    Saya harap ada pihak tidak keberatan untuk memberi buah fikiran dan jalan penyelesaian dalam kemelut yang saya lalui kini kerana saya masih sayangkan famili saya dan isteri saya. Sekian terima kasih.

     
     

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    540 Views
    Last post 17 February, 2012, 03:55:22 PM
    by al_ahibbatu
    3 Replies
    531 Views
    Last post 27 December, 2013, 05:30:21 PM
    by Muhammad Hafiz Mokhtar
    2 Replies
    1121 Views
    Last post 10 June, 2014, 03:53:12 PM
    by al-baab