Musafir

*

Author Topic: Musafir  (Read 1401 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

shukri79

  • *
  • Posts: 2
    • View Profile
05 September, 2011, 02:57:12 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum ustaz.
    Saya ada sedikit kemusykilan. Saya tinggal di Alor Setar dan berkerja di BukitMertajam dimana jaraknya 120km. Saya berulang alik setiap hari menggunakan bas. Adakah saya boleh dikategorikan sebagai musafir untuk diharuskan solat qasar setiap hari semasa di tempat kerja?

    Saya ketempat kerja menggunakan bas seawal jam 6.00pagi dan sampai ditempat kerja pada pukul 7.30pagi. Bagaimanakah cara hendak solat subuh dlm bas yang sedang bergerak? Apa yang saya faham, untuk solat fardhu, wajib mengadap kiblat. Bagaimanakah dengan keadaan saya ini ini? Mohon penjelasan ustaz. Terima kasih.

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #1 05 September, 2011, 05:22:37 PM
  • Publish
  • di sini lebih ramai yang demikian

    duduk di banting, kerja di kuala lumpur

    duduk di kuala selangor kerja di kuala lumpur

    duduk di seremban kerja di kuala lumpur

    dari banting se awal 530pagi dengan bas, sampai kuala lumpur 630 lebih kurang, terus dia solat subuh
    maksudnya dia selesa keluar lebih awal, nak mengelak kekalutan nak solat

    anyway, boleh qasar bagi kes kamu

    dan boleh solat, baca fatihah dan al ikhlas sudahlah
    itu pun menambah yakin Allah

    inshallah

    mohonlah kelapangan, dan kemudahan dari Allah

    silalah ronda ke dalam halaqah, ada banyak thread membicarakan hal serupa

    inshallah

    shukri79

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #2 06 September, 2011, 02:13:37 PM
  • Publish
  • Adakah dibolehkan solat dalam bas dalam keadaan duduk dikerusi tanpa mengadap kiblat? Mohon penjelasan. Terima kasih

    sahmadfariez

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #3 20 September, 2011, 09:23:47 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum. Saya ada sedikit musykil mengenai solat jamak dan qasar. Bulan puasa yang lalu saya pulang kekampung halaman saya di Kelantan. Saya bertolak dari Melaka ke Kelantan pada hari Jumaat jam 1.00 p.m. Bolehkah saya jamak solat jumaat pada hari tersebut atau saya mesti melakukan solat Jumaat terlebih dahulu sebelum saya memulakan perjalanan saya. Minta tolong Ustaz jelaskan kemusykilan ini..

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #4 20 September, 2011, 09:41:24 PM
  • Publish
  • tuan solat zohor udahlah, nak jamak dan qasar boleh

    jumaat tu pemastautin
    sedang tuan musafir

    inshallah ya, islam tidak memberatkan umatnya, banyak kemudahannya, inshallah

    Insignia of Islam

    • *
    • Posts: 243
    • Help each other
      • View Profile
    Reply #5 21 September, 2011, 01:06:20 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum. Saya ada sedikit musykil mengenai solat jamak dan qasar. Bulan puasa yang lalu saya pulang kekampung halaman saya di Kelantan. Saya bertolak dari Melaka ke Kelantan pada hari Jumaat jam 1.00 p.m. Bolehkah saya jamak solat jumaat pada hari tersebut atau saya mesti melakukan solat Jumaat terlebih dahulu sebelum saya memulakan perjalanan saya. Minta tolong Ustaz jelaskan kemusykilan ini..


    Wsalam. Jawapan dari perspektif mazhab Syafi'e berkisar musafir pada hari Jumaat:_

    1. Boleh keluar bermusafir dengan syarat sebelum fajar dan dia berada ditempat yang tidak didengari azan Jumaat.
    Sumber: http://www.cahayafm.net/Soal-Jawab-Agama/t-178/?Itemid=0

    2. Tambahan daripada ilmuan lain: Bermusafir selepas Subuh sehingga waktu solat Jumaat adalah dilarang berdasarkan qaul jadid (pendapat baru) Imam as-Syafie. Qaul qadim (pendapat lama) Imam Syafi'e ialah boleh bermusafir selepas fajar.


    Menjawab soalan saudara yang keluar bermusafir pada pukul 1pm:_

    Merujuk sumber: http://www.cahayafm.net/Soal-Jawab-Agama/t-178/?Itemid=0 , kene berhenti solat Jumaat di masjid kerana solat Jumaat tetap wajib walaupun bermusafir kerana saudara bermusafir selepas Subuh dan sebelum solat Jumaat. Ini adalah mengikut mazhab Syafi'e. Tapi kalau ada kesempitan seperti naik bas atau kapal terbang, boleh solat jamak+qasr sama ada taqdim atau ta'khir kerana saudara travel melebihi 2 marhalah.

    Kalau drive kereta sendiri ikut jalan 'dalam', maka berhenti solat Jumaat di mana-mana masjid. Selepas selesai solat Jumaat, boleh terus jamak dengan solat Asar. Jamak solat Jumaat+Asar hanya dibolehkan pada jamak taqdim. Ini pendapat mazhab Syafi'e seperti disebut oleh Dr Wahbah al-Zuhaili dalam al-Feqh al-Islami Wa Adillatuh dan juga oleh Imam al-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj.

    Tapi kalau drive kereta sendiri ikut highway, saya mengikut pendapat seorang ustaz yang mengatakan bahawa tak perlu keluar dari highway untuk cari masjid untuk solat Jumaat. Hanya perlu solat jamak+qasar di mana-mana asalkan bukan di masjid yang sedang berkhutbah/bersolat Jumaat.

    Wallahu'alam. Moga membantu.


    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    12 Replies
    2689 Views
    Last post 26 September, 2012, 04:10:19 PM
    by Nurul Nawar
    13 Replies
    9277 Views
    Last post 20 December, 2012, 12:07:37 PM
    by kasba
    1 Replies
    645 Views
    Last post 09 May, 2010, 11:39:03 AM
    by mohdazri