Mengaku Beriman Tetapi Tidak Solat

*

Author Topic: Mengaku Beriman Tetapi Tidak Solat  (Read 4807 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Reply #20 14 November, 2011, 11:54:27 AM
  • Publish
  • :) Terima kasih Pak Din dgn huraian yg pjg lebar....dgn perkongsi ilmu dan pengalaman saudara2 sume dpt jugak sy menambah ilmu...kadang2 sy fikir ada rahmat jgk utk diri sy sendri secara khususnya. Bila terjadi perkara sebegini ada satu penarikkan utk lebih mendalami agama. Untuk saudara sy tu utk membawa dia berjumpa dgn org yg arif rasanya memang sukar. Ada yg sarankan sy bacaan surah Thoha ayat 1-5 utk melembutkan hatinya. Mungkin ada yg boleh membantu….nak berdoa pun ada jgk cara susanan dan tertibnya kan….atau mungkin ada cara lain. Pak Din tinggal mana?
    Insyallah nanti kalau syeikh din ada nanti boleh memohon pembelajaran berterusan...
    walaupun cap belakung - senyum-

    tidak salah mengetahui hal nya ghaib seperti surah AL-Baqarah terangkan ayat 3 -
    sebaiknya susuli syariat ...

    ambil note apa yang pak din bagi setiap pencerahannya disini -
    Insyallah semuga berkelalan cintaNya pada diri -

    nak berdoa pun perlu lah tertib.. sedangkan dalam rukun solat terakhir kesimpulan solat mu itu iaitu tertib..
    Insyallah -

    Al-Israa' ayat ke 110 -
    Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.


    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Reply #21 14 November, 2011, 12:40:07 PM
  • Publish

  • Hati-hatilah ...
    wahai saudaraku ...
    Bukan salah pada zikir atau selawat dan amalan  yang diamalkan itu .
    Bukan salah pada tasauf atau thoriqah (jalan ) itu ...
    Hati-hatilah iya  ..banyak sangat sekarang ni "cetak rompak"nya ...
    Carilah yang tulen ..cover luar macam serupa ...


    Nak cari yang tulen tu la yang susah nya...macam mana nak tahu tulen...kena kenal lama baru tahu tulen kan..dah lama kenal akhirnya sedar2 tak tulen...sia2 jelah amalan yang dibawa selama hari nih. Buat nya mati sebelum sempat bertaubat macam mana?Nih la yang takut nya...


    Reply #22 14 November, 2011, 12:58:05 PM
  • Publish

  • Hati-hatilah ...
    wahai saudaraku ...
    Bukan salah pada zikir atau selawat dan amalan  yang diamalkan itu .
    Bukan salah pada tasauf atau thoriqah (jalan ) itu ...
    Hati-hatilah iya  ..banyak sangat sekarang ni "cetak rompak"nya ...
    Carilah yang tulen ..cover luar macam serupa ...


    Nak cari yang tulen tu la yang susah nya...macam mana nak tahu tulen...kena kenal lama baru tahu tulen kan..dah lama kenal akhirnya sedar2 tak tulen...sia2 jelah amalan yang dibawa selama hari nih. Buat nya mati sebelum sempat bertaubat macam mana?Nih la yang takut nya...

    tidak lah susah yang mana di sangkakan bila diri berupaya mengenal cahaya cahaya atas cahaya yang mana di katakan cahaya yang benar atas diri -
    Insyallah -

    jika guru atau ilmu atas ilmu itu berlandasakan syariat silakan...
    jika lari daripada syariat usah lah berkekalan..
    memang tidak di nafikan ramai yg kenal hakikat tinggal solat -
    (Senyum)-

    akan tetapi kepercayaan dan keyakinan yang mana boleh pakai ...
    Insyallah jika kenal maka susulilah...
    zikir nabi musa bagaimana dalam diri pula..
    bergitu lah diri kepada diri -


    nabi ibrahim ... pada diri kepunyaan tauhid Diri -
    keyakinan Nya..

    semuga bertambah tabah dalam BERJIHAD kepada IlmuanNya...
    (Senyum)-


    Reply #23 14 November, 2011, 03:54:23 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    saya mempunyai satu masalah yang sangat berat,ia berkaitan dengan salah seorang ahli keluarga saya yang mendalami ilmu Tasawuf.Dia mengaku dirinya beriman kepada Allah s.w.t tapi tidak pernah solat & belajar membaca Al-Quran dan hanya berzikir,dia menyatakan bahawa manusia wajib mengenal diri dan sifat-sifat Allah,dengan cara itu manusia akan mengingati Allah,seolah-olah berzikir itu lebih utama berbanding sembahyang.Bila cuba berbincang dia mula melenting dan menyatakan kami semua tidak faham dan menganggap dirinya lebih tinggi dari kami dan mula marah.Saya pernah menegur menyatakan jika sifat marah dalam hatinya pun dia tidak dapat kawal macam mana hendak dikatakan beriman sepenuhnya kepada Allah,takut dan buntu sekiranya dia pergi lebih jauh.harap dapat bantuan dari saudara yang lebih arif.

    Reply #24 14 November, 2011, 04:46:37 PM
  • Publish
  • Sabda Rasulallah: "Solat adalah tiang agama dan sesiapa yang tidak bersolat telah meruntuhkan agamanya"
    Sabdanya lagi: "Yang mula akan ditanya adalah solat. Jika benar solatnya maka benarlah amalan yang lain"
    Sabdanya lagi: " Solatlah sebagaimana kamu lihat aku solat"

    Masaalahnya siapa pernah melihat Rasulallah solat? Tentulah tiada namun, kita percaya bahawa apa yang sampai kepada kita daripada ulama muktabar itulah sembahyang Baginda. Apa yang sampai kepada kita? Yang sampai kepada kita adalah 13 rukun sembahyang yang dimulai dengan niat dan di akhiri dengan tertib (ikut aturan). Sudahkah kita solat seperti Rasulallah? Bidaah yang paling besar adalah meletakkan niat di dalam takbiratulihram. Gajah ditepi mata kita tak nampak.
    Diperbolehkan kanak-kanak atau mualaf meletakkan niat didalam takbiratulihram diatas kejahilan mereka tetapi bila sudah akhil baligh masih lagi bersolat seperti kanak-kanak, itu tidak dipannggil  jahil tetapi muraqqab.

    Niat adalah aqidah didalam solat. kriterianya ialah mesti menjadi rukun yang pertama. Jika tidak ianya bukan niat. Jika ianya bukan niat maka ianya tidak datang dari hati sedangkan hati tempat aqidah. Jika ianya duduk di dalam Takbiratulihram maka ianya sudah menjadi rukun keempat dan ianya bukan di kira niat lagi hanya sekadar makna bagi  niat. masalahnya bagaimana hendak meletakkan niat sebagai rukun yang pertama memandangkan berdiri betulnya kita diatas tikar sembahyang sudah pun rukun yang kedua.

    Disini datangnya kepentingan berguru. Sabda Rasulallah: " siapa yang tiada berguru maka dia berguru dengan syaitan" Siapakah dia syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah nafsu dirinya sendiri. Kita tidak boleh memandai-mandai didalam agama. wajib ada guru. Guru pula bukan sebarang guru. Mesti yang boleh mengajar kita cara Rasulallah bersolat kerana solat adalah kepala segala ibadah. Rosak solat maka rosaklah segala amalan.

    Belum tentu orang yang tidak bersolat itu tidak bersolat dan belum tentu orang yang bersolat itu bersolat. Sesungguhnya haqiqat solat itu ialah aqidah Solat tidak boleh ditinggalkan walaupun terpaksa bersolat dengan hati tetapi roko' dan sujud boleh jika uzur. Apakah perbezaan diantara solat dengan roko'dan sujud? Jika sampai satu peringkat dimana kita terpaksa sembahyang dengan hati, bagaimana mana solat dengan hati yang tiada roko' dan sujud. Apakah hukumnya orang yang tidak tahu sembahyang dengan hati?

    Rukun 13 boleh dibahagi kepada 3 rukun besar yakni Qalbi (hati) feeli (perbuatan) dan qawli(perkataan). Kita tahu berkenaan perbuatan dan bacaan, bagaimana pula dengan hati. Neraka Waail bagi orang lalai dii dalam sembahyang. Bukankah lalai letaknya dihati. Bagaimana pula lalai diluar sembahyang. Tentulah sama. Lalai yang berkenaan dengan hati adalah lalai berkenaan mengingati Allah. Bolehkah kita mengingati Tuhan setiap masa. Tentu tidak. Jadi lalai disini adalah berkenaan dengan aqidah atau keimanan.

    Apakah dia iman? Iman adalah kepercayaaan. Kepercayaan berlandaskan keyakinan. Keyakinan mempunyai tahapannya. Paling bawah keyakinan ialah ilmu yakin. Bawah dari itu tiada keyakinan hanya ikutan sahaja atau Islam baka. Kenapa aku islam kerana ibu bapa aku Islam. itu sahaja.

    Ilmu yakin adalah keyakinan kepada ilmu. Bukan ilmu kita tetapi ilmu guru kita. Bukan ilmu berkaitan dengan kemaslahatan ummah ataupun hukum hakam tetapi berkenaan dengan aqidah. Guru pula mestilah benar-benar beraqidah . Bagaimana? Solatnya wajib seperti Rasulallah. Jika tidak dia bukan guru Aqidah. Hanya sekadar guru berkenaan hukum hakam atau lebih teruk ulama politik.

    Inilah tahap pertama dalam keimanan. bawah pada ini sesungguhnya tiada keyakinan. Orangg yang tiada guru maka tiada ilmu. Orang yang tiada ilmu maka tiada keyakinan. Orang yang tiada keyakinan maka tiada kepercayaan. Orang yang tiada kepercayaan maka tiada iman. Orang yang tiada iman maka tiada aqidahnya. Orang yang tiada aqidah maka tiada Rasulnya dan orang yang tiada Rasul maka tiada Tuhannya.

    Mereka ini hanya sekadar umat Islam dan melakukan semua amalan orang Islam tetapi bukan umat Muhammad kerana jauh dari aqidah ataupun hidayat maka jauhlah dari syafaat (pertolongan) guru. Mereka inilah 72 golongan dari 73 golongan yang Rasulallah katakan akan menghuni neraka tidak kira apa sahaja fahaman mereka samada sunni, syiah maupun wahabiah. Jika benar solat mereka seperti solatnya Rasulallaah maka merekalah satu golongan yang dikata oleh Rasulallah iaitu Ahlussunahwaljamaah.

    Keyakinan ada beberapa lagi tingkatannya iaitu Ainul yakin, Haqqul yakin dan Kamalulyakin. Dilain masa kita boleh memperbncangkannya. Muhasabahlah dan jangan melihat kuman diseberang laut.


    Reply #25 19 December, 2011, 05:30:00 PM
  • Publish
  •  :)
    Saudara Kamarzamanah...
    - bagaimana sholat dengan hati tu? dan apakah hukumnya bg org yg tidak tahu?



    Reply #26 20 December, 2011, 12:02:19 AM
  • Publish
  • kne tau apekah itu iman...

    iman ialah yakin dengan hati, mengaku dengan lidah dan melaksanakn dengan perbuatan..

    klo salah satu ni xde, belom bleh dikatakan beriman..

    klo setakat zikir saja tp tidak melakukn kewajipan terutamanya rukun islam, tak beriman lg tu..

    Reply #27 20 December, 2011, 08:44:06 AM
  • Publish
  • paling mudah di fahami -

    IMAN - PERCAYA -

    rukun IMAN - KEPERCAYAAN -

    6 yang harus di percayai....

    Insyallah - silakan... fahami asas fardhu AIn - boleh lah meletak kan diri selayakNya..

    asas keimanan... jika tak berilmu maka sudah pasti lah susah untuk menentukan keimanan ( kepercayaan )- jika sekali pun al-yakin itu terlalu yakin ... hati hati yer.. Iblis boleh menyamar apa cahaya kecuali baginda saw... sekadar cahaya pernah di riwayatkan iblis menyamar jadi cahaya...

    sebab itu asas diri terbahagia kepada 2 - rukun iman - rukun islam -

    zahir dan bahtin.

    tanpa aqal payah lah nak berilmu... yang mencorak ilmu adalah aqal -
    tanpa diri selayaknya menempatkan diri seadaNya.


    Reply #28 20 December, 2011, 09:51:43 AM
  • Publish
  • mengaku beriman tetapi tidak Solat ialah kalangan Munafik

    Allah tidak melihat akan zahir, pakaian mu
    tetapi Allah melihat ke dasar hati kamu

    Allah Maha Mengetahui apa terkandung dalam diri masing masing, jadi Tak perlulah mengaku ya

    cukuplah jika berkata, aku muslim

    inshallah, amalkanlah

    Reply #29 20 December, 2011, 10:18:29 AM
  • Publish
  • dan mereka bertanya pula..kamu nih islam binannas ker islam binaAllah?

    Reply #30 20 December, 2011, 10:23:40 AM
  • Publish
  • entahlah mungkin cara org nk menyampaikan mcm2 cara.....sy cuba muhasabah diri sendri.

    Reply #31 20 December, 2011, 10:35:18 AM
  • Publish
  • jawablah, saya muslim yang lemah, berusaha memperbaiki diriku setiap masa, semuga aku dapat mati sebagai orang yang berserah diri kepada Allaah

    nak muhasabah diri, kena cari guru
    ibarat zaman nabi, mereka berjalan jauh mencari susuk diri muhammad SAW

    melihat akan dia sudah sejuk terasa di hati
    mendengar katakatanya bahagia di kecapi

    inshallah
    Guru yang benar demikianlah, warisatul anbiya


    Reply #32 20 December, 2011, 11:20:56 AM
  • Publish
  • DR ASRI-MENUJU JALAN ALLAH....


    semuga dapat mengetahui, sababun

    Reply #33 20 December, 2011, 11:27:20 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum,solat itu tiang agama dan kita wajib melakukannya walau apa cara sekalipun sebab diakhirat kelak perkara pertama yang disoal  ialah solat bagaimanapun solat biarlah sempurna barulah boleh melakukan amalan-amalan wajib yang lain :aamiin: :)

    Reply #34 20 December, 2011, 11:40:44 AM
  • Publish
  • Salam,
    al_ahibbatu...selalu org berkata belajar kena cari guru..guru warisatul anbiya...guru muryid. Sebenarnya mereka nie 'siapa'? bkn guru2 agama atau ustaz yg sedia ada ker? kalau bkn mcm mana saya nak kenal dan mencari.

    Reply #35 20 December, 2011, 01:08:49 PM
  • Publish
  • guru sebenar guru atas ilmuan Nya..
    Insyallah guru sebagai ganti kata berkata...


    tanpa guru berbisik lah jua akan bisikan...
    awal lagi sudah di tipu daya oleh syaitan...

    Insyallah - ambil pengajaran... godam godam di forum .. banyak ilmuan di sini -

    nak mengenal ALLAH bukan secara ber online atau ber buku...
    sebaiknya ambil guru sebagai ganti kata... menambah dan menongkok ke ilmuan tuan masing masing -

    Insyallah - (Senyum)-


    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    51 Replies
    8899 Views
    Last post 31 March, 2011, 07:09:29 PM
    by IbnuNafis
    18 Replies
    1967 Views
    Last post 28 July, 2013, 10:36:31 PM
    by wan_sgmt
    12 Replies
    824 Views
    Last post 19 August, 2014, 04:43:58 AM
    by Akmal Razak