Mengaku Beriman Tetapi Tidak Solat

Author Topic: Mengaku Beriman Tetapi Tidak Solat  (Read 8392 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

31 August, 2011, 10:24:48 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    saya mempunyai satu masalah yang sangat berat,ia berkaitan dengan salah seorang ahli keluarga saya yang mendalami ilmu Tasawuf.Dia mengaku dirinya beriman kepada Allah s.w.t tapi tidak pernah solat & belajar membaca Al-Quran dan hanya berzikir,dia menyatakan bahawa manusia wajib mengenal diri dan sifat-sifat Allah,dengan cara itu manusia akan mengingati Allah,seolah-olah berzikir itu lebih utama berbanding sembahyang.Bila cuba berbincang dia mula melenting dan menyatakan kami semua tidak faham dan menganggap dirinya lebih tinggi dari kami dan mula marah.Saya pernah menegur menyatakan jika sifat marah dalam hatinya pun dia tidak dapat kawal macam mana hendak dikatakan beriman sepenuhnya kepada Allah,takut dan buntu sekiranya dia pergi lebih jauh.harap dapat bantuan dari saudara yang lebih arif.

    azrinkun

    • *
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Reply #1 31 August, 2011, 10:25:50 PM
  • Publish
  • jin banyak dalam badan tu..syaitan dah berkampung dalam hati..
    Syahadah no.1 ..  Ikut Rasulullah saw..
    jalan islam itu tauhid. jalan mukmin itu syahadat

    Reply #2 31 August, 2011, 10:37:18 PM
  • Publish
  • view rukun islam.

    kerjakan syariat spt yg di suruh.

    Barang siapa yg meninggalkan syariat, maka gugurlah ia dari rukun islam.

    Reply #3 31 August, 2011, 10:39:30 PM
  • Publish
  • blajar tasauf x salah....

    byak sekolah pondok blajar...

    yang penting syariat jgn ditinggalkan...

    kene ada guru...

    sila rujuk dgn guru yang sah

    azrinkun

    • *
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Reply #4 31 August, 2011, 10:45:47 PM
  • Publish
  • Sekadar gitu-gitu..

    Dalam syair menerangkan makna tasawuf

    "Bahkan tasawuf adalah kamu bersih tanpa kekeruhan,
    Dan kamu mengikut kebenaran,al-quran dan perintah keagamaan,
    Dan kamu mendapati bahawa kamu khusyuk penuh kesayuan,
    Atas dosa-dosa kamu sepanjang zaman dalam kesedihan."

    Tasauwf ni disiplin ilmu,menjaga amal,berusaha perkenalkan tipu daya syaitan,melembutkan hati... Siapa yang tak memahami tasawwuf dia ZINDIQ(sesat)

    Tak guna kalau tasawuf tinggi dalam erti kata jiwa bersih tapi akidahnye sesat dan batil,macam ayah pin tu,mirza ghulam,qadiani..

    pertama tu Baginda sendiri mulakan dengan tauhid.kemudian diikuti dengan rukun islam yang lain..

    solat adalah rukun Islam yang kedua.Perintah solat disebut ratusan kali dalam al-quran..dan alquran juga menceritakan rangka solat,yang disebut mendirikan solat,rukuk,sujud dan khusyuk..dan huraian yang lain bersumberkan Sunah Baginda saw..


    Reply #5 31 August, 2011, 10:54:16 PM
  • Publish
  • untuk ilmu tasauf
    berikut linknya

    Mafhum Tasawuf dan Tarikat

    Penjelasan Mengenai Tasawuf

    Buku - Hakikat Hikmah Tauhid Dan Tasawuf(Al-Hikam)

    PENGANTAR ILMU TASAWUF

    TASAUF  & TAREKAT  bersumberkan alquran dan Sunnah


    untuk kenal diri sini

    Kenal Diri, Kenallah Allah

    Ilmu Mengenal Allah

    Ma'arifatullah

    masalah yang di tanya tu, ujud kerana salah berguru

    di malaysia ramai yang belum layak menjadi guru, mengaku guru
    itulah antara punca

    sebagaimana yang berlaku ke atas al maunah

    banyak lagi gerakan kenal diri yang terpengaruh kristian, hindu, dan yahudi
    kabbalah, brahma, trinity

    pengaruh kuffar masuk ke dalam umat islam, begitulah
    ulamak mati, ilmunya tak berkembang

    rancangan Allah, demikianlah takdirnya

    tidak mahu sesat, al Quran dan sunnah, inshallah

    jika mahu merawat, inshallah boleh pm saya, tetapi tergantung kehendak diri

    inshallah

    Reply #6 01 September, 2011, 11:09:21 AM
  • Publish
  • Sedangkan Rasulullah yang dijamin syurga pun sembahyangnya begitu hebat sekali, siapalah kita orang awam. Apakah dia lebih hebat dari Rasulullah sehingga tak perlu sembahyang. Fikirlah sendiri..

    Reply #7 01 September, 2011, 11:57:46 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    saya mempunyai satu masalah yang sangat berat,ia berkaitan dengan salah seorang ahli keluarga saya yang mendalami ilmu Tasawuf.Dia mengaku dirinya beriman kepada Allah s.w.t tapi tidak pernah solat & belajar membaca Al-Quran dan hanya berzikir,dia menyatakan bahawa manusia wajib mengenal diri dan sifat-sifat Allah,dengan cara itu manusia akan mengingati Allah,seolah-olah berzikir itu lebih utama berbanding sembahyang.Bila cuba berbincang dia mula melenting dan menyatakan kami semua tidak faham dan menganggap dirinya lebih tinggi dari kami dan mula marah.Saya pernah menegur menyatakan jika sifat marah dalam hatinya pun dia tidak dapat kawal macam mana hendak dikatakan beriman sepenuhnya kepada Allah,takut dan buntu sekiranya dia pergi lebih jauh.harap dapat bantuan dari saudara yang lebih arif.

    mendalami ilmu tasawuf (selepas dah jauh ke dalam jadi apa ya - Rasulullah, 4 sahabat atau 10 sahabat terjamin syurga, atau Halaj atau siapa? .... syaitan!)

    seolah-olah berzikir itu lebih utama berbanding sembahyang.......... memang pun
    sembahyang atau solat >> solatlah untuk mengingati AKU
    ..... sabr dan solat ....................
    solat itu BERAT, kecuali yang Khusyuk <<<<<< ini sebahagian ayat Allah untuk menilai diri, samada diri kita, jujur melakukan, atau masih be be be berat

    silakan perbaiki diri kita
    kita menegur berdepan, memang akan menimbulkan kemarahan
    boleh jadi juga cara kita menegur itu.............. kasar

    Allah suruh kita datangi masalah, maksiat, keji dan mungkar dengan kebijaksanaan, semuga musuh kita tadi akan menerima kita sebagai kawan
    adalah lebih baik
    sabar dan solat, bangun solat, zikir sepertiga malam, dan mohonlah kepada Allah, memberikan taufik hidayah
    sebab, Allah dah beritahu kepada Rasulullah
    kamu hanya menyampaikan kebenaran, HIDAYAH milik AKU

    jujurlah hendaknya
    sucilah hendaknya
    benarlah hendaknya

    diri kita yang hendak menegur itu
    bukan kita yang dapat hidayahkannya
    Allah maha Kuasa
    sesiapa yang di hidayahkan Allah, tiada sesiapa dapat sesatkan dia
    sesiapa yang sesat - oleh pilihan sendiri - tiada siapa dapat hidayahkannya

    begitulah
    Ikhlaskan diri, nasihatilah
    semuga, apabila suci hati kita, Allah akan membalas kebaikannya

    sebab itu
    ada ILMU
    boleh programkan
    makanan minuman
    agar yang memakannya, menjadi lembut hati dan mahukan kebaikan

    ada dua jalan
    jika tersesat, akan menggunakan JIN

    manakala Jalan yang benar itu, DIRI kita ialah Khalifah Allah - tentulah berupaya memerintah, Rakyat Jelatanya, subhanallah

    itu sebab di atas sana, jika mahu, sila PM saya, inshallah
    Cukup lah Allah bagiku
    subhanallah
    wahdahu la syarikalah

    Reply #8 04 November, 2011, 05:00:52 PM
  • Publish
  • Salam…..
    Minta pandangan dan berbesar hati kalau rakan dpt berkongsi ilmu & pengamalan utk masalah sy.

    Ahli keluarga sy sedang berdamping dgn seseorang dan mereka sangat akrab skali walaupun baru mengenali. Dia membenarkan setiap apa yg org itu sampaikan dan mengamalkan apa yg org itu katakan. Ada beberapa perkara sy setuju tp byk jgk yg sy agak musykil.

    - mengutamakan zikir dari ibadah sholat, puasa. perkara yg berlu dibuat ialah dgn berselawat keatas nabi dan berkasih syg dgn ahlul bait.
    - menurutnya sholat ini pakaian di dunia saja.
    - setelah mengamalkan selawat  dgn istiqamah…tiba masanya akan mendapat petunjuk dengan mimpi atau sebagainya. Dia selalu berkata 'nanti awk akan ketemui sesuatu'.
    - org yg meninggal dunia, zahir atau jenazah tidak bermakna langsung. nak campak kemana-mana pun boleh. bg anak si mati berselawat je, sianak boleh menjamin kedua ibubapa yg meninggal itu utk mendpt kedudukkan yg tinggi/selamat dari siksaan kubur.
    - mempertikaiankan sholat org lain samada diterima oleh Allah atau tidak. Kalau mengerjakan sholat sedangkan kita sekadar tahu syariat je boleh berdosa & masuk neraka. Sholawat je kerana sholawat pasti diterima oleh Allah.
    - Bila di tanya..kenapa tidak puasa...Niat puasa kan SAHAJA....sahaja aku puasa...


    xde ilmu hakikat xsempurna syariat..tp dh tahu hakikat tidak jgk membuat syariat....


    Reply #9 09 November, 2011, 10:13:10 AM
  • Publish
  • Salam..terima kasih diatas pandangan tuan-tuan sume....sy sebenarnya nak berdebat dgn 'keluarga' sy tu tidak cukup ilmu. Apa yg perlu dan boleh sy lakukan untuk menarik dia kepanggal jalan.


    5zul

    • *
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #10 09 November, 2011, 10:25:11 AM
  • Publish
  • Salam..terima kasih diatas pandangan tuan-tuan sume....sy sebenarnya nak berdebat dgn 'keluarga' sy tu tidak cukup ilmu. Apa yg perlu dan boleh sy lakukan untuk menarik dia kepanggal jalan.
    suruh keluarga join halaqah,..
    Insyallah hijab terbuka lah nantii -

    (senyum)-

    benar apa kata syeikh din tue..

    hakikatNya diri itu USAHA meneliti ILMU - BERJIHAD mendapatkan ILMU... bukan mendapatkan tanpa pegetahuan asal usul ilmu itu sendiri

    tinggalkan syariat maka terbabas lah jalan jalan yang lurus tue..
    pakaian pakaian diri itu adalah syariat yang harus di susuli..
    bukan sekadar di pinggiran .. (senyum)

    Ilmuan ALLAH itu meluas.. jika ikut terlunjuk Iblis maka sesat lah jalan itu-
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Reply #11 09 November, 2011, 02:36:51 PM
  • Publish
  • Salam..terima kasih diatas pandangan tuan-tuan sume....sy sebenarnya nak berdebat dgn 'keluarga' sy tu tidak cukup ilmu. Apa yg perlu dan boleh sy lakukan untuk menarik dia kepanggal jalan.
    Wa'alaikum Salaam..

    LaaHawlawala-Quuwataillah-Billah.. lebih baik diam dari berkata-kata jika tak tahu akan ilmuNya..

    Apa yang disampaikan oleh orang tersebut adalah benar.. Benar pada dirinya dan Ilmunya.. tetapi BELOM tentu benar pada diri orang lain..

    Perlu diketahui di sini, Tahap pemahaman setiap insan adalah berbeza-beza mengikut hidayah yang Allah berikan.. Benarlah kata PakDin (muridin) tuh.. Syariat adalah lebih utama berbanding yang lain.. Mungkin disebabkan "kejadian-kejadian" yang berlaku di zaman ini, tidak mengikut perancangan ahli-ahli nya, maka berlakulah pendapat-pendapat yang bertentangan dengan syariah yang dibawa Rasul s.a.w.

    nak dipermudahkan, dalam syariat kita sekarang, undang-undang tak benarkan kamu langgar lampu isyarat MERAH.. walaupun dah tahu hakikat, torikat, makrifatnya berkenaan Lampu Isyarat Merah tersebut... kamu langgar juga.. kalau ada bukti/ ada polis trafik kat situ, kene la g bayar saman atau dipenjarakan mengulut undang-undang yang telah dipersetujui.. hee.

    Pada kamu dia telah sesat.. dan pada dia, kamu pulak yang sesat.. jadi siapa yang benar kalau dua-dua sesat? (senyum)

    Reply #12 09 November, 2011, 04:02:40 PM
  • Publish
  •  :) mmm...betul jgk kata Ifahuzir. siapa yg benar?

    ** kalau lampu merah tp tiada kenderaan lain/jln clear disitu hanya kita jerk. Nak jalan or nk tunggu jgk. mmmm

    5zul

    • *
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #13 09 November, 2011, 04:14:33 PM
  • Publish
  • :) mmm...betul jgk kata Ifahuzir. siapa yg benar?

    ** kalau lampu merah tp tiada kenderaan lain/jln clear disitu hanya kita jerk. Nak jalan or nk tunggu jgk. mmmm
    terpulang lah...
    hukum dunia tiada balasannya.. jika clear lalu jer lah.. heeee
    (Senyum)
    bezakan... dengan hukum ALLAH -
    ALLAH sentiasa bersama sama saudara..

    hukum dunia boleh rayuan.. tidak boleh batalkan..
    hukum ALLAH - ALLAH maha mengetahui akan taubat seorang hambaNya..
    kan beza...
    (Senyum)-

    semuga ayat putar beli nie akan mengembalikan diri yann sedang terumbang ambing..

    fadhila

    • *
    • ONE GOD"ALLAHUAHAD"ONE ISLAM-MANY MANY MUSLIMS
      • View Profile
    Reply #14 11 November, 2011, 05:27:27 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    saya mempunyai satu masalah yang sangat berat,ia berkaitan dengan salah seorang ahli keluarga saya yang mendalami ilmu Tasawuf.Dia mengaku dirinya beriman kepada Allah s.w.t tapi tidak pernah solat & belajar membaca Al-Quran dan hanya berzikir,dia menyatakan bahawa manusia wajib mengenal diri dan sifat-sifat Allah,dengan cara itu manusia akan mengingati Allah,seolah-olah berzikir itu lebih utama berbanding sembahyang.Bila cuba berbincang dia mula melenting dan menyatakan kami semua tidak faham dan menganggap dirinya lebih tinggi dari kami dan mula marah.Saya pernah menegur menyatakan jika sifat marah dalam hatinya pun dia tidak dapat kawal macam mana hendak dikatakan beriman sepenuhnya kepada Allah,takut dan buntu sekiranya dia pergi lebih jauh.harap dapat bantuan dari saudara yang lebih arif.

    Wsalam. Sembahyang yg 5 itu fardhu tetap fardhu ia FUNDAMENTAL ISLAM berbanding dgn zikir. Itu jelas. Selalu nya orang yang berzikir mereka rasa bersalah bila lengahkan sembahyang apalagi tinggalkan sembahyang . Bagus juga ada famili yang prihatin seperti kamu. Beliau memang bertuah. Gabunglah. Azan atau Qamat bila sampai waktu solat. Bentang sejadah dan panggil serta seru berjamaah bersama. Itu motivasi.Kongsi semangat. Bangunkan ambience solat. 
    Lepas solat suruh dia lead zikir.Ini kita ingatkan dia priority dlm ibadah, Saya pernah jumpa orang macam ni 2 kali satu perempuan  dan satu lelaki.
    Yang perempuan tu di ketahuan dia ada makhluk dalam badan olih kerana sekelilingnya bersolat dan berzikir maka dia macam melatah terikut-ikut walaupun ia mencanggah pada tradisi diri nya sndiri kem pengsan tak tahan dia rasa panas.

    Yang kedua  lelaki . Dia asal ahli zikir dan solat . Tapi waktunya mulai slack kem tak punctual lagi dan bertambah cuai.Akhirnya terlalu berat beliau hanya dapat berzikir dan tidak kuat utk bersolat walaupun dia tahu itu berdosa.Orang ni rasa marah pd diri sendiri kerana tidak mampu mengatasi ujian.Perlingkaran hanya sementara setelah di bantu dgn air jampi ayat quran perubahan nampak ketara.Balik pd jati dirinya sendiri. Ibarat orang terkehel sekejap. Cubalah usha kan jumpa ustaz atau tabib berkaitan utk jampian tersebut kem expose ke tempat solat berjemaah. Insyallah semangat nya pulih semula.
    Wallahu aklam.

    Reply #15 11 November, 2011, 09:00:00 AM
  • Publish
  • apa yang saya lihat ramai umat Islam kini yang berminat untuk beramal dengan tasawuf dan tarekat, akan tetapi masalah besar yang timbul apabila guru yang dia jumpa bukanlah guru yang sebenar untuk membimbing. maka jadilah kes seperti diatas dimana mengutamakan zikir daripada solat sedangkan dalam solat itu sudah ada zikir.kefahamannya sudah salah.bawalah dia berjumpa dengan pejabat agama untuk brain wash^_^

    Reply #16 11 November, 2011, 09:14:08 AM
  • Publish

  • Tawar menawar pada perintahNya hanya membawa gelincir Iman dan seterusnya batalnya iman.

    Hati-Hatilah ...
    Kerana  berhati-hati itu ( berawaridh) itu juzuk takwa ..
    Apatah lagi berhati-hati dalam hal iman agar tidak terGELINCIR tidak terBATAL secara tidak SEDAR

    Selain menunaikan yang fardhu itu pada masa yang sama  menuntutlah ilmu ..
    begitulah jua sebaliknya selain menuntut ilmu itu maka dalam masa yang sama tunaikan yang fardhu ..

    Doalah padaNya ...
    Selagi belum dapat RahsiaNya ..bergurulah bermasyaikhlah bermurrobilah bermursyidlah ...
    kelak bila dah dapat RahsiaNya ..bolehlah "berehat" ...selagi belum  dapat teruskanlah iya

    Perbanyakkan zikrullah dan selawat rasulullah s.a.w

    Mudah2an Allah permudahkan ...
    Amin Allahumma Amin ya Lathif

    Terima kasih PakDin.. merasai diri ini, makin lama, makin sayang/rindu dengan PakDin nih..
    Allahummasolli 'ala Saidina Muhammad wa 'ala ali Saidina Muhammad.

    pas ni nak selongkar semua posting PakDin kat HalaQah.net nih.. nak wat tangkal pelepas rindu.. (ketawa riang) boley ekk..
    Tak kira camana, Walaupun terpaksa mengikut cara langkah iblis dapat masuk Syurga balik (rujuk citer iblis menggoda Adam a.s di syurga)
    erkkk jangan fikir bebukan yer para pembaca sekalian.. (setiap peristiwa PASTI ada pelajaran padanya yer.. Ketuklah 'akal kan PakDin)

    Wasalaam..

    p/s: kepada yang membuka thread nie, saya cadangkan jemput Pakdin untuk kasi brainwash u punya famili...

    Reply #17 14 November, 2011, 10:39:31 AM
  • Publish
  •  :) Terima kasih Pak Din dgn huraian yg pjg lebar....dgn perkongsi ilmu dan pengalaman saudara2 sume dpt jugak sy menambah ilmu...kadang2 sy fikir ada rahmat jgk utk diri sy sendri secara khususnya. Bila terjadi perkara sebegini ada satu penarikkan utk lebih mendalami agama. Untuk saudara sy tu utk membawa dia berjumpa dgn org yg arif rasanya memang sukar. Ada yg sarankan sy bacaan surah Thoha ayat 1-5 utk melembutkan hatinya. Mungkin ada yg boleh membantu….nak berdoa pun ada jgk cara susanan dan tertibnya kan….atau mungkin ada cara lain. Pak Din tinggal mana?

    5zul

    • *
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #18 14 November, 2011, 11:54:27 AM
  • Publish
  • :) Terima kasih Pak Din dgn huraian yg pjg lebar....dgn perkongsi ilmu dan pengalaman saudara2 sume dpt jugak sy menambah ilmu...kadang2 sy fikir ada rahmat jgk utk diri sy sendri secara khususnya. Bila terjadi perkara sebegini ada satu penarikkan utk lebih mendalami agama. Untuk saudara sy tu utk membawa dia berjumpa dgn org yg arif rasanya memang sukar. Ada yg sarankan sy bacaan surah Thoha ayat 1-5 utk melembutkan hatinya. Mungkin ada yg boleh membantu….nak berdoa pun ada jgk cara susanan dan tertibnya kan….atau mungkin ada cara lain. Pak Din tinggal mana?
    Insyallah nanti kalau syeikh din ada nanti boleh memohon pembelajaran berterusan...
    walaupun cap belakung - senyum-

    tidak salah mengetahui hal nya ghaib seperti surah AL-Baqarah terangkan ayat 3 -
    sebaiknya susuli syariat ...

    ambil note apa yang pak din bagi setiap pencerahannya disini -
    Insyallah semuga berkelalan cintaNya pada diri -

    nak berdoa pun perlu lah tertib.. sedangkan dalam rukun solat terakhir kesimpulan solat mu itu iaitu tertib..
    Insyallah -

    Al-Israa' ayat ke 110 -
    Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.



    Reply #19 14 November, 2011, 12:40:07 PM
  • Publish

  • Hati-hatilah ...
    wahai saudaraku ...
    Bukan salah pada zikir atau selawat dan amalan  yang diamalkan itu .
    Bukan salah pada tasauf atau thoriqah (jalan ) itu ...
    Hati-hatilah iya  ..banyak sangat sekarang ni "cetak rompak"nya ...
    Carilah yang tulen ..cover luar macam serupa ...


    Nak cari yang tulen tu la yang susah nya...macam mana nak tahu tulen...kena kenal lama baru tahu tulen kan..dah lama kenal akhirnya sedar2 tak tulen...sia2 jelah amalan yang dibawa selama hari nih. Buat nya mati sebelum sempat bertaubat macam mana?Nih la yang takut nya...


    divider3
    halaqahforum4