Apakah Beza Ahli Sufi dengan Sunnah?

Author Topic: Apakah Beza Ahli Sufi dengan Sunnah?  (Read 14221 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Yuzie

  • *
  • Posts: 1023
  • Demi Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang
    • View Profile
24 August, 2011, 03:35:10 PM
  • Publish Di FB
  • Assallamualaikum

    Hamba yang kerdil ini ingin tahu maklumat pasal sufi dan sunnah...

    Saya sebenarnya bukan arif dan tidaklah tinggi sangat ilmu agama ni. Di sini saya agak jahil tentang ahli sufi dan sunnah. Sebelum ini saya fikir ahli sufi dan sunnah sama je iaitu ahli sunnah turut mengamalkan sufi dan sufi turut mengamalkan sunnah. Saya ade terbaca ade sesetengah golongan umat Islam di sini bertelagah sesama sendiri yang membawa maksud di sini mereka menegakkan pendirian masing-masing antara sunnah dan sufi. Jika sunnah saya faham juga sebab benda yang banyak saya tahu berdasarkan sunah dan sufi pulak tak pernah pula saya tahu atau saya mengamalkanye tetapi tidak tahu kemungkinan ia sebahagian drpd sufi.
    Saya terus tanya di sini alang2 saya sudah buka forum ini.

    Jadi ape beza sunnah dan sufi?

    (belum cari lg dlm  google atau yahoo atau mana2 search pun...)
    « Last Edit: 31 December, 2012, 04:22:19 PM by PenaHalaqah »
    Cukuplah bila kami merasa mulia karena Engkau sebagai Pencipta bagi kami dan cukuplah bila kami bangga bahawa kami menjadi hamba bagiMu. Engkau bagi kami sebagaimana yang kami cintai, maka berilah kami taufik sebagaimana yang Engkau cintai.

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #1 24 August, 2011, 06:51:28 PM
  • Publish Di FB
  • Orang sufi pegang sunnah kukuh-kukuh. Orang sufi mendalam pegangannya terhadap tauhid, fekah, tasauf, amalan-amalan sunnah..mendahulukan akhirat dari dunia. mendahulukan Allah dari dunia dan akhirat.

    Orang sufi mendahulukan ibadah atas dasar takut, harap, zuhud, cinta mengharap reda Allah. Orang sufi suka meninggalkan perkara makruh, suka warak, menjauhi syubhat, menghidupkan hati dengan zikrullah, mengambil dunia seadanya, yang hak tetap hak, yang batil tetap batil, hukum Allah dijunjung, orang sufi tidak suka berbantah-bantahan baik dalam apa jua tajuk terutama bab hukum-hakam, orang sufi berjaga malam beribadah dan amat sedikit tidurnya, rajin berpuasa, murah tangannya bersedekah, banyak berdoa memohon kepada Allah, banyak berselawat, beristighfar, orang sufi sentiasa merasa berdosa....Orang sufi memandang Rasulullah s.a.w dalam segala hal, mereka mengikuti Nabi dari sebesar-besar sehingga sekecil-kecilnya yang termampu sambil hati penuh takut kepada azab Allah, penuh mengharap kasih sayang Allah, penuh kecintaan kepada Allah...Orang sufi mendahulukan mengikut kehendak Allah dan RasulNya dalam segala hal...
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #2 24 August, 2011, 08:21:54 PM
  • Publish Di FB
  • Sebenarnya ada juga orang buat kajian tentang sufi.

    Ada kata sufi asalnya dari Ahli Suffah (para sahabat Nabi saw yang miskin, hidup sekitaran masjid Nabi saw.

    Ada yang kata sufi asal dari perkataan Suf/kulit kambing sebab mereka memakai pakaian kulit kambing. Riwayat pun ada kata ramai sahabat yang menyertai perang Badar memakai pakaian bulu kambing. Zaman sekarang orang kaya aje yang mampu pakai pakaian berasaskan kulit binatang.

    Ada yang kata sufi ialah orang yang suka solat di saf-saf pertama.

    Ada juga yang kata sufi ialah orang yang lebih tekun mengamalkan tasauf.

    Tak kurang juga banyak yang menghentam dan menyalahkan sufi. Antara alasan yang popular, katanya sufi tiada di zaman Nabi dan para sahabat, sufi tiada disebut dalam quran dan hadis. Ahli sufi katanya lagi banyak membuat bid'ah.

    Cuba baca Majmuk Syarif, dalam kitab tu ada beberapa doa. Dalam doa tu ada disebut Adam Sofiyyullah. Apa maksudnya? Adam Barisan Allah? Atau ada makna lain?
    « Last Edit: 24 August, 2011, 08:25:28 PM by nazri0070 »

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4917
      • View Profile
    Jawab #3 25 August, 2011, 08:00:36 AM
  • Publish Di FB
  • silakan klik di sini    http://saif1924.wordpress.com/2010/11/19/sufisme-dalam-islam/

    bagaimanapun, bukanlah muktamad

    sebagaimana dalam sunnah: nabi pesankan, sekiranya tak mahu sesat, ada dua perkara: Al Quran dan sunnah nabi serta sahabatnya, inshallah

    sekiranya mengalami masalah, untuk memahami, itu memberi maksud, di dalam diri sendiri masih banyak kekosongan yang patut di isi

    maksudnya, gesa lah diri agar mahu meneruskan hidup, menuntut Ilmu
    semuga bertemu dengan orang yang mengetahui
    yang sentiasa Ingat Allah

    dalam memahami agama ini, tak dapat tidak melalui proses pembelajaran.. bukan angan2.. hanya dengan belajar, maka seseorang itu akan mendapat ilmu yang tepat.. sebaliknya, angan2 hanya melahirkan lebih banyak amalan bid’ah dalam agama.

    Baik atau tak baik sesuatu amalan itu ditentukan melalui dalil.. Jika dalil mengatakan baik, maka akal juga perlu ditundukkan untuk mengatakan ianya baik..

    Seperti yang dinyatakan oleh Saidina Ali : “Kalaulah agama itu mengikut akal, nescaya aku disuruh untuk menyapu khuf (stoking kulit) di bahagian bawah (ketika mengambil wuduk) dan bukannya pada bahagian atas”.. sedangkan yg kotor itu bahagian bawah (tapak selalunya kotor, sbb tapak kaki yg menyentuh tanah).. tapi dalam bab mashul khuffain (menyapu 2 khuf) ketika berwuduk, syariat menyuruh menyapu pada bahagian atas khuf.

    Nak berpegang pada semua mazhab tiada masalah.. dengan syarat, kita memahami dan mahir dengan kaedah2 semua mazhab tersebut.. atau lebih tepat, kita jadi pakar 4 mazhab.. jika tak mampu (kerana bukan semua orang mempunyai otak yg cerdas serta berkemampuan untuk menyelidik – ahlu an-nadzor), maka adalah lebih baik menjadi pentaqlid mazhab (orang yg berpegang pada satu2 mazhab).. orang yg bertaqlid mazhab juga perlu memahami kaedah2 istinbat (pengeluaran) hukum sesuatu mazhab yg dipegang itu.. bukan main ikut2 tok imam ke, pak ustaz ke.. abang bilal ke.. nak faham, kena ada ilmu.. nak ilmu, perlu belajar..

    Itu adalah lebih baik daripada mengikut mazhab sendiri (mazhab akal).. Jadi, kita pelajari dan mahirkan dulu asas2 agama dalam mazhab (di Malaysia dan nusantara, yg masyhur adalah mazhab Syafie).. kemudian, baru kita menceburi diri dalam perbandingan fiqh mazhab (fiqh muqarran).. supaya kita tak terjebak dalam kekeliruan pemikiran kita sendiri.


    mohdazri

    • *
    • Posts: 1063
      • View Profile
    Jawab #4 25 August, 2011, 08:45:24 AM
  • Publish Di FB
  • saya menyokong apa yang diperkatakan oleh tuan nazri,sufi merupakan segolongan mereka yang amat kuat beramal dengan al-quran dan sunnah.cuma sufi sering terdedah dengan fitnah terutama di akhir zaman ini sehinggakan dikatan sufi banyak melaukan bidah.inilah cabaran sebagai ahli sufi yang menegakkan al-quran dan sunnah dalam diri

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4917
      • View Profile
    Jawab #5 25 August, 2011, 09:15:47 AM
  • Publish Di FB
  • kenapa ada istilah lain pulak jika ikut dengan kesungguhan?

    apakah ada pembahagian pembahagian, mengasingkan diri berlaku?

    tidak bersatukah sesama manusia muslim yang lain? bukankah al quran itu dari Allah

    menyeru, jika kamu berbantah bantah, kembalilah bersatu
    bersatu ikut Allah, al quran, sunnah nabi SAW

    sebab waktu belajar sudah di bahagi bahagikan ilmu

    ujudlah nama nama serta istilah istilah, menyangka golongan mereka lah yang terbaik
    subhanallah

    inshallah ya, Islam itu menyatukan diri dalam mentauhidkan Allah
    joom bersatu

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #6 25 August, 2011, 11:58:01 AM
  • Publish Di FB
  • Barang siapa mengerti penuh bijaksana berhikmah, nescaya dia mengerti kenapa wujudnya pelbagai nama dengan istilah yang pelbagai. Banyak nama dan istilah bukannya tak bersatu, banyak pandangan bukan ertinya pergaduhan, justeru sabda Nabi saw, khilaf di kalangan umatku adalah rahmat.

    Kenapa Allah pun banyak namaNya? Tidakkah lebih baik, diperkenalkan diriNya hanya semata-mata menggunakan asma' jalalah - Allah? Kenapa pula ada Ar-Rahman, Ar-Rahim....Asy-Syobur..dll..Gelaran Nabi dan RasulNya pun banyak, bahkan gelaran untuk Rasulullah saw sendiri pun ada banyak. Nabi saw lah Yaasin, Taha, Ahmad, dan lain-lain...

    Siapa yang menyangka-nyangka golongan merekalah yang terbaik, nyatalah mereka tidak berlapang dada dan hati serta fikiran...

    Wujud nama dan istilah ada sebab-musabab, cari asbab itu, baru wujud ilmu, Macam ilmu perubatan, dikenal penyakit dengan nama dan istilah, diselidiki simptom, punca dan asbab, lalu bertemu ubat dan penawarnya atau bagaimana kaedah mencegahnya....kalau terus kepada qadak dan qadar, ketentuan sejak azali, mana nak berkembangnya ilmu Allah? Jika nak terus begitu, lebih baik Allah ciptakan semua manusia Islam, jadilah syurga saja, tiada neraka, akal pun tak berguna lagi...Rasul dan para nabi pun tak perlu diutus...

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4917
      • View Profile
    Jawab #7 25 August, 2011, 12:07:23 PM
  • Publish Di FB
  • ramai kepada satu

    satu kepada ramai

    banyak kepada satu

    satu kepada banyak

    segalanya dari DIA

    inshallah

    cukuplah Allah bagiku

    Tauhid

    Esa

    .

    Insignia of Islam

    • *
    • Posts: 240
    • Help each other
      • View Profile
    Jawab #8 25 August, 2011, 12:39:42 PM
  • Publish Di FB
  • Bila orang awam bertanya, kita cubalah bagi jawapan yang sama level dengan orang bertanya. Saya cuba jawab seringkas mungkin:_

    1. Orang sufi menggunakan & mengutamakan ilmu tasawwuf (takzikiyyatun nafs : penyucian diri: akhlak insan) dalam beramal & beribadah. Tasawwuf (sufisme) ini ialah salah satu cabang ilmu daripada cabang ilmu agama yang lain seperti al-Qur'an, fekah, aqidah, hadis dll. Seperti yang disebut oleh yang lain, orang sufi terkenal dengan zuhud (tidak cinta dunia), alim dan sebagainya. Biasanya (tak semestinya) kelompok orang sufi bergerak dalam tarekat.

    2. Masalah berlaku apabila terdapat golongan sufi yang sesat (saya tegaskan di sini: bukan semua sesat). Ini disebut oleh ramai ulama', antaranya Ibnul Qayyim al-Jauzi di dalam kitabnya Zaadul Ma'ad: Terdapat golongan sufi yang terpuji dan golongan sufi yang tercela (saya olah ayat sendiri, kitab di rumah). Yang tercela itu ialah golongan sufi yang sesat tersebut. Bagaimana tersesat? Kerana mencipta fahaman baru antaranya wahdatul wujud (penyatuan antara makhluk dan tuhan), mencipta ibadah dan wirid baru yang tidak pernah diajar nabi, mempercayai mimpi, ilham, dzauq dan kashaf tok guru sebagai syari'at baru dalam Islam, miskin ilmu hadis dan fekah hingga beramal dengan hadis palsu dan terciptalah amalan-amalan dan tokok tambah baru, falsafah dan ayat berbelit-belit dsbnya.

    3. Adapun pada masa kini, terdapat trend yang mana apabila disebut 'ahli sunnah' dan 'ahli sufi' merujuk  golongan sunnah (salafi) dan golongan sufi (tarekat) yang sememangnya kurang sebulu. Bacaan yang insya Allah amat baik dalam topik ini, boleh baca di:_



    Saya belum berkesempatan baca buku ini tapi sinopsisnya ialah Syeikh Yusuf al-Qaradawi (SYQ) menegur golongan sunnah (salafi) yang terlampau keras mengkritik golongan sufi dan golongan salafi ini perlukan kepada approach berhikmah dan berakhlak. Sebaliknya SYQ pula menegur golongan sufi supaya membersihkan amalan dan pegangan mereka agar kembali ke Islam yang tulen seperti yang diajar nabi.

    Wallahu'alam. Moga membantu.

     

    Yuzie

    • *
    • Posts: 1023
    • Demi Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang
      • View Profile
    Jawab #9 25 August, 2011, 03:07:00 PM
  • Publish Di FB
  • Orang sufi pegang sunnah kukuh-kukuh. Orang sufi mendalam pegangannya terhadap tauhid, fekah, tasauf, amalan-amalan sunnah..mendahulukan akhirat dari dunia. mendahulukan Allah dari dunia dan akhirat.

    Orang sufi mendahulukan ibadah atas dasar takut, harap, zuhud, cinta mengharap reda Allah. Orang sufi suka meninggalkan perkara makruh, suka warak, menjauhi syubhat, menghidupkan hati dengan zikrullah, mengambil dunia seadanya, yang hak tetap hak, yang batil tetap batil, hukum Allah dijunjung, orang sufi tidak suka berbantah-bantahan baik dalam apa jua tajuk terutama bab hukum-hakam, orang sufi berjaga malam beribadah dan amat sedikit tidurnya, rajin berpuasa, murah tangannya bersedekah, banyak berdoa memohon kepada Allah, banyak berselawat, beristighfar, orang sufi sentiasa merasa berdosa....Orang sufi memandang Rasulullah s.a.w dalam segala hal, mereka mengikuti Nabi dari sebesar-besar sehingga sekecil-kecilnya yang termampu sambil hati penuh takut kepada azab Allah, penuh mengharap kasih sayang Allah, penuh kecintaan kepada Allah...Orang sufi mendahulukan mengikut kehendak Allah dan RasulNya dalam segala hal...

    terima kasih kerana telah memberi jawapan ini kepada saya tetapi pada pandangan saya yang mengikut sunnah pun ade yang bersikap mengamalkan seperti ape yang saudara katakan dan memang hal itu turut diserukan dalam sunnah. Jadi jika itu jawapannya samalah antara sufi dan sunnah mengamalkan benda yang sama tiada perbezaan ,yang berbeza adelah sifat keimanan seseorang sama ade mahu melakukannya atau tidak..Maaf Ini adelah pandangan saya..




    Yuzie

    • *
    • Posts: 1023
    • Demi Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang
      • View Profile
    Jawab #10 25 August, 2011, 03:14:48 PM
  • Publish Di FB
  • Terima kasih atas semua bantuan saudara menghulurkan beberapa pengetahuan yang berguna untuk saya mengetahui daripada tidak mengerti kepada yang lebih mengerti...Insya Allah mudah-mudahan saya dan para hambaNYa yang lain berada dalam linkungan yang diredhai oleh Allah swt. Amin2...

    keju

    • *
    • Posts: 978
      • View Profile
    Jawab #11 25 August, 2011, 04:28:57 PM
  • Publish Di FB
  • saudara/i insignia of islam :

    Saya sering lawat kedai buku: Mungkin buku ini saya terlepas pandang.

    Insyaallah : saya cuba cari senaskah untuk tujuan observe.. dan pengetahuan. Tq

    Ruji

    • *
    • Posts: 95
      • View Profile
    Jawab #12 25 August, 2011, 11:35:25 PM
  • Publish Di FB
  • Kita boleh cari maklumat tentang Sheikh Al Junaid, yang merupakan ahli sufi terkenal yang berpegang kuat kepada sunnah. Carilah dalam kitab lama seperti Tazkirah Auliya'.
    "Ya Allah, Dzat yang mengendalikan hati, kendalikanlah hati kami untuk taat kepadaMu. " Kepada sahabat-sahabat, sila lawati blog saya http://memorygreen1.blogspot.com/

    hafizul_84

    • *
    • Posts: 323
      • View Profile
    Jawab #13 26 August, 2011, 10:28:03 AM
  • Publish Di FB
  • Penerangan yang cukup lengkap Insignia of Islam..Alhamdulillah

    suka dengan kata-kata ni...moga jadi pengajaran
    Bila orang awam bertanya, kita cubalah bagi jawapan yang sama level dengan orang bertanya. Saya cuba jawab seringkas mungkin:_

     mempercayai mimpi, ilham, dzauq dan kashaf tok guru sebagai syari'at baru dalam Islam, miskin ilmu hadis dan fekah hingga beramal dengan hadis palsu dan terciptalah amalan-amalan dan tokok tambah baru, falsafah dan ayat berbelit-belit dsbnya.

    « Last Edit: 26 August, 2011, 10:31:32 AM by hafizul_84 »

    shearazi

    • *
    • Posts: 512
    • Kudambakan Redha Allah
      • View Profile
    Jawab #14 26 August, 2011, 03:34:28 PM
  • Publish Di FB
  • Menurut Syeikh Abd al Halim Mahmud,"ahli fiqah yang sufi lebih baik daripada ahli sufi yg faqih'.

    Penerangan dan maklumat dpd Insigna amat ana hargai..insya allah ana akan cari buku tulisan Dr Yusuf itu utk rujukan.

     :ins:
    Moga kita berkongsi ilmu di sini kerana Allah SWT

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4917
      • View Profile
    Jawab #15 26 August, 2011, 04:44:51 PM
  • Publish Di FB
  • Jadi ape beza sunnah dan sufi?

    bezanya samada sufi itu boleh kah ikut sunnah
    sebab soalan tu
    lebih kurang tanya
    apa beza muslim dan sunnah

    muslim yang tak amal sunnah nabi, saw, sia saia lah hidup

    kejayaan manusia, samada boleh dengar dan taat, al quran dan sunnah

    ketahui lah, apa itu sunnah
    semuga terhindar daripada amalan bid'ah

    hendaklah sedar

    Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Al-Israa' 17:36).

    And pursue not that of which thou hast no knowledge; for every act of hearing, or of seeing or of (feeling in) the heart will be enquired into (on the Day of Reckoning).

    inshallah ya
    Ilmu bukan untuk megah megah
    Ilmu bukan untuk maunah karomah
    Ilmu dapat menjaga diri
    Ilmu dapat jelas benar dan betul
    Ilmu dapat bantu amal
    semuga jujur dan suci

    subhanallah

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #16 26 August, 2011, 09:36:23 PM
  • Publish Di FB
  • Ni pendapat saya.

    Sunnah ertinya apa yang diteladani dari Nabi s.a.w baik perkataan, perbuatan, amalan-amalan dan apa sahaja termasuk dalamnya adab-adab seperti adab makan minum, adab tidur, adab mandi, adab bersama isteri, adab bertadarsu dan seumpamanya. Orang yang mengamalkan sunnah dipanggil sunni.

    Sufi pula ialah orang yang mengamalkan sunnah dengan lebih mendalami akan sunnah itu sendiri tetapi dari sudut keilmuan dan kefahaman sufi lebih mendahulukan tasauf/adab-adab yang berkaitan rohani atau hati. Dalam ibadat-ibadat sama ada fardu atau sunat, sufi memperhalusi setiap amalan kerana mementingkan makbulnya sesuatu amalan. Analoginya jika ikan digoreng biasa saja, biasalah rasanya (zauq), tapi dalam suffiyah, ikan itu diberi perencah-perencah dan dimasak dengan teliti,ditambah pelbagai perisa yang enak serta dihias penuh seni, bila dimakan sungguh enak rasanya (lebih zauq).

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #17 26 August, 2011, 09:55:42 PM
  • Publish Di FB
  • Penerangan yang cukup lengkap Insignia of Islam..Alhamdulillah

    suka dengan kata-kata ni...moga jadi pengajaran
    Bila orang awam bertanya, kita cubalah bagi jawapan yang sama level dengan orang bertanya. Saya cuba jawab seringkas mungkin:_

     mempercayai mimpi, ilham, dzauq dan kashaf tok guru sebagai syari'at baru dalam Islam, miskin ilmu hadis dan fekah hingga beramal dengan hadis palsu dan terciptalah amalan-amalan dan tokok tambah baru, falsafah dan ayat berbelit-belit dsbnya.
    Adakala mimpi benar itu anugerah ilahi khas untuk seseorang. Adakala ilham rezeki dariNya untuk orang yang taat akan perintahNya, meninggalkan laranganNya. Dzauq itu satu rasa yang dikurniai kepada seorang semasa beribadah yang datang hasil kesungguhannya bermujahadah melawan hawa nafsu serta hasil dari rasa kasih, sayang, rindu dan cinta kepada Allah. Kashaf pula satu pembukaan rahsia-rahsia Ilahi yang tertentu, adakala kasyafnya seseorang dapat memandang af'alNya, adakala dapat memandnag alam yang ghaib yang tak terlihat oleh mata kasar, adakala ianya mukasyafah seumpama maksud yang diterangkan oleh Imam Al-Ghazali dalam kitab-kitabnya seperti Ihya' Ulumiddin..

    Yang terbaik dalam ilmu hadis (setelah mengetahui hadis) ialah beramal dengannya penuh kesungguhan dan keikhlasan walaupun dhaif tetapi baik maksudnya.

    Tiada syariat baru melainkan syariat Muhammad s.a.w hatta bila turunnya Isa as, baginda akan melaksanakan syariat Muhammad s.a.w.

    Terangkum dalam ilmu fekah 5 hukumnya iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Asalnya berpunca dari dua iaitu HALAL dan HARAM. Untuk menjatuhkan hukum-hakam dari sudut ilmu fekah ini diperlukan dalil-dalil naqli,

    Setelah megetahui apa yang diamalkan selama ini dari hadis palsu, ditinggalkan amalan itu....

    Ada waktunya ayat-ayat tertentu serta disulam nada berfalsafah kerana ianya lebih menerangkan akan maksud sesuatu....Tidakkah ada ayat-ayat kiasan, peribahasa dan simpulan bahasa untuk menerangkan sesuatu??

    Amalan-amalan baru yang baik adakalanya benar dan boleh diamalkan selagi tiada nas dan dalil naqli yang jelas mengharamkan perbuatan atau amalan tersebut.

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #18 26 August, 2011, 10:04:24 PM
  • Publish Di FB
  • ramai kepada satu

    satu kepada ramai

    banyak kepada satu

    satu kepada banyak

    segalanya dari DIA

    inshallah

    cukuplah Allah bagiku

    Tauhid

    Esa

    .
    Dalam ilmu ketuhanan dan tasauf ianya dipanggil syuhudul katsrah fil wahdah, syuhudal wahdah fil katsrah. Orang yang tak faham akan ertinya akan mengatakan inilah wahdatul wujud, seumpama hulul atau ittihad. Ianya perlu difahami secara lebih mendalam dan murni.

    Akibat cinta, Allah kurnia dan anugerahkan lalu terangkat hijab/mukasyafah, memandang (secara rohani) dengan Nur Ilahi, nyata bagi si hamba akan KhalikNya (af'al, asma', sifat dan zatNya.

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #19 26 August, 2011, 10:10:52 PM
  • Publish Di FB
  • Yang tercela itu ialah golongan sufi yang sesat tersebut. Bagaimana tersesat? Kerana mencipta fahaman baru antaranya wahdatul wujud (penyatuan antara makhluk dan tuhan)

    Maksud wahdatul wujud bukannya penyatuan antara makhluk dan tuhan tetapi maksud hakikinya ialah matahati si hamba memandang akan af'alNya yang terbit dari kenyataan sifat ma'ani (sifat yang memberi makna, dalam ilmu sifat 20). Sifat ma'ani itu qudrat, iradat, ilmu, hayat, sama', basar dan kalam.

    Mengertilah siapa yang ingin mengerti.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    2309 Views
    Last post 11 September, 2009, 10:34:58 AM
    by acit
    5 Replies
    7054 Views
    Last post 18 September, 2013, 09:03:42 PM
    by ZakiaAliaMedina
    33 Replies
    2956 Views
    Last post 28 October, 2012, 01:30:06 AM
    by IbnuNafis