Buku Panduan Berkahwin Di Usia Muda (Semasa Belajar)

Author Topic: Buku Panduan Berkahwin Di Usia Muda (Semasa Belajar)  (Read 3575 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ashraf Ramli

  • *
  • Posts: 47
  • Syukur! Buku "AYAT-AYAT KAHWIN MUDA" Sudah Siap!
    • View Profile
05 August, 2011, 12:31:51 PM
  • Publish Di FB
  • Jom Kahwin Awal..!! Buku Panduan Berkahwin Di Usia Muda (Semasa Belajar)

    Saya tahu bahawa memang terdapat ramai rakan-rakan dan sahabat di luar sana yg ingin mendirikan rumah tangga ketika diusia muda.

    Ini kerana, terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada peningkatan kesedaran dalam diri anak-anak pemuda di zaman ini untuk menjaga Hati, Iman & Nafsu daripada terus bergelumang dengan maksiat dan noda. Sebab itu, ramai anak muda sekarang memilih untuk BERKAHWIN DI USIA MUDA.

    Ya! Itu adalah pilihan yang 'Selamat'. InsyaAllah.

    Namun, oleh kerana terdapat pelbagai halangan yang menggunung, hasrat yang murni itu terpaksa dikuburkan. Antara faktor-faktor halangan tersebut adalah :

    1) Keizinan Ibu Bapa
    2) Persediaan Kewangan Yang Kukuh & Mencukupi
    3) Persediaan Ilmu
    4) Masih Belajar
    5) Dan macam-macam lagi.

    Oleh yang demikian, saya mengambil inisiatif untuk menulis sebuah buku yang bertajuk "Ayat-Ayat Kahwin Muda" bagi menghurai dan menyelesaikan setiap ruang persoalan tentang Perkahwinan Di Usia Muda (Semasa Belajar) ini.

    Penulisan buku ini telah dibuat hasil daripada pengalaman-pengalaman rakan-rakan saya yang berkahwin di usia muda dan juga pengalaman saya sendiri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada bulan June 2011 lepas.

    Kebanyakkan faktor-faktor halangan yg saya sebutkan di atas, adalah merupakan faktor-faktor yang selalu di alami oleh rakan-rakan yg sudah berkahwin dan juga termasuk diri saya sendiri.

    Alhamdulillah, dengan wujudnya Buku "Ayat-Ayat Kahwin Muda", segala persoalan dan halangan untuk menuju ke Gerbang Perkahwinan akan di selesaikan dan di bincangkan dengan lebih terperinci di dalam Buku saya tersebut.

    Buku ini dihasilkan setelah disemak dan berbincang dengan beberapa orang Pensyarah dari Jabatan Kekeluargaan Dalam Islam, Fakulti Undang-Udang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

    Antara Pensyarah yang terlibat adalah :

    1) Profesor Madya Dr. Noraini Hashim
    2) Profesor Madya Dr. Ramizah Wan Muhammad
    3) Profesor Dato. Dr. Sidek Baba
    4) Ustaz Hamid Jusoh Al-Butri


    Oleh yang demikian, saya ingin menyarankan kepada mana-mana ahli-ahli atau pembaca group Halaqah.Net ini yang ingin mencari jawapan dan seterusnya membantu dalam merealisasikan 'Hasrat Murni', iaitu Berkahwin Di Usia Muda (Semasa Belajar).


    Jadi, bersempena dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, saya akan buka promosi dengan harga murah dan hanya dikhaskan untuk pelawat & ahli Halaqah.Net sekalian.

    Untuk Maklumat lanjut, sila lawati ke laman web saya di :

    http://Www.KahwinMuda.Com

    atau boleh hubungi saya di : kahwinmuda@gmail.com


    Sekian Terima Kasih.
    « Last Edit: 05 August, 2011, 12:36:12 PM by Ashraf Ramli »
    Alhamdulillah, syukur kpd Allah krn buku "Ayat-ayat Kahwin Muda" sudah siap dan berada dipasaran. Sesuai bg mereka yg ingin mendirikan rumahtangga @ baitul muslim diusia muda terutamanya bagi Mahasiswa dan Mahasiswi.
    Untuk maklumat lanjut, lawati : http://Www.KahwinMuda.com atau http://hujjati.blogspot.com

    shahizacase

    • *
    • Posts: 28
      • View Profile
    Jawab #1 05 August, 2011, 01:28:20 PM
  • Publish Di FB
  •  :)wah..menarik... saya adalah salah seorang yang berkahwin muda... belum habis belaja lagi... alhamdulillah saya berjaya tamatkan pengajian dgn cemerlang (takde extend sem arr...) dan sekarang sudah bekerja..anak sudah tiga... petua saya simple je...JANGAN MENIPU IBU BAPA. ...sedara mara ada juga yang bising kawin awal sgt... saya jawab, 'dah gatal, nak buat mcmmana?...'  hehheh semua diam...hehehhe.. bagusla buku ni untuk mereka yang teringin nak kahwin awal... 

    munajah cinta

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #2 06 August, 2011, 12:56:50 AM
  • Publish Di FB
  • bagi saya jiwa orang muda sekarang patut di matangkan secara perkahwinan,dengan tanggungjawab sebagai suami atau isteri lebih menbendung ke arah kebaikan bagi mengelak isu2 yang tidak sepatutnya berlaku pada zaman sekarang seperti kes buang bayi dan sebagainya. cuba jadi seorang pemimpin yang boleh memimpin bukan jadi pemimpin yang terpimpim.. wallahualam..

    nadeea

    • *
    • Posts: 156
      • View Profile
    Jawab #3 06 August, 2011, 01:14:03 AM
  • Publish Di FB
  • :)wah..menarik... saya adalah salah seorang yang berkahwin muda... belum habis belaja lagi... alhamdulillah saya berjaya tamatkan pengajian dgn cemerlang (takde extend sem arr...) dan sekarang sudah bekerja..anak sudah tiga... petua saya simple je...JANGAN MENIPU IBU BAPA. ...sedara mara ada juga yang bising kawin awal sgt... saya jawab, 'dah gatal, nak buat mcmmana?...'  hehheh semua diam...hehehhe.. bagusla buku ni untuk mereka yang teringin nak kahwin awal...

    he..he..he...statement saudari sangat berani saya kira. Kalau saya nak cakap macam tu alamatnya kene piat telinga dengan mak..:senyum:

    Ashraf Ramli

    • *
    • Posts: 47
    • Syukur! Buku "AYAT-AYAT KAHWIN MUDA" Sudah Siap!
      • View Profile
    Jawab #4 06 August, 2011, 01:19:04 AM
  • Publish Di FB
  • 1 perkongsian yang menarik!

    Terima kasih...

    Smoga rumah tangga anda semua diberkati dan dirahmati Allah.

    Bagi yg mahukan jalan penyelesaian, bacalah terlebih dahulu... InsyaAllah, anda akan temui jalan keluar nanti...

    pencintaqasidah

    • *
    • Posts: 8
    • suka berqasidah..
      • View Profile
    Jawab #5 06 August, 2011, 01:28:39 AM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum,
    macam mana nak dapat buku ni?
    nk hadiahkan kt mak..:senyum:

    nadeea

    • *
    • Posts: 156
      • View Profile
    Jawab #6 06 August, 2011, 01:31:36 AM
  • Publish Di FB
  • nk hadiahkan kt mak..:senyum:

    hurm bagus juga idea tu.Hadiahkan dekat mak (supaya mak saya sokong anak muda yang nak kawen awal ni)..:senyum:

    Ashraf Ramli

    • *
    • Posts: 47
    • Syukur! Buku "AYAT-AYAT KAHWIN MUDA" Sudah Siap!
      • View Profile
    Jawab #7 06 August, 2011, 02:03:21 AM
  • Publish Di FB
  • Cuma ikut prosedur yg telah dinyatakan di dalam laman web tersebut.

    http://Www.kahwinmuda.com


    Setakat ini, ia berada dalam bentuk E-Book. InsyaAllah akan publish dan dipasarkan pada awal tahun depan...

    rasya humaira

    • *
    • Posts: 47
    • Aku ingin mencintaiMU setulusnya
      • View Profile
    Jawab #8 13 January, 2012, 01:42:34 PM
  • Publish Di FB
  • Bagus..perlokongsian yang sangat menarik..namun susah nk cari calon suami zaman skang ni...bnyk faktor yg dilihat

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1244 Replies
    129925 Views
    Last post 11 October, 2013, 06:41:27 PM
    by afiQoh
    20 Replies
    3160 Views
    Last post 21 September, 2013, 11:23:52 PM
    by Fakir Billah
    21 Replies
    6048 Views
    Last post 11 January, 2012, 07:53:58 PM
    by Ana Tholibah