NELAYAN DAN ULAT

*

Author Topic: NELAYAN DAN ULAT  (Read 1572 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

cahayabijaksana

  • *
  • Posts: 21
  • hebat wanita krn kesabaran~ subhanallah...
    • View Profile
24 July, 2011, 01:29:19 PM
  • Publish

  • Seorang nelayan yang soleh, Abu Jaafar Mansur, telah berjaya menangkap seekor ikan tetapi seorang pengawal kerajaan telah merampas ikan itu dari tangannya dan memukulinya. Maka berkatalah Abu Jaafar, "Ya Tuhanku, Engkau menciptakan aku dalam keadaan lemah dan Engkau mencipta dia dalam keadaan gagah perkasa, sehingga dia dapat menganiaya aku. Kuasakanlah dia pada satu makhluk dan jadikanlah dia sebagai pelajaran bagi semua kaum muslimin."


    Setelah pengawal kerajaan itu tiba di rumahnya, dia mengoreng ikan itu. Ketika dia meletakkan ikan itu di atas hidangan, duri ikan itu tiba-tiba menyengatnya dengan izin Allah SWT tangan yang tertusuk duri ikan itu bertambah parah dan ulat memakan tangannya. Dia tidak tahan lagi dan terpaksa tanga itu harus dipotong tetapi ulat itu malah menjalar ke lengannya dan terpaksa dipotongnya pula. Kemudian dia tidur dan bermimpi seseorang mengatakannya kepadanya, "Kembalikan hak itu kepada pemiliknya, agar engkau selamat dari penyakit ini."

    Setelah dia terbangun, barulah dia menyedari mengenai ikan yang dirampas dari Abu Jaafar. Maka datanglah dia menjumpai Abu Jaafar dan memberinya sepuluh dirham dan meminta halal kepadanya. Ketika Abu Jaafar menghalalkannya, maka berjatuhanlah ulat itu dari tangannya yang terluka dan kembalilah tangan itu sembuh seprti sediakala dengan kekuasaan dan izin Allah Taala.


    Banyak pengajaran yang kita peroleh daripada kisah di atas, di antaranya ialah jangan merasa diri kita besar atau bangga diri serta boleh mengambil kesempatan ke atas diri orang yang lemah. Kebanyakan orang zaman sekarang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain disebabkan akan kuasa yang mereka miliki. Selain itu janganlah kita menzalimi orang yang lemah kerana perbuatan itu ibarat menzalimi diri kita sendiri. Hal ini kerana setiap perbuatan yang zalim itu mendatangkan dosa....


    Harap bersama kita hayati kisah diatas.......

    leha

    • *
    • Posts: 247
    • I love Allah and Rasulullah
      • View Profile
    Reply #1 18 September, 2011, 04:33:56 PM
  • Publish
  • Sabda Nabi S.A.W

    “Barangsiapa merampas hak seorang muslim dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkan baginya surga,” maka salah seorang bertanya,”Meskipun sedikit, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab,”Ya, meskipun hanya setangkai kayu sugi (siwak).”[HR Muslim]

    alhamdulillah..syukran atas perkongsian kisah ini..^^
    -MANUSIA MENILAI DARI PERBUATAN,TETAPI ALLAH S.W.T MENILAI  DARI HATI SEORANG HAMBANYA-

    robhunhayati

    • *
    • Posts: 1068
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Reply #2 23 August, 2012, 02:18:36 PM
  • Publish
  • doa orang yang dizalimi, orang yang teraniaya tiada hijab di sisi ALLAH...

    dan pengajaran paling penting dari kisah yang dikongsikan oleh cahayabijaksana ialah JANGAN MENGAMBIL SESUATU YANG BUKAN HAK KITA. kerana itu Islam menuntut agar kita berlaku ADIL yakni meletakkan sesuatu pada tempatnya (haknya)... Wallahu'alam...

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1368
      • View Profile
    Reply #3 23 August, 2012, 02:24:12 PM
  • Publish
  • Sejahtera hendak-NYA ke atas kalian .....

    doa org yg dizalimi dalam cerita di atas tuh ...doa moga2 org yg buat aniaya kat dia tu agar Allah beri hidayah agar bertaubat ..... tu dalam kes cerita yg nyata berupa dirampas ikan dari apa yg diusahakan beliau .... sedangkan yg remeh temeh yg di ungkap dek lidah saya tanpa menyebut nama Allah .....

    Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "
    Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? " Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . " Sabda baginda : " Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. "
    Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ? " Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. " Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : " Awas, jaga ini baik-baik. "
    Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? " Baginda lalu menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka @ batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. "

    hati2 cerita tu bukan pasal org yg menzalimi ... tapi pasal org yg menzalimi yg menjaga sikap @ bersangka baik terhadap ketentuan Allah yg berlaku sepanjang hayat, bila2 masa apa jua keadaan di mana2 sahaja ....


    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1379
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Reply #4 23 August, 2012, 02:25:42 PM
  • Publish
  • Kalau ikut zaman sekarang ni,boleh bagi contoh tak macam mana boleh terjadi kita mengambil hak dari orang lain, Jika yang sengaja tu jelaslah..tapi ini yang tidak sengaja,yang tak sedar mengambil hak orang lain??

    robhunhayati

    • *
    • Posts: 1068
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Reply #5 23 August, 2012, 02:29:14 PM
  • Publish
  • Kalau ikut zaman sekarang ni,boleh bagi contoh tak macam mana boleh terjadi kita mengambil hak dari orang lain, Jika yang sengaja tu jelaslah..tapi ini yang tidak sengaja,yang tak sedar mengambil hak orang lain??

    contoh mudah bila beratur nak naik bas or lrt or komuter or monorail or erl....secara tak sedar adakalanya kita dah potong line or barisan sedangkan orang yang di depan kita beratur lebih awal or lebih lama dari kita.... senyum*

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1368
      • View Profile
    Reply #6 23 August, 2012, 02:29:44 PM
  • Publish
  • Sejahtera hendak-NYA ke atas kalian ....

    ade hadis kisah hak tapi pada lidah tu jagoo AWASS !!! ... ada hadis  .... maksud Hadis sabda Rasulullah SAW ....... jangan menghina org2 terdahulu ....


    buang ler perangai budak2 tuhhh .... tak puas hati je keje ... lawak beno

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1368
      • View Profile
    Reply #7 23 August, 2012, 02:31:39 PM
  • Publish
  • Kalau ikut zaman sekarang ni,boleh bagi contoh tak macam mana boleh terjadi kita mengambil hak dari orang lain, Jika yang sengaja tu jelaslah..tapi ini yang tidak sengaja,yang tak sedar mengambil hak orang lain??

    contoh mudah bila beratur nak naik bas or lrt or komuter or monorail or erl....secara tak sedar adakalanya kita dah potong line or barisan sedangkan orang yang di depan kita beratur lebih awal or lebih lama dari kita.... senyum*

    ehhh tu potong line .... tak potong line dalam merungut terpaksa beratur tu puin boleh ke ? adoii adakah keadaan tu ujian sebesor zarrah ke sedang memang kena lalui ....  padahala dari Allah tidak diberati pun ... diri ini diuji kena beratur ke ? lawakkk

    robhunhayati

    • *
    • Posts: 1068
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Reply #8 23 August, 2012, 03:27:34 PM
  • Publish
  •  senyum*

    selalu je time beratur mesti dah terambil tempat orang lain. selalu je rasa bersalah....

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    1241 Views
    Last post 28 May, 2007, 10:41:18 AM
    by faseh
    2 Replies
    3449 Views
    Last post 11 January, 2012, 11:48:38 AM
    by siti norhafiza
    0 Replies
    614 Views
    Last post 31 August, 2010, 09:33:14 AM
    by nur huda