Keliru - Solat Qasar dan Jamak

Author Topic: Keliru - Solat Qasar dan Jamak  (Read 5922 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ibnu Imran

  • *
  • Posts: 1
    • View Profile
23 July, 2011, 11:34:05 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamu'alaikum

    Ana sudah hampir setahun ulang-alik dari KL ke Bangkok Thailand (BKK) disebabkan tugasan kerja. Tinggal di BKK paling singkat selama 5 hari dan paling lama selama 12 hari. Sepanjang setahun ni ana hanya solat qasar dan jamak sahaja. Saya tiada niat langsung untuk bermaustautin dan tidak juga tahu tarikh sebenar tugasan akan tamat. Dalam keadaan ini saya telah banyak merujuk kepada ustaz dan mencari maklumat sama ada saya dibolehkan solat qasar dan jamak. Jawapan diterima berbagai macam. Dalam keadaan ini rakan-rakan seperjuangan juga memberi berbagai jawapan sehingga saya bingung, sama ada untuk terus qasar dan jamak atau hanya lakukan solat seperti biasa ketika berada di Bangkok.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 23 July, 2011, 11:38:07 PM
  • Publish Di FB
  • Boleh teruskan solat musafir, qasar dan jamak selagi tidak tahu bila akan tamat tempoh pekerjaan itu. Setahun, dua tahun atau seterusnya.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    beruang

    • *
    • Posts: 1354
    • Bersatu sebagai satu Usrah dalam satu Halaqah...
      • View Profile
    Jawab #2 24 July, 2011, 04:23:50 PM
  • Publish Di FB
  • Eyh, betul ke bole sampai bertahun2? Yang ana belajar, kalau kita dah sampai ke destinasi (tempat tuju) kita x boleh sembahyang jamak dan qasar dah.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #3 24 July, 2011, 07:06:32 PM
  • Publish Di FB
  • Eyh, betul ke bole sampai bertahun2? Yang ana belajar, kalau kita dah sampai ke destinasi (tempat tuju) kita x boleh sembahyang jamak dan qasar dah.


    Selagi dalam musafir, seperti pemandu kapal terbang (pilot) walaupun telah sampai destinasi penerbangan, tetap boleh solat jamak dan qasar kerana dia bukan bermastautin di situ. Tamatnya musafir apabila dia tiba di rumah kediaman(tempat bermastuatin).

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #4 25 July, 2011, 09:57:00 AM
  • Publish Di FB
  • Sila rujuk kitab Fiqh dan Perundangan Islam oleh Dr Wahbah Al-Zuhaily, panjang lebar huraiannya dari perbahasan 4 mazhab....Mazhab Syafie, 1 perjalanan pergi, menetap 4 hari (bermukim) dan 1 perjalanan pulang boleh qasar atau jamak....
    « Last Edit: 25 July, 2011, 09:58:35 AM by nazri0070 »
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #5 25 July, 2011, 10:19:17 AM
  • Publish Di FB
  • Sila rujuk kitab Fiqh dan Perundangan Islam oleh Dr Wahbah Al-Zuhaily, panjang lebar huraiannya dari perbahasan 4 mazhab....Mazhab Syafie, 1 perjalanan pergi, menetap 4 hari (bermukim) dan 1 perjalanan pulang boleh qasar atau jamak....

    Boleh ambik sedikit  huraian ilmu itu ke sini  buat perkongsian.

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #6 25 July, 2011, 12:57:38 PM
  • Publish Di FB
  • Petikan dari kitab Fiqh dan Perundangan Islam, Jilid II, Wahbah Al-Zuhaili:

    Kadar Masa untuk Melakukan Qasar Sembahyang
    Apabila Seseorang Musafir Tinggal di Sesuatu Tempat

    Seseorang musafir berhak mengqasarkan sembahyang selagi dia tidak berniat untuk bermukim (tinggal) di sesuatu pekan (balad) bagi tempoh tertentu. Pendapat fuqaha terbahagi dua dalam menentukan tempoh tinggal itu.
    ..............
    ..............
    Menurut pendapat ulama' Maliki dan Syafi'i apabila seseorang musafir berniat untuk tinggal di suatu tempat selama 4 hari, maka dia mestilah melakukan sembahyang dengan cukup bilangan raka'atnya (tidak qasar) kerana Allah mengharuskan qasar dengan syarat musafir di muka bumi, oleh itu seseorang yang bermukim atau berniat untuk bermukim tidak dikira sebagai musafir lagi, dan Hadith telah menjelaskan bahawa kurang daripada 4 hari tidak memutuskan musafir (masih dikira sebagai musafir), dan menurut hadith Sahih Al-Bukhari dan Muslim:

    Terjemahan: " Orang yang berhijrah, bermukim di sana selesai mengerjakan ibadah hajinya selama 3 hari."

    Dan Nabi saw melakukan qasar sembahyang ketika di Makkah selama 3 hari semasa Baginda menunaikan umrah.
    ...........
    Ulama' Maliki dan pendapat yang sahih di kalangan ulama' Syafi'i tidak menghitungkan hari masuk dan hari keluar sebagai hari bermukim. Ini kerana yang pertama (hari masuk) meletakkan barang-barang, dan yang kedua(hari keluar) berangkat, maka kedua-dua hari itu adalah urusan musafir.
    ...........
    Jika seseorang yang bermusafir menunggu untuk menunaikan keperluan yang dijangka akan tertunai pada bila-bila masa saja atau keperluan yang akan berlaku pada bila-bila masa saja atau memerangi musuh yang akan berlaku pada bila-bila masa saja atau bersedia untuk meneruskan musafir lepas satu hari satu hari pula, menurut pendapat ulama' Maliki atau Hanbali diharuskan qasar sekalipun lama tempoh penungguan itu, selagi tidak diniatkan untuk tinggal di tempat itu, sebagaimana pendapat ulama' Hanafi.

    Tetapi menurut pendapat ulama' Syafi'i orang musafir tersebut berhak melakukan qasar selama 18 hari, tidak termasuk hari masuk dan hari keluar, kerana Nabi saw melakukan qasar semasa tinggal di Makkah pada tahun pembukaan Makkah dalam Peperangan Hawazin.

    « Last Edit: 25 July, 2011, 01:13:27 PM by nazri0070 »

    khamisah

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #7 25 July, 2011, 11:56:17 PM
  • Publish Di FB
  • Salam...ana nak tanya,

    situasi musafir:
    ana tinggal di Bdr Baru Bangi
    musafir ke Johor (3 hari 2 mlm)

    masalah:
    perjalanan pulang dgn bas dari johor (4.00 petang)
    tiba di hentian kajang (10 mlm)

    soalan:
    BOLEHKAN ana bersolat jamak qasar di perhentian bas kajang (walhal jarak hentian ke rumah ana dlm 6 km shj)..kerana Bas x berhenti waktu maghrib
    hanya berhenti waktu sebelum maghrib

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #8 26 July, 2011, 02:17:51 AM
  • Publish Di FB
  • Salam...ana nak tanya,

    situasi musafir:
    ana tinggal di Bdr Baru Bangi
    musafir ke Johor (3 hari 2 mlm)

    masalah:
    perjalanan pulang dgn bas dari johor (4.00 petang)
    tiba di hentian kajang (10 mlm)

    soalan:
    BOLEHKAN ana bersolat jamak qasar di perhentian bas kajang (walhal jarak hentian ke rumah ana dlm 6 km shj)..kerana Bas x berhenti waktu maghrib
    hanya berhenti waktu sebelum maghrib

    Boleh solat jamak takhir di Perhentian Bas Kajang. Jangan terus balik ke rumah tanpa melakukan solat jamak takhir  maghrib  isya'.

    putri_hambali

    • *
    • Posts: 1061
    • menjadi isteri dan mujahidah solehah impian diriku
      • View Profile
    Jawab #9 06 August, 2011, 11:23:20 AM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum..

    Sembahyang Qasar:-

    Mengqasar solat,layak dilaksanakan oleh orang islam kerana rukhsah(keringanan) yang diberikan oleh Allah swt kepada kita umat islam. Kita dibolehkan melakukan perkara itu walaupun terdapat banyak masjid dan surau sepanjang perjalanan yang kita lakukan. Para ulama bersepakat bahawa orang yang berada dalam perjalanan boleh mengqasar solat. Cuma berbeza mengenai hukumnya sama ada wajib atau sunat,jarak perjalanan yang dibenarkan solat qasar,masa atau bilangan hari kita berada di tempat yang dituju dan jenis perjalanan yang dilakukan.

    Hukum Mengerjakannya:-

    1) WAJIB: Ulama-ulama kufah dan Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa mengqasar solat itu wajib.
    2) WAJIB PILIHAN: Sebahagian ulama Mazhab Shafii berpendapat mengqasar dan melengkapkan(menunaikan penuh) solat sebagai wajib pilihan(mukhayar). Ertinya boleh dipilih antara mengqasar atau melengkapkannya.
    3) SUNAT: Imam Malik berpendapat sunat mengqasarnya.
    4) Iman Shafii berpendapat boleh mengqasar solat tetapi lebih melengkapkannya lebih baik.

    Jarak Perjalanan:-

    Imam-imam Malik,Shafii,Ahmad dan sebahagian yang lain berpendapat,solat boleh diqasarkan jika jarak perjalanan secara berjalan kaki yang sederhana memakan masa 1 hari. Sementara itu,Imam Abu Hanifah dan pengikut-pengikutnya di Kufah berpendapat,sekurang-kurangnya 3 hari perjalanan secara berjalan kaki untuk membolehkan solat qasar. Mazhan Zahiriah pula menganggap boleh mengqasar solat sama ada jauh atau dekat.

    Jumlah Perjalanan

    Imam Shafii: 4 hari
    Imam Malik: 2 hari
    Imam Abu Hanifah & Sufian As-Sauri: 15 hari
    Imam Ahmad: Lebih 4 hari

    sumber: Majalah Al-Islam keluaran november 1998.
    « Last Edit: 06 August, 2011, 11:27:07 AM by putri_hambali »
    Ya Allah..semoga diriku ini menjadi anak yang solehah pada kedua ibu bapaku dan isteri solehah pada suamiku..dan menjadi ibu yang mithali pada anak-anaku..amin,amin,ya rabbal alamin..

    tuneja

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #10 07 August, 2011, 12:18:59 PM
  • Publish Di FB
  •  :) assalamualaikum..saya nk tanya tentang solat jamak.. saya dan kawan2 ditugaskan ke Cameron Highland dn klu ikutkan boleh la kami melakukan solat jamak..kemusykilan saya disini, sekiranya kita mmg ada disediakan tempat tinggal yg selesa dn berhampiran, dn kita mmg tahu(ketika melaksanakan solat zuhur) kita mmg sempat balik ke bilik hotel(maksudnya mmg tahu kerja akan selesai sebelum masuk waktu asar) tetapi masih melakukan solat jamak tersebut dgn alasan dibenarkan Islam dan supaya senang bila hbs bertugas nnt boleh tidur sampai masuk waktu Maghrib.  Harap dpt jawapan utk kemusykilan saya ini..terima kasih..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    161 Replies
    75210 Views
    Last post 31 January, 2013, 09:45:09 AM
    by al_ahibbatu
    4 Replies
    2866 Views
    Last post 28 August, 2009, 07:03:33 PM
    by Ummi Munaliza
    3 Replies
    1911 Views
    Last post 01 July, 2012, 02:34:26 PM
    by faa zahra