Sebab Doa diterima& Tak diterima

*

Poll

Adakah kamu rasa doa kamu telah diterima allah?

menangiskah kamu apabila berdoa?
2 (40%)
Tenangkah jiwa mu selepas berdoa?
3 (60%)
Selalu berdoa selepas solatkah kamu?
0 (0%)
adakah kamu berdoa dalam keadaan wuduk?
0 (0%)
Adakah kamu berdoa apabila susah?
0 (0%)
Apah kamu berdua sekadar mahu meminta?
0 (0%)

Total Members Voted: 5

Voting closed: 23 February, 2009, 09:57:02 PM

Author Topic: Sebab Doa diterima& Tak diterima  (Read 7084 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

17 July, 2007, 10:01:07 AM
  • Publish
  • Makan makanan yang baik dan halal:

    ini berdasarkan ayat al-Quran, surah al-mukminun, ayat 51

    Wahai para Rasul, makanlah dari sumber baik dan beramal dengan soleh sesungguhnya AKU mengetahui apa yang kalian kerjakan

    surah al-baqarah, ayat 181

    Wahai orang yang beriman, makanlah dari sumber baik yang kami rezekikan ke atas kalian

    nas hadis, hadis panjang, Sahih Muslim, 1015

    Ya Tuhan, Ya Tuhan (berdoa), sedangkan makanannya dari sumber haram, minumannya haram, pemakaiannya haram, dan beroleh sumber haram, bagaimana AKU memperkenankan itu? kisah seorang pemuda yang kehilangan arah dalam perjalanannya

    MENGELAK MAKSIAT
    mengelak maksiat sebagaimana kata para salaf, tidak dilambatkan pemakbulan (doa itu) sedangkan engkau menutup (jalannya) dengan maksiat-maksiat- Syu'bul Iman oleh Baihaqi (2/ 54)

    MENJAGA PEMAKANAN (DARI HARAM)
    amik kisah pengajaran dari Saad bin Abi Waqqas, sahabat yang paling diperkenankan doanya hingga ditanya, bagaimana dia melakukan itu, dia menjawab, Tidak aku masukkan (makanan) dalam mulutku melainkan aku tahu dari mana ia datang (halal atau tidak halal) kemudian dari mana ia keluar (diperolehi)-Disebut oleh Ibnu Rajab dalam Jami' Ulum wal Hikam (1/ 275)

    « Last Edit: 05 June, 2009, 11:13:50 AM by assiddiq »

    Reply #1 25 December, 2008, 09:57:02 PM
  • Publish
  •  Assalamualaikum...

    Aku hanya berkongsi bingkisan dari sebuah ceramah yang aku hadiri dan ingin berkongsi dengan semua...

    Adakah doaku diterima selama ini... ? Doa yang diterima Allah apabila diri kita bersih dari segala. Tetapi malangnya umat akhir zaman kini berdoa dalam keadaan dirinya, pakaianya, makanan dan minumannya dan segalanya dari sumber haram yang tidak diduga...masyaaalah.

    Dalam kita sedar ataupun tidak kita telah mengamalkan riba dalam kehidupan seharian. Dalam urusan kerja, pinjaman, dan lain2.
    Fahamilah apa itu riba dalam islam... apabila kita meminjam dari bank kita terpaksa membayar bunga. Kita berurusan dalam kerja dalam keadaan tak sempurna dan kita kita berkerja kerana wang bukan kerana allah....

    berilah pendapat tentang DOA YANG TIDAK DITERIMA ini. Insyaaalh kita akan sentiasa menjadi umat yang sentiasa ingat mengingati (takwa).

    Reply #2 25 December, 2008, 10:50:11 PM
  • Publish
  • Dalam satu hadis, bersabda nabi Muhammad s.a.w yg bermaksud :

      Sesungguhnya Allah itu baik, Dia tidak menerima melainkan yang baik. Sesungguhnya Allah memerintah orang mukmin dengan apa yang diperintahkan kepada semua rasul dgn firmannya : Wahai sekalian rasul! Makanlah kamu makanan yang baik dan beramallah dgn amalan yg soleh. Allah berfirman lg : Wahai orang-orang yang beriman, makanlah kamu makanan yg baik dari rezeki yang Kami berikan.

    Kemudian baginda menyebutkan seorang lelaki yg jauh perjalanannya, kusut masai rambutnya dan berdebu mukanya menghulurkan kedua tangannya ke langit (berdoa) : Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku, wahai Tuhanku! Padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan disuapkan dgn yg haram. Maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya?
    (HR. Muslim)
     




    Reply #3 14 January, 2009, 09:04:14 AM
  • Publish
  • mcm mna kita nk tau kalau dah di terima...
    tu bkn perkara ghaib ke??

    Reply #4 14 January, 2009, 09:47:57 AM
  • Publish
  • disebabkn sifat Allah yg Ar-Rohim...insyaAllah semua doa kite diterima...cuma dlm bentuk ape ianya dimakbulkan tu yg berbeza..doa yg Allah xmakbulkn di dunia akan dimakbulkn dlm bntuk lain,rezeki atau mnjadi amalan yg pemberat utk timbgn amalan kite di akhirat nnti...Allah lebih tau ape yg trbaik utk hambaNya...jgn sekali2 brputus asa dlm brdoa..brsangka baiklah dgn Allah..

    Katakanlah: Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Zumar: 53)
    Dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan.(Yaitu) di hari harta dan anak tidak berguna, kecuali orang-orang yang menhadap Allah dengan hati yang bersih (Asy Syuara: 87-89)

    Reply #5 14 January, 2009, 04:58:12 PM
  • Publish
  • Doa yang ikhlas dari hati para mukhlishiin lahuddin utk saudara seagama Islam jauh/dekat...

    lbh2 lg doa org yg dizalimi=pasti doanya maqbul
    (Diterima oleh Allah swt total)
    La khaufun alaihim wala yahzanuun.
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    Reply #6 15 January, 2009, 11:56:05 AM
  • Publish
  • Salam,
    Saya ingin berkongsi sepotong hadis  yang diriwayatkan oleh Ibn.Majah dan Ibn.Habban dalam sahihnya(Ar-Targhib wa at-Tarhib 4/12 no:29)

    Daripada Aisyah r.a, beliau berkata:
    Rasulullah s.a.w telah masuk ke rumahku, lalu aku tahu melalui wajahnya bahawa wahyu telah turun kepadanya.Baginda terus berwuduk dan tidak bercakap dengan sesiapa pun. Aku duduk di tepi dinding bilik untuk mendengar apa yang akan disabdakan oleh Baginda. Baginda terus duduk diatas mimbar lalu memuji Allah dan bersabda: Wahai manusia! Sesungguhnya Allah berfirman kepada kamu semua:"Suruhlah melakukan makruf dan laranglah daripada kemungkaran sebelum kamu berdoa kepada-Ku, tetapi Aku tidak memperkenankan doa kamu, sebelum kamu meminta kepada-Ku tetapi Aku tidak menunaikan permintaan kamu dan sebelum kamu meminta pertolongan kepada-Ku, tetapi Aku tidak menolong kamu" Baginda tidak berkata lebih dari itu sehingga Baginda turun dari mimbar.
    Sekian..
    p/s sebarang komen dan cadangan dialu-alukan

    Reply #7 15 January, 2009, 01:25:00 PM
  • Publish
  • Doa yang dimakbulkan adalah berdoalah dengan Asmaul-Husna;

    Sabda Rasulullah sallALLAHu ‘alaihi wasallam:

    "Sesungguhnya ALLAH memiliki 99 nama, seratus kurang satu, sesiapa yang menghitungnya (menghafalnya) akan masuk syurga." [1]


    Reply #8 15 January, 2009, 10:58:29 PM
  • Publish
  • Salam,
    Saya ingin berkongsi sepotong hadis  yang diriwayatkan oleh Ibn.Majah dan Ibn.Habban dalam sahihnya(Ar-Targhib wa at-Tarhib 4/12 no:29)

    Daripada Aisyah r.a, beliau berkata:
    Rasulullah s.a.w telah masuk ke rumahku, lalu aku tahu melalui wajahnya bahawa wahyu telah turun kepadanya.Baginda terus berwuduk dan tidak bercakap dengan sesiapa pun. Aku duduk di tepi dinding bilik untuk mendengar apa yang akan disabdakan oleh Baginda. Baginda terus duduk diatas mimbar lalu memuji Allah dan bersabda: Wahai manusia! Sesungguhnya Allah berfirman kepada kamu semua:"Suruhlah melakukan makruf dan laranglah daripada kemungkaran sebelum kamu berdoa kepada-Ku, tetapi Aku tidak memperkenankan doa kamu, sebelum kamu meminta kepada-Ku tetapi Aku tidak menunaikan permintaan kamu dan sebelum kamu meminta pertolongan kepada-Ku, tetapi Aku tidak menolong kamu" Baginda tidak berkata lebih dari itu sehingga Baginda turun dari mimbar.
    Sekian..
    p/s sebarang komen dan cadangan dialu-alukan

    salam...trime ksh ats prkongsian hadis nie...blh x mntk saudare huraikan mksdnye..syukron

    Reply #9 16 January, 2009, 12:45:31 PM
  • Publish
  • salam..mengenai hadis tu insyaAllah saya akan jelaskan berdasarkan kefahaman yang dikurniakan-Nya.

    Sebenarnya tujuan Allah mengutuskan manusia kemuka bumi ini adalah sebagai khalifah. Dan tugas khalifah sudah semestinya amar makruf dan nahi mungkar. Dan seseorang yang melakukan tugas ini sebenarnya telah mempunyai kekuatan iman didalam diri mereka. Untuk menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran, seseorang itu haruslah mempunyai keimanan yang kuat apatah lagi jika benda baik yang diseru itu asing bagi manusia, dan benda yang dicegah itu sudah menjadi kebiasaan. Oleh itu ia memerlukan keimanan yang kuat.
    Keimanan yang kuat itu hanya lahir melalui takwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Seterusnya akan lahir rasa cinta kepada Allah, dan Allah juga akan mengasihi hamba-hambanya yang mencintai-Nya. Pada zaman rasulullah dahulu, umat islam dibina dan disatukan dengan satu keimanan yang kuat, dan mereka telah mendapat pelbagai kemenangan dengan izin-Nya. Allah mengurniakan mereka kemenangan dan menerima doa mereka kerana keimanan dan ketakwaan mereka yang kuat serta umat islam yang kuat ketika itu, dan kemenangan yang dikurniakan itu dapat dipertahankan sehingga lah kejatuhan umat islam.
    Dan setelah itu umat islam semakin lemah, dan terus ditindas sehingga ke hari ini. Cuba fikirkan sekiranya Allah memberikan kemenangan kepada umat islam yang lemah imannya sekarang, sudah tentu kemenangan itu hanya dapat bertahan dalam masa yang singkat sahaja.
    Oleh itu, untuk menerima kemenangan dan kurinia dari Allahj, kita haruslah mempersiapkan diri dahulu agar nikmat dan kemenangan itu dapat dikekalkan untuk kebaikan bersama. Sekian
    p/s Sebarang cadangan dan komen dialu-alukan,

    Reply #10 16 January, 2009, 04:17:59 PM
  • Publish
  •     :)
     :jaz:

    Ana rasa tertarik dengan soalan..adakah doa kita semua diterima :syukur:,

    dikuliah ana kira - kira 5 tahun dulu pekara yang sama telah dibangkitkan oleh pelajar-pelajar pondok kg mondok Thailand
    Ustaz ana jawab mudah dan senang difami..

    sabda
    Dari Abdullah bin Basyar dari Nabi s.a.w
    Tidaklah termasuk golonganku sipendeki,orang yang mengadu domba,orang yang memperaktikkan ilmu tenung,dan sayapun tidak dari golongan mereka

    hadis shahih


    jika tidak termasuk umat nabi muhammad s.a.w, doanya tidak akan diterima
    jika masuk dalam umat nabi muhammad s.a.w doanya diterima

    untuk mempastikan diri berada dalam landasan nabi Muhammad s.a.w .. telek - telek lah apa yang kita buat hari ini .besok atau yang sudah berlalu mengikuti ajaran yang dibenar oleh sunnah nabi

     :ins:

    SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGAMPUNI PERBUATAN SYIRIK TERHADAP-NYA DAN DIA AKAN MENGAMPUNI YANG SELAIN ITU,KEPADA ORANG YANG DIA KEHANDAKI

    Reply #11 23 January, 2009, 10:16:08 PM
  • Publish
  • Sesungguhnya, anggaplah doa yang lambat Allah perkenankan itu bermakna Allah sedang menguji kesabaran hambaNya untuk terus berdoa.
    Jika doa kita tidak diperkenankan pula, anggaplah bahawa Allah sedang menyediakan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita mahukan itu.
    Allah itu kan bersifat Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.. Allahnbijak mengaturkan sesuatu perkara sejak azali lagi seperti yang termaktub dalam loh mahfuz.

    La tahzan.. Jangan kita bersedih. Sesungguhnya Allah bersifat Maha penyayang terhadap hambaNya yang bergantung kepadaNya..

    Wallahualam.

    Reply #12 25 March, 2009, 01:49:07 PM
  • Publish
  • Quote
    ...Jika doa kita tidak diperkenankan pula, anggaplah bahawa Allah sedang menyediakan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita mahukan itu....


    jika anda berdoa untuk sesuatu itu diperkenankan, itu bermakna allah boleh digagahi oleh makhlukNya sedangkan sifat allah bukan begitu..kalau begitu allah lemah dan mudah dipujuk @ dipinta oleh makhlukNya..sesungguhnya allah tidak boleh digagahi oleh manusia dan tidak bersifat seperti manusia(lemah)..sesungguhnya kita tidak boleh meng'iktikadkn allah seperti manusia yg boleh buat sesuatu selepas dipinta...jadi apakah fahaman sebenar tentang berdoa?sudah tentu ada..tetapi bagaimana?
    Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq".
    H.R. Ibnu Ady

    Reply #13 25 March, 2009, 03:22:40 PM
  • Publish
  • salam..sy user baru di sini dan sy juga nak berkongsi pendapat..
    sama2 btulkan..

    DOA..merupakan cara yg ALLAH ajar untuk kita meminta,merintih,mengemis bersandar terhadap DIA yg MAHA KAYA..
    tadahan tangan..seperti kita meminta sesuatu..YA! kita mmg meminta sesuatu dari ALLAH~tapi trimakah ALLAH akan doa kita?
    ALLAH mengizinkan kita berdoa..tapi yg kita paling takut..ALLAH izin tapi murka..kenapa?sbab iktikad kita tidak btul..tidak memiliki sifat kehambaan..keakuan..tidak merasa smua perkara di alam dunia akhirat..milik ALLAH..tidak merasa kita bleh sembayang..berdoa..bercakap..bertutur dan smuanya MILIK ALLAH..AMALAN tidak menjamin masuk syurga jika iktikad/akidah kita dengan ALLAH tak betul..jadi tak usah la fkirkan ALLAH terima ke x doa kita..simpankan dalam ati kita takut dan harap..tunaikan segala perintah DIA dan tinggal segala larangan nya..betul kan akidah kita dengan allah..sprti sy cakap tadi..KEAKUAN KEHAMBAANYG SERBA KEKURANGAN..YG XMEMILIKI APA2..maka segala amalan kita juga insyaALLAH akan mengalami perubahan.yang pasti DIA MAHA MENDENGAR..MAHA MEMAKBULKAN SEGALA HAJAT..DIA JUGA MAHA MENOLAK SEGALA HAJAT..TIADA SIAPA DAPAT MELAWAN KEHENDAKNYA..

    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Reply #14 25 March, 2009, 10:03:33 PM
  • Publish
  • menurut Rumi, perumpaan bagi doa yang lambat dimakbulkan adalah seperti berikut:

    misalnya, dua pengemis mengetuk pintu seseorang.
    yang satu sangat dicintai dan diharapkan, sedangkan yang satunya dibenci.
    pemilik rumah berkata kepada seorang hamba sahaya, “cepat, berikan pengemis yang kubenci itu sesisir roti dan jangan tunda agar dia segera pergi”.
    kepada pengemis tercinta, pemilik rumah memberikan janji-janji, dengan berkata, “rotinya belum dibakar. tunggulah dengan sabar sampai roti itu benar-benar matang.”
    "AKU akan membelimu; masamu; nafasmu; hartamu; dan hidupmu. Habiskan semua itu kepada-KU. Palingkan semua itu kepada-KU. dan Ku-bayar dengan kebebasan, keagungan dan kearifan Ilahiah. Inilah hargamu di mata-KU.

    Reply #15 25 March, 2009, 10:07:15 PM
  • Publish
  • alhamdulillah...hebat crita kamu

    Reply #16 05 June, 2009, 11:06:32 AM
  • Publish
  • 1=Kamu mengenal ALLAH tapi kamu tidak menunaikan HAKNYA.
    2=amu sangka kamu cinta kpd RASUL tapi kamu tinggal sunnahnya.
    3=Kamu membaca AL-QURAN tapi kamu tidak beramal dengannya.
    4=Kamu kata syaitan itu musuhmu tapi kamu tak menendang dan menentangnya.
    5=Kamu kata SYURGA itu benar tapi kamu tak beramal untuknya.
    6=Kamu kata neraka itu benar tapi kamu tak berusaha menghindarinya.
    7=kamu kata mati itu benar tapi kamu tak bersedia untuknya.
    8=Kamu bangun dari tidur lalu menceritakan segala tentang keaiban orang lain dan kamu lupa dengan keaiban kamu sendiri.
    9=Kamu kuburkan mayat tapi kamu tak ambil iktibar drpd mereka.

    Reply #17 05 June, 2009, 11:16:59 AM
  • Publish
  • 9=Kamu kuburkan mayat tapi kamu tak ambil iktibar drpd mereka.
    Demi ALLAH yg Memegang Jiwa Raga kami~
    Moga2 kita dalam bimbinganNya sentiasa.. Lepas mati baru tahu doa kita di terima ke tidak..
    Kerana ianya adalah urusan ALLAH.. Yg penting takut(Tinggalkan larangan dan ikut segala suruhan) dan berharap(Sentiasa berserah dan meminta pada pada DIA tanpa jemu) InsyaALLAH..

    Reply #18 05 June, 2009, 11:41:45 AM
  • Publish
  • salam..sy user baru di sini dan sy juga nak berkongsi pendapat..
    sama2 btulkan..

    DOA..merupakan cara yg ALLAH ajar untuk kita meminta,merintih,mengemis bersandar terhadap DIA yg MAHA KAYA..
    tadahan tangan..seperti kita meminta sesuatu..YA! kita mmg meminta sesuatu dari ALLAH~tapi trimakah ALLAH akan doa kita?
    ALLAH mengizinkan kita berdoa..tapi yg kita paling takut..ALLAH izin tapi murka..kenapa?sbab iktikad kita tidak btul..tidak memiliki sifat kehambaan..keakuan..tidak merasa smua perkara di alam dunia akhirat..milik ALLAH..tidak merasa kita bleh sembayang..berdoa..bercakap..bertutur dan smuanya MILIK ALLAH..AMALAN tidak menjamin masuk syurga jika iktikad/akidah kita dengan ALLAH tak betul..jadi tak usah la fkirkan ALLAH terima ke x doa kita..simpankan dalam ati kita takut dan harap..tunaikan segala perintah DIA dan tinggal segala larangan nya..betul kan akidah kita dengan allah..sprti sy cakap tadi..KEAKUAN KEHAMBAANYG SERBA KEKURANGAN..YG XMEMILIKI APA2..maka segala amalan kita juga insyaALLAH akan mengalami perubahan.yang pasti DIA MAHA MENDENGAR..MAHA MEMAKBULKAN SEGALA HAJAT..DIA JUGA MAHA MENOLAK SEGALA HAJAT..TIADA SIAPA DAPAT MELAWAN KEHENDAKNYA..



    Alhamdulillah syukur semuanya Di atas IzinNya dan RahmatNya..Amin.
    Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

    Reply #19 14 June, 2009, 05:28:13 PM
  • Publish
  • SILA RUJUK DI LAMAN INI Re: Do'aku Forum Komuniti Muslim & Muslimah > Forum >  Halaqah Raudhah > Khazanah Ilmiah > Halaqah Do'a > Topik: Do'aku

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    57 Replies
    23170 Views
    Last post 23 November, 2009, 08:52:43 AM
    by wan_sgmt
    4 Replies
    2475 Views
    Last post 24 November, 2010, 03:15:40 PM
    by al_ahibbatu
    16 Replies
    2076 Views
    Last post 31 October, 2012, 07:39:54 AM
    by al_ahibbatu