Kelebihan Berpuasa di Bulan Rejab

*

Author Topic: Kelebihan Berpuasa di Bulan Rejab  (Read 13933 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

16 July, 2007, 04:37:33 PM
  • Publish
  • HARI ini Isnin tanggal 16 Julai 2007, kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan ALLAH SWT. Mari kita semak ada apa di sebalik bulan Rejab itu.

    Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

    Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH SWT, maka:

    * Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT

    * Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi'raj (Sabtu, 11 Ogos 2007) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

    * Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT

    * Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (16,17,18 Julai 2007) maka ALLAH SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat

    * Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah SWT

    * Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan lapan pintu syurga

    * Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH SWT akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH SWT akan menambahkan pahalanya."

    Sabda Rasulullah SAW lagi :"Pada malam Mi'raj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada air batu dan lebih harum daripada minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibril as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau di bulan Rejab ini."

    Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah SAW ke sebuah kubur, lalu Rasulullah SAW berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH SWT.

    Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?"

    Lalu baginda bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan aku berdoa kepada ALLAH SWT, lalu ALLAH SWT meringankan atas mereka."

    Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab niscaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur."

    Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

    Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus aku sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan sholat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH SWT, kecuali ALLAH SWT mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sholat malam satu tahun."

    Sabda baginda lagi "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku."

    "Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."

    Reply #1 16 July, 2007, 05:03:59 PM
  • Publish
  • sama2la kita beramal di bulan yg mulia ini..bukan setakat bulan ni saja...malah bulan2 yg akan datang juga utk mempersiapkn diri dgn puasa ramadhan yg mendatang...

    Reply #2 16 July, 2007, 06:49:08 PM
  • Publish
  • sekejap betul masa berlalu

    sudah berapa banyak amal soleh yang telah kita lakukan

    kita hanya sibuk dengan urusan dunia

    fikir2 kan lah
    yang hak itu hak , yang batil itu batil
    http://fightforjusticeforever.blogspot.com/

    Reply #3 16 July, 2007, 08:51:42 PM
  • Publish
  • nampaknya ramai yg 'tertipu' dengan kelebihan2 puasa bulan rejab ini.
    inilah salah satu masalah org melayu khususnya, pelbagai2 skim dicipta
    dari nak cepat kaya kepada skim nak cepat masuk syurga.


    Quote
    Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (16,17,18 Julai 2007) maka ALLAH SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat
    yg nampak lagi musykil ialah ada juga yg lebih dari mlm lailatul qadar ye...
    padahal kelebihan malam lailatul qadar itu telah tsabit dari sumber yg sahih

    disini saya paste kan hadis palsu berkenaan puasa bulan rejab:

    Ibnu - Jauzi menyebutkan dari riwayat Muhammad bin Abdul - Baqi dari jalan Abu Bakr Muhammad bin Al-Hasan An Naqqasy , dari Abu Sa'id r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :


    Ertinya: Rejab adalah bulan Allah , Sya'ban bulanku dan Ramdahan bulan umatku , maka barangsiapa yang berpuasa bulan Rejab dengan keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah , maka ia wajib mendapat keridhaan dari Allah Yang Maha Agung dan menempatkan dalam Syurga Al-Firdaus yang tertinggi . Barangsiapa berpuasa dua hari dari bulan Rejab maka baginya pahala dua kali ganda , timbangan tiap - tiap ganda bagaikan bukit - bukit di dunia . Barangsiapa berpuasa tiga hari dari bulan Rejab maka Allah menjadikan antaranya dan Neraka sebuah parit yang panjangnya sepanjang perjalanan setahun . Barangsiapa berpuasa empat hari dari bulan Rejab maka ia akan diselamatkan dari bala , gila , kusta dan sopak , dari fitnah Al-Masih Ad - Dajjal dan dari azab kubur. Barangsiapa berpuasa enam hari dari bulan Rejab, maka ia keluar dari kuburnya dengan wajah yang lebih bersinar daripada sinar bulan pada malam purnama .

    Barangsiapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab , maka pintu - pintu tujuh buah Neraka ditutup baginya , tiap - tiap sehari puasa ditutup satu pintu dari pintu - pintu Neraka itu . Barangsiapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab, maka dibuka untuknya pintu Syurga yang lapan buah itu , tiap- tiap sehari puasa sebuah pintu dibuka .

    Barangsiapa berpuasa sembilan hari dari bulan Rekab , maka ia keluar dari kuburnya sedangkan ia menyeru La Ilaha Illallah , maka wajahnya tidak datang kecuali syurgalah baginya . Barangsiapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab , maka Allah menjadikan untuknya atas tiap- tiap satu mail Shirath akan permaidani yang ia beristirahat di atasnya .

    Barangsiapa berpuasa sebelas hari dari bulan Rejab , maka ia tidak akan dilihat di Akhirat nanti lebih utama daripadanya kecuali orang yang berpuasa Rejab seperti dia ataupun lebih daripadanya . Barangsiapa berpuasa dua belas hari dari bulan Rejab , maka pada hari Qiamat Allah memakaikannya dua pakaian , satu pakaian lebih baik daripada dunia dan segala isinya .
    Barangsiapa berpuasa tiga belas hari dari bulan Rejab , maka dihidangkan untuknya sebuah hidangan dalam bayang - bayang ' Arasy lalu ia memakannya sedangkan orang ramai berada dalam kesusahan yang amat sangat . Barangsiapa berpuasa empat belas hari dari bulan Rejab , maka Allah memberikannya pahala yang tidak pernah dilihat oleh mata , tidak didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di hati .
    Barangsiapa berpuasa lima belas hari dari bulan Rejab , maka Allah menempatkan dia di hari Qiamat di tempat orang - orang yang selamat , tiada lalu seorang Malaikat Muqarrabin dan tiada lalu pula seorang Nabi yang diutuskan kecuali mereka berkata : Berbahagialah engkau ! Engkau adalah di antara orang - orang yang selamat sejahtera ).

    Kata Ibnu - Jauzi :Hadith ini adalah Maudhu'

    Al-Kasa-i yang terdapat dalam sanadnya tidak dikenal orangnya . Manakala An-Naqqassi iaitu Abu Bakar bin Muhammad bin Al- Hasan An- Naqqassi dituduh berbohong

    Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 529



    Ibnul-Jauzi menyebutkan dari riwayat Al-Furat bin As-Saib , dari Maimum bin Mahran dari Abu Zarr r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda :


    Ertinya: Barangsiapa berpuasa sehari dari bulan Rejab disamakan dengan puasa sebulan . Barangsiapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab nescaya ditutup baginya pintu - pintu Neraka Jahim yang tujuh . Barangsiapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab nescaya dibukakan bagikan baginya pintu - pintu Syurga yang lapan itu . Barangsiapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab maka Allah menukarkan kejahatan - kejahatannya dengan kebaikan - kebaikan , dan barangsiapa berpuasa lapan belas hari dari bulan Rejab nescaya berserulah seorang penyeru bahawasanya telah diampunkan apa yang telah lalu dan mulakanlah amalan .

    Kata Ibnul-Jauzi : Hadith ini tidak sah

    Kata Yahya bin Ma'in : Al - Furat bin As-Saib tidak bernilai apa-apa.

    Kata Al-Bukhari dan Ad-Daruquthni : Dia adalah matruk

    Dalam sanad juga terdapat Risydin Abu Abdullah yang juga seorang yang matruk

    Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 524



    « Last Edit: 16 July, 2007, 08:55:55 PM by tanpanama »
    Kajian Hingga Akhir Hayat...

    Reply #4 22 July, 2007, 04:01:50 AM
  • Publish
  • nampaknya ramai yg 'tertipu' dengan kelebihan2 puasa bulan rejab ini.
    inilah salah satu masalah org melayu khususnya, pelbagai2 skim dicipta
    dari nak cepat kaya kepada skim nak cepat masuk syurga.


    cuba akhi cek di sini kejap...

    al-fanshuri

    Dan ini kandungannya :

     Persoalan Puasa Rejab - Bahagian 1

    Sekarang kita berada dibulan Rejab. Suatu hal yang menyedihkan apabila terdapat segolongan manusia jahil tapi berlagak 'alim yang telah mengeluarkan pelbagai pendapat songsang mengenai dengan puasa Rejab. Ada diantara mereka yang membid'ahkan orang yang berpuasa Rejab. Ada yang mengharamkannya. Pendapat-pendapat sebegini meresahkan masyarakat yang telah sedia beramal dengan puasa Rejab. Oleh yang demikian saya bawakan disini satu risalah yang ditulis oleh al-Fadhil Tuan Guru Haji Abdul Raof al-Bahanjee, al-A'liyy - Pondok Jalan Padang Ragut, Seri Repah, Tampin,. Negeri Sembilan, mengenai persoalan puasa Rejab. Moga-moga dengan tuan-tuan/puan-puan berolah manfaat daripadanya. Website al-Fadhil Tuan Guru boleh dilayari disini



    ??? ???? ?????? ??????
    ?????? ????? ????? ???? ???????

    Berkenaan mengenai puasa sunat di bulan Rajab , terdapat segelintir manusia yang mengembar gemburkan larangan berpuasa di bulan Rajab atau cuba menggambarkan tidak ada langsung dalil berpuasa dan beribadat dibulan Rajab dan tidak ada kelebihan bulan Rejab berbanding bulan-bulan selainnya ataupun sekurang-kurangnya cuba mengwas-waskan orang ramai terhadap keutamaan bulan Rajab dengan beralasankan hadits- hadits yang mengisahkan fadilat puasa di bulan Rajab adalah dhaif dan maudhu’. Maka mereka melarang atau sekurang- kurangnya menimbulkan perasaan tidak senang dan cinta untuk berpuasa dan beribadat di bulan Rajab dengan alasan yang tersebut sebenarnya adalah suatu kejahilan yang timbul daripada diri mereka sendiri ataupun akibat dari penyakit was-was yang tebal terhadap autoriti keilmuan para ulama yang muktabarah.

    Ini boleh kita lihat kenyataannya daripada jawapan seorang ulama` yang Muhaqqiq al-Imam al-Allamah Ibnu Hajar Al-Haitami, wafat tahun 974 dalam kitab al-Fatawa al-Kubro al-Fiqhiyah karangan beliau juzu yang kedua, mukasurat 3, cetakan Darul Kutub al-Ilmiah.

    Al-Allamah Ibnu Hajar ini hidup dikurun ke-9 Hijrah, kira-kira empat ratus tahun dahulu. Maka, persoalan ini sebenarnya telah dijawab terlebih dahulu kira-kira empat ratus tahun dulu lagi. Tiba-tiba hari ini datang seorang hamba Allah yang mendakwa dirinya mempunyai ilmu yang dipelajari melebihi tahap masa tiga (3) tahun , cuba membongkar semula masalah ini , atas alasan maudhu dan dhaif haditsnya. Maka tidak sunat puasa di bulan Rejab?. Apakah maksud sebenar beliau ini?, Kalau sekadar untuk memaklumkan maudhu dan dhaif haditsnya sahaja tidaklah menjadi masalah. Tetapi kalau sampai membatalkan hukum sunat berpuasa di bulan Rajab dan melarang orang ramai mendapatkan kelebihan bulan Rajab , maka sudah termasuk kategori melakukan suatu yang bercanggah dengan kepentingan awam Muslimin. Sebenarnya bukan orang ramai yang dilarang mendapatkan fadhilat berpuasa dibulan Rajab, beliaulah yang sepatutnya ditegah daripada menyebar–luas fahaman songsang tersebut.

    Al-Allamah Ibnu Hajar al Haitami mengulas:
    “Terdapat seorang ahli Feqah yang sentiasa menegah manusia daripada berpuasa di bulan Rajab adalah kerana kejahilan padanya, dan membuat suatu keputusan tanpa pertimbangan berdasarkan kaedah syariat yang sucinya. Maka jika dia tidak rujuk kembali daripada menegah, wajib di atas para Hakim Mahkamah Syariah melarangnya (menegahnya) daripada menyebarkan larangan tersebut dan mentakzirkan si Faqih yang jahil tersebut bersama-sama mereka yang sepertinya dengan hukuman Takzir yang sungguh- sungguh, yang memberi faedah tercegahnya daripada melarang orang ramai berpuasa di bulan Rejab. Seolah-olahnya Faqih (ahli fekah) yang jahil tersebut terpedaya dengan satu hadits yang diriwayatkan yang menyatakan:

    “Bahawasanya Neraka Jahanam menyala-nyala bermula daripada haul (pusingan) daripada satu haul kepada satu haul bagi sesiapa yang berpuasa Rajab”.

    Padahal Si Jahil yang terpedaya tersebut tidak mengetahui bahawasanya hadits yang termaklum itu adalah batil, dusta yang tidak halallah meriwayatnya sebagaimana yang telah menyebut oleh Syaikh Abu Omar bin Sollah (Ibnu Solah) dan menegah engkau dari (meriwayatkannya), kerana memeliharakan sunnah, dan memeliharakan kebesaran ilmu. Beliau berfatwa berbetulan dengan fatwa Izzudin bin Abdis Salam, yang mana sesungguhnya telah disoal mengenai catitan sebahagian Ahli Hadits terdapatnya TEGAHAN berpuasa di bulan Rajab dan membesarkan bulannya al-Haram, maka adakah sah nazar berpuasa pada keseluruhan bulan Rajab?

    Izzudin Abdis Salam menjawab: “Nazar puasanya sah, beliau tersebut sebenarnya telah melazimkan penghampiran diri kepada Allah Taala dengan seumpama mengerjakan puasa . Mereka yang menegah daripada berpuasa di masa tersebut adalah jahil terhadap tempat ambilan (istinbat hukum-hukum syarak). Maka betapa pula dia menegahkan daripada berpuasa padahal bahawasanya para ulama` yang mana mereka telah menyusun (mentadwinkan) hukum–hukum syariah, tidak pernah ada dikalangan mereka seorang pun yang menyebut termasuk larangan yang makruh berpuasa bahkan sebenarnya puasanya adalah merupakan taqarub yakni penghampiran diri kepada Allah Ta’ala kerana berdasarkan beberapa hadits yang shahih yang menyungguh-nyungguh mendorong berpuasa seperti mana sabda Nabi ??? ???? ???? ????, berfirman Allah Taala “ Tiap–tiap anak Adam adalah baginya (yakni boleh diketahui hitungan pahalanya) melainkan puasa. Dan sabda Nabi ??? ???? ???? ???? : “Sesungguhnya berubah bau mulut seseorang yang berpuasa terlebih harum disisi Allah Taala daripada bau kasturi”.

    Dan lagi sabda Nabi ??? ???? ???? ????: “ Sesungguhnya seafdhal- afdhal puasa ialah puasa saudaraku Daud ???? ??????. Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari”. Adalah Nabi Daud ???? ?????? berpuasa dengan cara tersebut tanpa mengaitkan dengan bulan- bulan yang selain daripada bulan Rajab dan tanpa mengaitkan selain daripada membesarkan bulan Rajab lain dari apa yang berlaku disisi puak jahiliyah yang mana mereka juga membesarkan bulan Rajab.

    Maka Daud ???? ?????? dengan sebab berpuasanya bukanlah pula mengikut jahiliyah. Tidaklah kesemua perkara yang dilakukan jahiliyah ditegah melakukannya, melainkan apabila terdapat Tegahan Syariat padanya, atau terdapat dalil-dalil qaedah syariat yang menegahnya. Dan tidak pula ditinggalkan perkara yang sebenar disebabkan kerana terdapat orang-orang yang mengikut sesuatu kebatilan melakukannya.

    (Sebenarnya) Orang yang melarang berpuasa (Rejab) tersebut adalah seorang yang jahil yang terserlah kejahilannya. Tidak halal (yakni haram lah) seseorang Islam mengikuti agama orang tersebut. Kerana tidak harus bertaqlid (mengikut) agama orang tersebut disebabkan, seseorang Islam tidak dibenarkan mengikut (sesuatu fatwa) melainkan kepada mereka yang telah masyhur memahami, mengetahui dan mengertinya terhadap segala hukum Allah Ta’ala dan memahami, mengetahui dan mengertinya segala tempat pengambilan hukum yaitu dalil-dalil hukum.

    Apa yang telah dibentangkan dan dibangsakan kepada ahli feqah tersebut adalah jauh dari faham, mengerti dan mengetahui berkenaan agama Allah Ta’ala. Maka janganlah diikut pada fatwa dan pendapatnya. Sesiapa sahaja yang mengikutinya, nescaya terpedayalah dengan agama ahli fekah itu”. - Tammat fatwa Izzuddin Abdis Salam.

    Seterusnya Ibnu Sholah telah menjelaskan maksud Fatwa Izzuddin Abdis Salam dalam kitab Fatawa Kubro tersebut di muka surat yang sama.

    “Dan telah mengisyaratkan oleh Izzuddin Abdis Salam bahawa memadai pada kelebihan berpuasa di bulan Rejab dengan apa yang telah diriwayatkan oleh beberapa hadits yang menunjukkan atas fadhilat (kelebihan) puasa
    Yang mutlak (yakni yang umum, yang menyeluruh) dan
    Yang khusus kelebihannya pada BULAN-BULAN HARAM.
    Yaitu seperti hadits Abu Daud dan Ibnu Majah dan hadits riwayat selain mereka, daripada al-Bahili: Aku datang kepada Rasulullah ??? ???? ???? ???? maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! Saya adalah seorang lelaki yang datang bertemu Tuan pada tahun yang pertama. Baginda bersabda : Mengapa ku lihat tubuhmu kurus kering?. Jawab al-Bahili: Ya Rasulullah, tidak ada benda yang saya makan disiang hari yang saya makan melainkan (dimakan) pada malam sahaja. Bertanya Nabi ??? ???? ???? ????: Siapa pula yang menyuruh engkau mendera dirimu?. Aku menjawab: Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya kuat (berpuasa). Bersabda Nabi ??? ???? ???? ????: Berpuasalah dibulan sabar, dan tiga hari selepasnya dan berpuasalah dibulan-bulan Haram” .

    Pada satu riwayat lain: “Berpuasalah dibulan sabar dan sehari pada tiap-tiap bulan.” Berkata al-Bahili: Tambahi lagi sesungguhnya daku mempunyai kekuatan. Bersabda Nabi ??? ???? ???? ????: Berpuasalah dua hari. Berkata al-Bahili: Tambahilah lagi maka sesungguhnya daku mempunyai kekuatan. Bersabda Nabi ??? ???? ???? ????: Berpuasalah tiga hari selepasnya dan berpuasalah di BULAN HARAM dan tinggallkanlah, puasalah dibulan Haram dan tinggalkanlah. Bersabda Rasululah ??? ???? ???? ???? sambil menghimpunkan jari-jari nya yang tiga kemudian melepaskannya”.

    Para Ulama’ telah mengulas bahawa Nabi ??? ???? ???? ???? menyuruh al-Bahili berhenti berpuasa (beberapa ketika) kerana mendapati kesusahannya untuk membanyakkan puasa seperti yang telah dinyatakan pada awal-awal hadits pertama, dan sesiapa yang tidak kepayahan (yakni mampu), maka berpuasa keseluruhan adalah satu fadhilat (kelebihan).

    Perhatikanlah: Perintah Nabi ??? ???? ???? ???? dengan berpuasa diBULAN-BULAN HARAM pada riwayat yang pertama dan Perintah Nabi ??? ???? ???? ???? berpuasa dalam sebahagian dari BULAN-BULAN HARAM pada riwayat yang kedua nescaya engkau akan dapati NAS PERINTAH BERPUASA REJAB atau BERPUASA SEBAHAGIAN DARINYA KERANA REJAB ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA BULAN-BULAN HARAM bahkan ia adalah yang paling AFDHAL dari semua bulan-bulan haram.

    Maka perkataan orang jahil tersebut “Bahawa hadits-hadits berpuasa diBulan Rejab adalah maudhu’, jika dia memaksudkannya menyeluruh pada segala hadits-hadits yang menunjuk kepada berpuasa Rejab menurut umumnya hadits dan khususnya, itu sebenarnya adalah satu pendustaan dan pembohongan pula dari si jahil tersebut. Hendaklah dia bertaubat (dari fahamannya dan meyebar-luaskan fatwanya kepada orang ramai) kalau tidak mahu juga, di takzir lah atasnya dengan takzir yang sungguh-sungguh oleh pemerintah (lantaran fahaman songsangnya).

    Disatu sudut memang betul juga terdapatnya banyak hadits-hadits yang maudhu, yang dusta berkenaan Puasa Rejab walhal para imam kita tidak langsung berpegang dengan hadits-hadits maudhu’ tersebut sebagai dalil Sunat Puasa Rejab. Jauhlah mereka hendak bertindak sebegitu. Sebenarnya hanyalah mereka berdalilkan sepertimana yang telah saya nyatakan dan terdapat lagi hadits-hadits dan dalil-dalil yang lain.

    Sebahagiannya sepertimana terdapatnya hadits-hadits yang popular misalnya hadits yang:

    1) Diriwayatkan oleh Imam Baihaqi daripada Anas, beliau telah memarfu’kannya:

    . ?? ?? ????? ????? ????? ?? ???? ???? ????? ?????? ?? ????? ?????? ?? ?????? ??? ??? ????? ?? ??? ????? ????? ?? ??? ?????? "

    Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa satu hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu".

    (2) Riwayat daripada Abdullah bin Said dari bapanya beliau memarfu’kannya:

    ??? ??? ?? ??? ???? ??? ????? ??? ??? ??? ??? ????? ????? ??????? ??? ????? ???? . ??? ??? ??? ??????? ???? ???????? ?????? ??????? ? ??? ??? ??? ???? ???? ?? ???? ???? ??? ??? ????? ???? ???? , ??? ??? ???? ??? ???? ???? ???? ?? ????? ?? ??? ?? ?? ??? ??????? ????? ??? ???? ???????? ????? ??? ??? ???? ???? . ?

    Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu tahun , dan siapa yg berpuasa didalamnya tujuh (7) hari maka akan ditutup tujuh pintu-pintu neraka Jahannam, dan barangsiapa yg berpuasa lapan (8) hari maka lapan pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa sepuluh (10) hari, tidaklah jika dia berdoa melainkan akan dimakbulkan Allah, barangsiapa yang berpuasa limabelas (15) hari, menyerulah penyeru dari langit: “Sesungguhnya telah diampunkan bagimu perkara yang telah lalu maka dimulai amal yang baru, dan sesungguhnya telah digantikan segala kejahatan engkau dengan kebajikan dan barangsiapa yang melebihkannya maka melebihkannya oleh Allah”.

    Kemudian al-Baihaqi telah menaqalkan daripada Gurunya al-Hakim bahawa hadits yang pertama diatas adalah statusnya mauquf atas Abi Qilabah seorang Tabi’in. Orang yang seperti beliau tidak akan berkata-kata melainkan diambil daripada seseorang (yaitu para shahabat) yang perkataannya diambil pula daripada tuan yang menerima wahyu (yaitu Rasulullah ??? ???? ???? ????).

    Mengenai Hadits yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah pula “ Bahawa Nabi ??? ???? ???? ???? tidak pernah berpuasa selepas Ramadhan melainkan Rejab dan Sya’ban “. Beliau berkata Isnad hadits tersebut dhaif . - Tammat komentar Ibnu Solah.

    Syaikh al-Allamah Ibnu Hajar menjelaskan pula fungsi hadits-hadits dhaif yang berkisar dalam masalah Puasa Rejab ini. Beliau menulis di muka surat 5.

    “Sesungguhnya para ulama’ telah menetapkan bahawa hadits-hadits dhaif, mursal, munqothi’, mu’dhal dan mauquf diamalkan dengannya pada fadho`ilil a’mal atas dasar IJMA’. Maka tidak syak lagi bahawa berpuasa Rejab adalah sebahagian daripada fadho`ilil a’mal. Memadailah padanya dengan hanya berdalilkan hadits-hadits dhaif dan yang sepertinya, tiadalah diingkari demikian itu melainkan orang-orang yang JAHIL YANG TERPEDAYA”. - Tammat.

    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    Reply #5 22 July, 2007, 04:04:59 AM
  • Publish
  •  Persoalan Puasa Rejab - Bahagian 2

    Sambungan dari bahagian -1

    Walaubagaimana sekalipun selain daripada kenyataan al-Allamah Ibnu Hajar mengenai memadai untuk beramal Puasa di bulan Rejab dengan beriktibar kepada hadits-hadits yang tersebut sekalipun ada yang dhaif, beliau juga menjelaskan lagi mengenai terdapatnya hadits-hadits yang bertaraf shahih sebagai pegangan para ulama’ yang memfatwakan Puasa Rejab adalah SUNAT. Kita lihat dimuka surat 22 beliau menulis:

    “Bahawa yang sebenar adalah perkataan dari orang yang berkata: Sunat berpuasa hari Itsnin dan Khamis, Rejab dan baki hari-hari di Bulan Haram. Sesiapa yang berkata sebaliknya, yaitu “Tidak sunat” dan menegah manusia (dari mendapatkan fadhilatnya) dengan berpuasa, maka orang tersebut salah dan berdosa, kerana penghujung kedudukan orang tersebut sebenarnya adalah bertaraf seorang awam

    [Ulasan: Orang awam tidak boleh sewenang-wenang memberi fatwa dan tidak harus diikuti. Maka seseorang awam yang cuba-cuba berfatwa adalah berdosa dan haram diikuti.]

    Dimukasurat 23 beliau menyebut lagi:
    “Sepertimana satu hadits yang telah menshahihkannya oleh Ibnu Khuzaimah daripada Usamah, “Saya berkata: Wahai Rasululah! Saya tidak pernah melihat Tuan berpuasa sepanjang bulan daripada seluruh bulan sepertimana Tuan berpuasa Bulan Sya’ban?. Baginda ??? ???? ???? ???? menjawab: Demikian itu adalah satu bulan yang lalai manusia daripadanya yang berada antara Rejab dan Ramadhan. Maka bulan Sya’ban adalah satu bulan yang diangkat didalamnya semua amal kehadrat Rabbil ‘Alamin. Maka aku suka bahawa diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa )”.

    Maka mengisyaratkan oleh Rasulullah ??? ???? ???? ???? tatkala melengkungi oleh dua bulan yang agung yaitu Bulan Rajab dan Ramadhan, yang mana manusia berlumba-lumba sibuk (berpuasa dan beribadat) dalam kedua-kedua bulan tersebut, lantas terlupa bulan Sya’ban. Kerana yang demikian, kebanyakan ulama’ berpendapat Puasa di Bulan Rejab terlebih afdhal dari Bulan Sya’ban. - Tammat.

    Agaknya siapakah manusia yang sibuk berpuasa di bulan Ramadhan dan Rejab tersebut?. Iaitu Rasulullah ??? ???? ???? ???? dan para shahabat ??? ???? ????, sudah termaklum mereka adalah sebahagian daripada makna manusia dari lafaz hadits tersebut dan hadits ini juga menjadi dalil kesunatan berpuasa Rejab sebab lafaz: “Maka aku suka bahawa diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa ” adalah sabda Baginda ??? ???? ???? ???? sendiri. Mengatakan Nabi ??? ???? ???? ???? tidak pernah berpuasa dibulan Rejab dan tidak sunnah berpuasa dibulan Rejab adalah satu pendustaan juga terhadap Nabi ??? ???? ???? ????. Telah maklum hadits riwayat Imam Ibnu Khuzaimah tersebut adalah hadits shahih.

    Seterusnya beliau menambah :
    Telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi ??? ???? ???? ???? memandubkan berpuasa di BULAN-BULAN HARAM . Pada hal Rajab adalah sebahagian dari bulan-bulan Haram. Riwayat dari Abi Daud dan lainnya dari Urwah, bahawa beliau telah bertanya Abdullah bin Umar: “Adakah Rasululah ??? ???? ???? ???? berpuasa dibulan Rejab?. Beliau menjawab: Ya dan baginda melebihkannya. Ibnu Umar mengatakannya sampai tiga kali”.

    Dan sesungguhnya Abu Qilabah telah meriwayatkan: “Sesungguhnya dalam syurga ada sebuah mahligai bagi sesiapa yang berpuasa di bulan Rajab”. Imam al-Baihaqi mengulas: “Abu Qilabah salah seorang Tabi’in yang tidak akan berkata mengenainya melainkan diambilnya dari seorang penyampai ( yakni shahabat).

    Maka tsabitlah SUNAT berpuasa di Bulan Rajab, bukan makruh. Sesungguhnya pendapat yang mengatakan makruh adalah fasid bahkan salah sebagaimana yang telah engkau ketahui kelebihan (fadhilat) puasa Sya’ban, padahal puasa Rajab terlebih afdhal darinya. Kerana seafdhal-afdhal bulan selepas Ramadhan ialah Bulan Muharam, kemudian baki-baki bulan Haram, akhirnya barulah Sya’ban. - Tammat.


    Ulasan:
    Sebahagian manusia mengatakan: “Nabi ??? ???? ???? ???? tidak pernah berpuasa Rejab. Tidak ada nash berpuasa Rejab. Lantaran itu haram puasa Rejab atau makruh. Kalau berkepercayaan Nabi ??? ???? ???? ???? ada berpuasa di bulan Rejab maka Haram sebab dusta kepada Nabi ??? ???? ???? ????. Kalau hendak buat juga tapi mengkhususkan niat Puasa Bulan Rejab maka makruh sebab tidak ada dalil hadits yang terang.”

    Sebenarnya semua kenyataan tersebut salah dan kalau menafikan Nabi ??? ???? ???? ???? pernah berpuasa Rejab dengan sebab tidak kerana kejahilannya, maka hendaklah bertaubat. Kalau sengaja-sengaja buat dusta dan kacau-bilau, maka pihak pemerintah (kerajaan) mestilah mengambil tindakan.

    Cuba lihat ini, satu hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, satu lagi hadits yang mana tidak disangsikan lagi keshahihannya. Yang sangsi adalah mereka yang didalam hati berpenyakit. Seperti yang sudah ditimpa kepada puak yang anti ulama’, anti ahli sunnah dan anti mazhab. Barang di jauhkan Allah adanya.

    Utsman bin Hakam al-Ansori berkata: Saya telah bertanya Sa’id bin Jubair berkenaan Puasa Rejab sedangkan kami ketika itu masih berada di Bulan Rejab. Beliau (Sa’id ) menjawab: Saya telah mendengar Ibnu Abbas ??? ???? ????? berkata: “Adalah Rasulullah ??? ???? ???? ???? berpuasa sehingga kami mengatakan (menyangka) beliau tidak berbuka (tidak berhenti puasa), dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan (menyangka) beliau tidak berpuasa”. - Riwayat Muslim.

    Terang dalam hadits ini menunjukkan Nabi ??? ???? ???? ???? berpuasa Rejab. Mengatakannya Nabi ??? ???? ???? ???? tak pernah buat adalah dusta.

    Kalau mereka berkata: "Aaah! Itu hadits yang menunjukkan harus puasa dibulan Rejab bukan sunat!!!.Memang dibolehkan jika berpuasa tanpa mengaitkan bulan Rejab. Sebab dalilnya hanya bersandarkan dalil yang umum hadits shahih riwayat Muslim tersebut"

    Jawab: Lihatlah mereka cuba pusing-pusing. Mula–mula kata tidak sunat Puasa Rejab sebab tidak ada dalil Nabi Puasa. Kemudian berdalih pula mengatakan hadits Muslim tersebut menunjukkan hanya harus bukan sunat.

    Lihatlah Syarahan Hadits tersebut dalam Kitab Syarah Muslim, Juzu 8, mukasurat 38-39, cetakan Daarul Syaqafah:

    Bab: Berpuasa Nabi ??? ???? ???? ???? dibulan yang selain bulan Ramadhan.

    Maksudnya: “Yang Zohir, bahawa maksud Sa’id bin Jubair dengan istidlal (pengambilan hukum) dengan hadits ini bahawa puasa Rejab tidak ditegah dan tidak disunatkan berdasarkan hadits ini untuk ain (diri) puasa Rejab. Bahkan tetapi bagi puasa Rejab sama hukumnya dengan hukum selebihnya bulan-bulan (yakni dengan hukum puasa dibulan-bulan haram). Tidak tsabit pada berpuasa Rejab tegahan dan tidak tidak tsabit nadab (sunat) bagi diri Rejab, tetapi asal hukum berpuasa Rejab, adalah diSUNATkan. Didalam Sunan Abi Daud, bahawa Rasulullah ??? ???? ???? ???? mensunatkan berpuasa dibulan-bulan Haram. Padahal Rejab adalah salah-satu dari Bulan-bulan Haram. Wallahu a’lam”. - Tammat.

    Maksud sebenar Imam Nawawi dalam Syarah Muslim tersebut, hanya sahaja dalil Kesunatan Rejab tidak berdalilkan dengan ain (diri) hadits tersebut. Bukan menafikan “Kesunatan Berpuasa dibulan Rejab”. Perhatikan baik-baik. Memang, berdasarkan hadits tersebut kita memahamkan :

    1) Nabi ??? ???? ???? ???? pernah berpuasa di Bulan Rejab. Menafikannya sebagai tidak pernah berpuasa dibulan Rejab dan tiada sunnahnya berpuasa dibulan Rejab, adalah satu pembohongan yang mentah-mentah mesti ditolak oleh mereka yang mengerti.

    2) Hadits tersebut dilalahnya menunjukkan harus berpuasa di Bulan Rejab. Bukan sunat, bukan juga makruh, barang dijauhi haramnya.

    3) Sekalipun hadits tersebut tidak menjadi ain (diri) dalil kesunatan berpuasa Rejab, tetapi berpuasa di bulan Rejab tetaplah juga hukumnya SUNAT berdasarkan hadits-hadits shahih mentsabitkan Puasa Di bulan Haram. Misalnya hadits riwayat Imam Ibnu Khuzaimah tersebut dan Imam Abu Daud juga telah meriwayatkan “Seafdhal-afdhal puasa adalah Puasa dibulan-bulan Haram”.

    Sebagai penjelasan: Imam Nawawi menyebut: ??? ????? ????? ????. Maksudnya asal hukum berpuasa adalah mandub yaitu diSUNATkan. Ditahkikkan dengan kenyataan “Bulan Rajab adalah salah satu daripada Tadhamun makna ‘Asyh harul Haram”. Tidak ada satu hadits samada yang bertahap shahih mahupun hasan yang boleh dijadikan dalil Pentakhsisan untuk hadits “Asyharul Haram” yang umum maknanya. Bahkan hadits tersebut akan menunjukkan Rajab adalah sebahagian afradnya. Hadits yang khusus berkenaan Puasa Sya’ban dan Bulan Muharam tidak pula sah dan boleh dipakai sebagai pentakhsisan hadits “Asyhurul Haram” sehingga melibatkan puasa di Bulan Rajab. Sebab Muharram, Sya’ban dan Rajab adalah ain atau diri atau masa yang berlain-lainan. Sya’ban bukan bulan Haram. Sya’ban mempunyai dalil yang tersendiri. Sedangkan Muharram dan Rejab adalah afrad “Bulan Haram”. Hadits khusus berkenaan fadhilat Muharram tidak akan melibatkan Rejab. Maka Bulan Rejab tepat diatas ASAL HUKUMnya yaitu SUNAT sebagaimana yang dicatit oleh Imam Nawawi tersebut “Ashlul Saumi Mandhubun ilaih”.

    4) Ini juga difahamkan tentulah berlaku perbezaan Bulan Rajab dengan bulan-bulan selain dari bulan Haram misalnya bulan safar. Bulan Safar tidak termasuk Bulan-bulan Haram. Bulan Rejab snat berpuasa, berdalilkan hadits-hadits yang telah lalu. Sementara bulan Safar pula misalnya, tidak disunatkan berpuasa sebab tidak ada dalilnya. Lantaran itu jika ada orang yang berkata “Tidak ada langsung bezanya Bulan Rejab dengan bulan-bulan yang lain, sebab semua hadits-haditsnya adalah maudhu’ dan dhaif. Tidak ada fadhilat, tidak ada pahala kalau puasa, tidak ada ketentuan berpuasa di bulan Rejab dengan berniat umpamanya: Saja aku puasa esok, bulan Rejab…. ” maka satu lagi bohong telah timbul. Sebab memang terdapat perbezaan antara bulan Rejab dengan selain bulan-bulan Haram misalnya Safar tersebut, menunjukkan ada fadhilat atau kelebihan Bulan Rejab. Maka diulangi lagi, “Adalah Mereka yang menafikan secara muthlak fadhilat Bulan Rejab adalah kesalahan yang mesti ditangani oleh pemerintah, lantaran kenakalan yang menjejaskan kepentingan awam”.

    5) Maka sebenarnya hendaklah difahami, bahawa Imam Nawawi hanyalah menyatakan Hadits Muslim tersebut tidak menjadi ain dalil Berpuasa Rejab sahaja. Bukan Berpuasa Rejab tidak ada dalilnya.
    Kedua-duanya adalah berbeza.

    Ada lagi seorang hamba Allah mengatakan: “Tidak betul huraian awak ini sebab Imam Nawawi tidak berkata khusus berpuasa di bulan Rejab, sehingga boleh ditentukan Niat berpuasa Rejab secara khusus?”

    Jawab: Kenapa Imam Nawawi mengatakan ??? ????? ????? ?????.Cuba pula awak cernakan?.

    Sila lihat pula kitab al-Majmuk juzuk 6 mukasurat 386: “Sebahagian dari puasa yang disunatkan, ialah puasa dibulan-bulan Haram, yaitu Zul-Qa’dah, Zul-Hijjah, Muharram dan REJAB”. - Tammat.

    Disini menunjukkan Sunat Puasa Rejab dan adanya pengkhususan Puasa Rejab serta niat-niatnya.

    Oleh yang demikian, setiap Muslim semestinya faham untuk membezakan diantara terdapatnya hadits-hadits maudhu’ dan dhaif yang menghikayatkan kelebihan berpuasa dibulan Rejab dengan ketiadaan dalil kelebihan berpuasa di bulan Rejab. Kedua-duanya perkara tersebut sebenarnya adalah perkara yang berlain-lainan.

    Jangan terkeliru dan terpedaya dengan oceh-ocehan mereka yang tidak bertanggung jawab, yang mungkin kononnya terlalu asyik menjaga masyarakat agar tidak berpegang dengan hadits-hadits yang dusta terhadap Rasulullah ??? ???? ???? ????. Langsung terlajak menolak terus Sunat berpuasa dibulan Rejab. Sebenarnya cara mereka sama saja bila berhadapan dengan sebarang isu agama khususnya hukum-hukum agama yang telah maklum diketahui orang ramai. Mereka biasanya mencari-cari ruang yang boleh sedapat mungkin untuk dikritik habis-habisan fatwa-fatwa ulama’ mu’tabar, mengikut kaedah mereka yang kebanyakannya adalah mengelirukan. Meng‘high-light’kan cogan “Penilaian Semula Fatwa-fatwa Ulama’, jangan ikut saja buta tuli”, padahal dalam kebanyakan hal merekalah yang terlebih buta, terutama dalam konteks memahami ibarat-ibarat dan maksud kata-kata dari para ulama’. - Wassalam .

    al-fanshuri

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    1785 Views
    Last post 26 August, 2009, 10:16:59 AM
    by Ummi Munaliza
    2 Replies
    1043 Views
    Last post 22 May, 2013, 09:21:15 AM
    by al_ahibbatu
    1 Replies
    2242 Views
    Last post 22 June, 2011, 11:27:14 PM
    by hamimah