10 Golongan Yang Masuk Syurga Tanpa Hisab

*

Author Topic: 10 Golongan Yang Masuk Syurga Tanpa Hisab  (Read 2564 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

faa zahra

  • *
  • Posts: 1036
  • pimpin daku menuju jalanNya
    • View Profile
09 July, 2011, 12:07:45 AM
  • Publish
  • 10 Golongan Yang Masuk Syurga Tanpa Hisab

    Terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab. Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a. Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama. Mereka adalah:

    1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan)- orang yang menanggung kesakitan apabila diperbo-dohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.

    2. Ahli as sabr (ahli kesabaran)- bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.

    3. Jiran-jiran Allah- saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah.
    (hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)

    4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah samada pergi atau balik
    (hadis riwayat Jabir)

    5. penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa
    (hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)

    6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meniggal dalam masa tersebut.
    (hadis marfu’ sumber daripada Anas)

    7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”
    (hadis sumber daripada A’isyah r.a)

    8. Orang islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat
    (hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)

    9. Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya
    (hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)

    10. Orang yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah
    (Ibn Mas’ud)

    Al-Hakim dan al-Baihaqi mengeluarkan hadis yang bersumber daripada Jabir secara marfu’: “Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab, dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”

    NOTE:Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan dibentangkan suratan amal. Tajdidkan niat. Ikhlaskan diri. Biar tidak dipuji manusia. Pentingnya adalah nilaian pandangan Allah taala.

    +++++++++++++++++++++++++++n_~++++++++++++++++++++++

    bY: NiK  AhMaD FaHmI
    ..jAdIkAn aKu mEncIntAi sEsuAtu yAng mEmbAwA kEpAdA kEcIntAanMU..
    ..salamesrakuntukmuselamanya..

    nadeea

    • *
    • Posts: 156
      • View Profile
    Reply #1 09 July, 2011, 12:33:54 AM
  • Publish


  • NOTE:Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan dibentangkan suratan amal. Tajdidkan niat. Ikhlaskan diri. Biar tidak dipuji manusia. Pentingnya adalah nilaian pandangan Allah taala.


    iAllah...amin ya Robbal'alamin...
    Kalau kita lihat kepada 10 golongan ni, sepertinya Allah ingin masukkan semua hambanya ke dalam syurga
    Mengapa masih ramai yang lalai?juga diri ini

    Ya Allah ampuni daku diatas segala kekhilafan dan kelalaianku dalam beribadat kepadamu.
    Moga kau memilihku tersenarai diantara 10 golongan Masuk syurga tanpa Hisab
     :aamiin:

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    6003 Views
    Last post 27 June, 2011, 07:39:02 PM
    by hamimah
    0 Replies
    1129 Views
    Last post 11 October, 2010, 04:00:35 PM
    by 2ming
    0 Replies
    1715 Views
    Last post 14 April, 2011, 01:13:27 PM
    by Abusofea