Author Topik: Kerja Gila  (Read 538 times)

0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.

dheaharyaniTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 3
    • View Profile
Kerja Gila
« on: 06 July, 2011, 12:01:22 PM »
:)
Sekadar hendak berkongsi luahan rasa...........puisi yg saya karang sebentar tadi


Kerja Gila?!

Ya Allah.....
Dalam perjalanan berliku aku ingin mengenali-MU
ibarat terbatas dihujung terowong nan gelap,
ku lihat lolosan-lolosan cahaya-Mu sirna dipenghujungan
Lemas aku, gagahkan langkah menuju cahaya itu
Sekuat kederat yg ada ku bongkah warkah-warkah pudar
ku terjah dinding-dinding berlumut
ku selongkar naskhah-naskhah usang
demi mencari susur laluan menuju cahaya-Mu
 
Namun ada bisikan cuba menggodaku
"Bukankah kerja gila untuk kau kaji dan dalami
sesuatu diluar jangkaan akalmu?
..diluar kemampuan tenaga fitrahmu?
Cukuplah sekadar cahaya yang sirna,
biarpun malap, ia masih mampu menerangi malap hatimu"
 
Hatiku memberontak mendadak....
Adakah mencari keberkatan Nur Illahi itu GILA?
 
Bagaimana dengan insan-insan fasik itu,
maklum dibahunya tertanggung ibadah-ibadah wajib tuntutan Illahi
dan setiap keingkaran diberi balasan jahanam yg setimpal
Namun mereka masih tetap ingkar
Bukankah itu yg dikatakan GILA?
 
Bagaimana dengan isteri-isteri yang mengaku solehah
menjaga aurat dan pandangan dari yg bukan muhrimnya
mencukupi diri dengan amal ibadatnya
menutupi keaiban diri dan juga suaminya
Namun lancang mulut mereka menabur racun-racun
mengibar keaiban saudara muslim lainnya
bagai dicucuh api maraknya ego mereka
Bukankah itu yang dikatakan GILA?
 
Bagaimana dengan mereka-mereka melafaz syahadah mengakui keesaan-Nya
tetapi hatinya dibutakan dengan sifat riak, takabbur dan meninggi diri
Merasakan dirinya berkuasa lebih dari segalanya kerana kelebihan yg dimiliki
Bagaimana dengan mereka-mereka yang megakui bahawasanya Muhammad itu Pesuruh Allah
tetapi sedikit tidak mereka ketahui, Rasulullah itulah sebaik-baik idola
kerana mereka lebih mengagung-agung, memuja-muja dan ingin memiliki apa yg dimiliki
manusia-manusia penghibur, tokoh-tokoh ternama dan yg lain2nya
sedangkan mereka itu juga hamba yg hina
yg kematiannya nnti turut akan dihitung dan diazab setiap amalan baik buruknya
Mengapa masih juga mengidolakan mereka?
Bukankah itu yang dikatakan KERJA GILA?
 
Ya Allah.......maafkan aku diatas kelancangan ini
Sesungguhnya aku hambaMu yg jahil
yang merasa dirinya kian lemas ditengah-tengah kepalsuan dunia
yang sudah jelak dan muak dengan senyuman kepura-puraan
Aku cuma seorang hamba hina yg tersedar dari rentetan kesilapan
Aku cuma ingin mencari sebuah LANDASAN KEBENARAN
untuk aku mendekatiMU TUHAN.....
untuk aku mengenali dan mencintai Nabi Mu
untuk aku meresapi agama yg penuh dengan kecintaan ini...........
 
 
Wallahu'alam.....

Share this topic on Facebook


Ummi Munaliza

  • *
  • Online
  • Posts: 14300
  • my
  • Anniversary Ke 28
    • View Profile
Re: Kerja Gila
« Jawab #1 on: 06 July, 2011, 12:10:02 PM »
Quote

Bagaimana dengan isteri-isteri yang mengaku solehah
menjaga aurat dan pandangan dari yg bukan muhrimnya
mencukupi diri dengan amal ibadatnya
menutupi keaiban diri dan juga suaminya
Namun lancang mulut mereka menabur racun-racun
mengibar keaiban saudara muslim lainnya
bagai dicucuh api maraknya ego mereka
Bukankah itu yang dikatakan GILA?

 
Memang kita bukan maksum dan setiap manusia tidak sempurna, namun apabila seorang perempuan itu bercita-cita menjadi solehah, dapat menjaga aurat dan pandangan, mampu melakukan amal ibadah, bisa memelihara aib diri dan suami,  maka  pasti mulutnya sudah terdidik  juga.

Bukan sesuatu yang mudah untuk melakukan perkara di atas jika lidahnya masih mampu menabur racun. Jika lidahnya masih mampu menabur racun,  gelaran solehah tidak layak dinobat untuk  dianya. Lagipun, bagaiman nilaian anda untuk mengatakan seseorang perempuan itu solehah?

Share this topic on Facebook

Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
Penal Utama Baitul Muslim


mohdazri

  • *
  • Offline
  • Posts: 1076
  • my
    • View Profile
    • http://alhikmahwalsyifa.blogspot.com
Re: Kerja Gila
« Jawab #2 on: 06 July, 2011, 02:27:16 PM »
kita ada yang banyak beribadah tetapi dosa masih tetap dilakukan,sedangkan ibadah yang sebenar mampu menolak segala dosa dan maksiat.jika kita masih bermaksiat dalam beribadah maka ibadah itu bukanlah ibadah kepada kita tetapi menjadi dosa kepada kita

Share this topic on Facebook


hamimah

  • *
  • Offline
  • Posts: 634
    • View Profile
Re: Kerja Gila
« Jawab #3 on: 27 January, 2012, 06:50:52 PM »
kita cuba jadi yang terbaik..
berusaha
berusaha
dan terus
berusaha
insya'allah

Share this topic on Facebook

YA ALLAH....ampunilah dosaku hari ini,semalam,dan hari2 yg akan dtg..
kuatkanlah hati ini semoga thabat dlm perjuangan agamaMU..

nursolehah

  • *
  • Offline
  • Posts: 141
  • tg
  • "Perbaiki diri dan serulah orang lain"
    • View Profile
Re: Kerja Gila
« Jawab #4 on: 27 January, 2012, 10:52:35 PM »
Gila gila si orang GILA,
Gila mereka tiada tempatnya,
jangan kita asyik sebut gila,
bimbang kita yang jadi GILA,

dari hati turun ke hati,
HATI itu anugerah YANG MAHA ESA,
Jangan kita rosakkan HATI,
Bajailah hati dengan mengingatiNYA...

 :ins:

Share this topic on Facebook

Sabda Rasulullah SAW" Tidak berguna hari ini bagiku andai tidak bertambah ilmuku pada hari ini"


 

Related Topics

  Subjek / Dimulakan Oleh Jawapan Kiriman Akhir
Kerja....kerja....kerja

Dimulakan Oleh umsha « 1 2 » Petua

21 Jawapan
2883 Views
Kiriman Akhir 04 November, 2010, 01:53:53 AM
oleh mas3105
6 Jawapan
1258 Views
Kiriman Akhir 24 October, 2009, 04:54:51 PM
oleh assiddiq
15 Jawapan
1466 Views
Kiriman Akhir 26 February, 2011, 04:51:02 PM
oleh putri_hambali