Suami Isteri berjauhan kerana tuntutan kerja.

Author Topic: Suami Isteri berjauhan kerana tuntutan kerja.  (Read 2060 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

dish

  • *
  • Posts: 9
    • View Profile
02 July, 2011, 12:56:43 PM
  • Publish Di FB
  • saya sudah lebih 6 bulan berjauhan dengan isteri dan anak. baru ini, isteri saya dapat offer kerja berhampiran dengan saya. tetapi salary rendah dan company kecil berbanding company yang dia kerja sekarang. isteri sudah tender resignation letter, tetapi boss dia suruh dia consider dan counter offer.
    n brief dia a bit bout working in small company and big company...isteri baru beritahu saya sebentar tadi dan saya terus lakukan istikharah
    kerana saya betul2 blur.

    so saya harap ada rakan di sini yg dapat berikan pandangan. untuk makluman, isteri dan saya sama2 mempunya hutang belajar yg perlu dibayar dengan ptptn

    apa pandangan rakan2 sekalian? perlukan isteri balik bersama saya dan bekerja berhampiran dengan saya
    sebelum ini, semasa dia interview dgn company yg berhampiran dengan saya, saya berdoa dengan Allah minta dia dapat kerja sini
    dan alhamdulliallah Allah perkenankan.

    tapi bila boss dia brief dia pasal problem keje company kecil ini...
    hati saya ragu2 pula...
    bagaimana rakan semua?


    maliki

    • *
    • Posts: 608
    • LAILLAHAILLAHAH-TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
      • View Profile
    Jawab #1 02 July, 2011, 01:14:59 PM
  • Publish Di FB
  • Pandangan peribadi saya, isteri lah yang wajar mengikut jejak suami, walau di bumi mana sekalipun suami bertugas. Apatah lagi, jika ia adalah permintaan suami, maka isteri wajib berusaha untuk taat dan melepaskan kerjayanya. (Namun ada kerjaya tertentu seperti tentera, kelasi dll yang pastinya tidak memungkinkan isteri mengikut suami).

    Kewajipan untuk taat dan mengikut suami bukanlah syariat ALLAH yang zalim. Maha Suci Allah dari semua itu. ALLAH sebaik-baik penyusun kehidupan, maka kita bersangka baik bahawa semua sistem dan peraturan yang ALLAH letakkan antara suami dan isteri adalah untuk memelihara kehidupan bekeluarga.

    (celup ayat orang je)
    Nama diberi Ahmad Maliki.ukwah fillah senyum*
    Ape yang baik itu semuannya dari Allah taala,dan ape yang buruk itu datangnya dari kelemahan ana sendiri.Maaf.

    maliki

    • *
    • Posts: 608
    • LAILLAHAILLAHAH-TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
      • View Profile
    Jawab #2 02 July, 2011, 01:17:09 PM
  • Publish Di FB

  • Kalau berhenti kerja, atau bertukar kerja.. akan memberi kesan kepada gaji dan pendapatan?

    Usah bimbang, yakinlah ALLAH adalah pemberi rezeki yang sempurna. ALLAH menyusun setepat-tepatnya rezeki buat kita semua – suami, isteri, anak-anak, ibu bapa hatta setiap manusia itu ALLAH telah tetapkan rezekinya.

    Kita hanya perlu berusaha pada kadar yang kita mampu.

    saya taip sedap je kan,ntah saya sendiri mampu ke tak,sama2 pesan,

    Ace Abbas

    • *
    • Posts: 417
      • View Profile
    Jawab #3 02 July, 2011, 01:19:07 PM
  • Publish Di FB

  • Kalau berhenti kerja, atau bertukar kerja.. akan memberi kesan kepada gaji dan pendapatan?

    Usah bimbang, yakinlah ALLAH adalah pemberi rezeki yang sempurna. ALLAH menyusun setepat-tepatnya rezeki buat kita semua – suami, isteri, anak-anak, ibu bapa hatta setiap manusia itu ALLAH telah tetapkan rezekinya.

    Kita hanya perlu berusaha pada kadar yang kita mampu.

    saya taip sedap je kan,ntah saya sendiri mampu ke tak,sama2 pesan,
    Nabi pernah cakap, siapa baca surah al-Waqiah (56), tak akan miskin sampai bila-bila. Ada juga saya dengar, katanya surah al-Kahfi pun.

    farahiyah0394

    • *
    • Posts: 579
      • View Profile
    Jawab #4 02 July, 2011, 02:59:27 PM
  • Publish Di FB
  • buntu! kan?? kalau saya di tempat dish pon.. memang saya buntu..
    pada pandangan saya la.. ajak isteri duk sama ngan dish... walaupon gaji company yang dekat tu kecik.. sekurang-kurangnya tak berpisah.. kalau nak tunggu lagi.. sampai bila la nak duduk berjauhan camni..
    gaji isteri kecik... tak apa la.. dish pon bekerja kan? lagipon belum ada tanggungan untuk masa sekarang kan?
    tak banyak perlu dirisaukan.. cuma hutang ptptn je kena bayar...

    soalan cepu mas.. mana lagi elok? berjauhan dengan isteri? atau isteri bergaji kecik?
    so.. fikir-fikirkanlah... rezeki Allah dah tetapkan... cuma kita perlu usaha...

    solat hajat jangan lupa.. mudah-mudahan.. Allah satukan kembali kalian... semoga rezeki melimpah ruah.. tidak menanggung bebanan hutang... ameen...

    satu lagi.. nak bagi murah rezeki... amalkan solat sunnat dhuha... jadikan rutin.. insyaAllah... kalau niat ikhlas... Allah murahkan rezeki dish.. sama-sama kita doakan....

    (maaf kalau post saya ni memeningkan atau saya saloah faham)

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    6 Replies
    778 Views
    Last post 22 December, 2011, 03:03:55 PM
    by ese105
    3 Replies
    2016 Views
    Last post 14 September, 2012, 11:18:06 PM
    by Nurul Nawar
    4 Replies
    719 Views
    Last post 23 November, 2012, 09:16:30 PM
    by eus2611