Bersumpah dan Kafarah sumpah

*

Author Topic: Bersumpah dan Kafarah sumpah  (Read 1740 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

zakariaismail

  • *
  • Posts: 1
    • View Profile
01 July, 2011, 01:04:10 AM
  • Publish
  • Suami bersumpah kepada si isteri tidak mahu lagi bergurau dengannya. Apakah hukumnya? apakah dia dikenakan kaffarah?

    Musykil???

    papaleon

    • *
    • Posts: 26
      • View Profile
    Reply #1 01 July, 2011, 01:08:22 AM
  • Publish
  • Salaam...hukumnya pakcik tak tahu sebab pakcik bukan Qadhi atau Mufti...yg nyatanya itu satu contoh suami bebal bukan suami mithali...wasSalaam.

    muhammad1176

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #2 06 September, 2011, 09:54:54 AM
  • Publish
  • 1. maksud kafarah sumpah?
    2. kategori kafarah sumpah?
    3. jenis kafarah sumpah?
    4. syarat kafarah sumpah?
    5. saluran/bentuk bayaran untuk kafarah sumpah?
    6. apakah puasa kafarah sumpah?
    7. apa yang layak untuk puasa kafarah sumpah?
    saya mohon maklumbalas berkenaan perkara ini.minta tolong

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #3 06 September, 2011, 10:01:23 AM
  • Publish


  • Maksudnya:
    Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah dan jagalah peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur. (al-Maidah:89)

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #4 06 September, 2011, 10:02:13 AM
  • Publish
  • Mengikut kitab Fiqh al-Muyassar, kaffarah sumpah bermula dengan pilihan dan berakhir dengan tertib.
    Maksudnya, pada peringkat awal diberi pilihan menunaikan kaffarah kepada tiga jenis perkara seperti yang disebut dalam ayat di atas, iaitulah:

    1) Memberi makan sepuluh orang miskin, atau
    2) Memberi pakaian kepada sepuluh orang miskin, atau
    3) Memerdekakan seorang hamba.

    Jika tidak mampu melakukan tiga pilihan di atas, maka mengikut tertib berikutnya hendaklah dia berpuasa tiga hari samada secara berturut-turut atau tidak berturut-turut. Para fuqaha telah bersepakat bahawa puasa hanya boleh dilakukan jika dia tidak mampu melakukan tiga pilihan di atas.

    Sebagai kesimpulan, kaffarah sumpah mesti ditunaikan dengan melakukan salah satu daripada tiga pilihan seperti yang disebut dalam ayat al-Quran di atas. Puasa hanya boleh dilakukan apabila dia tidak mampu melakukan tiga pilihan tersebut.

    Sekian والله أعلم

    Rujukan:
    1) Syed Sabiq, Fiqh Sunnah.
    2) Ahmad Isa A'syur, Al-Fiqh Al-Muyassar.
    3) Dr Wahbah Zuhaili, Fiqh Islami wa Adillatuhu.

    Disediakan oleh:
    Ahmad Zainal Abidin
    Setiausaha MUIS

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #5 06 September, 2011, 10:04:58 AM
  • Publish
  • Memberi makan yang disebutkan dalam ayat sebagai kaffarah sumpah dilakukan dengan cara memberikan kepada setiap orang miskin setengah sha’2 dari bahan makanan yang biasa dimakan di negeri tersebut, baik berupa kurma kering ataupun selainnya. Atau ia memberikan makan siang atau makan malam sesuai dengan hidangan yang biasa ia berikan kepada keluarganya. Adapun pakaian, maka masing-masing orang miskin diberi sebuah pakaian yang mencukupinya untuk dipakai shalat, seperti gamis (baju panjang/jubah), atau sarung dan pakaian atas bila memang mereka terbiasa memakai pakaian tersebut.
    Dalam kaffarah sumpah ini tidaklah mencukupi kalau menggantinya dengan uang (yang senilai dengan makanan atau pakaian).” (Fatwa no. 2307 dan 16827, dari kitab Fatawa Al-Lajnah Ad-Da`imah Lil Buhuts Al-’Ilmiyyah wal Ifta`, 23/5-6)

    http://www.asysyariah.com/syariah.php?menu=detil&id_online=570

    ahmadamani

    • *
    • Posts: 34
      • View Profile
    Reply #6 02 November, 2011, 04:23:58 PM
  • Publish
  •  :)
    boleh jelaskan bagaimana sumpah itu dilakukan?

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #7 02 November, 2011, 04:53:11 PM
  • Publish
  • salam sume... saya ingin bertanyaka satu soalan. baru2 ini sya telah bersumpah tidak akan membuat sesuatu perbuatan . perbuatan ini adalah dosa. tapi saya telah melanggar sumpah saya dengan mengulangi perbuatan tersebut... adakah Allah akan melaknati saya? saya betul2 dalam dilema.. saya harap ruangan ini dapat membantu saya kembali ke pangkal jalan..


    perbuatan awak termasuk di dalam: menzalimi diri sendiri

    Haram lah ya

    berdosa

    tetapi, silakan bertaubat
    mohon ampun dari Allah

    janji tak akan ulangi
    mohon Allah abntu, memberi kekuatan, kemudahan agar mampu taati janji diri

    inshallah, Ikhlaskan Niat lillahi taala,

    rasanya elok, minta ibu, ayah, abang, carikan suami buat dirimu
    inshallah ya

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    43 Replies
    20210 Views
    Last post 23 May, 2012, 03:59:47 PM
    by miSs aMy
    2 Replies
    1716 Views
    Last post 17 May, 2009, 07:13:33 PM
    by wArDaH iSlAm
    7 Replies
    4176 Views
    Last post 24 May, 2010, 02:15:00 PM
    by Arozi