Kenapa Perlu Taat Pada Suami

Author Topic: Kenapa Perlu Taat Pada Suami  (Read 5821 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ixora_skru

  • *
  • Posts: 916
  • Kehidupan Pertama Penentu Kehidupan Kedua
    • View Profile
30 June, 2011, 12:46:33 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
    maaf kalau tajuk ni kurang sesuai dengan apa yang saya nak utarakan...
    biasa saya terbaca...kalau manusia boleh sujud pada manusia lain...
    Rasulullah s.a.w kalau boleh nak isteri sujud pada suami...
    sebab suami menanggung dosa isteri....
    saya terfikir... ayah si isteri juga terpaksa menanggung dosa si isteri itu sebelum isteri itu berkahwin..
    dalam konteks seorang anak pula perlu melebihkan seorang ibu 3 kali ganda daripada seorang bapa...
    ini macam menunjukkan suami teratas, lepas tu ibu dan bapa di tempat ke 3...
    sedangkan bapa juga menanggung dosa sama seperti seorang suami...
    Boleh terangkan kenapa? kalau saya salah tolong perbetulkan...
    terima kasih...
    Catatan Warna-Warni Kehidupan | Di Laman Halaqah ku Mencari IlmuNya
      http://www.cwwk.blogspot.com  |  http://ilmuhalaqah.blogspot.com

    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 820
      • View Profile
    Jawab #1 30 June, 2011, 01:00:52 PM
  • Publish Di FB
  • Bapa menanggung dosa anak perempuannya sebelum anak perempuan nikah. Ketika masih belum bersuami, wajib untuk anak taat pada orang tuanya. Tapi selepas anak perempuan nikah, suaminya pula yang menanggung dosanya, jadi dia wajib taat pada suaminya pula.

     Tanggungjawab seorang lelaki sememangnya berat. Sebagai seorang lelaki, dia bukan saja perlu menanggung dosa isterinya saja, malah turut menanggung dosa saudara perempuannya sama ada ibunya, kakaknya atau adik perempuannya, termasuklah juga anaknya. Lihatlah betapa beratnya tanggungjawab seorang yang bergelar lelaki lebih-lebih lagi apabila dia sudah bergelar suami dan ayah kepada anak perempuannya.

    Jika isterinya solehah, taat mengerjakan perintah Allah, si ibunya pula bagaimana? anak perempuannya pula bagaimana? Sudah selamatkah lelaki itu apabila isterinya taat pada Allah manakala saudara perempuannya yang lain tidak terjaga olehnya?

     
    Thabit bin Qurrah berkata: "Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."

    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 820
      • View Profile
    Jawab #2 30 June, 2011, 01:03:49 PM
  • Publish Di FB
  • Peringkat-peringkat orang yang perlu ditaati itu adalah ketetapan Allah... tidak ada apa yang perlu dipersoalkan lagi. Persoalannya sekarang, sama ada kita adalah seorang hamba yang patuh kepada perintahNya ataupun tidak.
    « Last Edit: 30 June, 2011, 01:05:40 PM by Iffah Muhsin »

    khaira_umairah

    • *
    • Posts: 551
      • View Profile
    Jawab #3 30 June, 2011, 01:30:28 PM
  • Publish Di FB
  • Bismillah Wa Syukrillah

    Anak perempuan: Keutamaan ibu 3 kali ganda daripada bapa (taat kepada ibu bapa)

    Isteri: Keutamaan suami melebihi ibu/bapa

    Jika kita perhatikan, kedua-dua kedudukan ini mempunyai perbezaan yang besar.

    Anak:

    Berbakti terhadap kedua orang tua dan bahawa mereka adalah yang paling berhak menerima kebaktian tersebut

    Hadith riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
    Seseorang datang menghadap Rasulullah saw. dan bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku pergauli dengan baik? Rasulullah saw. menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab lagi: Kemudian ayahmu. (Sahih Muslim No.4621)

    Kita sebagai anak, wajib mentaati kedua ibu bapa kita. Melaksanakan apa yang diperintahkan mereka selagi mana ianya masih dalam landasan syariat. Setelah bersuami, ketaatan itu bertambah dan kedudukan ketaatan itu berubah menjadikan suami ditempat yang utama. Kita biasa mendengar "Syurga di telapak kaki ibu" kerana redha ibu, redhalah Allah swt. Dan "Syurga itu letaknya pada keredhaan suami" Keredhaan suami kepada isteri adalah keredhaan Allah swt jua. Kedua-dua aspek ini (ibu/bapa dan suami) menjadikan peranan kita sebagai anak/isteri berbeza.(senyum) 

    Isteri:

    Tugas ibu/bapa yang suatu masa dahulu digalas pula oleh suami kepada isterinya. Member nafkah (perlindungan, tempat tinggal, makanan, minuman, pakaian, wang saku dan sebagainya). Ditambah pula tanggungjawab seorang suami yang amanahnya cukup besar perlu dilaksanakan kepada seorang isteri. Malah nafkah ini berterusan walaupun suami isteri itu telah bercerai (na'uzbillah!)  Di dalam al-Quran menyatakan: " Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil maka berikanlah mereka nafkahnya sehingga mereka bersalin. Kemudian jika mereka menyusukan anak-anakmu maka berikanlah kepada mereka upahnya." At-Thalaq:6

    Terbukti di sini, peranan suami itu bukan sahaja dalam ikatan pernikahan/rumahtangga malah berlakunya penceraian juga suami (bekas suami) masih memikul tanggungjawab. Isteri diperintahkan taat kepada suami sebab lainnya adalah kerana kelebihan akal, kelebihan beragama, kelebihan kekuatan fizikal, memiliki kewajipan sebagai pencari nafkah, keluar rumah untuk berjihad, serta mampu menghadapi kesulitan-kesulitan hidup.

    Ismail Ibnu Katsir berkata, lelaki adalah pemimpin wanita. Dialah yang menjadi ketua, pemberi keputusan, dan pendidik bagi wanita ketika mereka menyimpang. Akan tetapi, dijadikannya lelaki sebagai pemimpin itu bukan bererti dia boleh membuat sewenang-wenangnya, menguasai dan merosak keperibadian wanita. Diwajibkan kepada lelaki untuk berpegang teguh pada prinsip musyawarah, agar ketenteraman, kasih sayang, dan cinta dapat dipelihara.Seorang wanita (isteri) muslimah yang berakal akan dapat menghargai kepimpinan lelaki (suami). Selayaknya suami itu ditaati isteri kerana tanggungjawab yang besar dipikulnya dan jangan ketepikan pula peranan ibu bapa kita. Allahu a'lam

    Banyak lagi huraian mengapa perlu mentaati seorang suami. (senyum)
    "Alang-alang hidup, hiduplah sebagai da'ie. Alang-alang mati, matilah sebagai syuhada".

    jen

    • *
    • Posts: 250
      • View Profile
    Jawab #4 30 June, 2011, 03:25:34 PM
  • Publish Di FB
  • sebab dalam quran dah keluar perintah suruh taat.

    hadith nabi turut keluar hukum tentang perintah ketaatan ini.

    Dua sebab diatas adalah ultimate reasons.

    islam merupakan satu sistem yg komprehensif. Allah memerintahkan manusaia supaya  bertanggungjawab terhadap amanah yang telah ditentukan oleh Allah.

    Ixora_skru

    • *
    • Posts: 916
    • Kehidupan Pertama Penentu Kehidupan Kedua
      • View Profile
    Jawab #5 30 June, 2011, 07:49:44 PM
  • Publish Di FB
  • bukan saya nak persoalkan mengapa perlu taat pada suami sebenarnya...
    cuma mengenai hadis Rasulullah s.a.w menyatakan kalau boleh nak isteri sujud pada suami...
    kenapa hanya suami bukannya bapa?
    sedangkan tanggungjawab bapa sebelum anak perempuannya kawin sama saja dengan tanggungjawab suami setelah mereka berkahwin...
    cuma perkahwinan itu menyerahkan tanggungjawab si bapa kepada si suami...
    pasti ada rasionalnya perkara ini...
    adakah kerana faktor kesanggupan suami yang tiada kaitan langsung dengan si isteri (sebelum berkahwin) mengambil tanggungjawab menjaga isteri tersebut sedangkan bagi bapa itu memanglah tanggungjawabnya menjaga anak?

    papaleon

    • *
    • Posts: 26
      • View Profile
    Jawab #6 30 June, 2011, 09:56:26 PM
  • Publish Di FB
  • Salaam....perempuan sikit kasi banyak minintak...penghuni nerakayg kebanyakkannya perempuan dan golongan ini tak pandai bersyukur...pasal tu ramai yg tak taat pada suami...biasanya bagi orang perempuan ni...the grass is always greener in their neighbouring compound...biasalah camtu...selagi suaminya hidup tak pula dia mahu tunduk taat....seolah-olah dia tak buat salah dan dosa pada suami...ko ngadu kat sini pun takde ubat mujarab dari kami...kenalah koreksi diri...faham ya anak manis. wasSalaam.

    khaira_umairah

    • *
    • Posts: 551
      • View Profile
    Jawab #7 30 June, 2011, 10:12:04 PM
  • Publish Di FB
  • Salaam....perempuan sikit kasi banyak minintak...penghuni nerakayg kebanyakkannya perempuan dan golongan ini tak pandai bersyukur...pasal tu ramai yg tak taat pada suami...biasanya bagi orang perempuan ni...the grass is always greener in their neighbouring compound...biasalah camtu...selagi suaminya hidup tak pula dia mahu tunduk taat....seolah-olah dia tak buat salah dan dosa pada suami...ko ngadu kat sini pun takde ubat mujarab dari kami...kenalah koreksi diri...faham ya anak manis. wasSalaam.

    Bismillah Wa Syukrillah

     baguss

    papaleon

    • *
    • Posts: 26
      • View Profile
    Jawab #8 01 July, 2011, 12:49:37 AM
  • Publish Di FB
  • Salaam...sebenarnya lelaki baik untuk wanita baik begitulah sebaliknya...mesti taat sebab kaum Hawa dibentuk dari salah satu tulang rusuk Adam...ada peristiwanya .Adam keseorangan tanpa pasangan...jadi dia mohonkan seorang teman...maka seketika Adam terlena maka Allah swt menjadikan Hawa....pabila sedar Adam kaget melihat sosok Hawa....terpana dia sebentar lalu bertanya padanya...Siapakah kamu? Maka Hawa jawab Aku seorang perempuan...lalu Adam bertanya lagi Untuk apa kau diciptakan oleh Allaah? Dijawab Hawa Aku untuk menenangkan kamu...Adam puas hati. Malaikat lantas bertanya pada Adam Siapa namanya? Hawa jawab Adam spontan.
    Oleh kerana Hawa untuk tenagkan Adam maka mana-mana perempuan yang tak bisa membuat suaminya tenang makanya perempuan itu tidak baik.
    WasSalaam.

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2264
      • View Profile
    Jawab #9 02 July, 2011, 07:16:15 PM
  • Publish Di FB
  • Pernah dengar ust shamsuri sebut, kalau suami cakap 1x tak boleh, tapi ayah cakap 10x boleh, ister tetap tak boleh buat.

    Kenapa ya? Sebab, dah berlakunya peralihan tanggungjawab melalui akad nikah. Si ayah dah menyerahkan keselamatan, tanggungan nafkah, soaljawab urusan si anak kepada menantu, melalui akad nikah tadi. Jika si ayah tidak mahu menyerahkan si anak untuk mentaati suami, maka tidak perlulah dinikahkan anaknya itu.

    Sangat cantik sistem aliran tanggungjawab yang diatur oleh syariat Islam. Pastinya ia bertujuan supaya si isteri sentiasa terpandu apabila bertembung sesuatu permasalahan.

    Sebab itulah, apabila dihuraikan definasi ilmu.. Antara tafsiran yang dapat kita temui ialah, mencari ilmu untuk mentaati Allah, mendahulukan yang mana dahulu, mengkemudiankan mana yang kemudian. Ilmu inilah yang sangat penting untuk dituntut hingga akhir hayat.

    Apabila bertembung 2 perintah, antara perintah Allah dan perintah suami, yang mana sunat, yang mana wajib.. Antara perintah ibu dan ayah.. Bahkan, antara 2 perkara sunat, yang mana lebih utama, dan lain-lain lagi.

    Wallahua'lam.
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    Taat pada Suami

    Started by Arine « 1 2 » Soal Jawab

    23 Replies
    8636 Views
    Last post 09 October, 2013, 09:58:39 AM
    by 5zul
    15 Replies
    2843 Views
    Last post 25 March, 2011, 02:37:45 PM
    by rahmanw
    1 Replies
    660 Views
    Last post 28 October, 2012, 11:05:21 AM
    by al_ahibbatu