Kenangan bersama abang-abang tabligh

*

Author Topic: Kenangan bersama abang-abang tabligh  (Read 7838 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

D_humaira

  • *
  • Posts: 251
    • View Profile
Reply #20 29 June, 2011, 12:39:54 PM
  • Publish
  • tak pernah berpengalaman hal2 ni.

    selalu nampak tabligh kat dalam masjid je.

    memang dorang gerak rumah ke rumah ea menyampaikan???

    macamtu ke??
    ~* Tuhan leraikanlah dunia,Yang mendiam di dalam hatiku.Kerana di situ tidak ku mampu,Mengumpul dua cinta..Hanya cinta-Mu Ku harap tumbuh,Dibajai bangkai dunia yang kubunuh*~

    kuntumanummi

    • *
    • Posts: 36
      • View Profile
    Reply #21 29 June, 2011, 12:40:22 PM
  • Publish
  • yer mmg 1 ibadah..tp sepupu sy ni dh lama abaikan makan minum keluarga die..huurmm..kadang2 kesian gak..dh lame x blik umah lak 2..

    kalau camtu, apakah menjadi seorang tabligh tu bagus? dengan mengabaikan tanggungjawab anak dan istri semata2 untuk berdakwah? tak boleh ka menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan anak2 dan juga berdakwah dimasa yang sama?

    kuntumanummi

    • *
    • Posts: 36
      • View Profile
    Reply #22 29 June, 2011, 12:42:38 PM
  • Publish

  • eh? akak  puji ya.. i tot maliki kan yang cakap camtu.. :senyum:.. takpe lah dik.. yang penting, hati nya encem k.. tapi encem sangat pun susah, kang banyak nak jadikan somi.. rela jadi istri nombor 2, 3 4.. :senyum:.. (gurau jer)
    apa2 pun ramai yang cakap saya hensem..eh eh bergurau pulak okaja*

    hahahahaha.. wat gelak betul lah maliki ni! anyway.. bahaya tu.. ramai lah anak2 gadis patah hati!

    hafizul_84

    • *
    • Posts: 322
      • View Profile
    Reply #23 29 June, 2011, 12:42:50 PM
  • Publish
  • yer mmg 1 ibadah..tp sepupu sy ni dh lama abaikan makan minum keluarga die..huurmm..kadang2 kesian gak..dh lame x blik umah lak 2..

    masa sekolah dulu..puas cikgu-cikgu marah dan rotan aku..degil tak ingat dunia punya..ponteng kelas la sekolah la..
    tapi nasib baik murid-murid lain semua rajin, cuma aku dan dan 2-3 orang kawan yang lain je bermasalah..hurmmm
    murni tugas cikgu dulu, mendidik aku sampai aku dah kenal dunia dan akhirat..
    kawan aku suka sangat tanam pisang dan makan pisang, kadang-kadang aku lihat satu atau 2 biji pisang dalam tandan tu  buruk, yang lain semua ok..tapi mak kawan aku amik pisang yang buruk tu buat cekodok..perghh sedap dan nikmat dan bukan dibuang..

    semuga Allah memberkati kalian...

    maliki

    • *
    • Posts: 612
    • LAILLAHAILLAHAH-TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
      • View Profile
    Reply #24 29 June, 2011, 12:46:59 PM
  • Publish
  • tak pernah berpengalaman hal2 ni.

    selalu nampak tabligh kat dalam masjid je.

    memang dorang gerak rumah ke rumah ea menyampaikan???

    macamtu ke??

    bukan duk masjid je tapi dorang juga bergerak rumah ke rumah,pintu ke pintu ajak orang solat dan dengar majlis fikir atas iman dan amal,dan taklim di masjid..memang ini lah usaha dakwah yang nabi buat,dorang ikut sunnah
    dalam kisah diatas tu,nampaknya mereka sedang buat khususi sebab 2 orang je datang ke rumah,kalau gahst lebih dari 2 orang.citer kebesaran Allah dan fadilat amal yang lain,ajak2 orang2 lelaki ke masjid .wallahualam
    « Last Edit: 29 June, 2011, 12:50:38 PM by maliki »
    Nama diberi Ahmad Maliki.ukwah fillah senyum*
    Ape yang baik itu semuannya dari Allah taala,dan ape yang buruk itu datangnya dari kelemahan ana sendiri.Maaf.

    kuntumanummi

    • *
    • Posts: 36
      • View Profile
    Reply #25 29 June, 2011, 12:49:07 PM
  • Publish
  • yer mmg 1 ibadah..tp sepupu sy ni dh lama abaikan makan minum keluarga die..huurmm..kadang2 kesian gak..dh lame x blik umah lak 2..

    masa sekolah dulu..puas cikgu-cikgu marah dan rotan aku..degil tak ingat dunia punya..ponteng kelas la sekolah la..
    tapi nasib baik murid-murid lain semua rajin, cuma aku dan dan 2-3 orang kawan yang lain je bermasalah..hurmmm
    murni tugas cikgu dulu, mendidik aku sampai aku dah kenal dunia dan akhirat..
    kawan aku suka sangat tanam pisang dan makan pisang, kadang-kadang aku lihat satu atau 2 biji pisang dalam tandan tu  buruk, yang lain semua ok..tapi mak kawan aku amik pisang yang buruk tu buat cekodok..perghh sedap dan nikmat dan bukan dibuang..

    semuga Allah memberkati kalian...

    Pandai ibunya mengambil inisiatif dalam keadaan seperti itu. Biasa orang pompuan memang begitu, akal mereka ni berbagai2, multi tasking. Sebab itu mereka ada 9 nafsu, dan nafsu mereka juga berbagai2 kan?

    mumtazah93

    • *
    • Posts: 13
      • View Profile
    Reply #26 29 June, 2011, 12:56:06 PM
  • Publish
  • kadang2 segelintir golongan tabligh ni hnye fikir psal perkara2 ukhrawi semata-mata...tu yg smpai anak bini terabai..padahal,duniawi dan ukhrawi tu kene seimbang...

    hafiz_addnan

    • *
    • Posts: 331
      • View Profile
    Reply #27 29 June, 2011, 03:54:12 PM
  • Publish

  • dunia sekarang org dh tak pandang lg agama..tgl ank bini dikatakan kejam,takde ilmu.nasib baik sahabat2 tak hidup zaman sekarang.kalau tak semua kena cop tak betul,ekstrim,sesat...

    apa yg ko tgl ank bini kat rumah??
    AB:Allah dan Rasul.
    U:separuh hartaku.

    kdg2 yg btul2 melarat pun org nmpak.dierg ok je.tu pun tak ramai..

    ramai dah student2 ipta dh buat usaha ni..g la Masjid Sri Petaling.satu2nya masjid kat Malaysia yg hidup dengan amal 24jam..



    hafiz_addnan

    • *
    • Posts: 331
      • View Profile
    Reply #28 29 June, 2011, 03:57:07 PM
  • Publish
  • kadang2 segelintir golongan tabligh ni hnye fikir psal perkara2 ukhrawi semata-mata...tu yg smpai anak bini terabai..padahal,duniawi dan ukhrawi tu kene seimbang...

    setuju kne seimbang...bgus cdgn..

    12jam dunia 12 jam akhirat.
    15hari dunia 15 hari akhirat.
    6bulan dunia 6 bulan akhirat.
    separuh hidup dunia separuh hidup akhirat.
    50:50


    betul ke?????

    maliki

    • *
    • Posts: 612
    • LAILLAHAILLAHAH-TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
      • View Profile
    Reply #29 29 June, 2011, 04:00:46 PM
  • Publish
  • CERPEN : SUAMIKU ORANG TABLIGH
    dipetik drpd :karkunahmithali.blogspot.com
    Cerpen ni di tujukan pada mereka yang masih tidak memahami usaha dakwah dan tabligh ni..:)
    *********************************
    Eja merenung jauh di balik tirai jendela rumahnya. Permandangan di luar rumah sungguh mendamaikan. Dia bersyukur ke hadrat Ilahi kerana menempatkan dirinya tinggal di kawasan kampung..baginya kehidupan di kampung lebih tenang berbanding hiruk pikuk kehidupan di bandar. Tiba-tiba hatinya merasa sebak. Tika ini dia bersendirian di rumah mengenangkan suaminya yg sedang khuruj ke jalan Allah selama 3 hari.

    ***********************************

    “Eja,mak ada berita nak sampaikan kat Eja ni..” beritahu mak suatu hari di waktu kami sedang bersarapan.
    “Apa dia mak,lain macam jer bunyinya..”Eja memandang wajah ibunya. Sejak ayahnya meninggal,ibunyalah tempat dia mencurahkan kasih sayang dan bergantung harap. Sayangnya dia pada ibunya tidak bertepi. Dia sanggup bersusah payah demi melihat ibunya gembira.
    “Semalam,masa kamu pergi tadika,ada Badrul dan ibubapanya datang jumpa mak. Dia nak merisik kamu. Kalau kamu terima,3 bulan lagi majlis perkahwinan dan nikah akan dijalankan”beritahu mak lagi.
    “Hah!..Badrul anak pak Hashim tu ke mak. Yang keje kat kilang hujung kampung kita tuh?”Eja agak terkejut bercampur teruja.
    “Ha’ah..dialah.sapa lagi..”

    Hati Eja berbunga. Dia sebenarnya memang menaruh hati pada Badrul. Badrul,seorang pemuda lulusan kejuruteraan dari UTM. Bekerja sebagai jurutera di kilang kampung ini,berwatakan sederhana,berkopiah sentiasa di kepala dengan janggut yang sejemput, berpakaian kurta dan berseluar slack, mencerminkan identiti islamiknya. Manakala Eja gadis kampung lulusan STPM,dan bekerja sebagai guru tadika berdekatan rumahnya. Apapun dia seorang yang memelihara diri dan maruah. Menutup aurat yang sempurna seperti mana yang disyariatkan Allah. Sudah tentu dengan niali-nilai Islam yang diterapkan ibu padanya menyebabkan hidupnya terpelihara dari perkara-perkara yang tidak baik.

    “Arghh..alangkah gembiranya seandainya aku dapat memiliki Si Badrul.”bisik hati kecil Eja.
    “Heh Eja,dengar tak apa mak cakap ni!.”sergah mak selepas melihat aku mengelamun seketika.
    “maafkan saya..aa..dengar mak. Ala mak ni,ikut makla. Kalau mak tarima,Ejapun terima juga. Mana yang baik bagi mak,baikla juga bagi Eja.”Eja tersenyum penuh makna memandang wajah ibunya.

    ****************************

    “Eja sayang. Eja gembira tak kita dah jadi suami isteri.” soal Badrul sebaik mereka sah menjadi suami isteri.
    “Mestilah gembira. Lelaki idaman yang Eja impikan menjadi kenyataan.”jawab Eja tersipu malu.
    “Sebenarnya Eja pun wanita pujaan abang. Bila pertama kali jumpa Eja,hati abang berdegup kencang. Apatah lagi bila lihat Eja pergi tadika perpakaian jubah dan bertudung labuh. Sejuk hati melihatnya.”bagitahu Badrul berterus terang pada isterinya.
    “Yeker..tima kasih bang. Eja harap abang sudi bimbing diri Eja ni jadi isteri dan wanita solehah” jawab Eja.
    “InsyaAllah sayang. Bukanke dalam al-Quran ada kata wanita yang baik untuk lelaki yang baik,dan wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat”
    Eja tersenyum memandang wajah suaminya..hatinya kini sudah dimiliki oleh insan yang didambakan selama ini.

    *********************
    Pulang dari kerja,Eja menyambut Badrul dengan bersalam dan mencium tangan suaminya dengan hati yang gembira. Dia menatap wajah suaminya yang agak kepenatan.
    “Banyak kerja ke bang,letih jer nampaknya..”tanya Eja pada suaminya.
    “A’ah sayang. Keje kat kilang tu melambak-lambak. Lagi pula,kilang abang bulan depan kena shutdown.lagila sibuk”jelas Badrul semula.
    “Oh..gituker..”Eja tersenyum memandang suaminya.
    Setelah menukar pakaian, mereka berdua menikmati minuman petang. Erm,air kopi habbatussauda’ dengan kuih karipap.
    “Sedap kuih ni,pandai Eja buat yek. Kalau makan sedap-sedap camni..gemukla abang”
    “Ala abang ni..biasa je kuih tu..pandai-pandai je abang ni” Eja mencubit lengan suaminye kerana usikan itu.
    “ Ni abang nak bagitahu ni,esok abang nak kuar 3 hari tau.”
    “Esok ke bang?.kalu tak kuar tak bleh ke..sunyilah Eja abang takde 3 hari ni” Saja Eja bertanya begitu. Dia memang tahu,sejak berkahwin dengan Badrul,setiap bulan memang wajib suaminya keluar dakwah selama 3 hari.
    “Yelah sayang..dah lupaker?”
    “Ermm..ingatlaa..saja jer tanya,”

    Sebenarnya Eja berat hati nak bagi suaminya keluar. Usia perkahwinan mereka baru 4 bln. Seharusnya waktu yang ada dihabiskan bersama-sama kerana mereka berdua masih dalam proses mengenali antara satu dengan lain. Dia sendiri pun masih tak faham dengan usaha dakwah dan tabligh. Hatinya sedikit memberontak bila mengetahui Badrul terlibat dlm usaha ini..Apatah lagi rata-rata kawannya memandang negatif dengan usaha tabligh ni.

    Memang dia akui Badrul seorang suami yang taat pada perintahNya. Solah lima waktu berjemaah di masjid adalah wajib baginya. Tiada istilah lelaki solah di rumah. Amalan tahajjud,tilawah al-quran dan zikir merupakan amalan hariannya. Dan yang pasti bila berbicara terserlah ilmu agama yang dimilikinya. Lantas, Eja seharusnya bersyukur dengan Allah atas kurniaan ini. Cuma dia masih cuak dengan kerja dakwah ini. Perluke buat kerja ni di zaman moden dan teknologi seperti sekarang ni. Kenapa tak dakwah guna radio ke, buku ke, tv ke, Internet ke, macam ustaz atau penceramah agama buat sekarang ni. Arghh..Eja terkeliru..bingung..sememangnya dia terlalu baru untuk memahami susur galur perjuangan dakwah tabligh ni.

    ********************************
    Suatu malam Eja dan Badrul berbicara tentang usaha dakwah dan tabligh ni.

    “Sayang,apa yang sayang tahu pasal jemaah tabligh ni?” tanya Badrul pada isteri tercinta sambil membelai ubun-ubun isterinya.
    “Entahla bang. Yang Eja tahu,orang kata tabligh ni suka tinggal anak bini berbulan-bulan. Tak bagi nafkah zahir batin kat keluarga.” Jawab Eja jujur.

    Badrul tergelak mendengar jawapan isterinya. Itulah manusia menilai sesuatu dari luar tanpa mahu memahami isi dalamnya.
    “Eja sayang,cuba Eja fikir,orang tabligh je ker yang tinggal anak bini. Habis tu,orang zaman sekarang ni, yang pergi kursus, outstation, pastu ada yang kerja kat pelantar minyak,sebulan di laut sebulan di darat, ada pula yang suami sambung belajar bertahun di luar negara, cam tu tak pe pulak, takde pun orang nak pertikaikan. Cuba Eja renung firman dalam al-quran yang mafhumNya:

    "Katakanlah: jika bapa-bapamu,anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum kerabatmu, harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu takut kerugiannya, serta tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari Allah, rasulNya, dan jihad di jalan Allah maka tunggulah olehmu, sehingga Allah mendatangkan seksaanNya,.." (At-taubah:24)

    "Erm,betul juga kata abang.entahlah, Eja pun tak tahula bang. Eja sendiri pun baru nak belajar mengenali dakwah tablligh ni.”

    “Sebenarnya uasaha dakwah ni kerja nabi, Ejakan tahu macammana nabi, baginda adalah kekasih Allah. Sanggup bersusah payah nak dakwahkan kalimah tauhid ni,kena ejek, kena baling batu sampai berdarah,kena lempar dengan najis,jumpa orang rumah ke rumah,lorong ke lorong,semata-mata nak ajak manusia kembali kepada Allah,supaya dapat hakikat Lailahaillallah, tidak menyembah makhluk tapi menyembah Allah yang Esa. Kita ni umat akhir zaman. Allah jadikan kita sebaik-baik umat,kan dalam al-quran ada kata:

    “Kamu sebaik2 umat, yang telah dilahirkan bagi faedah manusia,(kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada perkara yang salah” (Ali-imran:110)…”

    Usaha yang kita lakukan sekarang ni hanya 10% sahaja berbanding usaha sahabat sahabiyah dahulu, mereka sanggup korban diri, harta, anak bini, semata-mata nak syahid di jalan Allah, semata-mata nak tengok kalimah Allah tertegak di atas muka bumi ini. Sebab tu mereka ni di dunia lagi Allah taala telah redha pada mereka dan menjanjikan syurga utk mereka. Lagipun sayang, abang tinggal Eja ni bukan kat padang pasir seperti Siti Hajar dan Ismail yang di tinggalkan Ibrahim. Mereka lagilah, kena tinggal tanpa sekarang asbab untuk mereka hidup,takde rumah,makanan dan tempat tinggal,tiada jiran-jiran,tapi sebab redha dengan perintah Allah dan sebab dakwah, Nabi Ibrahim rela melakukannya. Eja ni abang tinggal, duduk dalam rumah yang selesa,cukup peralatan rumahnya,keperluan dah abang sediakan…takkan camtu pun tak sanggup lagi. Habis..Eja nak abang berkepit duduk bawah ketiak Eja 24 jam. Camtuh?”Badrul sengaja mengenakan isterinya sambil mencubit hujung hidung isterinya yang mancung itu.

    “Bukanla sampai macamtu bang. Cuma Eja cemburu, orang lain, bila suami balik kerja, ada kat umah sampai malam,pastu bleh main ngan anak-anaknya,sembahyang pun kat rumah berjemaah dengan isteri dan anak-anak. Aada masa bermesra ngan keluarga. Tapi abang,balik kerja rehat sebentar,pastu pukul enam lebih dah nak kena pergi ghastla,mesyuaratla,malam markazla..kalu hari Isnin hingga Khamis memang tak merasa abang ada waktu petang. Balik pun lewat malam.”Eja menerangkan situasi yang sedang dilalui ini.

    “Itulah namanya lima amal masjid. Yang kita kena keluar 3hari,40hari,4 bulan tu, untuk kita belajar buat kerja nabi,untuk wujudkan suasana iman dan amal dalam berdakwah,dan bila balik,Medan perjuangan kita adalah dengan menghidupkan lima amal masjid ni. Fikir harian atau mesyuarat harian, pastu khususi orang tertentu kena bagi masa dua jam setengah,pastu buat taklem di rumah dan masjid,kena ziarah kat kampung sendiri dan kampung jiran dan setiap bulan keluar 3 hari dengan membawa jemaah yang baru. Lima amal masjid ni merupakan amalan masjid Nabawi, yang mana sahabat buat untuk dakwahkan Islam. Sebab tu sekarang ni,kita nak belajar bagi masa untuk agama,dunia dan akhirat kena seimbang. Duniakan jambatan untuk akhirat..cuba kita tengok jambatan.mana ada orang bina rumah ke,istana ke kat atas jambatan. Orang nak memancing atas jambatan pun di larang tau.” Terang Badrul panjang lebar sambil melirik mata pada isterinya.

    “ Takpelah bang. Eja cuba belajar memahami kerja dakwah dan tabligh ni. Walaupun sukar tapi Eja akan berusaha untuk mengatasinya”
    “Camtulah isteri abang yang cantik jelita ni. Nanti abang bawa Eja jumpa ahlia karkun kat kampung ni. Hah,ahlia cikgu Abas tu,dia dah banyak pengalaman keluar masturat tau. Blehla Eja belajar daripada ahlianya.dan lagi Eja bleh berkenalan dengan ahlia karkun bila pergi taklem mingguan masturat nanti. Jangan lupa beri tasykil untuk keluar masturat 3 hari,yerk!” Eja tersenyum memandang suaminya.
    “InsyaAllah bang” jawab Eja.

    *************************************

    Eja tersedar dari lamunannya. Dia mengesat airmatanya yang mengalir di pipi. Sesungguhnya dia hanya manusia biasa yang lemah untuk menghadapi mehnah ini,mungkin dia terlalu berharap Badrul menjadi hak milik mutlaknya. Tetapi dia lupa,bahawa manusia ini adalah pinjaman sebagaimana firman Allah:

    “ Sesungguhnya Allah telah membeli pada orang mukmin itu dirinya dan hartanya dengan memberikan syurga untuk mereka” (At-Taubah:111)

    Dia harus kuat dan sabar. Dunia ini hanya pinjaman dan akhirat juga yang kekal abadi. Kalau di dunia ini ada pangkat,harta,darjat tapi tidak mengamalkan agama dalam kehidupan,sudah tentu semuanya sia-sia sahaja.

    “Yeah,aku harus kuat,kuat untuk memperoleh keredhaan Allah. Biarkan manusia yang tidak faham dan tidak mahu mengerti usaha dakwah dan tabligh ini. Tapi aku akan sentiasa berdoa semoga Allah istiqomah dan kekalkan aku,suami dan generasiku hingga hari akhirat dalam usaha ini, dan semoga Allah bagi kefahaman pada mereka yang memandang serong,membenci atau menghina kerja ini. Ameen” bisik hati Eja.

    TAMAT
    « Last Edit: 29 June, 2011, 04:06:07 PM by maliki »

    permata nilam

    • *
    • Posts: 153
      • View Profile
    Reply #30 29 June, 2011, 05:14:27 PM
  • Publish
  • yer mmg 1 ibadah..tp sepupu sy ni dh lama abaikan makan minum keluarga die..huurmm..kadang2 kesian gak..dh lame x blik umah lak 2..

    masa sekolah dulu..puas cikgu-cikgu marah dan rotan aku..degil tak ingat dunia punya..ponteng kelas la sekolah la..
    tapi nasib baik murid-murid lain semua rajin, cuma aku dan dan 2-3 orang kawan yang lain je bermasalah..hurmmm
    murni tugas cikgu dulu, mendidik aku sampai aku dah kenal dunia dan akhirat..
    kawan aku suka sangat tanam pisang dan makan pisang, kadang-kadang aku lihat satu atau 2 biji pisang dalam tandan tu  buruk, yang lain semua ok..tapi mak kawan aku amik pisang yang buruk tu buat cekodok..perghh sedap dan nikmat dan bukan dibuang..

    semuga Allah memberkati kalian...


    maaf ya tuan....tak faham...???!!!
    apa kaitan nye dengan yang "di quote" kan di atas....

    putri_hambali

    • *
    • Posts: 1060
    • menjadi isteri dan mujahidah solehah impian diriku
      • View Profile
    Reply #31 29 June, 2011, 05:36:51 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum...

    Masa zaman kanak-kanak dulu...
    Suka tengok orang tabligh ini..
    Sebab nampak muka mereka  berseri-seri sahaja..
    Tapi bila sudah besar ini..
    Macam-macam cerita dengar tentang tabligh..
    Tapi betul ke kalau kahwin dengan orang tabligh..
    Si isteri tak boleh ikut sama-sama si suami untuk memperjuangkan agama islam bersama??
    Minta pendapat pada yang pakar bab ini...
    Assalamualaikum..maafkan putri...
    Ya Allah..semoga diriku ini menjadi anak yang solehah pada kedua ibu bapaku dan isteri solehah pada suamiku..dan menjadi ibu yang mithali pada anak-anaku..amin,amin,ya rabbal alamin..

    Zie010

    • *
    • Posts: 7
      • View Profile
    Reply #32 29 June, 2011, 07:37:50 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum...

    Masa zaman kanak-kanak dulu...
    Suka tengok orang tabligh ini..
    Sebab nampak muka mereka  berseri-seri sahaja..
    Tapi bila sudah besar ini..
    Macam-macam cerita dengar tentang tabligh..
    Tapi betul ke kalau kahwin dengan orang tabligh..
    Si isteri tak boleh ikut sama-sama si suami untuk memperjuangkan agama islam bersama??
    Minta pendapat pada yang pakar bab ini...
    Assalamualaikum..maafkan putri...

     :ws:
    Untuk nak bagi isteri faham tentang usaha dakwah dan supaya tidak menjadi fitnah kerja2 tabligh ni, bawaklah isteri keluar pergi taklim mingguan sekali seminggu, seterusnya keluar bersama 3 hari jemaah masturat (jemaah untuk para isteri) supaya isteri sama2 faham kerja2 dakwah tabligh ni. Serba ringkas keterangan dari ana yang baru nak mula bantu suami hidupkan usaha dakwah. Mungkin karkun/masturat yang dah keluar 10 hari, 40 hari, 4 bulan boleh detailkan lagi..

    khaira_umairah

    • *
    • Posts: 551
      • View Profile
    Reply #33 29 June, 2011, 07:53:53 PM
  • Publish
  • :)
    wow..pengalaman yg menarik utk dikongsi bersama.:senyum:! ade ke org2 tabligh yg hensem2?  >_<

     :)
    Masa masih sekolah2 dulu salu gak dok nampak tabligh2 ni gi nginap kat masjid kat kampung...tapi masa dh beso ni tak pernah nampak dh lagi tabligh ni masuk kampung...sedihnya..  Erm..lagi satu betoi ke ada tabligh2 ni yang hensem2....senampak den...tak pernh nengok lagi yang hensom dan muda....kalau pakcik2 tua yang berjambang ramai la... ishh2 zaman sekarang pemuda2 lebih suka dok join konvoi2, demonstrasi, perhimpunan haram dan lain2....dari join tabligh2 ni... nape ye..??

    Bismillah Wa Syukrillah

    Ingin berkongsi tentang "orang-orang Tabligh yang hensem", setiap kali saya balik ke kampung nenek, masjid berdekatan dengan rumah nenek saban minggu menerima jemaah Tabligh. Bulan lepas saya balik lagi dan ketika itu, sekumpulan jemaah Tabligh pergi rumah ke rumah untuk mengajak penghuni rumah (lelaki) berjemaah di masjid, apa yang sempat saya lihat, majoriti dalam kumpulan tu muda-muda semuanya dan sesuailah dengan tajuk entri ini. Heeeee
    "Alang-alang hidup, hiduplah sebagai da'ie. Alang-alang mati, matilah sebagai syuhada".

    Reply #34 29 June, 2011, 08:14:39 PM
  • Publish
  •  :)
    hehee...
    pengalaman yg bagus...
    teringat pula ana, bila pertama kali, perkenalan dgn budk tahfiz.....
    kelako pun ada...tapi sampai sekarang ana tidak lupa kan dirinya, ilmu nya.....
    hehee

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2160
      • View Profile
    Reply #35 02 July, 2011, 07:31:45 PM
  • Publish
  • Salam, putri.. Jawapannya salah dan tidak betul maklumat yang mengatakan isteri tak boleh ikut suami keluar tu. Bahkan, isteri boleh juga ikut suami khuruj, 3 hari, 10hari, 15hari, 40hari hingga 2bulan, dinamakan khuruj masturat, cuma tidak ada khuruj masturat sehingga 4bulan, dengan syarat tak boleh bawa anak-anak, dan anak-anak tidak lagi menyusu badan.


    Semuanya pilihan Allah.

    Wallahua'lam.
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2160
      • View Profile
    Reply #36 02 July, 2011, 07:44:08 PM
  • Publish
  • Saya sangat tak jelas dengan mereka yang mengatakan suami keluar berdakwah sampai makan minum isterinya terabai. Sepengetahuan saya, suami beritahu, sebelum keluar, ada isi borang. Dalam borang tu terkandung juga maklumat tentang nafkah yang ditinggalkan untuk isteri.

    Sekalipun suami nak keluar 4bulan, nafkah isteri tetap perlu disediakan. Bukan terus keluar ja. Ada mesyuarat halaqah juga. Bila jemaah keluar untuk tempoh yang lama, semua jemaah yang lain juga akan dimaklumkan. Ini bukan kerja perseorangan. Tapi kerja jemaah yakni kerja berkumpulan. Sebagai orang muslim, kita semua sebagai satu anggota badan. Satu sakit, semua sakit.

    Tabligh bukan persatuan, yang perlu bayar yuran keahlian. Tapi kerja semua umat islam. Kepada semua muslimat, bolehlah mengunjungi taalim masturat mingguan yang diadakan ditempat anda. Boleh juga hadiri ke rumah-rumah mereka yang sedang  menerima jemaah. Percuma. Tanpa bayaran.

    Bagus sekali apabila sahabat muslimat sekalian sangat berminat dengan usaha dakwah ini. Semoga dapat meningkatkan ilmu, amal dan kefahaman kita dalam agama.
    « Last Edit: 03 July, 2011, 08:08:39 AM by Ummu Fatimah »

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2160
      • View Profile
    Reply #37 02 July, 2011, 09:22:59 PM
  • Publish
  • Cuma, kalau orang miskin pastu Allah pilih pula mereka buat usaha agama, khuruj lagi, lagi dan lagi. MasyaAllah, alangkah beruntungnya mereka. Patut tak, kita sebagai saudara mereka sama-sama fikir risau, anak-anak yang terabai nafkahnya? Sudah pasti patut. Maka, sepatutnya, kita sama-sama saling membantu meringankan beban mereka. Jika tak mampu, carikan saluran-saluran yang disediakan untuk mereka. Adakah mereka tergolong dalam golongan yang layak untuk terima zakat? Di sinilah peranan kita, sebagai muslimin. Jangan kita lupa, jika jiran sebelah rumah kita kelaparan, sedangkan kita tidur kekenyangan, kita juga akan disoal di akhirat!

    Alangkah sedihnya, jika sudahlah miskin tetapi tidak pula dipilih Allah untuk usaha agama? Bukankah kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran? Bagaimana mengatasi si miskin agar tidak jatuh kufur? Pastilah ubatnya ialah iman. Dan tujuan mereka keluar, ialah untuk mencari iman. Usaha atas iman.

    Ramai lagi suami yang membiarkan isteri tanpa nafkah. Suami sambung belajar, suami khawin lain, suami gantung isteri tak bertali, suami kaki judi, suami kaki perempuan.. Tentulah kita sebagai umat islam, berasa lega dan syukur kerana suami mereka yang sedang keluar di jalan Allah itu, tidak melakukan perkara yang sedemikian. Mereka hanya keluar untuk mencari ilmu, iman, amal supaya dapat dibawa pulang ke rumah masing-masing.

    maliki

    • *
    • Posts: 612
    • LAILLAHAILLAHAH-TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
      • View Profile
    Reply #38 06 July, 2011, 04:25:49 PM
  • Publish
  • Cuma, kalau orang miskin pastu Allah pilih pula mereka buat usaha agama, khuruj lagi, lagi dan lagi. MasyaAllah, alangkah beruntungnya mereka. Patut tak, kita sebagai saudara mereka sama-sama fikir risau, anak-anak yang terabai nafkahnya? Sudah pasti patut. Maka, sepatutnya, kita sama-sama saling membantu meringankan beban mereka. Jika tak mampu, carikan saluran-saluran yang disediakan untuk mereka. Adakah mereka tergolong dalam golongan yang layak untuk terima zakat? Di sinilah peranan kita, sebagai muslimin. Jangan kita lupa, jika jiran sebelah rumah kita kelaparan, sedangkan kita tidur kekenyangan, kita juga akan disoal di akhirat!

    Alangkah sedihnya, jika sudahlah miskin tetapi tidak pula dipilih Allah untuk usaha agama? Bukankah kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran? Bagaimana mengatasi si miskin agar tidak jatuh kufur? Pastilah ubatnya ialah iman. Dan tujuan mereka keluar, ialah untuk mencari iman. Usaha atas iman.

    Ramai lagi suami yang membiarkan isteri tanpa nafkah. Suami sambung belajar, suami khawin lain, suami gantung isteri tak bertali, suami kaki judi, suami kaki perempuan.. Tentulah kita sebagai umat islam, berasa lega dan syukur kerana suami mereka yang sedang keluar di jalan Allah itu, tidak melakukan perkara yang sedemikian. Mereka hanya keluar untuk mencari ilmu, iman, amal supaya dapat dibawa pulang ke rumah masing-masing.
    betol kak.saya kagum dengan akak,kagum dengan masturat

    putri_hambali

    • *
    • Posts: 1060
    • menjadi isteri dan mujahidah solehah impian diriku
      • View Profile
    Reply #39 06 July, 2011, 04:55:14 PM
  • Publish
  • Salam, putri.. Jawapannya salah dan tidak betul maklumat yang mengatakan isteri tak boleh ikut suami keluar tu. Bahkan, isteri boleh juga ikut suami khuruj, 3 hari, 10hari, 15hari, 40hari hingga 2bulan, dinamakan khuruj masturat, cuma tidak ada khuruj masturat sehingga 4bulan, dengan syarat tak boleh bawa anak-anak, dan anak-anak tidak lagi menyusu badan.


    Semuanya pilihan Allah.

    Wallahua'lam.

    Waalaikumussalam ummu fatimah...

    Syukran jiddan atas perjelasan ummu tentang ini...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    Aku abang 'dia!!!

    Started by umsha « 1 2 3 4 » Ilmiah~Lucu

    60 Replies
    9611 Views
    Last post 06 October, 2010, 10:26:22 PM
    by kasihiro
    3 Replies
    1216 Views
    Last post 11 June, 2010, 05:23:13 PM
    by Saya Hamba
    8 Replies
    1815 Views
    Last post 08 July, 2011, 08:40:01 AM
    by imanhilmi