Tinggal Serumah Dgn Mertua @ Tinggal Rumah Sendiri

*

Author Topic: Tinggal Serumah Dgn Mertua @ Tinggal Rumah Sendiri  (Read 9901 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

28 June, 2011, 01:38:26 PM
  • Publish
  •  :)
    ingin minta pendapat halaqian...setelah berkahwin, mana yg lebih baik
    tinggal serumah dgn mertua atau tinggal di rumah sendiri? :jaz:

    Ixora_skru

    • *
    • Kehidupan Pertama Penentu Kehidupan Kedua
      • View Profile
    Reply #1 28 June, 2011, 06:48:26 PM
  • Publish
  • kalau saya... saya pilih tinggal dirumah sendiri...
    saya rasa tak selesa la tinggal di rumah mertua...
    bila ipar  ada kat rumah nak kena jaga aurat...
    kalau nak tinggal rumah mertua kena pandai jaga diri la...
    pandai jaga pergaulan dengan keluarga mertua...
    Catatan Warna-Warni Kehidupan | Di Laman Halaqah ku Mencari IlmuNya
      http://www.cwwk.blogspot.com  |  http://ilmuhalaqah.blogspot.com

    Reply #2 29 June, 2011, 12:23:12 AM
  • Publish
  • Assalamu'alaikum

    Bagi pendapat saya, seelok-eloknya ialah tinggal di rumah
    sendiri. Lebih menjaga privacy dan memudahkan kita untuk
    membentuk keluarga dengan acuan kita sendiri.
    (Kadang-kadang takut mertua terlalu banyak campur tangan dalam
    urusan keluarga jika tinggal bersama).

    Tetapi jika ada halangan atau rintangan untuk tinggal sendiri;
    duit tak cukup nak beli/sewa rumah sendiri lagi, keperluan mendesak
    seperti kena jaga mertua yang dah uzur etc. , maka tinggal di rumah mertua
    pun ok jugak. :D

    Tapi seperti yang Ixora_Skru nyatakan tu, memang sangat-sangat tepat.
    Takut nanti ada yang tak selesa nak kena pakai tudung setiap masa di dalam
    rumah.

    Wallahua'lam.

    Reply #3 29 June, 2011, 12:28:48 AM
  • Publish
  • mengikut pengalaman dan pemerhatian... saya rasa lebih baik tinggal di rumah sendiri kecuali ada sebab tertentu..
    YA ALLAH....ampunilah dosaku hari ini,semalam,dan hari2 yg akan dtg..
    kuatkanlah hati ini semoga thabat dlm perjuangan agamaMU..

    Reply #4 29 June, 2011, 12:31:06 AM
  • Publish
  • Bismillah Wa Syukrillah

    Tinggal bersama mertua perlu dikira beberapa aspek yang kadangkala kita anggap remeh. Antaranya seperti yang sahabat-sahabat telah nyatakan di atas, merangkumi soal aurat, privacy, duit belanja dan sebagainya. Dalam subjek Insitusi Kekeluargaan Islam (IKI), pensyarah berpesan sebaik-baiknya jika berkemampuan, tinggallah di rumah sendiri iaitu berasingan rumah sama ada ibu bapa kita atau ibu bapa pasangan. Ini untuk kebaikan bersama. Jika kita mengikuti kursus pra perkahwinan, juga penceramah berpesan perkara yang serupa. Kerana kadangkala pergolakan rumahtangga semakin meruncing akibat berlakunya campur tangan pihak keluarga (tidak semua) yang bukan pula menemukan jalan penyelesaian, malah makin menimbulkan masalah. Sekadar perkongsian
    "Alang-alang hidup, hiduplah sebagai da'ie. Alang-alang mati, matilah sebagai syuhada".

    Reply #5 30 June, 2011, 10:23:38 AM
  • Publish
  • syukran atas pendapat halaqian,
    pengalaman setahun  tinggal dengan mertua dah dapat rasa suka dukanya,
    memang banyak benda kita kena korbankan, bersabar dan bertahan,
    korbankan naluri seorang ibu, kehendak seorang isteri, segala2nya perlu pengorbanan..
    Hanya ganjaran dan balasan dariMU YA ALLAH, hanya aku harapkan...

    Ikutkan hati memang nak ajak suami tinggal di rumah sendiri, tp....
    memikirkan mertua yg tiada teman,adik ipar pun tinggal jauh, cuba pujuk hati ni.
    Dulu pernah suami ajak tinggal sendiri, tp saya yang tak bersetuju, kini sebaliknya pula.
    Nak tinggal sendri sebabnya nak berdikari (belajar masak, jaga anak, urus suami), nak privacy
    suami isteri (boleh mesra2, pakai seksi2 utk jamu mata suami),duk dgn mertua semua kena jaga,
    adab batasnya, nak mesra2  manja2 dgn suami, dikhuatiri mertua pula cemburu dan berkecil hati,
    semuanya kena cover2, nk jaga hati pihak2 tertentu.

    Jarang ada masa bersama anak, sbb beri peluang kpd mertua utk bmesra dgn cucu mereka.
    (Anak pun tidur dgn mertua). Kurang dpt perhatian dari suami sbb perhatiannya lebih kpd emaknya...
    terasa diri seperti tersisih.

    Reply #6 30 June, 2011, 10:29:01 AM
  • Publish
  • mana -mana boleh.,.....mana-mana memang bez..................kalo diikutkan naluri sebenar dok umah sendiri

    acapklcc9

    • *
    • Perjuangan Belum Selesai
      • View Profile
    Reply #7 30 June, 2011, 11:43:37 AM
  • Publish
  • pada pendapat saya, tinggal di rumah sendiri lagi bagus drp tinggal di rumah mertua...
    segala perancangan berkaitan aktiviti keluarga dpt dijalankan dalam keadaan yg tersusun tanpa campur tangan ahli keluarga mertua.....
    keluarga mertua boleh menziarahi anak dan menantu masing-masing apabila mempunyai kelapangan...
    justeru, kasih sayang dan kebahagian yg dikecapi akan lebih utuh dan mekar sepanjang masa.....



    _________________________________________________________________________________________


    http://www.asraffruslan.com/rooney-joins-birmingham-city

    Reply #8 06 July, 2011, 10:57:32 AM
  • Publish
  •  :)
    adalah lebih baik tinggal rumah sendiri. Dapat melatih diri berdikari, berdisplin, privacy.
    Pengalaman 2 tahun mendewasakan.
    cantik wanita kerana kejernihan wajah,manis wanita kerana senyuman,
    hebat wanita kerana kesabaran, mulia wanita kerana keimanan dan kecintaan Ilahi...

    Reply #9 14 July, 2011, 09:14:43 AM
  • Publish
  • duk umah mentua pon ok..setakat nak jaga aurat bukan masalah....mcm saya, saya dah kahwin 3 tahun dan masih tinggal dgn mentua (kumpul duit sementara belum mampu beli rumah sendiri..nak sewa rugi pulak rasanya..)... pada saya kalau berselisih faham tu perkara biasa, yang tak duduk serumah pon biasa berselisih faham... yg penting jgn berpanjangan... privacy? dalam bilik sendiri pon cukup... saya dah ada 2 anak lelaki, no3 incoming... jadi, duk rumah mentua ni bukan masalah..malah rumah ceria dan bahagia..alhamdulillah... :syukur:

    Reply #10 05 November, 2012, 02:18:10 AM
  • Publish
  • ISTERI Tak Suka Tinggal Di Rumah Mertua - Ustaz Azhar Idrus
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    Reply #11 05 November, 2012, 12:15:06 PM
  • Publish
  • Yang lebih baik adalah tinggal berasingan daripada ibu bapa kerana kamu juga mempunyai keluarga dan suami kamu merupakan ketua keluarga kamu. maka sagala urusan keluarga terletak kepada kamu berdua. tiada campur daripada pihak lain.

    walaubagaimana pun ada kes kes yang tidak dapat dielakkan kerana ibubapa perlu penjagaan anaknya. so tiada halangan untuk tinggal bersama kedua ibubapa. tetapi kaedahnya hendaklah ditukar dimana suami puan hendaklah dilantik sebagai ketua keluarga yang menjaga ibubapa dan isterinya. ini bermakna segala urusan rumah tangga hendaklah diuruskan oleh suami dan puan sendiri.

    andaikata ini tidak berlaku.....dimana ibubapa masih berkuasa diatas rumah tangga tersebut, maka konflik keluarga mudah berlaku kerana ibarat keluarga puan menumpang hidup bersama keluarga ibubapa.

    ini pengalaman yang saya lihat apabila kedua ibubapa saya tinggal bersama aruah nenak saya daripada dia mula kahwin sehingga aruah nenek meninggal dunia. semua urusan rumah tangga (rumah pusaka) diuruskan oleh emak saya....bukan aruah nenek.

    Reply #12 09 March, 2015, 08:14:28 PM
  • Publish
  • Saya cuma nak cakap saya benci tinggal dengan mertua dan ipar duai

    Reply #13 09 March, 2015, 08:39:25 PM
  • Publish
  • Saya cuma nak cakap saya benci tinggal dengan mertua dan ipar duai

    Huh... Suatu hari anak menantu kamu mencik juga tinggal bersama kamu... Mencik mencik..:senyum:

    Reply #14 15 March, 2015, 10:55:02 AM
  • Publish
  • Pedang biru, nak tanya, saya ada seorang kakak ipar, selalu curi selipar saya, bulan ramadan tahun lepas dia potong selipar saya, lepas tu boleh buat muka selamba badak sembang senyum- senyum padagal bapak mertua dah tangkap dia suruh mengaku, dia mengaku dan langsung tak mintak maaf pada saya, walaupun selipar, tp dia kurang ajaq! Mulut pun jahat, cakap lepas ja, ibu mertua saya pun mulut jahat suka cakap lepas, lepas tu ibu mertua saya selalu kutuk kak ipar saya tadi daripada hujung rambut sampai hujung kaki, Tapi saya diammmm ja, tapi bila kakak ipar saya balik, bukan main baik kedua2nya, pastu selalu diam bila saya lalu, selalu tukar topik bila saya ada, boleh perasan lah benda tu. ada byk lg yg jadi pada saya kat sini, Sampai hari ni saya rasa semua yg berlaku ni  perancangan ibu mertua saya atau perancangan mereka berdua. Kerja pun banyak sgt, suatu hari lepas kenduri pg2 dah terjerit suruh saya kemas, tp dia biarkan anak jantan dia dua org tido, yg seorang pergi memancing, dia dok bersembang dengan kakak ipar saya tadi tu, suami saya kerja. saya kena basuh alatan drpd sekecil2 alatan sehingga periuk yg paling besar yg muat utk masak sup orang jika kita sembelih dalam tiga org manuasia!. Byk lg, awak mungkin tak faham, tak kan pernah faham situasi saya....
    « Last Edit: 15 March, 2015, 11:00:34 AM by nazahiahhalim »

    Reply #15 15 March, 2015, 02:09:24 PM
  • Publish
  • Pedang biru, nak tanya, saya ada seorang kakak ipar, selalu curi selipar saya, bulan ramadan tahun lepas dia potong selipar saya, lepas tu boleh buat muka selamba badak sembang senyum- senyum padagal bapak mertua dah tangkap dia suruh mengaku, dia mengaku dan langsung tak mintak maaf pada saya, walaupun selipar, tp dia kurang ajaq! Mulut pun jahat, cakap lepas ja, ibu mertua saya pun mulut jahat suka cakap lepas, lepas tu ibu mertua saya selalu kutuk kak ipar saya tadi daripada hujung rambut sampai hujung kaki, Tapi saya diammmm ja, tapi bila kakak ipar saya balik, bukan main baik kedua2nya, pastu selalu diam bila saya lalu, selalu tukar topik bila saya ada, boleh perasan lah benda tu. ada byk lg yg jadi pada saya kat sini, Sampai hari ni saya rasa semua yg berlaku ni  perancangan ibu mertua saya atau perancangan mereka berdua. Kerja pun banyak sgt, suatu hari lepas kenduri pg2 dah terjerit suruh saya kemas, tp dia biarkan anak jantan dia dua org tido, yg seorang pergi memancing, dia dok bersembang dengan kakak ipar saya tadi tu, suami saya kerja. saya kena basuh alatan drpd sekecil2 alatan sehingga periuk yg paling besar yg muat utk masak sup orang jika kita sembelih dalam tiga org manuasia!. Byk lg, awak mungkin tak faham, tak kan pernah faham situasi saya....

    jika seseorang dianiaya..doanya akan makbul.. saudari macam berdendam dengan ibu dan kakak ipar.. jika mereka bertul2 berperangai seperti itu bagi saya anggap je mereka orang gila.. orang gila ni kita tak boleh layan sebab jika kita layan kita pun gila sebenarnya..

    kalau kes macam saudari ni memang kena duduk asing dengan keluarga mertua.. manusia pelbagai ragam, dengan perangai seperti orang gila ni takleh wat ape..:sedihnya:

    Reply #16 19 March, 2015, 03:15:53 PM
  • Publish
  • salam nazahia..

    Erm...mcm brother pedang biru bagitau tadi, crilah rumah sendiri dik oii...

    lagi satu nak tnya, kak ipar naza tu umur berapa tahun? sampai nak curi selipar2 bagai, siap nak gunting lagi...he..he..budak2 sekolah pun dah tk buat benda2 lagu tu,,,ha..ha..

    pindah jer dik..habis cerita.. susah senang pun adik laki bini jer tau. kalu rasa stress sebab masalah keawangan bila dah duduk sendiri, minta keizinan suami untuk bekerja atau buat business on9 ker, business di rumah ker,,yelah,, bukan untuk orang lain, untuk membantu keluarga adik sendirijugak.. bak kata brother pedang biru, macam tak waras jer keluarga mertua adik tu..he..he..(maaf jika agak kasar yer)..so,,jangan adik pun lama2 jadi macam tu...cegah sebelum terkena...

    Semoga Berjaya yer..

    semoga Berjaya yer..
    be yourself.. stop pretending and be 'plastic' human..

    Reply #17 20 March, 2015, 12:59:13 AM
  • Publish
  • Jika anak saya, samada yang lelaki atau perempuan kahwin, saya akan minta mereka suami isteri cari rumah sendiri dan belajar hidup sendiri, berdikari, walaupun hanya dengan menyewa.
    Rebah bangun bersama sebagai suami isteri.
    Kesusahan, kesenangan, rebah bangun, yang SAMA-SAMA dilalui mereka akan mengeratkan lagi kasih sayang suami isteri.

    Reply #18 25 March, 2015, 05:35:22 PM
  • Publish
  • Ibu mertua saya memang gila, dia jahat macam nyonya mansur. Tadi saya tak dapat kawal amarah saya, saya bergaduh dengan kakak ipar saya yg saya sifatkan juga gila. Saya nampak ibu saya tersenyum dengan pergaduhan tu. Semoga Allah balas perbuatan ibu mertua saya. Hati saya kuat menyatakan semua ini angkara ibu mertua saya. Dia memang nak saya keluar dari rumah dia. Tapi dia sendiri lupa dia cuma bini kedua bapa mertua saya. Saya sangat stress hidup dengan org gila.

    Reply #19 26 March, 2015, 09:13:57 AM
  • Publish
  • Ibu mertua saya memang gila, dia jahat macam nyonya mansur. Tadi saya tak dapat kawal amarah saya, saya bergaduh dengan kakak ipar saya yg saya sifatkan juga gila. Saya nampak ibu saya tersenyum dengan pergaduhan tu. Semoga Allah balas perbuatan ibu mertua saya. Hati saya kuat menyatakan semua ini angkara ibu mertua saya. Dia memang nak saya keluar dari rumah dia. Tapi dia sendiri lupa dia cuma bini kedua bapa mertua saya. Saya sangat stress hidup dengan org gila.

    Saya sangat bersimpati dgn Nazahiah.....ceritanya mmg mcm drama swasta citer Melayu.....tapi benda2 mcm ni mmg ada berlaku......jgn sampai stress memakan diri kemudian hari......cari jalan untuk keluar dari rumah tu...be independant...bina keluarga bahagia.......tapi kalau suami pun dua kali lima......sorry to say....pandai2lah menyelamatkan diri.....

    divider3
    halaqahforum4