KITA - Peringatan

*

Author Topic: KITA - Peringatan  (Read 59042 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

al_ahibbatu

  • *
  • Posts: 4872
    • View Profile
Reply #160 18 January, 2012, 09:07:28 AM
  • Publish
  • Berilmu Sebelum Berkata dan Beramal

    Imam al-Bukhari rahimahullah (Wafat: 256H) membuat bab dalam kitab Shahihnya, “Bab al-‘Ilmu Qablal Qaul wal ‘Amal.” Iaitu bab: berilmu sebelum berkata dan beramal.

    Maksudnya, “Ilmu adalah syarat sahnya suatu ucapan dan perbuatan. Ucapan dan perbuatan tidak akan bermakna melainkan dengan ilmu. Ilmu lebih didahulukan dari keduanya (ucapan dan amal). Kerana ilmu akan meluruskan niat dan membenarkan amal.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 1/160)

    Untuk melakukan sesuatu kebaikan, kita perlukan ilmu. Untuk mendapat dunia, kita perlukan ilmu. Untuk mendapatkan akhirat, tidak dapat tidak mestilah dengan ilmu.

    Ilmu yang wajib dan fardhu bagi kita semua adalah ilmu tentang agama ini. Iaitu ilmu tentang iman kita, tentang tauhid, dan yang dapat membuahkan jalan petunjuk kehidupan dunia dan akhirat. Dengan ilmu jugalah kita dapat mengenali Rabb kita.

    Kata Imam adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H), “Ilmu itu bukanlah dengan banyaknya riwayat, tetapi ia adalah cahaya yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati, dan syaratnya adalah al-ittiba’ (mengikuti sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam), dan melarikan diri dari hawa nafsu serta menjauhi al-ibtida’ (bid’ah).” (Siyar A’lam an-Nubala’, 13/323)

    Ilmu tentang agama, tidak dapat tidak mesti diambil dari sumber yang benar. Diambil dan ditela‘ah dari kitab-kitab tafsir dan kitab-kitab hadis. Iaitu kitab-kitab yang memuatkan penjelasan tentang wahyu Allah berupa tafsir-tafsir al-Qur’an dan syarah hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Di antara kitab tafsir terbaik adalah seperti Tafsir Ibnu Katsir manakala rangkaian kitab-kitab hadis menurut keutamaan adalah seperti Shahih al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmidzi dan seterusnya berserta syarah dan penjelasannya.

    Dari kitab-kitab ini kita dapat mendulang mutiara petunjuk yang tidak ternilai harganya. Di sinilah letak perkhabaran penting. Iaitu khabar wahyu tentang apa yang telah berlaku, yang sedang terjadi, dan apa yang bakal datang di masa hadapan. Kandungannya bukan jenaka, bukan khayalan. Bukan untuk satu atau dua hari seperti kisah surat khabar. Tetapi merupakan khabar kebahagiaan dan bekal selamanya.

    Di dalamnya adalah khabar ilmu bermanfaat. Sebagaimana kata adz-Dzahabi rahimahullah, “Tahukah kamu apa ilmu yang bermanfaat tersebut? Iaitu ilmu yang turun bersama al-Qur’an dan ditafsirkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dengan ucapan, perbuatan, dan yang tiada larangan darinya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Sesiapa yang membenci sunnahku, maka dia tidak termasuk golonganku.” (Siyar A’lam an-Nubala’, 19/339-340)

    Ilmu Sebelum Beramal

    Aqidah dan tauhid yang benar akan menyelamatkan kita dari syirik. Untuk membezakan di antara tauhid dan syirik, tidak dapat tidak, mestilah dengan ilmu. Apabila ilmu yang benar dikuasai, tauhid yang murni pun diimani. Apabila tauhid telah murni, maka amal-amal soleh tidak akan disia-siakan. Kerana di antara syarat diterimanya amal adalah dengan murninya aqidah.

    Keutamaan Orang Berilmu

    Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya), “Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” (Surah az-Zumar, 39: 9)

    Dari ayat ini, Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma menyatakan:

    “Syarat bagi seseorang untuk dikatakan sebagai ‘aalim tentang Allah yang Maha Pengasih di antara hamba-hamba-Nya adalah tidak mensyirikkan Allah, menghalalkan dan mengharamkan sebagaimana yang ditetapkan Allah, menjaga dan memelihara tuntutan dan kehendak Allah, meyakini bahawa Allah akan menemuinya dan menghisap amal perbuatannya.” (Tafsir Ibnu Katsir, 6/544)

    Maka dari mana lagi untuk kita meraih ilmu-ilmu pengetahuan tentang agama ini melainkan dari kitab Allah (al-Qur’an) dan hadis-hadis Rasul-Nya. Inilah apa yang telah dihadam dan difahami oleh generasi terbaik dari umat manusia setelah para Nabi dan Rasul. Generasi manusia pilihan yang telah dijanjikan Syurga oleh Allah Ta’ala kerana menerima dan beriman dengan apa yang datang dari Allah dan Rasul-Nya.

    Allah Ta’ala berfirman (maksudnya), “Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu.” Maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (Surah al-Mujadilah, 58: 11)

    Kata Imam Qotadah, “Apabila kamu diajak kepada kebaikan (ilmu), maka ikutlah.” Kerana dengan mengikuti ilmu, darjat seseorang akan diangkat di sisi Allah.

    Tidak Berkata Tanpa Ilmu

    Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya), “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak memiliki pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggungjawab.” (Surah al-Isra’, 17: 36)

    Tetapi kita berasa kecewa pada hari ini apabila mendengar banyaknya orang-orang yang bercakap dan mengambil agama tanpa membawakan dalil dari al-Qur’an mahupun as-Sunnah. Sedangkan agama Islam ini bukan agama yang diolah dengan hawa nafsu dan perasaan. Tidak juga boleh digoreng sesuka hati. Tapi sayangnya, ramai orang hari ini perkataan dan perbuataannya mendahului ilmu di dalam dadanya.

    Lebih-lebih lagi dengan kepesatan teknologi internet seperti youtube, blog, dan media sosial hari ini. Orang jahil berlumba-lumba mahu berbicara dan menonjolkan diri. Pantang ditanya, pasti menjawab. Jarang sekali hari ini kita menemui orang-orang agama yang sanggup mengatakan “Allahu A’lam” bagi sesuatu yang tidak diketahuinya. Sedangkan jawaban “Allahu A’lam” tersebut termasuk sebahagian dari tanda dalamnya ilmu seseorang.

    Ini sebagaimana kata sahabat nabi, ‘Abdullah B. Mas’oud radhiyallahu ‘anhu, “Wahai manusia, sesiapa yang mengetahui sesuatu hendaklah dia mengatakannya, dan sesiapa yang tidak mengetahui hendaklah dia mengatakan, “Allahu A’lam (Allah lebih mengetahui).”

    Kerana termasuk sebahagian dari ilmu adalah mengatakan “Allahu A’lam” bagi sesuatu yang tidak diketahuinya.” Kemudian beliau menyebutkan firman Allah Surah Shaad, 38: 86: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak meminta upah sedikitpun padamu atas dakwahku dan bukanlah aku dari kalangan orang yang mengada-adakan (dari apa yang tidak diketahui).”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 4435)

    Jangan Berdusta

    Apa jua ilmu mestilah dipastikan kesahihannya dan tidak diambil dari yang bukan sumbernya. Kerana setiap ilmu (atau maklumat) yang diambil tanpa dapat dipastikan sumber dan kesahihannya, hakikatnya ia bukanlah ilmu. Malah Banyak dalil-dalil yang mengancam dari menyebarkan sesuatu tentang agama yang tidak dapat ditentukan benar atau tidaknya.

    Bercakap agama tanpa dalil yang benar, ia akan menjerumuskan pelaku ke dalam perbuatan mendakwa-dakwi tentang Allah dan agama ini dengan sesuatu yang tidak pasti. Perbuatan seperti ini termasuk kedustaan dan kezaliman. Malah termasuk ajaran syaitan.

    Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya), “Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.” (Surah al-An’am, 6 : 144)

    Dalam ayat yang lain, “Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.” (Surah al-Baqarah, 2: 169)

    Dan orang-orang yang bercakap agama tanpa bukti dalil yang benar serta tergesa-gesa dalam menyebarkannya, ia dianggap pendusta. Kata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Cukuplah seseorang dianggap pendusta ketika dia menceritakan setiap apa yang dia dengar.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 6)

    Oleh itu, berilmulah (carilah, tuntutlah) sebelum berkata dan beramal!

    inshallah

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #161 19 January, 2012, 08:18:13 PM
  • Publish
  • GURU insan yang bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat. Guru banyak menyumbangkan khidmat membangunkan bangsa dan negara, lebih-lebih lagi membentuk sahsiah pelajar.

    Oleh itu, guru perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi pelajar dalam pembentukan sahsiah mereka. Prof Mohd Kamal Hasan menjelaskan: "Contoh teladan pendidik ini yang banyak membantu pembentukan akhlak pelajar. Mereka yang seharusnya terlebih dulu dilengkapi ciri akhlak mulia walaupun masyarakat kurang menghargai watak yang berbudi luhur."

    Abdul Halim al-Muhammadi pula menjelaskan, guru ialah ejen kepada keberkesanan pendidikan. Walau sebaik manapun sistem pendidikan, maksud yang ingin disampaikan tidak mencapai matlamatnya jika ejen yang menyampaikan tidak efektif. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan berhubung rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan ilmunya dan keluhuran peribadinya. Kesepaduan antara kemahiran keilmuan dengan keluhuran peribadi adalah kriteria peribadi pendidik yang tidak boleh dipisahkan, sebaliknya jadi contoh berkesan.

    Dapat dikatakan, guru bertanggungjawab membentuk tamadun manusia melalui penyebaran ilmu. Jasa guru amat besar, begitu juga pengaruh mereka mendidik serta membimbing pelajar mencapai kecemerlangan hidup. Islam memberi penghormatan yang tinggi kepada guru. Mereka bukan saja berperanan memberi kesedaran kepada diri sendiri, juga kepada kumpulan di bawah bimbingan mereka termasuk dalam hal menjaga hubungan dengan Allah.

    Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya yang takut kepada Allah antara hambanya ialah ahli ilmu." (Surah Faathir, ayat 28)

    Firman Allah lagi yang bermaksud: "Wahai orang beriman, apabila dikatakan kepada kamu berikan sedikit ruang pada majlis, maka berikan ruang, nescaya Allah akan memperluaskan ruang untuk kamu. Allah mengangkat darjat orang yang dikurniakan ilmu kepada mereka dan (ingatlah) Allah itu Maha Mengetahui terhadap apa saja yang kamu kerjakan." (Surah al-Mujadalah, ayat 11)

    Khidmat guru jika dilakukan dengan ikhlas bukan saja dapat melahirkan generasi yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara, malah membuka peluang kepada guru meraih keberkatan serta reda Allah. Tugas guru adalah amanah yang datang dengan tanggungjawab serta beban berat kerana tidak dinafikan mendidik pelajar daripada usia lima tahun (prasekolah) bukan mudah serta memerlukan kesabaran tinggi. Harapan menggunung diletak pada bahu guru sering kali menimbulkan dilema kerana hakikat mendidik pelajar bukan hanya tanggungjawab guru, sebaliknya perlu mendapat sokongan ibu bapa yang menjadi guru di rumah.

    Sesungguhnya, amanah menyampaikan ilmu adalah tanggungjawab yang dipersoalkan pada akhirat kelak. Rasulullah SAw bersabda yang bermaksud: "Setiap kamu ialah pemimpin dan setiap kamu juga bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

    Kedudukan profesion perguruan dalam agama cukup jelas. Segala ilmu disampaikan guru kepada pelajar akan dipertanggungjawabkan pada hari akhirat. Di sini peranan guru meningkatkan usaha serta kreativiti supaya proses pembelajaran dapat dilaksanakan secara berkesan. Justeru, pengorbanan dan kesungguhan guru menghadapi cabaran perlu dibalas dengan kejayaan pelajar menterjemahkan ilmu disampaikan dalam kehidupan mereka. Itulah hadiah paling berharga bagi guru.

    Segala penat lelah terbalas apabila melihat pelajar yang dididik serta dibimbing penuh kasih sayang mencapai kejayaan dalam pelajaran seterusnya mencapai kecemerlangan. Justeru, guru perlu diberi penghormatan tinggi selari penghormatan diberikan Islam.

    Bagi guru atau pendidik, mereka tidak pernah mengharapkan hadiah bertimbun setiap kali sambutan Hari Guru kerana harapan mereka biar anak didik menjadi insan berilmu dan berguna, seterusnya menyumbang khidmat bakti kepada negara. Guru mengerti usaha mendidik dan membangunkan insan bukan mudah. Meskipun begitu, semangat mereka tidak pernah luntur malah terus berusaha menyusun langkah meneruskan perjuangan demi memikul amanah Allah.

    Demikianlah antara peranan guru ketika ini. Mereka bukan saja menjadi 'qudwah hasanah' (contoh terbaik) kepada masyarakat, bahkan peranan mereka lebih terbukti apabila negara kita berjaya melahirkan sumber tenaga manusia dalam pelbagai bidang.

    Tanggungjawab dan peranan guru tidak dapat dipertikaikan biarpun kadangkala mereka dipersalahkan apabila berlaku kes keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Kecekapan dan keberkesanan peranan guru menerusi sistem pendidikan mampu membina negara bangsa yang berjaya. Guru mempunyai peranan dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

    Aspek pembinaan negara bangsa ini yang dijadikan tema sambutan hari guru pada tahun ini iaitu 'Guru Pembina Negara Bangsa'. Tema ini bermatlamatkan memperkasakan peranan guru dalam mewujudkan pembangunan modal insan. Pemilihan tema ini sesuai dan tepat dengan peranan guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri pelajar yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat.

    hargai jasa guru, yang menyampaikan kamu ........... semuga bersyukur


    http://www.mukmin.com.my/baca.php?kategori=12&id=355

    nursolehah

    • *
    • Posts: 135
    • "Perbaiki diri dan serulah orang lain"
      • View Profile
    Reply #162 19 January, 2012, 10:07:43 PM
  • Publish
  • Adalah agak berisiko apabila rakan sesekolah rendah, sesekolah menengah, atau seuniversiti bertemu kembali di Facebook. Dua rakan ini mungkin akan menilai rakannya berdasarkan pengalaman semasa itu sedangkan jarak masa sudah banyak mengubah banyak perkara. Di situlah salah satu sisi kekurangan besar E-UKHUWWAH
    Sabda Rasulullah SAW" Tidak berguna hari ini bagiku andai tidak bertambah ilmuku pada hari ini"

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #163 20 January, 2012, 11:05:30 AM
  • Publish
  • Jangan jadi negatif

    subhanallah

    Ingatlah ya

    Hidup menjadi Muslim, Akan di uji Allah

    "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir............,

    sebahagian daripada kata kata Harut Marut di zamannya


    jangnlah ingat kamu sudah beriman, Kami akan uji kamu............................

    subhanallah

    silakan lah, memperbaiki diri



    (Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya).
    (Muhammad 47:36)

    maksudnya

    apabila kita di timpa masalah
    kita di timpakan Ujian dariNYa

    sekiranya kita tidak dapat menerimanya

    kita akan rasa
    di permain main kan



    jadi terbaik

    ialah kita jaga diri kita

    kita Ingat Allah

    subhanallah

    mohonlah Jalan keluar
    mohonkan kebaikan

    inshallah

    Jangan lah berputus asa dari Rahmat Allah

    inshallah ya

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #164 20 January, 2012, 02:52:22 PM
  • Publish
  • miMPI - why?


    Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).
    (Az-Zumar 39:42)
     
    It is Allah that takes the souls (of men) at death; and those that die not (He takes) during their sleep: those on whom He has passed the decree of death, He keeps back (from returning to life), but the rest He sends (to their bodies) for a term appointed verily in this are Signs for those who reflect. 
     
    Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
    (Al-Israa' 17:85)
     
    Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);
    (Al-Balad 90:4)
    Verily We have created man into toil and struggle.
     
    sebahagian dari wahyu Allah, membuka tirai penulisan kali ini


    CONTRARY TO POPULAR BELIEVE

    sebahagian Jiwa/ Roh sewaktu TIDUR di pegang Allah
    sesiapa yang Ingat Allah, memohon kebaikan dari Allah, Akan terpelihara
    jika kamu datang kepada KU dengan berjalan, AKU berlari kepada mu

    lebih banyak ingatan kita kepada Allah, berlebih lebihan Ingatan Allah kepada kita

    selepas itu Tidurlah permaisuri, tidurlah kanda
    di pelihara Allah, jika benar Iman mu, Yakin mu,
    Subhan Allaah

    jadi macam mana boleh ada Mimpi

    Mimpi wujud apabila sebahagian ROH itu keluar berjalan,
    adakala Jasad kamu tidur, Roh kamu di tawan JIN
    adakala JIN Islam, banyak kala lain Jin syaitan

    bagaimana boleh ada syaitan dalam diri?

    cuba telitikan hadis nabi SAW, syaitan berlari dalam pembuluh darah anak adam, seluruhnya
    sahabat bertanya, pada tuan juga adakah wahai rasulullah?
    ya, ada, tetapi yang pada diri ku, dia telah mengikuti aku,
    maksudnya, tunduk kepada Rasulullah, subhan Allaah

    seterusnya apabila kamu suka membaca dan mengambil menjadi amalan, membaca ayat ayat al quran
    kamu gemar baca ayat qursi
    kamu gemar baca 4 qul
    kamu gemar baca kahfi, waqiah, nur, al baqarah

    sebab apa dapat syaitan jika jadikan amalan membaca ayat al quran?

    hanya apabila kamu tidak mengambil pelajarannya
    kamu hanya membaca sahaja, pelajarannya kamu lalai
    maka syaitan syaitan yang banyak, di hantar Allah
    lama kelamaan syaitan menjadi kawan karib kamu
    ( sila rujuk al quran 43:36 dan 37)

    sebab itu, solat susah khusyuk, angin ahmar pula menimpa diri, semuanya karena lalai mengambil pelajaran dari Al Quran

    begitu jugalah
    ujudnya mimpi mimpi dalam diri
    kerana gagal mengambil pelajaran, padahal suka membaca baca berulang kali, kerana ia di ajar begitu
    zahir ilmu sahaja kamu perolehi
    bathinnya, pelajarannya gagal kamu ambil

    subhanallah

    itulah asalnya menjadi MIMPI
    Roh hewani keluar bersama JIN ( islam atau syaitan) maka bermimpi lah

    JIN yang selalu berdampingan daripada keturunan sendiri (saka baka) juga daripada ayat (khadam ayat) membawa diri kamu
    mimpi yang berulang ulang

    kamu terasa, eeeh macam pernah saja lalu sini, macam pernah saja bertemu kisah begini, ala apalah seakan akan sama seperti mimpi yang lalu................. itulah permainan dan tipudaya syaitan

    Allahu laa ilaha illallahu wahdahu laasyarikalah

    jadi

    Silakan betulkan amalan diri kamu

    al quran , tanpa keraguan, menjadi PETUNJUK
    silakan ya, baca dan ambillah pelajarannya
    ubahlah haluan diri, daripada ikut membuta tuli
    sanggahlah ajaran yang salah,
    ataukah? kamu yang bersalah, tak dapat memahami ajaran dan apa yang mereka sampaikan?

    subhan Allah

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #165 21 January, 2012, 07:19:50 AM
  • Publish


  • "(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
    (Az-Zumar 39:9)
    Is one who worships devoutly during the hour of the night prostrating himself or standing (in adoration), who takes heed of the Hereafter, and who places his hope in the Mercy of his Lord - (like one who does not)? Say: "Are those equal, those who know and those who do not know? It is those who are endued with understanding that receive admonition.

    ......................................... Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).
    (Al-Baqarah 2:221)


    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #166 21 January, 2012, 01:55:42 PM
  • Publish


  • Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
    (Al-Baqarah 2:120)

    Never will the Jews or the Christians be satisfied with thee unless thou follow their form of religion. Say: "The Guidance of Allah,-that is the (only) Guidance." Wert thou to follow their desires after the knowledge which hath reached thee, then wouldst thou find neither Protector nor helper against Allah.



    Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).
    (Al-Baqarah 2:143)

    Thus, have We made of you an Ummat justly balanced, that ye might be witnesses over the nations, and the Messenger a witness over yourselves; and We appointed the Qibla to which thou wast used, only to test those who followed the Messenger from those who would turn on their heels (From the Faith). Indeed it was (A change) momentous, except to those guided by Allah. And never would Allah Make your faith of no effect. For Allah is to all people Most surely full of kindness, Most Merciful.



    Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
    (Al-Israa' 17:36)

    and pursue not that of which thou hast no knowledge; for every act of hearing, or of seeing or of (feeling in) the heart will be enquired into (on the Day of Reckoning).

    do i need to add anything?
    do i need to say some more?

    subhanallah

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #167 21 January, 2012, 11:15:31 PM
  • Publish
  • Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
    (Al-Baqarah 2:186)


    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran); kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar.
    (Al-Maaidah 5:101)


    Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu  kepada orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.
    (Al-Nahl 16:43)


    silakan ya, tanya lah kepada orang yang tahu, yang mana mereka itu Ingat Allaah, inshallah

    orang alim yang menjadi waris para nabi


    inshallah,

    subhanallah wahdahulaa syarikalah

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #168 28 January, 2012, 08:04:35 AM
  • Publish
  • Katakanlah :
    "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah melenyapkan pendengaran serta penglihatan kamu,
    dan Ia pula memeteraikan atas hati kamu?
    Siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepada kamu?"

    Lihatlah bagaimana Kami berulang-ulang menerangkan tanda-tanda kebesaran Kami (dengan berbagai cara), dalam pada itu, kamu tetap juga berpaling - ingkar.

    subhanallah

    sila betulkan teropong diri kita tu, inshallah
    sila perbaiki diri, sentiasa

    Lihatlah bagaimana mereka menyifatkan engkau dengan yang bukan-bukan, maka dengan sebab itu mereka sesat, sehingga mereka tidak dapat mencari jalan kebenaran.

    Allah menyuruh kita melihat ke langit
    dapat tak lihat buktiNYA

    ada ke idak nampak 'cacat' atau FLAW

    cuba lah, Ulangi melihat
    ulang melihat
    Ulangi melihat

    subhanallah, demikianlah Allah mendidik, agar kita dapat melihat kebenaranNya

    jadi sikap kita sepatutnya
    untuk kemajuan diri

    BE A GOOD LISTENER

    sabar, wait until the time is RIGHT, tanyalah
    semuga Allah memberikan kefahaman

    semasa membaca, ulangi bacaan kamu
    ulangi bacaan mu
    ulang, sehinggalah dapat kamu lihat pelajarannya

    inshallah ya

    usaha ikhtiarlah, berserah Allah,

    subhanallah

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #169 28 January, 2012, 06:27:00 PM
  • Publish
  • Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

    Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat; Ia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
    (Faatir 35:1)

    Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
    (Faatir 35:2)

    Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?
    (Faatir 35:3)

    Dan jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad), maka sesungguhnya Rasul-rasul yang terdahulu sebelummu telah juga didustakan (oleh kaumnya masing-masing). Dan (Ingatlah), kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.
    (Faatir 35:4)

    Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).
    (Faatir 35:5)

    Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.
    (Faatir 35:6)

    Orang-orang yang kafir, bagi mereka azab yang berat; dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.
    (Faatir 35:7)

    Maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh Syaitan) lalu ia memandangnya dan mempercayainya baik, (bolehkah disifatkan sebagai orang yang menjalankan peraturan yang ditetapkan Allah untuk memberi hidayah kepadanya, atau sebaliknya) ? Kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah engkau membinasakan dirimu (wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan.
    (Faatir 35:8)

    ada yang lebih alim kah, hal tafsir
    semuga kita tidak di sesatkan syaitan

    inshallah, semuga dapat pelajaran

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #170 05 February, 2012, 02:24:18 PM
  • Publish
  • Kita Dengar
      Kita Melihat

    Kita Merasa
      Namun Tak Melihat

    bagaimana nak mengetahui apa sebenarnya?

    Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran.
    Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran.

    Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah.

    Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami"

    Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

    (A-li'Imraan 3:7)

    He it is Who has sent down to thee the Book: In it are verses basic or fundamental (of established meaning); they are the foundation of the Book: others are allegorical. But those in whose hearts is perversity follow the part thereof that is allegorical, seeking discord, and searching for its hidden meanings, but no one knows its hidden meanings except Allah. And those who are firmly grounded in knowledge say: "We believe in the Book; the whole of it is from our Lord:" and none will grasp the Message except men of understanding.


    "(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya?

    "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"

    Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
    (Az-Zumar 39:9)

    Is one who worships devoutly during the hour of the night prostrating himself or standing (in adoration), who takes heed of the Hereafter, and who places his hope in the Mercy of his Lord - (like one who does not)? Say: "Are those equal, those who know and those who do not know? It is those who are endued with understanding that receive admonition.


    Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan dalam Al-Quran ini, supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran.
    (Az-Zumar 39:27)

    We have put forth for men, in this Qur'an every kind of Parable, in order that they may receive admonition.

    DEMIKIANLAH YA, BEBERAPA AYAT DARIPADA ALLAH
    agar kita mengambil pelajaran
    agar kita mahu Ingat

    subhanallah

    perhatikanlah ya

    apa yang kita suka melakukan selama ini
    adakah membawa kebahagiaan kepada diri
    ataukah, bersilih ganti antara, baik, tenang, resah gelisah, baran dan segala

    silakan baca di thread ini: Dampingan Manusia

    semuga mahulah diri kita, memerhatikan
    mengambil pelajaran
    mengubah haluan
    menambah baik keadaan

    mohonlah Rabbi zidni 'Ilman warzukni Fahman
    Ya Allahu aku bermohon berikanlah daku Ilmu dan Kefahaman, agar boleh taat kepada MU

    subhanallah

    maaflah ya tak boleh terlebih kata
    nanti merosak diri sendiri
    tak boleh berburuk sangka
    muga di redhai Ilahi Rabbi


    inshallah

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #171 05 February, 2012, 04:17:01 PM
  • Publish
  • Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqan

    (Ajaran Tariqat Sesat dan telah diharamkan oleh JAKIM)


    Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

     
    a)Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.

     b) Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar

    Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48


    Tarikh Keputusan : 3 April 2000
     

    Tarikh Muzakarah : 3 April 2000 hingga 3 April 2000

     
    Ciri-ciri Kesesatan Tariqat Naqsyabandiah Al-aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani :-

     1)- Kekuatan wali.

     Petikan dari laman web tariqat Naqsyabandiah

     “Terdapat 40 awliya Allah yang tersembunyi di antara Mudzalifah dan Mina. Mereka membantu kepada sesiapa yang dalam kesusahan. 313 berada di Madinah. Di Mekah terletak kerusi kerohanian Yang di Pertuanya (gabenor) di sebelah Hajaratul Aswad. Beliau berada di situ untuk menyaksi siapa yang mencium batu tersebut.

     Yang di Pertua gabenor Mekah itu mengarah wali-wali Allah yang lain membuat apa yang dikehendaki oleh beliau. 124,000 awliya Allah menunaikan haji setiap tahun. Tanpa kehadiran mereka, haji manusia lain tidak lengkap. Imam Mahdi (as) juga harus hadir setiap tahun menunaikan haji. Dan di Jabarul Rahmah di Arafah merupakan tempat Imam Mahdi akan muncul pada masa yang akan datang.

     Sahabat kita Hanim, ialah seorang yang suka merendahkan diri dan juga pemurah. Hanim tidak peduli tentang kekayaan, tentang berapa kekayaan yang beliau ada. Beliau sentiasa memberi tanpa mengira. Beliau telah banyak berkorban untuk Allah, Rasul (saw) dan awliya Allah. Sifat beliau adalah jarang didapati pada masa kini. Semasa pengkebumian beliau, terlalu ramai para wali Allah dan malaikat berada menghadiri upacara itu. Sekarang ini beliau berada di satu tempat di mana Allah sentiasa melihatnya.

    Tidak seorang pun akan memahami apa yang Allah telah kurniakan kepada Hjh. Hanim. Ramai akan menyesal asal kesalahan mereka terhadap beliau – samada melalui prasangka atau perbuatan. Ramai akan memerlukan pertolongan beliau di akhirat kelak. Hanim telah pergi sebagai seorang shaheeda.

     Wa minallahi taufiq. Bi huramati habib bi hurmati surah Fatihah”

     2- Kuasa Mutlak Khalifah

    "Khalifah mentadbir wilayah-wilayahnya. Dia mempunyai kuasa untuk melakukan apa yang dimahu. Apa yang dia lakukan dipersetujui oleh masyaikh rantaian keemasan...Kemulian xxxxxxxx ialah dia adalah seorang khalifah dan semua orang harus menerima apa yang dia telah tentukan..."


    Sheikh Muhammad Sheikh Nazim


    3)-Khutbah sesat menyentuh konsep waktu, suluk, hakikat dsb

    Audhubillah-hi-minash-syaitan-nir-rajeem Bismillah-hir-rahman-nir-rahim Nawaitul arbaa, naiwatul iqtiqaf, naiwataul uzlah, naiwatul ri’adah, lillahita’ala hilaluyul azim Ati’ullah, wa ati’u rasul, wa ulul amri minkum

     Allah perintah kita ta’at kepada Dia dan Rasulnya (saw) dan sesiapa yang ta’at kepada Rasul (saw), dia ta’at kepada Allah. Setiap keadaan/saat adalah keadaan/saat yang baru dan setiap sessi adalah sessi yang baru. Keadaan/saat hanyalah sekadar keadaan/saat, tetapi apabila keadaan/saat dikumpul mereka menjadi waktu. Mereka mengeluarkan waktu yang telah berlalu. Oleh yang demikian, waktu adalah (mengikut kefahaman kita) sesuatu yang mempunyai waktu yang lepas, waktu sekarang dan waktu yang akan datang.

    Terdapat tiga dimensi di dalam waktu (begitu juga universe ini) – waktu lampau, waktu sekarang dan waktu akan datang. Apabila kita mati, waktu berakhir. Tetapi bagi Allah, tidak ada zone waktu. Waktu sebenrnaya di hasilkan oleh pergerakan bumi sekeliling matahari. Disebakan oleh pergerakan atau orbit ini, maka terdapatlah siang dan malam – semuanya untuk membolehkan kita mengetahui waktu, yang pada haqiqatnya memberi petanda kepada kita bahawa ajal akan datang.

     Apabila Sheikh Abdullah Daghestani (qs) diperintah untuk bersuluk, masa atau waktu bagi dia tidak ada makna. Di dalam suluk, seseorang itu mungkin tidak akan kembali ke dunia lagi. Semasa lima tahun bersuluk, beliau hanya hidup dengan tujuh biji zaitun dan sekeping roti sehari sehaja. Apabila awliya Allah memasuki suluk, mereka sedar bahawa waktu berpoya-poya sudah tamat, yang ada hanyalah berkerja keras.

    Sheikh Abdullah (qs) berusia 18 tahun abapila beliau mulai suluk. Amalan yang dilakukan semasa bersuluk ialah membaca Quran dan berzikir. Awliya Allah apabila mengerjakan ibadat tersebut sentiasa mahu memanjangkan waktu tersebut (bagi kita manusia awam, kita mahu memanjangkan waktu untuk memenuhi nafsu kita). Bagi dia waktu bukanlah sesuatu yang perlu di hitung. Mereka sentiasa berada di “waktu sekarang.” Oleh yang demikian, kita perlu selalu merenungi dalaman kita dan pasti kita akan menjumpai “rumah” kita.

    Di dalam renungan dalaman kita akan menemui haqiqat, iaitu dimensi kerohanian yang tidak ada batasan waktu. Dan di dalam dalaman ini kita akan jumpa “rumah” kita. Di dalam qalb manusia terletaknya “rumah” Allah. Maka carilah haqiqat tersebut di dalam diri kita. Ia terdapat dalam diri kita.

    Terdapat 6 jenis haqiqat – haqiqat jazbah, haqiqat tawajuh, dsb), kesemuanya ini terdapat di dalam kita. Tetapi kesemuanya itu hanya boleh diberi kepada mereka yang boleh dipercayai. Mereka ini tidak mudah di nodai oleh perasaan bongkak, megah dan sebaigainya. Mereka dapat bertahan dengan segala bentuk dugaan dan sentiasa memuji Allah di dalam segala bentuk keadaan.

    Allah sentiasa memberi kita keadaan/saat yang baik. Jadilah seorang yang sentiasa bersyukur. Selalu pegang kepada keadaan/saat tersebut.

     Dunia yang kita tahu ini akan berakhir. Sesetengah kita akan pergi dahulu daripada berakhirnya dunia ini.Oleh yang demikian kenapa kita sering mengejar dunia (yang di cipta)? Kejarlah si Pencipta. Di alam hadrat ilahi waktu tidak ada erti – kita akan dengar bunyi-bunyian seperti ombak di lautan atau gauman harimau. Jadilah seperti ikan di dalam lautan

    Ini adalah nasihat untuk malam ini yang datang daripada Maulana Sheikh Nazim (qs). Saya berniat untuk memberi suhbah daripada nota-nota Sh. Abdullah (qs), tetapi mereka telah mengubah cadangan saya.

     Jangan dengar kepada diri yang menyuruh cintakan dunia ini. Dengarlah kepada roh yang suruh mencintai akhirat. Carilah benda-benda yang kekal. Makan makanan kerohanian – ianya tidak akan habis, ianya suci dan bersih.

    Moga Allah merahmati kita semua malam ini dan kita tujukan segala kebaikan pada malam ini kepada sahabat kita Hanim. Moga Allah mencucuri roh beliau dengan rahmatNya. Roh Hanim bersama kita pada malam ini. Beliau gembira di mana beliau berada sekarang.

    Moga kita disambut oleh para awliya Allah apabila kita meninggalkan dunia ini. Moga Allah merahmati Maulana Sh. Abdullah (qs) dan Maulana Sh. Nazim (qs). Allah panjangkan usia Maulana Sh. Nazim (qs). Wa minallahi taufiq. Bihurmati habib bihurmati surah fatihah

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #172 05 February, 2012, 04:21:28 PM
  • Publish

  • Maqam-maqam mahaguru tareqat Naqshbandi yang terdapat di Bukhara. Dari kiri maqam Sheikh Muhammad Baha'uddin Shah Naqshband, Sheikh Muhammad Baba as-Samasi, Sheikh Amir Kulal dan Arif ar-Riwakri.

    5)-Khutbah sesat menggunakan hadis yang direka tentang cerita seorang ‘wali’ Allah (yang melakukan suluk hanya di bulan Rejab dan bermaksiat di bulan-bulan lain) . Di sini nabi s.a.w.,  malaikat Jibril dan Sayyidina Abu Bakar dihina, perlakuan maksiat digalakkan dan kuasa suatu doa yang boleh menjadikan seseorang sebagai wali!!! ( dipetik dari laman web tariqat Naqsyabandiah)

     “ Satu ketika di zaman Nabi S.A.W, terdapat seorang perompak jalanan yang terkenal.  Setiap selepas tengah malam, dia akan menangkap dan merompak sesiapa sahaja yang ditemuinya berjalan berseorangan.  Kadang-kala, dia akan memukul dan membunuh orang yang dirompaknya.  Selepas merompak, dia terus pulang ke rumah.  Tidak ada seorang pun yang mampu menangkap lelaki tersebut.  Disebabkan kekejamannya, Nabi S.A.W telah berkata dengan perasaan marah tentang lelaki tersebut: “orang tu jahat, jika dia meninggal, aku tidak akan menyembahyangkan dan mengkebumikannya di tanah perkuburan orang Muslim”.

    Selepas beberapa tahun, lelaki tersebut meningggal dunia.  Dia mempunyai seorang anak perempuan.  Malangnya, anak perempuannya tidak menemui seorang pun yang boleh membantunya menguruskan jenazah ayahnya.  Disebabkan Nabi S.A.W pernah mencela perbuatan ayahnya- tidak akan menyembahyangkan dan mengkebumikannya di tanah perkuburan orang Muslim, budak-budak nakal telah membawa jenazah tersebut melalui jalan Madina dan membuangnya ke dalam sebuah perigi kosong serta kering.  Sebaik sahaja jenazah itu dibuang, Allah telah berfirman kepada Nabi Muhammad S.A.W dan berkata, “Ya Habibi ya Muhammad! Wahai kekasih Ku Nabi S.A.W, hari ini seorang daripada wali Ku telah meninggal dunia.  Kamu mesti pergi dan memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkkanya serta mengkebumikannya.”

    Nabi S.A.W terkejut, sepanjang hidupnya dia telah mencela lelaki tersebut.  Sekarang apabila lelaki tersebut meninggal dunia, Allah memberitahu baginda bahawa lelaki tersebut sebenarnya adalah wali-Nya.  Bagaimana dia boleh menjadi wali?  Sesungguhnya tidak ada seorang pun yang dapat mencampuri urusan pengetahuan Allah, walaupun Nabi S.A.W.  Jika Allah mahu menjadi seorang perompak sebagai wali-Nya, tidak boleh sama sekali kita bertanya “KENAPA?” Kita mesti menerimanya.  Oleh sebab itu, mengikut ajaran Sufi dan ajaran di dalam tarekat Naqshbandi, kita mesti melihat orang disekeliling kita adalah lebih baik daripada kita.  Kita tidak tahu jika Allah akan menaikkan makam seseorang kepada makam yang lebih tinggi daripada makam kita; Siapa tahu? Tidak akan ada seorang pun yang akan tahu, oleh yang demikian janganlah kita mencampuri urusan-Nya.  Jangan memandang rendah kepada orang jika kita merasakan kita lebih baik daripada mereka.  Kita tidak tahu sama ada orang tersebut, pada pandangan Allah adalah wali ataupun tidak.  Siapa yang tahu?  Oleh yang demikian, kita perlu memandang tinggi kepada orang lain, menghormati mereka dan sentiasa merendahkan diri sendiri.  Jangan sama sekali menunjukkan ego dan sentiasa berpuas hati.

    Allah berkata kepada Nabi S.A.W, “Ya Rasulullah, pergi dapatkan dia dan bersihkan dia.”  Dengan serta merta, Nabi S.A.W memanggil Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan berkata, “Wahai Abu Bakar, kita perlu pergi dan dapatkan ‘lelaki’ tersebut.  Abu Bakar berkata, “Ya Rasulullah, kamu pernah berkata yang kamu tidak akan mengkebumikan lelaki tersebut di tanah perkuburan orang Islam, dia bukan seorang muslim!” Nabi S.A.W berkata, “Tidak, tinggalkan persoalan Muslim.  Allah memberitahuku hari ini yang lelaki tersebut adalah seorang wali!”

    Apa yang telah dilakukan oleh perompak tersebut sepanjang hidupnya sehingga dia boleh menjadi seorang wali?  Sepanjang hidupnya, dia telah membunuh, merompak dan mencuri.  Nabi S.A.W pergi ke perigi tersebut, mengambil mayat lelaki tersebut dengan tangan baginda sendiri, dan membawanya pulang ke rumahnya dengan sahabat-sahabatnya.  Kemudian, baginda membersihkannya, memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkannya dan seterusnya membawa jenazah lelaki tersebut daripada masjid Nabi S.A.W. ke Jannat ul-Baqi.  Jarak perjalanan dari masjid ke Jannat ul-Baqi ialah 15 minit jika berjalan kaki.  Namun begitu, Nabi S.A.W mengambil masa lebih daripada dua jam untuk sampai dari tempat yang pertama ke tempat yang kedua.  Semua sahabat-sahabat baginda berasa hairan apabila melihat cara rasulullah S.A.W. berjalan.  Dengan tangan baginda sendiri baginda telah membersihkan lelaki tersebut, memandikannya dan menyembahyangkannya.  Semasa baginda membawa jenazah tersebut ke tanah perkuburan, baginda berjalan menggunakan jari kakinya (secara mengjinjat).  Lantas sahabat-sahabat baginda bertanya, “Wahai Rasulullah, kenapakah engkau berjalan sedemikian?” Baginda menjawab, “Allah telah memerintahkan semua wali daripada timur dan barat, dan semua malaikat daripada tujuh syurga dan semua kerohanian hadir dan mengiringi jenazah ini.  Mereka semua terlalu ramai dan memenuhi jalan, dan aku tidak mempunyai tempat untuk meletakkan kakiku.  Sepanjang hidup aku, tidak pernah aku terkejut seperti hari ini.”

    Selepas mengkebumikan lelaki tersebut, Nabi S.A.W tidak bercakap dengan sesiapapun sebaliknya baginda terus pulang ke rumah dengan badan yang terketar-ketar.  Baginda duduk dengan Saidina Abu Bakar dan bertanya kepada diri baginda tentang apa yang telah dilakukan oleh wali tersebut; menjadi perompak sepanjang hidupnya tetapi mendapat pengiktirafan yang cukup tinggi dari Allah.  Saidina Abu Bakar berkata, “Wahai Rasulullah, aku berasa malu untuk bertanyakan tentang apa yang telah aku saksikan hari ini, ia sesuatu yang menghairankan.” Kemudian, Nabi S.A.W. menjawab,” Wahai Abu Bakar, aku lebih terkejut dari kamu, dan aku sedang menunggu kehadiran Jibril (s) dan memberitahuku apa yang telah berlaku”

    Apabila Jibril (s) datang, Nabi S.A.W berkata,” Wahai Jibril, apakah yang sebenarnya berlaku?” Jibril (s) menjawab,” Wahai Nabi S.A.W., janganlah engkau bertanya aku. Aku juga hairan sepertimu.  Oleh sebab itu, jangan berasa hairan kerana Allah boleh lakukan apa sahaja yang orang lain tidak dapat lakukan dan Dia memberitahu kamu untuk bertanyakan anak lelaki tersebut tentang apa yang telah dilakukannya semasa hayatnya.”

    Dengan serta-merta dan ditemani oleh Saidina Abu Bakar, Nabi S.A.W. dengan sendirinya pergi ke rumah perompak tersebut.  Nabi S.A.W. dengan rendah diri meletakkan kuasa dan statusnya sebagai manusia paling sempurna yang dicintai Allah pergi ke rumah perompak tersebut untuk bertanyakan apa yang telah dilakukan oleh ayahnya semasa hanyatnya: “Wahai anakku, sila ceritakan kepadaku bagaimanakah kehidupan ayahmu.” Anak perempuan lelaki tersebut berkata, “Wahai Rasulullah, aku begitu malu dengan apa yang akan aku ceritakan kepada kamu. Ayahku seorang pembunuh, seorang pembunuh.  Aku tidak pernah melihat dia melakukan sebarang kebaikan.  Dia akan merompak dan mencuri siang dan malam kecuali satu bulan.  Apabila bulan tersebut tiba, dia akan berkata: “Bulan ini adalah bulan tuhanku, kerana ayahku pernah mendengar engkau berkata, Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulan Nabi S.A.W. dan Ramadan adalah bulan umat Muhammad.” Kemudian ayahku berkata lagi, “aku tidak kisah dengan bulan Nabi S.A.W. atau bulan umat Muhammad, kecuali bulan tuhanku.  Oleh sebab itu aku akan duduk di dalam bilikku bersendiriaan, dan bersuluk sepanjang bulan ini.   

    Nabi S.A.W bertanya kepada anak perempuan itu lagi, “Apakah jenis suluk yang dia telah lakukan?” Dia menjawab,” Wahai Rasulullah, satu hari ketika ayahku sedang berjalan untuk mencari seseorang yang boleh dirompaknya, dia bertemu dengan seorang lelaki tua yang berumur 70-80 tahun.  Lantas ayahku memukulnya sehingga pengsan, dan kemudiannya merompaknya.  Dia menemui sehelai kertas kecil yang tergulung pada orang tua tersebut. Kemudian, dia membukanya dan mendapati di dalamnya ada satu doa. Ayahku amat gembira dengan doa tersebut.  Setiap tahun, apabila datang bulan Rejab-bulan Allah , ayahku akan duduk bersendirian dan membaca doa tersebut siang dan malam, menangis dan membaca, kecuali keluar untuk makan dan membersihkan diri.  Apabila bulan Rejab berakhir, dia akan bangun dan berkata, bulan Allah telah tamat, sekarang untuk menggembirakan ku aku akan kembali merompak dan mencuri untuk 11 bulan yang akan datang.


    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #173 05 February, 2012, 04:26:44 PM
  • Publish
  • Doa (Doa awliya’ Abbas) yang digunakan oleh lelaki tersebut adalah sangat penting dan kita dinasihatkan untuk membacanya 3 kali sehari ketika bulan Rejab.  Maulana Sh. Nazim berkata doa ini mencuci semua dosa dan menjadikan kamu putih seperti bayi yang baru dilahirkan.  Doa ini amat terkenal di dalam ajaran sufi.  Apabila Nabi S.A.W meminta anak perempuan lelaki tersebut memberikan doa tersebut kepadanya, baginda terus mencium kertas doa tersebut dan menyapunya pada badan baginda.  Jangan tinggalkan doa dan amalkannya ketika bulan ini datang, teruskan membacanya, dan Allah akan memberi kepada kita, Insyallah.  Bergantung kepada niat masing-masing.

    Allah telah berkata kepada Nabi S.A.W., “Wahai Nabi yang Kucintai, orang itu telah datang dan memohon keampunan dari Ku di dalam bulan yang sangat berharga.  Oleh sebab itu, kerana dia berkorban sekurang-kurangnya satu bulan dalam setahun untuk Ku, Aku ampunkan semua kesalahannya, dan aku tukarkan semua dosanya kepada ganjaran.  Kerana dia mempunyai terlalu banyak dosa, sekarang dia mempunyai banyak ganjaran, dan dia kini menjadi wali besar.” Kerana satu doa, Allah jadikan seseorang yang tidak pernah beribadat sepanjang hidupnya menjadi wali.”

     

    Faktor-Faktor Menyebabkan Seseorang Terjebak Dengan Ajaran Sesat     
                                                                                                               

    Kebanyakan ajaran Tariqat ini datangnya daripada sumber-sumber ajaran Syi’ah dan amalan-amalan mereka bukannya datang dari sumber yang boleh dipercayai seperti  Al-Quran dan As-Sunnah yang tulin.

     Terlebih dahulu elok kiranya kita mengemukakan sebab-sebab yang membawa kepada kesesatan dan penyelewengan aqidah. Antara lain yang dapat dipastikan daripada Al Quran adalah sebagai berikut :

     i) Taqlid buta, Sebagaimana maksud firman Allah : “Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya dan Allah perintahkan kami mengerjakannya. Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya? “(Surah AL-Araf : ayat 28)

     (ii) Tidak mempunyai konsep yang betul tentang sifat-sifat Allah s.w.t Firman Allah yang bermaksdu: “Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya. Mereka menjawab dengan berkata: Wahai Soleh, sesungguhnya engkau sebelum ini adalah orang yang diharap dalam kalangan kami (untuk memimpin kami); patutkah engkau melarang kami daripada menyembah apa yang disembah oleh datuk nenek kami? Dan (ketahuilah) sesungguhnya kami berada dalam keadaan ragu-ragu yang merunsingkan tentang apa yang engkau serukan kami kepadanya”.

    (Surah Hud ; ayat 61 & 62)
     

    (iii) Lupa kepada ayat-ayat Allah firman Allah bermaksud : “Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan”. (Surah Thaha : ayat 126)

    (iv) Memilih pimpinan syaitan dengan meninggalkan pimpinan Tuhan. Firman Allah bermaksud : “Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayat petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufik untuk beriman dan beramal soleh) dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayat”. (Surah Al Araf : ayat 30)

    (v) Keadaan diri tidak terkawal dengan aqidah yang betul  Firman Allah bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayat petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan.(Surah Al Maidah :ayat 105)

    (vi) Tidak menyedari bahawa kesesatan itu merugikan diri sendiri Firman Allah bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayat petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayat petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu.(Surah Yunus : ayat 108)

    (vii) Mengikut prasangka, andaian dan panduan akal yang tidak berpandukan ilmu yang sebenar.

    Firman Allah bermaksud : “Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan”

    (Surah Yunus : ayat 36)

     
    (viii) Tidak menggunakan akal dan pancaindera yang diberikan oleh Allah s.w.t di dalam mencari kebenaran.  Firman Allah bermaksud : “Maka Nabi Soleh pun meninggalkan mereka sambil berkata: Wahai kaumku! Aku telah menyampaikan kepada kamu perutusan Tuhanku dan aku telah memberi nasihat kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada orang-orang yang memberi nasihat”.

    (Surah Al-A'raf: ayat 79, Surah Bani Israel: ayat 72)
     

    (ix) Degil dan keras kepada terhadap kebenaran Firman Allah : “Kemudian Kami utuskan sesudah Rasul-rasul itu, Nabi Musa dan Nabi Harun, kepada Firaun dan kaumnya dengan membawa ayat-ayat Kami; lalu mereka (Firaun dan kaumnya) berlaku sombong takbur (enggan menerimanya) dan mereka adalah kaum yang biasa melakukan dosa. Oleh sebab itu ketika datang kepada mereka kebenaran dari sisi Kami, berkatalah mereka: Sesungguhnya ini ialah sihir yang nyata. (Mendengarkan yang demikian), Nabi Musa bertanya: Patutkah kamu berkata demikian terhadap sesuatu kebenaran ketika datangnya kepada kamu? Adakah bawaanku ini sihir? Sedang ahli-ahli sihir itu sudah tetap tidak akan berjaya”.

    (Surah Yunus: 75 - 77)

    (x) Derhaka kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w dengan membuat pilihan sendiri tentang urusannya setelah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w untuknya suatu ketetapan.

    (Surah Al Ahzab : ayat 136)


    (xi) Menurut hawa nafsu walaupun mengetahui tentang ayat-ayat Tuhan. Maksud firman Allah : “Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayat petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya).(Surah Al Qasas : ayat 50)

     (xii) Tidak mengikut petunjuk daripada Tuhan. Allah berfirman:” Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya dia tidak akan sesat dan dia pula tidak akan menderita azab sengsara”(Surah Thaha : ayat 123)

    (xiii) Terpedaya oleh godaan syaitan Allah berfirman :”Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?”(Surah Yaasin : ayat 62)

    (xiv) Orang-orang yang sesat dan banyak dosa Allah berfirman : “

    (Surah As Syu'ra    )

    (xv) Melampaui batas dan tetap ragu walaupun sudah datang keterangan-keterangan yang nyata.

    Allah berfirman : “

    (Surah Al Mukmin : ayat 134)

    (xvi) Menjadikan orang-orang yang sesat sebagai penolong dan pembantu Allah berfirman :” Aku tidak memanggil mereka menyaksi atau membantuKu menciptakan langit dan bumi, dan tidak juga meminta bantuan setengahnya untuk menciptakan setengahnya yang lain dan tidak sepatutnya Aku mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan itu sebagai pembantu”. (Surah Al Kahfi : ayat 51)


    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #174 05 February, 2012, 04:28:56 PM
  • Publish
  • Cara Penyelesaiannya

     

    Di antara cara penyelesaian yang boleh diketengahkan adalah seperti berikut:

     (i) Kembali kepada Al Quran dan As Sunnah

     (ii) Mengadakan peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk membendung dan menghalang ajaran-ajaran yang sesat ini sesuai dengan ajaran Islam itu sendiri.

     (iii) Melahirkan para pendakwah dan guru-guru agama yang benar-benar peka di dalam persoalan penyelewengan aqidah khasnya dan penyelewengan daripada ajaran Islam serta melatih mereka dengan cara-cara mengatasi masalah-masalah ini.

    (iv) Memperkenalkan Islam yang syumul merangkumi segala aspek kehidupan manusia di samping mempraktikkannya.

    (v) Memberikan ajaran Islam yang mencukupi dan tahan lasak di dalam menghadapi segala bentuk ancaman yang mungkin menggugat aqidah mereka.

    (vi) Menghapuskan segala bentuk maksiat dan kemungkaran atau sekurang-kurangnya cuba dan berusaha mengurangkannya secepat mungkin, bukan dengan memperbanyakkan pula tempat-tempat maksiat dan membiarkan kemungkaran terus bermaharajalela.

    (vii) Mempergunakan media massa seluas-luasnya dalam usaha pengajaran Islam yang benar-benar bersih dan tulin kepada masyarakat.

    (viii) Sentiasa berusaha mengenalpasti penyelewengan aqidah yang berlaku di dalam masyarakat kemudian bertindak dengan secepat mungkin sebelum ia berakar umbi.

    (ix) Sentiasa meminta pertolongan dan menaruh pengharapan kepada Allah s.w.t sebagai penolong dan pembela dalam usaha membasmi penyelewengan aqidah dan ajaran-ajaran sesat

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #175 12 February, 2012, 04:27:31 AM
  • Publish
  • Guru, Murid dan Keldai



    Suatu hari, seorg pemuda diserahkan oleh bapanya kepada seorang guru sufi untuk dididik cara mengawal nafsunya.

    "Siapkan bekalan. Mari ikut saya bermusafir," kata guru sufi itu sebaik sahaja pemuda itu tiba di madrasahnya.

    Pemuda itu agak terkejut kerana dia masih keletihan akibat perjalanan yang jauh ke madrasah guru sufi itu.

    "Apa yang perlu saya bawa?"
    "Bawa pakaian sehelai dua," jawab guru sufi.

    Mereka pun memulakan perjalanan yang agak jauh. Setelah agak lama,mereka menemui satu bukit yang agak tinggi.

    "Kita akan mendaki bukit ini."
    "Mana jalannya?"
    "Kita susuri jalan di tepi lereng bukit," kata guru sufi.
    "Nanti, nanti... Saya sangat keletihan. Alangkah baik jika ada keldai. Kita boleh menunggangnya."
    "Kamu hendak menunggang keldai? Baiklah, mari kita membelinya dahulu.
    "Dalam hatinya berasa lega, dia tidak akan terpaksa berjalan lagi. Dia sangat-sangat keletihan.

    Setelah guru sufi membeli dua ekor keldai, dia pun berkata,
    "Sekarang ada dua ekor keldai. Saya akan menunggang salah seekor daripadanya..."
    "Dan saya akan menunggang seekor lagi," pintas pemuda itu.
    "Tidak!" kata guru sufi itu.
    "Mengapa?""Jangan bertanya, patuh saja!"

    Pemuda itu terkejut, tapi tidak berani melawan.
    "Habis, kita akan biarkan seekor keldai ini berjalan tanpa membawa apa-apa beban?"
    "Tidak, sebaliknya kamulah yang akan memikulnya!"
    "Memikul keldai menaiki bukit yang tinggi itu?"
    "Ya. Pikul keldai itu dan naik ke atas bukit," jawab guru sufi itu pendek dan tajam.

    Maka dengan susah payah, dia memikul keldai itu sambil menyusuri jln di tepi lereng bukit itu.Termengah-mengah. Dia benar-benar keletihan. Sebaliknya guru sufi bersantai-santai menaiki keldainya berjalan di hadapan pemuda itu. Belum sampai separuh perjalanan, pemuda itu pun jatuh keletihan. Dia hampir pengsan.

    Setelah merawat si pemuda dan memberinya minuman, guru sufi itu pun berkata, "Anakku,keldai itu umpama nafsumu. Allah ciptakan nafsu untuk kau menungganginya bukan kau ditunggangi olehnya."

    "Maksud tuan?"

    "Dengan menurut nafsumu, kau akan disusahkannya. Jiwa, hati dan badanmu akan kelelahan. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Lepas satu-satu kehendak dan kerenahnya. Ini samalah dengan kau memikul keldai dan menaiki bukit yang tinggi. Pemuda itu terdiam.

    "Sebaliknya, jika kau menunggangi nafsu dgn mengawal dan menguruskannya, kau akan mendapat kemudahan dalam menjalani kehidupan. Nafsu berguna selagi dia menjadi hamba tetapi apabila dijadikan tuan, apalagi tuhan, maka hidup kita akan dihancurinya."
    "Seperti saya yg memikul keldai tadi?"
    "Ya."

    Dan lihat pula betapa mudahnya menyusuri jalan di lereng bukit itu dengan menaiki keldai. Begitulah nafsu apabila dikawal dan digunakan ke arah kebaikan."

    "Ya,ya.. Orang yang mengikut perintah hawa nafsunya bagaikan memikul keldai menaiki bukit!"


    subhanallah

    faa zahra

    • *
    • Posts: 1036
    • pimpin daku menuju jalanNya
      • View Profile
    Reply #176 12 February, 2012, 11:05:46 AM
  • Publish
  • terima  kasih pak ahibbatu..
    banyaknya kongsi..belum habis baca sepenuhnya lagi..
    cube mamahami
    ..jAdIkAn aKu mEncIntAi sEsuAtu yAng mEmbAwA kEpAdA kEcIntAanMU..
    ..salamesrakuntukmuselamanya..

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #177 23 February, 2012, 01:44:16 PM
  • Publish
  • sedikit tambahan bagi sesiapa yang suka, berfikir

    daripada apa yang terlihat di media internet
    maka lahirlah tulisan ini

    tentang DIRI kita sepatutnya

    apabila kita memulakan langkah kehidupan
    sepatutnya dalam diri kita sudah punya ilmu kebenaran
    iaitu ilmu yang wajib bagi setiap diri muslim mengetahui
    adapun di namakan ia, Ilmu Fardzu Ain

    jadi Langkah pertama ialah, sepatutnya, menuntut Ilmu
    janganlah kita terlalu mengejar Dunia
    atau janganlah terlampau kita, mengikut ARUS
    kerana apa

    kerana
    sepatutnya
    satelah kita Berakal Baligh
    dapatlah kita memilih jalan yang sepatutnya bagi diri kita sendiri
    jadi, mahu tidak mahu, wajiblah kita berserah kepada Ilahi Rabbi
    mohonlah bantuannya, dalam mengharungi kehidupan serba mencabar di dunia ini, agar dapat kebaikan di Akhirat nanti

    subhanallah

    hanya satelah kita dapat Ilmu yang sepatutnya, dapatlah kita menilai, dan memilih kebaikan

    keupayaan memilih, menilai kebaikan, telah menjauh dari diri kita
    kenapa

    kerana kesilapan diri kita jugalah
    jadi ingat tak

    bahawa Allah, menyatakan
    Tiap tiap diri adalah pemimpin, maka Perhatikan pimpinan kamu

    pimpinlah, kaki
    pimpinlah tangan
    pimpinlah Nafsu
    Pimpinlah Akal
    Pimpinlah diri

    inshallah, di manakah Raja Pemerintah bagi Diri

    hati kah?
    Roh kah?

    silakan ya, semuga dapat serba sikit buah fikir, menjadi pelajaran bagi diri, inshallah

    halawah

    • *
    • Posts: 2602
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #178 23 February, 2012, 04:02:48 PM
  • Publish
  • Setiap sesuatu dengan ilmu
    ilmu megutuk pun perlu tahu
    agar terketuk kepala hantu hantu manusia agar akalnya bukan jadi tugu
    dan ilmu bentuk ayat ayat agar membuat orang rasa suka selalu
    bukan kutuk-mengutk buat hati batu
    dan kepala batu
    hingga Islam tak bersatu
    berpecah pecah macam binatang kala katu....
    hanya waktu kebodohan saja jadi bahan makanan
    namun bila siang benderang di susun batu batu agar dapat robohkan..
    Ilmu darimana tu boleh Tahu?
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #179 24 February, 2012, 07:43:26 AM
  • Publish
  • Ingatlah Allaah, jangan kamu mengubah SUNNAH Rasulullah, Janganlah macam Nasrani,  mereka ambil Ilmu dan Nilai, daripada sunnah dan daripada Ilmuan Islam, kemudian mereka mengaku daripada diri mereka. ada jugalah kan, Muslim ambil dari sunnah, lalu menamakan sesuai dengan kehendak nafsu mereka, mengubah namanya, dan kaedahnya. Subhanallah

    Nampak atau tidak, bagaimana maksud, mengubah Sunnah. katalah saya ambil penghulu istighfar, kemudian  saya masukkan dalam pekej "GOLD" campur al-ikhlas saya JUAL sebagai pelembut hati sendiri. TANPA SEDAR saya telah melakukan sesuatu di luar Sunnah. saya telah menjual ayat ayatNYA. subhanallah, ampuni kelalaian ku ya Allah

    Gagal memahami, semakin banyaklah persangkaan, semakin di sesatkan syaitan, yang membisikkan kepada nafsu, dan Nafsu diri menyukai pula, subhanallah. jadi perbanyakkanlah Ingat Allah, istighfarlah, semuga di selamatkan Allah jua

    Allahu tiada ilah selain Allaah, Esa, tiada yang lebih awal dariNYA, tiada yang terakhir melainkan Dia. Maha Suci daripada apa yang dipersangkakan

    Taqwa dalam DADA, Ingatan dalam FUAD, Mendengar nama Allaah di sebut, berGETAR jiwanya. semakin dekat, semakin kita diam, semakin banyak Dia fahamkan, Dia ceritakan, Dia ilhamkan.

    bertaqwa lah, dengan sebenar benar taqwa
    jangan lah kamu mati
    melainkan ketika berserah dirimu kepada Allaah

    subhanallah

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    1527 Views
    Last post 01 February, 2009, 12:31:53 PM
    by beruang
    2 Replies
    1104 Views
    Last post 18 February, 2010, 11:39:18 AM
    by orangejuice
    4 Replies
    1123 Views
    Last post 24 August, 2014, 06:25:25 PM
    by al-baab