Apabila Tidak Dihargai

*

Author Topic: Apabila Tidak Dihargai  (Read 3965 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Iffah Muhsin

  • *
  • Posts: 814
    • View Profile
27 June, 2011, 09:53:58 AM
  • Publish
  • Perbualan antara dua sahabat:

    “Bagaimana rasanya bila tidak dihargai?” tanya Mat. Nadanya sedih.

    “Mengapa?” tanya saya simpati.

    “Mereka masih melihat jawatan, harta dan nama.”

    “Kau tidak perlu penghargaan mereka yang seperti itu.”

    Dia merenung jauh.

    “Kalau kita dihargai kerana berpangkat, berharta dan bernama, penghargaan itu hakikatnya bukan untuk kita tetapi untuk pangkat, harta dan nama.”

    “Tetapi aku sedih… Setelah sekian banyak yang aku lakukan.”

    “Jangan mengharap terima kasih Mat. Nanti kita sakit jiwa. Hakikatnya, majoriti manusia yang hidup di dunia ini tidak pandai berterima kasih. Jika kepada Allah pun hanya sedikit manusia yang mampu bersyukur, inikan pula kepada sesama manusia,” kata saya seakan memujuk.

    “Aku sedih, itu sahaja…”

    “Lupakan Mat. Aku kenal kau sejak dulu. Kau tak perlukan penghargaan kerana kau sememangnya berharga. Kata bijak pandai, jangan sedih kalau kita tidak dihargai tetapi sedihlah jika benar-benar kita tidak berharga.”

    Mat mendongakkan mukanya yang sejak tadi tunduk.

    “Apa maksud kau?”

    Melihat Mat mula tenang saya mula bercerita. Ada dua cerita, secara santai saya mula bercerita:  Pertama, cerita tentang Nasiruddin seorang Sufi yang ketika dia masuk ke sebuah kampung, seluruh kampung mengalu-alukan kedatangannya.

    “Selamat datang ulama, selamat datang orang alim… Ajarkan kami, ajarkan kami,” sorak penduduk kampung.

    “Mengapa kamu semua merasakan aku orang alim?”

    “Kerana serban besar yang tuan pakai.”

    Nasiruddin pun membuka serbannya dan dipakaikan ke kepala keldai yang ditunggangnya.

    “Nah, sekarang kau semua belajar daripada keldai ku. Dia alim sekarang, kerana telah memakai serban besar!”

    Mat ketawa mendengar cerita saya.

    “Kau tahu, Nasirudin tetap Nasiruddin walaupun tanpa serbannya. Yang lebih penting ialah diri kita bukan pakaian, gelaran dan harta yang kita miliki. Dan kita sebenarnya tidak perlu penghargaan orang asalkan kita pandai menghargai diri kita sendiri.”

    “Betul ke?”

    “Ini hasil kajian pakar psikologi Mat… Menurut mereka penilaian kita terhadap diri sendiri jauh lebih penting berbanding penilaian orang lain terhadap kita.”

    “Jadi, jangan sampai penilaian orang lain mempengaruhi penilaian kita terhadap diri kita sendiri, begitu maksud kau?”

    “Kau lebih tahu Mat. Lagipun apa gunanya penghargaan daripada orang yang sebegitu. Hidup terlalu singkat untuk kita berikan masa bagi mereka yang semacam itu.”

    Sumber:http://genta-rasa.com/2011/06/26/apabila-ditikam-dari-belakang/#comment-7434
    Thabit bin Qurrah berkata: "Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."

    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 814
      • View Profile
    Reply #1 27 June, 2011, 09:54:35 AM
  • Publish
  • Cerita kedua: Seorang bijak pandai telah dijemput ke satu majlis jamuan makan. Dengan pakaian yang sangat sederhana bijak pandai itu pun pergi ke sana. Malangnya, setibanya di majlis itu dia tidak dijemput langsung untuk makan. Tuan rumah mengutamakan orang-orang kenamaan yang lain. Si bijak pandai pulang semula ke rumahnya lalu menukar pakaian yang mahal dan gemerlapan dan pergi semula ke majlis tersebut. Kali ini dia disambut dengan mesra dan dihidangkan makanan yang lazat. Si bijak pandai lantas menuangkan lauk-pauk dan makanan yang terhidang ke pakaiannya.  “Mengapa?” tanya orang ramai. Si bijak pandai menjawab, “tuan rumah hendak menjamu pakaian ku  bukan diri ku!”

    Sekali lagi Mat ketawa.

    “Mat, orang pandai kenal orang bodoh. Tapi orang bodoh tak kenal orang pandai. Life is to ‘complete’ not to ‘compete’ – hidup bukan satu pertandingan, tetapi satu perkongsian. Tinggalkan mereka yang asyik nak bertanding dengan harta, nama dan jawatan. Kita teruskan dengan perkongsian ilmu, iman dan kebajikan. Yang penting ikhlas. Memberi bukan untuk menerima. Berjuang bukan kerana nama!”

    Sumber:http://genta-rasa.com/2011/06/26/apabila-ditikam-dari-belakang/#comment-7434

    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 814
      • View Profile
    Reply #2 27 June, 2011, 09:56:51 AM
  • Publish
  • Kemudian, giliran  Mat pula bercerita – betapa ramai anak yang begitu ‘admire’ dengan Ibu Mithali yang dinobatkan oleh pihak itu dan ini sehingga mengecilkan jasa ibu sendiri. Kononnya, ibu Mithali itulah yang lebih baik daripada ibu mereka sendiri. Dan betapa ramai pula ibu yang impikan anak seperti mereka yang dianugerahkan ‘Pelajar Cemerlang’, ‘Remaja Dedikasi’ dan sebagainya… hingga merasakan anak sendiri kurang ‘harga’nya.

    “Apa pesan awak untuk anak dan ibu seperti itu?”

    “Aku katakan, ibu kita mungkin bukan ibu yang terbaik… tetapi sebagai anaknya, kita mesti nampak di mana kebaikan ibu kita sendiri.”

    “Tepat Mat. Begitulah juga dengan diri sendiri. Kita ini bukan orang terbaik, tetapi kita mesti menghargai ‘kelebihan’ atau ‘kebaikan’ kita sendiri. Kita akan memajukan diri kita ke tahap maksimum selaras dengan kelebihan itu.”

    “Ertinya kita bertanding dengan diri sendiri?”

    “Betul tu, bertanding dengan diri sendiri, berkongsi dengan orang yang lain.”

    Oh, alangkah tenangnya diri jika berpegang kepada prinsip sendiri daripada terpaksa hidup bermuka-muka dengan topeng yang dipakai oleh kepura-puraan manusia… hanya untuk mencari nama, harta dan jawatan. Saya teringat cerita seorang Raja bertanya kepada seorang petani miskin, “siapa kamu?”

    “Saya raja,” jawab petani.

    “Raja?”

    “Ya, raja pada diri saya sendiri!”.

    Sumber:http://genta-rasa.com/2011/06/26/apabila-ditikam-dari-belakang/#comment-7434

    zunita

    • *
    • Posts: 744
      • View Profile
    Reply #3 27 June, 2011, 10:10:36 AM
  • Publish

  • “Hakikatnya, majoriti manusia yang hidup di dunia ini tidak pandai berterima kasih. Jika kepada Allah pun hanya sedikit manusia yang mampu bersyukur, inikan pula kepada sesama manusia,” kata saya seakan memujuk.



    Saya amat suka ayat diatas. Terima kasih kerana mengingatkan.  Tidak hairanlah jika Allah menyatakan, bahawa amat sedikit dari hamba-hambaNya yang
    bersyukur ( dengan sebenarnya ).


    لا إله إلا الله

    IKHLAS HATI

    • *
    • Posts: 15
      • View Profile
    Reply #4 14 November, 2011, 04:51:47 PM
  • Publish
  • cerita yg benar2 menarik..membakar semangat diri utk menjadi yang lebih baik dikalangan yg terbaik...InsyAllah..

    IKHLAS HATI

    • *
    • Posts: 15
      • View Profile
    Reply #5 14 November, 2011, 04:52:12 PM
  • Publish
  • cerita yg benar2 menarik..membakar semangat diri utk menjadi yang lebih baik dikalangan yg terbaik...InsyAllah..

    Carreno

    • *
    • Posts: 141
      • View Profile
    Reply #6 14 November, 2011, 08:56:11 PM
  • Publish
  • Tapi kan dalam industri, kalau kita x dihargai...orang akan nampak macam kita ni paling terkebelakang...hm...entah la...

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1368
      • View Profile
    Reply #7 14 November, 2011, 09:15:49 PM
  • Publish
  • cerita yg benar2 menarik..membakar semangat diri utk menjadi yang lebih baik dikalangan yg terbaik...InsyAllah..

    cerita yg benar2 menarik..membakar semangat diri utk menjadikan diri masih bersikap kebudak2an pada yang lebih baik walaupun ketika berada dikalangan yg mungkin saya nampak macam buruk je sikap diarang di masa tu ... InsyaAllah........ insyaAllah moga2 Engkau perbaikilah amal dan akhlak kami .....

    terimakasih Guru Kaldai kerana sanggup menumpangkan manusia dibelakang anda .... dan jika anda menolak untuk tidak beri kami tumpang pun tak mengapa sebab engkau tak punya akal ..... sedangkan kami yg berakal nie sepatut boleh bersabar macam kisah Lukman Hakim dan anak beliiau ketika menaiki unta melalui kalangan yg mengatakan itu dan ini ......

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1368
      • View Profile
    Reply #8 14 November, 2011, 09:19:17 PM
  • Publish
  • Tapi kan dalam industri, kalau kita x dihargai...orang akan nampak macam kita ni paling terkebelakang...hm...entah la...

    Tapi kan dalam industri, kalau kita diuji dgn tidak dihargai...kita nampak orang lain perhatikan kita macam kita ni paling terkebelakang...hm...entah la.............

    Those who Know they do not Know that to Know is to Know what they do not Know! - Ibn Sina

    Asmanurhusna

    • *
    • Posts: 112
      • View Profile
    Reply #9 14 November, 2011, 10:50:03 PM
  • Publish

  • Kesian kat kaldai tu. Mungkin lebih muatan ler.

    Biar kita tak di hargai oleh orang yang tak tahu menghargai dari di hargai oleh orang yang sengaja menghargai perkara yang tak patut di hargai....

    msa

    • *
    • Posts: 1609
      • View Profile
    Reply #10 15 November, 2011, 09:08:50 AM
  • Publish
  • Life is to ‘complete’ not to ‘compete’ – hidup bukan satu pertandingan, tetapi satu perkongsian. Tinggalkan mereka yang asyik nak bertanding dengan harta, nama dan jawatan. Kita teruskan dengan perkongsian ilmu, iman dan kebajikan. Yang penting ikhlas. Memberi bukan untuk menerima. Berjuang bukan kerana nama!

    Suka pernyataan ni....sentiasa memujuk diri ini supaya ignore saja orang yang tak tahu menghargai, buta matanya dari lihat yang benar dan yang salah, yang baik dan yang buruk dek kerana mengejar dunia....jika kita asyik menunggu penghargaan dari orang, maka tak ke mana lah kita jawabnya...kerana memang ramai manusia yang tak tahu menghargai..
    ~ Begin with the End in Mind ~

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    13 Replies
    4880 Views
    Last post 05 June, 2011, 06:26:52 PM
    by al_ahibbatu
    13 Replies
    3302 Views
    Last post 17 June, 2011, 11:10:21 AM
    by ezane
    3 Replies
    441 Views
    Last post 18 December, 2013, 06:24:19 PM
    by NoZaBiZz