Solat jumaat bagi wanita(Muslimah)

Author Topic: Solat jumaat bagi wanita(Muslimah)  (Read 10315 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

halawah

  • *
  • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    • View Profile
21 June, 2011, 11:14:09 AM

 :)
Mohon Keizinan Suami Untuk Ke Masjid.


Bolehkah seorang muslimah menunaikan solat Zuhur pada hari Jumaat sejurus selepas azan berkumandang atau haruskah dia tunggu selepas selesainya Solat Jumaat dan khutbahnya?
Mereka yang tidak menunaikan solat Jumaat seperti wanita dan mereka yang uzur tidak perlu menunggu sehingga selesainya solat Jumaat untuk melakukan solat Zuhur. Solat Zuhur boleh dilakukan sejurus selepas azan berkumandang.

Dalam Kitab Imam Bukhari

Musaddad menyampaikan kepada kami (katanya), daripada Yazid bin Zari’, daripada Ma’mar, daripada az-Zuhri, daripada Salim bin Abdullah, daripada bapanya, daripada Nabi saw, bersabda Baginda: “Apabila isteri seorang kamu meminta izin (ke masjid) maka janganlah ia menegahnya”. (Bukhari) Wanita tidak diwajibkan bersolat jamaah di masjid. Sebaliknya wanita dianjurkan untuk solat di rumahnya kerana fadzilat (keutamaannya) lebih [...]



Sembahyang Jumaat dan Jamak
Soalannya:


 Saya adalah pelajar di luar negeri. Disini ada 4 orang
muslim.Jadi mengikut mazhab Syafi`i Fardhu Jumaat adalah gugur.Tetapi pelajar dari Indonesia cenderung untuk melakukan fardhu Jumaat.

jawaban;

Menurut mazhab Shafii antara syarat sah sembahyang Jumaat adalahmempunyai jumlah jemaah sebanyak 40 orang. Maka jika tidak cukup maka gugurlah kewajiban Jumaat itu danwajiblah dikerjakan sembahyang zuhur.

 Walaupun begitu ada mazhab lain yang berpendapat bahawa jumlah jemaah tidak perlu 40 orang. Jika sahabat anda bermazhab lain maka mungkin mereka masih boleh mengerjakan sembahyang Jumaat tersebut.

Adakah sah sembahyang jumaat sebelum masuk waktu zohor?..
& apakah hukumnya jika saya cuma bersembahyang zohor kerana was-was akansahnya sembahyang jumaat tersebut.

Sembahyang Jumaat tidak sah dilakukan diluar waktu zuhur. Hukum mengerjakan sembahyang zuhur pada hari Jumaat adalah sah sekiranya terdapat halangan untuk mengerjakan sembahyang Jumaat.


Di antara dalil yang membenarkan hal ini adalah sanad yang
diriwayatkan daripada Aus bin Aus katanya :

 Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :


‘Hari-hari kamu yang paling afdhal adalah hari Jumaat.
Pada hari itulah Adam diciptakan dan diwafatkan. Pada
hari itulah ditiupkan sangka kala dan terjadi kehancuran
maka perbanyakkanlah selawat kepadaku. Selawat kamu
diperlihatkan.’ Seseorang bertanya : ‘Bagaimanakah selawat
kita boleh diperlihatkan kepada anda, sedangkan jasad anda
sudah reput?’ Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam
menjawab : ‘Sesungguhnya Allah mengharamkan tanah
memakan jasad para nabi.’
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Baihaqi)

Daripada Abu Mas’ud Al-Anshari katanya : Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :


‘Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari Jumaat, sebab
sesungguhnya tidak ada orang yang berselawat atasku pada
hari Jumaat kecuali diperlihatkan kepadaku.’

Daripada Abi Umamah katanya : Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda : ‘Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada
setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan
kepadaku pada hari Jumaat. Maka sesiapa yang banyak
berselawat kepadaku dialah yang paling dekat kedudukannya
dengan aku.’

Daripada Malik bin Dinar katanya :

 Rasulullah Sallallahu‘alaihi wasallam bersabda :


‘Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku di antara
kamu pada hari Qiamat di semua tempat adalah orang yang
paling banyak berselawat kepadaku selama di dunia. Maka
sesiapa yang berselawat kepadaku pada hari Jumaat dan
pada malamnya, Allah akan menunaikan seratus
keperluannya, tujuh puluh dari keperluan akhirat dan tiga
puluh dari keperluan dunia. Kemudian Allah mewakilkan
satu malaikat untuk memasukkannya ke dalam kuburku,
sepertimana kamu menerima hadiah-hadiah. Malaikat itu.
memberitahu kepadaku siapakah yang berselawat atasku
dengan namanya dan menisbahkannya kepada kaumnya,
kemudian dicatat di sisiku di suatu lembaran yang putih.’


İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

Reply #1 21 June, 2011, 11:18:16 AM
Bismillah Wa Syukrillah

Teringat kembali suasana masjid tempat ana belajar, pada hari Jumaat bukan sahaja muslimin yang memenuhi masjid untuk bersolat Jumaat malah muslimat turut tidak ketinggalan melaksanakan solat Jumaat. Rindunya saat-saat itu!
"Alang-alang hidup, hiduplah sebagai da'ie. Alang-alang mati, matilah sebagai syuhada".

divider3
halaqahforum4