Mafhum Tasawuf dan Tarikat

*

Author Topic: Mafhum Tasawuf dan Tarikat  (Read 13976 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Sang Pencinta

  • *
  • Posts: 446
    • View Profile
12 July, 2007, 02:40:32 PM
  • Publish
  • Seperti yang dijelaskan sebelum ini, tasawuf dalam penggunaan ahli sufi merujuk kepada akhlak dan proses penyucian jiwa (rujuk siri penerangan tasawuf sebelum ini). Adapun golongan yang tidak mahu menggunakan istilah tasawuf, tidak mengapa. Apa yang paling penting, bukan nama, tetapi mafhum dan makna tasawuf itu sendiri, merupakan suatu kewajiban bagi setiap umat Islam.

    Sepertimana dalam ilmu fiqh, kalau ada yang mengatakan, “saya menolak penggunaan nama ilmu fiqh”, namun kewajiban keatasnya untuk beramal dengan mafhum dan makna ilmu fiqh tersebut tetap tidak gugur, kerana ilmu fiqh merupakan istilah yang merujuk kepada syariat, dan syariat wajib diikuti oleh setiap umat Islam.

    Begitu juga dengan golongan yang mendakwa, kononnya mereka menolak penggunaan istilah tasawuf, namun mafhum dan makna tasawuf tersebut wajib juga dilaksanakan kerana mafhum dan makna istilah tasawuf merujuk kepada ilmu akhlak dan penyucian jiwa, dan penyucian jiwa ialah wajib bagi setiap individu muslim.

    Nama tidak penting. Apa yang penting ialah makna! Gunalah nama apa sekalipun, tetapi ia tetap merujuk kepada suatu makna yang fardu ke atas umat Islam iaitu, penyucian jiwa dan berakhlak dengan akhak yang mulia.

    Tarikat Sufiyah

    Tarikat bermaksud jalan yang dilalui oleh seseorang. Apabila dinisbahkan kepada golongan sufi, ianya merujuk kepada suatu penggunaan khas yang bermaksud, manhaj sesuatu golongan sufi dalam tarbiah.

    Satu tarikat merujuk kepada seorang mursyid, dengan bilangan anak murid yang ramai, dengan manhaj tarbiah yang tertentu, seperti himpunan zikir-zikir dan sebagainya. Ini dikenali dengan tasawuf amali (rujuk buku Tasawuf Amali karangan Sheikhuna Ust Rahimuddin An-Nawawi Al-Banteni).

    Ianya dikenali pada awal kurun kelapan hijrah. Dikatakan, orang yang pertama mengasaskan suatu bentuk manhaj tarbiah yang sistematik ialah Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a.. Manhaj tarbiah ini dikenali dengan Tarikat Sufiyah.

    Walaupun tidak dapat dinafikan, sebelum Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a. lagi, sudah wujud tarikat-tarikat sufiyah, seperti tarikat Al-Junaidiyah (yang dinisbahkan kepada Imam Junaid r.a.) dan sebagainya, namun tarikat-tarikat sebelum Sheikh Al-Jailani r.a. tidaklah dalam bentuk sistematik dan tersusun. (rujuk buku Tasawuf Amali).

    Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a. mengasaskan gagasan baru dalam lembaran sejarah sufi apabila membuat suatu madarasah secara terbuka dan mengambil anak murid yang ramai dalam satu masa, dan menyusun manhaj tarbiah yang berlandaskan Al-Qur’an dan As-Sunnah.

    Hal ini menyebabkan beliau juga merupakan mujaddid dalam dunia sufi yang menunjukkan kepentingan Al-Qur’an dan As-Sunnah dalam manhaj tarbiyah sufiyah, di samping menegaskan bahawa, Hakikat tidak terpisah dengan Syariat. Idea asal islah dan tajdid dalam dunia sufi ini sebenarnya diambil dari Imam Al-Ghazali r.a. melalui karangan-karangan beliau seperti Ihya’ Ulumiddin, yang membahaskan mengenai tajdid ini secara teori, dan diterjermahkan ke dalam realiti oleh Sheikh Al-Jailani r.a..

    Setelah itu, para murid Sheikh Al-Jailani r.a. menisbahkan manhaj tarbiah mereka kepada mursyid mereka iaitu, Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a., dengan nama tarikat Qadiriyah. Setelah itu, muncullah ulama’-ulama’ sufi lain yang melakukan metodologi tarbiah secara besar-besaran seperti yang dilakukan oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a., seperti Sheikh Abul Hasan As-Syazuli, Sheikh An-Naqsyabandi dan sebagainya. (rujuk buku Tasawuf Amali).

    Manhaj tarbiah mereka yang tersusun tersebut dikenali sebagai tarikat sufiyah. Dari sini, jelaslah bahawa, tarikat sufiyah tidak lain melainkan suatu madrasah tarbiah penyucian jiwa, hasil ijtihad para ulama’ sufi, dalam mentarbiah manusia. Sepertimana dalam bidang fiqh, ada mazhab tertentu, begitu juga dalam bidang penyucian jiwa, ada pelbagai manhaj tarbiah yang berbeza, sesuai dengan keadaan manusia dan sejajar dengan ijtihad para mursyid sufi yang jujur tersebut.

    Adapun pertuduhan-pertuduhan ke atas tarikat sufiyah sebenarnya merupakn pertuduhan yang tidak berasas. Walaupun terdapat di kalangan para sufi yang bercanggah dengan ajaran Islam, namun ianya turut dikritik dan ditegur oleh para ulama’ sufi itu sendiri. Namun, sikap mengkafirkan sesetengah golongan sewenang-wewenagnya yang dibawa oleh aliran salafiyah wahhabiyah tidak pernah mebaiki keadaan bahkan lebih mengeruhkan keadaan.

    Para ulama’ sufi turut menegur kesalahan-kesalahan para murid yang melampaui batasan Islam. Ini juga merupakan intipati ajaran sufi, yang membetulkan setiap kesalahan murid hatta kesalahan mereka yang berlebih-lebihan dalam sesetengah perkara, seperti kepercayaan penuh terhadap ilham, keinginan mendapatkan karamah dan lain-lain lagi.

    Kalau kita lihat, ramai di kalangan para ulama’ Islam yang menegur kesalahan-kesalahan sesetengah golongan sufi itu sendiri, merupakan dari kalangan sufi juga, seperti Imam Al-Ghazali r.a., Imam Junaid Al-Baghdadi r.a., Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a., Imam Ar-Rifa’i r.a., Imam As-Syazuli r.a. dan sebagainya. Ini kerana, di sisi golongan sufi, ada mutiara yang lebih berharga dari debu-debu yang melingkari kulitnya, hasil kejahilan sebahagian dari golongan sufi sendiri.


    Sang Pencinta

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Reply #1 12 July, 2007, 02:41:01 PM
  • Publish
  • Kebanyakkan Para Ulama’ Memilih Jalan Sufi

    Jika kita singkapi sejarah umat Islam, kita dapati bahawa, ramai di kalangan ulama’-ulama’ besar Islam yang mengambil jalan sufi atau bersahabat dengan para sufi yang muhaqqiq. Antara mereka adalah, Al-Imam As-Syafi’e r.a. (rujuk buku Kasyfu Khafa’ m/s 341 karangan Imam Al-‘Ajluni), Imam Ahmad bin Hanbal r.a. (ghuza’ul albab m/s 1/120 dan tanwir Al-Qulub karangan Imam Al-Kurdi, m/s 405), Imam Abu Hanifah (Ad-Dur Al-Mukhtar 1/43), Imam Al-Ghazali r.a., Imam Junaid r.a., Imam Ar-Razi r.a., Imam ‘Izzuddin bin Abdul Salam r.a. dan sebagainya.

    jangan risau! Jalan tarikat sufiyah tidak wajib. Sesiapa yang ingin mengambilnya, dipersilakan, dan sesiapa yang boleh menyucikan diri sendiri juga silakan.

    Tetapi, para ulama’ muktabar yang memiliki ilmu Islam yang yang cukup mendalam juga, seperti yang disebutkan sebelum ini, turut mengambil tarikat sufiyah untuk menyucikan jiwa mereka.

    Imam As-Sya’rani (digelar sebagai As-Syafi’e As-Shoghir) menegaskan bahawa: “Kalaulah Imam Al-Ghazali, sebagai Hujjatul Islam dan Imam Izz Abdul Salam, sebagai Sultonul ‘Ulama’, turut mengambil jalan sufi sebagai jalan membersihkan jiwa, dengan mengambil tarbiah dari para sufi, maka siapakah kita, untuk tidak mengambil jalan tarikat sufiyah untuk menyucikan jiwa?”

    Takkala Imam As-Sya’rani yang merupakan As-Syafi’e As-Soghir sekalipun, mengakui kelemahan beliau dalam menyucikan jiwanya sendiri dari sifat-sifat mazmumah, dengan keilmuan beliau yang tinggi, siapalah kita untuk menyucikan jiwa kita sendiri?

    Tetapi, siapa yang rasa, kononnya dirinya boleh menyucikan jiwa dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah sendiri, silakanlah. Sedangkan Imam Al-Faqih Abu Hanifah Imam Al-Mujtahid As-Syafi’e, Imam Al-Muhaddith Ahmad bin Hanbal, Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali, Imam Sultonul ‘Ulama’ Ibn Abdi As-Salam, Imam As-Syafi’e As-Soghir As-Sya’rani (radhiallahu ‘anhum ajma’in), juga mengambil tarbiah penyucian jiwa dari golongan sufi, atau sekurang-kurangnya bersahabat dengan golongan sufi, untuk menyucikan jiwa, siapalah kita untuk menyucikan jiwa kita dengan sendirinya?

    Ya, benar! Khabar gembira buat mereka yang belum ambil jalan sufiyah, untuk menyucikan jiwa, kerana tarikat sufiyah bukanlah suatu kewajiban, selagimana diri sendiri boleh menyucikan jiwa tanpa melalui proses tarbiah dari seorang mursyid. Boleh jadi juga, mereka lebih hebat dari Imam Al-Ghazali yang merupakan hujjatul Islam dan selain dari beliau. Masya Allah…Subhanallah…

    Kalaulah sememangnya penyucian jiwa boleh dilakukan hanya dengan merujuk kepada kitab-kitab seperti Al-Qur’an dan kitab himpunan hadis-hadis, sudah tentu Allah s.w.t. akan turunkan Al-Qur’an dalam bentuk kitab dan himpunan hadis-hadis dalam bentuk buku yang sudah terhimpun, tanpa mengutuskan Rasulullah s.a.w. sebagai Murabbi dan Mursyid para sahabat.

    Ramai orang awam yang keliru dalam masalah ini. Ini kerana apabila Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa, para ulama’ adalah pewaris para nabi, bererti juga mereka (para ulama’) yang amilin (yang beramal dengan ilmu) mewarisi juga Al-Bashirah (pandangan mata hati) yang membolehkan mereka berijtihad dalam masalah fiqh berlandaskan nas-nas Islam, dan menyucikan jiwa dengan pandangan mata hati dan pengalaman ditarbiah oleh seorang mursyid sebelum beliau.

    Di sini, letaknya kepentingan mengambil tarbiah dari seseorang yang sudah ditarbiah. Oleh yang demikian, para sahabat mengambil tarbiah dari Rasulullah s.a.w. yang sudahpun ditarbiah oleh Allah s.w.t., dan seterusnya para tabi’in mengambil tarbiah dari para sahabat, dan begitulah seterusnya sehingga hari ini. Inilah yang dikenali sebagai silsilah tarbiah dengan izin, yang tidak difahami oleh kebanyakkan para awam sehingga memperkecilkannya.

    Kalaulah sememangnya tarbiah boleh dilakukan dengan sendiri, cukup merujuk kepada kitab Al-Qur’an dan buku-buku himpunan Hadis, nescaya Allah s.w.t . hanya mengutuskan dua kitab tersebut (Al-Qur’an dan As-Sunnah) atau mengutuskan Rasulullah s.a.w. dalam tempoh masa sehari dua untuk menyampaikan dua kitab tersebut kepada para sahabat.

    Kebangkitan Rasulullah s.a.w. di kalangan umat manusia pada ketika itu, dan dakwah Baginda s.a.w. selama 23 tahun, hidup dengan para sahabat, merupakan mesej yang penting kepada kita, tentang kepentingan berguru dalam mengambil tarbiah, sepertimana para sahabat mengambil tarbiah dari Rasulullah s.a.w., para tabi’in mengambil tarbiah dari para sahabat dan begitulah seterusnya.

    Bagi mereka yang tidak memahami konsep Sunnah, menganggap buku-buku hadis sahaja merupakan sunnah, tanpa memerhatikan kefahaman Sunnah itu sendiri, di mana ianya menunjukkan tentang kepentingan mursyid dalam mendidik dan menyucikan jiwa.

    Mengapa Muncul Tarikat pada Zaman Setelah Salaf?

    Kemunculan Tarikat Sufiyah yang membawa warisan tarbiah dari Salaf merupakan natijah dari kepincangan bidang pengajaran umat Islam pada suatu masa. Pada zaman keempat hijriyah dan seterusnya, madrasah-madarasah mula dibuka secara meluas, dan menyebabkan ramai di kalangan penuntut ilmu masuk berbondong-bondong ke dalam madrasah tersebut.

    Dari zahirnya, ia merupakan suatu perkembangan positif dalam memperbanyakkan pelapis-pelapis para ulama’, namun dari suatu sudut yang lain juga, lambakkan penuntut ilmu di madrasah-madrasah ilmiah menyebabkan institusi pengajaran Islam tersebut hanya mewarsiskan ilmu pengetahuan tanpa mewariskan tarbiah kepada panuntut-penuntut ilmu.

    Ini menyebabkan lahirnya generasi ulama’ baru yang mana, sebahagian dari mereka tidak ditarbiah dengan sempurna. Ini menyebabkan, mereka mewarisi ilmu tanpa amal, hasil ketandusan tarbiah dalam intisitusi pengajian Islam.

    Ia lebih dikenali dengan istilah moden sebagai Sekularisasi Ilmu Pengetahuan. Namun, dalam bidang ilmu-ilmu Islam, ia lebih parah kerana apabila ulama’ Islam sendiri mengidap penyakit dalaman seperti takabbut’ ujub’ dan sebagainya, maka sudah pasti masyarakat akan terkesan sama bahkan lebih parah lagi.

    Natijah dari lahirnya banyak ulama’ yang tidak ditarbiah dengan sempurna, menyebabkan mereka tidak mengamalkan ilmu mereka sehingga mewujudkan juga masyarakat yang jauh dari tarbiah penyucian jiwa. Ulama’ sedemikian dikenali dengan istilah ulama’ dunia atau ulama’ suuk menurut Imam Al-Ghazali r.a.. Bahkan, beliau turut mengakui, terkesan dengan kemelut tersebut, kerana mendapati dalam dirnya wujud sifat riya’, ujub dan sebagainya sedangkan secara teorinya beliau tahu ia merupakan suatu kesalahan. Hanyasanya, setelah beliau mengambil tarbiah dari seorang sufi, (Sheikh Yusuf An-Nassaj), beliau mampu merawat masalah tersebut (rujuk buku Al-Munqiz min Ad-Dholalah dan lain-lain).

    Hal ini memaksa sebahagian ulama’ amilin dan ahli zuhud tampil untuk memperbaiki masalah ini dengan mewujudkan suatu bentuk madrasah baru dalam mengimbangi kemelut ilmu dan pengajian dalam umat Islam. Di sebelah madrasah ilmiah yang kosong dari nilai tarbiah, didirikan madarasah tarbiah bagi mengimbangi keperluan umat Islam dari sudut kerohanian dan kebendaan.

    Oleh yang demikian, ramai para ulama’ yang faham dengan perkembangan ini, turut mengambil tarbiah dari madrasah tarbiah yang dikembangkan oleh golongan yang dinamakan sebagai sufi, sepertimana mereka mengambil ilmu dari madrasah ilmiah yang dikembangkan oleh golongan yang dinamakan sebagai ulama’.

    Berlalunya zaman, sehinggalah hari ini, madrasah ilmiah tersebut dikenali sebagai jami’ah atau universiti, sedangkan madarasah tarbiah dikenali sebagai tarikat sufiyah. Dewasa ini, pelbagai perkembangan positif untuk menyatukan semula madrasah ilmiah dan tarbiah dalam satu institusi, namun banyak yang gagal mencapai maksudnya.

    Di Mesir, Universiti Al-Azhar mempelopori gagasan tajdid yang cuba menggabungkan semula madrasah ilmiah dengan madrasah tarbiah, khususnya di Masjid Al-Azhar itu sendiri. Oleh yang demikian, didapati ramai di kalangan ulama’ Al-Azhar juga dalam masa yang sama merupakan mursyid-mursyid dalam tarikat sufiyah masing-masing, dan di dalam proses pengajaran, diterapkan nilai-nilai penyucian jiwa kepada para pelajar.

    Kalau di Malaysia, wujudnya universiti-universiti awam yang cuba menggabungkan nilai ilmu dan tarbiah, khususnya yang dibawa oleh IIUM atau Universiti Islam Antarabangsa. Tetapi, kalau anda menjadi penuntut di IIUM sendiri, anda mampu menilai sejauh manakah keberkesanannya, tanpa bimbingan para mursyid yang berpengalaman.

    Di zaman salafussoleh, tradisi ilmu tidak sama. Kebanyakkan para ulama’ mengajar di dalam masjid dan mengenali murid-murid masing-masing secara dekat. Dalam masa itu, mereka mampu mentarbiah generasi ulama’ seterusnya. Misalnya, apabila kita melihat di mana, Imam Hasan Al-Basri r.a. ditarbiah sendiri oleh par sahabat termasuklah Saidina Ali r.a. sendiri. Seterusnya, para tabi’ tabi’in pula ditarbiah oleh beliau dan begitulah seterusnya. Tradisi pewarisan ilmu pada ketika itu, dipindahkan secara ilmiah dan tarbiah. Jika kita lihat, selalunya murid seseorang ulama’ yang masyhur, pasti tinggal di rumah ulama’ tersebut untuk ditarbiah, seperti hubungan Imam As-Syafi’e dan Imam Al-Maliki, begitu juga dengan hubungan Imam Ahmad dan Imam As-Syafi’e.

    Tradisi ini semakin terhakis apabila jurang kuantiti antara ulama’ dengan murid-murid semakin jauh, sehingga menyebabkan seorang ulama’ memiliki sejumlah besar anak murid, hatta guru tidak pernah mengenali kebanyakkan dari mereka langsung.

    Ini menyebabkan, ramai dari kalangan murid tersebut hanya mewarisi ilmu dari para ulama’, tetapi tidak mewarisi akhlak mereka kerana tidak pernah ditarbiah oleh mereka, seterusnya melahirkan generasi ulama’ baru yang ketandusan tarbiah dan akhlak seperti yang dibincangkan sebelum ini.

    Jelaslah bahawa, tradisi ilmu dan pembelajaran zaman salafusoleh berbeza dengan tradisi pembelajaran kita hari ini. Jika kita lihat, di universiti-universiti sendiri, kebanyakkan dari kalangan penuntut tidak dikenali secara mendalam oleh para pensyarah. Jadi, bagaimana untuk ditarbiah. Bahkan, kebanyakkan para pensyarah tersebut juga, tidak pernah dikenali secara mendalam oleh guru-gurunya sebelum itu, dan tidak pernah ditarbiah oleh mereka.

    Di sinilah kemelut ilmu dan tarbiah yang perlu difokuskan sebelum menuding jari dan menyalahkan pihak lain. Golongan sufi yang tampil untuk mengimbangi kemelut ilmu dan masyarakat Islam tersebut, sebenarnya telah memberi kesan yang amat positif dalam melahirkan ramai ulama’ yang seimbang dalam bidang ilmiah dan tarbiah, seperti Imam As-Syafi’e sendiri, (yang hidup di zaman awal permulaan sufi dan zaman awal perlebaran jurang kuantiti antara ulama’ dan penuntut ilmu), Imam Al-Ghazali r.a. (di zaman nadi kemuncak perkembangan ilmu-ilmu Islam yang ketandusan nilai-nilai tarbiah), Imam Abdul Qadir Al-Jailani r.a. (perintis madrasah tarbiah sistematik secara terbuka dan besar-besaran bagi mewujudkan kesinambungan madrasah ilmiah yang telah ada, namun kosong dari nilai-nilai tarbiah), Imam Izz bin Abdul Salam, Imam As-Sayuti, dan ramai lagi termasuklah para ulama’ Al-Azhar, ulama’-ulama’ di bumi Syam dan Hadramaut yang kini giat dalam bidang pendidikan secara syumul dan bersepadu (semoga Allah s.w.t. membalas jasa mereka semua…Amin…)

    Kesimpulan

    Tarikat dan Tasawuf bukanlah suatu kewajiban bagi umat Islam. Ia cuma wajib bagi mereka yang tidak mampu untuk membaiki diri sendiri hanya dengan menggunakan kitab Al-Qur’an dan As-Sunnah semata-mata. Ini kerana, Al-Qur’an dan As-Sunnah juga tidak dapat difahami secara sempurna oleh orang awam tanpa merujuk kepada para ahlinya, yang mewarisi kefahaman tersebut juga dari guru-guru mereka.

    Tarikat dan Tasawuf juga merupakan salah satu bentuk kefahaman ulama’ yang bergiat dalam bidang tarbiah, dari ajaran Al-Qur’an dan As-Sunnah juga. Oleh yang demikian, sesiapa yang merasakan bahawa, dirinya sudah cukup untuk membaiki diri hanya dengan merujuk kepada kitab Al-Qur’an dan buku-buku hadis, maka dipersilakanlah dia membaiki dirinya sendiri tanpa guru. Bahkan, para sahabat juga memerlukan mursyid atau guru dalam memperbaiki diri, sedangkan kita pula cukup merujuk lembaran-lembaran kitab. Walaupun Al-Qur’an dan As-Sunnah adalah wahyu, barangkali mereka terlupa kepentingan Rasulullah s.a.w. dalam mentarbiah para sahabat yang jelas didapati dalam kitab-kitab hadis tersebut.

    Manhaj tarikat yang sempurna mengandungi tiga ciri yang utama:

    Pertama: Guru yang kamil dan pernah mengambil tarbiah dari seorang guru yang juga pernah mengambil tarbiah dari gurunya sebelum ini dan seterusnya sehingga bersambung silsilah tarbiah tersebut kepada Rasulullah s.a.w. melalui para sahabat, para tabi’in, tabi’tabi’en dan para ulama’ yang amilin yang seterusnya.

    Kedua: Murid yang jujur untuk sampai kepada Allah s.w.t. dengan mengamalkan syariat Islam, dan mengabdi diri kepada Allah s.w.t. dengan hakikat pengabdian seorang hamba.

    Ketiga: Manhaj tarbiah yang bersandarkan Al-Qur’an, As-Sunnah, Ijma’, Qiyas dan pelbagai lagi sumber hukum yang ada dalam Islam. Manhaj tersebut perlulah selari dengan roh ajaran Islam dan prinsip-prinsipnya.

    Adapun sesiapa yang cenderung untuk menolak tasawuf dan tarikat kerana pernah menceburi tarikat yang menyeleweng, terlebih dahulu ucapan takziyah buat mereka. Seterusnya, nasihat penulis, jujurlah untuk kembali kepada Allah s.w.t., dan mintalah hidayah dari-Nya, di samping janganlah menyalahkan dan menuduh sesat ke atas seluruh golongan sufi dengan kesalahan sebahagian dari mereka.

    Bagi mereka yang tidak mahu mengambil tarikat sufiyah kerana yakin boleh mengubati diri sendiri tanpa mursyid yang kamil lagi berpengalaman, kerana cukup baginya merujuk kepada dua kitab iaitu Al-Qur’an dan As-Sunnah dengan kefahaman sendiri, doa kami semoga Allah s.w.t. membantu anda.

    Nasihat penulis kepada mereka: Janganlah menyalahkan dan menuduh sesat ke atas seluruh golongan sufi dengan kesalahan sebahagian dari mereka, janganlah menyalahkan orang yang mengambil tarikat sufiyah kerana tidak mampu mengubati diri sendiri seperti anda dan ingatlah bahawa, tarikat sufiyah yang muktabar juga merupakan hasil kefahaman para ulama’ sufi dari Al-Qur’an dan As-Sunnah juga. Oleh itu, janganlah bersikap jumud dan sewenang-wenangnya menuduh mereka pelaku bid’ah dan sebagainya selagimana mereka mempunyai sandarannya dari nas-nas Islam.

    Renungan buat mereka yang tidak mengambil tarikat dan mendakwa boleh memperbaiki diri sendiri dengan diri sendiri. Apa yang penting, renungilah diri sendiri. Jawablah secara jujur kepada diri sendiri. Adakah diri kita sudah bersih dari sifat-mazmumah? Dapatkah kita ikhlas dalam segenap ibadah kita dengan kaedah penyucian diri sendiri? Dengan tarbiah diri sendiri yang tiada pengalaman, dapatkah kita membuang sifat-sifat riya’, ujub dalam diri sendiri yang tersembunyi? Untuk ujian yang mudah, cuba nilai, kekhusuyukkan kita dalam solat. Adakah bermula solat kita, sehingga selesai solat, 100% kita hudur (menghadirkan diri) dengan mengingati Allah s.w.t., atau dalam masa solat juga, kita teringat perkara-perkara lain selain dari Allah s.w.t.. Kalau kita mampu, teruskanlah usaha untuk mendidik diri sendiri dengan kefahaman diri sendiri terhadap Al-Qur’an dan As-Sunnah. Kalau tidak mampu, terpulanglah kepada anda untuk terus memperbaiki diri sendiri dengan diri sendiri tanpa bantuan mereka yang pakar dan berpengalaman dalam bidang tersebut, atau memudahkan cara dengan mencari mereka yang pakar dalam masalah tersebut.

    Ingatlah dua perkara. Pertama, sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: “ulama’a pewaris para nabi”. Mereka bukan setakat mewarisi ilmu sahaja, bahkan mewarisi tarbiah Rasulullah s.a.w. dengan Al-Bashirah (pandangan mata hati) dan Al-Khibrah (pengalaman). Kedua, ingatlah bahawa, masih terdapat lagi mursyid-mursyid sunni yang berpegang dengan dustur Islam, cuma barangkali anda belum menemuinya.

    Kita tidak mengkritik mereka yang ingin memperbaiki diri sendiri tanpa mursyid, dan hanya merujuk kepada kefahaman mereka terhadap Al-Qur’an dan As-Sunnah, bahkan kita turut mendoakan kejayaan mereka dan membantu mereka untuk tujuan kebaikan dan taqwa. Namun, kita cadangkan, jika mereka dapati, jalan memperbaiki diri sendiri adalah terlalu sukar, mengapa tidak mengikut contoh Imam Al-Ghazali r.a. dan sebagainya yang mencari mursyid yang berpengalaman dalam masalah tarbiah?

    Percayalah bahawa, rahmat Allah s.w.t. itu luas. Maka, sepertimana di zaman Imam Al-Ghazali, ada mursyid yang muhaqqiq, seperti itu juga, di zaman ini dan seterusnya, ada dan akan terus ada mursyid yang muhaqqiq. Inilah rahmat Allah s.w.t. yang tiada bersempadan kepada umat Islam.

    Sedangkan doktor pakar sakit jantung sendiri, bila sakit jantung, pergi berubat kepada doktor sakit jantung yang lain…maka fahamilah…

    Semoga Allah s.w.t. membantu kita dalam menuju keredhaan-Nya…Amin…

    Wallahu a’lam…

    Khadim Al-Ilm wa Ahlihi

    Al-Faqir Ilah Rabbihi Al-Jalil

    Ustaz Mukhlis @ AlFaqir101

    Bicarasufi.com-Portal Pilihan Kita. :: Log in

    abu atiyah

    • *
    • Posts: 387
      • View Profile
    Reply #2 01 November, 2007, 08:34:55 AM
  • Publish


  •     1. Pengertian Ilmu Tasawwuf :

        Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela .

        2. Ilmu tasawwuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah .

        3. Syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainah:

        a) Banyak bersabar .
        b) Banyak menderita yang di alami oleh jiwa .

        4. Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :

            1) Taubat .

            2) Khauf ( Takut )

            3) Zuhud

            4) Sabar.

            5) Syukur.

            6) Ikhlas.

            7) Tawakkal.

            8) Mahabbah ( Kasih Sayang )

            9) Redha.

            10) Zikrul Maut ( Mengingati Mati )

        5. Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah / tercela / sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu :

            1) Banyak Makan

            2) Banyak bercakap.

            3) Marah.

            4) Hasad.

            5) Bakhil.

            6) Cintakan kemegahan.

            7) Cintakan dunia .

            8) Bangga Diri.

            9) Ujub ( Hairan Diri ).

            10) Riya' ( Menunjuk-nunjuk ).

             

    " Berpuluh tahun kita meninggalkan asal usul kita, demi mencari pengertian sebuah kehidupan. Namun tidak salah untuk kita kembali jatuh cinta pada dunia yang pernah membesarkan kita, dan di sinilah bermulanya kehidupan sebenar "

    ahmad

    • *
    • Posts: 20
      • View Profile
    Reply #3 02 November, 2007, 07:44:53 PM
  • Publish
  •             HAKIKAT DARI TASAWUF
                          Dr. Yusuf Al-Qardhawi
     
    Pertanyaan:
     
       Apa sebenarnya arti kata tasawuf hakikat dan hukumnya
       menurut Islam?

       Apakah benar di antara orang-orang ahli tasawuf ada yang
       tersesat dan menyimpang?
     
    Jawab:
     
    Arti tasawuf dalam agama ialah memperdalam  ke  arah  bagian
    rohaniah,   ubudiah,   dan   perhatiannya  tercurah  seputar
    permasalahan itu.
     
    Agama-agama  di  dunia  ini  banyak  sekali  yang   menganut
    berbagai  macam  tasawuf,  di  antaranya  ada sebagian orang
    India yang amat fakir. Mereka condong menyiksa diri  sendiri
    demi membersihkan jiwa dan meningkatkan amal ibadatnya.
     
    Dalam  agama  Kristen terdapat aliran tasawuf khususnya bagi
    para pendeta. Di Yunani muncul aliran Ruwagiyin.  Di  Persia
    ada  aliran yang bernama Mani'; dan di negeri-negeri lainnya
    banyak aliran ekstrim di bidang rohaniah.
     
    Kemudian Islam datang dengan membawa perimbangan yang paling
    baik  di  antara  kehidupan  rohaniah  dan  jasmaniah  serta
    penggunaan akal.
     
    Maka, insan itu sebagaimana digambarkan  oleh  agama,  yaitu
    terdiri  dari tiga unsur: roh, akal dan jasad. Masing-masing
    dari tiga unsur itu diberi hak sesuai  dengan  kebutuhannya.
    Ketika    Nabi    saw.   melihat   salah   satu   sahabatnya
    berlebih-lebihan dalam salah satu sisi, sahabat  itu  segera
    ditegur.  Sebagaimana yang terjadi pada Abdullah bin Amr bin
    Ash.  Ia  berpuasa  terus  menerus  tidak  pernah   berbuka,
    sepanjang   malam   beribadat,  tidak  pernah  tidur,  serta
    meninggalkan  istri  dan  kewajibannya.   Lalu   Nabi   saw.
    menegurnya dengan sabdanya:
     
    "Wahai  Abdullah,  sesungguhnya  bagi  dirimu ada hak (untuk
    tidur), bagi istri dan keluargamu ada hak  (untuk  bergaul),
    dan bagi jasadmu ada hak. Maka, masing-masing ada haknya."
     
    Ketika  sebagian dari para sahabat Nabi saw. bertanya kepada
    istri-istri Rasul saw.  mengenai  ibadat  beliau  yang  luar
    biasa.  Mereka  (para istri Rasulullah) menjawab, "Kami amat
    jauh daripada Nabi saw. yang  dosanya  telah  diampuni  oleh
    Allah  swt,  baik  dosa  yang  telah lampau maupun dosa yang
    belum dilakukannya."
     
    Kemudian salah seorang di antara mereka berkata,  "Aku  akan
    beribadat  sepanjang malam." Sedang yang lainnya mengatakan,
    "Aku tidak akan menikah." Kemudian hal itu sampai  terdengar
    oleh  Rasulullah  saw,  lalu mereka dipanggil dan Rasulullah
    saw. berbicara di hadapan mereka.
     
    Sabda beliau:
     
    "Sesungguhnya aku ini lebih mengetahui  daripada  kamu  akan
    makrifat Allah dan aku lebih takut kepada-Nya daripada kamu;
    tetapi aku bangun, tidur, berpuasa,  berbuka,  menikah,  dan
    sebagainya;  semua  itu adalah sunnah Barangsiapa yang tidak
    senang  dengan  sunnahku  ini,  maka   ia   tidak   termasuk
    golonganku."
     
    Karenanya,   Islam   melarang   melakukan   hal-hal  yang
    berlebih-lebihan dan mengharuskan  mengisi  tiap-tiap  waktu
    luang  dengan hal-hal yang membawa manfaat, serta menghayati
    setiap bagian dalam hidup ini.
     
    Munculnya  sufi-sufi   di   saat   kaum   Muslimin   umumnya
    terpengaruh  pada  dunia  yang  datang  kepada  mereka,  dan
    terbawa pada  pola  pikir  yang  mendasarkan  semua  masalah
    dengan pertimbangan logika. Hal itu terjadi setelah masuknya
    negara-negara lain di bawah kekuasaan mereka.
     
    Berkembangnya   ekonomi    dan    bertambahnya    pendapatan
    masyarakat, mengakibatkan mereka terseret jauh dari apa yang
    dikehendaki oleh Islam yang sebenarnya (jauh  dari  tuntutan
    Islam).
     
    Iman   dan  ilmu  agama  menjadi  falsafah  dan  ilmu  kalam
    (perdebatan); dan banyak dari ulama-ulama fiqih  yang  tidak
    lagi  memperhatikan  hakikat dari segi ibadat rohani. Mereka
    hanya memperhatikan dari segi lahirnya saja.
     
    Sekarang  ini,  muncul  golongan  sufi  yang  dapat  mengisi
    kekosongan   pada   jiwa   masyarakat   dengan   akhlak  dan
    sifat-sifat yang luhur serta ikhlas. Hakikat dari Islam  dan
    iman,  semuanya  hampir  menjadi perhatian dan kegiatan dari
    kaum sufi.
     
    Mereka para tokoh  sufi  sangat  berhati-hati  dalam  meniti
    jalan di atas garis yang telah ditetapkan oleh Al-Qur,an dan
    As-Sunnah. Bersih dari berbagai  pikiran  dan  praktek  yang
    menyimpang, baik dalam ibadat atau pikirannya.
     
    Banyak orang yang masuk Islam karena pengaruh mereka, banyak
    orang yang durhaka dan lalim kembali  bertobat  karena  jasa
    mereka.  Dan tidak sedikit yang mewariskan pada dunia Islam,
    yang berupa kekayaan besar dari peradaban dan ilmu, terutama
    di bidang makrifat, akhlak dan pengalaman-pengalaman di alam
    rohani, semua itu tidak dapat diingkari.
     
    Tetapi, banyak pula di antara orang-orang sufi itu terlampau
    mendalami tasawuf hingga ada yang menyimpang dari jalan yang
    lurus dan  mempraktekkan  teori  di  luar  Islam,  ini  yang
    dinamakan  Sathahat  orang-orang  sufi;  atau  perasaan yang
    halus dijadikan sumber hukum mereka.
     
    Pandangan mereka  dalam  masalah  pendidikan,  di  antaranya
    ialah  seorang  murid  di hadapan gurunya harus tunduk patuh
    ibarat mayat di tengah-tengah orang yang memandikannya.
     
    Banyak dari golongan  Ahlus  Sunnah  dan  ulama  salaf  yang
    menjalankan  tasawuf,  sebagaimana diajarkan oleh Al-Qur'an;
    dan   banyak   pula    yang    berusaha    meluruskan    dan
    mempertimbangkannya    dengan    timbangan   Al-Qur'an   dan
    As-Sunnah. Di antaranya  ialah  Al-Imam  Ibnul  Qayyim  yang
    menulis sebuah buku yang berjudul: "Madaarijus-Saalikin ilaa
    Manaazilus-Saairiin," yang artinya "Tangga  bagi  Perjalanan
    Menuju  ke  Tempat  Tujuan." Dalam buku tersebut diterangkan
    mengenai  ilmu   tasawuf,   terutama   di   bidang   akhlak,
    sebagaimana   buku  kecil  karangan  Syaikhul  Islam  Ismail
    Al-Harawi   Al-Hanbali,   yang   menafsirkan   dari    Surat
    Al-Fatihah, "Iyyaaka na'budu waiyyaaka nastaiin."
     
    Kitab  tersebut  adalah  kitab yang paling baik bagi pembaca
    yang ingin mengetahui masalah tasawuf secara mendalam.
     
    Sesungguhnya, tiap-tiap manusia boleh  memakai  pandangannya
    dan   boleh   tidak   memakainya,   kecuali   ketetapan  dan
    hukum-hukum dari kitab Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah  saw.
    Kita  dapat  mengambil  dari ilmu para sufi pada bagian yang
    murni dan jelas, misalnya ketaatan kepada Allah  swt,  cinta
    kepada  sesama  makhluk,  makrifat  akan kekurangan yang ada
    pada diri sendiri, mengetahui tipu muslihat dari  setan  dan
    pencegahannya,  serta  perhatian  mereka  dalam meningkatkan
    jiwa ke tingkat yang murni.
     
    Disamping  itu,  menjauhi  hal-hal   yang   menyimpang   dan
    terlampau  berlebih-lebihan,  sebagaimana  diterangkan  oleh
    tokoh sufi yang terkenal, yaitu Al-Imam Al-Ghazali.  Melalui
    ulama  ini,  dapat kami ketahui tentang banyak hal, terutama
    ilmu akhlak, penyakit jiwa dan pengobatannya.
     
    ---------------
    FATAWA QARDHAWI,

    blogustazsufi

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Reply #4 29 October, 2008, 03:03:04 PM
  • Publish
  • Ana nak berkongsi ilmu & pengalaman tentang tasawuf dan tarekat

    Lawati http://blogustazsufi.blogspot.com/

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #5 16 October, 2009, 05:42:03 AM
  • Publish

  • Keperluan Tarikat

    Pengertian tarikat: Tarikat diambil dari perkatan arab membawa maksud jalan. Kalau disebut tarikat Al-Fikr membawa maksud jalan berfikir. Jika disebut tarikat Az-Zikr membawa maksud jalan berzikir dan lain-lain. Dalam Al-Quran biasanya tarikat digunakan untuk jalan yang diikuti oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang diajarkan kepada baginda oleh Allah SWT melalui Malaikat Jibril. Ini merangkumi soal jalan baginda beribadat, berakidah, bermuamalah, mengadakan hubungan antarabangsa, mendirikan negara, melayan tetamu, menyiapkan bala tentera dalam peperangan, menguruskan keluarga dan lain-lain. Dari segi istilah, tarikat ditakrifkan oleh Syeikh Ahmad Khatib Al-Minangkabau seorang ulama dari Indonesia yang pernah menjadi khatib di Makkah Al-Mukkaramah sebagai jalan yang ditempuhi oleh nabi SAW, para sahabat, ulama dan para ahli sufi generasi awal dahulu. Jalan ini mesti diikuti oleh umat Islam.

    Menurut Syeikh Al-Jurjani tarikat ialah jalan khusus menuju kepada Allah yang melibatkan pengharungan beberapa halangan dan penempuhan beberapa tingkatan rohani dalam berbagai maqam. Syeikh Al-Kandahlawi pula mendefinisikan tarikat itu sebagai sejalan dengan makna ihsan yang terdapat dalam sebuah hadis yang sahih iaitu seorang itu beribadat kepada Allah seolah-olah ia melihat Allah, Jika ia tidak melihat Allah, Allah melihatnya. Bagaimanpun tarikat tasauf sekarang lebih tertumpu kepada teknik berzikir untuk membersihkan jiwa kerana itu timbullah istilah tarikat Qadiriyah, Naqsyabandiyyah dan sebagainya.

    Setiap muslim wajib melalui tarikat untuk menuju kepada Allah tetapi bukan melalui tarikat yang ada sekarang ini, sebaliknya tarikat dalam ertikata jalan yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan diikuti oleh para sahabatnya. Tarikat ini merangkumi soal akidah, ibadat dan akhlak. Kerana itu mereka hendaklah menuntut ilmu dari para ulama yang dipercayai keimuannya, tidak melakukan bid'ah dan sentiasa menunaikan amalan yang wajib di samping berterusan melakukan amalan yang sunat. Selain itu ia juga perlu tegas dalam menentang perkara mungkar. Ulama seperti inilah menurut Ibn Al-Qayyim yang layak dijadikan guru.

    Tidak mahu bertarikat dengan erti kata tidak mengikuti salah satu dari tarikat zikir yang disertai oleh sesetengah masyarakat sekarang seperti Tarikat Ahmadiyyah dan sebagainya tidaklah menjadi kesalahan, tetapi tidak bertarikat dalam ertikata tidak mengikut cara nabi berakidah, beribadah dan berakhlak adalah haram dan berdosa malah terkeluar  dari islam. Membenci tarikat Zikir adalah sesuatu yang tidak wajar kerana zikir kepada Allah adalah perkara yang boleh menggilapkan hati  dan mendekatkan diri seseorang kepadaNya.

    Walau bagaimanapun jangan difahami istilah zikir itu sekadar zikir lisan sahaja, malah zikir dalam ertikata yang sebenarnya merangkumi zikir hati, lisan dan anggota. Ini merangkumi berjihad fi sabilillah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat menunaikan fardu haji di Baitullah, berbuat baik kepada jiran tetangga, menziarahi orang sakit, menolong orang yang dalam kesusahan, menziarahi kubur, beriktikaf, menuntut ilmu, mengulangkaji ilmu, mengadakan majlis perbincangan ilmu dan lain-lain. Bagimanapun jika seseorang itu membenci teknik zikir yang dilakukan dalam sesuatu tarikat itu kerana ia bercanggah dengan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah sesuatu yang baik, kerana itu bererti ia tidak meredai sunnah Rasulullah SAW dicemari oleh tangan-tangan manusia yang tidak berilmu.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #6 16 October, 2009, 05:46:15 AM
  • Publish

  • Perbezaan Tarikat dan Tasawwuf

    Perbezaan antara tarikat dan tasawwuf,  menurut ahli tasawwuf tarikat adalah lebih umum berbanding tasawwuf kerana tarikat merupakan jalan ke arah tasawwuf. Dengan kata lain seorang ahli tasawwuf ialah seorang yang sudah menempuh jalan yang dilalui oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya, dan telah berjaya mencapai peningkatan rohani sehingga hampir dengan Allah tetapi tidak semestinya seorang yang bertarikat itu ia bertasawwuf, kerana boleh jadi dalam perjalanannya itu ia diselewengkan oleh syaitan lantas tergelinncir ke lembah syirik dan lain-lain.

    Tarikat yang muktabar di zaman ini amat sukar dicari. Imam Al-Qusyairi pernah menyatakan kesukaran untuk mendapatkan syeikh tarikat yang benar-benar mursyid di zamannya, apalagi di zaman kita ini. Tambahan pula menurut syeikh Ahmad Al-Khatib tarikat-tarikat sekarang banyak diresapi oleh unsur-iunsur bid'ah dan jalan pembawaannya juga sudah banyak diresapi oleh ajaran syiah dan ajaran hindu. Bagaimanpun pengamal-pengamal tarikat di zaman ini masih mendakwa tarikat mereka sebagai tarikat yang muktabar seperti tarikat Ahmadiyyah, Naqsyabandiyyah, Qadiriyyah dan lain-lain.

    Kesimpulannya seseorang itu boleh memasuki tarikat ini selagi ia melihat tidak terdapat perkara yang bercanggah dengan Al-Quran dan Al-hadis. Jika terdapat percanggahan yang jelas dengan Al-Quran dan Al-Hadis hendaklah ditingalkannya. Sebaliknya hendaklah ia bergaul dengan para ulama yang benar-benar amanah dalam ilmunya.

    intizhar

    • *
    • Posts: 621
      • View Profile
    Reply #7 27 May, 2010, 07:01:23 PM
  • Publish
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala penciptaan serta kurniaanNya..

    Tesawuf dlm Islam terbahagi kpd dua..

    1- Tesawuf yg berhubung dgn ilmu pendidikan dan perlatihan keruhanian, membentuk sifat dan aqhlak yg tinggi lagi murni, melatih diri dgn sifat-sifat keutamaan dgn istilah Ilmu Mu'amalah..

    2- Manakala bahagian keruhanian, penyerahan, ibadat dan kesedaran atas perasaan begitu cinta kpd Allah swt, isyraq ( beroleh sorotan cahaya dari Yang Maha Agung ) , pelbagai ilham dan limpahan-limpahan kurniaan Ilahi..InsyAllah.

    Kebiasaannya atas pengertian ilmu itu tadi, ianya harus ditempuh dgn melalui beberapa tingkatan perjalanan ( tariqat )..
    a) Amal dzahir..
    b) Amal bathin atau Muraqabah diri, mendekatkan diri, mengingatiNya..
    c) Riyadhah serta mujahadah, supaya jiwa semakin suci dan seterusnya..
    d) Fana..dlm martabat syuhudul haqqi bil haqqi, merasa akan yang haq dan kebenaran..
    e) akhir tujuannya..tidak dpt dihuraikan dgn tulisan dan lisan.." RASA " " Man lam yadzawq lam yadri " siapa yang tak rasa tak tahu....

    Kita hanyalah saksi ( syahid ) atas Pekerjaan Allah yang Maha Sempurna..dan kita juga hanya diam terpaku dalam Kesibukan Allah ( Af'alullah ).. Firman Allah " Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagaimana jalannya awan." ( An Naml: 88 )..

    Menurut Imam Al Ghazali, Tesawuf adalah sumber aqidah Islamiah. Maka aqidah Islamiah seseorang itu belum mendptkan sumber yg sebenarnya, manakala ia tidak berusaha mencarinya melalui jalan-jalan ( Tariqat ) yg telah dibentangkan oleh orang-orang sufi seperti yg diberitakan mereka berita pengalamannya masing-masing samada dari guru ke murid dan seterusnya..

    " Illahi maqsudi wa ridhoka matlubi " Tuhan, Engkaulah yang ku maksud dan kerelaanMu lah yang aku tuntut " Amin.

    wallahu'alam..
    Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    30 Replies
    7459 Views
    Last post 30 October, 2009, 07:05:16 PM
    by syarqowy
    Tarikat dan Sufi

    Started by hana USIM « 1 2 ... 5 6 » Soal Jawab

    111 Replies
    14793 Views
    Last post 08 October, 2013, 09:36:10 PM
    by acit
    21 Replies
    5652 Views
    Last post 05 October, 2010, 02:35:40 PM
    by mohdazri