Aneka Resepi Mee

Author Topic: Aneka Resepi Mee  (Read 22102 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

faseh

  • *
  • Posts: 999
  • Cahaya Cinta Allah..Guru d PPK(knk2 pekak)
    • View Profile
25 May, 2007, 07:42:21 AM
  • Publish Di FB
  • MEE HOON ORANG NOGOGHI

      :)

    NI NAK CEPAT NIH...
    SIMPLE JEK...

    BAHAN2 YG DITUMIS...

    BAWANG PUTIH 7 ULAS (CINCANG)
    LADA SULAH 5 CAMCA BESAR (IF X TAHAN PEDAS BUH SIKIT JE)
    UDANG KERING SUKA ATI BANYAK MANE...
    UDANG BASAH PUN TAK KISAH BANYAK MANEPUN...
    DAN IF NAK TUKAR UDANG NGAN DAGING LAIN PUN BLEH ASALKAN HALAL DIMAKAN...HE...

    FISHBALL
    LOBAK
    PUTIK JAGUNG
    KUBIS BUNGA
    KUBIS

    (SEMUA YANG DIATAS DITUMIS SEHINGGA NAIK BAU)

    P/S-> TUMIS LA BAWANG DULU...PASTU MASUKKAN LADA SULAH...NAK PEDAS BUH LADA ITAM SKALI...N THEN MASUKKAN SEMUA BAHAN2 DIATAS YE....

    PASTU AGAK2 SAYUR DA LEMBUT MASUKKAN MEE HOON....
    MEEHOON (SEBUNGKUS 200GM)
    JGN LUPA LETAK PERISA TAMBAHAN YE (GARAM)
    K...SELESAI RESIPI KALI NI...
    KHAS TUK SHEF ZETTI DR SARAWAK...

    TATA...
    ------------------------------------------------------------------------------------

    POSTING ASAL OLEH : ALYANI
    « Last Edit: 31 May, 2009, 10:34:44 AM by NoZaBiZz »
    *Image Removed*
    Ya ALLAH, jadikan aku wanita yang solehah...yang baik di antara yang terbaik...dan kurniakan aku pendamping yang baik...
    dlm mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu...
    Amin...

    ibnuwalidaini

    • *
    • Posts: 2895
    • .:: StiLL iN JoUrNeY tO kNoW AbOuT LiFe ::.
      • View Profile
    Jawab #1 07 June, 2007, 06:17:57 AM
  • Publish Di FB
  • Haaa meh blajo camner nak wat mee bandung simple...cara masak senang...rasa amat sedap dan mengenyangkan...jom cuba...

    Mee Bandung Simple Baling-Gerik....

    bahan2...

    bawang merah - ikut suka banyak maner..
    bawang putih - lagi banyak lagi best..sesedap rasa..
    sos cili atau sos tomato - sebotol pun cukup..
    kicap - aper jenis pun boleh..
    sos tiram - kalo ada...
    mee - tgk la baper orang nak makan..
    ayam/daging
    sayur - paling kurang tomato...
    garam - secukup rasa
    gula - pelengkap rasa

    cara masak lak...

    ermm memuler sekali bawang merah dan bawang putih tu ditumbuk...lepas tu di tumis..selepas naik bau..masukkan serba sedikit bahan2 utk masak sup..dan masukkan air mengikut kehendak hati...setelah air dah mendidih...masukkan ler sos ..masukkan lak kicap...dan bubuh lak ayam atau pun daging tuh...setelah tu masukkan sayur lak...kalo rasa ayam dah empuk..leh masukkan garam dan gula secukup rasa...dan biarkan sekejap..lepas tu siap utk dihidangkan...

    sebagai bahan tambahan..goreng bawang...so selamat mencuba..bon apetit..

    kalo sedap bgtau kawan..kalo tak sedap cari resepi lain plak...ahaakkk
    " Semua manusia tahu bagaimana
    hendak bercakap tetapi
    tidak semua orang tahu bila dia
    patut bercakap."

    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2060
      • View Profile
    Jawab #2 09 June, 2007, 11:08:10 PM
  • Publish Di FB
  • ginih ke rupa mee bandung yang dimaksudkan

    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    Saharudin

    • *
    • Posts: 9
      • View Profile
    Jawab #3 12 October, 2008, 01:36:46 AM
  • Publish Di FB
  • MEE HAILAM

    Bahan-bahan
    600 gm mee kuning
    100 gm daging [hiris nipis]
    100 gm isi ayam [hiris nipis]
    100 gm udang
    250 gm sawi hijau [potong kecil]
    100 gm bunga kubis [hiris]
    100 gm kobis [hiiris]
    2 biji telur ayam
    1 biji cili merah [mayang]
    1 s/b lada hitam
    3 s/b kicap pekat
    3 s/b sos tomato
    3 sudu besar minyak
    1 cawan air
    4 ulas bawang putih [ketuk]

    bahan hias
    3 batang daun sup ]
    3 batang daun bawang ] potong pendek
    garam [jika perlu] 

    Cara Memasak
    1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
    2. Masukkan daging dan air. Biarkan sehingga lembut.
    3. Bila daging dah lembut masukkan ayam dan udang. Kacau rata.
    4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata.
    5. Masukkan bahan sayuran lain dan telur. Biarkan telur keras dan kacau perlahan-lahan.
    6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup & daun bawang.

    .
    « Last Edit: 31 May, 2009, 10:30:06 AM by NoZaBiZz »

    T/Shirt Muslimah Berpoket >>>http://blogtshirtmuslimah.blogspot.com

    zueadna

    • *
    • Posts: 184
    • Ya Allah terimalah segala amalanku
      • View Profile
    Jawab #4 08 March, 2009, 03:26:24 PM
  • Publish Di FB
  • Salam,

    I heard petua nak pekatkan kuah mee bandung ni letak serbuk biskut marie...hmm...one day nak try lah..
    Kecantikan abadi terletak pada keelokan adab, ketinggian ilmu. bukan pada wajah & pakaiannya..   - Hamka -
    [img]http://dl10.glitter-graphics.net/pub/1868/1868270fotwibw5m2.gif[/img]

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #5 08 March, 2009, 05:04:53 PM
  • Publish Di FB
  • Salam,

    I heard petua nak pekatkan kuah mee bandung ni letak serbuk biskut marie...hmm...one day nak try lah..

    Betul zueadna, petua untuk memekatkan kuah mee boleh gunakan biskut marie dan juga ubi

    kentang atau ubi keledek. Jangan pula ubi kayu.

    Kalau nak pekatkan sup sayur pula gunakan sedikit tepung jagung.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    shaniza

    • *
    • Posts: 216
    • Ya Allah Engkaulah Maksudku, keredhaan Mu impianku
      • View Profile
    Jawab #6 04 April, 2009, 09:58:19 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Teringat janji pada wildan nak beri resepi mee kari....

    Untuk raudhah_hasanah, jadikan resepi ini hadiah sempena perkahwinan yang semakin dekat..(kumpul resepi banyak-banyak)

    untuk ratu_islam, aeman_syahadah dan halaqian yang akan menduduki exam.. tenangkan hati...Mari belajar buat dan makan mee kari dulu...

    Mee Kari Hilang Tension

    Bahan untuk kuah;

    8 ulas bawang putih      }                               5 sudu besar serbuk kari daging
    3 sudu besar cili kering }                               2 biji kelapa (ambil santan)
    1 inci halia                   } kisar                       tulang lembu / ayam (direbus empuk)
    10 biji bawang merah   }                               sedikit gula
    garam                                                          daun kari
    minyak masak

    Bahan lain.

    500 gm mee kuning - dicelur                         Tauhu - digoreng
    Tauge - dicelur                                             telur rebus
    bawang goreng                                             kerang - 1/2 masak
    fish cake - dipotong                                      jika suka boleh di tambah sambal tumis.

    Cara membuat;

    1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah dikisar bersama daun kari.
    2. Masukkan rempah kari daging dan masukkan sedikit air - biar masak rempah.
    3. Masukkan tulang lembu bersama sedikit air rebusan.
    4. Apabila telah mendidih, masukkan santan, gula, garam, kerang 1/2 masak dan fish cake.
    5. Biar seketika dan suaikan rasa - angkat.
    6. Celur mee dan toskan.
    7. Masukkan mee ke dalam pinggan, masukkan semua bahan iringan dan kuah...siap untuk di makan.

    selamat mencuba....





    Bagi mendapatkan info tambahan, layari blog-blog ummi sha
    http://sarimahshaniza.blogspot.com/

    shaniza

    • *
    • Posts: 216
    • Ya Allah Engkaulah Maksudku, keredhaan Mu impianku
      • View Profile
    Jawab #7 18 April, 2009, 09:16:16 PM
  • Publish Di FB
  •   MEE SEGERA SUP CAMPURAN

    Ummi sha cuma buat inovasi sikit je sesuai dengan keadaan orang bujang...

                                  
    Bahan:

    1 biji tomato                                              1 peket fish ball
    2 kuntum cendawan                                   1 biji bawang besar
    1/2 batang lobak merah                             1 batang daun bawang(hiris)
    1 peket mee segera perasa ayam

    Cara Membuat:
    1. Rebus air ikut sukatan pada bungkus mee segera.
    2. Rendam cendawan, bila lembut perah airnya dan hiris halus-halus.
    3. Kikis lobak merah dan potong menyerong
    4. Potong baji tomato dan bawang besar
    5. Bila air mendidih, masukkan fish ball, bawang besar, tomato, cendawan dan lobak merah.
    6. Masukkan mee segera dan perasa.
    7. Bila dah masak, angkat, masukkan ke dalam mangkuk dan hias dengan daun bawang.[/color]
    « Last Edit: 31 May, 2009, 09:50:32 AM by NoZaBiZz »

    peluru

    • *
    • Posts: 369
    • Mujahidin
      • View Profile
    Jawab #8 20 April, 2009, 12:57:28 AM
  • Publish Di FB
  • MEE REBUS UTARA

    Kuah Mee Rebus:

    ½ kilo ubi keledek merah (rebus & blander)
    1 tin tomato soup
    ½ botol sos chili
    1 paket cili boh (ikut suka pedas)
    300g daging lembu (potong kecil2 & rebus)
    300g udang basah
    100g bawang besar (mesin)
    Minyak masak

    Mee Kuning (celur sekejab dengan air panas)
    Taugeh (celur)
    Telor Rebus
    Tahu Goreng
    Daun Bawang
    Bawang Goreng
    Cili merah (hiris)

    Cara-Caranya:

        * Panaskan minyak dalam periuk

        * Tumis bawang & cili boh sampai wangi

        * Masukkan cili sos & tomato soup

        * Masukkan udang & daging bersama air rebusan

        * Masukkan ubi keledek yang telah diblander

        * Tambah air mengikut pekat mana kita nak kuah tu. Tambah garam, gula, serebuk perasan mengikut selera sendiri. Kalau nak tambah pati ayam/daging boleh. Masak sampai mendidih dan tutup api.


    Cadangan Hidangan:

    Campur mee, taugeh , telor rebus, tahu goreng, bawang goreng, daun bawang dan cili potong dalam pinggan. Tuangkan kuah dan hidangkan

    Tambahan:

    Boleh kurang dan tambah bahan-bahan mengikut cita rasa sendiri
    « Last Edit: 31 May, 2009, 10:32:25 AM by NoZaBiZz »
    -hOLla-

    ...seorng hamba ALLAH...tnpa pinjaman dariNYA siapalah aku...
    [img width=610 height=70]http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/selang10.jpg[/img]

    Annalthafunnisa

    • *
    • Posts: 519
    • put ALLAH first,everything will come to you..
      • View Profile
    Jawab #9 07 May, 2009, 11:14:14 PM
  • Publish Di FB


  • mee ni sedap..mee rebus hj wahid..
    smile until you cant smile;

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #10 10 May, 2009, 08:20:05 AM
  • Publish Di FB

  • MEE HAILAM




    Bahan-Bahan:

    ½ kilo mee kuning
    3 ulas bawang putih, ditumbuk
    3 sudu besar minyak masak
    2 sudu besar tepung jagung
    4 sudu besar sos tiram
    1 sudu teh serbuk pati ayam
    2 ½ cawan air
    100 gm daging
    100 gm ayam    
    6 ekor udang sederhana besar
    2 ekor sotong, dipotong bulat
    ½ batang carrot, dipotong bulat
    1 pokok sawi, dipotong
    4 batang jagung muda, dipotong memanjang
    5 biji cendawan butang, dipotong dua
    4 biji cili padi diketuk
    ½ sudu teh serbuk lada putih
    Garam dan gula secukup rasa

    Cara:

    Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan tepung jagung. Kacau sebentar.
    Kemudian masukkan air, sos tiram dan serbuk pati ayam. Apabila kuah mendidih, masukkan daging, ayam, udang dan sotong.
    Kemudian, masukkan garam, gula dan serbuk lada putih secukup rasa. Apabila sudah empuk, masukkan lobak merah, sawi,
    jagung muda, cendawan butang dan cili padi. Kacau selama 2 minit.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #11 10 May, 2009, 08:26:13 AM
  • Publish Di FB

  • MEE KUNGFU





    bahan A
    500 gm mee kuning
    5 biji telur ( dipukul)

    Bahan B
    100 gm udang basah (buangkan kulit)
    150 gm ayam (dihiris)
    1 biji panjang fish cake (potong nipis)
    3 ulas bawang putih (dicincang) Atau diketuk dengan parang dapur
    100 gm brokoli (dipotong)
    100 gm bunga kobis (dipotong)
    100 gm carrot (potong kecil dan panjang)
    5 tangkai baby corn
    2 sudu besar minyak masak
    2 s/b tepung jagung + 1 cawan air , bancuhkan
    1 cawan air rebusan ayam
    2 s/b sos tiram
    1 s/b lada sulah
    garam
    minyak

    Cara:
    1. Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
    2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
    3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
    4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
    5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
    6. Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

    Abi Naim

    • *
    • Posts: 275
    • Kejayaan kita hanyalah dalam agama Islam
      • View Profile
    Jawab #12 04 July, 2009, 12:41:43 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    MEE KARI SEAFOOD


    4 sudu penuh penuh serbuk kari ayam dicampur air buat pes - ku guna babas
    2 sdb cili mesin/cili boh -optional
    1 atau 2 kotak santan - depend on suka pekat ke tak
    1/2 cwn air asam jawa - ni adjas ikut tekak le
    garam dan gula sesedap rasa
    200 gm udang sederhana besar - buang kulit tapi kulit dan kepala di amik, direbus dan blend amik airnya. udang plak letak sebelah dulu yek, later taruk dlm kuah.
    1-2 kg kerang direbus dan dibuang kulitnya
    1 pek fishball - dipotong 3 atau 4
    1/2 pek fish cake - potong
    kacang panjang seikat kecil potong abt 1cm to 1.5cm
    6 ketul taufuk (tauhu kering)
    2 ekor ketam fresh
    daun kari

    bhn blend
    1 labu bawang besar
    2 batang serai
    3 ulas bawang putih
    2 cm halia

    bhn hias
    taugeh
    telur rebus
    sawi
    cili hijau jeruk
    bwg goreng
    cili merah

    1) tumis bhn blend dan daun kari sampai naik bau
    2) masukkan rempah kari dan cili boh dan tumis sampai wangi dan naik minyak;
    3) masukkan ketam;
    4)masukkan air udang dan air abt 1 ke 2 liter dan didihkan…
    5) masukkan fishcake, fishball, taufuk, kerang pastu perasakan dgn air asam, garam dan gula
    6) dah didih masukkan santan dan bior didih slowly kejap
    7) pastu baru masuk udang dan kacang panjang. pastu tutup le api. nak sedap lagi masuk skit bawang goreng ngan minyak dia skali so makna kata bawang goreng sendiri le bukan segera

    **** mi kari  ni…nak pasti rasanya power…make sure semua seafood tu fresh terutamanya  ketam le. penyedap kuah ni memang le ketam tu ngan air udang. klu dua benda ni tak fresh…hancuss le rasa kuah mi kari nih.

     

    :::Memang sedap buat utk buka puasa..lebih2 lagi kalau dapat pujian melambung dari cik abang sayang..siap ulang makan dia..resepi yang MESTI dicuba.

    Dijemput semua muslimin menghadiri Ijtimak Tabligh Malaysia yang akan diadakan pada 9 hingga 12 Julai ini di Masjid Kuarters KLIA Bandar ENSTEK dekat trek F1, Sepang http://wikimapia.org/962187/Klia-Quarters
    « Last Edit: 23 October, 2009, 12:47:31 PM by Ummi Munaliza »

    halawah

    • *
    • Posts: 2590
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Jawab #13 23 October, 2009, 12:33:35 PM
  • Publish Di FB
  • Hm...mau cuba lah hari ini...
    yummy
    adik sayangkan pada abang...
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #14 23 October, 2009, 12:46:10 PM
  • Publish Di FB

  • Mee Kari Special


    Hidangan untuk 4 orang.

    bahan-bahan :-
    5 ulas bawang putih
    10 ulas bawang merah
    2 batang serai
    1 inci halia
    Sepekat helba
    1 1/2 biji santan pekat
    1 biji santan cair
    4 biji telur ayam rebus
    Kerang,Udang,Isi ayam
    Fish cake,fish ball
    Tahu goreng,Sawi,tougeh,cili merah
    Serbuk cili, serbuk kari
    Garam & Serbuk Perasa.

    Cara Membuatnya
    Kisar bawang putih,merah,halia & serai,kemudian panaskan minyak.Tumiskan kesemua bahan yang telah dikisar sehingga naik bau,masukkan helba biarkan seketika. Setelah itu masukkan serbuk kari & cili serta sedikit air .Kemudian masukkan kerang,tahu goreng,fish cake,fish ball,udang, garam, serbuk perasa, dan kemudian sekali masukkan kesemua santan. Sawi & tougeh hendaklah dicelur saja.Ayam direbus lalu dicarikkan isinyer. Selamat mencuba....



    « Last Edit: 23 October, 2009, 12:48:40 PM by Ummi Munaliza »

    halawah

    • *
    • Posts: 2590
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Jawab #15 23 October, 2009, 12:49:49 PM
  • Publish Di FB
  • Ini buat lapo...Munaliza dah masak dulu ya!kirimkan kirimkan hoop cepat sampai...burung pulai sana cepat dah sampai ke Tampinesskan..:senyum:

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #16 23 October, 2009, 12:56:43 PM
  • Publish Di FB


  • Mee Kari Udang


    Bahan-bahan ( 8-10 orang )
    udang 1/2 kg
    mee kuning 1kg ( basuh dan celurkan)
    rempah kari 2 senduk kecil
    cili boh yg dimesin sikit (kalau suka pedas)
    bawang merah 6 ulas*
    bawang putih 3 ulas*
    halia 1/2 inci*
    kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh ( semua ni sikit je..nak kasik wangi. tak letak pun xpa rasanya)
    daun kari 1 tangkai
    tahu kering (yg macam dlm pic tu)
    udang kering sikit*
    asam keping dlm 2,3 keping
    pati santan RM1 (beli kat pasar je) @ kelapa parut sebijik
    Bahan hiasan/ulam: telo rebus, bawang goreng, sawi (celurkan), taugeh (celur jugak), cili besar@cili api

    Cara-cara
    1. Tumbuk bahan *
    2. Gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste. Masukkan juga cili mesin tadi.
    3. Bersihkan udang, keluarkan kepala dan kulit. Kepala dan kulit ni rebus dgn sedikit air kemudian blend dan tapiskan air dia tu untuk jadikan stok. Tapi pic kat atas tu tak buang kulit sebab M..
    4. Panaskan minyak. Masukkan daun kari. Lepas tu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
    5. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari
    6. Bila dah pecah minyak, masukkan santan, stok udang, garam secukup rasa dan asam keping. Garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang.
    7. Bila mendidih sekali masukkan tauhu kering yg telah di potong dua, kacau-kacau dan tutup api.
    8. Masukkan mee dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan dan sedia untuk dimakan..

    « Last Edit: 23 October, 2009, 12:58:25 PM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #17 23 October, 2009, 01:00:45 PM
  • Publish Di FB

  • Mee Kari Tomyam



    Bahan-Bahan:
    300 gm mee kuning
    250 gm ayam (dipotong kecil)
    1 biji timun (dipotong kecil)
    4 keping tauhu kering
    ½ biji kelapa (diambil santan)
    1 sudu makan serbuk lada hitam
    2 sudu makan rempah kari daging 10 ulas bawang merah (dikisar)
    1 batang serai (dikisar)
    2 inci belacan
    1 kuntum bunga kantan
    2 kiub Tom Yam Knorr
    200 gm sawi (dipotong 1inci & dicelur)
    500 gm kerang rebus
    Garam secukup rasa

    Cara:
    Rebus ayam & asingkan air rebusannya. Panaskan minyak & tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan rempah kari, serbuk lada hitam,belacan & kacau lagi hingga garing. Masukkan air rebusan, kiub Tom Yam Knorr,bunga kantan & tauhu. Masukkan santan, ayam & garam secukup rasa. Kacau hingga mendidih. Celur mee & toskan. Masukkan ke dalam pinggan & tuangkan kuah di atasnya.

    Cadangan Hidangan:
    Mee tersebut bolehlah dihiaskan dgn kerang, sawi & timun.





    efa_reeza

    • *
    • Posts: 113
      • View Profile
    Jawab #18 23 October, 2009, 01:03:05 PM
  • Publish Di FB
  • wahhh..nmpak mcm sgt menyelerakan tapi tak berani nak makan sebab ragu2 ngan cara pembuatan mee.ade sesiapa tau buat mee sendiri tak?

    halawah

    • *
    • Posts: 2590
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Jawab #19 23 October, 2009, 01:05:26 PM
  • Publish Di FB
  • Aduhai pedihnya peruut ni
    byk sgt restaurant ni kirimkan makanan ..
    hm...membazir wang
     abang kata kepalaku botaak lahai sayang punya pasal ngidam lagi ya!.....:senyum:
    maklum pembawaaan anak ...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    6 Replies
    96088 Views
    Last post 22 July, 2011, 05:25:36 PM
    by ommi solehah
    3 Replies
    3153 Views
    Last post 18 December, 2012, 10:23:03 AM
    by elsanxs
    5 Replies
    1749 Views
    Last post 25 April, 2011, 11:06:26 PM
    by jaimejoothman