cara mudah belajar,,,

Author Topic: cara mudah belajar,,,  (Read 3753 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Akh FalAh

  • *
  • Posts: 225
    • View Profile
13 May, 2011, 12:21:09 AM
  • Publish Di FB
  • Ilmu yang tertinggi sekali adalah ilmu alam , yea ilmu alam . Sekiranya kita dapat menguasai ilmu alam ini kita dapat menguasai ilmu yang lain kerana ilmu alam adalah luas melibatkan jiwa dan akal kita bila ia bersatu kita berjaya menguasai ilmu lain dengan mudah sekali . -

    Tulisan kali ini memuatkan kisah bagaimana Imam Shafie r.a. belajar hadith daripada Imam Malik r.a. Saya petik kisah ini dari buku IMAM SHAFI’I, In Quest of Knowledge. Di bawah sub tajuk, A Feat of Memory, Imam Shafie menyebut, “I picked up a straw and whenever Imam Malik narrated any Hadith, I would wet it with my lips and write out the words on the palm of my left hand.”

    Dari kisah ini kita dapat membuat kesimpulan bahawa Imam Shafie menulis atau membuat gerakan otot semasa ia belajar. Perlu diingatkan ketika hal ini berlaku Imam Shafie baru sampai dari Makkah. Beliau sampai sebelum Maghrib. Beliau tidak mempunyai alat tulis, tetapi dia tetap menulis di atas tapak tangan kirinya menggunakan jerami. Dalam penjelasan kepada Imam Malik tentang perbuatan itu Imam Shafie mengatakan, “I had been using the straw to write on my hand in order that I should remember what had been said, and since I had nothing else to write with, this was the only thing I could have done.” Jelas sekali bahawa kalau kita nak ingat apa yang dipelajari kita hendaklah menulis apa yang kita dengar.

    Semasa pembelajaran Imam Shafie telah menggunakan ketiga-tiga kaedah belajar, iaitu belajar menggunakan visual, audiotori dan kinestatik (Kaedah VAK). Imam Shafie memberikan fokus kepada apa yang diperkatakan oleh Imam Malik, pergerakan tangan Imam Malik dan juga beliau sendiri menggerakkan ototnya semasa belajar hadith itu. Koordinasi antara mata, telinga dan otot akan menjadikan pembentukan sambungan saraf diotak bagai ingatan menjadi lebih cepat dan hebat. Oleh itu ingatan dan kefahaman akan lebih meningkat.

    Cuba kita, para guru bandingkan hal ini dengan murid zaman sekarang. Dalam kelas, kita menggunakan alat bantu mengajar. Cuba buat kajian berapa orang yang memberi perhatian ke atas alat bantu mengajar yang diguna. Berapa orang pula yang mendengar, berapa orang yang melihat dan berapa orang pula yang menulis apa yang diajar.

    Perlu juga dingatkan bahawa Imam Shafie memang berniat untuk mempelajari ilmu hadith dari kitab Al Mu’atta sejak beliau berada di Makkah lagi. Oleh itu beliau telah membaca kitab hadith itu terlebih dahulu, malah beliau telah menghafaz kandungan hadith itu. Bandingkan anak murid kita berapa orang yang ada niat nak belajar bersungguh-sungguh sebelum memasuki kelas, berapa orang pula yang telah membaca buku teks sebelum memasuki kelas? Itulah antara punca mengapa anak murid sekarang bebal dalam belajar.

    Di bawah sub tajuk “The Fajr Prayers and another Teaching Session” Imam Shafie menceritakan bagaimana Imam Malik mengarahkan Imam Shafie mengajar. “But this time, instead of giving them himself, he handed over his book, the Mu’atta to me, and on his instructions I began to read it to the class, reverentially and the pupils began to take notes. And this then become the daily routine, which went on for eight month, during which period I myself managed to learn the Mu’atta by heart.”

    Peristiwa ini menunjukkan bahawa kalau kita mengajar sesuatu (tak kiralah sama ada guru atau murid) kepada orang lain kita akan lebih ingat dan lebih faham. Ini juga merupakan kaedah belajar yang jarang digunakan oleh murid-murid. Kepada murid-murid diharapkan dapat menyediakan peluang untuk mengajar rakan-rakan semoga ingatan terhadap apa yang dipelajari akan lebih mantap lagi. Kepada para guru diharapkan dapat menekankan konsep perbincangan dalam kumpulan kecil begi melatih murid-murid berpeluang mengajar rakan-rakan mereka.

    Sesungguhnya pengalaman ulamak silam dalam menghadapi dan menjalani pengalaman pembelajaran wajarlah digali untuk kegunaan para pelajar dan murid masa kini.

    mari same2 kongsi cara bagaimane pembelajaran yang biase tapi sangat efektif

    aku laila

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Jawab #1 13 May, 2011, 02:21:07 AM
  • Publish Di FB
  • mujahadah sungguh orang lama dulu dulu...saya ingat kesungguhan untuk menuntut ilmu dah makin kurang pada masa kini.. ada seorang kawan ni memang dia rajin sangat. bayangkan dia baca dan lihat satu muka surat kertas nota untuk hafal n faham ambik masa sejam lebih. masa exam je kalu dapat soalan mesti dia jawap sebiji sama dengan nota yang dia baca sampaikan not dan koma pun sama...dasyat bukan

    Akh FalAh

    • *
    • Posts: 225
      • View Profile
    Jawab #2 13 May, 2011, 12:17:49 PM
  • Publish Di FB
  • Nasihat Imam Syafie

    Imam al-Syafie tokoh ilmuan yang terkenal dengan ketekunan dalam menuntut ilmu, penegak sunnah, penegak kebenaran dan imam besar dalam bidang fekah. Beliau banyak meninggalkan kata-kata nasihat yang boleh dijadikan panduan kepada para pelajar. Antaranya ialah :

    1. Imam al-Syafie pernah bersyair:

    Aku mengadukan kepada Waki’ (guru beliau) tentang buruknya hafalan
    Maka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan maksiat
    Dan berkata, ‘Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya
    Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat’

    2.Beliau Berkata :

    Barangsiapa ingin agar Allah membukakan hatinya atau meneranginya, maka dia harus meninggalkan pembicaraan yang tidak bermanfaat, meninggalkan dosa-dosa, menghindari perbuatan-perbuatan maksiat dan menyembunyikan amalan yang dikerjakan antara dia dan Allah. Jika dia mengerjakan hal tersebut, maka Allah akan membukakan ilmu baginya yang akan menyibukkan dia dari yang lainnya. Sesungguhnya dalam kematian terdapat perkara yang menyibukkan.”
    Antara pengajaran yang boleh diambil daripada nasihat Imam al-Syafie ialah :

    1. Menghindari maksiat kerana maksiat merupakan hijab atau penghalang untuk mendapat ilmu. Hati yang dicemari dengan dosa tidak akan dapat menyimpan ilmu yang bermanfaat.

    2. Meninggalkan percakapan atau aktiviti-aktiviti yang sia-sia. Sesungguhnya masa itu amat berharga bagi seorang pelajar.

    3. Melakukan amalan-alaman sunat secara tersembunyi dan tidak diketahui oleh sesiapapun. Ini antara cara untuk ikhlas dalam beramal soleh.

    4. Orang yang mendapat bimbingan Allah sentiasa menghabiskan masanya dengan ilmu dan amalan yang berfaedah untuk dunia atau akhiratnya.

    5. Orang yang berilmu juga hendaklah selalu mengingati mati kerana mati itu akan menyibukkan seseorang itu dengan perkara yang bermanfaat untuk kehidupannya selepas mati.
    « Last Edit: 13 May, 2011, 12:25:32 PM by Akh FalAh »

    Akh FalAh

    • *
    • Posts: 225
      • View Profile
    Jawab #3 13 May, 2011, 12:29:54 PM
  • Publish Di FB
  • tak sangka????
    takpe2

    lepasan tanjung rambutan pn berpendidikan,,,,
    tak ingat ke mase cikgu ajar  dalm kelas hri tu????
    sah2 nyayuk tu.,,,,,

    Akh FalAh

    • *
    • Posts: 225
      • View Profile
    Jawab #4 13 May, 2011, 12:38:12 PM
  • Publish Di FB
  • time kasih?????
    same2(^,^)

    Aikk,,
    mane ade yg ponteng la,,,
    bilangan pljr dlm kelas cukup2 hari tu,,,,
    ke tidor ni????

    Akh FalAh

    • *
    • Posts: 225
      • View Profile
    Jawab #5 13 May, 2011, 12:44:27 PM
  • Publish Di FB
  • hahaa....kelakor abis la akh falah ni.....bukan tido tapi sebab ana ni memang ponteng je dari awal2....tu yang cikgu ingat bilangan setakat tu je....hahaa....kelakor234x...guling2

    ish3,,,
    tak elok tu,,,,,

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1063
      • View Profile
    Jawab #6 13 May, 2011, 01:03:57 PM
  • Publish Di FB
  • Contoh yang sangat baik, kita perlu ubah anak-anak kita untuk belajar mengikut cara ulama ulama dulu belajar.penuh dengan adab dan teknik yang sangat berkesan.zaman sekarang adalah zaman ingin lulus exam sahaja berbeza dengan cara belajar para ulama

    imanhilmi

    • *
    • Posts: 490
    • LA DIINA LIMAN LA AQLA LAH
      • View Profile
    Jawab #7 13 May, 2011, 03:40:02 PM
  • Publish Di FB
  • Islam  bermakna menghimpunkan antara agama dan ilmu kerana dalam islam agama itu sendiri adalah ilmu dan ilmu itu adalah agama.

    Islam tidak sekadar berdasarkan perasaan tetapi berdiri di atas pemikiran,penyelidikan ,menolak taklid buta dan berdasarkan kepada pembuktian yang meyakinkan dan bukan berdasarkan kepada sangkaan atau sekadar mengikut nafsu.

    Ilmu di dalam islam adalah agama dan menuntutnya adalah diwajibkan keatas setiap muslim dan muslimah tidak kira ilmu fardu ain atau kifayah bergantung kepada keperluan individu atau masyrakat itu.Menuntut ilmu dianggap sebagai beribadah dan jihad di jalan ALLAH SWT.

    Cara belajar yang baik sudah tentu mengikut cara dan perjuangan serta cabaran para solahful soleh, ulamak dan ilmuan islam yang terdahulu dalam menuntut ilmu. Mereka bukan sahaja hebat dalam bidang agama malahan pakar juga dalam bidang lain seperti sains dan matematik. Waallahu alam.
    aku tak takut nerakaNYA..aku tak cari syurgaNYA..yang ku rindu adalah cintaNYA

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    3 Replies
    19084 Views
    Last post 24 October, 2009, 09:50:56 PM
    by aman_arab
    3 Replies
    2148 Views
    Last post 16 August, 2013, 09:37:36 AM
    by 5zul
    0 Replies
    390 Views
    Last post 17 September, 2013, 11:46:36 PM
    by rosszlanz