Author Topik: Marilah Berukhuwah Dan Berkawan Kerana Tuhan  (Read 2537 times)

0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.

kanjeng sunanTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 2193
  • my
  • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
    • View Profile
    • pencetus minda
Marilah Berukhuwah Dan Berkawan Kerana Tuhan
« on: 09 September, 2008, 02:06:15 PM »
Marilah Berukhuwah Dan Berkawan Kerana Tuhan
 

Marilah kita berukhwah dan berkawan kerana Tuhan

Hingga kita jadi jemaah Tuhan sekelian alam

Jika kita berkawan kerana Tuhan,

kita tidak akan berlaku perpisahan

Mesti kita berkawan sampai penghujung perjuangan

Kalau kita berkawan kerana Tuhan

kalaupun ada perbalahan tidak akan berpanjangan

Perbalahan dan krisis mudah diselesaikan

Biasalah manusia hamba Tuhan

sedikit-sedikit membuat salah dan kesilapan

Tapi mudah selesai dan mudah dihilangkan

Kalau kita berkawan di dalam perjuangan bukan kerana Tuhan

Bukan kerana takutkan dan cintakan Tuhan

perbalahan mudah datang

Hendak menyelesaikan pula selalunya berpanjangan

Tuhan adalah pengikat ukhwah dan perpaduan

Tuhan adalah anak kunci kesatuan dan kekuatan

Wang, harta, pangkat, nama, dan jawatan selalunya mendatangkan perbalahan

Oleh itu janganlah diharapkan selain Tuhan

boleh berpadu dan menjadi kekuatan

Selalunya kerana wang, harta, pangkat dan lain-lainnya

selalu sahaja membawa perselisihan

Perselisihan membawa renggang kasih sayang

Apabila renggang kasih  sayang

pecahlah perpaduan dan kesatuan

Di waktu itu umat Islam akan lemah, musuh pun mudah menghancurkan

Ingatan ini hendaklah diambil perhatian

Kekuatan umat Islam berkawan, berjemaah adalah takut dan cintakan Tuhan

Janganlah cari kekuatan selain Tuhan

Bahkan selain Tuhan telah dikatakan sebelum ini ia selalu sahaja membawa perpecahan

Oleh itu marilah kita perjuangkan Tuhan

Marilah kita berkawan dan berjemaah, bersama Tuhan kita berkawan

Itulah dia kekuatan umat Islam sepanjang zaman

Janganlah kita was-was dan janganlah kita dikelirukan

Seluruh kehidupan kita Tuhan mestilah dibawa bersama berkawan

Tuhan adalah sahabat setia kita sepanjang zaman

Sahabat yang mengawal kita dan menjaga kita di dalam keadaan apa pun

Tapi umat Islam hari ini seluruh dunia Tuhan telah ditinggalkan

Umat Islam terdedah kepada kejahatan musuhnya

Sedangkan musuhnya ada kekuatan lahir yang kuat

Padahal umat Islam kekuatan material pun tidak ada,

Tuhan pun ditinggalkan

Kedua-dua kekuatan sudah tidak ada,

Bagaimanalah hendak  menang

nukilan SaHiBuZaMaN..

Share this topic on Facebook

TuhAN cInTa aGuNg..

puterilindunganbulan2005

  • *
  • Offline
  • Posts: 59
  • Bu...nga....
    • View Profile
    • anggerikrimba13
Re: Marilah Berukhuwah Dan Berkawan Kerana Tuhan
« Jawab #1 on: 09 September, 2008, 02:38:21 PM »
hmm menarik puisi ini,seelok2nyer harap dapat dieratkan ukhwah yang terjalin kerana Allah taa'la..amin..

Share this topic on Facebook

Nur itu cahaya, yang menyinari.. dalam kegelapan..

kanjeng sunanTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 2193
  • my
  • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
    • View Profile
    • pencetus minda
Re: Marilah Berukhuwah Dan Berkawan Kerana Tuhan
« Jawab #2 on: 09 September, 2008, 02:41:43 PM »
hmm menarik puisi ini,seelok2nyer harap dapat dieratkan ukhwah yang terjalin kerana Allah taa'la..amin..


apabila lahir dari hati..
maka hati akan tersentuh apabila menghayati..

Share this topic on Facebook


NuRul IsLam

  • *
  • Offline
  • Posts: 764
  • my
    • View Profile
Re: Marilah Berukhuwah Dan Berkawan Kerana Tuhan
« Jawab #3 on: 12 February, 2009, 03:10:53 PM »
MARILAH KITA BERUKHUWAH KERANA ALLAH...

kerana ukhuwah yg terjalin ibarat untaian tasbih,

ada awal....

tiada penghujung....

dibentuk utk mengingatiNya..

dicantum kerana cintaNya..

di ratib semata2 kerana keredhaanNya...

menitis air mata tika marasai kemanisannya...

semua kerana ALLAH..

Share this topic on Facebook

I lOVE ISLAM

hanimyusra

  • *
  • Offline
  • Posts: 54
    • View Profile
Re: Marilah Berukhuwah Dan Berkawan Kerana Tuhan
« Jawab #4 on: 18 June, 2012, 03:33:20 AM »
Ukhuwah itu indah...
Berlapang dada itu terendah..
Ithar tertinggi sukar dilaksana...
Lantaran nafsu dan syaitan beraja..

Beukhuwahlah kerana ilahi..
Kelak di bawah naungan Ilahi..
Keindahan berukhuwah usahlah dinodai..
Kerana kemanisannya hanya yang merasainya sahaja mampu berbagi..

Ukhuwah fillah abadan abada..
~nuhassilu biha birridho~

Share this topic on Facebook


RS^

  • *
  • Offline
  • Posts: 230
  • Redha&Syukur: Rohku, ingat detik kembalimu kpdNya
    • View Profile
    • RS^
Re: Marilah Berukhuwah Dan Berkawan Kerana Tuhan
« Jawab #5 on: 18 June, 2012, 03:25:35 PM »
Pertemuan itu sungguh menyenangkan

Di setiap minggu kita saling mengingat kebaikan

saling mengingat untuk kembali ke Rabb

bertemu wajah-wajah saudara kita

yang seiman dan bersama dalam jalan dakwah ini

terasa sangat menyenangkan

melihat raut raut wajah semangat untuk terus berjuang dalam dakwah

Namun di tiap minggu itu

bukan sekadar pertemuan biasa

bukan hanya bertemu untuk mendengar taujih dari sang Murabbi

tapi di pertemuan itu

adalah pertemuan yang istimewa

yang meninggalkannya membuat diri tak bisa tidur karenanya

seakan ku ingin di tiap hari

pertemuan itu ada menghiasi hari-hari ku

karena di dalamnya

kita bagaikan keluarga

saling menanya kabar

saling menaruh perhatian

seakan satu tubuh

dimana ia kuat

maka seluruh tubuh akan kuat

dimana ia sakit

maka seluruh tubuhnya akan mengalami kesakitan

yang energi ukhuwah itu sangat kuat

merasuk dalam jiwa dan hati ini

menghasilkan energi semangat, optimisme, dan daya dobrak dakwah yang kuat

seakan ruh dalam jasad ini tak pernah sendiri

seakan perjuangan ini tak pernah kesepian

karena memang

pertemuan itu sangat istimewa



Terinspirasi dari Ust. BT, Beiji, Depok
Havid Aqoma Khoiruddin

Sumber: http://www.dakwatuna.com/2012/06/21118/tak-sekadar-sebuah-pertemuan/#ixzz1y7xtsabK

Share this topic on Facebook

Aku musafir yg mencari kebenaran. Seorang manusia yg mencari erti kemanusiaan di antara manusia. Seorang warganegara yg mencari negerinya kemuliaan, kebebasan, kestabilan & kehidupan yg baik dlm naungan Islam yg hanif.

http://bro-rs.blogspot.com/

http://lamanpuisi-rs.blogspot.com/


 

Related Topics

  Subjek / Dimulakan Oleh Jawapan Kiriman Akhir
0 Jawapan
1344 Views
Kiriman Akhir 30 May, 2007, 12:52:45 AM
oleh zaitihamdan
3 Jawapan
731 Views
Kiriman Akhir 30 October, 2009, 12:35:52 AM
oleh SakaratulMaut
29 Jawapan
2163 Views
Kiriman Akhir 09 February, 2012, 03:07:53 PM
oleh florafauna