Forum > Kaunseling

Menangani Stress

<< < (2/2)

Ana Tholibah:
-salam-

nie sedikit tips yang saya ambil dari hasil pembacaan saya di majalah Asuh...m0ga kita dapat amalkan.. :ins:

        Tangani STRES
   
      Tahukah adik-adik,apakah itu stress? Stress  adalah keadaan resah,cemas dan tegang akibat tekanan fizikal atau mental. Ia adalah resp0n fizikal,em0si dan mental yang berlaku kepada sese0rang apabila tuntutannya tidak dapat dipenuhi. Stress ini jika tidak dikawal atau ditangani akan mendatangkan akibat yang buruk bukan sahaja pada diri sendiri malah 0rang sekeliling. 0leh itu,di sini diberikan 10 tips untuk menangani stress.

Amalkan 10 B:

1)Bertenang
Bertenang boleh membantu mengurangkan stress dengan menghentikan kitaran stress di peringkat permulaan.

2)Bernafas secara dalam
Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik,kita bernafas dengan lebih perlahan,panjang dan lebih dalam.

3)Berkata:….. “RELAKSLAH”
Kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stress.

4)Beribadat
Banyakkan solat sunat,berzikir dan berdoa. Ia adalah terapi yang baik untuk menenangkan emosi dan melegakan perasaan.

5)Berkongsi perasaan atau masalah dengan seseorang
Jangan pendam perasaan atau masalah,sebaliknya kongsi dengan orang yang dipercayai seperti ahli keluarga atau kawan-kawan.

6)Berurut
Dalam keadaan stress,otot-otot di leher,kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Berurut boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.

7)Berehat dan mendengar muzik
Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran.

8)Beriadah
Aktiviti riadah seperti berkelah,berenang,mendaki bukit atau gunung,berkhemah dan melakukan hobi atau aktiviti yang disukai boleh menenangkan fikiran. Malah ia menyihatkan badan.

9)Bersenam
Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormone endorphin,dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stress.

10)Berfikiran positif
Berikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.

      Oleh itu,dengan melakukan kaedah 10B,kesan fizikal stress seperti denyutan jantung laju,marah,rasa gelisah,gementar dan sakit kepala dapat dikurangkan. Justeru,ayuh sama-sama kita tangani stress dengan cara yang berkesan agar kita dapat hidup dalam suasana yang harmoni.

d0a dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
AMALKAN DOA INI UTK AKTIVITI HARIAN KITA



elsanxs:
-salam-

Antara salah satu cara untuk menangani stress adalah memakan pisang.. Oleh itu pergilah ke kedai buah berdekatan get ready pisang kat rumah siap-siap..

wan_sgmt:

--- Quote from: elsanxs on 31 October, 2012, 08:50:30 AM ----salam-

Antara salah satu cara untuk menangani stress adalah memakan pisang.. Oleh itu pergilah ke kedai buah berdekatan get ready pisang kat rumah siap-siap..

--- End quote ---

pisang tinggi kolestrol.. :senyum:. tak elok sgt makan.. senyum

elsanxs:

--- Quote from: wan_sgmt on 31 October, 2012, 08:55:33 AM ---
--- Quote from: elsanxs on 31 October, 2012, 08:50:30 AM ----salam-

Antara salah satu cara untuk menangani stress adalah memakan pisang.. Oleh itu pergilah ke kedai buah berdekatan get ready pisang kat rumah siap-siap..

--- End quote ---


pisang tinggi kolestrol.. :senyum:. tak elok sgt makan.. senyum

--- End quote ---


Maaf, pisang mempunyai kadar gula yang tinggi..bukan kolesterol..
------

Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pisang

Navigation

[0] Message Index

[*] Previous page

Go to full version