Author Topik: Permainan Laksamana Hang Tuah (Ibu Gayong)  (Read 14974 times)

0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.

malekredzuanTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 195
  • kl
  • Searching the truth
    • View Profile
    • KEMBARA ROHANIAH
Re: Permainan Laksamana Hang Tuah (Ibu Gayong)
« Jawab #80 on: 31 December, 2012, 11:12:13 PM »
:)

Ilmu Ibu GAYONG @ GERAK, dipanggil juga sebagai Ilmu Kebatinan dari Ilmu HAQ (Ilmu Syahadah) adalah amalan khusus para Wali dan Pendekar zaman silam sejak zaman Wali Songo dan juga Wali Tujuh, sebagai seni beladiri untuk mempertahankan diri, agama, bangsa dan tanahair dari musuh-musuh mereka dan juga musuh-musuh Allah dari kalangan jin dan manusia..

Tetapi tidak dinafikan juga ada di kalangan manusia mengamalkan Ilmu Kebatinan yang menggunakan Khadam, Jin, Syaitan atau Iblis adalah semata-mata untuk mendapatkan karamah, kesaktian, perkara-perkara mistik dan juga niat perbuatan jahat/khianat mereka bagi tujuan tertentu yang semuanya itu bertentangan dgn syarak dan boleh memesongkan akidah mereka sendiri..nauzzubillah..

GERAK yang benar adalah dengan mengunakan Tenaga Rohaniah yakni adirasa melalui Roh dalam diri yg menggerakkan jasad/badan untuk menjadikan suatu pergerakan samada pergerakan silat atau untuk tujuan perubatan seperti Jurus, Laser Akbar dan lain lagi.

Namun masih ramai masyarakat kini yang mengamalkan GERAK yang menggunakan SERU, JIN, KHADAM dan lain2 dlm persilatan atau perubatan yg sahihnya bertentangan dengan syarak dan akidah Islam.. 

Ilmu yang HAQ adalah bersanad dan perlu dibai'ah@diijazahkan oleh Guru Mursyid atau seseorang yang terpilih yang diberikanNYA amanah terhadap ilmu tersebut untuk disampaikan kepada masyarakat sebagai salah satu pendekatan Dakwah terhadap masyarakat bagi menyampaikan risalah DUA KALIMAH SYAHADAH.

"Tanpa Roh, jasad akan mati, belajarlah mengenali Roh dan cubalah menyatukan diri dengannya. Banyak rahsia/faedah akan anda ketahui." ~YTM Yang DiPertuan Besar Panji Alam

Share this topic on Facebook


malekredzuanTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 195
  • kl
  • Searching the truth
    • View Profile
    • KEMBARA ROHANIAH
Re: Permainan Laksamana Hang Tuah (Ibu Gayong)
« Jawab #81 on: 31 December, 2012, 11:50:31 PM »
Ilmu Seni Beladiri Persilatan Gayong Ma'arifat adalah dari warisan Datuk Laksamana Hang Tuah. Ilmu permainan Datuk Laksamana Hang Tuah mempunyai 7 jenis permainan seperti mana yang terdapat dalam Gayong Ma'arifat iaitu:-

1. Buah Pukul
2. Sendeng
3. Terlak
4. Cekak
5. Harimau
6. Panglima
7. Laksamana

Sekiranya ingin mendapatkan Ilmu Kebatinan Gayong Ma'arifat, Pintu Tenaga Rohaniah perlu 'dibuka' @ 'diaktifkan' oleh Guru Utama Gayong Ma'arifat untuk mendapatkan amalan bersanad sebagai pakaian atau perisai diri dari angkara niat jahat manusia dan jin.

Kelebihan pembukaan Pintu Tenaga Rohaniah diri:-
1) Mampu bersilat dengan sendiri dalam keadaan sedar dan waras. (Tenaga Kuasa Tahap Kesedaran Tertinggi - Highest Conscious Mind)
2) Ilmu Firasat Perajurit
3) Perisai tubuh dari senjata tajam, logam dan tumbuh-tumbuhan. (Perisai Syahadah)
4) Mampu mengolah Tenaga Alam dari sumber Matahari, Bumi, Udara, Flora dan Fauna.
5) Memperolehi permainan Jurus Gayong Semilir Sakti.
6) Dapat mengunci musuh dari jarak jauh.
7) Mampu merawat dan memulih diri sendiri dan keluarga.
8) Dapat memukau/ menundukkan musuh.
9) Dapat membatalkan ilmu khianat, santau, sihir musuh dll.

Namun, perjuangan Gayong Ma’arifat adalah menyampaikan risalah Dua Kalimah Syahadah melalui lima perkara, iaitu:-

1. Kerohanian
2. Persilatan
3. Perubatan
4. Ekonomi
5. Kebudayaan

“Katakanlah: Apakah kamu memperdebatkan dengan kami tentang Allah, padahal Dia adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu, bagi kami amalan kami, bagi kamu amalan kamu dan hanya kepadaNYA kami mengikhlaskan hati.” (QS2:139)

~http://syahabat.blogspot.com/

Share this topic on Facebook


malekredzuanTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 195
  • kl
  • Searching the truth
    • View Profile
    • KEMBARA ROHANIAH
Re: Permainan Laksamana Hang Tuah (Ibu Gayong)
« Jawab #82 on: 05 January, 2013, 05:42:42 PM »
TITAH & AMANAT YTM YANG DIPERTUAN BESAR PANJI ALAM

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..

Marilah semua umat Islam, NGO-NGO Islam dan semua persatuan dan Pertubuhan Silat serta Beladiri Islam bergabung di bawah payung Panji-Panji Gayong Ma'arifat Malaysia sebagai Ahli Bersekutu , dalam usaha menyatupadukan umat Islam yang berpecah-belah dengan mengamalkan Dua Kalimah Syahadah sebagai pegangan Tauhid dan jalan hidup yang sebenar.

Ketepikan hasad dengki , buang segala sifat mazmumah , buang gila pangkat , gila dunia dan gila kuasa.
Ingat semua manusia, semua umat Islam , semua mereka yang mengaku Ulama-Ulama, semua pemimpin Islam dan AKU, ...Kita akan bertanggungjawab diatas apa yang kita ajar , yang kita buat , yang kita kata , yang kita kerjakan dihadapan ALLAH SWT di Akhirat kelak, takutilah Azab neraka Allah sangat pedih. Semua Seksa ALLAH adalah benar.

Maka marilah bertaubat dan satukan kembali umat Islam dalam menghayati kebesaran ALLAH SWT, dengan memegang teguh dan mengamal Dua Kalimah Syahadah dalam kehidupan.

Semua Umat Islam bersaudara.

1 SYAHADAH 1 GERAK 1 HATI !!

TAKBIR !!!
ALLAHU AKHBAR !!!

YTM Yang DiPertuan Besar Panji Alam
(Guru Utama dan Pengasas Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia)

5 Januari 2013
23 Safar 1434 H





~http://syahabat.blogspot.com/

Share this topic on Facebook

« Last Edit: 05 January, 2013, 06:44:36 PM oleh malekredzuan »

malekredzuanTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 195
  • kl
  • Searching the truth
    • View Profile
    • KEMBARA ROHANIAH
Re: Permainan Laksamana Hang Tuah (Ibu Gayong)
« Jawab #83 on: 27 January, 2013, 04:27:44 AM »
RAHSIA PURBA SENI TAFAKUR MELAYU

"Suatu Perkongsian Rahsia"

Kaedah Tafakur / Meditasi 'Seni Tafakur Melayu' (STM) kepada semua yang berminat untuk mengetahuinya. Dengan ini kami sukacitanya ingin berkongsi ilmu dan mendedahkan rahsia kepada umum yang lazimnya menjadi amalan para pejuang agama, para waliullah dan pahlawan sesepuh Melayu zaman silam.



Manfaat @ kelebihan STM

  • Menangani tekanan/stress secara berkesan dan praktikal.
    Meningkatkan daya fokus dan mempertajamkan fikiran.
    Meningkatkan ketenangan dalam menghadapi masalah kehidupan.
    Mengurangkan masalah panas baran.
    Menangani masalah fizikal dan penyakit jiwa.
    Menyusun aura diri  dan membersihkan unsur/gangguan negatif dalam diri.
    Membina pendinding dan perisai diri dari gangguan zahir dan batin.
    Meningkatkan tahap keyakinan diri.
    dan banyak lagi rahsia yang tersembunyi dalam diri yang akan anda perolehi.



(STM Dipraktikan Dengan Kaedah Zikrullah & Teknik Pernafasan Serta Tenaga Diri / Minda Bawah Sedar Serta Minda Kesedaran Tahap Tertinggi) & Cukup Mudah Serta Praktikal :

Golongan Yang Perlu Menyertai STM :-

1- Wanita Bekerjaya Yang Sering Berhadapan Dengan Stress
2- Suri Rumah Tangga / Ibu Tunggal
3- Pelajar Sekolah / IPTA / IPTS
4- Pekerja Badan2 Kerajaan / NGO / Swasta / Perindustrian
5- Ahli Politik / Pemimpin Masyarakat / Ahli Perniagaan
6- Sesiapa Sahaja Yang Ingin Merubah Kehidupan Dari Yang Baik Kepada Yang Lebih Baik



"GAYONG MA'ARIFAT BUKAN SEKADAR SILAT & BUKAN SILAT BIASA"
"1SYAHADAH, 1GERAK, 1HATI"



~ http://syahabat.blogspot.com/

Share this topic on Facebook


al_ahibbatu

  • *
  • Offline
  • Posts: 4015
  • my
    • View Profile
Re: Permainan Laksamana Hang Tuah (Ibu Gayong)
« Jawab #84 on: 27 January, 2013, 07:16:50 AM »
masuk tempat kosong, rumah kosong kita patut ingat Allah, assalamu alaika wa ala ibadihis solihin

perhatikan salam kesejahteraan tersebut

jangan mudah mengingat Rijalul Ghaib, wali wali ghaib, orang ghaib kerana di situlah Syaitan menipu daya
permainan dan senda gurau ya

sebenar benar dirimu, akan berkuasa jika dapat buka kunci pintu Allah dalam dirimu

benarlah Allah sarankan, jangan suka ambil dampingan, mengingat mereka punya kuasa
sebenarnya dirimu sendirilah berkuasa, sebagai khalifah Allah di bumi, kuasa Ilmu yang Allah masukkan ke dalam diri Adam a.s, subhanallah

kita ni, species Adam a.s, tentu saja ada RahsiNya

silakan bukalah, tuntutlah Ilmu, agar dapat kekal, mentauhidkan Allah, laisa kamislihi syaiun
hanya yang kekal meng Esa kan Allah saja di terima amalan kebaikannya

inshallah

ya Allahu berikan daku keselamatan dan kemudahan, Peliharalah daku agar tidak berbuat syirik kepadamu

subhanallah

Share this topic on Facebook


Musafir Senja

  • *
  • Offline
  • Posts: 3
    • View Profile
Re: Permainan Laksamana Hang Tuah (Ibu Gayong)
« Jawab #85 on: 27 January, 2013, 10:11:57 AM »

sebenar benar dirimu, akan berkuasa jika dapat buka kunci pintu Allah dalam dirimu

Apakah sheikh batu maksudkan ayat di atas.  Diri kita Jadi berkuasa dalam masa yang sama Allah pun berkuasa ke?

Share this topic on Facebook


al_ahibbatu

  • *
  • Offline
  • Posts: 4015
  • my
    • View Profile
Re: Permainan Laksamana Hang Tuah (Ibu Gayong)
« Jawab #86 on: 27 January, 2013, 10:18:27 AM »

sebenar benar dirimu, akan berkuasa jika dapat buka kunci pintu Allah dalam dirimu

Apakah sheikh batu maksudkan ayat di atas.  Diri kita Jadi berkuasa dalam masa yang sama Allah pun berkuasa ke?


awok cuba kaji, nabi Adam a.s, apa yang Allah berikan dia
sehinggakan, di seru sekalian yang lain sujud padanya

kenapa Adam rasa sedih, takut, apabila di turunkan mereka ke bumi
akibat daripada Adam, menurutkan sahaja, hawa nafsu wanitanya
sehingga memakan buah larangan, terdedah aurat, subhanallah

kuasa ada tapi tak guna melarang,
kuasa ada tapi tak tahu, nak hidupkan
subhanllah

kuasa tu, yang menghidupkan? siapa
kuasa tu yang memberikan pendengaran, penglihatan, suara, subhanllah, siapa?

sehingga habis rezekimu, kembalilah kamu kepada Allah, subhanallah

silakan, jika kamu ingin cerita lanjut boleh saja bertamu, berguru

inshallah, ada ilmunya
jika Allah redha, dapatlah kamu hidayahnya, subhanallah

teruskan menuntut ilmu, sehingga dapat memiliki ilmu, inshallah

Share this topic on Facebook


Musafir Senja

  • *
  • Offline
  • Posts: 3
    • View Profile
Re: Permainan Laksamana Hang Tuah (Ibu Gayong)
« Jawab #87 on: 27 January, 2013, 10:40:15 AM »
Kita ni berkuasa ke? kuasa siapa yang punya... Allah sahaja yang berkuasa
Kita ni berilmu ke? Ilmu siapa yang punya... Allah sahaja yang berilmu
Adakah kita disuruh mendirikan kuasa kita atau kita disuruh menafikan kuasa kita...

Share this topic on Facebook


malekredzuanTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 195
  • kl
  • Searching the truth
    • View Profile
    • KEMBARA ROHANIAH
Re: Permainan Laksamana Hang Tuah (Ibu Gayong)
« Jawab #88 on: 28 January, 2013, 08:23:05 PM »


 

Related Topics

  Subjek / Dimulakan Oleh Jawapan Kiriman Akhir
7 Jawapan
2756 Views
Kiriman Akhir 06 November, 2009, 10:46:41 AM
oleh fetea
20 Jawapan
3298 Views
Kiriman Akhir 11 May, 2010, 05:20:24 PM
oleh puspawatie
7 Jawapan
687 Views
Kiriman Akhir 01 February, 2013, 04:14:34 PM
oleh اَنَا طَالِبَةٌ