Rasa Tawar Hati Dan Benci Pada Suami

Author Topic: Rasa Tawar Hati Dan Benci Pada Suami  (Read 19834 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

hatiluka

  • *
  • Posts: 8
    • View Profile
08 April, 2011, 11:51:07 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum, saya adalah seorang isteri yang telah dicurangi oleh suami. Pada bulan ramadan lalu saya ada melakukan sembahyang hajat dan saya minta petunjuk dari Allah jika suami saya ada membuat sesuatu yang tidak baik dibelakang saya tunjukkkanlah kepada saya.  Dua bulan  selepas ituiaitu oktober 2010  saya terbaca sms suami saya dari seorang perempuan.  Suami saya mengaku dia ada hubungan dan sayangkan perempuan itu.  Kami bergaduh besar dan hampir2 nak bercerai.. tetapi suami saya tak nak ceraikan saya. Setelah berfikir dan setelah suami saya bersumpah dengan al-quran saya bagi peluang pada dia.  Bagaimanapun, 5 bln selepas ituiaitu mac 2011 saya dapat tahu sebenarnya suami saya masih berhubung dengan perempuan itu. apabila saya minta penjelasan dari suami dia beritahu dia tak boleh nak tinggalkan perempuan itu immediately dan tgh mencuba utk tinggalkan perempuan itu secara perlahan-lahan. Sepanjang tempoh 5 bulan ini juga saya  byk buat sembahyang hajat mungkin sebab tu Allah bagi petunjuk kat saya yg suami sy msh menipu saya. Kami bergaduh besar lagi dan Saya ada call perempuan itu dan dia kata dia dah tinggalkan suami saya tp suami sy msh cari dia.

    Masalahnya walaupun suami saya sanggup beersumpah dengan al-quran dan bersumpah jika kali ini dia msh berhubung dgn perempuan itu sesuatu yg buruk akan berlaku kepada emaknya tetapi saya sudah tidak percaya lagi pada dia.  hati saya menjadi tawar dan kadangkala ada perasaan benci dalam hati saya pada suami.  Memang suami cuba buat macam2 utk pulihkan keadaan tetapi bagi saya ianya hanyalah sebuah lakonan.  Ini kerana dari bulan oktober hingga mac dia juga buat macam2 nak perbaiki hubungan kami tetapi dalam diam dia msh berhung dengan perempuan itu.  Saya tidak dapat menerima hakikat suami saya menikam saya dari belakang dan tiada rasa kasihan pada saya.

    Saya pohon pandangan forumer disini bagaimana utk saya kembali meyayangi suami sepenuh hati dan percaya padanya dan mcmana nak buang rasa benci ini.  Ini kerana jauh di sudut hati saya saya masih meyayangi perkahwinan saya dan anak saya.  Pandangan dari semua saya dahului dengan jutaan terima kasih.

    annur nafisah

    • *
    • Posts: 162
      • View Profile
    Jawab #1 09 April, 2011, 12:13:48 AM
  • Publish Di FB
  • sesungguhnya ALLAH  itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...diberinya puan dugaan sebegini untuk menguji keimanan puan...bersabar lah...sesungguhnya Allah itu beserta dengan orang-orang yang bersabar...mohon lah petunjuk dari NYA...kerana ALLAH Maha Pemberi...ALLAH tidak pernah mengecewakan hamba-hamba yang berdoa kepada NYA...diberi kan ujian dan dugaan yang kadang kala kita pikir kita tak mampu menghadapinya..ingat lah bahawa Allah lagi Maha Mengetahui akan kemampuan hamba NYA...dan Allah tidak pernah menzalimi hamba-hamba NYA...lakukan lah solat istikharah mohon petunjuk dari NYA..
    ya Allah..jadikanlah hambamu ini seorang yang soleha dan sentiasa berpegang teguh pada tali agama Mu ya Allah...

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2264
      • View Profile
    Jawab #2 09 April, 2011, 12:32:36 AM
  • Publish Di FB
  • Syukur sebab suami tidak berhasrat menceraikan puan. Bahkan puan juga sedar jauh disudut hati masih menyayanginya. Inilah dasar yang sangat kukuh untuk puan bertekad memperkuatkan lagi ikatan pernikahan..

    Syor saya.. Puan hentikan curiga akan kecurangan suami dengan 'orang ketiga' .. Hentikan juga doa 'tunjukkan salah laku suami' .. Sebaliknya, ubahkan doa puan, minta diberi petunjuk mengembalikan kekuatan puan sebagai isteri solehah, minta suami diberi petunjuk menjadi suami soleh, minta suami dijauhkan dari godaan syaitan dan manusia.. Minta kebahagiaan di dunia dan akhirat..

    Bila datang curiga, puan banyak2 istighfar, ucaplah a'uzubillah. Syaitan saja nak porakperandakan rumahtangga puan. Beri sokongan pada suami dalam usaha nak melupakan 'si dia' .. Caranya, pikat semula suami, cari nilai kebaikan suami, kembalikan semula saat romantis yang terganggu dengan kehadiran 'si dia'

    puan sayangkan rumahtangga puan, jadi fokus puan sekarang ialah merawat hati sendiri, mengembalikan kepercayaan terhadap suami, melupakan kecurangannya dan mintalah pertolongan Allah dengan solat dan sabar..

    Setiap rumahtangga ada ujiannya, semoga puan dan suami terus tabah dalam mengharunginya demi meraih keredhaan Allah.

    Wallahua'lam.
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    hatiluka

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Jawab #3 09 April, 2011, 07:22:07 AM
  • Publish Di FB
  • terima kasih ummu fatimah atas nasihat yang sangat berguna.  Benar kata puan syaitan memang sentiasa cuba memporakperandakan rumahtangga saya.  Setiap kali saya bangun tidur benda pertama yang saya terfikir  adalah kecurangan suami dan perkara ini memang mengganggu hidup saya. Saya selalu mengungkit hal ini dgn suami setiap hari walaupun suami telah byk kali menegah. Kalau puan nak tahu hidup saya berubah 360 darjah sejak saya tahu suami saya curang. Sekarang ini saya memang control semua urusan suami sehinggakan saya berhenti kerja dan masuk kerja kat ofis suami. Utk pengetahuan puan kami suami isteri berada dalam bidang kerjaya yg sama dan suami sy ada membuka sendiri ofisnya.  Cuma kdg2 bila saya dah terlalu penat mesti saya akan cakap dengan diri saya tiada daya dan kekuatan melainkan dengan kekuatan Allah.  Puan ada ke apa2 doa khusus utk memionta supaya suami syg pada kita?........

    Qalam Buana

    • *
    • Posts: 65
      • View Profile
    Jawab #4 09 April, 2011, 08:12:35 AM
  • Publish Di FB
  • kita boleh dan pernah berkata

    dunia hanyalah pinjaman, sementara
    Allah hendak menduga kita

    dalam diri kita pula, kita akan bercita cita MEMILIKI
    memiliki, For ME - completely
    my car, my work, my son, my husband, my oh my

    LOVE is about sharing, is it not?

    you wanted to Follow who?

    your heart? your LUST?

    hoi, hoi
    hidup berjaya bila berjaya ikut sunnah rasulillah dan al Quran

    amboi, rata rata dari kita bijak memperkatakannya

    bila ujianNya, menimpa batang hidung kita,
    awat gelabah, gabra
    awat benci
    awat tak bagi

    tak bagi kawan pinjam, tak bagi orang lain share

    semua ke kena share?

    ai, padan patut lah

    adalah lebih baik
    menjaga diri sendiri
    banyakkan istigfar
    banyakkan berselawat
    banyakkan usaha memperelok diri mu sendiri

    jika kamu MEMPERSEMBAHKAN dirimu
    sebagai "barang yang baik- terbaik"
    apa pasal dia mahu cari lain?

    selalu kita menyalahkan orang lain
    apabila masalah menimpa diri kita

    bermakna
    Ilmu yang kita ada itu
    tidak dapat menjaga diri

    maksudnya
    syaitan memperdayakan kita

    syaitan berjaya memperdaya ahli ibadah

    syaitan takut dengan ahli ilmu yang ingat Allah

    semuga kita semua berjaya, mendapat ILMU yang boleh menjaga diri
    sumbernya Allah yang Maha Kuasa atas setiap sesuatu

    maaf, jika terguris perasaan, istigfarlah, sujudlah kepada Allah dengan JUJUR dan IKHLAS
    inshallah

    « Last Edit: 09 April, 2011, 08:14:20 AM by Qalam Buana »

    rahmanw

    • *
    • Posts: 1154
      • View Profile
    Jawab #5 09 April, 2011, 08:36:13 AM
  • Publish Di FB
  • daripada dok bergaduh sokmo...apa kata suruh je dia kawin ngan pompuan tu...dapat gak elakkan suami tu wat dosa..

    fmy

    • *
    • Posts: 109
      • View Profile
    Jawab #6 09 April, 2011, 08:42:29 AM
  • Publish Di FB
  •  :) Puan hatiluka,
    Apa yang terjadi pada Puan anggaplah ianya dugaan dariNya. Bermakna, Puan baliklah kepadaNya. Bersangka baiklah kepadaNya atas ujian ini. Dia datangkan ujian ini kepada Puan melalui suami Puan. Banyak-banyakkan mendekatkan diri kepadaNya, mungkin sebelum ini kita terlalai dari mengingatiNya atau kurang mengingatiNya. Di sinilah sebenarnya Dia hendak mengangkat darjat Puan di sisiNya, tabah atau tidak, bersabar atau tidak, melatah atau tidak, selesaikan masalah mengikut apa yang diajar atau tidak. Mengadulah kepadaNya. Kita tak dikenakan apa-apa bayaran untuk mengadu kepadaNya.

    Saya ingin berkongsi dengan Puan website ni, ada terdapat di dalamnya doa-doa yang boleh digunakan. Puan buka link darussyifa, dan di dalamnya terdapat beberapa doa yang insyaAllah Puan boleh amalkan.

    Semoga Puan dan suami di dalam rahmatNya. :aamiin:

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2264
      • View Profile
    Jawab #7 09 April, 2011, 01:06:00 PM
  • Publish Di FB
  • Alhamdulillah, puan memang isteri yang hebat dan terbaik buat suami puan. Mungkin, usia perkhawinan yang berlalu membuat masing-masing 'agak terlupa' menjaga hati pasangan. Kehadiran 'orang ketiga' moga menjadi pendorong kepada puan dan suami, mencari punca bagaimana kehadirannya boleh menggugat kebahagiaan kalian. Dan bagaimana caranya, agar hubungan kalian bertambah kukuh walaupun datang orang ketiga, keempat dan seterusnya..

    Masalah suami curang, memang sangat kerap kita hadapi setiap hari. Terlebih dahulu, cuba puan lihat sekeliling puan, berapa ramai lagi wanita yang perlukan suami? Puan telah berada dikedudukan yang sangat istimewa dengan memegang title sebagai isteri! Tentu suami puan telah memilih puan kerana puan adalah yang TERBAIK untuknya. Jadi, buktikan peluang dan kepercayaan yang suami serahkan pada puan tidak disia-siakan. Masih ramai ya puan, gadis yang sudi berkhawin dengan suami puan. Apatahlagi seorang lelaki yang punyai kerjaya mantap. Semoga puan berasa tercabar dengan usaha mereka yang sedia mengambil alih tempat puan- sebagai isteri.

    Puan boleh amalkan apa saja doa yang lahir dari hati yang tulus ikhlas, terutama dikeheningan malam yang sunyi sepi. Hamparkan segala rayuan, pengaduan, pengharapan, keluhan, keresahan, pada Yang Maha Mendengar. Setitis air mata puan, demi mengharap redhaNYA lebih mahal dari dunia dan seisinya.

    Setiap pagi bangun tidur, berazamlah untuk menjadi isteri terbaik untuk suami. Setiap malam sebelum tidur, mohonla redha suami, mintalah keampunan di atas segala kekurangan dan kelemahan di dalam khidmat seharian.

    Moga kita sama-sama berusaha menjadi isteri yang menyejukkan mata dan hati suami, meringankan bebannya di dunia dan akhirat. Amin.

    Wallahua'lam.

    hatiluka

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Jawab #8 09 April, 2011, 06:10:00 PM
  • Publish Di FB
  • Qalam Buana, memang saya byk kelemahan dan sy sedang cuba utk memperbaiki diri sy.  terima kasih atas teguran yand diberi.

    Rahmanw, sy ada ckp dgn suami kalau nak kahwin buatlah tp dia kata dia tak akan kahwin dgn perempuan itu sbb dia rasa apa yg berlaku adalah satu kesilapan....

    sueffira

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Jawab #9 21 February, 2012, 01:45:15 PM
  • Publish Di FB
  • saudariku hatiluka,
    saya faham bgaimana perasaan saudari,dari apa yang saudari ceritakan,saya percaya suami saudari sbnrnya nak buang dan nak tinggalkan perempuan itu tp tu bknlah sesuatu yang mudah, sekiranya saudari masih blh bertahan,bersabarlah,bg suami saudari sedikit lg masa...sbnarnya saya juga pernah alami hal sedemikian,tapi dengan keazaman dan nekad yang kuat,plg penting dia(suami) kena ikhlas,suami saya dpt lepas juga dari genggaman perempuan itu(seorang janda muda anak dua) .dlm kes saya dulu,riuh satu pejabat suami saya dan riuh dlm keluarga kami shgga mengaibkan kami,perempuan itu membuka pekung didada dia sndri dengan menjaja kisah selingkuh dia dan suami saya pada kwn kwn dia,keluarga dia,keluarga saya,keluarga suami saya dan kpd rakan sepejabat suami serta pihak management,mendesak suami saya kawin dengannya dan mengugut mcm mcm spt nak bunuh diri,nak edarkan video seks mrk dan  nak dakwa atas tuduhan merogol dia,amatlah merbahaya perempuan itu,mungkin perbuatan dia itu(perempuan itu) membuatkan suami saya naik berang,jemu dan nekad utk tinggalkan perempuan itu selamanya,pada masa itu barulah dia kenal hati budi perempuan itu yang sebenarnya(true colour),apa saya buat pada masa itu, cuba cover suami saya(walau hati saya amat terluka)ialah brainwashed dia, bg dia support dan bimbing dia kejalan yang benar,bykkan solat,mengaji,dekatkan diri kpd Allah,sentiasa menegur(nasihat),alhamdulillah sekrg suami saya dah bebas dr perempuan itu sepenuhnya,bersyukhur sgt sgt...alhamdulillah..saya harap saudari tabah dan cekal,tu adalah ujian dr Allah dan peristiwa itu mematangkan kita,sekian

    hatiluka

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Jawab #10 09 March, 2012, 04:27:49 PM
  • Publish Di FB
  • salam sueffira dan reeza,

    saya nak update kisah saya dan suami.  Sekarang suami saya benar2 dah berubah dan sgt meyayangi saya, apa yg boleh saya katakan ialah tuhan telah mendengar doa saya. Saya amat2 bersyukur atas limpah kurnia yg Allah bagi pada saya. Perempuan yg berskandal dgn suami saya pun dah kawin dgn org lain raya cina aritu, mungkin dia kecewa kerana suami saya dah tak layan dia dan tak penuhi permintaan dia utk ceraikan saya.

    Cuma kadang 2 setan akan dtg menghasut saya supaya ingatkan apa yg pernah suami saya buat, bila dalam keadaan  begitu mmg saya akan emosi dan kdg2 marah balik pada suami.  Sekarang saya mmg tengah berusaha bersungguh2 utk melupakan semua ini dan benar2 redha dgn ketentuan Allah. Selalu saya berdoa agar tuhan tunjukkan jalan bagaimana nak lepaskan rasa marah dan dendam yg masih bersisa di hati saya.

    Apa yg saya rasa ialah Allah nak bagi peluang kedua pada saya utk mengecapi kebahagian hidup berumahtangga sbb itu dia balikkan hati suami saya pada saya semula.  Saya amat berharap agar ada dikalangan rakan2 disni sudi membimbing dan membantu saya melupakan trauma yang masih bersisa ini.

    isteri binggung

    • *
    • Posts: 11
      • View Profile
    Jawab #11 09 March, 2012, 06:55:10 PM
  • Publish Di FB
  • Assalam . . .terlebih dahulu tahniah saya ucapkan pada hati luka suefirra kerana sdh dapat suami anda kembali . . . Kisah saya sama seperti kisah suefira malah lebih lagi . . .wanita yang menjadi kekasih suami saya ni keterlaluan dia pernah memaki hamun saya ibu saya anak2 saya ibu mertua saya walaupun ianya melalui sms tapi cukup menyakitkan malah suami saya sendiri di maki hamunnya setiap kali suami cuba untuk meninggalkan wanita itu . . . . Dan wanita itu sudah terlalu banyak melakukan perbuatan yang sukar untuk saya nyatakan di sini . . .Perbuatan yang cukup memalukan suami perbuatan yang memang menunjukkan dia bukanla wanita yang baik untuk dijadikan isteri atau madu . . . .namun yang buat saya binggung suami masih juga berhubungan dengan wanita itu . . .walau apapun yang telah dilakukan oleh wanita itu . . . Dan untuk pengetahuan semua suami pernah berjanji dengan nama Allah yang dia tidak akan berhubungan lagi dengan wanita itu tetapi sehinga kini mereka masi berhubungan. . . .Wanita itu pun berjanji dan bersumpah dengan nama Allah yng dia tidak akan mengganggu rumah tangga kami lagi . . . .sekarang saya sendiri habis ikhtiar untuk membuat suami kembali seutuhnya untuk saya . . .Tanpa ada wanita itu . . .Seandainya wanita itu tidak pernah mengata yang bukan bukan tentang saya dan anak2 mungkin saya akan izikan suami bernikah dengan dia tapi saya pernah jugak suruh suami nikah dengan wanita itutapi suami cakap siapa jugak yang mau kawin . . .Saya betul2 binggung sekarang hanya doa yang mampu saya lakukan . . . . .Moga Allah betul2 kembalikan suami saya dan hanya saya dihati suami . . . .

    ailinalashraf

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Jawab #12 09 March, 2012, 09:40:59 PM
  • Publish Di FB
  • saya rasa teruja baca semua kisah diatas. jgn berasa sedih keterlaluan. walau saya belum berumah tangga, izinkan saya katakan disini, tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. semoga kita tidak hanya menyalahkan perempuan, kita juga kan perempuan. semoga Allah beri ilham yang baik, dan harap aib rumah tangga tidaklah terlalu didedahkan hingga menjatuhkan suami dan keluarga meski ianya unkbown character to the public. rujuklah kepada mereka yang tanpa berkepentingan seperti ustaz/ustazah dan badan2 yang bersedia membantu pasangan yang ada masalah dan pergolakan dalam perkhwinan. Insya Allah saya doakan smua pun dapat penyelesaian yang terbaik, dan jgn biarkan perasaan marah mendahului akal. semoga 9nafsu kita sebagai perempuan tidak pula menjerat kita. amin

    masih terluka

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #13 29 June, 2012, 04:40:26 AM
  • Publish Di FB
  • Assalammualaikum

    sy tersentak apabila membaca maslah forimer2 smua..rasa sy mmg ini adalah asam garam dlm berumahtangga..Ujian Allah utk kta lebih dekat dan selalu mengingatiNya..maklumla mula2 bkahwin mmg indah kdgkala ni'mat kawin yg Allah kurniakan kita tidak sedar yg kita suda melupakan Allah dlm byk hal kerana terlalu bhgia..dlm kealpaan kita Allah berikan uian spya kita dlm menempuhi rumahtangga xlupa kepadaNya..Allah ingin tinggikan Darjat kita insyaAllah

    ya Allah semoga diri ini tidak di uji dgn kata2 saya di atas..tp inilah pengalaman sy juga..saya bersyukur sbb suami sy seorg penyayang dan bertanggungjwb..tp rumahtngga mn yg xpenah diuji..semasa mengandung 8bln anak ke 2..sy penah sekali duji..namun alhamdulillah sy sedar yg suami curg selepas anak dh masuk usia 5 bln.wpun hati sgt2 terluka sy bsyukur sbb pd ketika itu sy dpt menguruskan anak2 sy dgn baik krna suda diberikn kechatan slepas dr bsalin..hnya hati shja yg menanggung..tp sy bimbngkn jika pd waktu dlm pantg atau dlm keaddaan diri yg xkuat..tp Allah takkan menguji sesuatu yg kta xmampu menanggung..wpun hakikatnya airmata mengalir juga tp sy cuba utk redho juga..sbb mmg itula aturan Allah..krna kta ada bhgian masing2 kan..

    wpun kecurangan suami di alam maya saja..maksudnya berbalas msg di facebook tp just usha2 bbudak2 yg suami sendiri xkenal..tp hati isteri mana yg xterasa kan..bbila isteri benar2 menjaga kelakuan sewaktu ketiadaan suami..malah xterlintas langsung utk curg pd suami yg sgt2 di sygi krna Allahll

    cuma biarla pengalamm ini jd pengajaran..perbbaiki diri..mgkn ada clapnya dr diri sendiri juga..cuma pd suami2 knpa masa isteri mengandung byk benar blaku bgni..klupun lynan isteri mgkn agak kurg smasa mengandung..suami kenala fhm krna yg dikandgkn ini adalah anak mereka bersama..jgnla curg dsebbkn kekurngan isteri..tp tegurla dgn baik jika sygkn isteri kerna Allah..buat suamiku isterimu ini amat menyanyangimu selalu ingin jd isteri terbaik utkmu...krna ingin menjd ketua bidadrimu di sanan nanti..insyaAllah amin ya Allah

    deuteromalay

    • *
    • Posts: 282
      • View Profile
    Jawab #14 29 June, 2012, 08:41:07 AM
  • Publish Di FB
  • Salaam...cuaca mendung awan gelap berarak langit kelabu...tiba-tiba hujan lebat menyimbah bumi....seketika pabila hujan terhenti...langit kembali cerah dek sinar mentari....diufuk sana kelihatan pelangi tujuh jalur. Sejuk dan redup mata memandang. Oleh itu segala onak duri ribut dan badai hampir tak menhyusahkan lagi. Nikmati saja pemandangan dilangit Allah yang dihiasi pelangi. Kau akan sedar bahawa bukanlah kau keseorangan yang melalui jalan itu...kau, dia...aku...malah kita semua tertakluk pada hukum karma...Fahamilah seadanya.
    wasSalaam.

    pawie

    • *
    • Posts: 209
      • View Profile
    Jawab #15 29 June, 2012, 11:38:09 AM
  • Publish Di FB
  • Kisah curang suami tidak akan habis dan berkesudahan. Dan pasti akan menimpa setiap wanita. Sama ada wanita itu sebaik mana pun atau secantik manapun pasti akan belaku. Ini kerana didalam hati lelaki telah terdapat 4 hati yang telah dibahagi untuk wanita wanita. Manakala didalam hati wanita hanya 1 sahaja untuk lelaki. Lelaki sedaya upaya akan mencari jalan agar kekosongan hati itu dapat diisi oleh wanita wanita. Sebagai seorang wanita anda tidak boleh menghalang kehendak lelaki tersebut tetapi anda boleh mengurangkan kehendak lelaki tersebut diantaranya.

    1. Pastikan lelaki tersebut laksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang suami. Beritahu lelaki tersebut jika tuan gagal dengan untuk melaksanan 1 hati ini. Bagaimana tuan untuk mengawal 3 hati yang lain.
    2. Pastikan si suami. solat dilaksanaka. Beritahu dia. Jika tuan gagal mengikuti  apa yang telah diperintahkan oleh tuhan yang menjadilan tuan bagaimana pula tuan akan menyelia dan mengawal 3 wanita ini.

    Jika perkara ini ada kesefahaman diantara lelaki dan wanita. Keinginan si suami akan berkurangan kerana memikirkan perkara diatas dan tanggungjawabnya yang akan dipikul olehnya. Ini akan melahirkan satu perassan kepada lelaki tersebut. Cukup lah satu aje buat masa ini sebab aku tidak bersedia dan mampu lagi. Itulah fikiran yang akan bermain di fikiranya sehingga sehingga mati.


    Sent from Samsung Galaxy Note @ Celcom Mobile

    anamualaf

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Jawab #16 01 July, 2012, 01:21:27 AM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum, saya adalah seorang isteri yang telah dicurangi oleh suami. Pada bulan ramadan lalu saya ada melakukan sembahyang hajat dan saya minta petunjuk dari Allah jika suami saya ada membuat sesuatu yang tidak baik dibelakang saya tunjukkkanlah kepada saya.  Dua bulan  selepas ituiaitu oktober 2010  saya terbaca sms suami saya dari seorang perempuan.  Suami saya mengaku dia ada hubungan dan sayangkan perempuan itu.  Kami bergaduh besar dan hampir2 nak bercerai.. tetapi suami saya tak nak ceraikan saya. Setelah berfikir dan setelah suami saya bersumpah dengan al-quran saya bagi peluang pada dia.  Bagaimanapun, 5 bln selepas ituiaitu mac 2011 saya dapat tahu sebenarnya suami saya masih berhubung dengan perempuan itu. apabila saya minta penjelasan dari suami dia beritahu dia tak boleh nak tinggalkan perempuan itu immediately dan tgh mencuba utk tinggalkan perempuan itu secara perlahan-lahan. Sepanjang tempoh 5 bulan ini juga saya  byk buat sembahyang hajat mungkin sebab tu Allah bagi petunjuk kat saya yg suami sy msh menipu saya. Kami bergaduh besar lagi dan Saya ada call perempuan itu dan dia kata dia dah tinggalkan suami saya tp suami sy msh cari dia.

    Masalahnya walaupun suami saya sanggup beersumpah dengan al-quran dan bersumpah jika kali ini dia msh berhubung dgn perempuan itu sesuatu yg buruk akan berlaku kepada emaknya tetapi saya sudah tidak percaya lagi pada dia.  hati saya menjadi tawar dan kadangkala ada perasaan benci dalam hati saya pada suami.  Memang suami cuba buat macam2 utk pulihkan keadaan tetapi bagi saya ianya hanyalah sebuah lakonan.  Ini kerana dari bulan oktober hingga mac dia juga buat macam2 nak perbaiki hubungan kami tetapi dalam diam dia msh berhung dengan perempuan itu.  Saya tidak dapat menerima hakikat suami saya menikam saya dari belakang dan tiada rasa kasihan pada saya.

    Saya pohon pandangan forumer disini bagaimana utk saya kembali meyayangi suami sepenuh hati dan percaya padanya dan mcmana nak buang rasa benci ini.  Ini kerana jauh di sudut hati saya saya masih meyayangi perkahwinan saya dan anak saya.  Pandangan dari semua saya dahului dengan jutaan terima kasih.

    salam saudari...mudah utk mengatakan..bersabar jelah...pasti ada hikmah disebalik semua yg berlaku...atau selalunya org akan mgingatkan kita yg segala dugaan yg allah turunkan pada adalah kerana DIA tau kita mampu utk mgharunginya..tp tau atau tidak betapa perit dan siksanya hidup masa tu...sy tersgt faham apa yg terbuku didlm hati saudari sekrg wlupun kita berlainan jantina..hakikatnya sama, saudari dicurangi suami, sy dicurangi isteri tambah teruk lg tindakannya disokong oleh byk pihak termsk ahli keluarganya...pendek kata, dari sy khas utk saudari dan semua yg membaca, inilah senario kehidupan di akhir zaman, yg da semakin sampai ke pghujungnya(kiamat)..sering terjadi jodoh yg baik utk yg jahat, yg buruk utk yg elok...yg jahat dan buruk selalu disokong serta menang...harap2 saudari mohon bantuan dr allah byk2..pasti allah akan bantu dgn mmberikan pengajaran serta peringatan yg pasti akan berbekas dlm diri suami saudari hingga kiamat...mudah2an dia akan benar2 btaubat slps itu..insyaallah..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    19 Replies
    3861 Views
    Last post 07 May, 2009, 03:16:52 PM
    by Puteri Balqis
    39 Replies
    14238 Views
    Last post 15 April, 2012, 06:09:39 PM
    by Lola Carrero
    7 Replies
    7532 Views
    Last post 22 February, 2012, 09:34:29 AM
    by matahari33