Author Topik: Tanggungjawab Belia dan Remaja Muslim dan Muslimah  (Read 905 times)

0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.

eila baharomTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 9
    • View Profile
Tanggungjawab Belia dan Remaja Muslim dan Muslimah
« on: 06 April, 2011, 12:22:24 PM »
:)

Pertama: Kita mestilah sedar bahawa waktu remaja bukanlah untuk berseronok semata-mata, tetapi waktu tersebut mestilah diisi dengan mencari ilmu pengetahuan dan menghayati ugama Islam. Jadikan waktu tersebut sebagai persiapan untuk menghadapi masa hadapan apabila kita semakin tua kelak.

Kedua: Kita tidak harus mudah terpedaya dengan unsur-unsur negatif. Ambillah budaya yang baik dari sesiapun dalam mencari dan meningkatkan ilmu. Tetapi kekalkan akhlak dan cara kehidupan orang Islam. Kita akan menjadi orang yang paling disegani dan dihormati kelak. Kita akan berjaya di dunia dan di akhirat, insya Allah.

Ketiga: Sebagai remaja dan belia, janganlah kita menghabiskan masa berkhayal dengan perasaan cinta dan mencari pasangan. Ia tidak membawa banyak hasil. Malah masa kita yang berharga yang sepatutnya dihabiskan dengan mencari ilmu atau menyumbang kepada masyarakat.

Keempat: Hormatilah ibu bapa kita, walaupun pada pandangan kita mereka tidak memahami jiwa dan perasaan kita. Sesungguhnya, ibu bapa adalah pintu syurga. Sekiranya kita tidak bersetuju dengan mereka maka katakanlah dengan nada yang lembut dan sopan, bukan dengan membentak dan menunjukkan marah.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Isra', ayat 23 ertinya:
"Dan Tuhanmu telah menentukan agar kamu jangan menyembah melainkan Allah dan hendaklah kamu berbuat baik dengan mereka. Jika salah seorang dari mereka atau kedua-dua mereka telah mencapai umur tua, maka janganlah berkata kasar kepada mereka, akan tetapi ucapkan kepada mereka dengan ucapan yang baik dan lembut."

Share this topic on Facebook

« Last Edit: 06 April, 2011, 03:25:26 PM oleh eila baharom »

fly13

  • *
  • Offline
  • Posts: 72
  • sg
  • ~lebih baik diam daripada cakap yang tidak elok~
    • View Profile
    • Let's Stay Together
Re: Tanggungjawab Belia dan Remaja Muslim dan Muslimah
« Jawab #1 on: 28 April, 2011, 06:39:00 PM »
biasalah...pada waktu umur2 begini, remaja memang dahagakan kasih sayang.
remaja yang tidak mempunyai panduan, akan memilih yang negatif.
remaja sekarang memang sangat menakutkan.

Share this topic on Facebook

~terbang tinggi2~ XD


 

Related Topics

  Subjek / Dimulakan Oleh Jawapan Kiriman Akhir
22 Jawapan
4247 Views
Kiriman Akhir 21 June, 2009, 03:19:52 PM
oleh najwa_hamali
0 Jawapan
970 Views
Kiriman Akhir 08 May, 2011, 03:11:52 PM
oleh haszlyn
5 Jawapan
7482 Views
Kiriman Akhir 13 December, 2012, 02:15:29 PM
oleh afiQoh