Bagaimana nak dakwah kepada keluarga sendiri?

Author Topic: Bagaimana nak dakwah kepada keluarga sendiri?  (Read 4047 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

addinamubsyira

  • *
  • Posts: 39
    • View Profile
05 April, 2011, 01:00:07 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
    Dalam surah al-Tahrim Allah memerintahkan agar orang2 beriman memelihara diri mereka dan keluarga mereka dari azab api neraka.Tetapi,bila difikirkan susah sebenarnya terutama nak tegur orang yang lebih tua dari kita misalnya pak cik kita sendiri.Bila fikir azab yang Allah ancamkan,rasa susah hati sangat tapi kita x mampu.Ada cadangan tak bagaimana kita nak dakwah kepada orang terdekat?

    Ace Abbas

    • *
    • Posts: 417
      • View Profile
    Jawab #1 05 April, 2011, 01:05:38 PM
  • Publish Di FB
  • -jawabsalam-

    Kalau di rumah saya, kami masing-masing suka bertegur.
    Bertegur pun salah satu usaha dakwah juga.
    Contoh, "adik dah salat ke belum? Kalau belum, pergilah salat sekarang sebelum terlepas waktu".
    Tak pun bila kakak nak mula mengumpat, "tak baik tau mengumpat".

    Lidah memainkan peranan yang besar.

    Wallahu a'lam. (:

    Harap halaqian lain dapat tolong.
    « Last Edit: 10 April, 2011, 03:19:45 AM by Ace Abbas »

    kasihiro

    • *
    • Posts: 568
    • Beliau selalu ingat kita...kita lupa padanya..:(
      • View Profile
    Jawab #2 05 April, 2011, 01:06:49 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum wbt,

    diri yang hina inimasih lemah untuk berdakwah pada keluarga....... :(

    kasihiro

    • *
    • Posts: 568
    • Beliau selalu ingat kita...kita lupa padanya..:(
      • View Profile
    Jawab #3 05 April, 2011, 02:55:19 PM
  • Publish Di FB
  • -jawabsalam-

    kasihiro, cuba buka thread ni Wajib Berdakwah Walaupun Diri Belum Sempurna
    Terima kasih (:


    syukran , hebat anta ni... ^^

    Ana Safwah

    • *
    • Posts: 7
      • View Profile
    Jawab #4 10 May, 2011, 11:56:54 PM
  • Publish Di FB
  •  :ws:
    Sememangnya agak sukar untuk kita menegur orang yang lebih tua daripada kita tambahan pula orang itu adalah ahli keluarga kita sendiri. Hal ini kerana orang tua akan merasa malu dan mungkin juga merasa terhina apabila ditegur oleh orang yang lebih muda daripadanya. Seseorang itu akan sukar menerima teguran apabila dirinya merasa terhina dan dimalukan. jom kita imbas kembali kisah cucu Rasulullah S.A.W. dalam menegur orang yang lebih tua u kemudianndaripada mereka.

    Quote
    Suatu waktu, Hasan dan Husin ternampak seorang lelaki dewasa mengambil wuduk dengan cara yang salah. Kedua-duanya tidak berani menegur lelaki tersebit kerana mereka masih kanak-kanak. Kemudian, Hasan berbisik kepada Husin. Mereka membuat satu rancangan untuk menyedarkan lelaki tadi. Dua kanak-kanak itu kemudiannya berpura-pura tidak tahu mengambil wuduk. 'Pak cik, bolehkah pak cik menghakimi siapakah di antara kami yang paling betul mengambil wuduk?" tanya mereka. Lelaki tersebut bersetuju menjadi hakim. Hasan dan Husin mengambil peluang itu dengan menunjukkan cara berwuduk seperti yang diajarkan datuk mereka iaitu Rasulullah S.A.W. Setelah Hasan dan Husin selesai berwuduk, tahulah si lelaki bahawa dia telah silap. Lelaki itu lantas mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana telah menyedarkannya. Sejak kejadian itu, si lelaki mengambil wuduk degan cara yang betul seperti yang ditunjukkan oleh Hasan dan Husin. Subhanallah..

    Begitulah caranya untuk menegur orang yang lebih tua. Kita tidak boleh sama sekali menjatuhkan air muka mereka sebaliknya menggunakan cara yang bijaksana. Dan di sini ada sedikit perkongsian bagaimana kita boleh menegur ahli keluarga kita untuk bersolat.
    1. ajaklah mereka bersolat bersama anda. contohnya "Jom kita solat jemaah." mungkin mereka tidak solat, tetapi ketahuilah, jauh di sudut hati, mereka gembira kerana kamu telah mengajak merek bersolat.

    2. meletakkan bahan bacaan tentang solat di tempat-tempat strategik yakni di tempat yang mudah dilihat oleh ahli keluarga..buku-buku yang dicadangkan adalah buku yang berkaitan dengan hukum-hukum solat, balasan bagi orang yang ingkar dengan solat dan sebagainya..

    3. jika bersolat di dalam bilik, biarkan pintu bilik terbuka. sedikit sebanyak itu akan membuka hati ___ untuk bersolat.

    4 bagi ahli keluarga yang lebih muda, kita boleh bertanya kepadanya sama ada dia sudah menunaikan solat atau tidak?jika belum, beritahu kepadanya mengapa kita perlu solat dan beribadah. kemudian suruhlah dia segerakan solatnya. jika dia sudah menunaikannya ucap syabas kepadanya dna beritahu hikmah-hikmah orang yang bersolat..

    dan ingatlah, jalan dakwah tidak hanya pada perkataan. kita juga boleh berdakwah melalui perbuatan. Kita boleh menunjukkan nilai-nilai murni dalam Islam. Secara tidak langsung itu dapat menarik hati orang yang melihat untuk lebih mendekatkan diri dengan Islam. apa yang baik sesungguhnya datang dari Allah S.W.T. dan apa yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri..


    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1361
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Jawab #5 11 May, 2011, 06:21:15 AM
  • Publish Di FB
  • -jawabsalam-

    Kalau di rumah saya, kami masing-masing suka bertegur.
    Bertegur pun salah satu usaha dakwah juga.
    Contoh, "adik dah salat ke belum? Kalau belum, pergilah salat sekarang sebelum terlepas waktu".
    Tak pun bila kakak nak mula mengumpat, "tak baik tau mengumpat".

    Lidah memainkan peranan yang besar.

    Wallahu a'lam. (:

    Harap halaqian lain dapat tolong.
    best nye....
    "Ukhwah fillah takkan musnah..lautan erat takkan mungkin patah..Bertemu, berpisah..hanya KENANGAN SEMATA..Redho Allah, Kita cari..Moga2 kita kan diRahmati..Dengan niat yang suci,bertemu kembali di negeri Abadi.. Salam kemaafan."

    SUGI

    • *
    • Posts: 302
      • View Profile
    Jawab #6 11 May, 2011, 08:07:17 AM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum,

    Ada seseorang bertanya kepada salah seorang Isteri Nabi Muhammad S.A.W. : "Bagaimana akhlak Nabi Muhammad S.A.W. lalu dijawab akhlak Nabi Muhammad S.A.W.  itu Al-Quran".

    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH
    Anda boroi...? kempiskan perut boroi anda dengan berjogging  semoga mendapat perut seperti perut Nabi Muhammad S.A.W. yang separas dengan dada baginda. Anda mampu mengubahnya...

    ungkuhafiz

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Jawab #7 17 September, 2012, 06:55:45 PM
  • Publish Di FB
  • Salam.

    Izinkan saya untuk berkongsi pengalaman dan pendapat. Pertama sekali, kita sepatutnya kena balance antara ketakutan kepada azab Allah dan juga mengharap kepada pertolongan dan hidayah dari Allah. Kita tak boleh berputus asa dalam kehidupan ini.

    Mengikut pengalaman saya, nak berdakwah dan menegur ibu bapa sangat sukar sekali kerana:
    1. Mereka lebih tua dari kita, mereka tak suka dengar nasihat dari orang yang muda walaupun ia benda yang betul. Cuba nasihat mereka secara indirectly. Dapatkan kawan2 mereka atau adik-beradik mereka yang lagi tua untuk memberi nasihat kepada mereka.

    2. Di samping menasihati mereka, kita tidak boleh kurang ajar dan tidak beradab, jangan melawan kata2 mereka, jangan meninggikan suara. Jika mereka mengamuk dan marah, kita redakan suasana dan bukannya membuatkan situasi lagi parah.

    3. Sentiasa berdoa kepada Allah, berdoa, berdoa dan berdoa, hidayah itu datang dari Allah. Kita hanyalah perantaraan untuk Allah memberi hidayah kepada mereka.

    Saya mempunyai ibu bapa dan saudara-mara yang sangat jauh dari Islam, perkara pertama yang saya buat ialah untuk slow talk dengan mereka, jadikan mereka rapat dengan saya supaya mereka boleh meluahkan masalah mereka, kemudian saya akan cuba affirmkan kepada mereka dan dapatkan connections apa yang menyebabkan mereka tak mahu solat. Kadang2 dengan hanya akhlak kita, tanpa mengeluarkan sepatah perkataan, hati mereka boleh berubah. Take it slow, saya ambil masa bertahun2 untuk dakwah kepada mereka, Alhamdulillah ada yang berubah dan ada juga yang stay the same. Dakwah takes time, years and years. Semoga perkongsian saya ni dapat membantu anda. Salam.

    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1377
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Jawab #8 17 September, 2012, 06:59:42 PM
  • Publish Di FB
  •  :syukur:

    Shukran perkongsian ungkuhafiz..betultu, bukan mudah hendak berdakwah kepada keluarga sendiri..saya pun tak bijak dalam perkara ini..kadang2 dalam nak control diri/berubah,terkeluar perangai lama bila bersama dengan keluarga...:senyum:..walau macam manapun,yang mampu dibuat perbetulkan diri sendiri dahulu...

     :jaz:

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #9 18 September, 2012, 08:50:21 PM
  • Publish Di FB
  • Salam.

    Izinkan saya untuk berkongsi pengalaman dan pendapat. Pertama sekali, kita sepatutnya kena balance antara ketakutan kepada azab Allah dan juga mengharap kepada pertolongan dan hidayah dari Allah. Kita tak boleh berputus asa dalam kehidupan ini.

    Mengikut pengalaman saya, nak berdakwah dan menegur ibu bapa sangat sukar sekali kerana:
    1. Mereka lebih tua dari kita, mereka tak suka dengar nasihat dari orang yang muda walaupun ia benda yang betul. Cuba nasihat mereka secara indirectly. Dapatkan kawan2 mereka atau adik-beradik mereka yang lagi tua untuk memberi nasihat kepada mereka.

    2. Di samping menasihati mereka, kita tidak boleh kurang ajar dan tidak beradab, jangan melawan kata2 mereka, jangan meninggikan suara. Jika mereka mengamuk dan marah, kita redakan suasana dan bukannya membuatkan situasi lagi parah.

    3. Sentiasa berdoa kepada Allah, berdoa, berdoa dan berdoa, hidayah itu datang dari Allah. Kita hanyalah perantaraan untuk Allah memberi hidayah kepada mereka.

    Saya mempunyai ibu bapa dan saudara-mara yang sangat jauh dari Islam, perkara pertama yang saya buat ialah untuk slow talk dengan mereka, jadikan mereka rapat dengan saya supaya mereka boleh meluahkan masalah mereka, kemudian saya akan cuba affirmkan kepada mereka dan dapatkan connections apa yang menyebabkan mereka tak mahu solat. Kadang2 dengan hanya akhlak kita, tanpa mengeluarkan sepatah perkataan, hati mereka boleh berubah. Take it slow, saya ambil masa bertahun2 untuk dakwah kepada mereka, Alhamdulillah ada yang berubah dan ada juga yang stay the same. Dakwah takes time, years and years. Semoga perkongsian saya ni dapat membantu anda. Salam.

    Satu perkongsian pengalaman yang bagus untuk dipraktikan kepada sesiapa yang berhadapan masalah yang sama.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Sejadah_Usang

    • *
    • Posts: 727
      • View Profile
    Jawab #10 18 September, 2012, 09:05:33 PM
  • Publish Di FB
  • Walau apapun kaedah dakwah kita jangan sampai ada yang terluka terutamanya ibu bapa kita. Walau ibu bapa kita salah pun jangan kita tegur direct. Kita tak layak nak tegur mereka. Doa banyak banyak supaya ALLAH 'tegur' mereka atau teguran tu biar datang dari orang lain bukan dari kita.... Wallahualam

    RNLQ

    • *
    • Posts: 287
      • View Profile
    Jawab #11 18 September, 2012, 10:36:26 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Secebis perkongsian...

    Niat kerana Allah
    Berlemah lembut,
    Sabar,
    Tambah ilmu,
    Berdoa,
    Istiqamah..

    Mudah diungkap, payah dibuat,
    Jangan mudah berputus asa,
    Jalan keredhaan tiada yang singkat,
    Selalulah memohon kepada yang Esa

    Moga Kemudahan Allah berikan
    Qudwah hasanah sebagai ikutan
    Ahli keluarga tidak dilupakan
    Agar bersama mendapat kerahmatan

    Dalam usaha ada ranjaunya
    Nafsu diri mesti dipagari
    Bersama-sama mendidik jiwa
    Moga mengenal Illahi Rabbi

     :ins:
     

    siti suraya

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Jawab #12 13 October, 2012, 12:29:31 AM
  • Publish Di FB
  • saya rasa ramai yang alami masalah ni tidak terkecuali diri saya sendiri..
    Apabila kita dah berubah ke arah yang lebih baik,pastinya kita mahukan semua orang di sekeliling kita mengalami perubahan yang sama,,

    Saya cadangkan rapatkan hubungan sesama ahli keluarga terlebih dahulu..kerana pasti akan ada yang mula menjauhi kita di saat mereka mengetahui kita telah berubah.Yakinkan mereka bahawa kita masih orang yang sama, masih lagi anak yang sayangkan ibu bapanya, masih lagi seorang abang/kakak yang kasihkan adik-adiknya, masih lagi seorang cucu yang merindui neneknya, masih lagi seorang sepupu yang gembira dan senang untuk bergaul dengan mereka dan banyak lagi.
    Pokoknya di sini,jangan jadikan diri kita orang asing dalam kalangan mereka.
    Berusahalah untuk rapat dengan  mereka di samping mengamalkan dan berkongsi ilmu-ilmu baru yang kita pelajari..dan jangan lupa untuk mendoakan yang terbaik untuk mereka
     Sekeras-keras batu pun masih boleh dibentuk dengan titisan air..
    Apatah lagi hati manusia..
     :ins: tiada yang mustahil apabila Allah menjadi niat dan tujuan dalam amal dan perbuatan kita..

    hambasepi

    • *
    • Posts: 178
    • ~Allah kuasa makhluk tak kuasa..~
      • View Profile
    Jawab #13 13 October, 2012, 01:13:48 AM
  • Publish Di FB
  • salam, mengikut pngalaman saya.. Untuk keluarga kita cuma perlu tunjuk akhlak yg baik.. Tak perlu kita jadi mufti yg mnghukum mana mana. Dan penting utk kita doa kerana hidayat milik Allah.. Percakapan kita yang tidak hikmah boleh melukai hati orang terutama ibu yang boleh mmbawa akibat yang buruk..
    ~ rezeki akan mencari tuannya sebagaimana maut mencari tuannya...~

    Munzir khan

    • *
    • Posts: 612
      • View Profile
    Jawab #14 13 October, 2012, 05:59:59 AM
  • Publish Di FB
  • Salam,jangan jadi kan Ahli keluarga anda seperti orang luar,kemesraan dalam keluarga jangan hilangkan
    kalau nak tegur tu biarlah dengan kesabaran sebab Allah SWT bersama orang yang sabar,biarlah apa yang
    Nak di perkatakan itu senang di fahami oleh orang yang ditegur,kalau orang tua kenalah hormat dan tegur
    atas pemikiran orang tua,kalau yang muda kita kena tegur cara pemikiran orang muda,agar seimbang dengan pemahaman seseorang.

    InsyaAllah

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    31 Replies
    3340 Views
    Last post 02 March, 2012, 08:59:49 PM
    by NurFurqan
    7 Replies
    939 Views
    Last post 28 February, 2012, 11:56:54 AM
    by Ana Ahmad
    1 Replies
    174 Views
    Last post 18 February, 2014, 03:35:40 AM
    by ansarul_haqq