Nafkah untuk Isteri yang Berkerja?

Author Topic: Nafkah untuk Isteri yang Berkerja?  (Read 19770 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

zizah

  • *
  • Posts: 15
    • View Profile
Jawab #20 18 October, 2011, 11:42:43 AM
  • Publish Di FB
  • :) Saya nak tahu nafkah yang harus/wajib suami beri kepada isteri yang berkerja?
    kerna saya seorg isteri yang berkerja, dan wang gaji yang saya terima saya gunakan untuk keperluan rumah kerana suami saya bergaji kecil.
    saya cuma nak tahu apakah jika isteri berkerja suami tidak lagi perlu memberi nafkah seperti wang belanja harian?

    saya pun ingin tahu
    gaji sy kecik shj tp gaji suami lg kecik
    kalau suami mintak pinjam/ambik duit isteri utk gunaan peribadi, macam ni apa pulak hukum nya?
    « Last Edit: 18 October, 2011, 11:45:18 AM by zizah »

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4918
      • View Profile
    Jawab #21 18 October, 2011, 11:59:47 AM
  • Publish Di FB
  • kawan saya

    lelaki tak ada kerjaya tetap

    keraplah

    isteri yang hulur rm50 jika nak keluar

    tak ada pula isteri mereka mengadu, mengeluh

    isteri yang satu tu, cikgu sekolah pekak

    satu lagi exec tm

    satu lagi cikgu juga

    alhamdulillah, bila bersyukur, nikmat Allah tambah, bertambah

    jadi, harapan saya, janganlah berkira sangat
    hidup bersuami isteri, give and take lah, semuga korban diri tu, mendapat ganjaran dari Allaah

    kita nak berkira Hukum sangatkah

    kita hidup tak terikut sunnah pun

    inshallah ya

    bersyukur lebih baik dari komplen

    bersabarlah, inshallah ada kejayaannya

    Mei

    • *
    • Posts: 1017
      • View Profile
    Jawab #22 18 October, 2011, 12:36:04 PM
  • Publish Di FB
  • Wah al-ahibbatu.kawan tu beristeri 3 kah? Hebatnya. Dia pulak tak de keje tetap?

    Mesti ada rahsia macam mana dia boleh tackle hati ketiga-tiga isteri tanpa menggunakan duit sebagi umpan. Mesti kena ada kewibawaan diri yang membolehkan si isteri hormat dan tak berkira soal kewangan. Mesti ada ilmu jugak untuk menguruskan 3 barisan jemaah yang besar.Memang kalau harmoni keadaan sesebuah rumahtangga..tidak akan ada perasaan berkira atau tidak puas hati. Yang penting macammana seseorang nakhoda kapal tu memimpin anak-anak kapal dia.kalau betul caranya..semua nya elok2 belaka.

    jen

    • *
    • Posts: 250
      • View Profile
    Jawab #23 18 October, 2011, 12:57:29 PM
  • Publish Di FB
  • kalau org kata segala-galanya apa yg isteri ada adalah hak suami, apakah suami bertanggungjawab bayar zakat barang kemas isteri, bayar zakat simpanan isteri, bayar zakat harta isteri?

    dimana hak isteri sebagai seorang individu muslim? dimana hak isteri sebagai perempuan muslim?

    adakah bila kita jadi isteri segalanya menjadi tanggungan dan tanggungjawab suami?

    adakah kita nak menidakkan bahawa Rasulullah tidak pernah menghalang wanita bekerja, berperang di zamannya?

    adakah kita nak menolak hadith yg mengatakan gaji adalah hak individu?

    adakah hadiah2/harta2 isteri yg haknya sejak kecil telah bertukar hak/tangan secara automatic bila kahwin?

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4918
      • View Profile
    Jawab #24 18 October, 2011, 01:06:38 PM
  • Publish Di FB
  • tiap tiap hari ke berperang?

    tiap tiap hari ke wanita keluar rumah, bekerja?

    subhanallah

    sedapnya berkata kata, hiks

    Mei

    • *
    • Posts: 1017
      • View Profile
    Jawab #25 18 October, 2011, 01:42:17 PM
  • Publish Di FB
  • setuju dengan jen.

    kita wanita juga punya hak keatas diri masing2. bukan bermakna apabila dah berkahwin kita menjadi hak total seorang suami.ada juga hak2 sebagai seorang individual yang perlu orang lain hormati.

    jen

    • *
    • Posts: 250
      • View Profile
    Jawab #26 18 October, 2011, 02:02:15 PM
  • Publish Di FB
  • tiap tiap hari ke berperang?

    tiap tiap hari ke wanita keluar rumah, bekerja?

    subhanallah

    sedapnya berkata kata, hiks

    alahai en batu,

    cuba ler lebihkan sikit baca2 kisah2 org di zaman rasulullah. kalau nak literal pun, anggaplah perang tu ala2 part time job, atau kena naik kapal 2 minggu sekali pi collect data.

    dlm quran pun sebut anak2 perempuan nabi syuaib keluar bekerja........ lupa ker?
    « Last Edit: 18 October, 2011, 02:04:05 PM by jen »

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4918
      • View Profile
    Jawab #27 18 October, 2011, 02:08:28 PM
  • Publish Di FB
  • anak syuib kerja sehari je, jumpa nabi musa

    takdirnya

    subhanallah

    ikut suka awaklah ya
    you are what you believe

    jen

    • *
    • Posts: 250
      • View Profile
    Jawab #28 18 October, 2011, 02:16:38 PM
  • Publish Di FB
  • anak syuib kerja sehari je, jumpa nabi musa

    takdirnya

    subhanallah

    ikut suka awaklah ya
    you are what you believe

    sehari kerja, kerja jugak.

    cek lah isteri2 sahabat rasulullah. ada yg jadi nurse masa perang, ada yg angkat pedang, ada yg jual kulit2 binatang, ada yg kerja jahit2, ada yg jadi mak andam. dan byk lah lagi. jadi masa zaman rasulullah pulak tu. takde pulak keluar hadith mengharamkan wanita bekerja esp pada yg kahwin.

     even aisyah pun menjadi sumber rujukan esp lepas nabi wafat. masa rasulullah hidup pun org mai bertanya pada dia masalah2 agama, ada rasulullah halang khidmatnya? kalau tak de khidmat tu pd umat islam, gamaknya banyaklah masalah umat islam tak terhurai.

    tak ke kerja tu?

    5zul

    • *
    • Posts: 3047
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #29 18 October, 2011, 02:34:18 PM
  • Publish Di FB
  • sebenar hal diri itu kepunyaan SUAMI totolnya sekali - kena faham apa tujuanNya..
    bukan sekadar di pinggiran...

    cuba selami kembali apa dia hak hak isteri..
    hak isteri boleh bercakap dengan suami dengan Adab sebagai isteri -
    sebagai landasan nya 3 perkara taati ALLAH taati rasul dan nabi seeta Suami -
    maka pilihlah di mana kedudukan terpuji bagi kamu.. fahamkan balik.. hak totol yang bagaimana...
    jika suami berkata tipah malam nie kau pakai seksi sikit abg ada majlis... so jangan lah ikut suami mu sebab mengadakan kemaksiatan di situ .. sedangakan ALLAH murka kepada maksiat.. tiada dosa di situ yer.. sebagai isteri nasihatkan suami itu hak kamu pula sebagai isteri.. faham kan balik...
    agak nya bini bini ku gengster kot ketawa...

    Tanggungjawab dan hak suami.

    Antara tanggungjawab suami menyediakan nafkah kepada isteri berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu menurut cara yang sepatutnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 233)

    Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dan bagi isteri-isteri kamu, hendaklah kamu memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan cara yang baik.” (Hadis riwayat Muslim).

    Suami juga mesti bergaul dengan isteri dengan cara yang baik. Firman Allah yang bermaksud: “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik.” (Surah an-Nisa’, ayat 19)

    Tanggungjawab dan hak isteri.

    Isteri wajib mentaati suami dalam perkara yang bukan maksiat.

    Isteri juga tidak boleh membenarkan orang lain memasuki rumah tanpa kebenaran dan keredaan suami.
    Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Hak kamu yang wajib ditunaikan oleh isteri kamu ialah tidak membenarkan sesiapa yang kamu benci memijak kakinya ke tempat tidurmu (memasuki rumahmu). (Hadis riwayat Muslim)

    Begitu juga dengan maruah, setiap isteri mesti menjaga kemuliaan, kehormatan dan harta benda suami. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan sebaik-baik perkara yang disimpan oleh lelaki? Ia adalah isteri yang salihah; apabila suami melihatnya, dia menggembirakan suaminya, apabila suami menyuruhnya, dia taat, dan apabila suaminya tidak ada bersamanya, dia menjaga dirinya dan harta benda suaminya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

    Tanggungjawab bapa terhadap anak.

    Islam juga mewajibkan bapa secara khusus memberi nafkah kepada anak. Menjaga kebajikan anak, termasuk menyediakan dalam kadar munasabah keperluan untuk hidup, belajar dan kesihatan.

    Begitu juga anak wajib dididik supaya sentiasa beribadat dan berakhlak mulia. Tugas mendidik berada di atas kedua ibu dan bapa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Didiklah anak kamu dengan tiga perkara; cintakan Nabi kamu, cintakan ahli keluarga Nabi kamu dan membaca al-Quran.” (Hadis riwayat Dailami)

    Apa yang kami kemukakan hanyalah ringkasan dari hak dan tanggungjawab berkeluarga yang lebih luas. Di harap agar pasangan yang memerlukan rujukan lanjut, dapat merujuk buku-buku berkaitan untuk maklumat terperinci.

    Perkahwinan merupakan fitrah yang Allah anugerahkan ke atas manusia, baik lelaki mahupun perempuan. Menurut Islam perkahwinan bukanlah atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama. Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan syahwat tetapi untuk memenuhi kehendak tujuan kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada  Allah. Kerana itu setiap Muslim mahupun Muslimah perlu merancang agar perkahwinan mereka tergolong di dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah (taqarrub ila Allah).

    Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:
    “Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.” [HR Muslim]

    Isteri wajib mentaati suaminya dalam hal kebaikan, bukan dalam kemaksiatan kepada Allah. Namun demikian, seorang suami hendaknya tidak memberatkan atau menyusahkan isterinya. Ketentuan semacam ini diambil dari Firman Allah:

    “Jika isteri-isteri kalian mentaati kalian maka janganlah kalian mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.” [TMQ an-Nisa’ (4):34]

    sabda Rasulullah:
    “(Sebaik-baik wanita adalah) yang membahagiakan suaminya jika ia memandangnya, yang sentiasa mentaati suaminya jika ia memerintahnya, dan yang tidak bermaksiat terhadap suaminya atas dirinya dan hartanya dengan sesuatu yang dibenci suaminya” [HR an-Nasa’i]

    Dalam sebuah hadis disebutkan:
    “Jika seorang suami mengajak isterinya untuk tidur bersama, kemudian isterinya menolaknya, hingga suaminya marah, maka malaikat akan melaknatnya hingga pagi hari.” [Muttafaq ‘alaih]

    ************

    Suami wajib memberi nafkah kepada isteri mengikut keperluan dan kemampuannya walaupun isterinya bekerja. Ukuran kemampuan adalah mengikut Hukum Syarak dan bukan atas keinginan peribadi atau hawa nafsu sendiri.

     Isteri keluar bekerja

     Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu. Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara' dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama.
     Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang berkerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri 'nusyuz', tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.

     Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga

     Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).
     Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara' demi menjayakan makna bantu membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri.
     Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan merkea termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.
     Jika keluarnya isteri bekerja memerlukan kos tambahan, maka isteri menanggung sendiri kos tersebut ( seperti pengangkutan dan lain-lain)

    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    jen

    • *
    • Posts: 250
      • View Profile
    Jawab #30 18 October, 2011, 02:57:52 PM
  • Publish Di FB
  • rasanya ramai tak faham apa yg dimaksudkan dgn nafkah. bg saya, nafkah suami akan terjalan/menjadi kewajipan seorg suami sehinggalah isteri habis iddah kalau bercerai la). Kerja ke, tak kerja ke, online part time ke, kena keluar ke.......... nafkah adalah hak isteri.

    ramai jugak mempersoal nafkah dlm bentuk pocket money. benda ni samada kita lihat secara superficial atau secara details, rasanya case by case basis lagi cantik.

    mslh ni jadi agak mengelirukan mungkin disebabkan sekarang ni org prefer terima duit dr barang. contoh, isteri lebih suka suami bagi duit dan dia listkan apa yg nak dibeli untuk bagi dapur berasap daripada, suami bawak balik barang dapur (dimana bwg merah diconfuse dgn bawang besar atau halia dgn lengkuas, atau tak beli langsung kicap padahal kicap dah habis) untuk isteri pikir la apa yg boleh dibuat dgn apa yg dibeli.

    bg isteri bekerja, pocket money ni (katakanlah) ialah untuk makan minum semasa waktu kerja. maka, kalau ikut undang2 islam (sekurang-kurangnya di M'sia) itu adalah termasuk nafkah makan minum yg perlu ditanggung suami. cuma......... sbg isteri, memandangkan dia telah membenarkan kita bekerja, apa kata kita halalkanlah duit yg kita guna untuk makan yg sepatutnya adalah tanggungannya. dlm bab pocket money utk makan minum pulak, kenalah dlm kadar sama dengan apa suami belanjakan untuk makan minum dirinya pada hari itu. sama jugak dari segi pakaian, jgn suami beli kasut cap Bally, isteri hanya pakai cap Yi Beng. Kalau mcm ni maknanya nafkah tak cukuplah.

    berkenaan pocket money untuk tujuan lain2. secara detailsnya ada perbezaan pendapat, mcm pi beli make up ke, spa ke etc. sb benda ni luxury, bukan keperluan asas.

    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 820
      • View Profile
    Jawab #31 18 October, 2011, 03:20:55 PM
  • Publish Di FB
  • Quote
    Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).
     Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara' demi menjayakan makna bantu membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri.
     Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan merkea termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.
     Jika keluarnya isteri bekerja memerlukan kos tambahan, maka isteri menanggung sendiri kos tersebut ( seperti pengangkutan dan lain-lain)

    Inilah rasanya jawapan bernas dan memuaskan hati kedua-dua belah pihak sama ada si suami atau isteri.
    Seperti yang saya katakan, kalau isteri dah menghulurkan bantuan, jangan merungut, bagi dengan ikhlas. Kalau rasa taknak tolong, tak perlu tolong lebih baik daripada mendatangkan rasa tidak puas hati kepada si suami dan mengungkit-ngungkit di kemudian hari.

    Kepada isteri yang bergaji besar, jangan cepat bangga diri. Rezeki yang kita dapat selama ini takkan sampai pada kita kalau bukan dengan izin Allah. Kepada suami yang berpendapatan kecik, usaha lebih untuk gembirakan isteri dan anak-anak. duit memang bukan segala-galanya, tapi sebahagian dari kebahagiaan itu berasaskan duit.

    « Last Edit: 18 October, 2011, 03:24:06 PM by Iffah Muhsin »
    Thabit bin Qurrah berkata: "Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."

    zizah

    • *
    • Posts: 15
      • View Profile
    Jawab #32 18 October, 2011, 03:46:53 PM
  • Publish Di FB
  • apa yg sy nak tanya sekarang ni, kalau nafkah yg dimaksudkan ialah menaggung segala keperluan isteri, tapi selepas itu isteri yg menanggung keperluan suami, mcm mana pulak? maknanya gaji suami dah guna utk bayar sewa, bill, etc, tp lepas tu dia mintak duit drpd isteri, lagi2 untuk membeli brg dapur dan keperluan harian anak2, adakah itu maksudnya dia sudah memberi nafkah?

    lagi satu, pada suami2 yg "ditanggung" oleh isteri, kenapa tak ada ikthiar? kenapa biarkan isteri menanggung semua yg sepatutnya suami yg tanggung? dgn alasan, oh tak apa, suami isteri, tolong menolong... padahal isteri pergi bekerja, kemudian balik uruskan anak, masak, membasuh, mengemas dsb.

    suami? tak ada masa nak cari gaji lebih?

    maaf, tp sy mcm tak berpuas hati dgn beberapa jawapan yg mcm 'lepas tgn' terhadap tanggungjawab seorg suami...

    wallahualam.

    « Last Edit: 18 October, 2011, 03:51:22 PM by zizah »

    5zul

    • *
    • Posts: 3047
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #33 18 October, 2011, 03:54:11 PM
  • Publish Di FB
  • apa yg sy nak tanya sekarang ni, kalau nafkah yg dimaksudkan ialah menaggung segala keperluan isteri, tapi selepas itu isteri yg menanggung keperluan suami, mcm mana pulak? maknanya gaji suami dah guna utk bayar sewa, bill, etc, tp lepas tu dia mintak duit drpd isteri, adakah itu maksudnya dia sudah memberi nafkah?

    lagi satu, pada suami2 yg "ditanggung" oleh isteri, kenapa tak ada ikthiar? kenapa biarkan isteri menanggung semua yg sepatutnya suami yg tanggung? dgn alasan, oh tak apa, suami isteri, tolong menolong... padahal isteri pergi bekerja, kemudian balik uruskan anak, masak, membasuh, mengemas dsb.

    suami? tak ada masa nak cari gaji lebih?

    maaf, tp sy mcm tak berpuas hati dgn beberapa jawapan yg mcm 'lepas tgn' terhadap tanggungjawab seorg suami...

    wallahualam.
    faham kembali hal rumahtangga...
    isteri berkerja atas sebab apa...

    ISTERI BERKERJA SEBAB MEMBANTU SUAMI HAL RUMAHTANGGA.. SEPERTI KAMU ADAKAN BIL BIL TERSEBUT -
    usah ingat isteri lepas tangan..
    sebab itu kalau rasa tidak teraniaya kepada diri sendiri -
    so mohon dahulu lah dengan suami mu selepas nikah nanti -
    * abg - abgkan tahu yg sy sedangkan berkerja... sayang minta ampun sayang ingin kan terus dengan perkerjaan sedia ada..
    maksud sayang abg izinkan sayang berkerja yer -
    jika suami kata TAK - hati hati yer..

    walaupun konsep nya suami mampu biayai semua sekali termasuk nafkah bathin sekali pun..
    jika isetri mohon so suami kena tanggunglah jual hal nafkah..
    jika berdua ada persetujuan maka silakan..
    jangan katakan duit abang duit abang.. duit sayang duit sayang lah...
    ketawa-

    faham kembali - apa tujuan ISTERI BERKERJA yer -

    zizah

    • *
    • Posts: 15
      • View Profile
    Jawab #34 18 October, 2011, 04:16:10 PM

    Tapi kalau macam itu, kalau isteri tak bekerja, maka tidak makan lah sekeluarga itu?

    Sekarang ni hampir semua perempuan berkahwin dan bekerja. Suami tak akan kata tidak, melainkan dia mampu.

    Kalau nak cari lelaki yang mampu tanggung semua tanpa perempuan bekerja alamatnya tak kahwin lah perempuan di Malaysia ni, tak pun jadi isteri kedua atau ketiga... Maaf tapi saya kena cakap macam ini. Kerana saya rasa ramai yang tidak faham isu nafkah untuk isteri bekerja ini... Termasuk lah saya... Saya hanya nak mencari penerangan untuk kedua belah pihak..

    Jadi memang patut lah seorang isteri menghabiskan duit gaji bulanan nya tanpa apa-apa simpanan untuk dirinya semata-mata ingin membantu suami? Tidak apa kah jika dalam hal kecemasan duit isteri yang diharapkan oleh suami? Patutkah suami ketika dalam membuat budget perbelanjaan rumah mengambil kira duit pendapatan isteri untuk menyelesaikan semua hutang-hutang dan bil?

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2264
      • View Profile
    Jawab #35 18 October, 2011, 04:38:45 PM
  • Publish Di FB
  • Betul macam tuan 5zul kata tu, fahamkan semula kenapa isteri bekerja..

    Duduk berdua, suami dan isteri sama berbincang akan perihal perbelanjaan isi rumah.

    Isteri bekerja, untuk membantu suami. Maksudnya sekadar menampung mana yang kurang. Jika berlebihan, boleh sahaja disimpan untuk tabungan, bersedekah, mengerjakan haji dan sebagainya.

    Kalau isteri mula rasa terbeban dan terasa suami mula lepas tangan, peringatkanlah suami. Mungkin dia terleka dengan bantuan dari isteri hingga tak sedar isteri tertekan dengan bantuan yang semakin di luar kemampuan.

    Akhir sekali, kalau rasa tak sanggup dan terasa macam tanggung suami, cakap je terus terang kat suami, duit gaji tu dah diperuntukkan untuk hal lain bukan untuk tanggung suami. Atau, ambik je cuti tanpa gaji sebulan, last berhenti kerja.

    Tak perlu risau tak makan bila tak kerja. Asalkan hati tenang, tak gaduh-gaduh lagi soal gaji.

    Kalau dah 4bulan tak kerja, tengok suami memang tak mampu nak tanggung nafkah. Dan tak rela juga hidup dalam keadaan tak cukup makan, bolehla pergi ke pejabat agama untuk urusan kaunseling dan selanjutnya..
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    5zul

    • *
    • Posts: 3047
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #36 18 October, 2011, 04:44:49 PM
  • Publish Di FB
  • apa yg sy nak tanya sekarang ni, kalau nafkah yg dimaksudkan ialah menaggung segala keperluan isteri, tapi selepas itu isteri yg menanggung keperluan suami, mcm mana pulak? maknanya gaji suami dah guna utk bayar sewa, bill, etc, tp lepas tu dia mintak duit drpd isteri, adakah itu maksudnya dia sudah memberi nafkah?

    lagi satu, pada suami2 yg "ditanggung" oleh isteri, kenapa tak ada ikthiar? kenapa biarkan isteri menanggung semua yg sepatutnya suami yg tanggung? dgn alasan, oh tak apa, suami isteri, tolong menolong... padahal isteri pergi bekerja, kemudian balik uruskan anak, masak, membasuh, mengemas dsb.

    suami? tak ada masa nak cari gaji lebih?

    maaf, tp sy mcm tak berpuas hati dgn beberapa jawapan yg mcm 'lepas tgn' terhadap tanggungjawab seorg suami...

    wallahualam.
    faham kembali hal rumahtangga...
    isteri berkerja atas sebab apa...

    ISTERI BERKERJA SEBAB MEMBANTU SUAMI HAL RUMAHTANGGA.. SEPERTI KAMU ADAKAN BIL BIL TERSEBUT -
    usah ingat isteri lepas tangan..
    sebab itu kalau rasa tidak teraniaya kepada diri sendiri -
    so mohon dahulu lah dengan suami mu selepas nikah nanti -
    * abg - abgkan tahu yg sy sedangkan berkerja... sayang minta ampun sayang ingin kan terus dengan perkerjaan sedia ada..
    maksud sayang abg izinkan sayang berkerja yer -
    jika suami kata TAK - hati hati yer..

    walaupun konsep nya suami mampu biayai semua sekali termasuk nafkah bathin sekali pun..
    jika isetri mohon so suami kena tanggunglah jual hal nafkah..
    jika berdua ada persetujuan maka silakan..
    jangan katakan duit abang duit abang.. duit sayang duit sayang lah...
    ketawa-

    faham kembali - apa tujuan ISTERI BERKERJA yer -

    Tapi kalau macam itu, kalau isteri tak bekerja, maka tidak makan lah sekeluarga itu?

    Sekarang ni hampir semua perempuan berkahwin dan bekerja. Suami tak akan kata tidak, melainkan dia mampu.

    Kalau nak cari lelaki yang mampu tanggung semua tanpa perempuan bekerja alamatnya tak kahwin lah perempuan di Malaysia ni, tak pun jadi isteri kedua atau ketiga... Maaf tapi saya kena cakap macam ini. Kerana saya rasa ramai yang tidak faham isu nafkah untuk isteri bekerja ini... Termasuk lah saya... Saya hanya nak mencari penerangan untuk kedua belah pihak..

    Jadi memang patut lah seorang isteri menghabiskan duit gaji bulanan nya tanpa apa-apa simpanan untuk dirinya semata-mata ingin membantu suami? Tidak apa kah jika dalam hal kecemasan duit isteri yang diharapkan oleh suami? Patutkah suami ketika dalam membuat budget perbelanjaan rumah mengambil kira duit pendapatan isteri untuk menyelesaikan semua hutang-hutang dan bil?
    (Senyum)-
    kamu tak faham penulisan sy tak apa sy terangkan ...

    maksud nya bukan mencari yg mampu biayai rumahtangga mu -
    dalam dunia serba moden itu - selalu nya lalai isteri berkerja tanpa restu suami-
    tapi tak ada.. letak tepi dulu hal nya.. walaupun kamu tak di restui secara amnya walaupun suami tahu kamu berkerja Insyallah jika kamu menjalankan hubungan kelamin Insyallah sudah jatuh restu itu -

    berbalik kembali yer -

    jika suami mu mampu sekali pun maka di izinkan kamu berkerja.. bantu lah suami yer .. kena faham hukum nya.. janga tahu mengeluh sahaja.. sini mengeluh sana kepanasan yer saudari...
    ketawa....

    simpanan boleh di simpan.. katakan kan lah.. jika tiba tiba suami mu di timba kemalangan ... perlukan kos duit untuk kerosakkan dan sebagainya kebetulan suami mu tak ada simpanan.. maka kamu dengan rehdanya adakan kepada suami mu .. sayang ada simpanan abg.. restu suami Insyallah isteri tempatnya di syurga.. abg pakai lah dulu... nanti sayang buat simpanan balik...

    **boleh kamu adakan bergitu saudari ku..

    pebelanjaan suami dah temaktup.. sediakan apa sahaja untuk isteri jika suami tak mampu.. kamu bantu lah.. bukan suruh pun kamu selesaikan hutang hutan semua itu termasuk bil bil... JIKA suami mu tak mampu.. kamu bantu lah.. kamu boleh buat simpanan kamu sendiri - tidak salah yer saudari..

    jika suami penggagur atau pelajar - suami mu tak mampu nak adakan semua itu termasuk zakat fitrah-
    faham yer -

    jika kamu berkerja dan suami belajar..
    kamu kenalah bantu hal suami sepenuhnya temasuk sekali hal rumahtangga...
    jika kamu bagi suami mu duit poket atau duit pelajaran.. maka itu dah HAK suami..
    boleh di adakan dalam zakatnya nanti -
    Insyallah -

    nanti bila suami mu dah berkerja ... mohon lah berhenti pula.. rehat katakan...
    (senyum)-
    Insyallah jika kamu saling membantu .. ALLAH adakan kebaikkan dalan perhubungan kamu ...

    sama juga isteri bos suami kuli sahaja..
    jangan perkecil kan suami .. kelak nanti Neraka lah tempatNya..
    (senyum)- bantu lah suami jika suami mu bergaji kecil ...

    di sini banyak jawapan sila lah klik..
    (senyum)-

    https://www.darulnuman.com/index.php?option=com_content&view=article&id=105&Itemid=170

    « Last Edit: 18 October, 2011, 04:47:57 PM by 5zul »

    jen

    • *
    • Posts: 250
      • View Profile
    Jawab #37 18 October, 2011, 05:17:10 PM
  • Publish Di FB
  • apa yg sy nak tanya sekarang ni, kalau nafkah yg dimaksudkan ialah menaggung segala keperluan isteri, tapi selepas itu isteri yg menanggung keperluan suami, mcm mana pulak? maknanya gaji suami dah guna utk bayar sewa, bill, etc, tp lepas tu dia mintak duit drpd isteri, lagi2 untuk membeli brg dapur dan keperluan harian anak2, adakah itu maksudnya dia sudah memberi nafkah?

    lagi satu, pada suami2 yg "ditanggung" oleh isteri, kenapa tak ada ikthiar? kenapa biarkan isteri menanggung semua yg sepatutnya suami yg tanggung? dgn alasan, oh tak apa, suami isteri, tolong menolong... padahal isteri pergi bekerja, kemudian balik uruskan anak, masak, membasuh, mengemas dsb.

    suami? tak ada masa nak cari gaji lebih?

    maaf, tp sy mcm tak berpuas hati dgn beberapa jawapan yg mcm 'lepas tgn' terhadap tanggungjawab seorg suami...

    wallahualam.

    kena faham apa yg dikatakan nafkah dan apa kadar kemampuannya. kalau dia dah cover semua benda yg didefinisikan sbg nafkah, tapi belum mencapai benchmark syariat, maka tak cukup jugak.

    keperluan isteri itu apa selain dari makan minum, pakaian tempat tinggal and a few things lagi? Kalau keperluan isteri yg dianggap nafkah ialah holiday setiap tahun, atau spa setiap bulan, itu bukan termasuk perkara nafkah. kalau dia tak mampu berholiday, tak mampu beli baju raya atau lauk ekstra hari raya, maka ini tak bermakna dia tak menunaikan nafkah. sebab ini termasuk perkara yg bukan lg basic. bill astro bukan nafkah jugak.

    mmg jadi masalah kalau dari awal tak faham konsep nafkah. sebab tu jadi bab isteri tanggung makan minum suami. kalau ini dah jadi kebiasaan, payah nak ubah kecuali suami isteri kembali belajar dan menginsafi bab2 ni. jadi bila suami mintak isteri keluar duit untuk keluar duit untuk makan minum, keperluan anak2, dia dah gagal menunaikan nafkah sbg seorg suami dan ayah. full stop.

    tetapi kalau sbg isteri kita mampu dan kita rela untuk tanggung belanja tersebut, maka itulah adalah keputusan yg terbaik sbg seorg isteri, umat rasulullah yg  mementingkan sedeqah pada ahli keluarganya yg terdekat. dapat pahala.

    tetapi w/pun kita mampu tapi kita tak rela, maka kita boleh refuse outrightly tak nak tolong ATAU kita bagitau bahawa ini hanyalah pinjaman. Nanti bila abang dah naik gaji, dah jawatan besar abg kena bayar balik. maka selagi hutang ni tak dibayar, dia akan bawa smpi akhirat. kesalahan yg dia bawa ialah dia tak tunai hak isteri dan mungkin anak dan dia tak bayar balik hutang dia.

    sbg org islam, kita tak nak di akhirat nanti kita jadi muflis. salah satu maknanya, disebabkan kita nak berdendam, kita tak ringan hati nak menghalalkan. nanti kita akan berhadapan dengan org yg kita zalimi atau dizalimi di mahkamah Allah. At that point, kita takut2, yg kita ni rupanya lebih byk salah dgn suami to the extent kita terpaksa tanggung segala dosa suami dan pahala kita diserahkan pada dia. Adakah itu yg kita nak? Bagi saya, nak jumpa peminta sedeqah hari2 payah, nak jumpa tabung masjid lagilah susah. apa kata kita sedeqahkan harta tersebut utk kebaikan sekeluarga. Tapi pada masa yg sama, soundlah kat suami, yg mana satu pinjaman yg mana satu sedeqah.

    bab kenapa suami tak nak ikhtiar........ kita kena redha akan datang satu point dimana takat tu jela rezeki. kalau isteri kedekut dgn duit dia, apa kata cut down all other expenses? sy pernah sound kat suami suatu masa dulu disebabkan ungkit mengungkit bab perbelanjaan ni. dia bagi option kat sy "jom pindah balik rumah lama (byr rm500 sebulan), awak tak payah kerja dan kita hidup dgn gaji sy". Sy tak nak sebab sy nak duduk rumah byr rm2000 sebulan dan sy nak enjoy gaji sy yg tinggi. tapi sy pastikan suami faham yg apa yg saya tong2 ni adalah portion nafkah. sy niat sedeqah. dulu2 mana2 utility bills sy bgtau, saya hanya cover smpi dia mampu, so bila gaji dia naik, dia take over. brg2 perabot, sebab sy nak keluarga sy selesa, sy guna duit sy, tak pernah mintak kat suami.

    bagi sy mendapat redha suami dan membuat investment utk akhirat lebih penting. setakat nafkah yg sy sedeqahkan demi mencukupkan dan mencapai keselesaan semua pihak sy tak pernah rasa gaji sy susut sebab tu. malah mcm sentiasa ada untuk berbelanja lebih pada personal luxury items.

    tapi ni kes sy. ada kes yg memang suami lepas tangan, bukan sebab tak cukup tp sebab sikap tak bertanggungjawab dan tak faham agama. kalau satu pihak tak redha (isteri mengungkit), mana mungkin suami akan diredhai Allah, maka ianya akan sentiasa jadi masalah chicken and egg.

    jen

    • *
    • Posts: 250
      • View Profile
    Jawab #38 18 October, 2011, 05:29:37 PM
  • Publish Di FB
  • bab simpanan ni.

    seeloknya allocate lah sikit untuk simpanan. niatkanlah utk pergi haji. w/pun pi haji ni kalau nak kira bab tanggungjawab, suami yg kena bayarkan.

    jgn niat untuk rainy days. sb tu kdg2 kita niat untuk rainy days, mmg hujan selalu. lebih baik niat untuk beli brg kemas.

    tak payah bagitau suami berapa kita simpan. amount tu tak begitu penting. kdg2 sikit2 pun tapi tak pernah usik, byk jugak. daripada tiap2 bulan kononnya simpan byk, bulan depan keluar lagi byk.

    bab suami kira sekali gaji kita dlm bajet bulanan, kalau kita redha apa salahnya? kalau tak redha, awal2 bagitau yg ianya adalah pinjaman dan buatlah nota supaya kalau bercerai nanti senang buat claim ke nak tuntut nafkah untuk anak2 ke.

    bottom line, kalau nak berkira, berkira dari awal perkahwinan.

    listkan apa nafkah dan apa bukan nafkah. bukan nafkah ni selalunya sb nak layan nafsu. contoh, bil astro, bil internet, tak mati kalau tak ada pun. kalau sampai berhutang untuk layan nafsu, pandai2 lah kowtim suami isteri. jgn dok kata suami tak bayar nafkah atas perkara yg bukan dedifinisikan sbg nafkah pun.

    nafkah zahir pulak, cek apa benda yg tak cukup. selalunya cukup. setakat makan minum (ada yg kelaparan ke?), baju (takkan beli setiap bulan), rumah selesa (duit rumah, air, api berbayar), oklah tu. 
    « Last Edit: 18 October, 2011, 05:35:57 PM by jen »

    Kampung Lady

    • *
    • Posts: 126
      • View Profile
    Jawab #39 18 October, 2011, 07:54:26 PM
  • Publish Di FB

  • kena faham apa yg dikatakan nafkah dan apa kadar kemampuannya. kalau dia dah cover semua benda yg didefinisikan sbg nafkah, tapi belum mencapai benchmark syariat, maka tak cukup jugak.

    Dalam syariat ada benchmark kah?

    (banyak benar bahasa rojak, menyebabkan saya tidak faham keseluruhan yang disampaikan, nak buat 'google translat'e pun google tak faham. Jika guna bahasa melayu sepenuhnya bahasa melayu, jika mahu guna bahasa inggeris, gunalah sepenuhnya bahasa Inggeris supaya mudah untuk di 'Google Translate')

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    42 Replies
    38643 Views
    Last post 04 December, 2013, 12:47:26 AM
    by Ibu Melayu
    16 Replies
    1738 Views
    Last post 17 June, 2013, 07:21:49 PM
    by Ajibol
    8 Replies
    561 Views
    Last post 21 March, 2014, 09:34:31 AM
    by amru