Tips Untuk Menjadi Pandai

*

Author Topic: Tips Untuk Menjadi Pandai  (Read 8005 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

30 March, 2011, 06:56:31 PM
  • Publish
  • Salaam.

    Kita sering kali mendengar orang berkata, "kau dilahirkan dengan otak kiri. Tentu kau pandai matematik".
    Ada juga yang menyatakan, "kau dilahirkan dengan otak kanan. Kau ni mesti orang yang kreatif".
    Betulkah dengan kenyataan ni? Hm, wallahu 'alam.

    Walau bagaimana pun, bagi saya, kepandaian seseorang bukanlah disebabkan oleh kebolehan otak kiri atau kebolehan otak kanan.
    Namun, bagi saya, kepandaian seseorang adalah berdasarkan dari kebijaksanaan seseorang untuk berfikir.
    Bagaimanakah cara untuk berfikir dengan bijak?
    Ha... Saya ingin kongsikan di sini.

    Setiap orang ingin berjaya, bukan?
    Ada yang ingin berjaya di dunia. Ada yang ingin berjaya di akhirat. Ada yang ingin berjaya di dunia dan di akhirat.

    Sesetengah orang mungkin lebih berkecenderungan ke arah sukan.
    Ada yang berkecenderungan ke arah perasaan.
    Ada juga yang berkecenderungan ke arah agama.
    Ada yang berkecenderungan ke arah akademik dan pekerjaan.
    Dan ada yang berkecenderungan ke arah sosial.

    Apa yang perlu dilakukan untuk menjadi pandai dalam setiap aspek ini ialah, cara pemikiran.
    Cara pemikiran yang ingin saya ketengahkan di sini bukanlah susah. Senang sahaja.
    Kita cuma perlu amalkan 5W 1H. Apa itu 5W 1H? 5 wives, 1 husband kah? Hahaa.
    5W 1H sebenarnya ialah satu prinsip yang diguna pakai oleh golongan bijak pandai. Ianya sebenarnya ialah:

    - WHO (SIAPA)?
    - WHAT (APA)?
    - WHEN (BILA)?
    - WHERE (DI MANA)?
    - WHY (KENAPA)?
    - HOW (BAGAIMANA)?

    Mari kita mengambil contoh, katakanlah Ali seorang yang rajin bersukan.
    Kerja kerasnya dalam bidang sukan menjadikannya seorang pemain bola sepak negara yang professional.
    Ali juga merupakan seorang yang pandai. Dia bijak berfikir.
    Pada suatu petang, dia duduk sebentar di tepi padang.
    Dia berfikir,

    "siapa yang mencipta permainan bola sepak?"

    "siapa yang patut memberikan kerjasama dalam pasukan ni?"

    "apakah itu bola sepak? hanya sekadar menjaringkan gol dan bersorak atau ada faedah lain?"

    "apakah permainan ni dapat menjamin keluarga aku sehingga aku mati?"

    "bila aku patut berhenti?"

    "bila aku patut menggelecek dan bila aku tidak patut menggelecek?"

    "di mana aku boleh menyertai klinik bola sepak?"

    "sejauh mana pasukan bola sepak Malaysia boleh pergi?"

    "kenapa Malaysia harus memartabatkan sukan bola sepak?"

    "kenapa aku harus bersungguh-sungguh dalam permainan ini?"

    "bagaimana caranya supaya aku dapat meningkat prestasi aku?"

    "bagaimana caranya supaya setiap yang aku lakukan akan membuahkan hasil?"

    Jika setiap persoalan yang ditanyakan oleh Ali terhadap dirinya terjawab, itu bermaksud Ali memang orang yang pandai dan bijak berfikir.
    Anda pun cubalah! :D

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    17 Replies
    5216 Views
    Last post 01 December, 2010, 04:05:51 PM
    by Ummu Fatimah
    4 Replies
    7066 Views
    Last post 25 December, 2011, 12:53:13 PM
    by Izazi Afifah
    7 Replies
    4454 Views
    Last post 16 April, 2011, 11:59:47 AM
    by D_humaira