Membina Motivasi Diri

*

Author Topic: Membina Motivasi Diri  (Read 44906 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

NurWahidaFauzi

  • *
  • Posts: 1195
  • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
    • View Profile
08 July, 2007, 06:35:18 PM
  • Publish
  • Motivasi DIRI melalui RASA PERCAYA DIRI

    Aset paling berharga bagi kebanyakan orang adalah juga aset yang paling kurang dihargai. Aset itu, bila ditangani dengan semestinya, akan mampu memberikan hasil secara dramatik. Aset yang tidak dapat dikenakan harga setinggi apapun. Itulah otak manusia, fikiran dan proses berfikir.

    Otak merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya luarbiasa, menjadi pentinglah untuk berhati-hati di dalam mengisinya. Sebahagian orang mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif. Mereka akan secara terus-menerus "menanamkan input" - saya tidak mampu - dengan setompok alasan mengapa mereka tidak mampu. Sehingga ketika dihadapkan pada sebuah kesempatan atau cabaran baru, otak mereka, ketika ditanya, mengirimkan jawapan : Tidak, kamu tidak mampu, atau tanggapan lain seperti itu.

    Lima langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan yang pada gilirannya membangun rasa percaya diri bagi motivasi diri dari dalam.

    1. Hindari Mencari-Cari Alasan

    Begitu ramai orang mengurungkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang tidak masuk akal dan samasekali salah. Seperti :

    - Saya tidak boleh
    - Saya tidak mampu sebab...
    - Pendidikan saya belum memadai
    - Saya sudah terlalu tua
    - Saya masih terlalu muda, dll

    Siapapun dapat mencari alasan bagi hampir segalanya, maka dalam membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi alasan-alasan hanya akan menghambat seseoarang dari pencapaian sasaran. Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan -- apa yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah penyisipan hal-hal negatif dengan hal-hal positif.

    2. Gunakan Daya Imajinasi
    Otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu anda dengan tanpa batasan mencapai cita-cita hidup jika anda memberinya kesempatan. Biarkan dia menggambarkan diri anda sebagai peribadi yang anda inginkan. Dengan jelas menggambarkan apapun wujud yang anda inginkan. Semakin anda memikirkan itu semua semakin besar kepastian  akan suatu hasil yang positif. Jika anda terus menerus membiarkan fikiran anda dipenuhi dengan bermacam-macam pemikiran mengenai penyakit dan kesihatan yang buruk, anda hampir pasti akan mengalami penyakit yang anda pikirkan. JIka anda terus menerus memikirkan hasil negatif tentang pergaulan atau karier bisnis, pemikiran itu pada gilirannya akan mengakar dalam diri anda.

    Maka dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses kesan daya imajinasi otak, pentinglah untuk menjadi yakin bahawa apa yang sedang anda fikirkan dan lihat dengan jelas adalah perkara yang positif. Perkara yang positif itu harus memungkinkan kesan positif pada diri anda dan peningkatannya, serta pemikiran positif itu harus mengarah ke sasaran anda, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup.

    3. Jangan Takut Gagal
    Kegagalan telah mengahalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak mampu menerima terminologi dimana ada kemungkinan untuk gagal. Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatupun sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama bertahun-tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.

    4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri
    Penampilan luar memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untuk membelanjakan wang demi penampilan luar yang menarik, kerana dengan penampilan luar yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri anda untuk merasa baik. Tetapi haruslah tetap bersikap realistik. Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada akhirnya semua itu hanya demi kepuasan ego mereka.

    5. Susunlah Catitan Mengenai Sukses Yang Diperoleh
    Setiap orang pernah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Cara mengumpulkan catitan kejayaan masa lalu sangat sederhana. Fikirkan balik kejayaan anda yang paling awal yang mungkin terjadi pada masa sekolah ketika memenangi lumba lari sambil meletakkan "Bean Bag" atas kepala atau berlari dengan memakai guni "Sack Race". Mungkin juga berawal dari ucapan tahniah ketika memenangi pertandingan lukisan. Ini  dapat dilakukan secara lisan pada suatu audio kaset atau buku catitan. Anda boleh melihat kembali catitan dan memperbaharui aset paling berharga anda dengan kenangan akan kejayaan tersebut.

    Motivasi hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan. Untuk memotivasi diri, seseorang harus memiliki harapan tentang sebuah masa depan. Oleh kerana itu dalam memotivasi diri seseorang bertanggungjawab untuk menciptakan sendiri harapannya.

    Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.


    ~tips2~
    ~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal,  Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~

    al_hakim_addin

    • *
    • Posts: 6
    • ahlan wa sahlan
      • View Profile
    Reply #1 07 December, 2007, 04:27:49 PM
  • Publish
  • Pemikiran yg negatif memang sifatnya merosakkan tuan empunya diri. Bagaimana boleh kita kawal pemikiran sebegini? Bagaimana kita boleh mewujudkan persekitaran yg positif dlm diri kita bagi membendung nilai negatif dari terus bersarang di dalam minda kita?

    halawah

    • *
    • Posts: 2589
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #2 07 December, 2007, 05:16:11 PM
  • Publish
  • Marilah sama-sama kita mulai kedalam diri kita,agar membina masyarakat yg Islami dan cemerlang...dan Islam pun Gemilang.Insya Allah.
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    halawah

    • *
    • Posts: 2589
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #3 29 February, 2008, 05:49:59 PM
  • Publish
  • Marilah sama-sama kita mulai kedalam diri kita,agar membina masyarakat yg Islami dan cemerlang...dan Islam pun Gemilang.Insya Allah.
    Motivasi diri...sebutan dan luahan mudah tapi mempraktikan...
    hm...Pengorbanan dr segala aspek namun tak mudah bagai dilafaz tersimpan...
    luahkan mati bapak ditelan mati mak....alamatlah ...Kiamat tiba pun msh tak sadar lagi...
    Parah kepala jadi.....
    Astaghfirullahal 'Aziim.

    husnulkhatimah

    • *
    • Posts: 899
    • hitam putih kehidpan..sendiri yg menentukan....
      • View Profile
    Reply #4 01 March, 2008, 10:27:26 AM
  • Publish
  • Mencari POSITIF bagi sesuatu yg NEGATIF
    Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

    1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

    2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

    3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

    4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

    5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

    6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

    7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

    8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

    9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

    10.utk jam loceng yg berde rin g pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...



    p/s : apa yg ada ..jarng disyukuri..apa yg tiada...sering dirisaukan...

    nur zulaikha

    • *
    • Posts: 515
    • cinta ALLAH ku dmbakn krn merindui rahmatNYA
      • View Profile
    Reply #5 23 April, 2009, 01:27:31 PM
  • Publish
  • kepercayaan yang ada kepada diri telah terbukti kepada semua orang...segala kejayaan dan sesuatu yang mustahil akan berhasil...yang penting jangan cuba untuk memandang ke belakang dan berfikiran negatif lagi...
    cintai saudaramu mendekati sunah dan suruhan
    rasulmu dan ALLAH
    cintai rasulmu mendekati mu kepada ALLAH...
    cintai ALLAH mendekati kamu dengan keredhaanNYA...

    jinggo

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Reply #6 23 April, 2009, 03:25:48 PM
  • Publish
  • kita adalah apa yg kita fkirkan
    kita adalah apa yg kita percaya
    semua yg kita fikirkan dan percaya - di install dalam mindan dibawah sedar...
    dan tubuh akan bertindakbalas dengan arahan dari minda...

    terima kasih dengan bahan yg terbaik
    dan saya mendominasi teori ini.
    http://jinggo-ecokid.blogspot.com

    NuRul IsLam

    • *
    • Posts: 764
      • View Profile
    Reply #7 23 April, 2009, 03:37:52 PM
  • Publish
  • kekadangan pemikiran yang negatif membuatkan kurangnya perasaan percaya akan diri..

    tiada keyakinan diri..em ntah lah...
    I lOVE ISLAM

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14486
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #8 29 June, 2009, 11:56:56 AM
  • Publish

  • 10 Cara Membina Motivasi Diri

    [box title=Cara Membina Motivasi Diri]Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, "Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.” Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:

    1. Perbaiki imej anda Cuba lakukan sedikit perubahan

    Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.


    2. Lakukan senaman ringan

    3. Senyum Senyum boleh mengubah segala-galanya.
    Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.

    4. Berfikiran positif

    Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.


    5. Dapatkan tidur yang mencukupi

    Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.


    6. Luahkan pada seseorang

    Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.


    7. Curahkan di atas kertas

    Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.


    8. Bersedia untuk berubah

    Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.


    9. Cari kegemaran baru

    Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.


    10. Bertegaslah

    Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.
    [/box]

    Sumber artikel dari :  http://istimewa2u.blogspot.com/2009/06/10-cara-membina-motivasi-diri.html
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Fauziah Begam

    • *
    • Posts: 70
      • View Profile
    Reply #9 29 June, 2009, 12:14:57 PM
  • Publish
  • Time Kasih Ummi.......

    Macam mana kalau kita suke berfikiran negatif...........Terutama waktu dilanda masalah......
    Saya selalu cuba berfikiran positif.......tp kadang2 mmg terlintas perkara negatif.......

    Daeng Jati

    • *
    • Posts: 616
    • Daeng Jati Merah Silu
      • View Profile
    Reply #10 29 June, 2009, 12:21:15 PM
  • Publish
  • Saya yakin saya boleh. Gagal sekali bukan gagal selamanya, gagal dua kali bukan gagal selamanya, gagal tiga kali bukan gagal selamanya. Berpegang pada tali Allah ianya tak akan putus....

    Striving for PhD.....

    Yakin Boleh!

    ehehehe
    'Berjinjang Naik, Bertangga Turun' - http://signifikankkal.blogspot.com

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14486
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #11 29 June, 2009, 12:30:00 PM
  • Publish
  • [box title=9. Cari kegemaran baru]
    Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.[/box]

    Ini sangat betul. Mungkin anak-anak masih muda, kerja pun baru setahun dua, ummi dah kerja hampir 20 tahun, pernah suatu ketika ummi sampai berebut komputer dengan anak-anak semata-mata nak main game. Ummi bukan main game yang strategik tu, cuma main game, susun jatuh, atau game secret of great art. Pernah ummi main game Zuma Duluxe sampai melelah-lelah air mata sebab lama sangat mengadapnya. Lama kelamaan rasa seronok dan secara tak langsung kita merasai bahawa banyak lagi perkara yang menyeronokkan dalam kehidupan ini. Jadi tak ada sebab kita akan rasa kesukaan kita telah sampai penghujungnya.
    « Last Edit: 04 August, 2009, 09:19:50 AM by Munaliza Ismail »

    rsuha

    • *
    • Posts: 105
      • View Profile
    Reply #12 30 June, 2009, 09:25:36 AM
  • Publish
  • Buat  kak ummi berbanyak terimakasih saya ucapkan diatas artikel ini.

    Memang setiap insan didunia ini mempunyai banyak kelebihan dan setiap
    anugerah ALLAH ini gunakanlah sebaik mungkin. Dengan motivasi yang
    ada ini saya akan perbaiki lagi diri ini semuga mendapat dan mencapai
    matlamat yang diidamkan dalam kehidupan ini .

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14486
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #13 02 July, 2009, 08:04:48 AM
  • Publish

  • Berfikiran positif

    [box title=Motivasi hari ini]Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.[/box]

    liza fadzil

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #14 02 July, 2009, 01:09:33 PM
  • Publish
  •  :)
    Bahan yang sangat menarik... ma seh... ringkas tapi bermakna....

    Sangat2 mencari kekuatan kala nih.... ujian yang datang mulanya menimbulkan rasa kecewa dan  kesedihan yang tak berkesudahan... Tangisan... tersedu sedan... seolah seluruh dunia berpaling dariku... emmm mengharap kepada manusia.... sungguh aku kecewa.... kemudian aku digerakkkan... Ya Allah... aku terlupa sejenak kerana terlalu kecewa....

    Allah itu ada.... ujian adalah rahmat.... setelah mengimpikan Duniawi sajo.... terlupa rupanya aku lalai dengan pemberiannya~kemewahan.... kesenangan....

    Biarpun  ujian ini sangat2 memalukan... melibatkan maruah ku~satu penghinaan atas per yang ku korbankan.... rasa teraniaya... difitnah aku rupanya.... arghhh x mgapa yang penting Allah knows better...

    Lupa juga... ujian/bala = kifarah dosa-dosa.... muhasabahlah diri.... kembali kepada-Nya....

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14486
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #15 04 August, 2009, 09:27:22 AM
  • Publish
  • Lupa juga... ujian/bala = kifarah dosa-dosa.... muhasabahlah diri.... kembali kepada-Nya....

    Dugaan, masalah dan Ujian itu adalah untuk Allah meningkatkan makam keimanan kita, agar menjadi lebih hampir padaNYA. Sebenarnya, kalau tak ada ujian kita akan lalai dan lupa, hidup kita rasa sepi, tapi bila ujian datang ,kita akan jadi sibuk untuk mendekatiNYA.
    "Sejengkal kita berjalan menuju kepada Allah, Allah akan menghampiri kita sehasta"

    Biar kita berfikiran positif, muhasabah diri, jangan anggap ujian ,dugaan dan masalah adalah kifarah terhadap dosa lalu. Sebenarnya , kerana Allah sayangkan kita maka didatangkan ujian. Maka bersabarlah dengan anugerahNYA itu...
    Sebab bukan semua orang dapat apa yang kita dapat, jangan sekali-kali megeluh, merintih sebalik merasa redha dan syukur kerana Allah tidak meninggalkan kita di dalam kelalaian dengan dunia...

    Nuur_Addin_Leen

    • *
    • Posts: 275
      • View Profile
    Reply #16 10 August, 2009, 12:33:17 PM
  • Publish
  • hi...
    info ini sangat berguna kepada semua org.kalau boleh saya nak amik dan letak kat notis board bilik guru sekolah saya dan notis board semua kelas di sekolah saya.boleh kan?
    Berkhidmat untuk Allah,Negara dan Bangsa!!!Allahuakbar!!!

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14486
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #17 10 August, 2009, 12:42:30 PM
  • Publish
  • hi...
    info ini sangat berguna kepada semua org.kalau boleh saya nak amik dan letak kat notis board bilik guru sekolah saya dan notis board semua kelas di sekolah saya.boleh kan?

    Silakan..ambillah untuk dimanafaatkan...

    nor ain

    • *
    • Posts: 1
    • setiap saat adalah misteri
      • View Profile
    Reply #18 02 September, 2009, 09:51:08 AM
  • Publish
  • satu topik menarik...bila kiter +ve kiter akan jumpa dgn org yg +ve jgk,,sbb kiter keluarkan aura yg +ve.

    Nur_Ain

    • *
    • Posts: 228
      • View Profile
    Reply #19 02 September, 2009, 10:01:28 AM
  • Publish
  • satu topik menarik...bila kiter +ve kiter akan jumpa dgn org yg +ve jgk,,sbb kiter keluarkan aura yg +ve.


    Betul nor ain dan satu lagi yang kita dapat ialah, baca ini  Pengenalan Kepada Hukum Tarikan

    best sangat baca, dan ini kebaikan bila kita sentiasa bersangka baik dan berfikiran positif.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    2308 Views
    Last post 13 January, 2012, 07:07:08 PM
    by Izzah0404
    8 Replies
    1333 Views
    Last post 30 March, 2010, 11:23:47 PM
    by Eyda Aam
    9 Replies
    3260 Views
    Last post 30 September, 2010, 02:32:50 PM
    by mohdazri