Author Topik: Doa dan Harapan Untukmu Zauj  (Read 742 times)

0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.

imamah84Topic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 485
  • kn
  • sy rela dan sy redha biarpun mujahadah itu perit
    • View Profile
    • Saya Rela & Saya Redha
Doa dan Harapan Untukmu Zauj
« on: 23 March, 2011, 01:06:00 PM »
Usia terus merangkak…

Ya zauji, alhamdulillah tahun ini merupakan tahun pertama kita menyambut ulangtahun kelahiran abang, hari ini (20/03/2011) genap lima bulan kita bergelar suami isteri.

Doa sayang agar setiap inci hidup abang diredhai Allah. tiap perjalanan hidup abang sentiasa di bawah InayahNya. Umur abang diberkati, peribadi abang berakhlak islami... teruskan perjuangan dalam memartabatkan ekonomi keluarga kita..dan semoga kita akan menjadi pemberi zakat bukan peminta zakat..insyaAllah

Selamat ulang tahun kelahiran bang…
Agar semakin matang, dewasa dan bercita-cita, perjalanan yang baru bermula ini harus di isi dengan ketabahan dan kesabaran, usia yang semakin meningkat seharusnya diiringi dengan peningkatan amalan, agar pinjaman usia tidaklah berlalu sia-sia. Usia yang semakin senja terasa hendak dimanja, tapi bukan dengan kemewahan atau gelaktawa keriangan, sebaliknya dengan ketaqwaan dan kesayuan mengenang birai dosa yang melambai, meresah, berdampingan dengan kemuliaan al-Quran, menyusuri inci pengertian mendidik jiwa dan hati dengan keampunan.

Bersamalah kita bina rumahtangga ini atas tapak iman, tuluskan niat, luruskan matlamat. Ya zauji, kaulah pemimpin menuju ilahi..dan diri ini isterimu, permaisuri hatimu. Diatas tapak iman ini kita dirikan hukum Tuhan, iman itu tujuan, syariat itu jalan, tempat menuju segala permasalahan, tempat mencari segala penyelesaian..ya habibi Ya zauji, patuhilah sunnah Rasulullah saw, didiklah isterimu ini mentaati hukum Allah.

Ya habibi ya zauji, Sebelum dipejam mata membuai lena dengan mimpi, panjatkanlah doa agar tidur abang kali ini tidak kosong kerana keletihan disiangnya. Berzikirlah dan berdoalah agar ada sepertiga malam terisi dan bertambahlah saham pahala yang sedia ada.

Ulang tahun abang kali ini sayang bingkiskan panduan untuk tatapan bersama. Rasulullah saw pernah bersabda kepada kita semua “seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka, manakala isteri adalah pemimpin rumah suami dan anak-anaknya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka” (HR Muslim)

Justeru itu bang, bersama kita menjaga perkara yang wajib kita jaga, kerana melaluinyalah tercapai matlamat perkahwinan kita, sayang akan sedaya upaya menjaga kehormatan diri, harta benda dan rumahtangga kita sebagaimana sabda Baginda kekasihNya. Sayang akan mentaati segala perintah dan akan menghindarkan segala larangan abang selagimana tidak menyalahi syariatNya, sebagaimana yang ditetapkan..kerana setiap ketetapan itu ada janjinya, terpulang kepada diri kita untuk mencari, mentafsir serta menilainya.

Ya zauji Ya habibi, Selangkah kita menghampiri padaNya seribu langkah dia menghampiri kita dengan keampunan, kasih sayang dan perlindungan.

    “Ya Allah, kami tahu dosa telah menyelimuti diri, tapi kami tahu kerahmatanMu, Ampunkanlah segala dosa kami andainya jiwa ini tidak bermaya, yang diharapkan hanyalah petunjukMu, iringilah perjalanan usia ini dengan NurMu dan janganlah kau pesongkan hati ini setelah kau berikan hidayahMu” Amin

Semoga kelahiran kali ini lebih bererti bagi insan seperti kita..insyaAllah. sayang sayang abang!!!

Sumber: Blog peribadi Ima Sufian

Share this topic on Facebook

« Last Edit: 23 March, 2011, 01:09:54 PM oleh imamah84 »
..indahnya dunia tuhan, Indah lagi syurgaNya akan datang..http://www.intelekniaga.com.my/amamah_rt

5zul

  • *
  • Offline
  • Posts: 2782
  • my
  • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
    • View Profile
Re: Doa dan Harapan Untukmu Zauj
« Jawab #1 on: 23 March, 2011, 01:08:58 PM »
muaahhh abang -
mugaan jadi iktibar bagi suami isteri nie...
jangan duk baca jer pastu tersenggih jer  (Senyum)

Share this topic on Facebook

~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

anazahra

  • *
  • Offline
  • Posts: 927
  • my
    • View Profile
Re: Doa dan Harapan Untukmu Zauj
« Jawab #2 on: 23 March, 2011, 02:16:46 PM »
muaahhh abang -
mugaan jadi iktibar bagi suami isteri nie...
jangan duk baca jer pastu tersenggih jer  (Senyum)


apa2 pun kita kena senggeh jugak pak 5zul..
nak2 untuk mereka2 yang belum berzauji ni...
doa untuk mendapat je la...
nanti dah dapat zauji, lain pulak doanya..

Share this topic on Facebook


kasihiro

  • *
  • Offline
  • Posts: 569
  • my
  • Beliau selalu ingat kita...kita lupa padanya..:(
    • View Profile
Re: Doa dan Harapan Untukmu Zauj
« Jawab #3 on: 23 March, 2011, 04:09:01 PM »
muaahhh abang -
mugaan jadi iktibar bagi suami isteri nie...
jangan duk baca jer pastu tersenggih jer  (Senyum)


:sedihnya:...

tersengeh sampai ketelinga..hakhakhak

ni yang belum berzauji.....hee :P

Share this topic on Facebook



 

Related Topics

  Subjek / Dimulakan Oleh Jawapan Kiriman Akhir
4 Jawapan
2362 Views
Kiriman Akhir 09 December, 2012, 09:13:24 PM
oleh afiQoh
44 Jawapan
2348 Views
Kiriman Akhir 16 July, 2012, 12:59:51 PM
oleh Nur Shafidah
2 Jawapan
649 Views
Kiriman Akhir 06 August, 2011, 02:47:37 AM
oleh zooster