Masbuq dan Muwafiq - Page 1

*

Author Topic: Masbuq dan Muwafiq  (Read 9848 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

08 July, 2007, 09:56:17 AM
  • Publish
  • Makmum masbuk
    oleh: Oleh MOHD. YUSOF ABAS
    utusan malaysia 08.07.07

    SOALAN: SAYA solat berjemaah tetapi tidak sempat menamatkan Fatihah kerana imam membacanya telalu cepat. Adakah saya dikira sebagai makmum masbuk, kerana saya tidak dapat waktu bersama imam untuk membaca dan menghabiskan Fatihah. Malah pada rakaat berikutnya, saya masih juga tidak dapat mengejar solat imam kerana apabila saya bangkit dari sujud, imam sudah mula turun rukuk kembali. Adakah saya masih dikira sebagai masbuk juga?

    – Rahimah Mohd Nur,

    Pekan, Pahang.

    JAWAPAN: Anda dikira sebagai makmum masbuk bila anda tidak ada masa dan ruang (kadar biasa) untuk membaca Fatihah atau menghabiskannya. Apabila anda dikira sebagai masbuk, maka anda tidak perlu membaca Fatihah atau menghabiskannya lagi, melainkan setakat yang termampu sahaja, dan terus mendapatkan imamnya bersama dalam rukuk tersebut (dengan sempurna dan dapat tamakninah bersama imamnya) sedangkan bakinya, imamlah yang menanggung sebagai gantinya. Sebab itulah mereka yang akan dipilih sebagai imam perlu daripada kalangan mereka yang benar-benar fasih dan faham aturan solatnya serta dapat melaksanakan solatnya dengan sempurna dan sah.

    Ini untuk melayakkannya sebagai imam yang dapat menanggung kekurangan makmum di belakangnya. Tetapi masa atau ruang yang ada sebelum itu jangan pula digunakan untuk melakukan bacaan sunat yang lain kecuali Fatihah sahaja. Ini kerana kalau ruang tersebut digunakan untuk bacaan sunat yang lain, maka wajiblah digantikan masa tersebut dengan membaca Fatihahnya selama mana masa yang digunakan itu, kerana kesilapannya menyalahgunakan masa dan ruang tersebut untuk tujuan yang lain. Dan bila anda dikira sebagai masbuk, maka anda dibenarkan (dimaafkan) ketinggalan di belakang imam sebanyak tiga rukun yang panjang - panjang iaitu sampai imam bangkit dari sujud yang kedua, kerana iktidal dan tasyahud awal, dikira rukun yang pendek.

    Anda juga dikira sebagai masbuk sekalipun dalam rakaat yang seterusnya. Ini kalau keadaan masih sama dengan rakaat yang pertama tadi, iaitu masih tidak ada masa dan ruang untuk membaca Fatihah atau menghabiskan bacaan Fatihahnya. Kerana mereka yang ada masa dan ruang untuk menyempurnakan bacaan Fatihahnya dalam kiam imannya dia dikira bukan masbuk lagi, malah dikira makmum yang muafiq dan hukumnya adalah lain pula. Lantaran mereka perlu menghabiskan bacaan Fatihah masing-masing kerana bacaan Fatihahnya perlu disempurnakan sendiri, manakala imamnya tidak dapat menanggung bacaannya. Nabi bersabda yang bermaksud: Tidak ada solat (yang diterima lagi sah atau sempurna) tanpa ada bacaan Fatihah (dalam setiap rakaatnya) (riwayat Bukhari). Wallahualam
    TuhAN cInTa aGuNg..

    Reply #1 19 February, 2008, 04:06:45 PM
  • Publish
  •  SALAM KPD SEMUA PEMBACA
    - PERSOALAN MASBUK KETIKA IMAM SEDANG RUKUK (TERLEWAT UNTUK BERSAMA IMAM DAN MENYERTAI SEMASA IMAM SEDANG RUKU)
     

    PERSOALAN MASBUK KETIKA IMAM SEDANG RUKUK (TERLEWAT UNTUK BERSAMA IMAM DAN MENYERTAI SEMASA IMAM SEDANG RUKU)

    Permasalahan yang selalu ditimbulkan adalah sama ada makmum yang menyertai imam ketika sedang rukuk itu dapat satu rakaat bersama imam atau tidak.

    Mari kita lihat hadis-hadis nya.

    Riwayat/atsar/hadis yang berkaitan:

    “Dari Zain bin Wahab: Saya keluar bersama Abdullah (Ibnu Mas’oud) dari rumahnya menuju ke masjid. Ketika kami sampai di tengah-tengah masjid, imam sedang rukuk maka Abdullah (Ibnu Mas’oud) bertakbir dan ruku, saya pun rukuk bersama beliau. Kemudian kami berjalan sambil rukuk sehingga sampai ke saf, (setelah sampai ke saf) jamaah sedang mengangkat kepala mereka untuk berdiri (berdiri i’tidal). Setelah Imam selesai solat, saya berdiri kerana menganggap bahawa saya belum mendapat (terlepas satu) rakaat. Maka Abdullah (Ibnu Mas’oud) menarik tangan saya dan menahan saya agar tetap duduk. Lantas (setelah selesai solat) beliau berkata: Sesungguhnya engkau mendapat rakaat.” (Hadis Riwayat Abi Syaibah, lihat: al-Mushannaf, 1/99/1-2. Aburrazak, 11/283, 3381. at-Thahawi, dalam Syarah al-Ma’ani, 1/231-232. at-Thabrani, dalam al-Mu’jam al-Kabir, 111/32/1. al-Baihaqi dalam as-Sunan, 11/90-91, dengan sanad yang sahih)

    2 – “Telah menceritakan kepada kami, Muhammad bin Nasr (beliau berkata): Telah menceritakan kepada kami Harmalah bin Yahya, telah menceritakan kepada kami Ibnu Wahab dan mengkhabarkan kepada saya dari ‘Ata’ bahawa ia (‘Ata’) mendengar dari Ibnu Zubair, beliau berkata di atas mimbar: Apabila seseorang antara kamu masuk ke masjid, sedangkan para makmum sedang rukuk, kemudian ia berjalan sambil rukuk sehingga masuk ke dalam saf solat, maka sesungguhnya (perbuatan/amalan) yang demikian itu adalah amalan sunnah (bertepatan dengan sunnah).” (Dikeluarkan oleh at-Thabrani. Lihat al-Awsat, 1/33/1, dan Mu’jam as-Saghir. Lihat: al-Mushannaf 11/284/3386 oleh Abdurrazak. Ibnu Khuzaimah dalam Sahihnya, no. 1571. al-Hakim, 1/214 dan menurut beliau sahih, bertepatan dengan syarat Bukhari dan Muslim. Dan disepakati oleh az-Zahabi. Al-Baihaqi, 11/106. Menurut Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani: Harmalah adalah Tsiqah, dia merupakan perawi Bukhari dan Muslim. Dan menurutnya sanad hadis ini sahih)

    3 – Dari Uthman bin al-Aswad: “Aku masuk bersama Abdullah bin Tamim ke masjid. Maka Imam terus rukuk, aku dan Abdullah bin Tamim pun rukuk, kami berjalan sambil rukuk hingga masuk ke dalam saf. Ketika solat telah selesai, Amr bertanya kepadaku: Yang engkau lakukan tadi dari siapa engkau mendengarnya? Aku menjawab: Dari Mujahid. Ia berkata: Sesungguhnya aku melihat Ibnu az-Zibair melakukan seperti itu.” (Dikeluarkan oleh Abi Syaibah dengan sanad yang sahih. Rujuk: Mushannaf, 11/284. Abdul Razak. Rujuk: Irwa’ul Ghalil, no. 110, al-Albani)

    4 – Dari Abu Bakrah bin Abdur Rahman bin al-Harith bin Hisyam, “bahawa Abu Bakr as-Siddiq dan Zaid bin Tsabit masuk masjid ketika imam sedang rukuk. Maka beliau berdua pun rukuk sambil berjalan masuk ke saf.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi, 11/90. Menurut Sheikh al-Albani para perawinya tsiqah)

    5 – Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif: “Sesungguhnya ia melihat Zaid bin Tsabit masuk masjid ketika imam rukuk, maka beliau pun berjalan sambil rukuk dengan harapan sampai ke saf. Oleh yang demikian beliau bertakbiratul Ihram dan beliau pun terus rukuk, kemudian beliau berjalan sambil rukuk sehingga sempat sampai ke saf.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi, 11/9083/106 dengan sanad yang sahih)

    Kesimpulan:

    Berdasarkan hadis-hadis yang jelas di atas, makanya, makmum yang masbuk ketika imam dalam keadaan rukuk, adalah rakaat tersebut diambil kira sebagai satu rakaat.

    Bagaimana Dengan Hadis Yang Mengandungi Larangan Seperti Ini:

    Terdapat sebahagian kaum muslimin yang mempertahankan pendapatnya, bahawa seseorang yang masbuk di ketika imam sedang dalam keadaan rukuk maka dia tidak mendapat rakaat kerana masuk ke saf dalam keadaan imam sedang rukuk dan tertinggal al-Fatihah. Mereka berpegang dengan Hadis Nabi s.a.w. berikut:

    “Siapakah yang tadi rukuk di belakang saf kemudian sambil berjalan menuju ke saf? Abu Bakrah menjawab: Aku. Maka Nabi s.a.w. bersabda: Semoga Allah menambahkan kepadamu semangat menjaga ibadah, dan janganlah engkau ulangi lagi.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Ahmad, al-Baihaqi, at-Thahawi, dan Ibnu Hazm)

    Jawaban/Bantahan Kepada Pendapat Tersebut:

    Adapun yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis tersebut adalah agar Abu Bakrah tidak mengulangi perbuatannya yang tergesa-gesa atau terburu-buru untuk bersama imam. Kerana apa yang dimaksud dan dikehendaki oleh Abu Bakrah ialah agar beliau sempat bersama imam dalam rakaat-rakaat yang terawal.

    Dengan ini, bukanlah perbuatan tersebut dilarang iaitu bagi sesiapa yang masuk ke dalam saf dalam keadaan berjalan untuk mendapat rakaat berama imam kerana larangan Rasulullah ialah agar tidak terburu-buru atau tergesa-gesa menuju solat setelah imam sudah memulakan solat.

    Sebab-sebab Timbulnya Larangan:

    Persoalan ini dapat difahami berdasarkan hadis ini, “Abu Bakrah pernah sampai di masjid ketika Nabi s.a.w. sedang dalam keadaan rukuk. Maka Nabi s.a.w. mendengar suara sandal (langkah) Abu Bakrah yang sedang berlari-lari ingin mendapatkan rakaat solat bersama Nabi. Ketika Nabi selesai solat, baginda bersabda:

    “Siapa tadi yang berlari-lari (menuju ke saf)? Abu Bakrah menjawab: Aku. Maka Nabi s.a.w. bersabda: Semoga Allah menambahkan kepadamu semangat untuk menjaga ibadah maka janganlah engkau ulangi lagi.” (Hadis Riwayat Ahmad, 5/42. Rujuk: Sahih Ibnu as-Sakan)

    “Dari Abu Bakrah, beliau berkata: Aku sampai ketika Rasulullah s.a.w. sedang rukuk. Sesungguhnya perasaanku memaksa diriku agar tergesa-gesa, lalu aku rukuk di belakang sebelum sampai ke saf.” (Hadis Riwayat Ahmad, 5/45)

    Pengakuan Abi Bakrah di dalam hadis ini ialah bahawa beliau tergesa-gesa (berlari-lari untuk ke saf), maka yang dilarang oleh Rasulullah ialah perbuatan tergesa-gesa (sambil berlari-lari) menuju ke saf solat. Dan bukannya perbuatan rukuk sambil berjalan tersebut. Penjelasan ini dapat difahami dari hadis seterusnya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Jika kamu mendatangi solat, maka janganlah kamu mendatanginya dengan berlari-lari (sebaliknya) wajib bagi kamu mendatanginya dengan tenang dan tidak terburu-buru.” (Muttaqun ‘Alaihi (H/R. Bukhari & Muslim))
    usrah pengggerak ummah

    Reply #2 20 February, 2008, 03:20:11 PM
  • Publish
  • PENDAPAT ANTA ITU BETUL

    Reply #3 20 February, 2008, 05:07:47 PM
  • Publish
  • Setiap sesuatu pekerjaan pasti ada peraturan yang mesti dipatuhi/disiplin diri,misalnya jika kita mahu ketemu Guru besar/Boss apa boleh kita terus temu tanpa buat temu-janji terlbh dahulu(Appoinment),sudah tentunyakan tidak !mesti melalui asissten..begitu juga jika kita mahu bertemu Allah swt Yang Maha Agung/Pencipta kita yang Maha Agong...walaupun masbuk tu ada diterima/sah....sebagai memenuhi disiplin/tatacara lebih sopannya apasalahnya kita memenuhi/melengkapkan solat kita/sempurnakan sesempurnanya.

    Walaupun masbuk dalam solat maka usahakan agar tertib dalam solat tidak dipermudahkan,malah dilengkapkan sesempurnanya;

    (Disiplin)Tatatertib cara dalam solat;[/u]
    Solat Wajib dan Praktiknya 
    Syarat-syarat Sah Solat
    Praktik Solat 
    1)Berdiri Tegak Lurus
    2)Takbiratul Ihram
    3)Do'a Iftitah
    4)Ta'awwudz
    5)Al Fatihah
    6)Ruku
    7)I'tidal
    8)Sujud Pertama
    9)Duduk di Antara dua sujud
    10)Sujud Kedua
    11)Berdiri Pada Rakaat Kedua
    12)Ruku di Rakaat Kedua
    13)Bangun dari Ruku
    14)Sujud Petama pada rakaat kedua
    15)Duduk diantara dua sujud di rakaat kedua
    16)Sujud Kedua pada rakaat kedua
    17)Duduk tahiyyat
    18)Memberi Salam 

    Semoga apa yang kita lakukan mencapaikan ketenangan dan doa yang diharapkan dapat difahami Allah swt dan makbul/diterima Doa yang diharapkan/hajati.

    Wassalam.

    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    Reply #4 25 April, 2009, 02:34:13 PM
  • Publish
  • Salam Ustaz dan lain-lain peserta forum.

    Seseorang telah menjadi masbuq dalam satu solat jemaah Maghrib. Di akhir solat, imam telah memberi salam. Lalu Si Masbuq ni bangun bagi mencukupkan rakaatnya. Masalahnya dia bangun qiyam sebelum imam melafazkan salam kedua. Seperti yang telah saya faham, sepatutnya dia bangun sebaik saja imam melafazkan salam kedua. Ada khilaf ulama' ke tidak dalam perkara ini? Sebab Si Masbuq yg dimaksudkan adalah seorang pengkuliyah Maghrib. Minta penjelasan Ustaz kalau ada masa dan saya dahului dengan ribuan terima kasih.

    Jawapan:
    Makmum masbuk boleh mula bangun tambah rakaat yang kurang selepas imam memberi salam yg pertama kerena salam yg pertama adalah rukun yg terakhir tetapi sunat makmum tersebut tunggu sehingga imam salam yg kedua.

    wallahua'lam
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Reply #5 25 April, 2009, 02:34:42 PM
  • Publish
  • Assalaamu'alaeikum. Soalan saya seterusnya berhubung perkara di atas ialah:

    Adakah mendapat rakaat bagi seorang masbuq yang masuk ke dalam sembahyang ketika imam sedang berdiri dan terus ruku' apabila imam ruku'. Tetapi si masbuq itu tidak sempat menghabiskan al-Fatihahnya kerana diganggu was was syaitan ketika bertakbiratul ihram? Sedangkan kalau mengikut 'uruf jangka masanya, dia sempat menghabiskan bacaan al-Fatihahnya.

    Minta penjelasan Ustaz yang budiman kalo ada kesempatan. Terima kasih.

    Jawapan:
    Makmum tersebut dikira masbuq dan hendaklah rukuk bila imam rukuk sekalipun belum habis membaca fatehah dengan syarat was wasnya itu sudah menjadi tabiat yg tidak dapat di hindarkan..

    wallahua'lam

    divider3
    halaqahforum4