Wanita Yang Mahal Harganya. - Page 1

*

Author Topic: Wanita Yang Mahal Harganya.  (Read 2349 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

20 March, 2011, 02:57:49 PM
  • Publish
  • Apakah ciri-ciri seorang wanita @ muslimah @ gadis @ perempuan dipandangan Allah?
    Seterunya dipandangan lelaki @ muslimin untuk dijadikan seorang isteri?

    Reply #1 20 March, 2011, 04:06:59 PM
  • Publish
  •  :) saya rasakan allah akan menyayangi hamba jika hambanya itu senantiasa mentaatinya. wallahualam!

    Reply #2 10 May, 2011, 11:40:04 AM
  • Publish
  • rendah maharnya
    xdipandang dan memandang lelaki
    budi bahasa yang tinggi
    berilmu
    zuhud
    jaga maruah
    diam kerana bercakap bila perlu
    xsuka brang hntran duit hnatran
    dan lain2

    Reply #3 10 May, 2011, 02:11:29 PM
  • Publish
  • Quote
    xdipandang dan memandang lelaki

    kena bawa tongkat satu ler
    Quote
    budi bahasa yang tinggi

    kepada orang yg berbudi bahasa tinggi
    Quote
    xsuka brang hntran duit hnatran

    sesuai kan dengan tuntutan zaman !

    Reply #4 10 May, 2011, 02:13:45 PM
  • Publish
  • Quote
    xsuka brang hntran duit hnatran

    semuga kaum Adam tidak menggunakan isu ini untuk provokasi -penjimatan terlampau-

    Reply #5 10 May, 2011, 02:31:45 PM
  • Publish
  • biasanya terdapat beberapa kelebihan pada seseorang itu mengatasi orang lain tanpa ia sendiri sedari....sabda junjungan s.a.w. adalah akan tanda kebarkahan wanita itu adalah rendahnya mahar...cepatnya bernikah dan cepat hamil....kebanyakkan keturunan Rasulullah s.a.w. adalah begitu. Sayiddina Ali kwjh serta Sayiddatina atimah Az Zahra pernikahan yang paling ringkas di dunia tidak ada tandingan sampai saat ini...dan dgn izin dan rahmat Allah Subhana wa Ta'ala kedua-dua pasangan bahagia itu bersama anak-anaknya adalah calon penghuni syurga. Tahukah kamu kalian yang bongkak kini apakah mahar pernikahan mereka? Sayiddina Ali kwjh pemuda miskin dan hanya mampu sediakan sebentuk cincin besi dan sebuah kendi air terpakai buat Putri Rasulullah kekasih Allah...siapa kamu nak bangga diri di sini? Apakah kamu bisa menongkat langit?

    Reply #6 10 May, 2011, 02:58:42 PM

    saya lebih setuju "kamu" ditujukan pada ibu bapa.

    Reply #7 10 May, 2011, 04:31:27 PM

    Assalamualaikum..

    Putri setuju dengan kenyataan anda berdua..
    Ya Allah..semoga diriku ini menjadi anak yang solehah pada kedua ibu bapaku dan isteri solehah pada suamiku..dan menjadi ibu yang mithali pada anak-anaku..amin,amin,ya rabbal alamin..

    Reply #8 21 October, 2011, 12:29:57 PM
  • Publish
  • 1)jaga akhlak,pakaian jgn terikut org2 awam berpakaian...
    2)bykkan diam dr bercakap krn itu tnda kehormatan perempuan,sungguh mengurangkan kehormatannya bilamana byk bercakap...melainkan kpd perkara penting

    Reply #9 21 October, 2011, 01:47:57 PM
  • Publish
  • Ciri-ciri wanita solehah.

    Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima habuan syurga yang penuh keni'matan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja, iaitu:

    1. Taat kepada Allah dan RasulNya
    2. Taat kepada suami

    Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:

    1- Taat kepada Allah dan RasulNya

    - Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
    - Wajib menutup aurat
    - Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
    - Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
    - Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
    - Berbuat baik kepada dua ibubapa
    - Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang
    - Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
    - Bersikap baik terhadap jiran tetangga

    2. Taat kepada suami

    - Memelihara kewajipan terhadap suami
    - Sentiasa menyenangkan suami
    - Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.
    - Tidak cemberut di hadapan suami.
    - Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
    - Tidak keluar tanpa izin suami.
    - Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
    - Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
    - Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
    - Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.

    FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

    Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat wanita adalah datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaiamana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

    Faktor-faktor tersebut ialah:

    1- Lupa mengingati Allah

    Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

    Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: Ertinya: " Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."

    Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)

    Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakrah atau sebagainya.

    2- Mudah tertipu dengan keindahan dunia

    Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Bukan sedikit yang sanggup menderhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana keni'matan dunia yang terlalu sedikit.

    Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: Ertinya:" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    12 Replies
    3243 Views
    Last post 21 May, 2010, 04:44:47 PM
    by akhafullah
    0 Replies
    807 Views
    Last post 10 November, 2009, 09:45:05 AM
    by uswah teladan
    8 Replies
    5833 Views
    Last post 10 July, 2012, 05:27:47 PM
    by Nurul Nawar