Teknik/Kaedah/Fakta berkaitan dengan Kuda

*

Author Topic: Teknik/Kaedah/Fakta berkaitan dengan Kuda  (Read 9897 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

SUGI

  • *
  • Posts: 302
    • View Profile
15 March, 2011, 12:34:51 PM
  • Publish
  •  :)

    Memohon ahli-ahli untuk berkongsi apa sahaja maklumat berkenaan dengan Kuda.

    Arabian Horse


    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH
    Anda boroi...? kempiskan perut boroi anda dengan berjogging  semoga mendapat perut seperti perut Nabi Muhammad S.A.W. yang separas dengan dada baginda. Anda mampu mengubahnya...

    SUGI

    • *
    • Posts: 302
      • View Profile
    Reply #1 15 March, 2011, 03:33:51 PM
  • Publish
  • Quote
    mau sembang pasal penjagaan kuda... knowledge untuk dikongsi bersama maafkan saya.... :thumbup1:

    actually sebelum memelihara kuda... kena pastikan apa tujuan kita mau pelihara tu kuda... adakah just untuk bersanang2, macam pelihara lain2 pets, atau adakah untuk masuk sport, contohnya endurance, atau yang lebih stylo macam eventing, jumping, dressage, atau mau main game racing, atau mau buat kuda jadi kawan macam sa hehee.... :thumbup1:

    kena tau tu, sebab tujuan kita akan menentukan cara penjagaan kita kepada kuda kita tu... kalau untuk sport, ada cara pemakanan dan penjagaan tersendiri, kalau untuk best2 suka2 jak, mudah la caranya nda perlu pening2 pasal pemakanan dsbg...

    kalau kuda2 kampung, atau pony tu, biasanya mmg agak susah mau dikawal atau ditraining, dan sangat sukar kalau mau dibuat kawan, kecuali udah bertahun2 sama kita dan ditraining kita, dan kalau dicrossbreedkan dengan kuda2 spesis yang mantap... kalau yang memang horse, pun ada habit masing2 berdasarkan kepada jenis masing2... ada yang hot punya jenis, ada yang cool punya jenis, biasa kalau yang kuda buat race tu jenis warmblood, agak agresif, pemanas tapi sangat athletic, kalau jenis coolblood (bukan reptilia maafkan saya :senyum:!), biasanya kuda yang kuat untuk dibuat sebagai "pekerja"... :biggrin:

    kuda pun ada sifat2nya tersendiri, dan setiap ekor kuda tidak akan sama sifatnya dengan kuda yang lain... kuda ni akan memberi ekspresi tindakan yang berbeza bagi setiap orang yang ingin menghampiri, merapati dan ingin berkenalan atau berkawan dengannya... disini memerlukan kepintaran kita untuk berkomunikasi dengan kuda... secara semula jadi kuda memiliki instict yang amat kuda, ia boleh membezakan yang baik dan yang jahat... ia boleh membezakan yang boleh dipatuhi dan boleh dibuli.... so kuda ni ada 2 jak lau kita dengan dia, kita control kuda atau kuda control kita.... :clap2:

    kalau saya, saya siap tidur dengan kuda2 lagi, sebab saya terlalu akrab dengan binatang bernama kuda ni... walaupun puas ditendang, diterajang, diterkam, digigit, dihempap dan terjatuh apatah lagi, tidak terkira oleh pelbagai jenis kuda, tapi kuda2 yang kejam pada saya itulah akhirnya menjadi sahabat yang amat rapat dengan saya, bahkan jika saya demam, mereka turut demam!!! :senyum:.... :lol2:

    nanti kita share2 lagi ahh..


    jual jual.... kuda untuk dijual... :thumbup1:


    Sumber ->http://www.sabahforum.com/forum/pasar-kita/topic20028.html

    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Reply #2 15 March, 2011, 04:28:29 PM
  • Publish
  • Koleksi Kuda Mekarsari


    Koleksi Kuda Mekarsari
    "Ukhwah fillah takkan musnah..lautan erat takkan mungkin patah..Bertemu, berpisah..hanya KENANGAN SEMATA..Redho Allah, Kita cari..Moga2 kita kan diRahmati..Dengan niat yang suci,bertemu kembali di negeri Abadi.. Salam kemaafan."

    kasihiro

    • *
    • Posts: 567
    • Beliau selalu ingat kita...kita lupa padanya..:(
      • View Profile
    Reply #3 15 March, 2011, 04:33:20 PM
  • Publish
  •  :)

    Ingin sekali menundukkan kuda liar agar menjadi kuda sendiri... ^__^

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Reply #4 16 March, 2011, 06:55:42 AM
  • Publish
  • :)

    Ingin sekali menundukkan kuda liar agar menjadi kuda sendiri... ^__^

    wassalam...insyaallah nanti kalau shiro pandai..ajar2 la bob...

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Reply #5 16 March, 2011, 07:16:46 AM
  • Publish
  • [/b]



    Bismillah...
    selawat dan salam buat junjungan kekasih ALlah..nabi muhammad s.a.w...


    Rasulullah saw  pernah bersabda menganjurkan umatnya berkuda selain memanah dan berenang.
    Kuda dalam bahasa Arab disebut sebagai 'faras', kuda jantan 'fahl' atau pada umumnya disebut juga sebagai al-khayl...

    Didalam Al-Quran perkataan 'kuda' disebut sebanyak 5 kali.

    Dalam Surah 79 dan Surah 100 disebut al-naziat, al-adiyat dimaksudkan sebagai 'kuda' sementara Surah 37 al-saffat, Surah 51 al-dhariyat dan Surah 77 al-mursalat dimaksudkan kepada kuda.




    100 Surah Al 'Adiyat (Those That Run) with English translati



    [1]
    Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya,
    [2]
    Serta mencetuskan api dari telapak kakinya,
    [3]
    Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh,
    [4]
    Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu,
    [5]
    Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh;
    [6]
    Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.
    [7]
    Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian;
    [8]
    Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).
    [9]
    (Patutkah ia bersikap demikian?) Tidakkah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?
    [10]
    Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?
    [11]
    Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka – pada hari itu.


    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Reply #6 16 March, 2011, 07:28:45 AM
  • Publish


  • Antara manfaat kuda :-



    Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.

    Bentuk lekuk badan belakang kuda - tempat di tunggang- adalah baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.

    Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

    Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral - termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat.

    Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie.

    Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Reply #7 16 March, 2011, 07:43:28 AM
  • Publish
  • DALAM KBK 6023 TERAPI ALTENATIF DALAM PENDIDIKAN KHAS Pensyarah:
    Puan Hajah Kamaliah Binti Muhammad Pensyarah Kanan Jabatan Pendidikan Khas FSKPM UPSI Disediakan Oleh: Shaharuddin Bin Sharif M20082000179 Ahmad Shahir Bin Abd Razak


    PENGENALAN Berkuda ternyata mendatangkan banyak manfaat antaranya menyembuhkan berbagai penyakit/masalah. Seperti mental, emosi, fizikal, bahasa, autisme , sindrom down dan lain-lain.

    Menurut Lisa McCallum (Seorang terapis berkuda). "Menunggang kuda adalah kegiatan menyenangkan bagi banyak orang, tapi bagi kanak-kanak yang memiliki kekurangan, menunggang kuda adalah salah satu kaedah penyembuhan".


    FAEDAH UMUM Faedahnya meliputi seluruh tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, termasuk fizikal dan mental. Penunggang kuda biasanya terhindar dari masalah sakit belakang.

    Membantu mencerahkan penglihatan mata kerana terdapat ransangan terhadap saraf cranium (tengkorak) semasa gerakan ‘galloping’ kuda. Menuggang kuda baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Seluruh anggota dalam tubuh badan manusia termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum.

    Ini menjadikan penunggang kuda sihat dan bertenaga.

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Reply #8 16 March, 2011, 07:47:25 AM
  • Publish
  • Tersebut juga didalam hadith perihal kuda ini...

    Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

    “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah”
    (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 


    Sebagai umat Islam kita hendaklah cuba untuk mematuhi setiap apa yang disarankan oleh Rasulullah, kerana setiap suruhan rasulullah itu terkandung 1001 manfaat.



    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Reply #9 16 March, 2011, 07:54:13 AM
  • Publish

  •  
    KEBAIKAN BERKUDA BAGI YANG BERHAJAT UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN...maafkan saya...

    Berkuda dengan teknik yang betul dan dilakukan secara teratur mebuat otot peha, perut, punggung, betis dan lebih kuat dan kencang . Malah kalori yang terbakar per jam juga cukup banyak.

    Biar pun kuda yang ditunggang hanya menghentak-hentak perlahan, sebanyak 428 kalori akan hilang pada setiap jam. Sekiraya kuda bergerak pantas, sebanyak 526 kalori akan hilang pada setiap jam.


    bolobeh

    • *
    • Posts: 99
      • View Profile
    Reply #10 16 March, 2011, 08:10:19 AM
  • Publish
  •  :)
    Ada 4 jenis KUDA

    1. KUDA yang mana apabila TUANnya naik sahaja dia pun terus berlari--KUDA dan TUANnya sudah menjadi
        satu .
    2.KUDA yang mana apabila nampak cemeti di tangan tuannya barulah iannya bergerak.
    3. KUDA yang mana apabila dipukul dengan cemeti barulah iannya bergerak.
    4. KUDA yang mana dipukul bagaimana pun iannya tetap tidak bergerak......

    DI MANAKAH KITA?

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Reply #11 16 March, 2011, 08:13:46 AM
  • Publish
  • Mengikut Kitab Asma'i, ciri-ciri kuda adalah saperti berikut:-



    Thoroughbred perut yang tinggi (batn), belakang pendek (zahr), kaki panjang (tul al wazifatain fil rijlain) dan qasral wazifatatayn fil yadain).

    Lain-lain ciri yang dikehendaki ialah tanda putih didahi (ghurar atau blaze), stoking dikaki ( tahjil) atau tanda putih dikuku kaki.

    Bentuk badan yang menarik al-a-ali , al-safill, al muqaddim, al muaakhir, .

    Bila menunggang, mestilah kelihatan kemas (thubat) dan tali untuk berlari adalah kemas ( taswiyat al inan)
    Bangsa Turki terkenal dengan kemahiran menunggang kuda sambil memanah atau membawa berbagai jenis





    Kuda Arab, Kuda Rasulullah SAW

    Kuda adalah sejenis binatang yang amat dihormati didalam Islam. Malah didalam Kitab Al-Quran dan hadith banyak dibicarakan tentang kuda.

    Kalau disebut sejarah kuda, sudah pasti kita tidak akan terlepas dengan sanjungan dan kemuliaan terhadap 'Kuda Arab'. Kuda Arab adalah satu spesis kuda yang terbaik didunia dengan mempunyai ciri-ciri kecantikan dan keunikannya tersendiri, antaranya ialah:

    1.Kuda terpantas
    2. Tahan lasak dengan cuaca panas dan sejuk
    3. Handal dalam enduran
    4. Cekap dan bijak.

    Tidak hairanlah kuda Arab menjadi kegilaan setiap kakikuda. Kuda dan manusia tidak dapat dipisahkan. Sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw, kuda sudah pun berada dibumi dan dipelihara oleh setiap manusia dimerata dunia.
    Nabi Ismail sebagai tradisi orang Arab pernah menunggang kuda
    Nabi Sualiman as telah mewarisi lebih dari 1000 ekor kuda dari Nabi Daud as . Pernah dalam sejarah dikatakan bahawa satu suku kaum yang dinamakan Azad pernah mengunjungi Nabi Sulaiman dan meminta sesuatu hadiah dari baginda, lalu baginda menghadiahkan seekor kuda.

    Tetapi dengan kedatangan Islam yang dipimpinan oleh Rasulullah saw, kita dapat melihat betapa hebatnya pengaruh kuda dikalangan orang Arab malah, para kakikuda yang masyhur diseluroh dunia memperakui bahawa Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya adalah pelopor utama dalam penubuhan Tentera Islam Berkuda atau dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai 'Cavlry'

    Rasullullah saw memerhatikan bahawa pada peperangan Uhud, tentera Islam mempunyai hanya 2 ekor kuda. Sebaik sahaja selepas peperangan baginda terus berusaha sekuat tenaga bersama-sama para sahabat untuk membentuk pasukan berkuda dengan memelihara dan membiak baka kuda terbaik ditanah Arab iaitu 'Kuda Asli Arab'.

    Dalam masa yang singkat sahaja, kita perhatikan bahawa kuda merupakan aset yang paling penting dan berharga dalam mempertahan dan mengembangkan kedaulatan Islam dibumi Arab.

    Baginda, Rasullullah saw sendiri telah menyeru umat Islam supaya berusaha mengembang dan membiakkan kuda demi untuk membangun dan mempertahan Islam dari ancaman musuh. Dalam keadaan muka bumi yang tandus, kering kuntang, gurun, bukit bukau dan padang pasir yang begitu luas. Kuda merupakan satu kenderaan yang amat penting pada tamadun Arab.

    Mulai dari detik peperangan pertama itulah memberi lambaran baru bagi umat Islam supaya memelihara dan membiakan baka kuda yang paling baik .
    Sebab utama ialah untuk mempertahankan kesucian agama Islam yang sentiasa terancam oleh musuh-musuh disekeliling termasuklah ancaman dari kerajaan kuno Romawi, Greek, Berzentin, Persia dan lain-lain.

    Oleh itu tidak hairanlah Nabi Muhammad saw sendiri telah mengambil inisitif untuk membiak, mengembang, melatih kuda-kuda yang baik untuk meneruskan dan menegakkan panji-panji Islam dibumi Arab.

    info lain boleh rujuk disini => http://halaqah.net/v10/index.php?page=106
     

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Reply #12 16 March, 2011, 08:16:34 AM
  • Publish
  • CIRI-CIRI KUDA YANG DI GEMARI RASULULLAH S.A.W. =

    1) kuda hitam
    2) terdapat jalur di kepala
    3)mempunyai warna putih di bibir bahagian atas.

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Reply #13 16 March, 2011, 08:37:00 AM
  • Publish
  • subhanallah..jeles nya hati ini dengan wanita berpurdah ni.... :(

    Mandi Kuda

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Reply #14 16 March, 2011, 08:51:06 AM
  • Publish
  • ni pulak melatih kuda perang..tapi ana tak paham , tak pandai bahasa arab..:(

    Melatih Kuda Perang

    SUGI

    • *
    • Posts: 302
      • View Profile
    Reply #15 16 March, 2011, 04:03:50 PM
  • Publish
  • Endurance riding is an equestrian sport based on controlled long-distance races. It is one of the international competitions recognized by the FEI. There are endurance rides worldwide.

    There are two main types of long-distance riding, competitive trail riding and endurance rides. In an endurance ride, discussed in this article, the winning horse is the first one to cross the finish line while stopping periodically to pass a veterinary check that deems the animal in good health and fit to continue. In the United States, most endurance rides are either 50 or 100 miles (160 km) long. Shorter rides, called Limited Distance Competition, are organized for new riders to the sport or young horses being trained. There are also a few longer, usually multi-day, rides run as well. As with human marathon running, many riders will participate to improve their horse's personal best performance and consider finishing the distance with a proper vet completion record to be a "win". In the USA, the American Endurance Ride Conference (AERC) sanctions endurance rides. In the UK, Endurance GB is the governing body. Winning riders complete 100-mile (160 km) rides in 10-12 hours.

    Any breed can compete, but the Arabian generally dominates the top levels because of the breed's stamina and natural endurance abilities.

    Competitive trail rides are shorter, and factors other than speed are considered; horses may not come in under or over a certain time, and veterinary checks, rider behavior and other elements play a role in the placings. (See Competitive trail riding.)

    Worldwide, rules vary. Endurance rides and races can be any distance, though they are rarely over 160 km for a one-day competition.
    - Source http://en.wikipedia.org/wiki/Endurance_riding

    Ada ahli di sini yang masih ingat satu movie yg bertajuk lebih kurang "mustang".  pasal lumba kuda kat arab. Movie ini pernah keluar Tv.


    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH

    SUGI

    • *
    • Posts: 302
      • View Profile
    Reply #16 16 March, 2011, 04:06:25 PM
  • Publish
  • movie tu bertajuk - "Hidalgo"  movie ni best. siap memperihal kaum arab yang tinggal di gurun lagi. Bagaimana sikap kaum arab yg ditinggal di gurun. Kiranya kaum Arab Badwi.

    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH

    SUGI

    • *
    • Posts: 302
      • View Profile
    Reply #17 16 March, 2011, 04:32:45 PM
  • Publish
  • movie tu bertajuk - "Hidalgo"  movie ni best. siap memperihal kaum arab yang tinggal di gurun lagi. Bagaimana sikap kaum arab yg ditinggal di gurun. Kiranya kaum Arab Badwi.

    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH

    Namun kesahihan movie tersebut yg dikatakan berdasarkan kisah benar adalah diragui faktanya.

    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH


    anazahra

    • *
    • Posts: 924
      • View Profile
    Reply #18 16 March, 2011, 04:36:55 PM
  • Publish
  • Sedikit perkongsian dari pengalaman..

    1. Kuda ni dia besar, tapi sebenarnya dia tak tahu pun dia besar.. :senyum:..
    2. kalau kita sedang tunggang dia, tiba2 terjatuh, dia akan sedaya upaya mengelak untuk terpijak kita.. Kalau dia terpijak jugak, makna dia memang sangat2 tak sengaja...
    3. Sama macam binatang lain, kuda sangat penyayang kalau kita sayang dia..
    4. Kita jangan takut kat dia.. Kalau kita takut nanti dia pun takut jugak.. Kalau kita friendly, dia pun friendly lah..
    5. Deria bau kuda sangat kuat. Contoh kalau tuan dia datang.. Dari jauh dia dah tau tuan dia dah datang...
    6. Pegang jambul kuda adalah sunnah..
    7. Ramai orang kata, jangan lalu belakang kuda nanti kena tendang.. Sebenarnya salah.. Boleh lalu belakang kuda dengan syarat kena bagitau dia.. Kena tepuk2 sikit belakang dia, untuk bgtau dia, ada orang kat belakang kau ni haa.. Kalau tak dia terkejut, sebab tu dia tendang kita..
    8. Bawah tapak kaki kuda tu kena pasang ladam sebab tapak kaki kuda sangat sensetif..
    9. Paku yang digunakan untuk pasang ladam adalah sepanjang 2 inci.. Dan ketuk guna tukul besi!
    10. Daging kuda panas. Kalau kita makan, nanti jadi panas.. Macam makan durian laa..
    11. Kuda cepat membesar. Umur 3 tahun je dah besar tinggi..
    12. Panjang tali yang tempat letak kaki tu mesti sama panjang dengan lengan kita..

    p/s: kuda ku lari gagah berani



    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Reply #19 16 March, 2011, 06:19:22 PM
  • Publish
  • Sedikit perkongsian dari pengalaman..

    1. Kuda ni dia besar, tapi sebenarnya dia tak tahu pun dia besar.. :senyum:..
    2. kalau kita sedang tunggang dia, tiba2 terjatuh, dia akan sedaya upaya mengelak untuk terpijak kita.. Kalau dia terpijak jugak, makna dia memang sangat2 tak sengaja...
    3. Sama macam binatang lain, kuda sangat penyayang kalau kita sayang dia..
    4. Kita jangan takut kat dia.. Kalau kita takut nanti dia pun takut jugak.. Kalau kita friendly, dia pun friendly lah..
    5. Deria bau kuda sangat kuat. Contoh kalau tuan dia datang.. Dari jauh dia dah tau tuan dia dah datang...
    6. Pegang jambul kuda adalah sunnah..
    7. Ramai orang kata, jangan lalu belakang kuda nanti kena tendang.. Sebenarnya salah.. Boleh lalu belakang kuda dengan syarat kena bagitau dia.. Kena tepuk2 sikit belakang dia, untuk bgtau dia, ada orang kat belakang kau ni haa.. Kalau tak dia terkejut, sebab tu dia tendang kita..
    8. Bawah tapak kaki kuda tu kena pasang ladam sebab tapak kaki kuda sangat sensetif..
    9. Paku yang digunakan untuk pasang ladam adalah sepanjang 2 inci.. Dan ketuk guna tukul besi!
    10. Daging kuda panas. Kalau kita makan, nanti jadi panas.. Macam makan durian laa..
    11. Kuda cepat membesar. Umur 3 tahun je dah besar tinggi..
    12. Panjang tali yang tempat letak kaki tu mesti sama panjang dengan lengan kita..

    p/s: kuda ku lari gagah berani

    suke suke suke... baguss

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    4 Replies
    1853 Views
    Last post 07 July, 2008, 10:08:32 PM
    by abuzulfiqar
    2 Replies
    2977 Views
    Last post 28 August, 2012, 10:43:39 AM
    by al_ahibbatu
    0 Replies
    1711 Views
    Last post 14 June, 2011, 01:54:27 PM
    by Abu Hannan