Mampukah Isteri Solehah Bila Suami Curang?

*

Author Topic: Mampukah Isteri Solehah Bila Suami Curang?  (Read 28725 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Reply #40 18 March, 2011, 03:00:53 PM
  • Publish
  •  :) ingin saya lontarkan sedikit pendapat

    "mampukah isteri solehah bila suami curang"?
    adakah bermaksud isteri akan solehah bila suami tidak curang? (jawapan saya: boleh jadi tapi belum tentu)

    apa yang saya nampak puan risaukan masalah pengurusan perbelanjaan sekiranya suami berkahwin lagi:

    Puan ada hak ke atas harta dan pendapatan puan yang 100% puan cari sendiri. bagaimanapun, suami barangkali ada sedikit hak atas pendapatan puan dalam keadaan tertentu. (mahkamah akan menentukan sejauh mana hak suami atas harta & pendapatan puan)

    tetapi, isteri lain (madu) tiada hak atas pendapatan puan.
    saya setuju dengan pendapat halaqian lain di atas, asingkanlah pendapatan puan utk kegunaan puan dan anak2.

    pendapat saya: Jangan sesekali ambil alih tugas suami memberi nakfah zahir.

    isteri hanya membantu. bukanlah mengambil alih t/jawab suami memberi nafkah.
    tetapi, jika puan beri juga sepenuhnya, ia dikira sedekah yang tinggi nilaiannya.

    apa2 yang telah kita belanjakan, ada sahamnya di sana nanti. puan jangan risau.

    puan, pada pandangan saya adalah normal perkara seperti ini berlaku dalam mana2 rumahtangga (maksud saya masalah pembahagian perbelanjaan sekiranya suami poligami, bagi suami yang bersikap seperti ini dan punyai isteri yang sebelum poligami bersedia mengambil alih tugas dan t/jawab suami.. maka suami akan mengharap dan berhajat sikap isteri ini diteruskan setelah poligami)

    sudah tentulah puan marah.. sebab puan ada perasaan. puan normal. kalau tak marah tu.. namanya malaikat. pun begitu, kemarahan itulah yang perlu dikawal dengan batas2 sebagai seorang isteri.

    cadangan:

    1) seperti saranan forumer lain, mantapkan hubungan dengan Allah, insyaAllah ada jalannya
    2) pergi pejabat agama, minta nasihat.
    3) jika mahkamah memutuskan suami boleh poligami, jangan lupa puan ada hak untuk memohon klarifikasi berkenaan harta puan, harta suami, pendapatan / harta sepencarian ; pendapatan yang mana isteri (madu) ada haknya dan tiada haknya ke atas pendapatan tersebut.
    Maka apa2 yang puan berikan diluar hak itu, dikira sebagai sedekah jariah.

    jika suami tidak berlaku adil, hakim ada kuasa memerintahkan demikian dan demikian. wanita ada hak2nya yang terjaga dalam Islam.

    begitu juga suami, semua sudah maklum hak2 suami ke atas isteri dan hak2 mutlak suami dalam perkahwinan.
    jika puan berikan hak suami, suami seharusnya memberi hak puan juga.

    saya do'akan rumahtangga puan selamat dan bertambah bahagia. semoga perceraian bukanlah solution kepada masalah yang melanda.

    nasihat utk diri ini dan wanita lain: terimalah apa jua ujian dengan lapang dada.

    Reply #41 28 March, 2011, 02:54:45 PM
  • Publish
  •  :)
    Kisah ini menjadi semakin rumit. Mungkin juga Allah nak tunjukkan sesuatu pada saya. 2 malam lepas, entah macam mana hp suami tidak lock, dan dia letak atas katil. Hati tergerak utk melihat ruangan Gambar. Alangkah terkejutnya saya melihat gambar mereka berpelukan mesra di atas sofa, di rumah saya, sewaktu saya bekerja. Jantung saya bergerak pantas, saya terus menggigil sambil beristighfar. Masya Allah. Begitu berat dugaan ini. Saya menuju ke bilik air utk mengambil wuduk. Saya merasa seram sejuk, mcm nak demam. Mcm nak pengsan pon ada. Saya mengesat muka dgn tuala sambil cuba mententeramkan diri. Ya Allah, apa yg Kau ingin tunjukkan. Saya ambil al-Quran, tapi saya tak dapat nak membuka dan membaca kerana saya masih menggigil.

    Suami saya nampak apa yg berlaku, tapi dia diam buat tak tahu. Saya turun ke bawah. Saya cuba membuka al-quran tu, tapi masih tidak berjaya. Hati terasa seperti nak pecah. Ya Allah bantulah hamba-Mu ini. Akhirnya saya telefon ibunya, saya kata saya tidak sudah tidak boleh terima keadaan ini. Ini sudah melampau.

    Dalam pada saya cuba memperbaiki diri, bersabar dan bersikap lebih baik kepadanya, inikah balasan terhadap segala tindakan saya? Saya tidak dpt lagi melayannya seperti biasa. Habis hancur luluh cita2 ku utk menjadi isteri yg solehah. Saya tak boleh pandang wajahnya.

    Pagi tadi saya dah mendaftar utk kaunseling. Suami mcm bagi hint utk tidak balik ke rumah sampailah waktu kaunseling nanti.

    Subhanallah. Adakah ini jalan yg Kau telah tetapkan untukku? Bantulah aku untuk menjadi Muslimah solehah, sekiranya perkahwinan ini gagal. Amin.

    Reply #42 28 March, 2011, 03:00:07 PM
  • Publish
  • Fasabruun.. jamiiilll...
    Segala dugaan adalah menambah iman taqwa.. tapi bukan bermakna duduk diam dan redho..

    tindakan pergi ke kaunseling adalah langkah bijak..

    Teruskan taat pada suami selagi tidak bercanggah dengan kehendak ALLAH..

    *Maksiat yg terang2 WAJIB ditegah.. tp biar cara terbaik tak merosakkan diri dan family..
    rabbuna sahhil  :ins:  :aamiin:
    Wakil rasmi Emas GCP & Public Gold. Clickwww.EmasMaster.Com " Simpan Emas Nilai Terjamin"
    Simpan Dinar ke arah Hidupkan Ekonomi Islam, Tips pergi haji dan umrah dengan Dinar.HERE

    Reply #43 28 March, 2011, 03:08:00 PM
  • Publish
  • Puan Menujuis, do realise how strong you are?  A lot of women in your shoes bila nampak gambar gambar begitu akan melenting dan akan bergaduh dengan hebatnya.  I salute your patience and your strength. I wish the best for you.

    Reply #44 28 March, 2011, 03:14:38 PM
  • Publish
  • Lagi satu saya teringat, ada hadis yg menyebut, antara kebahagiaan dalam hidup ialah punyai isteri yg solehah, kediaman yg baik dan kenderaan yg baik. Maknanya rumah kediaman kita adalah patutnya syurga buat kita. Jadi saya memang tidak boleh terima bila rumah kediaman kami dijadikan pot buat perkara terkutuk sedemikian. Saya rasa amat kecewa. Saya terbayang2 apa yg mereka buat di ruang tamu saya dan bolik tidur saya. Macam mana ni?

    Saya seperti tidak keruan, selalu menangis semasa solat. Kadang2 saya kena kawal diri dan kontrol diri supaya solat saya tidak terbatal.

    Reply #45 28 March, 2011, 03:26:54 PM
  • Publish
  • Dalam hukum islam ada bab nikah kawin.

    Ada juga bab nikah cerai.

    Dalam agama Hindu kuno, bab nikah cerai takder. Ia wujud dalam masyarakat hindu moden kini.

    Agama islam = adalah sama dari dulu hingga sekarang. Sejak Kedatangan Nabi Muhammad saw

    wanita islam di angkat ke martabat yg mulia. Bukan di kasta kan lagi.

    Dalam keindahan hidup bersyariat, puan boleh mengadu di pejabat agama atas sikap sumbang suami puan.

    Bab nikah cerai itu terpulang atas puan dan puan berhak membuat demkian .

    Jangan takut = Puan tetap wanita solehah...

    Reply #46 02 April, 2011, 12:28:03 AM
  • Publish
  • syabas, PUan mempunyai kekuatan dan keyakinan untuk bersuara.

    INsyaallah. Puan akan menuju kejayaan dalam membasmi kedukaan.

    Yakin

    Reply #47 10 April, 2011, 02:41:39 PM
  • Publish
  • Salam Halaqian

    Cerita-cerita kita hapir sama kesemuanya...berkawin dengan suami takala kedua-duanya tiada apa-apa, bertahun-tahun berusaha bersama & kini hidup makin selesa..namun suami pula curang serta berkahwin lagi dan expect steri mereka terus solehah...

    saya tak sehebat pun-puan...saya berpindah ke negeri lain selepas suami berkahwin lagi walaupun suami membantah...alasan yg saya berikan kepada suami; arahan kementerian tidak boleh diingkar...pada hakikatnya, saya tidak sanggup memandang suami setiap hari dengan perasaan marah & rasa pengkhianatan...saya bimbang jika saya terus tinggal bersama suami, suatu hari nanti saya akan memandang dia dengan perasaan benci pula...

    5 orang anak saya bawa bersama kerana suami akur tidak mampu menjaga anak-anak sendirian & anak-anak berkeras tidak mahu tinggal bersama bapa mereka...kesemua perbelanjaan anak sata tanggung...setiap bulan sata akan mengingatkan suami untuk mrnghantar duit belanja, jika suami tidak menghantar tidak pula saya mendesak...

    saya telah dinasihatkan nusyuk kerana meninggalkan suami; tapi apakah pula hukum membenci suami? saya dikatakan cuba memutuskan hubungan dengan suami; namun apakah yang harus saya lakukan apabila saya merasakan saya tidak lagi mampu meneruskan? Cerai bukanlah satu option kerana suami berikrar tidak akan melafazkan talak...

    saya adalah satu contoh isteri yang tidak mampu solehah selepas suami curang

    Reply #48 10 April, 2011, 10:58:12 PM
  • Publish
  • Salam Halaqian

    Cerita-cerita kita hapir sama kesemuanya...berkawin dengan suami takala kedua-duanya tiada apa-apa, bertahun-tahun berusaha bersama & kini hidup makin selesa..namun suami pula curang serta berkahwin lagi dan expect steri mereka terus solehah...

    saya tak sehebat pun-puan...saya berpindah ke negeri lain selepas suami berkahwin lagi walaupun suami membantah...alasan yg saya berikan kepada suami; arahan kementerian tidak boleh diingkar...pada hakikatnya, saya tidak sanggup memandang suami setiap hari dengan perasaan marah & rasa pengkhianatan...saya bimbang jika saya terus tinggal bersama suami, suatu hari nanti saya akan memandang dia dengan perasaan benci pula...

    5 orang anak saya bawa bersama kerana suami akur tidak mampu menjaga anak-anak sendirian & anak-anak berkeras tidak mahu tinggal bersama bapa mereka...kesemua perbelanjaan anak sata tanggung...setiap bulan sata akan mengingatkan suami untuk mrnghantar duit belanja, jika suami tidak menghantar tidak pula saya mendesak...

    saya telah dinasihatkan nusyuk kerana meninggalkan suami; tapi apakah pula hukum membenci suami? saya dikatakan cuba memutuskan hubungan dengan suami; namun apakah yang harus saya lakukan apabila saya merasakan saya tidak lagi mampu meneruskan? Cerai bukanlah satu option kerana suami berikrar tidak akan melafazkan talak...

    saya adalah satu contoh isteri yang tidak mampu solehah selepas suami curang

    Asalkan suami puan redha dengan puan sudah memadai..
    kerana walau sejahat mana pun suami itu dia tetap suami dan kita isteri...
    suami menanggung dosa isteri dan anak kunci syurga di tangan suami..
    segala amal Allah takkan terima jika isteri melangkah keluar tanpa izin suami (rujuk kitab muhimmah)
    andai hidup si isteri tidak diredhai suami apalah gunanya kita beribadat kerana semua itu di mata Allah..
    biarlah kita menangis di sini jangan kita menangis di sana..
    insyaAllah,moga  puan terus diberikan kesabaran...

    Reply #49 14 April, 2011, 02:40:07 PM
  • Publish
  •  :syukur:Saya rasa sangat bersyukur pada hari ini. Kaunselling semalam ustaz byk memberi nasihat yg sgt baik. Antara nasihat ustaz:
    1 ) dalam melakukan sesuatu, rujuklah apa hukumnya dalam agama Islam. Jgn turutkan sgt hati dan perasaan, kerana cerita hati dan perasaan takkan pernah habis. Pegang lah tali Allah, insya Allah hidup kita akan lebih bermakna.
    2 ) suburkan rumahtangga kita. Kalau setiap hari kita siram pokok depan rumah tu supaya segar, berbunga dan berbuah, org 2 org kat dalam rumah lagilah kena selalu kita siram air dan letak baja. Ustaz bagi tip - lepas solat jemaah suami isteri, berdua kamu solat taubat, kemudian panggil anak2 kamu semua, peluklah mereka semua dan kamu semua berpeluklah semuanya, seraya berzikir - hasbi rabbi jallallah, ma fi qolbi qhairullah. Sambil doa - Ya Allah, hubungkan kami dgn taliMu ya Allah. Insya Allah ikatan kekeluargaan kita akan lebih kukuh. Subhanallah.
    3 ) ikatan hati antara suami dan isteri perlu teguh. Alamak...saya sambung kendian lah.

    Reply #50 09 November, 2011, 11:16:21 PM
  • Publish
  • Asssalamuailaikum,

    bila saya baca ruangan nie...baru saya sedar masih ramai yg menghadapi isu serupa......saya telah berkahwin hampir 10 tahun dan mempunyai 3 org anak. saya baru melaluinya beberapa hari yang lalu...suami baru mencari-cari calon untuk yang kedua dan saya dapat tahu...kecewa yang amat sangat tambahan pula saya sedang hamil 7 bulan...pelbagai alasan untuk berpoligami...kecoh keluarga saya sebab suami meminta izin dari mak dan ayah saya sendiri...saya balik rumah mak ayah dalam keadaan yang marah....selepas itu saya berjumpa suami untuk menyelesaikan masalah ini...saya mengizinkan suami berkahwin dan saya rela dilepaskan selepas kelahiran anak ini....suami telah meminta maaf dan berjanji tidak melakukannya lagi... suami telah memberi keizinan pada saya untuk duduk di rumah keluarga selama mana yang saya mahu sehingga saya tenang...dan berharap saya akan balik ke rumah kami nanti...saya masih belum dapat menerimanya walaupun saya amat rasa bersalah meninggalkan tanggungjawab sebagai seorang isteri..........

    Bunga Kantan

    • *
    • Rencah Utama Dalam Laksa
      • View Profile
    Reply #51 10 November, 2011, 07:56:02 AM
  • Publish
  • suami baru mencari-cari calon untuk yang kedua dan saya dapat tahu...kecewa yang amat sangat tambahan pula saya sedang hamil 7 bulan...pelbagai alasan untuk berpoligami.

    Adakah dikatakan seorang suami itu curang jika mahu bernikah satu lagi? Adakah lelaki yang berpoligami tu curang terhadap isterinya? Saya tanya sebab soalan puan duduk dalam topik ini...


    p/s:  tak faham aku dengan perempuan ni...
    « Last Edit: 10 November, 2011, 07:57:52 AM by Pomen Cabuk »

    Reply #52 10 November, 2011, 09:10:28 AM
  • Publish
  • berangan nak masuk syurga tapi dapat suami belum macam firaun pun dah kecoh tak boleh nak sabar & redha..
    berangan je la nampaknya tu..

    Bunga Kantan

    • *
    • Rencah Utama Dalam Laksa
      • View Profile
    Reply #53 10 November, 2011, 09:20:11 AM
  • Publish
  • berangan nak masuk syurga tapi dapat suami belum macam firaun pun dah kecoh tak boleh nak sabar & redha..
    berangan je la nampaknya tu..

    Fuyooo... betol, betol  tu. Ada hati nak masuk syurga mana-mana pintu tapi suami nak berpoligami dah bising satu alam. Kalau nak jadi isteri solehah, tak kiralah suami macamana pun, dosa suami dia tanggung sendiri, isteri jaga diri dia sudah lah, taat suami selagi suami tak suruh buat maksiat.

    Tapi kalau suami suruh buka tudung, tu dah kira buat maksiatlah, bukan tidak taat pada suami. Tak derhaka kalau macam tu sebab taat pada perintah Allah lebih wajib di dahulukan dari mentaati perintah suami.

    Reply #54 10 November, 2011, 12:01:22 PM
  • Publish
  •  :)
    Subhanallah,
    Peliknya orang beriman.
    saya tidak setanding kalian.
    semoga allah melindungi saya dari ujian yang hebat ini.
    Puan-puan ada kerjaya masih lagi mampu bersabar.
    Subhanallah hebat..hebat..hebat..
    Allah lindungi kami dari fitnah hidup dan mati.
    Amiin.

    Reply #55 18 January, 2012, 03:57:53 AM
  • Publish
  • hmmm apa nk jd zaman skrng llki bermaharaja dgn masalah. Bertaubat laaa sbb mengapa perempuan masuk neraka disbabkn oleh lelaki. oleh itu muslimah semua jgnlah terlalu lemah kuatkn iman igt pd Allah jgn dgr bisikn syaitan.

    Reply #56 06 July, 2012, 10:34:41 PM
  • Publish
  •  :)
    berat mata memandang,,berat lagi bahu memikul. bagi yang tidak mengalami cuma mampu mengatakan 'KASIHAN', 'BERSABAR' & 'BERDOA'... semua itu mmg betul....
    sekeping hati yang terluka...hanya kepada ALLAH sahaja tempat mengadu.... dan perlulah kita sentiasa megingatkan diri sendiri, sesungguhnya ALLAH TIDAK AKAN MEMBERIKAN UJIAN YANG TIDAK MAMPU DITANGGUNG OLEH HAMBANYA...ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI....

    Reply #57 06 July, 2012, 11:38:20 PM
  • Publish
  • "Mampukah isteri solehah bila suami curang???" ermmm tgk pd persoalan ni saja macam2 benda difikirkan terutamanya... kenepa perlu dipertikaikan mampu atau tidak menjadi solehah sedangkan untuk menjadi solehah menjadi wanita yang baik tu adalah dr diri kita sendiri... antara kita dengan Allah.. kenapa nk dipertikaikan kalau betul2 beriman kepada Allah... tak timbul persoalan yg mcm ni... suami curang atau suami berdosa tu antara die dengan Allah..kenapa wanita perlu mengubah sifat yg baik kerana keburukan suami? sebab suami jer ker anda menjadi solehah bukan sebab ikhlas dr dalam diri sendiri? terus lah menjadi baik dan solehah walau dalam ape keadaan sekali pun...

    p/s: maaf hanya sekadar pendapat....

    cheksue89

    • *
    • SABAR Yo!
      • View Profile
    Reply #58 07 July, 2012, 09:05:07 AM
  • Publish
  • "Mampukah isteri solehah bila suami curang???" ermmm tgk pd persoalan ni saja macam2 benda difikirkan terutamanya... kenepa perlu dipertikaikan mampu atau tidak menjadi solehah sedangkan untuk menjadi solehah menjadi wanita yang baik tu adalah dr diri kita sendiri... antara kita dengan Allah.. kenapa nk dipertikaikan kalau betul2 beriman kepada Allah... tak timbul persoalan yg mcm ni... suami curang atau suami berdosa tu antara die dengan Allah..kenapa wanita perlu mengubah sifat yg baik kerana keburukan suami? sebab suami jer ker anda menjadi solehah bukan sebab ikhlas dr dalam diri sendiri? terus lah menjadi baik dan solehah walau dalam ape keadaan sekali pun...

    p/s: maaf hanya sekadar pendapat....

    betul tu.kita menjadi baik kerana diri kita yang baik.bukan atas sebab lain..percayala.jadi baik jadi baik jadi baik.tanamlah di akal dan dihati yang anda adalah orangbaik dan akan kekal baik walau apapun yang terjadi. :aamiin:
    'wahai hati,bersabarlah.."

    Nurul Nawar

    • *
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Reply #59 09 July, 2012, 06:25:41 PM
  • Publish
  • Selagi suami belum kahwin,tiada ketelanjuran dengan pihak ketiga,isteri masih berpeluang,ada masa,gunakan hak anda untuk mempertahankan rumah tangga anda yang terbina sekian lama.Allah tahu apa yang kita mampu,apa yang kita tidak mampu menghadapinya.Jadi jangan berputus asa,berusahalah mencari penyelesaian,berdoa sebanyak mungkin kepada Allah.Aku ini insan yang lemah yang tak mampu menerima dugaan ini,yang tak sanggup berkongsi kasih.Aku bukan si dia yang terpilih yang sanggup membiarkan suamiku dicintai wanita lain.Cuma jangan buat perkara yang terlarang pula.Selagi anda berusaha dengan cara yang betul,jalan penyelesaiannya Insya-Allah sentiasa ada tapi mungkin mengambil masa,jadi anda kena banyak bersabar,muhasabah diri.

    Dan anak-anak pula,jika sudah dewasa sekalipun,hal ini kita tak boleh masuk campur kerana di antara ibu dan ayah.Jangan disebabkan hal ini,kita jadi tidak hormat terhadap mereka,status mereka tidak berubah,tetap ibu dan ayah kita.Kita teruskan saja hubungan yang baik dengan mereka.Doakan yang terbaik buat mereka.Jika sayangkan ibu,tak sanggup ibu dilukai,melihat tangisan ibu yang tak sanggup kasihnya dimadui,doalah supaya ayah itu tetap setia bersama ibu.

    wallahualam.Mana yang salah betul-betulkan..

    p/s:Banyaknya masalah suami isteri.Masalah jodoh yang tak sampai tu hanya ciput je nak dibandingkan masalah orang yang dah berumahtangga.Jadi bagi yang belum berkahwin,siap-siapkanlah diri dengan ilmu agama dan rumahtangga..peringatan buat diri sendiri juga :senyum:
    « Last Edit: 09 July, 2012, 06:27:49 PM by Nurul Nawar »

    divider3
    halaqahforum4