Ayat Pertama Diturunkan

Author Topic: Ayat Pertama Diturunkan  (Read 5558 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Kasihsayangku123

  • *
  • Posts: 138
    • View Profile
07 March, 2011, 08:04:48 AM
  • Publish Di FB
  • Ayat pertama diturunkan
    Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI



    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١)

    Syed QutuB dalam Fi Zilal al-Quran berkata: Permulaan surah ini merupakan ayat-ayat al-Quran yang pertama diturunkan mengikut kata sepakat para ulama. Riwayat yang menyebut ayat lain mula diturunkan tidak dapat dipegang.

    Firman Allah SWT: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk).

    Al-Maraghi berkata: Dengan kekuasaan Allah SWT, Tuhan yang mencipta engkau dan dengan kehendak-Nya, maka jadilah engkau orang yang dapat membaca. Dia telah menjadikan kamu tahu daripada tidak tahu kerana Nabi Muhammad SAW pada awalnya tidak tahu membaca dan menulis.

    Lalu, datang perintah menyuruh baginda agar dapat membaca, walaupun tidak dapat menulis. Justeru, baginda segera diberi sebuah kitab yang akan dibacanya sekalipun baginda pada asalnya tidak tahu menulis.

    Sayid Qutub berkata: Ayat ini dimulakan dengan menyebut secara umum salah satu dari sifat-sifat Allah, iaitu sifat mencipta dan memulakan penciptaan.

    Hamka berkata: Dalam suku ayat pertama sahaja, iaitu "bacalah", telah terbuka kepentingan pertama di dalam perkembangan agama ini. Nabi SAW disuruh membaca wahyu yang diturunkan kepada baginda di atas nama Allah SWT.

    Kasihsayangku123

    • *
    • Posts: 138
      • View Profile
    Jawab #1 07 March, 2011, 08:06:16 AM
  • Publish Di FB
  • Bacalah sesuatu yang diredai dan disukai oleh Allah SWT dan jangan membaca sesuatu yang dimurkai-Nya. Membaca mestilah didasari oleh niat kerana Allah untuk memberi kebaikan kepada alam dan seluruh penghuninya.

    Ayat ini dimulakan dengan "bacalah" yang merupakan fi'il amar yang memberi maksud: "ia merupakan arahan dan perintah supaya umat Islam sentiasa dituntut membaca, sama ada melalui ayat-ayat yang maqru'ah (yang dibaca seperti al-Quran dan al-hadis) atau ayat-ayat manzurah (yang boleh dilihat dengan pengamatan, kajian dan penyelidikan)".

    Ayat ini didahulukan dengan perintah membaca, bukan dengan sujud, solat, puasa, zakat, haji, jihad dan lain-lain, seolah-olah memberi kefahaman kepada kita bahawa membaca sebagai satu keistimewaan manusia yang dapat mengumpulkan khazanah ilmiah berbanding makhluk yang lain.

    Ini kerana membaca sebagai kunci ilmu dan mukadimah dapatan pengetahuan, yang mana Allah mengilmukan manusia tetapi bersyaratkan sebab-sebab, antaranya melalui pembacaan.

    Ayat ini juga mengajar kepada kita supaya bacaan yang pertama dengan kalimah Allah. Dalam erti kata yang lain, seolah-olah bacaan yang terpimpin dan baik yang boleh membawa kepada makrifatullah dan mengenali dalil-dalil yang akhirnya menatijahkan khasyatullah.

    Kesimpulannya, Tuhan yang mencipta dan mengadakan alam ini adalah berkuasa menjadikan kamu tahu membaca, walaupun kamu tidak pernah mempelajarinya.

    Kemudian, Allah SWT menjelaskan peringkat penciptaan manusia melalui firman-Nya yang bermaksud: Dia menciptakan manusia dari seketul darah beku.

    Al-Qurtubi berkata: Manusia disebut dalam ayat ini secara khusus dan istimewa dengan tujuan memberi penghormatan kepada jenis manusia ini.

    Kasihsayangku123

    • *
    • Posts: 138
      • View Profile
    Jawab #2 07 March, 2011, 08:07:36 AM
  • Publish Di FB
  • Sheikh Muhammad Abduh di dalam Tafsir Juzuk Amma yang dikarangnya menerangkan: Sesungguhnya Allah SWT Maha Berkuasa menjadikan manusia daripada air mani dan membentuk segumpal darah. Kemudian menjadi manusia yang cukup sempurna, nescaya kuasa pula menimbulkan kesanggupan membaca pada seseorang yang selama ini dikenal ummi, tidak pandai membaca dan menulis.

    Jika diselidik intipati daripada hadis yang menjelaskan nabi SAW disuruh membaca sebanyak tiga kali, dan tiga kali juga baginda menjawab dengan jujur bahawa baginda tidak pandai membaca dan menulis. Tiga kali pula Jibril memeluknya dengan sekuat hati bagi meyakinkannya bahawa pada saat itu kesanggupan membaca sudah ada padanya, apatah lagi baginda adalah al-insan al-kamil (manusia yang sempurna).

    Apa yang penting adalah harus mengetahuinya bahawa dasar segala yang akan dibacanya kelak tidak lain dan tidak bukan adalah dengan nama Allah SWT jua.


    Sumber Artikel : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0304&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm

    Kasihsayangku123

    • *
    • Posts: 138
      • View Profile
    Jawab #3 07 March, 2011, 08:11:50 AM
  • Publish Di FB
  • Terjemahan keseluruhan surah Al-Alaq

    سُوۡرَةُ العَلق
    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١) خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ (٢) ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣) ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥) كَلَّآ إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَيَطۡغَىٰٓ (٦) أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ (٧) إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجۡعَىٰٓ (٨) أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِى يَنۡهَىٰ (٩) عَبۡدًا إِذَا صَلَّىٰٓ (١٠) أَرَءَيۡتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلۡهُدَىٰٓ (١١) أَوۡ أَمَرَ بِٱلتَّقۡوَىٰٓ (١٢) أَرَءَيۡتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ (١٣) أَلَمۡ يَعۡلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ (١٤) كَلَّا لَٮِٕن لَّمۡ يَنتَهِ لَنَسۡفَعَۢا بِٱلنَّاصِيَةِ (١٥) نَاصِيَةٍ۬ كَـٰذِبَةٍ خَاطِئَةٍ۬ (١٦) فَلۡيَدۡعُ نَادِيَهُ ۥ (١٧) سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِيَةَ (١٨) كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡ وَٱقۡتَرِب ۩ (١٩



    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
    Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1)
    Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2)
    Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3)
    Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4)
    Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5)
    Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), (6)
    Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (7)
    (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan). (8)
    Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang); (9)
    Seorang hamba Allah apabila dia mengerjakan sembahyang? (10)
    Adakah engkau nampak (buruknya) jika dia berada di atas jalan yang betul? (11)
    Atau dia menyuruh orang bertakwa (jangan melakukan syirik)? (12)
    Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika dia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta dia berpaling ingkar? (13)
    Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)? (14)
    Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam Neraka); (15)
    Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah. (16)
    Kemudian biarlah dia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya); (17)
    Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya). (18)
    Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh) (19)


    http://www.quranexplorer.com/Quran/Default.aspx

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #4 07 March, 2011, 08:20:35 AM
  • Publish Di FB
  • Jika diselidik intipati daripada hadis yang menjelaskan nabi SAW disuruh membaca sebanyak tiga kali, dan tiga kali juga baginda menjawab dengan jujur bahawa baginda tidak pandai membaca dan menulis. Tiga kali pula Jibril memeluknya dengan sekuat hati bagi meyakinkannya bahawa pada saat itu kesanggupan membaca sudah ada padanya, apatah lagi baginda adalah al-insan al-kamil (manusia yang sempurna).


    Apa intipati yang anda lihat di dalam kaedah pengajaran guru kepada seorang murid? Tetapi kaedah ini lebih baik dilakukan oleh seorang ayah atau ibu kepada anaknya. Bila kita mengajar anak,anak agak susah untuk dapat,sebaiknya gunakan kaedah ini.

    Bila anak kata tidak pandai, tidak tahu,jangan terus dimarah. Lihat adakah bila Rasullulah diajar oleh Jibrail, baginda tidak tahu,Jibrail merasa marah? Tidakkan...

    Sebaliknya baginda dipeluk oleh Jibrail dengan sekuat hati untuk menyakinkan.  Begitu juga jika kita mendidik anak-anak kita. Tak dapat , jangan marah  atau tengking, sebaliknya peluk anak tu untuk yakinkan dia, bahawa dia boleh. Kalau kita tengking,pasti anak  itu akan menangis  dan esok-esok tak mahu belajar lagi.

    Bila anak rasa serik, tu yang mereka susah nak dapat dan jadi tidak berminat. Kaedah pentarbiyahan oleh Jibrail ini sangat baik dipraktikkan oleh ibu bapa ketika mendidik  anak-anak sendiri tidak kira ilmu apa pun.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    5zul

    • *
    • Posts: 3045
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #5 07 March, 2011, 08:57:05 AM
  • Publish Di FB
  • benar ummi bukan kepada ibubapa sahaja malahan kepada guru guru sekolah ,
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    mufidah

    • *
    • Posts: 51
      • View Profile
    Jawab #6 07 March, 2011, 02:51:42 PM
  • Publish Di FB
  • surah al-'alaq..surah ini dimulakan dengan lima ayat dari al-Qur'an, merupakan surah yang pertama diturunkan oleh Allah kpd junjunjan nabi Muhammad SAW pd bulan ramadhan iaitu pd mlm lailatul qadar ketika baginda beribadat di gua hiraa, di makkah al-mukarramah, yang merupakan sebesar-besar nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kpd umat manusia seluruhnya. Al-Alaq  bermaksud darah beku yang mana di awal surah ini Allah menegaskan bahawa ia menciptakan manusia dari sebuku darah. mengandungi 19 ayat.

    lima ayat tersebut mengemukakan 3 perkara yg besar: ayat 1-5
    1. Allah Tuhan sekalian alam, Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, yang wajib diingati dan dipatuhi dalam segala keadaan.

    2. manusia yang diciptakan oleh Allah dalam sebaik-baik keadaan dan diberikan berbagai keistimewaan berbanding dgn makhluk2 yg lain.

    3.nikmat ilmu pengetahuan yang telah diajarkan oleh Allah kpd manusia melalui pena dan tulisan.

    ayat 6-19 :
    ayat ini diturunkan pada masa yang berlainan drpd ayat 1-5, ayat ini diturunkan ketika nabi Muhammad SAW menyiarkan Islam dan mendapat tentangan keras dr kaum kafir musyrik di mekah.

    di dlm ayat ini Allah menggambarkan sifat2 dan tabiat setengah manusia:
    apabila ia senang lenang dan bnyk harta, ia sombong bongkak, lupakan Allah yg mengurniakan nikmat kpdnya. tidak menghiraukan suruhan Allah dan laranganNya, sehungga akhlak dan budi perkertinya tidak lagi berperi kemanusiaan.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    4 Replies
    4699 Views
    Last post 28 August, 2009, 11:59:50 AM
    by gurutajwid
    5 Replies
    4772 Views
    Last post 30 January, 2010, 10:25:31 PM
    by dol_bendol
    7 Replies
    3106 Views
    Last post 30 September, 2009, 10:11:04 AM
    by Sum79