Petua Mendapat Anak Kembar

*

Author Topic: Petua Mendapat Anak Kembar  (Read 74351 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummu Fatimah

  • *
  • Posts: 2160
    • View Profile
Reply #20 28 May, 2011, 07:32:59 AM
  • Publish
  • Sepupu saya baru sahaja dikurniakan anak kembar sepasang, lelaki dan perempuan. :senyum:. Memang cemburu rasanya. Rezeki masing2 kan. Rasa excited ja bila tengok baby kembar. Takpela, Allah s.w.t tahu apa yang terbaik buat kita. Bukan mudah nak mujahadah mengandung, melahirkan, menyusukan, dan membesarkan anak kembar. Sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan membebankan hambaNya dengan ujian yang tak mampu dipikul.

    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2160
      • View Profile
    Reply #21 28 May, 2011, 07:32:19 AM
  • Publish
  • Tahniah kepada semua yang telah dikurniakan anak. Tak kiralah anak lelaki, anak perempuan, mahupun anak kembar. Yang penting, kita syukur dulu, didik mereka sebaiknya. Hargai apa yang telah dikurniakan kepada kita. Alhamdulillah..

    « Last Edit: 28 May, 2011, 07:37:31 AM by Ummu Fatimah »

    maliki

    • *
    • Posts: 607
    • LAILLAHAILLAHAH-TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
      • View Profile
    Reply #22 28 May, 2011, 08:37:57 AM
  • Publish


  • yang mana satu maliki ya..ce teka ce teka

    asal time ana kecik dulu kulit ana cerah n putih je,bila dah besar jadi sawo matang pulak ..tak paham la.kuat main panas sangat kot
    Nama diberi Ahmad Maliki.ukwah fillah senyum*
    Ape yang baik itu semuannya dari Allah taala,dan ape yang buruk itu datangnya dari kelemahan ana sendiri.Maaf.

    ismahani

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Reply #23 28 May, 2011, 09:46:11 AM
  • Publish
  • Pengalaman melahirkan anak kembar satu nostalgia yg bermakna dlm hidupku... Sepanjang dlm kandungan tidak sedikitpun memberikan tanda dan tidak terfikir untuk medapatkan anak kembar hinggalah saat melahirkan barulah disedari oleh bidan yg menyambutnya bahawa terdapat seorang lagi bayi. Saat itu semua nurse dan doktor terpinga2. Ku sangkakan satu rupanya dua. Alhmdulillah.... berkat bacaan surah Yusuf dan Mariam. MOGA MEREKA MENJADI REMAJA MUSLIM YG SOLEH....

    hani muslim

    • *
    • Posts: 847
      • View Profile
    Reply #24 28 May, 2011, 10:31:01 AM
  • Publish
  •  :)
    :senyum:..saya ngan adik saya bukan anak kembar.beza setahun..tapi bila kita orang mula-mula masuk sekolah menengah dulu..pindah..semua orang kata saya dengan adik..jenuh mama saya explain yang saya dengan adik bukan kembar..:senyum:..dah namanya adik beradik..bila saya sendiri kat sekolah..semua orang tanya kat saya..mana kembar saya??:senyum:..bila adik saya pulak sendiri kat sekolah..semua dok tanya..mana kembar lagi satu..tapi bez saya kalau orang kata kembar..sebab semua orang dok kata saya yang adik.padahal den yang kakak..:senyum:..tak faham dah......:senyum:

    emm

    • *
    • Posts: 132
      • View Profile
    Reply #25 05 January, 2012, 02:59:11 PM
  • Publish
  • Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang wanita itu mendapat anak kembar.
    Antaranya ialah;-
    1. Genetik - Sekiranya ada kembar dalam keturunan, potensi untuk mendapatkan anak kembar lebih besar.
    2. Umur - 35-40 tahun, biasanya wanita yang kahwin lambat mereka ni suka jaga badan. Dan setelah berkahwin akan berusaha lebih daripada wanita yang kahwin awal. Wanita-wanita ini mungkin akan mengambil pil hormon/kesuburan dan sebagainya. Yang mana akan menuebabkan kemungkinan untuk terhasil dua ovum serentak pada proses ovulasi. Dalam proses ovulasi yang normal, satu ovari sahaja akan bekerja dalam satu masa dan cuma satu ovum yang dikeluarkan. Kalau kedua-duanya disenyawakan maka dapatlah anak kembar.
    3. Ada juga ynag kata jumlah bilangan anak- Ni orang kata je. Tak da pula bukti klinikal. Katanya kalau sebelum tu dah ada anak ramai, potensi unutk dapat anak kembar lebih besar.
    4. Diet - pengambilan makanan yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi boleh meningkatkan kesuburan. Rasa-rasa kesannya akan jadi ke no 2(di atas). Sama macam kita ambil supplement kesuburan la kan.
    5. Pil Hormon - untuk tingkatkan kesuburan (same case dengan no 2)

    Saya pun teringin anak kembar. Hmm

    emm

    • *
    • Posts: 132
      • View Profile
    Reply #26 05 January, 2012, 03:24:52 PM
  • Publish
  • Ada orang pegi buat IVF kalau nak dapat anak kembar ni. Tapi saya tak pasti hukum agama ada batas tak dalam hal ni. Jadi kena tanya2 dulu la.

    syababrashid

    • *
    • Posts: 49
      • View Profile
    Reply #27 05 January, 2012, 07:05:11 PM
  • Publish
  • Teringin juga nk anak kembar...:senyum:

    Sepupu pn ada kembar...thn lps kakak mereka lahir baby kembar...:)

    keMuNcUpp

    • *
    • Posts: 881
      • View Profile
    Reply #28 05 January, 2012, 10:03:28 PM
  • Publish
  • bestnya kalau dapat kembar 2 pasang...2 lelaki 2 perempuan...kena cari pasangan yang ada keturunan kembar ni... :ins:
    ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫ ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫
    CatcH Me If U CaN...LoVe Me If U WaNt...HaTe Me IF U DarE...Hidup ini indah jika Ukhwah Fillah Ila Jannah ++++++

    Lady Lyn

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #29 08 January, 2012, 04:48:49 PM
  • Publish
  • klu ble.. aku nak djauh2kan dpt anak kembar.. bkn xsuka.. tp aku tkut bila tgk berita pasal kembar siam melekat.. aku jd seram.. walaubagaimanapun.. 2 suma kuasa Allah.. dpt sorang anakpun aku dah kira bsyukur sngt2...

    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1379
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Reply #30 03 July, 2012, 05:47:22 PM
  • Publish
  • Ini bukanlah tips untuk dapat kembar,:senyum: tapi fakta yang perlu kita tahu tentang kembar.

    Fakta Tentang Kelahiran Kembar Yang Perlu Anda Tahu

    Siapa pun pasti akan geram melihat sepasang anak kembar yang comel dan mungil.Rasa bertuah diri dengan kurniaan itu.Melahirkan kembar memang menjadi idaman setiap pasangan, lebih lebih lagi apabila melihat pasangan lain yang mempunyai anak kembar yang cukup comel, timbul keinginan dan iri yang kuat untuk sama menikmatinya. Tapi tahukah anda memiliki anak kembar tidak semudah yang disangka dan meletakkan kandungan anda sebagai kehamilan berisiko.
     

    Berikut adalah fakta fakta yang anda perlu ketahui tentang kelahiran kembar.

    1. Kembar seiras berasal dari satu telur yang bersenyawa dengan satu sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan wajah yang serupa.

    2. Kembar tidak seiras berasal daripada telurtelur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.

    3. Pengambilan ubat kesuburan meningkatkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10 peratus risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30 peratus.

    4. Ibu hamil kembar mempunyai lebih risiko untuk melahirkan bayi pra-matang, berlaku keguguran dan kejadian bayi cacat.

    5. Bayi kembar biasanya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.

    6. Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, sama ada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca daripada masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.

    7. Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu enam hingga tujuh minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds.

    8. Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami preeklampsia, iaitu satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.

    9. Disebabkan oleh saiz uri yang lebih besar, ibu hamil kembar lebih berisiko untuk mendapat placenta previa, di mana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh memberikan pendarahan faraj semasa hamil.

    10. Ibu sering mendapat morning sickness yang berganda daripada biasa dan sakit-sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk berbanding kandungan biasa.

    11. Seseorang wanita berpeluang untuk hamil kembar lebih tinggi sekiranya mempunyai genetik kelahiran anak kembar.

    12. Wanita hamil kembar memerlukan lebih banyak pengambilan makanan berkhasiat, vitamin tambahan dan zat berbanding kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.

    13. Kenaikan berat badan berlaku lebih cepat, akibatnya ibu mudah sakit punggung, sesak nafas, rasa nyeri pada perut dan sembelit.

    14. Penambahan beban pada jantung, paru-paru dan buah pinggang mengakibatkan anda cepat berasa penat.

    15. Ibu lebih berisiko untuk menjalani kelahiran secara pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.

    16. Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan sama ada kelahiran melalui pembedahan caesarean mahupun kelahiran normal.

    17. Pastikan banyak minum air masak untuk mencegah dehidrasi.

    18. Banyakkan berehat seperti sering berbaring agar aliran darah ke plasenta meningkat dan pertumbuhan janin lebih cepat.

    19. Dapatkan sokongan positif daripada mereka yang berpengalaman mengandung, melahirkan dan membesarkan anak kembar.

    20. Gandakan bajet. Persiapkan mental anda untuk menghadapi perbelanjaan yang berganda bila si kembar lahir. Jadi, sebaik tahu anda bakal menimang anak kembar, mulalah menabung untuk keperluannya kelak.

    sumber:http://pama.karangkraf.com/bayi/20-tip-hamil-kembar-1.12218


    ~Cuba teka,kembar mana yang lagi kerap,kembar seiras(identical twins) atau tidak seiras (non-identical/fraternal twins)
    Lelaki lagi ramai kah,atau perempuan? :senyum:
    « Last Edit: 03 July, 2012, 06:33:11 PM by Nurul Nawar »

    Hj Naim

    • *
    • Posts: 714
      • View Profile
    Reply #31 03 July, 2012, 06:19:22 PM
  • Publish
  • bestnya kalau dapat kembar 2 pasang...2 lelaki 2 perempuan...kena cari pasangan yang ada keturunan kembar ni... :ins:

    Memang best jika dapat anak kembar, saya pun teringin nak ada anak kembar.

     :syukur: saya dilahirkan kembar tapi tidak seiras la.. seorang boy, seorang girl. Saya abang, dia adik. Saya lebih ikut ayah dan pak sedara. Adik saya ikut arwah mek kulit putih....

    Minta2 saya dah kawen nanti isteri dapat lahirkan anak kembar sebab saya ada baka kembar..  :ins:

    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1379
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Reply #32 03 July, 2012, 06:23:48 PM
  • Publish

  •  :syukur: saya dilahirkan kembar tapi tidak seiras la.. seorang boy, seorang girl. Saya abang, dia adik. Saya lebih ikut ayah dan pak sedara. Adik saya ikut arwah mek kulit putih....

    Minta2 saya dah kawen nanti isteri dapat lahirkan anak kembar sebab saya ada baka kembar..  :ins:

    Laaa..Haji Naim ada kembar ke.. :syukur:  Mesti protective kan kembar2 ni..:senyum:

    Kembar ni jika faktor genetik,kuat kat sebelah isteri,bukan suami, Haji.Isteri tu kena ada sejarah kembar jugakla dalam keluarganya.. :senyum:

    Tapi ada juga ibu mengandung kembar,yang takde sejarah kembar dalam keluarga pun.. :senyum: Faktor lain,ibu mengandung masa usia lewat..takdelah lewat sangat,dalam 30+++ gitu :senyum:
    « Last Edit: 03 July, 2012, 06:46:33 PM by Nurul Nawar »

    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1379
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Reply #33 03 July, 2012, 06:25:29 PM
  • Publish
  • Fakta Kelahiran Kembar Selanjutnya

    1)Mengikut kajian, kehamilan kembar berlaku sekali dalam setiap lapan puluh kehamilan. Kejadian ini biasanya berlaku secara spontan dan tiada siapa yang boleh mengawal kejadian ini. Kelahiran kembar seringkali berlaku berulang kali dalam sesebuah keluarga.

    2)Selain faktor keturunan, penggunaan ubat penyubur telah menyumbang kepada peningkatan peratus kejadian kehamilan kembar dan berganda (multiple pregnancy). Misalnya, dengan menggunakan ubat penyubur clomiphene iaitu sejenis pil yang diberi kepada wanita yang kurang subur, kadar kejadian kehamilan kembar di kalangan mereka antara empat hingga lima peratus.

    3)Dengan penggunaan ubat suntikan yang lebih kuat lagi iaitu hormon yang digelar gonadotrophin kejadian kehamilan kembar meningkat berganda lebih tinggi mungkin dalam lingkungan 20 hingga 30 peratus.

    4)Kejadian kehamilan kembar dan berganda bergantung kepada bilangan benih yang dikeluarkan oleh pihak wanita. Pada kebiasaannya seseorang wanita hanya mengeluarkan satu benih dalam satu pusingan haid. Benih ini dikeluarkan pada pertengahan pusingan haid.

    5)Apabila ovari mengeluarkan satu benih perempuan , dan disenyawakan oleh satu sperma membentuk satu zigot,kemudian embryo,yang kemudiannya akan terpisah menghasilkan dua jasad.Kembar yang terhasil begini adalah kembar seiras (identical twins).Dua jasad ini akan mempunyai uri yang berlainan atau berkongsi uri yang sama.Faktor ini ditentukan oleh masa embryo berpisah.Kembar siam berlaku apabila waktu perpisahan embro adalah lebih daripada ~13 hari.

    6)Jika dua benih perempuan dikeluarkan serentak, dan disenyawakan oleh dua sperma berlainan akan menghasilkan dua embryo yang berlainan.Dua jasad yang akan terbentuk mempunyai uri masing-masing.Kembar begini dinamakan kembar tidak seiras (non-identical/fraternal twins).

    7)Kembar seiras biasanya mempunyai jantina yang sama, sama ada kedua-duanya lelaki atau perempuan, rupa paras yang sama dan juga sifat dan perwatakan yang hampir-hampir sama.

    8)Kembar tidak seiras biasanya mempunyai jantina yang berbeza iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan manakala rupa paras, perwatakan dan sifat mereka adalah tidak sama.Mereka boleh juga mempunya jantina yang sama,kedua-duanya lelaki atau kedua-duanya perempuan.

    9)Dalam keadaan normal, satu kembar akan berlaku daripada 80 kehamilan.

    10)Kejadian kandungan kembar sedikit dipengaruhi oleh baka dan keturunan.

    11)Peluang mendapat anak kembar bagi wanita yang sedang menjalani rawatan kesuburan dan makan pil subur (clomiphene) ialah antara 5-10 peratus.

    12)Wanita yang menerima suntikan hormon subur atau menjalani rawatan bayi tabung uji, peluang dapat anak kembar ialah 20-30 peratus.

    13)Kembar seiras terjadi apabila persenyawaan satu sel telur berpecah yang biasanya berlaku pada tempoh masa 1-14 hari selepas penghamilan.

    14)Kembar seiras mempunyai genetik, kromosom dan raut fizikal yang sama tetapi bukan keseluruhannya benar-benar sama.

    15)Kembar seiras mempunyai persamaan dari segi jantina, jenis darah, warna rambut dan mata, hidung, telinga dan bentuk bibir.

    16)Kadar kelahiran kembar seiras dianggarkan pada 4/1,000 setiap kelahiran dan ia terjadi secara kebetulan.

    17)Kembar seiras sering mengisi masa bersama dan akrab di antara satu sama lain. Walaupun mereka menyukai orang lain, namun mereka tetap memilih untuk bersama dengan pasangan kembar mereka terutamanya semasa kecil.

    18)Selepas usia 9 atau 10 tahun, kembar seiras biasanya memilih untuk membentuk identiti mereka yang tersendiri.


    sumber:http://www.edaransalindah.com/main/fakta-kelahiran-kembar/
     
    « Last Edit: 12 July, 2012, 06:02:08 PM by Nurul Nawar »

    Hj Naim

    • *
    • Posts: 714
      • View Profile
    Reply #34 03 July, 2012, 06:28:25 PM
  • Publish

  •  :syukur: saya dilahirkan kembar tapi tidak seiras la.. seorang boy, seorang girl. Saya abang, dia adik. Saya lebih ikut ayah dan pak sedara. Adik saya ikut arwah mek kulit putih....

    Minta2 saya dah kawen nanti isteri dapat lahirkan anak kembar sebab saya ada baka kembar..  :ins:

    Laaa..Haji Naim ada kembar ke.. :syukur:  Mesti protective kan kembar2 ni..:senyum:

    Kembar ni jika faktor genetik,kuat kat sebelah isteri,bukan suami, Haji.Isteri tu kena ada sejarah kembar jugakla dalam keluarganya.. :senyum:

    Ya saya kembar. Adik saya dah 3 tahun kawen tak dapat anak lagi... InsyaAllah, kuasa Allah mana tau dapat anak kembar. Dulu masa pergi mekah, ada doa depan multazam supaya dapat anak kembar.. amin minta Allah makburkan doa den ni...

    Hj Naim

    • *
    • Posts: 714
      • View Profile
    Reply #35 03 July, 2012, 06:29:54 PM
  • Publish

  • Laaa..Haji Naim ada kembar ke.. :syukur:  Mesti protective kan kembar2 ni..:senyum:

    Kembar ni jika faktor genetik,kuat kat sebelah isteri,bukan suami, Haji.Isteri tu kena ada sejarah kembar jugakla dalam keluarganya.. :senyum:

    Maacam kawan sekampung saya, mereka kembar macam saya la juga... Adik perempuan dapat anak kembar, dia pula tidak dapat anak kembar...

    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1379
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Reply #36 03 July, 2012, 07:07:01 PM
  • Publish
  • Pengalaman melahirkan anak kembar satu nostalgia yg bermakna dlm hidupku... Sepanjang dlm kandungan tidak sedikitpun memberikan tanda dan tidak terfikir untuk medapatkan anak kembar hinggalah saat melahirkan barulah disedari oleh bidan yg menyambutnya bahawa terdapat seorang lagi bayi. Saat itu semua nurse dan doktor terpinga2. Ku sangkakan satu rupanya dua. Alhmdulillah.... berkat bacaan surah Yusuf dan Mariam. MOGA MEREKA MENJADI REMAJA MUSLIM YG SOLEH....

     :syukur:

    Kuasa Allah..Subhanallah..Surah Yusuf dan Mariam ye...

    Nak mengandungkan anak kembar bukan senang,beratnya,berapa belas-belas kg entah ibu kena tanggung 9 bulan tu,..:senyum: Tambah risiko ketika mengandung 'double' la daripada mengandung anak seorang.
    Nak menjaga anak perempuan seorang bukan senang..anak perempuan kan :senyum:
    Nak jaga anak lelaki yang nakal-nakal tu bukan mudah..

    Ada orang nak anak tak dapat..
    Ada orang yang entah mengapa tak nak anak..
    Ada orang yang ada anak tak menghargai anak..
    Ada orang yang nak anak lelaki tak dapat..
    Ada orang yang nak anak perempuan tak dapat-dapat..
    Kahwin lagi satu pun tak dapat anak jugak..
    Mengandung kali ke-6 pun tak dapat anak lelaki/perempuan..
    Kahwin lagi satu pun tak dapat anak lelaki/perempuan jugak..

    Bersyukur lah kita jika dikurniakan anak seorang pun..

    Orang yang tak ada anak tak rasa nikmat,
    Orang yang ada anak tak rasa rehat.


    Saya selalu terfikir2..kenapa..I wonder why..

    Semua tu kuasa Allah..Subhanallah..
    « Last Edit: 03 July, 2012, 07:11:49 PM by Nurul Nawar »

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #37 03 July, 2012, 09:44:50 PM
  • Publish
  • Semua orang ada genetik kembar,Hawa ra  melahir anak dengan suaminya Adam as, semuanya kembar, lelaki dan perempuan!!
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    Hj Naim

    • *
    • Posts: 714
      • View Profile
    Reply #38 04 July, 2012, 10:27:58 AM
  • Publish
  • Semua orang ada genetik kembar,Hawa ra  melahir anak dengan suaminya Adam as, semuanya kembar, lelaki dan perempuan!!

    Ya betul.. Nabi Adam dan Hawa, selalu dapat anak kembar lelaki perempuan... Saya pun kembar lelaki perempuan. Lelaki tunggal dalam famili dan anak bongsu..

    cheksue89

    • *
    • Posts: 284
    • SABAR Yo!
      • View Profile
    Reply #39 04 July, 2012, 11:30:09 AM
  • Publish
  • wahhhhhh~!bakal hubby saya kembar tak seiras...heee...harap-haraplah dapar sepasang anak kembar lelaki nanti.so next year nya takpaya nak beranak lagi..heeee
    'wahai hati,bersabarlah.."

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    23 Replies
    47458 Views
    Last post 10 July, 2012, 03:06:46 PM
    by Ummi Munaliza
    1 Replies
    1769 Views
    Last post 19 October, 2009, 10:42:45 AM
    by akuime
    6 Replies
    3816 Views
    Last post 20 December, 2010, 11:43:22 PM
    by amYunus