Sifat Pemaaf Bersihkan Hati, Tenangkan Jiwa

*

Author Topic: Sifat Pemaaf Bersihkan Hati, Tenangkan Jiwa  (Read 22696 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

06 July, 2007, 10:45:18 PM
  • Publish
  • Sifat Pemaaf Bersih Hati,Tenangkan Jiwa

    KETIKA manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.

    Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.

    Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).

    Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang. Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang.

    Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.

    Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud: “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).

    Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.

    Contohnya, bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak disenangi. Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal.

    Kadangkala, perasaan marah juga disebabkan persaingan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam keadaan itu, pesaing dianggap sebagai musuh yang perlu diatasi dengan apa cara sekalipun. Punca ini boleh merebak kepada fitnah, ugutan dan tindakan fizikal secara kekerasan.

    Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri.

    Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Sesuatu yang logik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

    Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Ketika itu jika diteruskan niat melakukan tindak balas atas kemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukan sehingga melakukan pembunuhan.

    Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.

    Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).

    Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’.

    Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’.

    Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat. Dengan kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah.

    Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalu memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah.

    Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk terlebih dahulu menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku?

    Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk apakah tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang untuk menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan.

    Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.

    Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya.

    Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati.

    Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah pihak yang lebih banyak berdendam. Hatinya tidak tenteram dan sentiasa ada perasaan buruk sangka. Kadangkala, yang berdendam hanya sebelah pihak. Sedangkan, sebelah pihak lagi menganggap persengketaan sebelum ini selesai.

    Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.

    Oleh: Lokman Ismail

    ~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal,  Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~

    Reply #1 01 September, 2009, 06:49:30 PM
  • Publish

  • Tahap keimanan diuji menerusi sikap pemaaf

    PERBUATAN memohon dan memberi kemaafan adalah amalan mulia. Aidilfitri digalakkan saling bermaafan antara satu sama lain. Ucapan yang paling sering kita dengar ketika sambutan Aidilfitri adalah ‘maaf zahir dan batin.’

    Adakalanya kita sukar memaafkan orang yang pernah melakukan kesilapan. Kadangkala juga kita masih terbawa-bawa dengan kesilapan yang dilakukan kepada kita pada masa lampau.

    Erti memberi kemaafan adalah apabila seseorang itu mampu untuk membalas kejahatan yang dilakukan terhadapnya atau menuntut sesuatu daripada mereka yang melakukan kesalahan itu, namun mereka tidak melakukannya, malah memaafkannya secara ikhlas.

    Nabi Yusuf as adalah anak kesayangan bagi Nabi Yaakub dan baginda dicemburui oleh saudaranya yang lain. Mereka mengkhianati Nabi Yusuf dan mencampakkan Baginda ke dalam perigi.

    Namun, Baginda diselamatkan oleh sekumpulan musafir dari Mesir lalu mereka membawanya ke sana. Untuk dipendekkan cerita, akhirnya Nabi Yusuf dilantik oleh pemerintah Mesir untuk menjadi pembesar negara bertanggungjawab menjaga perbendaharaan. Baginda kemudian ditakdirkan bertemu semula dengan saudaranya yang mengkhianatinya sebelum ini.

    Dengan kekuasaan yang ada pada tangan Baginda, tentu sekali dengan mudah Baginda mampu membalas perbuatan khianat saudara kandungnya itu. Namun, sikap pemaaf Baginda menghindarinya daripada bersikap sedemikian dan kisah ini dirakamkan di dalam al-Quran melalui ayat:

    "Mereka bertanya (dengan hairan): “Engkau ini Yusufkah? ” Dia menjawab: “Akulah Yusuf dan ini adikku (Bunyamin). Sesungguhnya Allah mengurniakan nikmat-Nya kepada kami. Sebenarnya sesiapa yang bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang berbuat kebaikan."

    Mereka berkata: “Demi Allah ! Sesungguhnya Allah melebihkan dan memuliakan engkau daripada kami (disebabkan takwa dan kesabaranmu); dan sesungguhnya kami adalah orang yang bersalah”.

    Yusuf berkata: “Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (perbuatan kamu yang terlanjur itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia juga Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani. (Yusuf

    (12) : 90-92)

    Orang yang bertakwa adalah mereka yang mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Allah mengkategorikan mereka yang pemaaf termasuk dalam golongan muttaqin (orang bertakwa). Allah mengampunkan mereka yang pemaaf serta menempatkan mereka di syurga.

    Sikap pemaaf adalah akhlak yang mulia dan dituntut syarak. Memaafkan orang adalah akhlak mulia dan tergolong dalam amalan yang amat digalakkan.

    Tentu sekali bagi mereka yang dikasihi Allah akan mudah mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

    Sesungguhnya Rasulullah adalah sebaik-baik contoh ikutan bagi seluruh umat manusia. Antara contoh keperibadian yang tinggi yang wujud dalam diri Rasulullah adalah sikap pemaaf Baginda. Ini dapat kita perhatikan dalam banyak peristiwa yang dialami Baginda melalui banyak riwayat yang sabit. Namun, memadai bagi penulis menurunkan beberapa saja hadis yang berkaitan.

    Sesungguhnya, beberapa kualiti diri yang perlu ada dalam diri masing-masing sebelum dapat menjadi seorang yang pemaaf.

    Lafaz maaf zahir dan batin pada hari lebaran ini dan lakukan dengan penuh keikhlasan dan bukan sekadar mengikut adat resam. Kita hendaklah menjadi seorang yang gemar memaafkan kesalahan orang lain kerana sifat ini adalah cermin bagi akhlak mulia dan ia dituntut syarak.

    Sikap saling memaafkan adalah ciri-ciri perlu wujud di dalam masyarakat Islam demi untuk mengukuhkan perpaduan serta persaudaraan yang kian terhakis.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim

    Reply #2 01 September, 2009, 07:35:40 PM
  • Publish
  • Memaafkan Ketika Mampu Balas Dendam

    Allah berfirman dalam Hadits Qudsi:

    Nabi Musa telah bertanya kepada ALLAH: "Ya Rabbi! Siapakah di antara hambaMu yg lebih mulia menurut pandanganMu?" ALLAH berfirman: "Ialah orang yg apabila berkuasa(menguasai musuhnya),dpt segera memaafkan".
    (HQR Kharaithi dari Abu Hurairah R.A)

    #Dalam perperangan Uhud. Nabi SAW mendapat luka pada muka dan juga patah beberapa giginya. Berkata salah seorang sahabat: "Cubalah Tuan Berdoa agar mereka celaka".Nabi Muhammad menjawab:"Aku tidak diutuskan untuk melaknat seseorang,tetapi aku diutuskan untuk mengajak kepada kebaikan dan sebagai rahmat". Lalu beliau menadah tangannya kepada ALLAH Yg Maha Mulia dan berdoa:
    "Ya ALLAH,Ampunilah kaumku kerana mereka tidak mengetahui."

    42. Asy Syuura

    40. Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik[1345] maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim.

    2. Al Baqarah

    237.pema'afan kamu itu lebih dekat kepada takwa.

    Ada tiga hal yg apabila dilakukan akan dilindungi ALLAH dalam pemeliharaanNya,ditaburi rahmatNya,dan dimasukkanNya ke dalam syurgaNya yaitu: Apabila diberi ia berterima kasih,apabila berkuasa ia suka memaafkan dan apabila marah ia menahan diri(tak jadi marah).
    (R. Hakim dan Ibnu Hibban dari Ibnu Abbas)

    Bersabda Nabi SAW. Kepada Uqbah bin Amir R.A: "Wahai Uqbah! Maukah engkau ku beritahu budi pekerti ahli dunia dan akhirat yg paling utama? Yaitu: Melakukan silaturahim(Menghubungkan kekeluargaan dengan org yg telah memutuskannya),memberi pada orang yg tidak pernah memberimu dan memaafkan org yg pernah menganiayamu)
    -Ihya Ulumuddin 111; Hal 158

    p/s: YA ALLAH,Kurniakanlah kami sifat pemaaf,pengampun dan lapang dada. YA ALLAH,Jadikanlah kami org yg dpt menahan diri dari meluapnya kemarahan dan org yg suka memaafkan yang lain.

    -Wallahualam

    *Rujukan koleksi Hadis Qudsi

    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Reply #3 11 September, 2009, 09:12:41 AM
  • Publish
  • Sifat pemaaf membersihkan hati dan menenangkan jiwa kita dari segala kekotoran dan keburukan perbuatan...

    hati yang bersih menyinarkan cahaya diwajah dan bertambah berseri dilihat kerana tiada tompokan hitam dalam hatinya...

    jiwa yang tenang mampu menilai segala-galanya...
    cintai saudaramu mendekati sunah dan suruhan
    rasulmu dan ALLAH
    cintai rasulmu mendekati mu kepada ALLAH...
    cintai ALLAH mendekati kamu dengan keredhaanNYA...

    Reply #4 11 September, 2009, 10:31:59 AM
  • Publish
  • Salam...

    Berapa kerat dari kita yg mampu menjadi seorang insan yg pemaaf? Seorang insan yg bersih dari sifat marah dan dendam?? Dan, yang menyedihkan ialah bila kita sebenarnya TIDAK MAHU, bukan tidak mampu....

    Reply #5 11 September, 2009, 02:04:06 PM
  • Publish
  • salam..
    Untuk memaafkan seseorang kadang2 agak sukar apabila ada insan yang melukakan hati kita
    tetapi dengan adanya sifat pemaaf ianya akan hilang..jangan la menyimpan dendam..
    Pupuklah semangat untuk mnjadi seorang yang pemaaf..ALLAH sayangkan hambaNYA yang bersabar..
    pecayalah hatimu akan menjadi tenang..

    Reply #6 06 November, 2010, 09:56:50 AM
  • Publish
  •  :)Di saat kau memberikan kemaafkan kepada saudaramu yang telah merobek perasaanmu,menggugat iman didadamu,menghancurkan hatimu disaat itulah kau berada ditahap yang paling tinggi didalam sejarah kehidupanmu sebagai manusia...kata kata pujangga.

       Rasulullah saw pernah bercerita kepada Anas bin Malik ra seraya tersenyum dan menangis kerana keagongan kuasa ALLAH swt.

       Ceritanya ialah tentang dua orang sahabat yang berada di padang masyar sedang bertelagah,setiap dari mereka menuntut agar dosa mereka diambil oleh sahabat yang telah menzaliminya,sedangkan pahala yang dimiliki oleh sahabat yang menzaliminya itu tidak cukup untuk menampung dosanya sendiri dan ketika itulah ALLAH swt memperlihatkan sebuah mahligai tersergam indah di dalam jannah:

             "Tidakkah kamu melihat mahligai yang tersergam indah ini?"Ujar ALLAH kepada sahabat yang sedang beertelagah di depan ALLAH untuk menuntut keadil
    an terhadap sahabatnya.

              "ya, kami nampak sebuah mahligai yang diperbuat dari emas dan dikelilingi oleh taman yang diperbuat dari perak.Milik siapakah mahligai ini ?.Pastinya untuk para nabi atau syuhada atau para sadiqin",jawab kedua sahabat tadi.

               "Mahligai indah ini untuk sesiapa sahaja asalkan mereka sanggup membayar harganya,kamu juga berpeluang memilikinya jika kamu sanggup membayar
    harganya",jelas ALLAH swt' .............BERSAMBUNG........
    « Last Edit: 06 November, 2010, 10:03:46 AM by fazilah leman »

    Reply #7 06 November, 2010, 10:36:58 AM
  • Publish
  • SAMBUNGAN ...kEMAAFAN DETIK TERINDAH...
          "Bagaimanakah kami dapat membayarnya sedangkan kami tidak mempunyai apa apapun yang kami bawa ke sini untuk membeli mahligai emas ini",kata kedua sahabat ini.
           "Kamu masih memiliki sesuatu yang sangat sangat berharga iaitu KEMAAFAN terhadap sahabat yang telah menzalimimu malahan kamu boleh membawa sekali sahabatmu ke dalam mahligai emasmu ini",ujar ALLAH swt
           Denggan perasaan yang amat gembira sahabat itu berkata "Ya ALLAH aku sanggup memaafkan apa sahaja kesalahan orang terhadapku jika ganjaran yang kudapat adalah amat besar".
           Alangkah baiknya jika semua manusia tahu perlunya sifat tolenrasi dan pemaaf terhadap sesama manusia kerana sifat pemaaf itu akan mendatangkan kebaikan kepada dirinya sendiri dan kepada orang yang dimaafkannya.
           Memaafkan kesalahan orang yang dilakukan ke atas kita bererti menolong orang itu dari beban dosanya,ganjaran dan rahmat ALLAH adalah amat besar keatas kita seperti mana sabda Rasulullah "Sesungguhnya ALLAH Taala tidak menyayangi kecuali kepada hambanya yang penyayang ,tidak mengampuunkan kecuali kepada hambanya yang pengampun dan tidak menerima taubat kecuali kepada hambanya yang pemaaf".
           Sesungguhnyan janji ALLAH itu adalah benar,oleh itu jangan tunggu lagi wahai sahabat sekalian,marilah kita memaafkan sesiapa sahaja yang telah menyakitkan hati kita kerana KEMAAFAN itu akan memberikan kecerian dan ketenangan kehidupan kedunian kita disamping mendapat ganjaran yang amat besar diakhirat.

    Reply #8 06 November, 2010, 11:31:26 AM
  • Publish
  •  :)

    Memaafkan itu seumpama membuang galas beban batu yang besar di dalam diri kita.
    Memaafkan seperti berjaya membuang racun yang merebak dalam jiwa
    Memaafkan merupakan penawar jiwa yang amat mujarab hikmahnya.
    Sesungguhnya memaafkan seseorang memang adalah Detik yang Terindah dalam dri kita.

    "Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa." (Surah an Nisa’, ayat 149)

    "Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim".(40)
    Surah Asy.Syura.

    Teringat kata seorang ustaz " Macamana nak ALLAH nak maafkan kita sedangkan kita tak nak maafkan orang"

    Semoga dapat mendidik diri menjadi seorang yang pemaaf.
    ALLAH sentiasa dekat dengan kita.

    Reply #9 07 December, 2010, 01:44:10 PM
  • Publish
  •  :)
    PEMAAFNYA RASULULLAH SAW

    Setelah diperintahkan menyebarkan islam secara terang terangan,maka Rasulullah menjalankan tugas baginda dengan penuh hikmah tetapi ditentang
    habis habisan oleh kafir Quraisy Mekah .Bagindapun menjalankan penyebaran dakwah ke perkampungan Thaif, malangnya emikiran orang orang
    di perkampungan Thaif juga sudah diracuni oleh orang kafir Quraisy menyebabkan merekapun menentang ajaran islam yang di bawa oleh Rasululla

    Kedatangan baginda Rasulullah saw bersama dengan Zaid binTsabit ke perkampungan Thaif telah disambut dengan lontaran batu dan kayu oleh
    penduduk kampung.Mereka juga mengeluarkan kata kata kesat terhadap baginda Rasulullah saw.Terjahan,balingan batu ,kayu dan sebagainya
    kena juga di badan Rasullullah saw walaupun telah di halang oleh Zaid biin Tsabit.Badan Rasululla saw luka luka sehingga mengalirkan darah.

    Baginda Rasulullah saw dan Zaid terpaksa berundur dan ketika sedang melepaskan kepenatan,datang malaikat Jibril sambil meminta izin kepada
    Rasulullah untuk menghempap pendiduk Thaif yang biadap itu dengan Bukit Safa tetapi baginda tidak membenarkan malahan baginda bersabda:'
    Biarkanlah mereka tidak tahu".Begitulah mulianya sikap Rasulullah .Biarpun disakiti,dilukai dan di hina sebegitu rupa Rasulullah masih sudi memaaffkan
    sesiapa sahaja termasuklah musuh musuh islam.Jika Rasulullah saw yang mulia ini mempunyai sifat pemaaf yang sebegini rupa mengapa tidak dengan
    kita..manusia biasa yang punya banyak kelemahan......sesungguhnya kemaafan adalah detik terindah.

    Reply #10 07 December, 2010, 02:07:19 PM
  • Publish
  •  :)

    Suatu saat Rasulullah saw. pernah bertanya kepada para sahabatnya:
    قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - : أَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى أَكْرَمِ أَخْلاَقِ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ؟ تَعْفُو عَمَّنْ ظَلَمَكَ وَتُعْطِى مَنْ حَرَمَكَ وَتَصِلُ مَنْ قَطَعَكَ
    Nabi saw bersabda : “Mahukah kalian aku tunjukkan akhlak yang paling mulia di dunia dan diakhirat? Memberi maaf orang yang menzalimimu, memberi orang yang menghalangimu dan menyambung silaturrahim orang yang memutuskanmu.” (HR. Baihaqi)

    أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
    “Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan.” (H.R. Bukhari-Muslim).

    “Mahukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan tsaum (puasa)?” Sahabat menjawab, “Tentu saja!” Rasulullah pun kemudian menjelaskan, “Engkau damaikan orang yang sedang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menyatukan berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan ukhuwah di antara mereka, (semua itu) adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan.” (H.R. Bukhari-Muslim).

    indahnya memberi maaf
    mencari redha ALLAH...jadilah insan berguna kepada orang lain

    Reply #11 31 December, 2010, 05:36:44 PM
  • Publish
  • info yang mnraik
    alhamdullila smga allah mmberi keberkatan ape yg kita kongsikan  :aamiin:

    Reply #12 31 December, 2010, 05:49:54 PM
  • Publish
  • Sifat Pemaaf Bersih Hati,Tenangkan Jiwa

    KETIKA manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.

    Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.

    Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).

    Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang. Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang.

    Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.

    Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud: “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).

    Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.

    Contohnya, bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak disenangi. Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal.

    Kadangkala, perasaan marah juga disebabkan persaingan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam keadaan itu, pesaing dianggap sebagai musuh yang perlu diatasi dengan apa cara sekalipun. Punca ini boleh merebak kepada fitnah, ugutan dan tindakan fizikal secara kekerasan.

    Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri.

    Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Sesuatu yang logik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

    Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Ketika itu jika diteruskan niat melakukan tindak balas atas kemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukan sehingga melakukan pembunuhan.

    Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.

    Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).

    Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’.

    Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’.

    Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat. Dengan kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah.

    Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalu memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah.

    Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk terlebih dahulu menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku?

    Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk apakah tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang untuk menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan.

    Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.

    Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya.

    Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati.

    Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah pihak yang lebih banyak berdendam. Hatinya tidak tenteram dan sentiasa ada perasaan buruk sangka. Kadangkala, yang berdendam hanya sebelah pihak. Sedangkan, sebelah pihak lagi menganggap persengketaan sebelum ini selesai.

    Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.

    Oleh: Lokman Ismail
    :)
    Jomlah sama2 jadi orang yang pemaaf..walaupun pahit tetapi akan dapat yang ,manis jua..pahit itu obat...hee..:-)
    Jangan menilai saya berdasarkan penulisan atau post saya!!!!!(kalau saya post pasal christianity/pluralisme bukan saya nak ajak anda join agama/fahaman itu!!!!atau saya seorang christian!!!!!TETAPI saya sedang berkongsi apa yang saya belajar!!!!!
    INGAT!!!!DAKWAH IS NOT ABOUT I AM BETTER THAN YOU!!!

    Reply #13 31 December, 2010, 06:05:02 PM
  • Publish
  • Salam...

    Berapa kerat dari kita yg mampu menjadi seorang insan yg pemaaf? Seorang insan yg bersih dari sifat marah dan dendam?? Dan, yang menyedihkan ialah bila kita sebenarnya TIDAK MAHU, bukan tidak mampu....

    Betul tu...
    kebanyakkan dari kita bukan tidak mampu memaafkan tetapi
    tidak mahu memaafkan.
    Ini mungkin disebabkan tidak dapat melupakan kesalahan itu.
    Padaku, baik dimaafkan saja sebab kita mampu memaafkan orang itu.
    tinggal hendak dengan tidak je.
    Lupakan semua kesalahan itu dan ambil iktibar.
    Sebab kita juga mungkin ada salah dengan orang lain.
    Disaat kita inginkan kemaafan dari orang lain, bagaimana kita kalau orang itu tidak ingin memaafkan kita?
    SO, maafkanlah orang supaya orang lain juga bisa memaafkan kita.

    Semoga Allah swt sentiasa memaafkan kita di atas segala kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan.
    Semoga Allah swt jadikan kita semua sebagai orang yang pemaaf.
    AMIN...

    Reply #14 04 January, 2011, 05:26:59 PM

    Yang tidak mahu jadi pemaaf sebenarnya ada perasaan ego dalam diri.
    لا إله إلا الله

    Reply #15 10 February, 2011, 08:57:07 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum..

    Kalau kita sudah memafkan tapi tak boleh nak lupakan.
    adakah itu dikira dendam?
    "Semoga keredhaan ALLAH SWT mengiringi perjalanan kita..amin"

    Reply #16 10 February, 2011, 10:57:42 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum..

    Kalau kita sudah memafkan tapi tak boleh nak lupakan.
    adakah itu dikira dendam?

    Waalaikumussalam...

    Itu maknanya tidak ikhlas memaafkan...
    ~ Begin with the End in Mind ~

    Reply #17 11 February, 2011, 12:01:42 AM
  • Publish
  • Beri maaf dan lupakan saja perbuatan dia yang tidak menyenangkan hati kita.

    Reply #18 19 June, 2011, 10:35:37 PM
  • Publish
  • Beri maaf dan lupakan saja perbuatan dia yang tidak menyenangkan hati kita.

    didik diri dengan sikap mudah memaafi..:senyum:..

    Reply #19 20 June, 2011, 10:17:57 AM
  • Publish
  • tiadanya sifat pemaaf menunjukkan ciri-ciri kesombongan dan kekikiran dalam memberi peluang untuk satu penambahbaikkan...namun apa yang lebih indah tentang kemaafan adalah, ianya akan membebaskan diri sesorang dari belenggu kegelisahan dan sakit hati, perasaan ingin membalas dendam dan benci yang tak sudah-sudah terhadap orang yang menganiayanya. Set yourself free. Maaf kan mereka.

    http://jaimejoothman.blogspot.com/2011/04/kuman-di-tengah-laut.html
    A Long Walk Home - http://jaimejoothman.blogspot.com ~ Kerugian & kemiskinan yang paling mengerikan; bahwa surga itu seluas langit & bumi; tapi kita tak beroleh sepijakpun tempat di sana~

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    0 Replies
    2185 Views
    Last post 19 February, 2008, 12:04:33 AM
    by zaitihamdan
    1 Replies
    1428 Views
    Last post 22 July, 2008, 03:17:20 PM
    by panglima_zaid
    5 Replies
    2911 Views
    Last post 26 April, 2009, 05:57:28 PM
    by assiddiq