Bersama Ustaz Azhar dan Ustaz Jahid

*

Author Topic: Bersama Ustaz Azhar dan Ustaz Jahid  (Read 8577 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14487
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
04 March, 2011, 08:34:42 AM
  • Publish
  •  :)


    Dalam  tentatif Program  HHH 4, ada slot -slot penceramah undangan seperti Profesor Dr Jahid bin Sidek matan Pensyarah di Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM)  dan Ustaz Azhar Idrus (penceramah bebas)



    Berikut ialah aturacara yang disusun di dalam program HHH 4.

    Tema program kali  ini : Persiapan Diri Menghadapi Kematian



    Aturcara Program


    Ahad 13/3/2011

    9:00 pagi :  Pendaftaran  peserta (Masjid Terapung ,Kuala Ibai)

    9: 30 pagi:  Taklimat aktiviti/program (Puteri Lagoon)


    10: 30 pagi : Tazkirah Pembukaan Majlis dan Doa
                        Tazkirah Pembukaan disampaikan oleh Ustaz alhudhie
                       Doa dibacakan oleh : Ustaz Mohd Nor Shauqi bin A. Rahman

    11:30 pagi  :  Ta’aruf Santai (Puteri Lagoon)
                           Icebreaking 

    12: 45 petang  :  Makan tengah hari

    1: 30 petang  :  Solat Zohor

    2:15 petang :   Forum Diskusi Halaqah :
                            Perubatan  "Refleksologi Islam Satu Kaedah Perubatan Islam Yang Mampu
                               Berjalan Seiringan Perubatan Cara Moden" di sampaikan oleh Dr Jahid Haji bin Sidek

    4: 40  petang : Solat Asar

    5: 00 petang : Bersama ustaz Azhar Idrus : Bekalan Ke Akhirat

    6: 00 petang : Pendaftaran masuk  ke Tempat Penginapan dan persiapan diri

    7: 00 malam : makan malam

    7:30 malam   :   ~ solat maghrib berjemaah
                              ~ kuliah maghrib /Tazkirah Dismpaikan oleh Ustaz Alhaudhie

    8:30 malam : Solat isya’ berjemaah

    9:00 malam : Ceramah 1 .   Pengenalan kepada ilmu Tasawwuf :
                                          "Kedudukan Dan Kepentingan Ilmu Tadawwuf Dalam Meningkatkan Ilmu Dan Amal"
                                            Disampaikan oleh :  Tuan Guru Prof. Dr Hj Jahid bin Hj Sidek 

    11:30 malam : Tidur


    Isnin 14/3/2011

    3:30 malam            : bangun tidur dan pengurusan diri

    4:00 malam            : Qiamulail/zikir
                                  Di pimpin oleh : Saudara Mohd Azri dan Saudara  Azman Harun

    5:45 pagi                :  ~ Solat subuh berjemaah
                                       ~ Kuliah subuh / Tazkirah disampaikan oleh ustaz Alhaudhie

    7:30 pagi                 : ~ sarapan

    8:30 pagi                 : ~ Muslimin : Gotong Royong Membersihkan Tanah Perkuburan
                                       ~  Muslimat  : Gotong royong  di Pasti Alhaudhiah


    10: 00 pagi              : ~ Perlawanan Persahabatan Futsal
                                        Team Halaqahnet lawan Xpress Perdana

                                      ~ Muslimin ~ Treasure Hunt     (Puteri Lagoon )
                                        ~Muslimat  ~ Sukaneka    (Puteri Lagoon)

    12: 30 tengah hari   : ~ makan tengah hari
                                      ~ persiapan diri

    1:30 tengah hari      :  Solat zuhur berjemaah

    2:00  petang            :   Pengurusan Jenazah

    4: 00 petang             :   Penyampaian cenderahati

    5: 00 petang             :    Bersurai


    p/s : aturcara masih boleh berubah mengikut kesesuaian masa dan keadaan.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 04 March, 2011, 08:40:12 AM
  • Publish
  • PROFIL TUAN GURU DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK AL-KHALIDI

    [float=left][/float]Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi dilahirkan pada 11 Februari, 1940 di Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Darjah Khas Sekolah Agama Kerajaan Johor (1957). Kemudian beliau meneruskan pengajian ke Sekolah Arab Kluang Johor dan Kolej Islam Klang. Pada Tahun 1972 beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera daripada Universiti Malaya. Seterusnya beliau memperoleh Ijazah Sarjana MA dalam bidang Usul Fekah (1975) dan Ijazah Kedoktoran Ph.D daripada Universiti yang sama (1992) dalam bidang Usuluddin (Tasawwuf).

    Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Guru Agama Sekolah antara tahun 1964 – 1969 dan pernah pula dilantik sebagai Guru Penolong Kanan selepas mendapat ijazah pertama. Pada awal tahun 1974 beliau dilantik menjadi Pensyarah di Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya dan telah dilantik menjadi Profesor Madya tahun 1992 dan beliau telah bersara pada akhir tahun 1995, sebagai Pensyarah di Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) Kuala Lumpur.

    Beliau telah bergiat aktif dalam masyarakat sebagai pemimpin Islam setempat dengan usaha membangunkan hal ehwal agama Islam seperti surau, masjid dan sekolah agama. Beliau telah dilantik sebagai Nazir Masjid Nurul Yaqin Kg Melayu Sri Kundang 1988 – 2006 dan Pengerusi Sekolah Rendah Agama 1988. Usaha dan kegigihan beliau dalam pengislahan masyarakat direalisasikan apabila dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) yang telah mengembangkan sayap bergerak di seluruh Malaysia dengan sokongan ahli persatuan yang aktif dalam pelbagai aktiviti berbentuk dakwah, pendidikan dan kemasyarakatan.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 04 March, 2011, 08:42:05 AM
  • Publish
  • Guru di Bidang tasawwuf

    Minatnya tentang tarekat dan tasawwuf yang cukup mendalam hingga mendorongnya untuk mengkaji, mempelajari dan mengamalkan tiga tarekat, iaitu Ahmadiyyah, Qadiriyyah dan Naqsyabandiyyah yang berpengaruh dan mempunyai murid yang ramai di seluruh dunia.

    Beliau mengambil bai'ah Tariqah Naqshabandiah Khalidiah dan bersuluk di bawah pimpinan al-marhum Tuan Guru Imam Hj Ishaq bin Muhammad 'Arif al-Jawi (Silsilah 36) dan merupakan salah seorang KHALIFAH dan PENGGANTI kepada al-marhum Tuan Guru Imam Hj Ishaq bin Muhammad 'Arif al-Jawi, Surau Ihya' al-Qulub, Jeram Bangkin, Dong, Raub, Pahang Darul Makmur.

    Beliau telah mendapat keizinan menjalankan apa-apa kerja tarekat dan suluk melalui wasiat lisan al-marhum Tuan Guru Imam Hj Ishaq bin Muhammad 'Arif al-Jawi yang disaksikan beberapa orang khalifah lain tahun 1991 dan diwasiatkan juga menjaga Surau Suluk milik al-marhum tuan gurunya iaitu Madrasah Babul Khayrat, Jalan Suka, Kg Melayu Majidee, Johor Bahru, Johor Darul Takzim. (Keterangan Lengkap boleh didapati daripada Kitab yang akan diterbitkan akhir Awal Januari, 2010 nanti, iaitu "al-Ajwibah al-Mardhiah Li Raddi 'Ala Fitnah al-Lisaniah"- Jawapan Luhur Terhadap Fitnah Lidah Terlanjur)

    Shaikh Dr Hj Jahid bin Hj Sidek satu-satunya khalifah dan pengganti al-marhum tuan guru Imam Hj Ishaq bin Muhammad 'Arif al-Jawi yang mendapat gelaran "AL-KHALIDI" melalui Syair 14 rangkap hasil karya al-marhum tuan guru sendiri sempena penerbitan buku terjemahan "Tanwirul Qulub" Karangan Shaikh Muhammad Amin al-Kurdi yang diterjemahkan oleh Shaikh Dr Hj Jahid yang diberikan tajuk "Dhia'ul Iman Fi Tariqi Ar-Rahman".

    Shaikh Dr Hj Jahid bin Hj Sidek juga sentiasa diperintahkan oleh al-marhum Tuan Guru Imam Hj Ishaq bin Muhammad 'Arif al-Jawi memberikan ceramah dan kuliah di merata-rata tempat sewaktu hayat al-marhum.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 04 March, 2011, 08:44:06 AM
  • Publish
  • Program -program yang dijalankan


    Sebagai Shaikh dalam Tariqah Naqsyabandiyyah Khalidiyyah kini beliau memimpin amalan Khalwah/Uzlah/bersuluk (sebanyak 37 kali) sehingga kini di 2 buah Surau Suluk Madrasah Babul-Khayrat, Jalan Suka, Kampung Melayu Majidi, Johor Bahru dan di Madrasah Madinatul Ilmi di Jalan Pekan-Kuantan, Kuantan, Pahang, dan memimpin majlis dzikrullah@tawajjuh di beberapa tempat di seluruh Malaysia, Sebahagian lokasinya seperti berikut:

       1.      Rumah Tuan Guru, Kg Melayu Sri Kundang, Rawang, Selangor Darul Ehsan (Jumaat)
       2.      Surau Suluk - Madrasah Babul Khayrat, Jalan Suka, Kg Melayu Majidee, Johor Bahru,  (Sabtu)
       3.      Surau Suluk - Madrasah Madinatul Ilmi di Jalan Pekan-Kuantan, Pahang Darul Makmur (Ahad)
       4.      Zawiyah Naqshabandiah, Kg Aur, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman (Sabtu)
       5.      Madrasah Ustaz Suhaimi, Dungun, Terengganu Darul Iman (Sabtu)
       6.      Rumah Hj Abdul Aziz, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman (Sabtu)
       7.      Rumah al-marhum Hj Osman, Kg Sg Kayu Ara, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan (Ahad)
       8.      Rumah Hj Rahman, Wilayah Persekutuan Putrajaya (Selasa)
       9.      Rumah Hj Ikhwan, Masjid Sg Chincin, Gombak, Selangor Darul Ehsan (Rabu)


    Dengan kefahaman, kepakaran dan pengamalan berhubung hal ehwal tarekat dan tasawwuf, beliau telah diberikan kepercayaan dan diamanahkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan sebagai Ahli Majlis Tariqah-Tariqah Sufiyah (Jalsah Turuq Sufiyah) di bawah Enakmen Tarekat Tasawwuf Negeri Sembilan pada Mac 2007. Yang antara lainnya bertujuan menasihati, memantau dan mengembalikan kedudukan dan perjalanan Tarekat dan Tasawwuf mengikut Al-Quran dan Sunnah.

    Dalam bidang Rawatan @ Perubatan Secara Islam beliau telah berpengalaman selama 20 tahun dengan memperkenalkan kaedah rawatan menggunakan KAEDAH REFLEKSOLOGI ISLAM (menggunakan ketukan ranting pokok nona dan asas-asasnya yang tersusun), dzikrullah dan doa kepada pelbagai penyakit yang dialami pesakit. Kesungguhan beliau dalam membantu masyarakat terbukti dengan penubuhan Pusat Rawatan Islam MANARAH di Lorong Beringin, Kuang, Selangor Darul Ehsan. (Buku Kaedah Refleksologi Islam sedang dalam karangan dan penyusunan dan akan diterbitkan insyallah tahun 2010)

    Penubuhan Pusat Perlindungan Dan Rawatan ISTANA BUDI yang ditubuhkan pada 23hb Julai, 2009 (Khamis) dan disiapkan pertengahan bulan Ogos 2009 telah dicetuskan ilhamnya oleh Tuan Guru Dr Hj Jahid bin Hj Sidek. Ia bertujuan melindungi, merawat dan memelihara aqidah pesakit-pesakit HIV Islam yang dipindahkan daripada Pusat Perlindungan HIV di Gereja, Batu Arang.

    Dengan pengalaman yang diperolehi, beliau juga sebagai tempat rujukan orang ramai kerana ditemui pelbagai lapisan masyarakat bagi nasihat, tunjuk ajar serta bimbingan dalam pelbagai masalah yang dihadapi. Kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang Perubatan Secara Islam telah dimanfaatkan dengan menulis artikel, kertas kerja, dakwah dan membimbing orang ramai melalui media masa, seminar, ceramah dan kursus yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.

    Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ialah Berpawang dan Bersahabat dengan Jin daripada Perspektif Islam, Tokoh-tokoh dan Peristiwa Penting Sejarah Islam, Strategi Menjawab Sejarah Islam, Dhiaul Iman Fi Thariq ar-Rahman (Terjemahan Kitab), Shaikh dalam Ilmu Tariqah, Kedudukan Qiyas Dalam Perundangan Islam, Membentuk Jiwa Sufi dan lain-lain. Beliau telah membentangkan lebih 50 kertas kerja untuk pelbagai seminar di peringkat antarabangsa, kebangsaan dan lain-lain, mengarang artikel ilmiah bagi ruangan akhbar “Perubatan Alternatif” dan lain-lain majalah.

    Beliau dalam proses menyiapkan beberapa buah kitab ilmiah, antaranya "al-Ajwibah al-Mardhiah Li Raddi 'Ala Fitnah al-Lisaniah" (Jawapan Luhur Terhadap Fitnah Lidah Terlanjur) dan Kaedah Rawatan Refleksologi Islam - Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi.

    Beliau sering diundang ke majlis-majlis Forum, Ceramah Umum, kuliah Subuh, Maghrib dan Kuliah Tengahari sehingga hampir setiap hari beliau memberikan kuliah/ceramah agama di Pejabat-pejabat kerajaan, swasta, masjid atau surau di seluruh Malaysia.

    Biodata Asal : http://naqshabandiyyah.blogspot.com/2009/10/profil-tuan-guru-dr-hj-jahid-bin-hj.html

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #4 04 March, 2011, 09:01:05 AM
  • Publish
  • USTAZ AZHAR IDRUS


    Biodata Ustaz Azhar Idrus.

        * Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
        * Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
        * Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
        * Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
        * Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.

    Koleksi ceramah dan kuliyah

        * Batal Wudhu
        * Hal Perkuburan
        * Kencing Berdiri
        * Cemburu
        * Derhaka Pada Ibu
        * Sembahyang Dan Aurat
        * Isu Semasa Gelong Bilal 07 Mac 2010
        * Kungfu Mabuk
        * Masjid Ar Ridhuan
        * Masjid Fatimah Zahra
        * Islam Lakonan
        * Imam Kafir
        * Kasino Lawan Masjid
        * Baiki Agama
        * Tauhid Sifat
        * Kun Fayakun
        * Haji Sukma
        * Hidup Seribu Tahun
        * Kakap Merah
        * Senang Tapi Susah
        * Kenal Malaikat

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #5 04 March, 2011, 09:10:22 AM
  • Publish

  • Dipersilakan halaqian datang beramai-ramai
    untuk menyaji diri dengan santapan ilmu dan ukhuwwah.

    Pak_Long

    • *
    • Posts: 665
    • Redha MU YA ALLAH ku harapkan.. AMIN
      • View Profile
    Reply #6 04 March, 2011, 02:33:27 PM
  • Publish
  • USTAZ AZHAR IDRUS


    Biodata Ustaz Azhar Idrus.

        * Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
        * Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
        * Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
        * Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
        * Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.

    Koleksi ceramah dan kuliyah

        * Batal Wudhu
        * Hal Perkuburan
        * Kencing Berdiri
        * Cemburu
        * Derhaka Pada Ibu
        * Sembahyang Dan Aurat
        * Isu Semasa Gelong Bilal 07 Mac 2010
        * Kungfu Mabuk
        * Masjid Ar Ridhuan
        * Masjid Fatimah Zahra
        * Islam Lakonan
        * Imam Kafir
        * Kasino Lawan Masjid
        * Baiki Agama
        * Tauhid Sifat
        * Kun Fayakun
        * Haji Sukma
        * Hidup Seribu Tahun
        * Kakap Merah
        * Senang Tapi Susah
        * Kenal Malaikat


    Alhamdulillah, tercapai jugak hajat nak jumpa ustaz Azhar Idrus. Insyaallah. Terima kasih admin.. baguss
    Sesiapa yang dikalangan kamu yang melihat kemungkaran,maka ubahlah dengan tangannya,jika dia tidak mampu,maka ubahlah dengan lidahnya dan jika dia tidak mampu (walau hanya dengan lidah) maka ubahlah dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah Iman. Muslim

    rahmanw

    • *
    • Posts: 1151
      • View Profile
    Reply #7 04 March, 2011, 03:20:18 PM
  • Publish

  • 5: 00 petang : Bersama ustaz Azhar Idrus : Bekalan Ke Akhirat


    betul ke ni ummi?ummi tak gurau kan?den tak mimpi kan?
    Allah...kalau den tak dapat pi...kompon den nangis...
    dah lama nak dengar kuliah dan jumpa ustaz azhar...
    Ya Allah...permudahkanlah urusanku..Amin Ya Rabb...

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #8 04 March, 2011, 03:24:12 PM
  • Publish
  • 5: 00 petang : Bersama ustaz Azhar Idrus : Bekalan Ke Akhirat
    betul ke ni ummi?ummi tak gurau kan?den tak mimpi kan?
    Allah...kalau den tak dapat pi...kompon den nangis...
    dah lama nak dengar kuliah dan jumpa ustaz azhar...
    Ya Allah...permudahkanlah urusanku..Amin Ya Rabb...



    InsyaAllah slot bersama dengan Ustaz Azhar memang ada,ustaz alhaudhie sedang usahakan,cuma masanya seperti dibawah ini...

    p/s : aturcara masih boleh berubah mengikut kesesuaian masa dan keadaan.

    Pak_Long

    • *
    • Posts: 665
    • Redha MU YA ALLAH ku harapkan.. AMIN
      • View Profile
    Reply #9 04 March, 2011, 03:25:47 PM
  • Publish

  • 5: 00 petang : Bersama ustaz Azhar Idrus : Bekalan Ke Akhirat


    betul ke ni ummi?ummi tak gurau kan?den tak mimpi kan?
    Allah...kalau den tak dapat pi...kompon den nangis...
    dah lama nak dengar kuliah dan jumpa ustaz azhar...
    Ya Allah...permudahkanlah urusanku..Amin Ya Rabb...


    Sama lah manw, insyaAllah. Kita sama2 doakan ya...

    rahmanw

    • *
    • Posts: 1151
      • View Profile
    Reply #10 04 March, 2011, 03:31:16 PM
  • Publish
  • 5: 00 petang : Bersama ustaz Azhar Idrus : Bekalan Ke Akhirat
    betul ke ni ummi?ummi tak gurau kan?den tak mimpi kan?
    Allah...kalau den tak dapat pi...kompon den nangis...
    dah lama nak dengar kuliah dan jumpa ustaz azhar...
    Ya Allah...permudahkanlah urusanku..Amin Ya Rabb...



    InsyaAllah slot bersama dengan Ustaz Azhar memang ada,ustaz alhaudhie sedang usahakan,cuma masanya seperti dibawah ini...

    p/s : aturcara masih boleh berubah mengikut kesesuaian masa dan keadaan.

    rumah ustaz azhar dekat ngan maahad tak ummi?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #11 04 March, 2011, 03:36:02 PM
  • Publish
  • Ya Allah...permudahkanlah urusanku..Amin Ya Rabb...
    Rumah ustaz azhar dekat dengan maahad tak ummi?


    Tunggu ustaz alhaudhie  yang jawap.

    keju

    • *
    • Posts: 959
      • View Profile
    Reply #12 04 March, 2011, 03:41:53 PM
  • Publish
  • bertemu dengan ustat2 belako....

    sapa pulok nak jadik ustazahhhh = buat muslimah

    Pak_Long

    • *
    • Posts: 665
    • Redha MU YA ALLAH ku harapkan.. AMIN
      • View Profile
    Reply #13 04 March, 2011, 03:43:20 PM
  • Publish
  • bertemu dengan ustat2 belako....

    sapa pulok nak jadik ustazahhhh = buat muslimah


    ustazah keju lah... baguss

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #14 04 March, 2011, 03:46:40 PM
  • Publish
  • bertemu dengan ustat2 belako....

    sapa pulok nak jadik ustazahhhh = buat muslimah

    Keju,datang atau tidak?

    keju

    • *
    • Posts: 959
      • View Profile
    Reply #15 04 March, 2011, 03:47:17 PM
  • Publish
  • Pak Long nih buat lawak la pulokkk

    orang tanya betoi nihhhhh

    mana tau ada ustazah tuk temani kaum Hawa

    keju

    • *
    • Posts: 959
      • View Profile
    Reply #16 04 March, 2011, 03:49:45 PM
  • Publish
  • bertemu dengan ustat2 belako....

    sapa pulok nak jadik ustazahhhh = buat muslimah

    Keju,datang atau tidak?

    ummi nak suruh keju lagu mana?

    mai atau tak mai ?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #17 04 March, 2011, 03:56:32 PM
  • Publish
  • Keju,datang atau tidak?
    ummi nak suruh keju lagu mana?
    mai atau tak mai ?

    Bukan suruh keju berlagu...
    Cuma tanya keju Hadir gathering atau Tidak Hadir

    P/s:  Hajat hati  nak sangat berkenalan dan jumpa keju.

    keju

    • *
    • Posts: 959
      • View Profile
    Reply #18 04 March, 2011, 03:58:40 PM
  • Publish
  • Keju,datang atau tidak?
    ummi nak suruh keju lagu mana?
    mai atau tak mai ?

    Bukan suruh keju berlagu...
    Cuma tanya keju Hadir gathering atau Tidak Hadir

    P/s:  Hajat hati  nak sangat berkenalan dan jumpa keju.


    pelok cium ummi = com pipi kiri kanan

    ifahuzir

    • *
    • Posts: 523
      • View Profile
    Reply #19 04 March, 2011, 04:43:07 PM
  • Publish
  • Rumah Hj Rahman, Wilayah Persekutuan Putrajaya (Selasa)

    baper aribulan? presint baper? nak g nih... jam berapa?

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    29 Replies
    5219 Views
    Last post 15 May, 2009, 10:52:05 PM
    by IbnuNafis
    1 Replies
    1194 Views
    Last post 11 July, 2009, 11:13:05 PM
    by sas5593
    2 Replies
    3742 Views
    Last post 30 December, 2012, 09:57:22 PM
    by sonidoter89