Syeikh Dr Yusuf Al-Qorodhowi

*

Author Topic: Syeikh Dr Yusuf Al-Qorodhowi  (Read 5343 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

syidaspongebob

  • *
  • Posts: 1358
  • maaf zahir batin
    • View Profile
02 March, 2011, 10:14:19 PM
  • Publish
  • Bismillah...

    Assalamualaikum wbt...
    Selawat dan salam buat junjungan nabi Muhammad s.a.w....

    [float=left][/float]Dr Yusuf al-Qardhawi seorang tokoh ulama yang terkenal dalam abad ini. Beliau merupakan seorang pemikir, sarjana dan intelek komtemporori yang tidak asing lagi di dunia Islam.

    Beliau dilahirkan di desa Shafat al-Turab, Mahallah al-Kubra Negeri Gharbiah, Mesir pada 9 September 1926 bersamaan 1344H.Nama penuhnya ialah Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf. Al-Qaradhawi merupakan nama kelurganya. Nama ini diambil dari sebuah daerah yang bernama al-qardhah. Dan dinisbahkan kepada keturunannya. Di kampungnya ini terletaknya makam sahabat nabi yang meninggal di Mesir iaitu Abdullah bin Harith bin Juz al-Zubaidi. Di kampung inilah beliau tinggal sehingga wafat pada tahun 86H. Sehingga kini makamnya sangat dimuliakan dan para penduduk kampung amat berbangga dengannya.Perkara ini telah dinyatakan oleh pengkaji sejarah seperti Ibn Hajar ketika menceritakan kisah sahabat ini.

    Al-Qaradhawi menyebutkan bahawa beliau berasal dari keluarga yang kuat beragama dan bapanya bekerja sebagai petani dan keluarga sebelah ibunya bekerja sebagai peniaga. Beliau menjadi yatim ketika berusia 2 tahun setelah ayahnya meninggal dunia. Kemudian beliau dipelihara oleh bapa saudaranya bernama Ahmad. Bapa saudaranyalah yang menjadi bapa dan sepupu-seppunya sebagai saudara-saudara beliau. Beliau telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan mendapat keistimewaan daripada keluarga. Malah kata Yusuf sendiri: “ itulah gantian daripada takdir yang menjadikan saya yatim ketika berusia masih terlalu awal.”

    Ketika berusia 5 tahun, Yusuf telah dihantar ke kuttab di kampungnya untuk menghafaz al-Quran. Apabila usianya menjangkau 7 tahun, beliau memasuki sekolah rendah (madrasah Ilzamiyyah) yang diuruskan oleh Kementerian Pendidikan. Di sekolah ini, beliau belajar matematik, sejarah, kesihatan dan lain-lain. Yusuf sejak kecil lagi mendapat pendidikan secara formal melalui sekolah kerajaan di sebelah pagi dan pendidikan agama (al-Kuttab) di sebelah petang.

    Yusuf menyebutkan : “ sebelum usia saya mencapai 10 tahun, saya telah dikurniakan oleh Allah dengan dapat menamatkan hafalan al-Quran sepenuhnya bersama pelajaran hukum-hukum tawjid.Saya masih tidak lupa ketika mereka mengadakan perayaan khatam al-Quran untuk saya seperti kebiasaan yang dilakukan oleh al-Kuttab. Mereka memberi minum dan kuih muih. Saya membaca akhir surah-surah al-Quran dari surah al-Dhuha sehingga surah al-Nass. Ketika saya menbaca akhir setiap surah mereka menyambutnya dengn ucapan takbir dan tahmid. Pelajar bertakbir bersama saya. Begitulah kebiasaan perayaan yang dilakukan pada setiap pelajar di kuttab.”.

    Di kampungnya tersebut mempunyai 4 buah Kuttab di mana wujud persaingan yang sihat bagi penghafal al-Quran di kalangan penuntutnya.Sejak kecil lagi, al-Qaradhawi bercita-cita untuk belajar di al-Azhar dan menjadi salah seorang daripada ulamaknya. Pada pandangan beliau, al-Azhar merupakan menara ilmu . Beliau juga terpengaruh dengan ulamak al-Azhar di kampungnya seperti Syeikh Ahmad Muhammad Saqar, Syeikh Ahmad Abdullah, Syeikh Ahmad Battah dan Syeikh Abdul Mutalib Battah.

    Sejak kecil lagi beliau telah menunjukkan ciri-ciri ulamak. Bakatnya terserlah apabila sering dipanggil untuk menjadi imam dan syarahan agama di Masjid kampungnya. Beliau menyebutkan bahawa semenjak hari itu ( hari khatam al-Quran) penduduk kampung terutama Syeikh Yusuf telah meminta kepada saya untuk menjadi imam apabila bersolat terutam solat jahriah kerana kurniaan Tuhan kepada saya yang dapat membaca al-Quran dengan baik.Ini merupakan penghormatan yang terlalu awal, menyebabkan saya tidak mempunyai peluang bermain sebagaimana yang dinikmati oleh rakan sebaya.

    Kehidupan seorang yang agung bermula sejak kecil lagi. Sausana rumah, keluarga dan masyarakat memberi saham yang besar dalam membentuk jiwa seseorang.Yusuf telah didewasakan dalam suasana keislaman yang kuat dan mantap. Bukan sahaja keluarga bapa saudaranya tetapi penduduk kampungnya yang telah mengambil berat dan memberi penghargaan kepada kanak-kanak yang menghafal al-Quran.

    Agama merupakan faktor utama yang sangat mempengaruhi kehidupan penduduk shafat al-Turab. Agama adalah penunjuk arah bagi pemikiran serta sumber utama dalam membentuk budaya mereka dan memberi pengaruh utama dalam kegiatan harian mereka. Perkara ini dapat diketahui melalui kegiatan penduduk di situ yang sentiasa mengimarahkan masjid-masjid terutama dalam bulan Ramadhan, sambutan hari kebesaram Islam seperti perayaan sambuatan Maulid nabi dan Israk mikraj.

    Di samping itu, penduduk kampung amat peka terhadap pengajian al-Quran kepada kanak-kanak. Terdapat empat kuttab dalam kampung tersebut iaitu kuttab Syeikh Dasuqi, Kuttab Syeikh Nuruddin, Kuttab Syeikh Hamid Abu Zuwail dan Kuttab Syeikh Yamani Murad. Al-Qaradhawi belajar di kuttab Syeikh Hamid Abu Zuwail. Al-Qaradhawi juga telah menghafal kitab al- Tuhfat yang berisi hukum-hukum tajwid. Sejak itu juga, beliau menjadi imam solat dan penduduk kampung amat menyukai bacaanya ketika bersembahyang. Mereka selalu menyuruh beliau menjadi imam terutama solat Subuh dan sejak itu mereka mengelarkannya sebagai ‘syeikh Yusuf’ . Pada masa itu, umurnya berusia 10 tahun.

    Apabila tamat madrasah Ilzamiyyah, beliau melanjutkan pelajaran ke Maahad Rendah Tanta (madrasah ibtida’ittah) selama 4 tahun dan di Maahad Menengah (madrasah thanawiyya) selama lima tahun.Maahad ini terletak dibawah penguasaan al-Azhar.Menurut al-Qaradhawi, pada mulanya bapa saudaranya enggan menghantar beliau ke sekolah maahad al-Azhar kerana ia memakan masa yang lama apatah lagi banyak graduannya menganggur ketika itu. Bapa saudaranya inginkan beliau menamatkan pelajaran dan cepat mendapat pekerjaan atau menjadi peniaga yang berjaya. Tetapi takdir Allah yang menentukan apabila ada seorang syeikh yang datang melawat kampung shafat al-Turab dan menyarankan kepada bapa saudara bahawa wajib beliau menghantar saya ke al-Azhar.

    Saat itulah yang merubah kehidupan al-Qaradhawi dan menjadi salah seorang pelajar di Maahad Agama Tanta dengan memakai pakaian rasmi al-al-Azhar iaitu jubah dan serban merah.

    Semasa di Maahad Tanta, al-Qaradhawi mulai banyak membaca buku. Ia tidak hanya membatasi diri untuk membaca buku-buku silibus sahaja, tetapi buku-buku yang lain untuk meluaskan ufuk pemikiran dan menghilangkan kehausan terhadap ilmu pengetahuan. Untuk itu, al-Qaradhawi mendapatkan buku-buku tersebut melalui perpustakaan Dar al-Kutub Tanta atau menyewanya dari perpustakaan Fak al-azmah. Pada masa ini, bacaan al-Qaradhawi lebih tertumpu kepada dunia kesusasteran Arab dengan membaca buku-buku karya al-Manfaluti, Mustafa al-Sadiq al-Rafa’i Taha Husain, Abbas Aqqad dan Ahmad Amin. Di Maahad Agama Tanta, al-Qaradhawi belajar dengan al-Bahi al-Khuli, Syeikh Mahmud al-Diftar dan Syeikh Mutawalli Sya’rawi.

    Semasa beliau belajar di Maahad Agama Tanta peringat rendah, ibunya telah meninggal dunia. Ketika itu beliau berusia 15 tahun. Setelah tamat Maahad Tanta, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar.

    Pada tahun 1952/1953, beliau berjaya menyelesaikan kuliah di Fakulti Usuluddin. Beliau tamat dengan menjadi pelajar terbaik dari 180 orang mahasiswa. Yusuf kemudiannya mengambil pengkhususan di fakulti Bahasa Arab selama dua tahun. Beliau memperolehi ijazah sarjana dan diploma pendidikan dengan pangkat pertama daripada 500 orang mahasiswa. Pada tahun 1957, beliau menyambung pelajaran ke Akademi Kajian Bahasa Arab Tinggi yang dikelolakan oleh Liga Arab sehingga memperolehi diploma Bahasa Arab dan Sastera.Dalam waktu yang sama, Yusuf mendaftar calon ijazah tinggi di Fakulti Usuluddin dalam bidang tafsir dan hadith sehingga menamatkan pengajian pada tahun 1960. Kemudian, beliau menyiapkan diri untuk mendapatkan untuk mendapatkan Ph.D dalam fiqh al-Zakat yang diwajibkan untuk diselesaikan dalam masa dua tahun. Oleh kerana keadaan politik Mesir cukup gawat ketika itu, beliau terpaksa menanguhkan pengajiannya selama 13 tahun. Akhirnya pada tahun 1973, beliau berhasil memperolehi ijazah Ph.d. Tesis tersebut mendapat pujian dan menjadi kebanggaan kebanyakan ulamak termasuk Mawdudi dan Muhammad Mubarak.

    Peribadi yang mempengaruhi al-Qaradawi

    Menurut Yusuf al-Qaradhawi bahawa peribadi yang banyak memberi kesan kepada kehidupannya sama ada dalam pemikiran dan spiritual ialah Hassan al-Banna, pengasas gerakan Ikhwan Muslimun. Semasa itu, Hassan al-Banna di Kaherah dan al-qaradawi masih lagi menuntut di Tanta. Walaupun begitu, beliau telah mendengar ucapan al-Banna di Tanta beberapa kali dan membaca tulisannya. Yusuf menyifatkan al-Banna sebagai pendakwah yang agung dn mepunyai keperibadian yang sederhana sama ada dalam penulisan atu percakapan. Yusuf menceritakn bahawa beliau mendengar ceramah al-Banna semasa menuntut di mahaad Agama peringkat rendah sempena sambutan Hijrah. Maka didapati ucapannya begitu mudah sehingga saya boleh menghafaznya pada hari itu.Beliau mempunyai ilmu yang luas. Dalam majalah al-Shahab, al-Banna menulis mengenai tafsir, akidah, mustalah hadith, sejarah Islam dan system-sistem kemasyaratan. Tulisan-tulisan itu ditulis dengan baik dan asli.

    Antara kesan al-Banna kepada jiwanya itu, beliau menulis buku al-Tarbiah al-Islamiyyah wa madrasah Hassan al-Banna. Al-Qaradhawi juga membawa contoh-contoh mujahid besar ini dalam banyak tulisan-ulisannya terutama dalam bidang dakwah. Dalam buku fiqh al-Awwalawiyyat, Yusuf membawa contoh keutamaan dakwah yang dilakukan oleh al-Banna. Sejak muda lagi, al-Qardhawi didedahkan dengan tokoh-tokoh islah dan mujadid Islam yang besar sama ada melalui hubungan secara individu tersebut atau melalui bacaan tulisan-tulisan tokoh tersebut. Secara kesimpulannya, kita dapati orang yang ingin menjadi tokoh besar kemudian hari, kehidupannya bermula sejak muda lagi. Al-Qaradhawi telah mengenali tokoh-tokoh besar Islam sejak dalam usia yang terlalu muda.


    Sumber artikel : http://alyaqiin10.blogspot.com/2012/05/biodata-dr-yusof-al-qaradawi.html
    "Ukhwah fillah takkan musnah..lautan erat takkan mungkin patah..Bertemu, berpisah..hanya KENANGAN SEMATA..Redho Allah, Kita cari..Moga2 kita kan diRahmati..Dengan niat yang suci,bertemu kembali di negeri Abadi.. Salam kemaafan."

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #1 02 March, 2011, 10:26:32 PM
  • Publish
  • pada saya dia bukan semua tahu, walau dia tersohor pada abad ini
    tetapi sifat ilmuan biasalah nak jawab semua persoalan

    contohnya, cerita Matrix, juga terpaksa ada alim ulamak masuk menafsir

    dalam hal buat anak dalam islam ialah kerja dua orang, yakni suami isteri, itupun hendaklah minta di jauhi syaitan
    betapalah di benarkan, guna tabung uji, menyalahi perlakuan sunnah

    tetapi terpulanglah kalian hendak ikut idak fatwa tersebut
    jika mahu cara sunnah, kerja intimate suami isteri, kami boleh bantu dengan ilmu

    Ilmu hilang dengan kematian ulamak

    ada orang yang tahu, tetapi tak mahu tersohor, lalu tak di kenal, uhuk

    tak apalah lah kan, dunia ana yg empunya kata p ramli

    subhanallah, kita hanya boleh berdoa agar, alim ulamak berani, mencari dan mahu terus bertanya

    sepatutnya jika benar alim ulamak, patut boleh tanya Allah

    ada cara tahajud malam malam
    ada cara munajat sendirian

    semuga kita semua di jauhkan dari terpedaya syaitan

    subhanallah

    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Reply #2 29 December, 2012, 07:25:32 AM
  • Publish
  • Biodata

    Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi (Bahasa Arab: يوسف عبدالله القرضاوي‎) adalah seorang cendekiawan Islam dari Mesir yang terkenal. Beliau merupakan ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (European Council for Fatwa and Research) dan presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (International Association of Muslims Scholars).

    Beliau adalah Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia dan dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009 Malaysia.


    Pendidikan


    Syeikh al-Qaradawi dilahirkan di Mesir pada tahun 1926. Beliau mengaji al-Quran ketika beliau berusia kurang 10 tahun. Beliau menyertai Institusi al-Azhar pada peringkatan sekolah rendah dan menengah. Kemudian, beliau memasuki Fakulti Teologi dan memperolehi Sijil 'Aliyya (bersamaan dengan ijazah BA sekarang ini) pada sekitar tahun 1952-53. Beliau juga memperolehi Ijazah Pengajaran daripada Fakulti Bahasa Arab pada tahun 1954.

    Pada tahun 1960, beliau memperolehi Kajian Saringan Tinggi yang bersamaan dengan ijazah MA daripada Bahagian Sains al-Quran dan Hadis di Fakulti Teologi. Pada tahun 1973, beliau memperolehi ijazah PhD dengan hujahnya mengenai Az-Zakah fi Hal al-Mushlikat al-Ijtima'iyya (Zakat dan Pengaruhnya dalam Penyelesaian Masalah Sosial).


    Kerjaya

    Beliau menjawat jawatan sebagai seorang khatib, guru dan penulis di al-Awqaf dan al-Azhar. Beliau telah menerbitkan lebih 100 buah buku yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan Islam, kesusasteraan dan puisi. Antaranya bukunya yang terkenal ialah Halal dan Haram di dalam Islam dan Keutamaan Gerakan Islam pada Fasa Akan Datang.

    Banyak ilmuwan menyifatkan beliau sebagai seorang mujtahid pada Era Moden. Beliau aktif dalam bidang dakwah dan Gerakan Islam untuk tempoh lebih daripada separuh abad. Yusuf sangat terpengaruh dengan pemikiran Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Dalam kebanyakan tulisannya, beliau sering mengambil pendapat tiga tokoh ini.



    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Reply #3 29 December, 2012, 07:36:49 AM
  • Publish
  • Sheikh Yusof Al-Qaradawi : Syiah ancaman umat Islam!

    Ulama terkenal Ikhwanul Muslimin, Sheikh Yusof Al-Qaradawi baru-baru ini memberi amaran kepada umat Islam seluruh dunia tentang ancaman gerakan Syiah yang sedang menyerang Ahli Sunnah Wal Jamaah. Menurut beliau risiko pengembangan Syiah, sebagai satu ancaman merbahaya kepada identiti negara-negara Sunni, di mana Iran sedang mengeksport revolusi negara itu ke negara-negara Islam seluruh dunia bagi menghapuskan masyarakat Sunni.

    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Reply #4 29 December, 2012, 07:56:42 AM
  • Publish
  • "SAYA MENJANGKAU USIA 87 TAHUN, BEBERAPA HARI LAGI SAYA AKAN 'PERGI'....": SYEIKH  YUSUF AL-QARDHAWI

    Khutbah Syeikh Yusuf Qardhawi hari ini merupakan yang terakhir bagi tahun 2012 dan kedua dalam tempoh dua bulan. Kementerian Wakaf Mesir telah mengkhususkan mimbar Masjid Al-Azhar kepada beliau setiap bulan bagi menyampaikan ilmu yang telah didahagakan oleh sekalian umat Islam khasnya di Mesir yang disekat menyebarkan dakwah lebih 30 tahun lalu.

    Sekalipun Syeikh Qardhawi menjangkau usia hampir 90 tahun tetapi kelantangan dan kepetahannya berhujah seperti usia di awal 30-an dan ditambah ingatannya yang kuat membuatkan setiap kalimah yang dilontarkan dinanti-nantikan oleh pendengar.

    Agak malang, jumlah mereka yang hadir di Masjid Al-Azhar hari ini berkurangan berbanding Jumaat pertama beliau menyampaikan khutbah sebulan lalu.

    Khutbah Syiekh Qardhawi hari ini berkisar kepada dua topik utama; khutbah pertama menyeru kesatuan ummat khasnya di Mesir selepas Revolusi 25 Januari dan khutbah kedua berkaitan konflik di Syria.

    Dalam khutbah pertama, beliau menyeru kepada seluruh rakyat Mesir untuk bersatu sepertimana yang dilakukan mereka di -no comment- bagi menumbangkan rejim Mubarak. "Saya melihat sendiri bagaimana seorang Kristian tolong mencurahkan air untuk saudara Islamnya untuk berwudhuk di -no comment-."

    Apa yang menyentuh perasaan para pendengar ialah apabila beliau berkata, "Saya telah menjangkau usia 87 tahun, beberapa hari lagi saya akan pergi (meninggalkan dunia ini), akan tetapi saya menyeru kepada rakyat Mesir dan umat Islam untuk bersatu.."

    Berkaitan konflik di Syria, beliau penuh yakin bantuan Allah kepada rakyat Syria terlalu hampir. Beliau turut mengecam Russia dan Iran yang terus-terang bersekongkol dengan rejim Basyar yang membunuh kanak-kanak, wanita dan orang tua tanpa belas kasihan.



    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Reply #5 29 December, 2012, 08:53:29 AM
  • Publish
  • Amat tertarik dengan catatan Dr Zaharuddin tentang akhlak Sheikh Dr Yusuf Qardhawi ketika beliau bertemu di Qatar beberapa tahun lalu.

    Saya sedar, sangat ramai yang menyanjung Sheikh dan usaha-usaha ilmu dan dakwahnya yang jauh tersebar di seantero dunia, ini pastinya menyebabkan kecemburuan ramai lalu cuba mencari kesalahan Sheikh atau apa-apa sahaja yang boleh ditakwilkan sehingga menjadi salah untuk dijadikan buah pukulan dan penghinaan.

    Soalan-soalan ini ada diajukan kepada Sheikh khususnya di hari terakhir, iaitu hari yang dibenarkan bertanya apa sahaja kepada Sheikh.

    Ada peserta yang bertanya, apakah rutin harian Sheikh.

    Ada yang bertanya bagaimana pengalaman beliau sewaktu dipenjarakan dahulu. Ketika menceritakan kisah ini, Sheikh mengalirkan air mata.

    Ada yang bertanya sama ada Sheikh pernah bermimpi Rasulullah.

    ada yang bertanya perihal kutukan sebahagian ulama terhadapnya.

    Ada juga peserta yang hadir mempertikaikan beberapa fatwa Sheikh yang dikatakan mungkin kurang tepat.

    Semua soalan dijawab oleh Sheikh dengan tenang lagi insaf (tidak emosi). Terasa benar, seperti beliau seorang bapa yang amat pengasih, guru yang penyayang, mursyid yang amat menenangkan.

    Sepanjang program berlangsung juga, para peserta kelihatan tidak puas-puas mencuri masa untuk bergambar dengan Sheikh, sama ada sedang berjalan, duduk atau berdiri, tidak kurang juga yang mencium dahi Sheikh. Bukan setakat dahi ada juga yang mencium pipi Sheikh. Macam-macam ragam sehingga sehingga adakalanya tersenyum lucu melihat gelagat anak murid dan peserta yang ingin bergambar dengannya.


    Hasil dari pertemuan ini, saya dapat simpulkan ketinggian akhlak Sheikh Al-Qaradawi dan begitu meresap ke jiwa keikhlasannya. Dalam penyampaian ilmunya kepada kami sepanjang program ini, adakalanya Sheikh sebak, terhenti kalam khususnya apabila menyebut perihal Rasulullah dan perjuangannya. Sheikh juga sebak digelar 'Imam' oleh anak muridnya, sehingga adakalanya beliau larang peserta memanggilnya sebagai Imam sewaktu mengajukan soalan,

    "Aku masih anak murid seperti kamu, dan aku ingin juga belajar dari kamu sekarang" Kata Sheikh Qaradawi.

    Tidak saya dapat gambarkan hinanya jiwa yang tanpa usul periksa dan mengenepikan sangka baik, mendahulukan sangka buruk lalu menghentam Sheikh sebagai munafiq, penyokong Yahudi dan sebagainya.

    Saya sedar lagi faham, tiada manusia yang maksum selain baginda Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wasallam. Saya sendiri ada tidak cenderung kepada beberapa fatwa Sheikh Al-Qaradawi, namun itu tidak sesekali memberi saya lesen untuk mengutuk beliau dan mendahulukan sangka buruk.

    Sheikh Qaradawi kerap mengajar kami agar sabar dan teruskan menelaah ilmu yang terlalu luas seta jangan sesekali mendabik dada merasakan kebenaran itu pasti di sisi kita.

    Begitu sedikit coretan yang sempat dikongsikan bersama, sebagai perkongsian kegembiraan hadir di dalam majlis ilmu seorang pendakwah dan ilmuan tersohor di dunia, bekalan untuk ke alam akhirat.

    Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat Malaysia di Qatar, khususnya Saudara Megat dan semua yang membantu serta menumpangkan saya bila perlu dan juga memberikan sponsor. Moga sumbangan kalian menambah keberatan timbangan amal kita semua di akhirat kelak.

     

    Zaharuddin Abd Rahman

    http://www.zaharuddin.net
    19 Oktober 2011

    ansarul_haqq

    • *
    • Posts: 260
    • ::sollua'lan NabI Mustafa::
      • View Profile
    Reply #6 29 December, 2012, 03:21:36 PM
  • Publish
  • syukran atas perkongsian perjalanan hidup tokoh besar ini.......

    saya turut rasa terkilan atas sesetengah orang yang terus menghentam dan menggutuk beliau..sememangnya tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa fatwa beliau yang kurang tepat...tapi itu bukan lah alasan bagi kita untuk mengutuk ulama ini..dengan bidang ilmunya yang luas,,pengingtirafan ulama trhadapnya serta semangat berjuang nya hinggakan beliau pernah beberapa kali dibuang dari negei mesir cukuplah rasnya bagi kita untuk menghormati beliau..
    lihat saja cara ulama dalam menghormati pandangan orang lain walaupun tidak sependapat dengan mereka..tidak sama pendapat bukanlah alasan untuk mengkritik peribadi seseorang itu..
    Contohnya cerita yang pernah kita dengari ketika mana imam  as-syafie pergi bersembahyang di sebuah masjid imam abu hanifah..lalu anak murid imam abu hanifah menolak imam syafie untuk menjadi imam sewaktu sembahyang subuh..semasa bersemahyang,beliau tidak membaca qunut walhal bagi mahab beliau qunut subuh merupakan sunat..melihat hal yang sedemikian para anak murid menyoal imam syafie sesudah solat "wahai imam,mengapakah engkau tidak melaksanakan qunut subuh padahal engkau sebelum ini melaziminya sebelum ini."jawap imam syafie.."sebab aku tidak melakukan hal ini disebabkan aku menghormati tempat ulama ini.."sepertimana yang kita maklumi,mazhab imam abu hanifah hanyalah mewajibkan qunut ketika witir sahaja..
    wallahua'lam...
    اللهم أرنا الحق حقا وأرزقنا اتباعه
    وأرنا الباطل باطلا وأرزقنا اجتنابه

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #7 29 December, 2012, 03:34:26 PM
  • Publish
  • begitulah ya, dia bukan Maksum

    ihya ulumuddin pun kena kutuk, apatah lagi yang terkemudian darinya

    Imam Imam Mazhab pun juga kena macam macam
    malahan lebih teruk, kena jailed, kena siksa, kena tahan sebab tak di beri berucap dan menyampaikan kebenaran

    adatlah jika buat salah, patutnya bila tak tahu eloklah mengaku tak tahu
    tapi nafsulah, egolah, kunundah di kienal sebagai berilmu, tu yang beri fatwa silap

    silap beri fatwa, sebab tu dulu dulu ada timbul, pintu ijtihad di tutup

    kitalah kata apalah ulamak tutup pintu ijtihad

    tu ujud ulamak terkemudian berani ijtihad, jika dia salahpun, satu pahala dapat

    tapi tak patutlah kita ikuti kesilapannya

    sebab tu ijtihad ni jika tak ada konsensus jamaah tak boleh terima pakai

    tetapi apabila jamaah alim ulamak tu lagi tak berilmu daripada yang jadi ketua, pakat turut sajalah

    subhanallah

    jika tak sampai kebenaran padamu, kamu ikut sajalah fatwa mereka

    apabila kamu tahu ia tersilap, kamu tak boleh ikut ya, itu menyalahi pengetahuan yang Allah berikan kamu

    silakan ya

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 622
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Reply #8 30 December, 2012, 10:05:40 PM
  • Publish
  •  
     :)

    Siapa Dr.Yusof Al-Qaradhawi oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

    Dr Yusof Al-Qardhawi
    Jangan menilai saya berdasarkan penulisan atau post saya!!!!!(kalau saya post pasal christianity/pluralisme bukan saya nak ajak anda join agama/fahaman itu!!!!atau saya seorang christian!!!!!TETAPI saya sedang berkongsi apa yang saya belajar!!!!!
    INGAT!!!!DAKWAH IS NOT ABOUT I AM BETTER THAN YOU!!!

    KuliyyahToDeath

    • *
    • Posts: 158
    • hablumminALLAH wa hablumminanNAS
      • View Profile
    Reply #9 31 December, 2012, 01:00:59 AM
  • Publish
  • Ohh, UFB.



    Ustaz Fathul Bari: Kritikan Terhadap Dr Yusuf Al-Qaradawi
    *-Sayangi ISLAM, kembali ke negeriku-*

    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Reply #10 31 December, 2012, 09:23:17 AM
  • Publish
  • Layakkah ilmu baru setongkol jagung mengkritik ulamak besar ?

    Setuju dengan Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman, siapa pun kita, layakkah mengritik seorang ulamak yang tidak sependapat dengan kita.

    Kena baca sejarah, kenapa  Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi tinggal di Qatar. Bukankah geng ustaz ni juga ada kata, kena hijrah bila ditindas dan dianiya.

    Kena baca dan tahu kenapa  Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi terpaksa meninggalkan Mesir. Sama seperti Pemimpin Kanan Hamas, Khaleed Marsyal yang tinggal dalam buangan selama puluhan tahun. Adakah mereka hidup senang lenang di luar sana dan tidak ikut berjuang di tanah air sendiri.

    Kena lihatlah kemaslahatan dan kemudaratan keadaan mengapa seseorang itu perlu berada di luar tanah air sendiri. tak boleh la kata depa meninggalkan perjuangan.

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #11 31 December, 2012, 09:29:50 AM
  • Publish
  • Layaklah menyatakan kebenaran, dari Allah, walaupun terhadap pemimpin yang berkuasa

    sepatutnya, orang alim, mengetahui dan berani untuk berkata ' maaf, saya belum tahu, inshallah lain kali saya jawab'

    EGO manusia nak menunjuk, masakan berani untuk mengaku tidak tahu, subhanallah

    sekiranya tak punya pengetahuan, ikutlah ya

    bila mengetahui, sepatutnya hanya ikut kebenaran

    namun secara praktikal hidup, apabila bersekongkol dalam sesuatu badan, payahlah nak tunduk kepada kebenaran dari Allaah

    silakan ya, cuba bandingkan diri kita sudahlah
    layak idak

    sila dapatkan ilmu yang benar, semoga ikhlas, Allah membantu dirimu, inshallah

    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Reply #12 31 December, 2012, 09:37:58 AM
  • Publish
  • namun secara praktikal hidup, apabila bersekongkol dalam sesuatu badan, payahlah nak tunduk kepada kebenaran dari Allaah


    Apakah takut untuk menyatakan kebenaran apabila sudah berada di dalam sesuatu badan? Maka kerana telah duduk dalam sana kebenaran tu dimanipulasi ikut kehendak badan tersebut?

    Jadilah kamu 'orang yang dibeli' dan menjual agama kerana dunia. Inilah yang dikatakan dalam hadith Rasullulah, demikian tegas baginda Nabi s.a.w.

    Sahabat Nabi bernama Abdullah Ibn Mas'ud r.a berkata :-

      لايزال الناس بخير ما أخذوا العلم عن أكابرهم، وعن أمنائهم وعلمائهم، فإذا أخذوه عن صغارهم وشرارهم هلكوا

    Ertinya : Sentiasalah manusia berada dalam keadaan baik selagimana mereka mengambil ilmu dari orang berpengalaman (berusia), mereka yang amanah dan para ulama mereka, dan dikala mereka mengambil ilmu dari mereka yang kurang pengalaman (muda remaja) dan yang jahat, nescaya mereka akan mula hancur" ( Jami' Bayan al-‘Ilm wa Fadhlih ; 1/616 )



    Umar Al-Khattab berkata :

      قد علمت متى صلاح الناس ، ومنى فسادهم : إذا جاء الفقه من قبل الصغير ، استعصى عليه الكبير ، وإذا جاء الفقه من الكبير تابعه الصغير فاهتديا

    Ertinya : "Telah aku tahu bilakah manusia menjadi baik dan menjadi buruk. Apabila datang kefahaman hukum Fiqh dari orang muda, nescaya mereka akan sentiasa bercanggah dengan orang tua, namun apabila kebijaksanaan fiqh itu datang dari orang tua, yang muda akan mengikutinya dan sama-sama mendapat hidayah." (Jami' Bayan al-‘Ilm wa Fadhlih ; Ibn Abi Al-Barr)



    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #13 31 December, 2012, 11:29:24 AM
  • Publish
  • Praktikal bila masuk dalam PERBADANAN - akan menjadikan diri DIAM

    1. matlamat menghalalkan CARA
    2. Rosak sedikit lebih baik dari Rosak lebih besar


    atas sebab itulah, ada ulamak fatwakan

    "Partisan bukan sunnah - berparti parti itu bukan sunnah"

    cubalah telusuri sirah dan sunnah, dapatlah hendaknya melihat, kenapakah ada saranan agar tidak berparti parti

    sedangkan bila kita menerima berparti parti kita akan MASUK lah menjadi orang yang, sedemikian

    silakan ya

    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Reply #14 31 December, 2012, 10:20:29 PM
  • Publish
  • AL-AHRAM HINA SYEIKH QARDHAWI: KESATUAN ULAMAK DESAK MINTA MAAF

    Kesatuan Ulamak Islam Sedunia mendesak Ketua Pengarang Akhbar "Al-Ahram", sebuah akhbar arus perdana Mesir untuk meminta maaf kepada ulamak terkenal, Syeikh Dr.Yusuf Qardhawi.

    Ketua Pengarang akhbar tersebut, Abdul Naser Salamah pada keluaran Sabtu, 29 Disember lepas menulis artikel bertajuk "Sekarang bagi Barad'ie dan Qardhawi membisu" telah menyamakan 'perjuangan' pemimpin Barisan Penyelamat Mesir, Dr.Mohammad El-Barad'ie menggulingkan Mursi dan perlembagaan dengan perjuangan Syeikh Qardhawi menggulingkan rejim Mubarak.

    Penulis juga mengecam himpunan menyokong perjuangan rakyat Syria yang diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Al-Azhar sebagai menyokong perjuangan 'mazhab' yang merujuk revolusi di Syria didukungi penganut Islam Sunni sahaja, bukan kebangkitan rakyat. Penulis turut menyifatkan tindakan Syeikh Qardhawi sebagai 'mencampuri urusan negara orang lain'.

    Hari ini, Kesatuan Ulamak Islam Seduia mengeluarkan kenyataan mengutuk artikel tersebut yang ditulis oleh ketua pengarang sendiri dalam akhbar rasmi negara sebagai 'buruk adab kepada seorang ulamak yang banyak berjasa untuk ummah dan diakui oleh masyarakat antarabangsa tentang keberanian dan keilmuannya'.

    Kenyataan bersama tersebut turut ditandatangani oleh Ulamak Al-Azhar, Kementerian Wakaf Mesir, Kesatuan Pendakwah Mesir, Jam'iyyah Syar'iyyah, Bahagian Syariah bagi Hak dan Perubahan, Jawatankuasa Islam Wanita dan Kanak-kanak Sedunia.



    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Reply #15 31 December, 2012, 10:24:50 PM
  • Publish

  • Lihat, Kesatuan Ulamak Islam Sedunia pun mengiktiraf, Syeikh Dr Yusof Qardhawi sebagai seorang ulamak yang banyak berjasa untuk ummah dan diakui oleh masyarakat antarabangsa tentang keberanian dan keilmuannya'.

    Tetapi ada 'ulamak' yang baru setahun pokok jagung lantang mengkritik kewibawaan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi . Mana keilmuan dan adap yang dituntut selama ini?

    Ustaz Fathul Bari: Kritikan Terhadap Dr Yusuf Al-Qaradawi

    KuliyyahToDeath

    • *
    • Posts: 158
    • hablumminALLAH wa hablumminanNAS
      • View Profile
    Reply #16 03 January, 2013, 06:45:11 PM
  • Publish
  • Saya sokong apa yang ditulis oleh Air Mata Kasih..

    Janganlah nak mengelarkan diri itu Ulama' semata-mata untuk berdiskusi dengan parti di sebelah sana.
    Wujudnya Ulama Muda UMNO ini setelah PRU 2008. Kenapa tidak sebelum ini? Kenapa setelah tsunami politik 2008?

    Berbalik pada topik, Adab apabila semakin Alim' akan lebih merendahkan diri. tetapi, berlaku sebaliknya, lantang membidas ULAMA BESAR DUNIA yang DIIKTIRAF. Masakan jadi begini?
    Bukan sahaja Dr Yusuf Al-Qaradawi dibidasnya, Imam As-Syafie ( dalam Zikir Imam As-Syafie ) juga dibidasnya. apakah ?

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #17 03 January, 2013, 07:39:34 PM
  • Publish
  • Adat lah sebagai manusia
    suka ikut dan sokong apa yang dia suka
    maklumlah Darjat Ilmu masing masing, sekadar itulah kepercayaan dan sokongan

    sekiranya diri menjadi orang yang tahu, dan mengenal kesilapan, apakah kena ikut, turut juga
    maklumlah, seluruh jamaah telah mengikut, dan akur kepadanya

    subhanallah

    tak mahu SESAT silakan mengaji al quran dan sunnah
    carilah orang yang tahu, yang senantiasa Ingat Allah

    subhanallah ya

    teruskan pengajian kamu, sampai kamu mengetahui, dapat memiliki, maka kesenangan itu pada mu ya

    inshallah


    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2086
      • View Profile
    Reply #18 07 November, 2013, 07:47:57 AM
  • Publish
  • Antara Buku Terbaru Syeikh Doktor Yusof Al-Qaradhowi

    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    0 Replies
    1183 Views
    Last post 04 June, 2007, 11:05:30 AM
    by alfaqir_illallah
    1 Replies
    1251 Views
    Last post 08 October, 2009, 12:20:07 AM
    by pedang baru 9
    4 Replies
    2152 Views
    Last post 13 March, 2011, 10:15:41 PM
    by akmalshirou