Niat Solat

*

Author Topic: Niat Solat  (Read 23963 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

ahmad_siddiqui

  • *
  • Posts: 525
  • "Aku menyembuhkan jiwaku kerana perbuatannya."
    • View Profile
06 July, 2007, 03:56:45 PM
  • Publish

  • Sekitar Niat Solat

    Bersama: DR. AMRAN KASIMIN

    SOALAN: Pernah menjadi satu perbincangan hangat antara teman-teman selepas tamat membaca Yasin pada malam Jumaat mengenai suruhan Nabi apabila seseorang itu hendak sembahyang di mana dia hendaklah menghadap kiblat dan bertakbir. Keterangan ini membuktikan bahawa seseorang yang hendak sembahyang, ia tidak perlu niat.

    Seperkara lain, saya sering berhadapan dengan masalah ketika berniat, di mana niat itu sukar sekali hendak dilakukan serentak dengan sebutan ``Allahuakhbar'', ketika takbiratulihram.

    - Kassim, Pekan, Pahang

    Jawapan:


    Persoalan yang saudara kemukakan ada kaitan dengan sebuah hadis yang bermaksud: Apabila engkau mendirikan sembahyang, maka hendaklah engkau menyempurnakan wuduk, kemudian menghadap kiblat dan bertakbir.

    Memang benar zahir hadis ini tidak menyebut secara khusus agar seseorang itu berniat dalam hati ketika memulakan sembahyang. Tetapi hadis ini juga tidak boleh dijadikan hujah membolehkan bahawa niat itu tidak perlu atau tidak wajib. Dalam hadis ini disebut jelas bahawa orang yang sembahyang hendaklah menghadap kiblat, tetapi ketika musafir baginda Rasulullah s.a.w. pernah bersembahyang sunat di atas kenderaannya menghadap ke mana-mana arah yang dituju oleh kenderaannya sama ada ke timur atau ke barat berdasarkan firman Allah seperti yang tersebut dalam surah al-Baqarah: 115 yang bermaksud: Di mana sahaja kamu menghadap, maka di sanalah wajah Allah. Apabila hendak melakukan sembahyang fardu, Baginda turun dari kenderaannya dan sembahyang dalam keadaan menghadap kiblat.

    Kalaulah alasan sembahyang Rasulullah itu semata-mata berdasarkan kepada hadis di atas, tentunya Rasulullah tidak akan melakukan sembahyang sunat menurut hala arah kenderaan. Hadis di atas adalah umum, merangkumi sembahyang sunat dan wajib. Kerana itu persoalan tentang wajibnya niat itu perlu merujuk kepada alasan-alasan dari sumber yang lain.

    Niat, dari segi bahasa bererti kasad, tujuan dan nazar. Menurut istilah syarak, niat bererti sengaja melakukan sesuatu yang disertakan dengan perbuatan. Kalau ia merujuk kepada sembahyang, niat hendaklah dilakukan pada permulaan sembahyang, iaitu ketika membaca lafaz ``Allahuakbar''.

    Niat membezakan sama ada perlakuan yang dilakukan oleh seseorang itu menjadi adat/kebiasaan semata-mata ataupun ibadah. Orang yang duduk di masjid kerana berehat berbeza dengan orang yang beriktikaf. Niat dalam sembahyang adalah rukun. Bererti sembahyang tidak sah tanpa niat.

    Ada tiga perkara penting yang perlu terkandung dalam niat iaitu kasad, taarud dan takyin. Kasad bererti sengaja melakukan sembahyang. Taarud ialah kenyataan tentang sifat sembahyang, sama ada fardu atau sunat. Manakala takyin pula ialah ketentuan sembahyang seperti sembahyang zuhur, aidilfitri, tarawih dan sebagainya. Perkara-perkara lain yang sunat disebut ialah tentang rakaat, tunai atau qada juga sebutan tentang kerana Allah Taala.

    Dalam masyarakat Melayu, persoalan lain yang sering timbul ialah tentang sebutan ``usalli'', yang juga disebut sebagai ``talaffuz bi `n-niyyat'', iaitu sebutan niat dengan lisan. Seperti yang diketahui, lafaz ini bukan niat kerana niat itu terletak pada hati, bukan di lidah. Bacaan ``usalli ini juga disebut sebelum takbir sedangkan niat sembahyang itu dibaca atau dihadirkan dalam hati ketika membaca takbir. Kerana itu memang tidak memadai andainya seseorang itu bersembahyang hanya dengan menyebut ``usalli'' (hingga akhirnya sebagai lazim) semata-mata tanpa disertai dengan niat dalam hati.

    Menurut Imam An-Nawawi, hukum membaca ``usalli'' yang dibaca sebelum membaca Allahuakbar itu adalah sunat. Dilakukan demikian bertujuan agar lidah dapat membantu hati, untuk menjauhkan diri daripada timbulnya rasa waswas yang sering menganggu orang yang berniat. Demikianlah juga seperti yang dijelaskan oleh Syeikh Zainuddin dalam Fathul Muin dalam bab Sifat Sembahyang, Syeikh al-Islam al-Ansari dalam Fathul Wahab, Imam Khatib Sarbini dalam kitab Mughnil Muhtaj juga lain-lain imam Mazhab As-Shafie.

    Yang dimaksudkan dengan waswas itu ialah keraguan yang dirasai oleh seseorang, sama ada seseorang itu telah sempurna berniat atau belum, menyebabkannya mungkin berniat berkali-kali ketika memulakan sembahyang. Namun demikian sekiranya bacaan ``usalli'' yang dibaca itu boleh menyebabkan waswas, menyebabkan rasa ragu, sama ada niatnya telah sempurna atau belum, maka ia boleh meninggalkan bacaan ``usalli'' (hingga akhir) kerana bacaan tersebut adalah sunat hukumnya, tidak berdosa kalau meninggalkannya dalam sembahyang tetap sah tanpanya. Demikian menurut pendapat mazhab As-Shafie.

    Menurut sebuah hadis daripada Umar Ibn al-Khatab r.a. ia berkata: Aku telah mendengar Rasulullah berkata: Bahawasanya seluruh ibadah itu adalah dengan niat dan apa yang diperolehnya hanya yang diniatkan.

    Hadis sahih ini menjelaskan bahawa semua amalan itu mesti disertakan dengan niat. Hadis ini adalah hadis perintah (amr), bukan khabar semata-mata. Mengenai sembahyang, ia mesti mempunyai niat iaitu yang disebut dalam hati, yang mengandungi kasad, taarud dan takyin. Tanpa niat amalan seseorang itu akan menjadi amalan biasa (adat) semata-mata, tidak diperkira sebagai ibadah. Merujuk kepada sembahyang, tanpa niat sembahyang tidak sah.

    Allah s.w.t memerintahkan manusia itu agar beribadah. Perintah itu disebut sebagai amr (suruhan). Semua suruhan. Di antara ibadah yang melibatkan penyembahan Allah ialah sembahyang lima waktu. Kerana itu sembahyang itu adalah wajib hukumnya. Sembahyang (ibadah) itu hendaklah dilakukan semata-mata kerana Allah iaitu dalam keadaan ikhlas. Hal demikian membuktikan bahawa niat itu wajib dilakukan pada ibadah sembahyang. Dalam surah al-Bayyinah: 5 terdapat firman Allah yang bermaksud: Dan tidaklah mereka semua (manusia) itu diperintahkan kecuali untuk beribadah kepada Allah dalam keadaan ikhlas dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus. Lurus di sini bermaksud jauh daripada syirik dan kesesatan.

    Dalil lain membuktikan tentang wajibnya niat ialah ijmak ulama iaitu kata sepakat daripada imam-imam mujtahid yang hidup dalam satu zaman, dan tidak seorang pun daripada mereka yang membantah tentang wajibnya niat.

    Apabila membicarakan tentang niat, persoalan yang timbul ialah ketika bila niat itu mesti dilafazkan. Kalau berniat sembahyang, adakah perlu dibaca/dihadirkan niat itu dalam hati serentak ketika lidah menyebut lafaz ``Allahuakbar'' atau adakah ia boleh dibaca terkemudian daripadanya. Seperti orang yang sedang hendak sembahyang maghrib adakah lafaz niat dalam hati itu (iaitu: Sahaja aku sembahyang fardu maghrib dua rakaat tunai kerana Allah Taala) mesti disertakan ketika lidah sedang melafazkan perkataan ``Allahuakbar''?

    Niat sembahyang hendaklah dibaca serentak dengan permulaan ibadah. Tidak terdahulu atau terkemudian. Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Anak kunci sembahyang itu ialah bersuci dan pengharamnya ialah takbir, manakala penghalalnya ialah salam.

    Hadis ini bermaksud bahawa sembahyang mesti dilakukan dalam keadaan suci iaitu berwuduk. Apabila seseorang itu telah bertakbir, haram baginya melakukan sesuatu yang sebelumnya halal. Dan apabila telah salam, maka perkara yang haram dilakukan ketika sembahyang menjadi halal iaitu boleh dilakukan semula.

    Jelasnya sembahyang itu bermula dengan sebutan ``Allahuakbar'' ketika itulah niat perlu dilafazkan, iaitu dihadirkan dalam hati. Penyertaan niat, yang juga disebut sebagai ``muqaranah atau serentak itu ada dua jenis, muqaranah haqiqiyah iaitu serentak betul di mana permulaan niat itu dimulakan ketika lidah menyebut lafaz ``Allahuakbar'' dan berakhir pada perkataan ``bar''(pada akbar), juga muqaranah urfiyah iaitu tidak serentah betul itu asalkan niat itu pada keseluruhannya terlintas hadir dalam hati ketika membaca ``Allahuakbar''.

    Adalah diakui bahawa sebutan ``muqaranah haqiqiah'' itu sukar dilakukan kerana itu sebutan atau menghadirkan niat dengan muqaranah urfiyah adalah memadai.

    Perlu dijelaskan bahawa masalah niat yang disebut dalam hati seperti yang dijelaskan ini adalah merupakan masalah kepada sesetengah orang menyebabkannya mengulangi perbuatan niat yang akhirnya menjadi seumpama satu beban. Selain daripada menghilangkan rasa khusyuk, ia juga mengganggu makmum lain yang ada di sebelahnya sering berlaku, orang yang bermasalah ketika berniat ia juga menghadapi masalah ketika membaca Al-Fatihah iaitu pada huruf-huruf kesamaran.

    Orang yang seperti ini juga adakalanya didatangi oleh pelbagai ingatan yang berlaku di luar sembahyang, yang baru berlaku atau yang telah lama berlaku, tetapi begitu menarik ketika berada di pejabat, di perjalanan atau memikiri bagaimana hendak mendapat wang bagi memenuhi keperluan anak-anak dan sebagainya.

    Apabila penghayatan seseorang itu berlaku pada peristiwa-peristiwa di luar sembahyang, maka tumpuan terhadap Allah akan terhakis. Pemikiran seseorang tidak boleh tertumpu kepada Allah dan hal-hal keduniaan serentak ketika sembahyang. Bagi mereka yang berhadapan dengan masalah seperti ini sekiranya syarat wajib dan rukun dapat dipenuhi, maka sahlah sembahyang, namun oleh kerana ia tidak berupaya melakukan sembahyang dengan khusyuk, maka sembahyang yang dilakukan tidak akan memberi kesan pada diri, untuk membentuk manusia yang terhindar daripada kejahatan dan kemungkaran.

    Petikan: Utusan Online
    "Aku hanyalah insan biasa yang menyatakan sesuatu hari ini, mungkin esok ku ubah kembali, dan mungkin lusa ku ubah lagi.." -Imam Abu Hanifah.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 31 August, 2009, 09:13:13 AM
  • Publish

  • SOLAT (NIAT)

    Apakah hukum niat?

    Niat adalah wajib. Tidak sah solat tanpa niat. Kewajipan niat adalah berdasarkan sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam; “Sesungguhnya segala amalan bergantung kepada niat. Sesungguhnya bagi setiap diri apa yang diniatkannya”. (Riwayat Imam Muslim dari Saidina ‘Umar–radhiyallahu ‘anhu-)

    Bagaimana cara berniat bagi solat fardhu?

    Apabila kita hendak mengerjakan solat fardhu, hadirkan di dalam hati kita;
    1. Kehendak untuk mengerjakan solat
    2. Meniatkan bahawa solat yang hendak dikerjakan itu adalah solat fadhu
    3. Menentukan mana solat satu fardhu yang hendak dilakukan; subuh atau zohor atau sebagainya.
    4. Jika kita berjamaah, niatkan di dalam hati mengikuti orang lain.

    Niat yang diwajibkan ialah di dalam hati. Adapun melafazkan dengan lidah, ia hanya sunat sahaja mengikut mazhab Syafi’ie. Ada ulamak berpandangan; bid’ah melafazkannya dengan lidah kerana tidak pernah dilakukan oleh Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- atau para sahabat.

    Bagaimana cara berniat bagi solat sunat?


    Solat sunat ada dua jenis;
    1. Solat sunat yang tidak berwaktu atau bersebab (iaitu solat sunat mutlak)
    2. Solat sunat berwaktu dan bersebab; contohnya; solat sunat Dhuha, solat sunat Qabliyah atau Ba’diyah, solat sunat Kusuf (gerhanan), solat sunat hari raya dan sebagainya.

    Bagi jenis pertama, memadai dengan kita berniat di dalam hati kehendak untuk mengerjakan solat.

    Adapun bagi jenis kedua (yakni solat sunat berwaktu dan bersebab), niatnya hendaklah merangkumi;
    1. Kehendak hati untuk mengerjakan solat
    2. Meniatkan jenis solat solat yang hendak dikerjakan.

    Contohnya; jika kita ingin mengerjakan solat Dhuha, maka niatkan di dalam hati keinginan kita untuk mengerjakan solat dan bahawa solat yang hendak dikerjakan itu ialah dhuha.

    Bilakah masanya kita perlu menghadirkan niat?


    Niat hendaklah dihadirkan semasa mengucapkan takbir. Tidak harus niat dihadirkan sebelum takbir atau selepas habis takbir. Ini adalah pandangan mazhab Syafi’ie. Ada di kalangan ulamak berpendapat; harus didahulukan niat dari takbir asalkan jarak masa antara niat dan takbir itu tidak lama, iaitu sebaik sahaja berniat, hendaklah terus melafazkan takbir tanpa menunggu lagi. Pandangan kedua ini merupakan mazhab Imam Ahmad dan juga Abu Hanifah. (Al-Mughni, 1/332).

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 31 August, 2009, 09:15:04 AM
  • Publish

  • TIDAK MELAFAZKAN NIAT

    Soalan; ustaz, saya ingin tanya satu soalan; adakah solat kita sah jika kita tidak melafazkan niat tetapi kita berniat untuk menunaikan solat?

    Jawapan;

    Para ulamak telah sepakat menyatakan bahawa; tempat niat ialah di dalam hati. Apabila melakukan amalan –termasuk solat-, wajib kita menghadirkan ke dalam hati kita; amalan yang hendak kita lakukan dan untuk siapa kita melakukannya. Adapun melafazkan dengan lidah, ia hanya sunat sahaja mengikut mazhab Syafi’ie.  Oleh itu, sah niat jika hati telah menghadirkannya sekalipun lidah tidak melafazkannya. Adapun melafazkan dengan lidah sahaja tanpa kehadiran hati, tidak sah niat.

    Bagi solat, masa niat ialah semasa mengucapkan takbir (yakni takbiratul-ihram). Tidak harus niat dihadirkan sebelum takbir atau selepas habis takbir. Ini adalah pandangan mazhab Syafi’ie. Ada di kalangan ulamak berpendapat; harus didahulukan niat dari takbir asalkan jarak masa antara niat dan takbir itu tidak lama, iaitu sebaik sahaja berniat, hendaklah terus melafazkan takbir tanpa menunggu lagi. Pandangan kedua ini merupakan mazhab Imam Ahmad dan juga Abu Hanifah.

    Wallahu a’lam.

    Rujukan;

    1. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, 1/332.
    « Last Edit: 04 September, 2009, 09:11:55 AM by IbnuNafis »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 04 October, 2009, 06:52:21 AM
  • Publish

  • APAKAH sah solat jika seseorang itu hanya berniat ‘Aku angkat hadas kecil atau aku ambil wuduk’ dan tidak disertakan Lillahitaala? Soalan kedua, adakah seseorang perlu berniat penuh untuk solat Jumaat seperti “Aku solat fardu Jumaat dua rakaat makmum Lillahitaala” atau hanya perlu berniat seperti solat fardu yang lain seperti ‘Aku solat Zuhur? Ini kerana saya pernah mendengar kuliah agama yang mengatakan sah solat dengan berniat seperti “Aku solat Zuhur.”
    Siti Zainab Ali,Petaling Jaya, Selangor.



    Membicarakan mengenai permasalahan niat ini, saya suka merujuk kepada perbahasan fuqaha` contohnya al-Nawawi dalam al-Majmuk tentang kepentingan niat dalam ibadat dan kedudukannya.

    Niat adalah syarat sah ibadat di sisi jumhur fuqaha di kalangan Syafi’iiyyah seperti al-Mawardi, al-Ghazali dan lain-lain. Pendapat ini juga adalah pandangan al-Zuhri, Rabi’ah, Malik, al-Laith bin Sa’ad, Ahmad, Ishaq, Abu Thaur dan Abu Ubaied. Ini adalah berdasarkan ayat ke 5 surah al-Bayyainah yang bermaksud: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.”

    "Ikhlas adalah amalan hati, dan suruhan dalam ayat adalah suatu perintah yang bersifat wajib (yaqtadhi al-Wujub ). Dalam hadis pula Nabi saw bersabda maksudnya: Sesungguhnya setiap amalan itu dikira berdasarkan niat." -
    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim ).

    Niat seperti yang diperjelaskan al-Nawawi dalam al-Majmuk, tempatnya adalah di hati, kerana niat itu adalah qasad. Sekiranya dilafazkan maka ia lebih utama (afdal). Lafaz yang dimaksudkan itu adalah apa yang diucapkan dengan makna yang selari dengan suatu yang disematkan di dalam hati itu.

    Maka di sini timbullah persoalan, apakah ucapan “Aku angkat hadas kecil” atau “aku ambil wuduk” itu adalah niat ataupun lafaz. Begitu juga dengan soalan kedua yang berkaitan dengan “Aku solat fardu Jumaat dua rakaat makmum Lillahitaala.” Lafaz ini dalam bahasa Arabnya diungkapkan sebagai “Usalli fardhal jum’ati...”

    Perkara ini telah menyebabkan timbul polemik dalam masyarakat antara yang menjadikan lafaz itu agar dilakukan serentak dengan niat sebagai syarat sahnya solat. Di pihak yang lain pula ada yang mengatakan memadai untuk mengangkat takbir tanpa perlu dilafazkan.

    Lafaz usalli untuk solat ataupun nawaitu untuk ibadat yang lain sebenarnya dibincangkan oleh kalangan fuqaha` sebagai Talaffuz binniyat. Talaffuz binniyyat ataupun melafazkan niat ini bukanlah sebahagian dari ibadat itu sebenarnya. Ia tidak mengurangi ataupun melebihi ibadat yang diniatkan itu. Ini disebabkan ia berada di luar ibadat itu sama ada wuduk ataupun solat.

    Bagaimanapun melafazkan niat ini adalah suatu perkara mustahab atau dengan istilah lain suatu yang sunat. Menurut kitab fiqh mutaakhir Syafi’iy, illatnya adalah supaya membantu hati untuk menjadi lebih fokus.

    Perkara ini selalu berlaku dalam kehidupan contohnya penjual buah-buahan akan menghitung buah-buahannya dengan lafaz untuk membantu hati, malahan kadang-kadang disertai hitungan itu dengan irama nyanyian.

    Tujuan melafazkan itu adalah agar niat itu lebih mudah tersemat dalam hati. Sebagai tambahan melafazkan niat termasuk dalam salah satu amalan lidah. Setiap amalan yang terbit dari pengucapan seseorang mukallaf itu pula sentiasa ditulis oleh malaikat. Perkataan yang baik ditulis sebagai kebaikan. Demikian pula sebaliknya kata jahat menyebabkan seseorang itu dikira berdosa. Firman Allah SWT dalam surah Qaf, ayat 18, maksudnya: “Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).

    Bertitik tolak dari sini anda dapat melihat kepentingan lafaz agar diselaraskan dengan apa yang tersemat dalam hati kerana peranan lafaz itu adalah untuk mengukuhkan niat yang terdapat telahpun ada dalam hati seseorang itu.


    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Reply #4 04 October, 2009, 12:59:10 PM
  • Publish
  • Sebagai tambahan sesuai dengan pertanyaan:


    APAKAH sah solat jika seseorang itu hanya berniat ‘Aku angkat hadas kecil atau aku ambil wuduk’ dan tidak disertakan Lillahitaala? Soalan kedua, adakah seseorang perlu berniat penuh untuk solat Jumaat seperti “Aku solat fardu Jumaat dua rakaat makmum Lillahitaala” atau hanya perlu berniat seperti solat fardu yang lain seperti ‘Aku solat Zuhur? Ini kerana saya pernah mendengar kuliah agama yang mengatakan sah solat dengan berniat seperti “Aku solat Zuhur.”
    Siti Zainab Ali,Petaling Jaya, Selangor.



    Kalau untuk wudlu, niat paling sedikit adalah "تويت الوضوء" atau "نويت رفع حدث" atau "نويت أداء فرض وضوء" bagi selain yang dalam keadaan hadas selamanya (دائم الحدث) seperti wanita yang istihadlah atau orang yang berpenyakit kencing tanpa henti. karena mereka yang hadas selamanya harus dengan "إستباحة الصلاة" agar dapat melakukan solat. (I'anah al-Thalibin, juz 1 page 37).

    Sedangkan solat, niat paling sedikit yang wajib adalah "أصلي فرض الظهر" ini dikarenakan yang wajib dalam niat solat adalah 1- menyengaja melakukan solat agar dapat dibedakan dengan ibadah yang lain 2- menentukannya dari segi zuhur atau asar 3- ketentuan fardu atau sunnah seperti fardhu jum'at. Solat sunnah yang tidak mutlak seperti rawatib juga wajib ditentukan kesunnahannya... sedangkan solat sunah yang mutlak seperti tahyah maka tidak wajib menta'yin sunnah di dalamnya.

    Jadi kalau solat jum'at wajib ada "أصلي فرض الجمعة" (sahaja aku solat fardhu jum'at)....sedangkan bilangan rakaat hukumnya sunnat sahaja kerana keluar dari khilaf bagi orang yang mewajibkannya... (I'anah al-Thalibin, juz 1 page 126-130)

    Untuk kata makmuman bagi yang menjadi makmum juga wajib, seumpama ia berniat menjadi makmum...akan tetapi bagi imam tidak wajib dengan kata imaman..... (Shahih sifat solat nabi, Hasan bin Ali al-Saqqaf, page 65-66)...

    Untuk talaffuz mengacu pada thread sebelum ini...

    ليس الفتى يقول هو أبي لكن الفتى يقول هذا أنا

    Reading to live - Flaubert ..... Say No to Intellectual Barbarism!
    ---Raden Kiai Mooksy---

    faiz08

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #5 07 November, 2009, 12:01:39 PM
  • Publish
  • salam semua

    saya seorang remaja yg byk sekali lalai dgn perintah Allah SWT,byk dosa telah dilakukan oleh diri ini
    alhamdulillah baru2 ni terbit perasaan ingin berubah kpd jalan yang benar...bnda pertama yg ingin sy lakukan ialah bertaubat,kemudian diteruskan dgn mengenapkan ibadat sembahyang spt yg diperintahkan...masalahnya sekarang ni sy mempunyai masalh dlm melakukan niat pd permulaan solat yakni ketika takbiratuihram....niat 2 mcmana sbnarnya....adakah kita perlu mmbaca satu persatu spt "shj aku solat frdu subuh" dlm hati?ataupun just menghadirkan dlm hati...sy btl2 mmpunyai masalah dlm berniat,sukar dlm meyebut Allahuakbar dan dlm masa yg sama dlm hati mengatakan "shj aku solat fardhu asar"...sy selalu mengulangi perbuatan niat shgga berkali-kali...adakah ni balasan Allah SWT di atas apa yg saya lakukan...oleh itu,saya ingin memohon jasa baik semua utk mmbntu sy mendekati Allah SWT...sy btl2 ingin berubah dan meninggalkan masa lalu...

    intizhar

    • *
    • Posts: 621
      • View Profile
    Reply #6 07 November, 2009, 01:49:46 PM
  • Publish
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur di atas segala kurniaanNya..

    Alhamdulillah syukur, agar menjadi contoh serta teladan buat kita semua untuk kembali mengingati Allah dalam apa jua keadaannya...

    Dari Jabir, ia berkata; " Saya mendengar RasulAllah saw bersabda, Sesungguhnya pada malam hari terdapat satu saat yg mana pd saat itu tiada seorang muslim yg memohon kpd Allah akan kebaikan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti memaqbulkan padanya. Dan satu saat yg di maksudkan itu ada di setiap malam. " ( HR At Tirmidzi )...

    Di dalam istilah ( fiqh ) adapun niat di ertikan qashdu syai muqtarinan bi fi'lihi..melakukan perbuatan dgn kesedaran ( consiousnes ), kerana dari niatlah yg akan menentukan nilai baik mahupun buruk, di terima atau tidaknya sesuatu perbuatan berdasarkan dalil " setiap perbuatan itu sah melalui niatnya. "...

    Sebenarnya niat bukanlah sebuah lafadz bacaan mahupun mantra, akan tetapi suatu perbuatan yang di dalamnya terdapat kesedaran penuh mengalir dari awal hingga akhir, maka itu lah ia tanpa huruf tanpa suara..

    Sambil itu cari dan kenal Allah dan bergantunglah kepadaNya..Allah tidak akan membuat kita hina dgn permintaan kita, Allah juga tidak akan mengeciwakan serta mendzalimi, kendati kita berkali-kali mengecewakan serta mendzaliminya...

    Mudahan Allah mencatatkan kita semua sebagai hamba-Nya yang mengimani-Nya,bertaqwa, bertaubat, bersyukur, taslim, tunduk serta patuh kepadaNya..Amin Ya Rabbal A'lamin..
    Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

    filzah bt haron

    • *
    • Posts: 13
      • View Profile
    Reply #7 15 October, 2010, 10:24:03 AM
  • Publish
  •  :)masa bila sepatutnya niat sembahyang, angkat takbir & niat dlm hati atau niat dulu br angkat takbir, mohon penjelasan

    5zul

    • *
    • Posts: 3025
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #8 15 October, 2010, 10:25:37 AM
  • Publish
  • mengikut apa yg di katakan.. semasa berdiri betul selepas melafazkan...silakan..
    cuba lihat rukun Sembahyang ada 13 tue (Senyum)

    Rukun Sembahyang
    Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
    1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
    2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
    3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
    4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
    5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
    6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
    7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
    8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
    9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
    10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
    11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
    12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
    13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    muridin

    • *
    • Posts: 199
    • Kenal diri Nyata-Nyata , Baru Kenal Yang Maha Esa
      • View Profile
    Reply #9 15 October, 2010, 12:14:56 PM
  • Publish
  • Salam ...
    Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammad
    Wa 'Ala Ali Saiyidina Muhammad

    Niat itu lintasan ...
    semasa bertakbir  الله اكبر

    Sempadan Niat itu antara Alif Lam dan Ba Ro dalam takbir
    yakni
    ال ...........................  بر
    maka lintaskan dalam sempadannya

    mudah2an ..
    Allahumma Amin ..




    Ayam Serama Ditangkap Lepas,  Dikejar Lari si Anak Penghulu,
    Selagi Hidup Berdalilkan Nafas,  Turun Naiknya Beserta Allahu.

    hatiemas

    • *
    • Posts: 42
      • View Profile
    Reply #10 15 October, 2010, 01:36:37 PM
  • Publish
  • :)masa bila sepatutnya niat sembahyang, angkat takbir & niat dlm hati atau niat dulu br angkat takbir, mohon penjelasan

    Niat adalah perkara nyata yang dilakukan bukan yang tersembunyi atau tersirat, yang sebut atau baca itu adalah Lafaz niat dan ia bukan niat walaupun dilafazkan dalam Hati tanpa didengar diluar masih lagi dikategorikan sebagai lafaz niat. Maka yang dituntut dalam rukun solat itu adalah Niat, jadi perlakuan kita bermula berdiri betul untuk solat hingga memberi salam itulah dikatakan Niat solat. Alhamdulillah

    muridin

    • *
    • Posts: 199
    • Kenal diri Nyata-Nyata , Baru Kenal Yang Maha Esa
      • View Profile
    Reply #11 15 October, 2010, 02:49:44 PM
  • Publish
  • mengikut apa yg di katakan.. semasa berdiri betul selepas melafazkan...silakan..
    cuba lihat rukun Sembahyang ada 13 tue (Senyum)

    Rukun Sembahyang
    Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
    1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
    2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
    3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
    4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
    5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
    6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
    7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
    8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
    9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
    10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
    11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
    12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
    13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat

    Salam ...

    13 rukun itu susunan  yang mahsyur  dalam kebanyakkan kitab
    di dalam kitab lain dinyatakan 17 rukun ..yakni dengan mengasingkan toma'ninah
    pada rukuk i'tidal sujud dan toma'ninah duduk diantara 2 sujud  ..maka jadilah 17 .

    Dan dimudahkan lagi pada 13 dan 17 rukun ini menjadi tiga bahagian
    untuk dipelihara / dijagai  semasa solat yakni ..
    1. Rukun Qauli ada 5  (Takbir , Fatihah, Tahiyyat, Selawat dan Salam )
    2. Rukun Fi'li  ada 6  (Berdiri  Betul , Rukuk & Toma'ninah, I'tidal & Toma'ninah , Sujud 2 kali & Toma'ninah,
    Duduk antara 2 sujud , Duduk di dalam tasyahud akhir
    3. Rukun Qalbi ada 2 (Niat dan Tertib)

    Manakala mengangkat takbir itu atau mengangkat kedua tangan disunatkan sahaja.
    Yakni disunatkan pada 4 tempat sahaja.
    1. Ketika Takbiratul Ihram
    2. Ketika hendak Rukuk
    3. Ketika hendak Iktidal
    4. Ketika berdiri dari tahiyat awal

    Disini penting mengetahui dan membezakan antara sunat dan rukun dalam mendirikan solat.

    Mudah2an Dipermudahkan
    Allahumma Amin ya Lathiff


    Badar

    • *
    • Posts: 145
      • View Profile
    Reply #12 15 October, 2010, 02:55:53 PM
  • Publish
  • Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"

    muridin

    • *
    • Posts: 199
    • Kenal diri Nyata-Nyata , Baru Kenal Yang Maha Esa
      • View Profile
    Reply #13 19 October, 2010, 11:45:07 AM
  • Publish
  • Salam ...

    Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammad
    Wa 'Ala Ali Saiyidina Muhammad

    Bermula Niat itu ada tingkatannya ..yakni tingkatan niat .
    Justeru niat itu ada 3 tingkatannya:

    1. Jika soalt itu solat fardhu maka wajib ada Qasad Fe'li ( Qasad mengerjakan solat)
        Ta'yiin (menentukan solat) dan Fardhiyyah (menyebut fardhu)
    2. Jika solat itu solat sunat  muaqqatah yakni tertentu waktunya atau solat sunat yang mempunyai sebab maka wajib pula ada Qasad Fe'li dan Ta'yiin (menentukan solat)
    3. Jika solat itu solat sunat mutlak (tidak terikat dengan waktu dan sebab) maka wajib ada Qasad Fe'li  sahaja sudah memadai ..

    Qasad Fe'li ialah Usholli (  أصلي ) yakni ertinya sahaja aku solat
    Maksud Ta'yin ialah menyatakan Zohor atau Asar atau Mghrib dsb
    Maksud Fardhiyyah ialah menyatakan Fardhu
    Di dalam kitab lain fardhiyyah juga disebut Ta'ridh yakni menyengajakan fardhu.
    Mudahnya disini jika dipondok biasa diajarkan 3 sengaja di dalam niat
    sengaja Qasad pada sengaja Solat
    sengaja Fardhiyyah atau  Ta'ridh pada sengaja fardhu
    sengaja Ta'yin pada sengajanya waktu ..

    kesemuanya (niat) di dalam sempadan takbir ratul ihram yang dipost sebelum ini.

    Niat itu lintasan ...
    semasa bertakbir  الله اكبر

    Sempadan Niat itu antara Alif Lam dan Ba Ro dalam takbir
    yakni
    ال ...........................  بر
    maka lintaskan dalam sempadannya
    tidak sebelum sempadan dan bukan selepas sempadan

    Mudah2an Allah permudahkan ..
    Allahumma Amin ya Lathiff
    « Last Edit: 19 October, 2010, 11:52:56 AM by muridin »

    Nur^ Iman

    • *
    • Posts: 689
    • I am proud to be a MUSLIM
      • View Profile
    Reply #14 19 October, 2010, 11:50:35 AM
  • Publish
  • ayahanda rasa orang baru belajar solat lama ke? limitnya berapa hari ye? ada saya buka cara solat dalam internet..bacaan nya macam susah je..tapi insyaallah dipermudahkan masa terdekat..
    I am proud to be a MUSLIM

    muridin

    • *
    • Posts: 199
    • Kenal diri Nyata-Nyata , Baru Kenal Yang Maha Esa
      • View Profile
    Reply #15 19 October, 2010, 12:27:05 PM
  • Publish
  • ayahanda rasa orang baru belajar solat lama ke? limitnya berapa hari ye? ada saya buka cara solat dalam internet..bacaan nya macam susah je..tapi insyaallah dipermudahkan masa terdekat..


    Seminggu dua dah boleh dah .. insya-Allah ...tapi kena rajinlah
    satu hari satu ayat  ....dalam tahiyat itu nampak panjang tapi  memadai  sampai
    Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammad Wa 'ala ali Saiyidina Muhammad
    kemudian Salam ...dah sah dah tu ...kerana tertunai rukun ...

    Sambungan pada tahiyat itu yakni selawat ibrahimiyyah itu hanya sunat ..tak baca pun tak mengapa ..
    terus aja bagi salam Assalamualaikum wmth ..ini rukun ...salam yang pertama yang kedua itu sunat , tak bagi salam
    pada salam yang kedua tu pun tak mengapa ...

    Untuk mudah nazzmie tumpukan pada rukun dahulu ..

    Mudah2an Allah permudahkan ..
    Amin Allahumma Amin ya Lathiff
     
    « Last Edit: 19 October, 2010, 12:29:05 PM by muridin »

    hafizul_84

    • *
    • Posts: 322
      • View Profile
    Reply #16 19 October, 2010, 12:30:18 PM
  • Publish
  • salam semua

    saya seorang remaja yg byk sekali lalai dgn perintah Allah SWT,byk dosa telah dilakukan oleh diri ini
    alhamdulillah baru2 ni terbit perasaan ingin berubah kpd jalan yang benar...bnda pertama yg ingin sy lakukan ialah bertaubat,kemudian diteruskan dgn mengenapkan ibadat sembahyang spt yg diperintahkan...masalahnya sekarang ni sy mempunyai masalh dlm melakukan niat pd permulaan solat yakni ketika takbiratuihram....niat 2 mcmana sbnarnya....adakah kita perlu mmbaca satu persatu spt "shj aku solat frdu subuh" dlm hati?ataupun just menghadirkan dlm hati...sy btl2 mmpunyai masalah dlm berniat,sukar dlm meyebut Allahuakbar dan dlm masa yg sama dlm hati mengatakan "shj aku solat fardhu asar"...sy selalu mengulangi perbuatan niat shgga berkali-kali...adakah ni balasan Allah SWT di atas apa yg saya lakukan...oleh itu,saya ingin memohon jasa baik semua utk mmbntu sy mendekati Allah SWT...sy btl2 ingin berubah dan meninggalkan masa lalu...

    Assalamualaikum...
    Cukuplah hanya hadirkan lintasan di hatimu wahai saudaraku...

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #17 06 March, 2011, 10:07:35 PM
  • Publish
  • :) masa bila sepatutnya niat sembahyang, angkat takbir & niat dlm hati atau niat dulu br angkat takbir, mohon penjelasan


     :ws:
    Apakah hukum niat?

    Niat adalah wajib. Tidak sah solat tanpa niat. Kewajipan niat adalah berdasarkan sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam; “Sesungguhnya segala amalan bergantung kepada niat. Sesungguhnya bagi setiap diri apa yang diniatkannya”. (Riwayat Imam Muslim dari Saidina ‘Umar–radhiyallahu ‘anhu-)

    Bagaimana cara berniat bagi solat fardhu?

    Apabila kita hendak mengerjakan solat fardhu, hadirkan di dalam hati kita;
    1. Kehendak untuk mengerjakan solat
    2. Meniatkan bahawa solat yang hendak dikerjakan itu adalah solat fadhu
    3. Menentukan mana solat satu fardhu yang hendak dilakukan; subuh atau zohor atau sebagainya.
    4. Jika kita berjamaah, niatkan di dalam hati mengikuti orang lain.

    Niat yang diwajibkan ialah di dalam hati. Adapun melafazkan dengan lidah, ia hanya sunat sahaja mengikut mazhab Syafi’ie. Ada ulamak berpandangan; bid’ah melafazkannya dengan lidah kerana tidak pernah dilakukan oleh Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- atau para sahabat.


    Bilakah masanya kita perlu menghadirkan niat?

    Niat hendaklah dihadirkan semasa mengucapkan takbir. Tidak harus niat dihadirkan sebelum takbir atau selepas habis takbir. Ini adalah pandangan mazhab Syafi’ie. Ada di kalangan ulamak berpendapat; harus didahulukan niat dari takbir asalkan jarak masa antara niat dan takbir itu tidak lama, iaitu sebaik sahaja berniat, hendaklah terus melafazkan takbir tanpa menunggu lagi. Pandangan kedua ini merupakan mazhab Imam Ahmad dan juga Abu Hanifah. (Al-Mughni, 1/332).


    Rujukan :  http://fiqh-am.blogspot.com/2008/06/solat-niat.html

    mufidah

    • *
    • Posts: 51
      • View Profile
    Reply #18 07 March, 2011, 12:11:06 AM
  • Publish
  • pendapat ulama mengenai niat solat.

    1. hanafi : berpendapat harus mendahulukan niat sembahyang dalam masa yang singkat sebelum dari
                    takbiratul ihram.

    2. hambali : berpendapat harus mendahulukan niat  sembahyang dalam masa yang singkat sebelum dari
                      takbiratul ihram

    3. maliki : berpendapat tidak harus mendahulukan niat sembahyang sebelum takbiratul ihram dan tidak
                   harus dilewatkan darinya malahan wajib niat itu dalam masa takbiratul ihram.

    4. syafie : berpendapat tidak harus mendahulukan niat sembahyang sebelum takbiratul ihram dan tidak
                    harus dilewatkan darinya malahan wajib niat itu dalam masa takbiratul ihram.

    5. abu yusuf ( sahabat2 imam abi hanifah ) : berpendapat harus mandahulukan niat sembahyang, seorang
                                                                     yang keluar dari rumahnya  dengan berniat menunaikan
                                                                     sembahyang sama imamnya dan terus masuk  melakukan
                                                                     sembahyang dengan tidak memasang niat yang baru, niat itu
                                                                     baginya.


    5zul

    • *
    • Posts: 3025
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #19 07 March, 2011, 10:08:16 AM
  • Publish
  • itu semua syariatnya...
    ikut lag apa yg di fatwa kan di malaysia senang kan....
    (Senyum)

    hakikatNya niat itu ada pada diri -mendahulikan Aqal.
    cari lah hakikatNya..Insyallah (senyum)-

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    13 Replies
    3450 Views
    Last post 23 June, 2011, 11:36:45 PM
    by faa zahra
    3 Replies
    2663 Views
    Last post 30 December, 2011, 02:47:30 PM
    by Ummi Munaliza
    0 Replies
    1583 Views
    Last post 30 December, 2012, 09:19:35 AM
    by maktabah zein