Kelenjar Tiroid dan Hormon Tiroksina

*

Author Topic: Kelenjar Tiroid dan Hormon Tiroksina  (Read 17034 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

msa

  • *
  • Posts: 1599
    • View Profile
25 February, 2011, 11:32:42 PM
  • Publish


  • Kelenjar tiroid merupakan kelenjar yang terletak di bahagian bawah leher, iaitu di antara kulit dan peti suara. Kelenjar ini merupakan organ penting yang mengawal metabolisme dan bertanggungjawab terhadap fungsi normal setiap sel badan. Kelenjar tiroid menhhasilkan sejenis hormone yang dikenali sebagai tiroksina (T4) dan triiodotironina (T3) yang dirembeskan ke dalam aliran darah.

    Iodine merupakan juzuk penting dalam kedua-dua hormone ini dimana T4 mempunyai empat atom iodine dalam setiap molekulnya manakal T3 mengandungi tiga atom iodine padanya. T4 akan mula menjadi aktif apabila ia melepaskan satu atom iodine yang ada padanya dan menjadi T3. Proses ini biasanya berlaku dalam hati.

    Bagi individu yang sihat, jumlah T3 dan T4 dalam darah dikekalkan pada tahap tertantu oleh hormone yang dikenal sebagai hormone perangsang tiroid atau Tiroid Stimulating Hormone (TSH). Hormon TSH dirembeskan oleh kelenjar pituitary anterior yang terletak betul-betul di belakang mata serta terlindung dalam lekukan bertulang dalam tulang pangkal tengkorak. Hormon ini akan mengawal penghasilan T3 dan T4 oleh kelenjar tiroid melalui proses 'suap balik negatif'. Jika hormon tiroksina dalam darah meningkat, TSH akan dihentikan untuk menghentikan penghasilan hormon tiroksina oleh kelenjar tiroid dan jika hormon tiroksina kurang dalam darah, TSH akan dirembeskan untuk merangsang penghasilan hormon.

    Jika anda mengalami keadaan kelenjar tiroid lampau aktif (hipertiroidisme), paras hormone T3 dan T4 akan menjadi tinggi dan paras TSH akan menjadi rendah. Jika nada mengalami keadaan kelenjar tiroid kurang aktif (hipotiroidisme) hormone T3 dan T4 akan menjadi rendah dan paras TSH akan menjadi tinggi.

    Gangguan tiroid merupakan perkara biasa. Keadaan hipertiroidisme, hipotiroidisme, pertumbuhan tidak normal atau pembesaran kelenjar (goiter atau nodul tiroid) dialami oleh kira-kira seorang dalam 20 orang. Kebanyakan penyakit tiroid berjaya dirawat sepenuhnya dan kanser tiroid sekali pun, walau jarang berlaku tidak akan mengurangkan jangka hayat seseorang jika dikesan pada peringkat awal dan dirawat dengan sewajarnya.
    ~ Begin with the End in Mind ~

    msa

    • *
    • Posts: 1599
      • View Profile
    Reply #1 25 February, 2011, 11:36:43 PM
  • Publish
  • Simptom penyakit hipotiroidisme (tiroid kurang aktif)

    Keadaan tirod kurang aktif berlaku apabila kelenjar tiroid berhenti menghasilkan hormone tiroid T3 dan T4 yang mencukupi. Hipotiroidisme tidak berlaku sekelip mata tetapi secara perlahan-lahan selama beberapa bulan. Jika anda mengalami simptom-simptom penyakit ini, anda akan menjalani ujian darah dan sekiranya keputusan menunjukkan paras T4 yang rendah dan paras TSH yang tinggi, ini mengesahkan anda mengalami hipotiroidisme.

    Simptom-simptom hipotiroidisme

    Pertambahan berat badan
    Kebanyakan pesakit mengalami pertambahan berat badan dari lima hinggá sepuluh kilogram walaupun selera makan adalah normal ataupun berkurang daripada biasa.

    Sensitif kepada keadaan sejuk
    Pesakit akan berasa sejuk yang teramat sangat dan cenderung untuk memakai beberapa lapisan pakaian dan lebih gemar berada di kawasan haba. Otot juga akan menjadi keras dan akan mengalami kekejangan otot apabila anda bergerak secara tiba-tiba terutamanya dalam keadaan sejuk.

    Masalah mental
    Pesakit akan berasa letih dan mengantuk serta lemah dalam berfikir. Tindak balas akan menjadi semakin perlahan dan bagi pesakit yang lebih berumur, mungkin disalah anggap dementia manakala sesetengah pesakit mengalami tekanan dan paranoia (penyakit saraf) yang merupakan asas kegilaan miksoedema (myxoedema madness).

    Pertuturan tidak jelas
    Suara akan menjadi perlahan dan serak serta pertuturan menjadi tidak jelas

    Masalah jantung
    Berbeza dengan pesakit kelenjar lampau aktif, denyutan nadi menjadi perlahan iaitu sekitar 60 denyutan seminit. Pesakit juga mungkin akan mengalami darah tinggi dan pesakit yang lebih berumur, mungkin berpotensi untk menghadapi risiko kegagalan jantun. Angin aboleh menjadi simptom pertama hipotiroidisme.

    Sembelit
    Disebabkan oleh keseluruhan proses badan menjadi perlahan, maka masalah sembelit mngkin akan berlaku.

    Haid yang berlebihan
    Sekiranya pesakit belum menopaus, haid mungkin menjadi berlebihan (menoragia).

    Masalah rambut dan kulit
    Kulit akan menjadi kasar, kering dan berkeping-keping serta hampir pucat. Kelopak mata, tangan dan kaki menjadi bengkak. Sesetengah pesakit akan mendapati kulit menjadi kuning manakala salur darah kelihatan ketara pada bahagian pipi dan muka menghasilknan warna keunguan apabila muka menjadi merah. Rambut pula akan menjadi kering dan rapu dan bahagian luar alis mata mungkin hilang.

    Gangguan sistem saraf
    Pesakit akan mengalami masalah pendengaran dan juga masalah untuk mengimbangi badan. Jika jari jemari berdenyut-denyut, terutamanya pada waktu malam, menggoncang tangan dengan kuat mungkin dapat melegakan keadaan tersebut.

    Bagi sesiapa yang mengalami simptom-simptom penyakit ini, anda dinasihatkan merujuk pada doktor dan menjalani ujian darah untuk hormone T3 dan T4.

    msa

    • *
    • Posts: 1599
      • View Profile
    Reply #2 25 February, 2011, 11:41:37 PM
  • Publish
  • Symptom penyakit Graves (hipertiroidisme)


    Penyakit hipertiroidisme atau tirotoksikosis merupakan sejenis penyakit tiroid yang terlampau aktif yang menyebabkan penghasilan berlebihan hormone tiroid iaitu T4 dan T3 oleh kelenjar tiroid. Jenis hipertiroidisme ini dikenali sebagai penyakit Graves yang diambil sempena nama pakar perubatan yang memberi gambaran lengkap mengenai penyakit ini 200 tahun dahulu. Penyakit ini disebabkan oleh kehadiran antibody dalam darah yang bukan sahaja merangsang kelenjar tiroid merembeskan jumlah hormone tiroid yang berlebihan tetapi juga menambah saiz kelenjar tiroid dan mengakibatkan goiter bagi sesetengah individu. Penyebab penghasilan antibody ini tidak diketahui dan disebabkan oleh penyakit Graves ini berlaku dalam sesebuah keluarga, jadi factor gen mamainkan peranan penting.

    Kehilangan berat badan
    Keadaan ini berlaku kepada hampir semua pesakit hasil daripada pembakaran kalori yang disebabkan oleh paras hormone yang tinggi dalam darah. Anda mungkin berasa lapar sepanjang masa dan mungkin terpaksa bangun tengah malam untuk makan. Pengurangan berat badan adalah antara 2 hingga 3 kilogram atau sehingga 35 kilogram atau lebih.

    Panas yang melampau dan berpeluh
    Anda akan rasa tidak selesa apabila berada di kawasan yang panas. Dan mungkin pada cuaca sejuk, anda lebih selesa memakai pakaian jarang. Ini disebabkan oleh peningkatan metabolisme yang menyebabkan badan menghasilkan haba yang berlebihan dan disingkirkan oleh peluh.

    Cepat marah
    Anda akan menjadi cepat marah dan tertekan dengan keadaan sekeliling. Suasana di tempat kerja, kolej atau tempat awam akan menyebabkan anda tidak selesa dan tidak dapat menumpukan perhatian. Perasaan anda cepat berubah dan anda juga akan kerap marah, lebih sensitive pada kritikan, serta menangis tanpa sebab.

    Berdebar-debar
    Kebanyakan pesakit akan sentiasa mengalami perasaan berdebar-debar. Hal ini berlaku kerana kadar denyutan jantung yang meningkat dari keadaaan biasa. Bagi keadaan hipertiroidisme yang teruk atau telah lama berlaku, terutamnya golongan tua keadaan denyutan jantung yang tidak teratur mungkin berlaku yang dikenali sebagai pemfibrilan atrium malah kegagalan jantung.

    Sesak nafas
    Keadaan ini akan meletihkan diri sendiri terutamanya apabila melakukan kerja-kerja berat atau memerlukan tenaga contohnya selepas menaiki tangga. Individu yang menghadapi hipertiroidisme akan sesak nafas dan bagi pesakit asma, symptom yang dialami akan lebih teruk.

    Terketar-ketar
    Kebanyakan pesakit mengadu tangan mereka terketar-ketar dan boleh disalah anggap sebagai akibat daripada ketagihan alcohol. Pesakit ini akan mendapati mereka semakin sukar untuk memegang cawan atau memasukkan anak kunci ke dalam lubang kunci atau tulisan anda mungkin menjadi semakin teruk.

    Lemah otot
    Otot-otot akan jadi lebih lemah terutamanya otot paha. Ini akan meyebabkan pesakit akan sukar untuk bangun daripada posisi bertinggung atau dari kerusi rendah tanpa bantuan tangan.

    Perubahan pergerakan usus
    Terdapat kecenderungan bagi peningkatan kekerapan seperti pengeluaran tinja yang lebih lembut berbanding dengan keadaan normal, dua atau tiga kali sehari. Masalah cirit birit mungkin berlaku sekali sekala.

    Haid tidak teratur
    Kedatangan haid yang tidak teratur, terlalu sedikit atau langsung tidak hadir. Pesakit mungkin sukar untuk hamil sehinggalah keadaan hipertiroidisme dirawat sepenuhnya.

    Masalah kuku, kulit dan rambut
    Anda mungkin mendapati seluruh badan menjadi gatal dan mungkin akan mengalami tompokan gatal pada bahagian bawah kaki (miksodema pratibial). Rambut akan menjadi nipis dan lebih lembut daripada biasa. Kuku akan menjadi rapuh dan kelihatan hodoh.

    Masalah mata
    Pesakit ini akan mengalami masalah mata. Ini termasuklah keadaan mata yang berair dengan teruk, diburukkan lagi dengan keadaan angina atau cahaya terang, kesakitan dan rasa berbintil seperti terdapat pasir dalam mata. Penglihatan juga akan jadi bertindih serta kabur. Pesakit ini juga akan mengalami keadaan mata yang menonjol (exophthalmos) dan ‘beg’ di bawah mata.

    Goiter (Beguk)
    Walaupun anda dapat mngetahui bahawa anda mengalami goiter, hampir tidak terdapat symptom lain selain rasa yang ada sesuatu dalam leher anda yang sepatutnya tidak ada di situ.

    Jadi, kepada sesiapa yang mempunyai simptom-simptom ini, anda dinasihatka untuk berjumpa doktor untuk rawatan. Semoga anda mendapat rawatan yang sewajarnya.


    SUMBER

    msa

    • *
    • Posts: 1599
      • View Profile
    Reply #3 25 February, 2011, 11:52:21 PM
  • Publish
  • Bukan Sengaja Malas...

    ANDA seorang pemalas? Atau anda seorang bos yang kecewa dengan sikap pekerja-pekerja anda yang malas dan lembap dalam melaksanakan tindakan? Jangan marah-marah. Mungkin anda perlu melihat malas dalam horizon yang lebih luas.

    Selain melihat malas lebih kepada masalah psikologi atau sikap individu, malas juga boleh dilihat dari sudut kesihatan. Seseorang itu mungkin malas kerana mempunyai penyakit yang bersimptom kemalasan atau melibatkan hormon.

    Menurut pakar kesihatan pekerjaan, Hospital Pakar An-Nur, Dr. Azrul Rozaiman Datuk Abdullah, malas bukan sekadar keengganan untuk melakukan sesuatu aktiviti tetapi ia adalah koleksi sifat-sifat buruk merangkumi sikap gemar bertangguh, tidak menepati waktu, tidak pandai mengurus masa dan lemah untuk mengenal pasti apa yang perlu diutamakan.

    Dalam konteks kesihatan pekerjaan, Azrul yang mempunyai kepakaran dalam bidang penyakit pekerja atau risiko penyakit yang boleh didapati pekerja daripada penggunaan bahan kimia serta psikologi, menyifatkan malas diistilahkan sebagai kurang produktiviti.

    Subjektif

    Tapi, ujarnya, malas juga bersifat subjektif kerana ia bergantung kepada perspektif individu.

    Misalnya, jika seorang itu boleh menghasilkan 10 bahan dalam seminggu sedangkan rakannya boleh menghasilkan 100 bahan dalam tempoh yang sama, dia mungkin dianggap malas.

    Tetapi dia mungkin tidak dianggap malas oleh bosnya sekiranya bosnya sendiri hanya mampu menghasilkan lima kerja dalam seminggu. Begitulah penjelasan Azrul bagaimana kayu ukur malas boleh berubah.

    Jelasnya, daripada konteks kesihatan, malas boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu malas yang merupakan simptom kepada sesuatu penyakit atau malas kerana kesan sampingan ubat-ubatan.

    Azrul memberitahu, memang terdapat beberapa penyakit yang boleh menjurus kepada sifat malas seperti penyakit hipotiroid yang disebabkan oleh kekurangan hormon tiroid.

    Apabila hormon tiroid kurang dalam diri seseorang individu, maka ia biasanya akan memperlihatkan simptom malas seperti mentalnya lambat memproses maklumat, lesu, pergerakan turut menjadi lambat dan aktiviti metabolisme badan menjadi perlahan,” ujarnya.

    Hormon tiroid dikeluarkan oleh kelenjar tiroid yang terletak di bahagian leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan.

    Hormon tiroid berkurangan boleh jadi disebabkan oleh kekurangan pengambilan makanan beriodin seperti ikan.

    Beban kerja

    Jelas Azrul, penyakit ini hanya boleh dikenal pasti doktor dengan membuat ujian darah. Rawatannya ialah dengan memberi ubat yang boleh meningkatkan kembali paras hormon tiroid dalam diri.

    Selain daripada itu, kesan sampingan daripada pengambilan ubat juga boleh membawa kepada rasa malas.

    Menurut Azrul, kurang daripada lima peratus pengambil sejenis ubat darah tinggi atau hipertensi boleh mengalami kesan sampingan seperti kelembapan mental dan fizikal.

    Depresi atau stres juga boleh mendorong kepada rasa malas.

    Berkenaan stres atau depresi jika disebabkan beban kerja yang terlalu banyak melepasi batasan kemampuan diri, Azrul menyarankan supaya wujudnya interaksi antara bos dan pekerja.

    “Dalam hal ini, pekerja itu dilihat seperti malas tapi sebenarnya bukan malas.

    “Dia mungkin tertekan ekoran beban kerja yang melampaui kemampuan dirinya atau beban kerja yang tidak seimbang antara pekerja-pekerja. Interaksi antara bos dan pekerja mungkin boleh memperbaiki keadaan,” ujarnya.

    Dari sudut psikologi, malas boleh jadi disebabkan oleh cara individu dibesarkan, pengaruh sekeliling dan kekurangan pengetahuan.

    Amalan bertangguh-tangguh atau melengah-lengahkan kerja juga menjadi penyakit masyarakat moden kerana tekanan hambatan masa.

    Menurut sebuah majalah kesihatan, kajian terbaru mendapati 20 hingga 25 peratus daripada manusia hari ini adalah seorang yang gemar bertangguh berbanding hanya lima peratus pada tahun 1978.

    “Seorang itu menjadi pemalas mungkin juga kerana cara dia dibesarkan yang mana semua yang dikehendaki tersedia untuknya.

    Minat

    “Seseorang itu juga mungkin menjadi malas kerana ia dipengaruhi oleh orang sekelilingnya yang suka bermalas-malasan.

    “Persekitaran turut mempengaruhi seseorang itu menjadi malas,” ujarnya sambil menjelaskan terdapat dua kategori malas, iaitu malas pada perkara tertentu dan malas pada melakukan banyak perkara.

    “Ada sesetengah orang itu kita lihat dia rajin di rumah tapi di pejabat dia malas dan begitu juga sebaliknya. Mengapa ini berlaku?

    “Ia mungkin kerana minat terhadap aktiviti berkenaan kurang kerana kekurangan pendedahan atau pengetahuan,” katanya.

    Justeru, untuk mengatasi masalah malas ialah dengan mendapatkan pengetahuan secukupnya terhadap apa yang perlu dibuat.

    “Para bos misalnya perlu peka dengan kondisi pekerja. Mungkin mereka malas dan tidak produktif kerana mereka tidak tahu atau jelas tentang kerja yang perlu dilakukan,” katanya.

    Memberikan motivasi juga merupakan salah satu cara untuk menyingkirkan sifat malas. Sebab itulah pengkaji-pengkaji dari Australia pernah menyifatkan malas yang ekstrem sebagai motivational deficiency disorder.

    “Motivasi boleh datang daripada dalam diri individu itu sendiri dan boleh diperoleh daripada dorongan motivasi orang lain. Motivasi bagi diri sendiri boleh diperoleh dengan menetapkan matlamat yang khusus,” ujarnya.

    Selain daripada itu, bagi keadaan tertentu dan tujuan yang baik, Azrul berkata, untuk menambah minat seseorang melakukan perkara itu boleh juga menerusi paksaan.

    “Adakalanya penyakit malas perlu diubati dengan paksaan. Bukankah dalam hidup kita ada perkara yang kita pada awalnya tidak berminat tetapi berubah minat apabila didorong atau dipaksa untuk melakukannya?

    “Seperti juga yang diajarkan dalam agama tentang hal solat. Islam mendidik umatnya agar menyuruh anak sembahyang pada umur tujuh tahun.

    “Jika umur 10 tahun, mereka tidak sembahyang, mereka perlu dipukul. Apabila mereka sudah biasa melakukannya, ia boleh mendatangkan minat dan mereka membesar menjadi seorang yang tidak malas untuk menunaikan solat,” katanya.


    SUMBER

    msa

    • *
    • Posts: 1599
      • View Profile
    Reply #4 26 February, 2011, 12:46:07 AM
  • Publish
  • Gejala hormon tiroksin

    GEJALA berat badan meningkat, kulit kering, muka sembap, rambut rapuh dan gugur, kerap letih, mengantuk, pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan sering dianggap sebagai perkara semula jadi dalam proses penuaan, terutama bagi wanita yang memasuki era 40-an.

    Boleh dikatakan hampir semua orang turut mengalami gejala sama, tetapi pada tahap berbeza. Namun, hakikatnya ia bukan sebahagian daripada proses semula
    jadi penuaan kerana ada orang masih mampu bergiat aktif, nampak awet muda, cergas dan tajam fikirannya, walaupun usia melebihi separuh abad.

    Perkara ini berpunca daripada kekurangan hormon tiroksin yang dihasilkan daripada kelenjar tiroid. Tiroid adalah kelenjar kecil berbentuk rama-rama yang terletak di pangkal leher (di bawah halkum bagi lelaki).

    Ia menghasilkan beberapa jenis hormon iaitu tiroksin (T4) dan liothyronine (T3) yang sangat penting bagi kesihatan badan secara keseluruhan.

    Hormon tiroksin juga diperlukan dalam semua aktiviti metabolisme, termasuk penentuan kadar degupan jantung dan kecekapan badan membakar kalori daripada
    makanan. Namun, ada masanya kelenjar tiroid tidak dapat berfungsi dengan cekap dan menjadi tidak aktif, menyebabkan penghasilan hormon tiroksin terganggu.

    Keadaan kelenjar tiroid tidak aktif ini dipanggil hipotiroidisme. Kekurangan hormon tiroksin menjejaskan fungsi badan secara keseluruhan. Sebenarnya, berjuta orang di dunia ini mengalami masalah hipotiroidisme, tetapi tidak menyedarinya kerana gejala kekurangan hormon tiroksin bersifat sangat umum.

    Dianggarkan 200 juta penduduk dunia mengalami masalah ini. Bagaimanapun, tidak ramai mendapatkan rawatan kerana gejala dialami dianggap perkara biasa. Masalah hipotiroidisme lebih kerap berlaku pada wanita (tujuh hingga lapan peratus) berbanding lelaki iaitu hanya tiga peratus.

    Dalam erti kata lebih mudah, hipotiroidisme berlaku pada satu daripada enam wanita dan satu daripada 12 lelaki. Ia juga boleh terjadi pada bayi dan kanak-kanak, tetapi kadarnya lebih rendah iaitu satu kes bagi 4,000 orang dan kanak-kanak perempuan mempunyai kebarangkalian dua kali lebih tinggi mengalami hipotiroidisme berbanding lelaki.

    Jumlah pesakit meningkat dengan pertambahan umur. Dianggarkan antara 10 hingga 20 peratus wanita berusia 40 tahun ke atas mengalami masalah ini dan
    meningkat kepada 15 hingga 20 peratus apabila mencecah umur 60 tahun. Bagi lelaki berumur 60 tahun ke atas, catatan kes hanya sekitar lima hingga 10 peratus.

    Bagaimanapun, hipotiroidisme boleh berlaku pada semua peringkat usia, sama ada warga emas berumur 80 tahun atau janin dalam kandungan, kata Pakar
    Endokrinologi Hospital Putrajaya, Dr Zanariah Hussein.

    "Masalah ini jarang disedari. Pada peringkat awal, kekurangan hormon tiroksin mungkin tidak menimbulkan tanda, tetapi lama kelamaan pesakit mengalami pelbagai gejala, termasuk degupan jantung menjadi lambat, peningkatan berat badan, sakit sendi dan masalah kesuburan.

    "Oleh kerana tandanya tidak jelas dan bersifat sangat umum, ia tidak dianggap masalah. Pada peringkat awal pesakit mungkin berasa sedikit letih dan mengantuk, sengal badan serta sukar memberi tumpuan pada pekerjaan.

    "Namun, kebanyakan orang, termasuk doktor, menganggap ia kesan daripada tekanan atau sebahagian daripada proses penuaan," katanya ketika pelancaran terapi penggantian hormon tiroksin, Euthyrox yang mengandungi natrium levothyroxine anjuran Merck Serono Sdn Bhd.

    Dr Zanariah berkata, jika tidak dirawat, lama kelamaan tanda kekurangan hormon tiroksin menjadi lebih ketara dan serius. Kelenjar tiroid yang lemah dipaksa terus bekerja menghasilkan hormon tiroksin dan akhirnya boleh menyebabkan ia membengkak (dipanggil goiter).

    Apabila ini berlaku, ia memperlahankan proses pemikiran, menyebabkan pesakit menjadi pelupa dan mudah tertekan. Pada keadaan lebih serius, kekurangan hormon mengancam nyawa kerana ia mengakibatkan suhu badan dan tekanan darah menurun, sukar bernafas serta koma. Namun, kes seperti ini sangat jarang berlaku.

    Punca

    Beberapa punca boleh menyebabkan hipotiroidisme iaitu:

    1) Penyakit Hashimoto — Keadaan di mana sistem imun mengganggu fungsi kelenjar tiroid.

    2) Rawatan bagi masalah hipertiroidisme (kelenjar tiroid terlalu aktif) — Ia termasuk ubat anti tiroid, pembedahan atau radioaktif iodin.

    3) Tiroiditis pospartum — Keradangan kelenjar tiroid yang biasanya berlaku selepas wanita muda melahirkan anak. Keradangan ini boleh menyebabkan masalah hipo atau hipertirodisme. Biasanya bersifat sementara, namun ia boleh berlanjutan dan perlu dirawat.

    4) Hipotiroidisme kongenital — Bayi dilahirkan tanpa kelenjar tiroid atau kelenjar tiroid mereka hanya terbentuk separuh. Ada juga bayi dilahirkan dengan kelenjar tiroid berada pada tempat salah (dipanggil ektopik tiroid).

    Dalam sesetengah kes, kelenjar tiroid bayi boleh berfungsi dan menghasilkan cukup hormon untuk seketika. Bagaimanapun, kelenjar yang tidak terbentuk sempurna itu tidak mampu menghasilkan cukup hormon apabila kanak-kanak berkenaan membesar.

    Kekurangan iodin — Kelenjar tiroid memerlukan iodin untuk menghasilkan hormon tiroksin. Iodin diperoleh daripada makanan yang masuk ke dalam aliran darah sebelum sampai ke kelenjar tiroid. Masalah ini jarang berlaku di negara kita. Ia biasanya terjadi pada penduduk yang tinggal di kawasan pergunungan.

    Penyakit tiroid dan kesuburan

    Menurut Perunding Endokrinologi Pusat Perubatan Subang Jaya, Dr Arlene Ngan, sama ada kelenjar tiroid terlalu aktif atau tidak, kedua-duanya memberi kesan kepada kesuburan wanita yang menyebabkan mereka sukar hamil.

    Ada pakar menyarankan wanita yang mengalami masalah haid atau ketidaksuburan juga sepatutnya menjalani pemeriksaan penyakit tiroid. Kekurangan hormon
    tiroksin bukan saja menyebabkan wanita sukar hamil, tetapi boleh mengakibatkan keguguran.

    Wanita yang ada masalah tiroid dinasihat mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu sebelum hamil bagi mengelak masalah sama ada pada ibu atau bayi.

    Namun, pesakit tiroid wanita yang menerima rawatan tiroksin perlu meneruskan pengambilan ubat sepanjang kehamilan tanpa rasa takut kerana ia selamat.

    "Tiroksin adalah hormon semula jadi yang diperlukan bagi semua orang, termasuk bayi dalam kandungan. Bagi pesakit hipotiroidisme yang hamil, kekurangan hormon ini boleh menjejaskan perkembangan otak bayi yang menyebabkan bayi mungkin mempunyai IQ rendah.

    "Biasanya ketika hamil, keperluan hormon tiroksin meningkat. Justeru, ramai wanita berisiko mengalami masalah kekurangan hormon tiroksin ketika hamil.
    Ini sebabnya wanita disaran menjalani saringan kesihatan untuk mengetahui sama ada mereka mengalami masalah ini atau tidak demi anak dalam kandungan,"
    kata Dr Ngan.

    Ujian pengesahan

    Pemeriksaan atau diagnosis untuk mengetahui sama ada seseorang itu ada masalah kelenjar tiroid sangat mudah, iaitu melalui ujian darah dan boleh dilakukan oleh doktor biasa. Sampel darah anda dihantar ke makmal untuk diuji kandungan hormon tirotropin (dipanggil ujian TSH). Tahap TSH normal ialah antara 0.4 hingga 2.5 mU/l. Jika paras TSH anda melebihi tahap ini (4 hingga 10 mU/l) bermakna anda mengalami hipotirodisme.

    Pemeriksaan ini lebih digalakkan bagi:

    1) Wanita hamil dan menopaus.

    2) Orang tua, terutama yang mengalami masalah fungsi fizikal dan kognitif (pemikiran).

    3) Individu yang ada sejarah keluarga atau diri sendiri mengalami hipotiroidisme.

    4) Pesakit jantung.

    5) Individu yang ada masalah kolesterol tinggi.

    6) Pesakit yang ada sedikit kegagalan kelenjar tiroid.

    7) Individu yang ada masalah degupan jantung terlalu perlahan (kurang 50 degupan seminit).

    Bagaimanapun, pesakit disaran berjumpa doktor pakar jika berumur kurang 18 tahun, tidak bertindak balas terhadap rawatan, wanita hamil, menghidap penyakit jantung atau lain-lain penyakit endokrin serta ada ketumbuhan atau bengkak pada kelenjar tiroid.

    *Rawatan*

    Walaupun gejalanya tidak ketara, tetapi jika tidak dirawat, hipotiroidisme boleh menyebabkan kegagalan jantung. Kekurangan hormon tiroksin memperlahankan degupan jantung kepada 50 atau 60 degupan seminit.

    Bagi wanita hamil, kekurangan tiroksin memberi kesan negatif pada perkembangan otak bayi, bayi lambat membesar dan meningkatkan risiko keguguran. Masalah kekurangan hormon ini secara umumnya meningkatkan risiko sakit jantung, meninggikan paras kolesterol, dinding salur darah menjadi keras yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

    Ini sebabnya pesakit perlu menjalani terapi penggantian hormon dalam bentuk pil makan yang diambil setiap hari sepanjang hayat. Tablet natrium levothyroxine perlu diambil 30 minit sebelum makan untuk meningkatkan penyerapan hormon.

    "Doktor akan menentukan dos sesuai bagi pesakit supaya tidak berlaku berlebihan dos. Tiada halangan untuk mengambil ubat ini kerana badan memerlukan hormon ini. Apabila stabil, pesakit tidak digalakkan menukar jenama ubat kerana setiap ubat ada kadar penyerapan berbeza. Jika masih mahu berbuat demikian, pesakit mesti berbincang dengan doktor kerana mereka perlu menjalani ujian darah semula," kata Dr Ngan.

    Dos penggantian hormon yang tepat sangat penting. Jika dos terlalu rendah, terutama di kalangan pesakit tua, ia meningkatkan risiko kardiovaskular dan menyebabkan masalah degupan jantung dan tekanan darah.

    *Anda mangsa hipotiroidisme?*

    Bagaimana anda boleh tahu sama ada mengalami masalah hipotiroidisme atau tidak? Senarai di bawah mungkin dapat membantu.

    * Saya kerap letih dan mengantuk, tidak bertenaga dan stamina.

    * Minda saya kurang cekap, lambat berfikir, kurang daya tumpuan dan sukar mengingat.

    * Semua fungsi badan menjadi perlahan, termasuk proses perkumuhan dan metabolisme; mengakibatkan berat badan bertambah.

    * Kulit dan rambut menjadi kering. Kulit pucat dan muka membengkak. Kuku juga menjadi rapuh.

    * Saya sentiasa rasa sejuk, walaupun orang lain selesa ada dalam persekitaran sama.

    * Saya perasan ada banyak pemikiran negatif dan murung.

    * Pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan.

    * Otot dan tulang terasa kaku dan sakit. Tangan juga terasa kebas.

    * Tekanan darah saya meningkat, tetapi kadar degupan jantung jadi perlahan.

    * Paras kolesterol meningkat.

    Jika anda memberi jawapan 'Ya' kepada lima daripada soalan di atas, anda disaran segera berjumpa doktor dan terangkan keadaan anda.

    Ia tanda yang mungkin menunjukkan anda mengalami masalah hipotiroidisme.


    SUMBER

    dini

    • *
    • Posts: 28
      • View Profile
    Reply #5 13 February, 2012, 01:09:12 PM
  • Publish
  • Merawat Penyakit Tiroid dengan Biji Apricot Vitamin B17






    Penawar kanser dan merawat kanser
    Allah telah menurunkan penyakit dan Allah juga menurunkan penawarnya. Dengan menggunakan logikal akal anda akan memahami bagaimana Vitamin B17 dari Apricot seed membunuh sel Kanser. Tubuh badan kita telah di ciptakan Allah dengan sebuah sistem pertahanan untuk menentang sel kanser, tetapi ianya bergantung dari diet dan pemakanan yang anda makan.

    Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
    Bengkak di leher
    Cirit birit
    Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
    Gementar dan gelisah, terketar-ketar
    Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
    Kesuburan turun
    Penumpuan kurang
    Mata menjadi besar (bulging)
    Angin yang tidak menentu
    Kejang otot
    Oesteoporosis (kereputan tulang)
    Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
    Suhu badan naik, tak tahan panas
    Rambut tidak kuat
    Sukar bernafas
    Sukar tidur
    Tekanan darah naik
    Turun berat badan walaupun selera naik
    Lemah


    KENAPA KITA MESTI MAKAN APRICOT KERNELS


    Kernels aprikot merupakan kumpulan nut dan seed ( kekacang dan bijirin ). Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakanya adalah kandungan hasiat didalamnya yang sangat luar biasa, terutama Apricot Organik . Dalam bahasa nutrient, Biji Apricot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, Hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini (kanser).
    Amigdalin (Vitamin B17) dapat di perolehi didalam beratus-ratus jenis tumbuhan . Dalam diet pemakanan kita harus ada B17. jika tiada B17 dalam diet pemakanan anda boleh di hidapi penyakit kanser. Selain dari Apricot Kernels B17 juga boleh di perolehi dari badam pahit (amigdalin ( mempunyai rasa pahit - badam manis tidak mengandungi B17 ), epal pips, benih-benih anggur, sekuang, buah beri, ubi kayu, biji buah oren dan biji benih yang lain.
    Terdapat banyak cara yang anda boleh gunakan untuk melawan kanser. Salah satu ialah dengan cara membina sistem imun supaya ia menjadi sangat kuat dan dapat melindungi anda dari kanser. Satu lagi adalah menggunakan supplement with antioxidants yang dapat melawan carcinogens dalam badan anda. Bagaimanapun, B17 menggunakan cara yang sangat unik. Yaitu secara langsung menyerang sel kanser ( directly attacks cancer cells). Maka hasilnya jauh lebih baik dari cara yang telah saya sebut di atas......

    http://rawatkanser.com

    http://ubatsaya2u.blogspot.com



    alauwiya

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #6 02 June, 2012, 10:27:26 AM
  • Publish
  •  :)
    SAYA INGIN BERTANYA MENGENAI PENYAKIT HYPERTIROID,SAYA HARAP ADA ORANG YANG DAPAT MEMBANTU SAYA UNTUK MENDAPATKAN INFO MENGENAINYA KERANA DAH 4 BULAN BAPA SAYA MENGALAMI MASALAH BERKENAAN,BANYAK TEMPAT SAYA DAH PERGI BERUBAT TAPI MASIH TIDAK BERJAYA.KADANG-KADANG SAMPAI SAYA DAN KELUARGA BERPUTUS ASA.

    msa

    • *
    • Posts: 1599
      • View Profile
    Reply #7 05 June, 2012, 12:07:52 AM
  • Publish
  • :)
    SAYA INGIN BERTANYA MENGENAI PENYAKIT HYPERTIROID,SAYA HARAP ADA ORANG YANG DAPAT MEMBANTU SAYA UNTUK MENDAPATKAN INFO MENGENAINYA KERANA DAH 4 BULAN BAPA SAYA MENGALAMI MASALAH BERKENAAN,BANYAK TEMPAT SAYA DAH PERGI BERUBAT TAPI MASIH TIDAK BERJAYA.KADANG-KADANG SAMPAI SAYA DAN KELUARGA BERPUTUS ASA.

    Saudari alauwiya, sila baca dari awal thread ini. Harap bertemu jawapan...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    14 Replies
    15624 Views
    Last post 05 June, 2012, 11:16:02 PM
    by Nurul Nawar
    0 Replies
    1116 Views
    Last post 09 July, 2012, 08:06:45 AM
    by Aliahzakaria