Ini Sejarah Kita...

Author Topic: Ini Sejarah Kita...  (Read 2517 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

akmalshirou

  • *
  • Posts: 410
  • The past should give us hopes.
    • View Profile
25 February, 2011, 05:10:20 PM
  • Publish Di FB
  • "Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar, dan janganlah mereka yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah." -surah Ar Rum : 60-


    Umatku, umatku, umatku...


    Rasulullah juga akan berkata pada hari akhirat nanti, walaupun kita jauh daripada baginda serta sunnah baginda. Lihat dimana kita berada, lihat gaya hidup kita sekarang. Adakah keadaan seperti ini yang baginda mahukan?



    Aku melihat dunia hari ini, umat Islam ibarat digenggam belenggu orang kafir. Akhirat mereka luput, dunia pun tercicir. Budaya jahil diagung-agungkan. Melampau-lampau dalam hiburan, khayalan keterlaluan. Teruk, tidak tertaksir mereka yang karam.


    Barus, Singkel, Pasai, Cordova, Andalusia, Baghdad, Istanbul..
    Hilang, hilang ditelan zaman..
    Kita lupa semua jawapan kehidupan yang mahir dihafal.


    Mampukah kita nak jawab dihadapan Munkar dan Nakir nanti?


    Setengah orang kata yang sejarah ini ibarat pentas bermain wayang. Cerita-cerita lampau dihurai dan dipanjangkan. Bila tamat, diulang dan diulang kembali. Itulah sejarah.


    Dakwah ini bermula dengan seorang, disambung pula oleh para sahabat. Islam kemudian tersebar luas. Kerajaan Umaiyah, Kerajaan Abbasiyah, Kerajaan Turki Uhtmaniyah.


    Ini sejarah kita..

    Kisah bermula lebih 1400 tahun dahulu, di gua Hira'. Rasulullah S.A.W didatangi Malaikat Jibril. Malaikat Jibril berkata, 'bacalah.'

    "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia yang menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu jualah yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahui."

    ( Surah Al A'laq : 1-5 )

    Baginda dilantik menjadi Rasulullah (Utusan Allah). Bermulalah dakwah baginda menyeru manusia menyembah Allah yang Esa.


    17 Ramadhan 624 Masihi
    Peperangan Badar meletus.

    Perang yang pertama dalam Islam. Umat Islam seramai 313 orang melawan 1000 tentera kafir Mekah. Kemenangan berpihak kepada umat Islam.


    10 Ramadhan 631 Masihi
    Pembukaan Semula Kota Mekah

    Semuanya akibat musyirikin Mekah gagal mematuhi perjanjian Hudaibiyah. 360 berhala dimusnahkan. Latta dan Uzza turut hancur berkecai.

    632 Masihi
    Baginda wafat dan perjuangan diteruskan oleh para sahabat. Islam berkembang luas bertitik tolak daripada zaman Khulafa' Ar Rasyidin.

    633 Masihi
    Dibawah pemerintahan Saidina Abu Bakar. Pengumpulan Al Quran dimulakan atas cadangan Saidina Umar.

    638 Masihi
    Pemerintahan Saidina Umar Al Khattab

    Tentera Muslimin berjaya menawan Baitul Maqdis yang sebelumnya berada dibawah pemerintahan Empayar Byzantium.


    661 Masihi
    Kerajaan Islam bertukar corak pemerintahan kepada sistem monarki.

    Kerajaan Bani Umaiyah telah diasaskan oleh Muawiyah bin Abi Sufian. Perkembangan Ilmu berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.

    Seni ukiran di masjid Umayyad Dasmsyik, Syria yang bercorakkan khat.

    Di Tunisia, orang arab mereka sistem pengasingan air dan bendasing. Sistem yang mengaplikasikan fenomena tarikan graviti. Mereka juga membina sistem pengairan kincir air untuk tanaman mereka.


    752 Masihi
    Zaman Pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah bermula..


    763 Masihi
    Penubuhan kota Baghdad.

    786 Masihi
    Masa yang dikenali sebagai zaman Keemasan Abbasiyah.

    Terutamanya pada masa pemerintahan Khalifah Harun Ar Rasyid serta anaknya Khalifah Al Ma'mum. Pada ketika ini Baitul Hikmah didirikan. Baitul Hikmah mempunyai 36 buah perpustakaan dan lebih setengah juta buku berjilid. Memerlukan 120-400 ekor unta untuk memindahkan semua buku itu.

    800 Masihi
    Kaedah saintifik dicipta.

    Al Khawarizmi mengasaskan Algebra dan ilmu falak bermula. Fibonacci dan Master Jacob tertarik dengan pemikiran beliau.

    Buku Al Razi dan Al Asrar diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan menjadi rujukan kimia di barat.

    Teori Al Kindi dalam bidang optik telah mempengaruhi seorang pakar mata barat Roger Bacon.

    Buku Ibnu Sina, Qanun fi Tibb juga sangat berpengaruh di barat.

    Pada zaman ini juga bilangan doktor amatlah ramai. Sehinggakan mereka yang mahu mengambil jurusan kedoktoran perlu ditapis.


    Sementara itu di Andalusia...

    756 Masihi
    Kerajaan Bani Umaiyah Sepanyol telah diasaskan.

    Cordova menjadi pusat Ilmu pada kurun ke 10 Masihi. Terdapat sebuah universiti dan perpustakaan besar yang menjadi tumpuan seluruh dunia. Juga menjadi pusat ekonomi antarabangsa suatu ketika dahulu.


    1000 Masihi
    Masjid Cordova siap dibina.

    Masjid yang menampilkan seni bina yang unik serta seni ukiran yang halus.

    1238 Masihi
    Istana Alhambra, Granada dibina.

    Istana yang menjadi tempat kediaman kerajaan Nasrid. Di istana itu terukir kata-kata,

    "Tiada penakhluk yang berkuasa melainkan Allah"

    Semua ini sebagai peringatan bahawa kehebatan mereka hanyalah kecil berbanding Allah.

    Ilmuan Baghdad dan Andalusia berjaya mengharmonikan tamadun tua Yunani dengan tamadun Islam. Hal ini membuka mata orang barat sehingga mereka mencetuskan satu zaman yang dikenali sebagai Reinassance.

    1187 MASIHI

    Baitul Maqdis ditawan semula oleh Salahuddin dan tenteranya. Di bawah pemerintahannya, umat Islam disatukan dari lembah Nil ke lembah Furat.

    1192 Masihi
    Eropah menghantar lagi satu angkatan tentera yang lebih besar tetapi juga kalah kepada tentera Muslimin.

    Dalam perang salib ini, ketokohan Salahuddin Al Ayubi menyebabkan umat Islam patuh kepada arahannya. Orang Arab dan Mesir berduyun-duyun menyerahkan diri apabila diajak berjihad. Salahuddin ternyata berjaya menyatukan mereka sehingga tiada yang memberontak sewaktu zaman pemerintahannya.

    1453 MASIHI

    Pada tahun ini Sultan Muhammad Al Fateh berjaya menawan Kostantinople.Usaha menjatuhkan kota ini gagal dilakukan selama 800 tahun. Sehinggalah kemunculan raja ini yang pada ketika itu hanya berusia 24 tahun.

    Baginda mengupah jurutera bangsa Hungary untuk mencipta meriam dan berjaya menembak peluru seberat 300kg sejauh satu batu. Bagindalah yang disebutkan dalam hadis nabi sebagai...

    "Pemimpin sebaik-baik pemimpin yang mempunyai tentera sebaik-baik tentera."


    Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda,

    "Islam mula tersebar dalam keadaan asing. Dan ia bakal kembali asing, maka beruntunglah mereka yang asing."



    Di Manakah Pengganti Umar Al Khattab hari ini?

    Siapakah Pewaris Salahuddin al Ayubi hari ini?

    Di Manakah Pemuda-Pemuda seperti Sultan Muhammad al Fateh zaman kini?

    Mereka inilah pemuda-pemuda yang patut kita contohi...

    Saudara seagamaku,
    Mari berjuang, berusaha dan berdoa
    Jika kita mahu mengembalikan
    Kegemilangan kita dahulu

    Ya Allah Ya Rabbal Alamin
    Bangkitkanlah umat ini kembali
    Biar kami merasa cahaya itu kembali
    Sekali lagi

    Marilah kita bersatu
    Berpegang pada taliNya
    Menjadi utuh kembali
    Kerana aku bersumpah dengan keyakinan yang kuat dalam hati kita

    Kita boleh membawa kembali kejayaan masa lalu..

    Sumber rujukan

    http://tukinmyteam.blogspot.com/2011/02/maafkan-kami-ya-rasulullah.html#more
    « Last Edit: 25 February, 2011, 05:12:30 PM by akmalshirou »
    "We pray for our sorrow to end and hopes for our hearts will blend.And who knows, starting a new journey may not be so hard or its already begun"

    5zul

    • *
    • Posts: 3045
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #1 25 February, 2011, 05:54:28 PM
  • Publish Di FB
  • sejarah jen jen jen -
    mu asal mana.... (Senyum)

    kadang kala tue kita nie lalai -
    nak tahu asal sejarah , sejarah yang mana 1 teori darwin ker...
    sejarah penyebaran islam ker-
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    akmalshirou

    • *
    • Posts: 410
    • The past should give us hopes.
      • View Profile
    Jawab #2 25 February, 2011, 06:30:15 PM
  • Publish Di FB
  • sejarah jen jen jen -
    mu asal mana.... (Senyum)

    kadang kala tue kita nie lalai -
    nak tahu asal sejarah , sejarah yang mana 1 teori darwin ker...
    sejarah penyebaran islam ker-

    Ini kan sejarah tamadun Islam..
    Asal tetiba teori darwin pulok ini?
    Pelik betul aih..~

    Kita ini kan datangnya daripada Allah dan kembali kepada Allah..
    Itu asal kita...


    imanhilmi

    • *
    • Posts: 490
    • LA DIINA LIMAN LA AQLA LAH
      • View Profile
    Jawab #3 25 February, 2011, 08:07:33 PM
  • Publish Di FB
  • info yang mahal ni..susah nak dapat..susah juga nak dihasilkan...
    thanks a lot bro...rajin rajin share lagi..

    aku tak takut nerakaNYA..aku tak cari syurgaNYA..yang ku rindu adalah cintaNYA

    akmalshirou

    • *
    • Posts: 410
    • The past should give us hopes.
      • View Profile
    Jawab #4 25 February, 2011, 08:48:32 PM
  • Publish Di FB
  • info yang mahal ni..susah nak dapat..susah juga nak dihasilkan...
    thanks a lot bro...rajin rajin share lagi..

    No hal lah bro..
    InsyaAllah kalau ada kesempatan,
    Ana shared lagi..

    Yosh!!

    akmalshirou

    • *
    • Posts: 410
    • The past should give us hopes.
      • View Profile
    Jawab #5 25 February, 2011, 11:13:29 PM
  • Publish Di FB
  • Pada zaman Khalifah Uthman bin al-Affan(644-656M)

    Saidina Saad bin Abi Waqas telah diutuskan ke China. Bukti pengutusan ini diperkuatkan melalui pengasasan Masjid Wan Shin-zi (maksud: Masjid Kenangan Nabi) di Canton. Dalam perjalanan ke China, deligasi ini pernah singgah di Pulau Jawa dan beberapa pulau di sekitar situ.



    akmalshirou

    • *
    • Posts: 410
    • The past should give us hopes.
      • View Profile
    Jawab #6 25 February, 2011, 11:13:53 PM
  • Publish Di FB
  • Khalifah Muawiyyah bin Abi Sufian (661-680M)

    Umat Islam cuba menyeberangi Nusantara demi membuka (futuwwah) Pulau Jawa. Pada ketika itu, Pulau Jawa di bawah pemerintahan Ratu Sima. Selepas mendapati Ratu Sima seorang raja yang adil, maka khalifah menangguhkan hasratnya sebagai menghormati 'keadilan hak' di pulau tersebut.

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1358
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Jawab #7 26 February, 2011, 01:50:04 AM
  • Publish Di FB
  • akmal..masukkan sekali video haritu yang terangkan pasal sejarah islam tu....biar dapat kongsi kat lelain...^^
    "Ukhwah fillah takkan musnah..lautan erat takkan mungkin patah..Bertemu, berpisah..hanya KENANGAN SEMATA..Redho Allah, Kita cari..Moga2 kita kan diRahmati..Dengan niat yang suci,bertemu kembali di negeri Abadi.. Salam kemaafan."

    5zul

    • *
    • Posts: 3045
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #8 26 February, 2011, 12:03:06 PM
  • Publish Di FB
  • heeeeeee- kamu asal mana.....
    (senyum) dah kenal ker Islam itu apa-
    dah kenal ker Agama itu apa-
    Ugama yg di terangkan....
    penyebaran Islam di tanah melayu-
    Jihad Muhammad sampai mana..
    kaabah di bina bila...
    sampai kaum mana yg gunakan...


    (Senyum)
    apa apa hal terima kasih atas Ilmu yg tuan sampaikan...Insyallah dan mugaan di rahmati

    akmalshirou

    • *
    • Posts: 410
    • The past should give us hopes.
      • View Profile
    Jawab #9 26 February, 2011, 05:25:56 PM
  • Publish Di FB
  • Shift Your Paradigm 1/2


    Jom tengok balik sejarah Islam...
    Moga membuka pintu hati kita..
    Untuk mengubah paradigma kita...

    akmalshirou

    • *
    • Posts: 410
    • The past should give us hopes.
      • View Profile
    Jawab #10 26 February, 2011, 05:27:06 PM
  • Publish Di FB
  • Shift Your Paradigm 2/2 (The video's owner prevents external embedding)

    Yosh!!!!
    Let's bring back glory of our past..~

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    3328 Views
    Last post 30 March, 2008, 03:43:32 AM
    by muslihah
    9 Replies
    4459 Views
    Last post 26 October, 2010, 05:48:33 PM
    by cahaya pencinta
    27 Replies
    3407 Views
    Last post 29 March, 2010, 02:48:53 PM
    by Ummi Munaliza