Rahsia Mimpi

*

Author Topic: Rahsia Mimpi  (Read 144133 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

25 February, 2011, 11:38:03 AM
  • Publish
  • MIMPI RAMBUT GUBUR

    SOALAN:
    Saya bermimpi melihat kepala isteri saya nampak kulit kepalanya, dalam erti kata rambutnya banyak yang gugur. Apakah maksud mimpi saya itu?

    JAWAPAN:
    Mimpi itu MUNGKIN bermaksud isteri anda sedang dalam kesedihan.

    Wallahualam.

    http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2010/05/mimpi-rambut-gugur.html


    MIMPI KAABAH, HUJAN API & QURAN

    SOALAN:
    Saya bermimpi solat sunat 2 rakaat depan kaabah, tiba-tiba datang hujan api, saya dapat menyelamatkan senaskah al-Quran. Apakah maksudnya?

    PENDAPAT SAYA:
    Jika mimpi anda itu benar, mungkin anda akan/ sedang punya peranan (contohnya bekerja secara langsung ataupun secara tidak langsung dengan) dan dekat dengan pihak yang ada kuasa (contohnya pemerintah). Kemudian datang musibah besar (lokasinya tak tahu di mana, mungkin jauh mungkin dekat tetapi sehingga melibatkan pertumpahan darah, ada yang terkorban) yang berpunca/ ada kaitan dengan pihak yang ada kuasa itu. Anda punya peranan penting dalam hal ini (dalam keadaan anda di pihak yang benar).

    Wallahualam.

    http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2010/05/mimpi-kaabah-hujan-api-dan-al-quran.html

    Pandang Global, Bergerak Sebagai Satu Umat.
    BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw.

    Reply #1 25 February, 2011, 11:39:39 AM
  • Publish
  • MIMPI KATIL ROSAK

    SOALAN:
    Salam. Saya bermimpi katil saya rosak lalu saya cuba membetulkan sebahagian daripada yang rosak itu. Apakah tafsirnya?

    PANDANGAN SAYA:
    Sekiranya mimpi itu benar, dan sekiranya anda sudah berumahtangga, hal itu bermaksud hubungan anda dengan isteri ada masalah. Anda cuba membetulkannya tetapi tidak sepenuh hati. Sekiranya anda belum berumahtangga, saya tidak tahu apa ta'birnya.

    Wallahualam.


    MIMPI MELIHAT MAKAM NABI ISMAIL

    PERTANYAAN:
    Salam.

    Saya bermimpi melihat satu kuburan kering dan agak usang di padang pasir, tetapi hati mengatakan itulah kubur Nabi Ismail, tetiba saya sebak.

    Terima kasih, saya dok asyik fikir apa di sebalik mimpi ni.


    PANDANGAN SAYA:

    Wlksm,
    Umumnya mimpi itu membawa maksud baik. Insyaallah anda akan beroleh kebajikan. Seandainya anda sedang/ akan berada dalam sesuatu kesulitan, akan mendapat kelepasan dengan cara yang tidak disangka-sangka dan berakhir dengan kegembiraan.

    Seandainya anda pernah melakukan sesuatu kesalahan atau dosa, anda akan menebusnya.

    Wallahualam.

    http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2010/05/pertanyaan-salam.html

    http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2010/05/mimpi-katil-rosak.html

    Reply #2 25 February, 2011, 11:41:32 AM
  • Publish
  • MIMPI SUAMI BERKAHWIN 4 KALI

    PERTANYAAN:

    Saya asyik mimpi yang suami saya berkahwin lain, malah 4 kali... terima kasih.
    Apakah maksudnya?


    PANDANGAN SAYA:

    Insyaallah suami anda akan beroleh keuntungan dan mendapat lebih kekuasaan. Maksudnya mungkin dia akan dinaikkan pangkat, naik gaji... dan tentunya bertambah tanggungjawab. Dia akan banyak bergerak ke sana ke mari atas urusannya. Namun semuanya atas izin Allah jua.

    Wallahualam.

    http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2010/05/mimpi-suami-berkahwin-4-kali.html



    Reply #3 25 February, 2011, 11:42:21 AM
  • Publish
  • TAFSIRAN UNTUK 6 MIMPI

    SOALAN:

    Assalamualaikum..
    di sini saya nak bertanya kan keadaan mimpi yang terjadi sejak 2 bulan yang lalu

    1) membaca surah yassin beramai-ramai.kemudian saya mengatakan di dalam hati yang bacaan itu salah..
    2) mempertikaikan ayat kursi kerana seseorang memberitahu saya ayat kursi cuma 2 ayat sahaja..kemudian saya membantah yang itu salah..bukannya 2 ayat sahaja.kerana saya membilang sambil membaca ayat kursi tersebut.
    3) menjadi imam membaca surah al-ala.selepas memberi salam ada seseorang dengan marah memanggil saya.seolah-olah bacaan saya mengganggu seseorang yang sedang tidur..lalu saya bersemuka dengan seorang perempuan lalu mencuim tangan saya dan masuk islam..kemudian saya membawanya membeli buku2 agama terjemahan bahasa cina dan jepun.
    4)melihat kaabah.
    5) melihat ayat surah yusuf ayat ke 4.(dikatakan ayat pengasih)..
    6)ketika hendak mandi melihat selawat ke atas nabi pada kertas putih..seolah2 membawa selawat tersebutdi dalam bekas mandi..

    saya minta ustaz perjelaskan mimpi tersebut..sebab ada mimpi tersebut terjadi 2 kali pada malam jumaat...mimpi-mimpi tersebut
    berselang2 selama 2 bulan...

    salam
    munir


    JAWAPAN:

    @ Waalaikumsalam Munir.


    Berikut ialah beberapa tafsirannya.


    MEMBACA SURAH YAASIN BERAMAI-RAMAI TAPI BERASA ADA KESALAHAN BACAAN – Maksudnya anda dan sekumpulan orang tertentu mencintai Nabi Muhammad, tetapi anda berasa ada sesuatu yang tidak kena dengan CARA kumpulan itu mencintai Nabi. Mungkin ada bahagian yang tidak selaras dengan tuntutan agama Islam (menurut pemahaman anda). Anda rasakan mereka mencintai Nabi tapi tidak kena dengan caranya. Wallahua’lam.


    MIMPI PERTIKAIAN JUMLAH AYAT KURSIY – Ayat Kursiy bertempat dalam Surah Al-Baqarah. Bermimpi membaca Surah Al-Baqarah bermaksud umur yang panjang. Mimpi bertikai tentang jumlah ayat Kursiy tidak dapat saya ta’birkan.


    MIMPI JADI IMAM YANG MEMBACA SURAH AL-A’LA – Maksudnya akan beroleh kemuliaan dan dimudahkan pula urusan-urusan. Baki mimpi itu tidak berjaya saya tafsirkan.


    MELIHAT KAABAH – Maksudnya anda melihat ataupun berjumpa dengan seseorang yang berjawatan tinggi.


    MELIHAT AYAT 4 SURAH YUSUF – Jika bermimpi MEMBACA Surah Yusuf, maksudnya anda akan dianiaya, tetapi kemudiannya memegang jawatan besar di perantauan, bukan di tempat asal. Membaca ayat ke-4 bermaksud anda akan mendapat kebaikan melebihi ahli keluarga anda. Bezanya, anda bermimpi MELIHAT ayat ke-4 Surah Yusuf, bukan membaca keseluruhan surah. Jadi saya tidak dapat ta’birkan mimpi ini dengan tepat.


    MIMPI MELIHAT KERTAS BERTULIS SELAWAT DI BILIK MANDI – Tak dapat dita’birkan.


    Sekadar itu sahaja yang diizinkan Tuhan untuk saya mentafsirkannya.


    Abu Zulfiqar

    6 September 2010

    http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2010/09/tafsiran-untuk-6-mimpi.html

    Reply #4 25 February, 2011, 11:44:05 AM
  • Publish
  • MIMPI TERBANG KE LANGIT

    SOALAN:


    Ustaz, mimpi terbang ke angkasa apa ta’birnya?



    JAWAPAN:


    Maksud mimpi itu bergantung pada keadaan mimpi anda. Mimpi terbang ke angkasa boleh membawa maksud anda akan mengerjakan haji.


    Sekiranya terbang ke angkasa dan tidak dapat turun, maksudnya Tuhan mahukan anda menambah ilmu-ilmu agama, menguatkan keimanan dan menambah seberapa banyak amal-amal soleh. Jika ada terambil hak orang, segera pulangkan. Jika ada berbuat salah dengan Tuhan dan orang, mohon ampun maaf. Mimpi sebegini merupakan teguran dari Tuhan kepada anda untuk meningkatkan darjat anda di sisi-Nya.


    Mimpi terbang ke angkasa dan tidak dapat turun, namun akhirnya berjaya turun. Maksudnya mungkin anda akan jatuh sakit tetapi kemudiannya sembuh.


    Wallahua’lam.



    Abu Zulfiqar

    9 September 2010

    http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2010/09/mimpi-terbang-ke-langit.html

    Reply #5 25 February, 2011, 12:01:10 PM
  • Publish
  • assalamualaikum,,,boleh ke saudara tafsirkan tentang mimpi saya ke sebuah perkampungan yang dimana
    semua penduduknya berpakaian puteh,,,???

    Reply #6 25 February, 2011, 12:08:59 PM
  • Publish
  • assalamualaikum,,,boleh ke saudara tafsirkan tentang mimpi saya ke sebuah perkampungan yang dimana
    semua penduduknya berpakaian puteh,,,???
    Insyallah saudari perkampungan bersih suci Alhamdulilah -
    hadiahkan Al-fahtihah yer - (Senyum)

    di riwayatkan di alam sana ada jua perkampunga neraka dan syurga-
    yg neraka di bahagian kepada daerah dan desa desa..bergitu juga sebaliknya di syurga...
    (Senyum).
    '
    *dalam kehidupan kamu sekarang di kelilingi dengan masyrakat yang ambil berat tentang diri kamu dan Islam...
    mengambil berat hal dunia dan akhirat -silakan bawalah diri atau bercampur gaul dengan masyarakat yg di katakan dengan di susuli dengan ADAB DIRI
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Reply #7 25 February, 2011, 01:07:02 PM
  • Publish
  • terima kasih saudara 5zul,,,tapi bagaimana pula dengan bayi yang pernah saya lahir itu,,adakah itu satu amaran atau apa-apa petunjuk untuk saya,,,???
    cuba saudara tengok topik yang bertajuk"tafsir mimpi,,,",,,
    mungkin saudara boleh huraikan untuk saya,,,

    Reply #8 27 February, 2011, 12:39:46 AM
  • Publish
  • SOALAN:
    Ustaz, jika bermimpi dipatuk ular, apakah itu maksudnya akan kena sihir?

    JAWAPAN:
    Bermimpi dipatuk ular boleh membawa beberapa maksud, bergantung pada keadaan mimpi tersebut. Pada suatu zaman dahulu di Tanah Arab, bermimpi dipatuk ular biasanya membawa maksud kita ada musuh yang sedang berusaha melakukan sesuatu yang tidak baik kepada kita.

    Dikatakan pada suatu ketika dahulu, gadis yang bermimpi sedemikian di alam Melayu ini membawa maksud dirinya akan dipinang orang. Wallahua'lam.

    Di alam Melayu pada zaman ini, bermimpi dipatuk ular biasanya membawa maksud ada orang SEDANG/ TELAH melakukan sihir terhadap kita, bukannya AKAN disihir Dan sihir itu melibatkan penggunaan jin.

    Wallahua'alam.

    http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2010/10/soal-jawab-akan-disihir.html

    Reply #9 27 February, 2011, 12:40:47 AM
  • Publish
  • MIMPI MEMAKAI PAKAIAN PUTIH

    SOALAN:
    assalamualaikum ustaz...saya minta maaf kalau mengganggu..tapi saya harap ustaz dpt jawab persoalan yg selalu buat hati saya celaru, fikiran x tenang..dan selalu ketakutan.....betul ke kalau saya mimpi memakai pakaian putih maksudnya ajal saya sudah hampir?harap ustaz tolong jelaskan kebenarannya...terima ksih...

    JAWAPAN:
    Wlksm Sxxxxa.

    Bermimpi memakai pakaian putih tidaklah berkaitan dengan ajal, tetapi berkaitan dengan keagamaan diri kita ataupun berkaitan dengan pasangan hidup (iaitu suami... jika sudah berumahtangga). Umumnya mimpi ini menunjukkan kebaikan.

    Jadi selepas ini anda tidak perlu terlalu memikirkan tentang kematian. Tenang-tenangkan diri dan berfikiran positif. Namun membuat persediaan untuk menghadapi kematian itu memanglah satu pekerjaan yang baik kerana ia boleh berlaku pada bila-bila masa.

    Wallahua'alam.


    Abu Zulfiqar
    21 Oktober 2010

    http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2010/10/mimpi-memakai-pakaian-putih.html

    Reply #10 27 February, 2011, 12:41:38 AM
  • Publish
  • MIMPI RAMBUT LURUH

    SOALAN:

    Saya bermimpi menyikat rambut, banyak rambut yang luruh. Apa maksudnya?


    JAWAPAN:

    Anda akan beroleh penghargaan tetapi menghadapi satu kesedihan.

    http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2010/11/mimpi-rambut-luruh.html

    Reply #11 27 February, 2011, 12:42:45 AM
  • Publish
  • MIMPI LIPAN

    SOALAN:

    Saya bermimpi melihat ada banyak lipan. Suami saya berusaha membunuh lipan-lipan itu. Apa maksud mimpi saya itu?

    JAWAPAN:

    Ada seorang atau lebih wanita yang berusaha untuk mengenakan anda. Dia/ Mereka jenis wanita yang kurang agama, mengikut perasaan dan kurang tahu membezakan antara kebenaran dengan kebathilan. Namun anda akan dibantu oleh suami anda dalam menghadapi gangguan mereka.

    Satu pesanan saya, anda jangan mudah-mudah menaruh syak kepada mana-mana wanita kecualilah jika memang ada bukti kukuh. Langkah yang perlu anda ambil ialah bersandar kepada Tuhan, banyakkan berdoa dan mengambil langkah berjaga-jaga di mana-mana sahaja. Juga akrabkan lagi hubungan dengan suami.

    http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2010/11/mimpi-lipan.html

    Reply #12 27 February, 2011, 12:43:58 AM
  • Publish
  • SOALAN:

    Seorang remaja bermimpi kakaknya meninggal dunia. Apa maksudnya?

    JAWAPAN:

    Saya tak dapat mencari ta’bir yang tepat kerana ada banyak kemungkinan. Boleh jadi si remaja akan jatuh sakit ataupun ada antara saudara-maranya yang meninggal dunia. Boleh jadi juga bermaksud martabat si remaja turun sedikit.

    Wallahua’lam.

    http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2010/11/mimpi-kakak-meninggal-dunia.html

    Reply #13 27 February, 2011, 12:44:47 AM
  • Publish
  • MIMPI KEJAR SYAITAN

    PENYOAL:

    Saya mimpi... saya mengejar syaitan dan memanahnya.. Kemudia tiba di satu bilik saya ternampak ibu saya dan ada dua tiga orang yang lain sedang duduk menghadap saya.. Di sebelah ibu saya ada lembaga putih.. Kemudian saya bertanyakan kepada ibu saya.. macam mana nak keluar??.. Ibu saya pun cakap.. bacalah bismillah.. Kemudian lembaga petuh di sebelahnya mengiyakan..

    Lepas baca bismillah.. baru saya boleh keluar dari mimpi tu..


    ABU ZULFIQAR:

    Mengejar syaitan dan memanahnya – Bermaksud keagamaan tuan bertambah baik dan berpotensi besar jika diasah.

    Baki mimpi itu – Saya tak dapat menta’birkannya dengan baik. Tapi sekiranya keluarga tuan ada saka (sama ada saka silat, bidan, tukang urut, tabib dsb), ia mungkin akan turun kepada tuan. Jika tak ada, ia ada maksud lain yang gagal saya cari perkaitannya. Wallahua’lam.

    Sungguhpun begitu, tafsiran BAKI MIMPI saya ini tidaklah boleh dijadikan sandaran kerana tak mantap. Tafsiran mengejar syaitan dan memanahnya itu insyaallah betul.


    PENYOAL:

    Terima kasih tuan... Pasal saka itu memang benar.. tapi, sekarang saka tu sudah dibuang...
    Mimpi ni saya bermimpi ketika saya kecil.. ketika di sekolah rendah..
    dan sekarang sya sekolah menengah.. form 5..


    ABU ZULFIQAR:

    Ooh macam tu ceritanya. Nampak gayanya tafsiran saya tu ada banyak jugalah betulnya. Alhamdulillah syukur. Insyaallah tuan akan jadi orang yang baik-baik asalkan ada usaha dan kemahuan. Selamat maju jaya.

    http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2010/11/mimpi-kejar-syaitan.html

    Reply #14 27 February, 2011, 12:45:51 AM
  • Publish
  • MIMPI BERWUDHUK TAK SIAP-SIAP

    SOALAN:

    October 15 at 11:14am

    Assalamuaalaikum ustaz,

    Saya nak bertanya tentang mimpi malam tadi (malam Jumaat dalam keadaan berwuduk). Sebelum ini pernah bermimpi terbang. Dah banyak kali mimpi tu, akhirnya dapat penyakit. Betul apa yang ustaz tafsirkan.

    Malam tadi saya bermimpi ke masjid nak menunaikan solat, di dalam masjid penuh dengan anak-anak tahfiz/yatim berjubah putih (kelihatan suci) dan ustaz yang memimpin kumpulan ini.

    Semasa mengambil wuduk,saya terdengar dari luar ustaz mengarahkan supaya bacaan al-Quran di sambung lagi hingga sampi waktu sembahyang. Sementara itu saya mengambil wudhuk, tapi banyak sangat halangan hingga masuk waktu, antaranya - air kurang dan terus berhenti, wudhuk tapi masih kotor dengan pasir. Sedang saya berusaha sehingga baju basah, datang 2 orang mengambil wuduk tanpa ada masalah.

    Saya nampak dari luar imam seolah-olah sedang menunggu saya menghabiskan wuduk untuk memulakan sembahyang tapi saya masih belum dapat sempurnakan wuduk walau berkali-kali berusaha. Akhirnya bila sampai saya membasuh kaki, terus saya terjaga dari tidur.

    Apa tafsirannya ustaz? Mohon penjelasan dan terima kasih banyak sudi membalas.


    JAWAPAN:

    Waalaikumsalam xxx xxxx.

    Pertamanya... mohon ribuan maaf kerana memang lewat memberikan jawapan. Sebenarnya inilah kali pertama orang meminta dita’birkan mimpi dan dalam mimpi itu ada saya. Jadi saya sedikit ‘goncang’ dalam proses mentafsir mimpi tersebut, yang memungkinkan ta’birannya tidak setepat mana.

    Atas dasar itu, saya bentangkan mimpi tuan itu kepada teman-teman lalu menunggu maklumbalas mereka. Setelah lebih kurang tiga minggu, masih belum sesiapa yang berani memberi komen, apatah lagi untuk memberikan ta’birnya.

    Maka di sini saya akan cuba memberikan perincian kepada setiap satu ehwal dalam mimpi itu, dan kemudiannya ta’bir keseluruhannya kita pulangkan kepada pandangan masing-masing.

    1. Tidur dalam keadaan berwudhuk pada malam Jumaat lalu bermimpi, biasanya menunjukkan mimpi itu teguh dan boleh dipegang.

    2. Masjid dalam mimpi itu menunjukkan keamanan, aman daripada bahaya

    3. Anak-anak tahfiz/ anak-anak yatim yang berjubah putih dan kelihatan suci dalam mimpi itu membawa maksud tuan akan memperolehi kebaikan, keuntungan, dihilangkan kesusahan, mendapat berita gembira dan seumpamanya.

    4. Jubah-jubah putih itu ertinya agama.

    5. Melihat saya dalam mimpi itu bermaksud tuan akan beroleh kebaikan dan keberkatan (bukan kerana saya hebat/ baik dll, tetapi bermimpi melihat seorang lelaki yang tuan kenali sebagaimana suasana mimpi tuan ini, memang begitulah tafsirnya tidak kira siapa yang tuan lihat).

    6. Mengambil wudhuk tetapi tidak siap-siap kerana ada pelbagai halangan maksudnya ada urusan tuan yang tidak selesai.

    Begitulah lebih kurang maksud beberapa ehwal mimpi tuan itu.Terpulanglah kepada tuan untuk mentafsirkannya : )

    .......

    Berikut pula ialah tafsiran saya yang ‘goncang’ itu (hanya sebagai perkongsian, bukan untuk dipegangi). Sebagaimana yang saya maklumkan pada awal tadi, ta’biran saya jadi ‘tidak stabil’ kerana saya turut berada dalam mimpi itu! Hal ini kerana... jika ta’birannya baik, orang akan melihat seolah-olah saya mengangkat diri sendiri. Jika ta’birannya buruk pula, orang akan memandang tidak baik pula. Inilah masalahnya.

    Rigkasnya begini.

    Ada satu pekerjaan atau sesuatu perjuangan dalam agama Islam ini ( saya tak tahu apa jenis pekerjaan/ perjuangan itu) yang tuan sangat berminat untuk melibatkan diri berjuang bersama. Yang pasti, perjuangan ini mengutamakan kedamaian dan berada di landasan yang benar. Dalam pekerjaan/ perjuangan itu, saya ialah salah seorang yang berperanan tetapi bukanlah sebagai pemimpin utama. Peranan saya lebih kecil tetapi tanggungjawabnya BERAT (ini yang tak berapa sedap nih).

    Tuan memang sangat berminat untuk menyertainya tetapi ada urusan tuan yang tidak siap-siap menyebabkan tuan terlewat (tidaklah diketahui apakah urusan yang sukar untuk disipakan itu). Padahal orang lain senang-senang sahaja turut serta. Wallahua’lam.

    Kesimpulannya, mimpi ini secara keseluruhannya membawa maksud yang baik.


    Abu Zulfiqar

    8 November 2010.

    http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/2010/11/mimpi-berwudhuk-tak-siap-siap.html

    Reply #15 08 April, 2011, 10:47:21 PM
  • Publish
  • saya ada bermimpi melihat wajah di cermin.  Ada org kata ia bermaksud suami curang pada saya.  apa pandangan ustaz.

    Reply #16 09 April, 2011, 12:59:10 PM
  • Publish
  • saya ada bermimpi melihat wajah di cermin.  Ada org kata ia bermaksud suami curang pada saya.  apa pandangan ustaz.
    (senyum) jikalau kalau wajah sendiri Insyallah di dalam IlmuNya wajahtu......
    di perlihatkan diri sendiri dalam pembahagian Diri itu sendiri....mengatakan diri ini terasa bersalah dengan kelakuan atau pun tidak...
    demi kebaikkan diri ini , berbalik pada ALLAH yer..usah bersangkaburuk kepada suami atau pun diri sendiri...sentiasa berpegang teguh pada janji ALLAH -
    Insyallah wajah yg mu nampak itu lebih bercahaya...(senyum)

    Reply #17 09 April, 2011, 01:02:54 PM
  • Publish
  • terima kasih saudara 5zul,,,tapi bagaimana pula dengan bayi yang pernah saya lahir itu,,adakah itu satu amaran atau apa-apa petunjuk untuk saya,,,???
    cuba saudara tengok topik yang bertajuk"tafsir mimpi,,,",,,
    mungkin saudara boleh huraikan untuk saya,,,
    Alhamdulilah... maaf tak perasan-(senyum)

    mimpikan bayi membawa kepada 2- 1 kebaikkan 1 keburukkan...
    berbalik pada kedudukannya kamu dalam membawakan diri demi kebaikkan melalui saluran kehambaan dengan menyerahkan jiwa dan raga kepada yg maha Esa... segala usaha penat lelah kamu akan di bayar dengan setimpalNya dengan apa yg kamu Usahakan...
    Insyallah dan Alhamdulilah.... usah lupa kelak nanti Kufur Nikmat...(senyum)

    Reply #18 09 April, 2011, 03:44:52 PM
  • Publish
  • assalamualaikum...sy pula ingin bertanya..2 hari lepas ibu saya bermimpi.ada seorang baby berdiri d hadapan ibu tanpa mmakai pakaian..ibu cuba mengangkat bayi tersebut,ttapi tidak berjaya krna tlalu berat.akhir nye ibu sy melepaskn bayi tersebut..bl tjaga dr mimpi tersebut,ibu ckp ayah sy yg sedang tidur melaga-laga kn gigi nya..utk pengatahuan ustaz/ustazah,ayah sy skrg sedang mngalami strok yg mnyebab kn kesan pd otak(pendarahan otak)..ayah sy juga sll bgtaw yg dia sering melihat ada 2 jin yg dtg utk mngganggu klrga sy..apa pndgn ustaz?terima kasih..

    Reply #19 09 April, 2011, 06:18:21 PM
  • Publish
  • Saudara 5zul, saya tak faham maksud saudara boleh bagi huraian yang lebih jelas lg, terima kasih..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    7 Replies
    5373 Views
    Last post 08 June, 2013, 11:37:23 AM
    by afaf
    64 Replies
    12722 Views
    Last post 17 April, 2012, 04:38:15 PM
    by Ana ibrahim
    3 Replies
    1969 Views
    Last post 24 October, 2014, 04:20:15 PM
    by etohajra86