0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.
Ada apa2 komen mengenai tajuk di atas?Apa tugas2 wali/karamah ni?Bagaimana kedudukan wali/karamah di sisi Allah?Salah satunya Wali Songo.Bleh berikan ana sedikit penjelasan mengenainya utk manfaat kita bersama.
Quote from: umsha on 06 July, 2007, 03:03:55 PMAda apa2 komen mengenai tajuk di atas?Apa tugas2 wali/karamah ni?Bagaimana kedudukan wali/karamah di sisi Allah?Salah satunya Wali Songo.Bleh berikan ana sedikit penjelasan mengenainya utk manfaat kita bersama.menarik..kalau forumer kita terdiri dpd ahli tasawuf peringat mutawasit dan muntahi...mungkin boleh berkongsi pandangan..termasuk dlm golongan wilayat..
kita ASWJ tidak pernah menafikan wali2 dan kewujudan karamah ini, cuma perkara ini seringkali disalahgunakan...maka wujudlah ajaran sesat...ayah pin,al-arqam,kematian boleh dirunding dan macam2 perkara.......
Kebanyakan ahli sufi yang saya jumpa mereka mengatakan wali ini bukan penting pada luaran, seperti berjalan atas air, terbang tetapi yang paling penting mereka ini ariff akan tuhan mereka....Mereka mengenali tuhan dengan sebenar-benar kenal..... Keariffan mereka itu yang menjadikan diri mereka wali bukan kerana mereka boleh terbang dan sebagainya. Terbang dan berjalan atas air itu hanyalah cerita orang dahulu, sekarang nie david blaine, david corferfil(ahli magic) pun boleh wat macam tue. Wali Allah mereka itu memahami keihklasan yang sebenar-benarnya, kusyuk dengan sebenar-benarnya , kaedah untuk mentauhidkan Allah serta Ilmu dan amal didalam perjalanan untuk mengenal Allah.....
Sekadar perkongsian melalui buku yang telah ana sarankan untuk dibeli seperti post ana sebelum ini..Ana tertarik dengan kata-kata yang telah dinukilkan oleh Syeik al-Islam Ibnu Taimiyyah seperti berikut..Terjemahannya:"Telah diketahui, di antara manusia terdapat wali Allah s.w.t dan wali Syaitan, yang mesti membezakan di antara kedua2nya, sebagaimana Allah s.w.t dan RasulNya membezakan.Katanya lagi:" Wali Allah s.w.t adalah orang mukmin yang yang bertakwa. Sebagaimana diutarakan Allah s.w.t: (terjemahannya) Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. -Yunus:62-63 Didalam hadis sahih yang diriwayatkan Bukhari dan lainnya, daripada Abu Hurairah, daripada Nabi s.a.w baginda bersabda bahawa Allah s.w.t berfirman:(terjemahannya) Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku, maka bererti dia telah menentang-Ku berperang. Setiap kali hamba-ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan melaksanakan apa yang Aku wajibkan kepadanya. Dan dia terus mendekatkan diri kepada-Ku dengan menunaikan amalan sunnah sehingga Aku mencintainya. Dan jika Aku mencintainya, Aku adalah telinganya untuk mendengar, matanya untuk melihat, tangannya untuk memukul, kakinya untuk berjalan.Di dalam riwayat lain disebutkan: "Dengan-Ku, dia mendengar, melihat, memukul dan berjalan. Jika dia meminta, pasti Aku berikan. Jika dia memohon perlindungan, pasti Aku melindunginya. Dan tiadalah Aku ragu melakukan sesuatu selain ketika Aku ingin mencabut nyawa hambaku yang beriman, sementara dia membenci kematian. Dan Aku tidak ingin menyakitinya. Padahal dia harus mati ".(pada bahagian ni ada nota kaki yg panjang, malas benor nak menulisnya-abu ishak-[/b])Katanya lagi, " Ini merupakan hadis paling sahih yang diriwayatkan tentang wali. Nabi s.a.w menjelaskan sesiapa yang menentang wali Allah s.w.t bererti dia memerangi Allah s.w.t. Didalam hadis lain disebutkan, "Sesungguhnya Aku akan menuntut balas untuk wali-wali Ku, sebagaimana singa di dalam perang(ada notakaki pada ayat ni-abu ishak-). Ini kerana wali Allah s.w.t beriman kepadaNya dan selalu menurutinya. Mencintai apa yang Dia cintai, membenci apa yang Dia benci. Redha terhadap yang diredhaiNya. Murka kepada apa yang Dia murkai. Memerintahkan apa yang Dia perintahkan, melarang apa yang Dia larang. Memberi kepada orang yang Dia sukai untuk diberi. Tidak memberi kepada orang yang tidak Dia beri. Sebagaimana terdapat di dalam Sunan at-Tizmidzi dan lainnya daripada Nabi s.a.w dia bersabda, "Iman yang paling kuat adalah mencintai kerana Allah s.w.t, memberi kerana Allah s.w.t, dan tidak memberi kerana Allah s.w.t, bererti telah sempurna imannya.(ada nota kaki pada ayat ini ana ringkasakan: "al-Allamah al-Bani memberi komen: "Hadis ini dengan semua jalannya, minima berdarjat Hasan" Silakan anda lihat di dalam kitab"Silsilah Hadis Sahih"-abu ishak- ) "pada m/s 26(buku yang ana beli, terbitan JASMIN) yang lain katanya lagi:" Anda harus mempercayai Muhamad s.a.w sebagai nabi terakhir, tidak ada lagi nabi sesudahnya. Dia diutus kepada manusia dan jin. Sesiapa sahaja yang mengingkari ajaran yang dibawanya, bererti dia bukan mukmin, apalagi menjadi wali Allah s.w.t.(dari situ wali Allah mesti mengetahui Sunah2 nabi dan dapat membezakan perkara yang telah ditokok tambah dalam Islam-abu ishak-) Barangsiapa yang mengimani sebahagian ajarannya dan mendustakan sebahagian lain, maka dia adalah kafir. Allah s.w.t berfirman:(terjemahannya) Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir), merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. Orang-orang yang beriman kepada Allah dan para rasul-Nya dan tidak membeda-bedakan seorangpun di antara mereka, kelak Allah akan memberikan kepada mereka pahalanya. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. -An-Niasa':150-152- Di antara rangkaian iman kepada Rasul s.a.w adalah mengimani bahawa dia merupakan perantara antara Allah s.w.t dan hambaNya di dalam menyampaikan perintah, larangan, janji dan kecaman, halal dan haram. Halal ialah sesuatu yang dihalalkan Allah s.w.t dan RasulNya.Haram ialah sesuatu yang diharamkan Allah s.w.t dan RasulNya. Agama ialah apa yang disyariatkan Allah s.w.t dan Rasulnya. Maka sesiapa yang meyakini bahawa para wali di dalam beribadah kepada Allah s.w.t boleh menempuh jalan lain tanpa mengikuti Muhamad s.a.w adalah kafir dan termasuk wali Syaitan. "Sekian, Alhamdulillah semoga ada manfaatnya...
Salaaammm....Pangkat2 wali ada beberapa nama.1. Qutub ...1 orang.2. Ghauth/Mukhtarain...2 orang.3. Autad...ada empat orang.4. Ahkyar...7 orang.5. Abdal....40 orang.6. Nujaba'...70 orang.7. Nuqaba'....300 orang.8. At takhya'...70,000 ada seorang setiap daerah.setiap seorang yang mati akan diganti dengan seorang....wallahualam..
Quote from: mannmizz786 on 21 May, 2009, 02:18:55 PMSalaaammm....Pangkat2 wali ada beberapa nama.1. Qutub ...1 orang.2. Ghauth/Mukhtarain...2 orang.3. Autad...ada empat orang.4. Ahkyar...7 orang.5. Abdal....40 orang.6. Nujaba'...70 orang.7. Nuqaba'....300 orang.8. At takhya'...70,000 ada seorang setiap daerah.setiap seorang yang mati akan diganti dengan seorang....wallahualam..wali kutub nie lebih dari sorang...tetapi sultanul aulia hanya seorang...begitu juga dengan mujaddid..yang wujud hanya 100 tahun di awal kurun..hanya seorang..dua dan tidak lebih dari tiga..dimana kekuatan dan ketakwaan dan tinggi darjad antara ..wali2 adalah sultanul auliya..dan kehebatan mujaddid...di kurunnya...kerana semua para wali akan berbaiah dengannya...(minta rujuk pada yang arif)
Dimulakan Oleh ahmad_siddiqui Aqeedah
Dimulakan Oleh ifah90 Kisah
Dimulakan Oleh den_hijjaz Ulama' & Tokoh