Ke Mana Roh Selepas Matinya Jasad?

*

Author Topic: Ke Mana Roh Selepas Matinya Jasad?  (Read 11470 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

abuzulfiqar

  • *
  • Posts: 798
    • View Profile
25 February, 2011, 01:29:09 AM
  • Publish
  • Ke Mana Roh Selepas Matinya Jasad?

    Ke Mana Roh Pergi Selepas Mati? Ada banyak pandangan para ulama.

    1. Abu Hurairah & Abdullah bin Umar : Roh-roh bernaung di sisi Allah SWT

    2. Di perkarangan syurga.

    3. Di perkarangan kubur masing-masing.

    4. Imam Malik : Bebas ke mana-mana.

    5. Imam Ahmad : Roh mukmin di syurga, roh kafir di neraka.

    6. Roh mukmin di Jabiyah, roh kafir di perigi besar di Hadramaut, Yaman.

    7. Di bumi.

    8. Roh mukmin di Illiyin di Langit Ketujuh, roh kafir di Sijjin di Bumi Ketujuh.

    9. Roh mukmin di perigi Zamzam, roh kafir di perigi Barahut.

    10. Roh mukmin berada di alam barzakh (satu alam antara alam dunia dengan alam akhirat) dan bebas bergerak ke mana-mana. Roh kafir di Neraka Sijjin.

    11. Roh mukmin di kanan Nabi Adam, roh kafir di kirinya (sebagaimana gambaran dalam peristiwa Isra’ Mi’raaj)

    12. Ibnu Hazm : Berada di tempat roh-roh itu diciptakan sebelum dimasukkan ke dalam jasad. Allah menciptakan semua roh sekaligus di sana.

    13. Abu Umar bin Abdul Bar : Roh para syuhada’ di syurga, roh mukmin di perkarangan kubur masing-masing.

    14. Abdullah bin Mubarak : Tidak berada di dalam syurga tetapi boleh mengecap buah-buahan syurga dan mencium bau syurga.

    15. Roh para syuhada’ berada dalam perut burung hijau yang bergantungan di ‘Arasy, pergi balik ke taman-taman syurga.

    16. Mujahid : Berada di kubur masing-masing pada 7 hari pertama dikebumikan.

    Pandangan yang sesat mengatakan:

    17. Roh terhapus selepas kematian

    18. Roh bertempat pada binatang yang sesuai dengan perlakuan roh tersebut.

    Sumber : Kitab Ar-Ruh susunan Ibnu Qayyim

    http://alexanderwathern.blogspot.com/2011/01/ke-mana-roh-selepas-matinya-jasad.html
    Pandang Global, Bergerak Sebagai Satu Umat.
    BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw.

    Tujuh Berulang

    • *
    • Posts: 24
      • View Profile
    Reply #1 25 February, 2011, 10:19:23 AM
  • Publish
  •  :)
    Sekadar yg saya diberi faham;
    Roh berada di alam barzakh, dan di alam barzakh itu roh akan berada di beberapa tingkat berdasarkan amalan mereka di dunia.. sesuailah dgn pendapat yg diberikan di atas... di alam barzakh itu tiada masa, maka ada golongan yg sentiasa menantikan kedatangan kiamat, ada yg sentiasa menantikan rahmat dari doa para muslimin di dunia.. walau bagaimanapun yg penting bahawa semua itu di bawah penguasaan Allah, Tuhan Semesta Alam..

    5zul

    • *
    • Posts: 3023
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #2 25 February, 2011, 11:33:17 AM
  • Publish
  • rasa nak balik balik lah rumah - heeeee
    harus di ingat setan menyerupai akan diri -
    selepas terputus jasad dan nyawa.. Qarin jin setan tak ikut akan kamu -
    dia akan tinggal sehingga hari pembalasan... kalau duk nampak arwah berjalan jalan..silakan lah jauhi-
    dan yg mengetahui siapa itu Ruh dan di mana ia berada Insyallah -
    ada ulamak mengatakan Ruh akan datang kepada manusia melalui mimpi -
    (Senyum) - tapi harus mengenali siapa dia adakalah Qarin kalangan jin - (setan)

    *Al-Israa'-
    [84]
    Katakanlah (wahai Muhammad): "Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya".
    [85]
    Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
    [86]
    Dan sesungguhnya jika Kami kehendaki, tentulah Kami akan hapuskan apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, kemudian engkau tidak akan beroleh sebarang pembela terhadap Kami untuk mengembalikannya.
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Ayatul Ukhuwwah

    • *
    • Posts: 388
    • sy mahu jd serikandi berjiwa pejuang..InsyaAllah
      • View Profile
    Reply #3 25 February, 2011, 11:49:38 AM
  • Publish
  • rasa nak balik balik lah rumah - heeeee
    harus di ingat setan menyerupai akan diri -
    selepas terputus jasad dan nyawa.. Qarin jin setan tak ikut akan kamu -
    dia akan tinggal sehingga hari pembalasan... kalau duk nampak arwah berjalan jalan..silakan lah jauhi-
    dan yg mengetahui siapa itu Ruh dan di mana ia berada Insyallah -
    ada ulamak mengatakan Ruh akan datang kepada manusia melalui mimpi -
    (Senyum) - tapi harus mengenali siapa dia adakalah Qarin kalangan jin - (setan)

    *Al-Israa'-
    [84]
    Katakanlah (wahai Muhammad): "Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya".
    [85]
    Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
    [86]
    Dan sesungguhnya jika Kami kehendaki, tentulah Kami akan hapuskan apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, kemudian engkau tidak akan beroleh sebarang pembela terhadap Kami untuk mengembalikannya.


     :)

    -ada ulamak mengatakan Ruh akan datang kepada manusia melalui mimpi -


    mak saya pernah cerita..beliau nampak arwah abang saya semasa tidur..mak bagi tahu..arwah abg senyum kat dia..muka bersih bercahaya.. berpakaian jubah serba putih..tapi tak cakap ape2..sekadar senyum sahaja..kejadian nie berlaku selepas beberapa hari arwah meninggal..tp kat sini saya nak tahu betol ke kalau yg dtg tu senyum..itu memang roh dia..tp kalau dtg dlm mimpi tu bercakap-cakap dgn kita..itu katanya syaitan..minta penjelasan..

    5zul

    • *
    • Posts: 3023
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #4 25 February, 2011, 12:12:22 PM
  • Publish
  • yup selalu ruh yang bersih akan senyum dan berdiam -
    dan adakalaNya pentunjuk di suruh atau menyempurnakan..
    iaitu melakukan solat dan sebagainya...
    Alhamdulilah -
    hadiahkan Al-Fahtihah yer -(senyum)

    Ayatul Ukhuwwah

    • *
    • Posts: 388
    • sy mahu jd serikandi berjiwa pejuang..InsyaAllah
      • View Profile
    Reply #5 25 February, 2011, 12:21:29 PM
  • Publish
  • yup selalu ruh yang bersih akan senyum dan berdiam -
    dan adakalaNya pentunjuk di suruh atau menyempurnakan..
    iaitu melakukan solat dan sebagainya...
    Alhamdulilah -
    hadiahkan Al-Fahtihah yer -(senyum)


    terima kasih atas penjelasan.. :syukur:..moga arwah sentiasa dicucuri rahmat.. :aamiin:

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #6 06 July, 2011, 02:57:38 PM
  • Publish
  • ada sebahagian Roh berada di alam JIN, alam Ghaib tingkat satu,

    ROh yang terbabit, kerana, semasa hidup berdampingan JIN
    ada ayat Allah melarang kita mengambil kawan JIN, nanti hanya akan menambahkan sombong mereka.

    selalunya, manusia such as Bomoh, guru, dan lain lain sebagainya, sukalah mengambil bantuan JIN untuk memudahkan pekerjaan dalam dunia mereka, itu yang di namakan Khadam

    Perjanjian itu selalunya ada janji, makan DARAH ( sebagai ganti manusia - ayam, sebab ayam juga berkaki dua)

    apabila hampir mati, jin jin itu tidak di bebaskan, menjadilah mereka itu puSAKA keturunan
    kebanyakan punca penyakit berkaitan DARAH, walau doktor kata, VIRUS, kami kata jin syaitan, saka baka

    di pendekkan cerita

    kematian akibat perdaya syaitan, ROH akan masuk ke alam JIN< akan di perkudakan oleh JIN< menunggu waktu, sebenar maut yang di janjikan kepadanya

    pelajarannya

    jangan lah suka ambil JIN sebagai kawan

    manusia Khalifah Allah, terbaik, hargailah dirimu

    inshallah

    awaludin makrifatulloh

    semuga dapat kembali kepada Allah

    subhanallah


    Nasiha Sakina

    • *
    • Posts: 97
    • _ Insan Dhaif, Faqir _
      • View Profile
    Reply #7 03 June, 2012, 09:18:38 PM
  • Publish
  • Alhamdulillah.. perkongsian yang sangat menarik...

    ikwanRasullah

    • *
    • Posts: 74
    • PEACE LOVE HARMONY UNITE
      • View Profile
    Reply #8 03 June, 2012, 10:31:53 PM
  • Publish
  • Ke Mana Roh Pergi Selepas Mati? Ada banyak pandangan para ulama. wow dekat 18 tempat di khabarkan

    "Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja"

    maap CUBA  tanya DIMANA ROH ADA SEMASA HIDUP???

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1375
      • View Profile
    Reply #9 03 June, 2012, 11:05:13 PM
  • Publish
  • alaaaa takde lineee pulak hp nieee ... aduhhh dah la ada hal penting niehhh .. tak guna punya hp .......

    tercari2 line hp ... nampak kaaa ....

    5zul

    • *
    • Posts: 3023
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #10 04 June, 2012, 08:14:36 AM
  • Publish
  • lihat kisah israj miraj...

    nanti faham lah ... (senyum)

    hamba sebenar hamba dan hamba sebenar Diri -


    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    14 Replies
    7174 Views
    Last post 01 February, 2012, 03:34:13 AM
    by al_ahibbatu
    3 Replies
    1767 Views
    Last post 23 May, 2012, 01:37:59 PM
    by Mei
    1 Replies
    1072 Views
    Last post 20 June, 2013, 03:46:33 PM
    by al_ahibbatu