Sopan Santun Remaja

*

Author Topic: Sopan Santun Remaja  (Read 3753 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

19 February, 2011, 07:43:16 AM
  • Publish
  • KESANTUNAN dalam konteks remaja bermakna sifat dan pekerti yang tinggi, berbudi bahasa dan tabiat beradab. Kesantunan tidak sahaja merupakan cerminan budaya timur tetapi anjuran Islam. Kesantunan menjadikan remaja mempunyai rasa tertib yang tinggi dan berhemah dalam melakukan sesuatu. Kesantunan adalah cerminan watak yang boleh dijadikan sumber ikutan juga teladan. Kesantunan juga menjadikan remaja bangsa beradab dan mampu membina budaya tinggi iaitu tamadun.



    KESANTUNAN = BERSOPAN SANTUN
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #1 19 February, 2011, 07:45:22 AM
  • Publish
  • Kenapa isu ini mula dibangkitkan sekarang ini?

    Isu kesantunan ini mula dibangkitkan semula kerana terdapat sebilangan remaja yang hilang pedoman, akhlak dan integriti diri.

    Jiwa mereka kosong dengan kefahaman sejarah dan budaya serta lompong dengan ilmu agama dan keinsafan diri.

    Lalu budaya popular daripada acuan Barat dijadikan sandaran maju dan moden. Sikap berpoya-poya, rasa hilang malu dan adab, melanggar tertib dan peraturan, hilang malu dan sopan menjadi sebahagian yang melatari watak remaja.

    Remaja seperti ini mudah cair dengan pengaruh negatif dari Barat.

    Remaja seperti ini hanya memikirkan kepentingan diri dan bukan kepentingan orang lain. Selalunya mereka tidak ada rasa syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada nikmat kehidupan yang diperolehi.

    Reply #2 19 February, 2011, 07:47:14 AM
  • Publish
  • Lantas bagaimana kita ingin membantu mereka? Apakah langkah pertama yang sebaik-baiknya?

    Reply #3 19 February, 2011, 07:47:58 AM
  • Publish
  • 1. Kesantunan Terhadap Ilmu

    Kesantunan bermula dengan menyantuni ilmu-ilmu yang bermanfaat supaya pematangan akal dan pemerkasaan diri berlaku dengan baik. Ilmu yang bermanfaat umpamanya boleh didapati dalam khazanah tamadun Islam.

    Pada masa sama, ilmu-ilmu berbanding yang bermanfaat dari Barat dan Timur harus juga dicari. Menyantuni khazanah Islam dan faktor-faktor di luar lingkungan adalah amat penting supaya konsep ilman nafi'a (ilmu-ilmu yang bermanfaat) dapat disuburkan dalam kehidupan.

    Kelompok remaja seharusnya menjadikan ilmu Islam dan ilmu berbanding sebagai faktor penting dalam menentukan kejayaan pembangunan dan kemajuan.

    Faktor globalisasi yang sedang mendatangi umat Islam kini menuntut persiapan yang rapi di kalangan remaja untuk menguasai ilmu pengetahuan yang pelbagai supaya nantinya umat Islam tidak hanya menjadi pengguna kepada modal orang lain tetapi harus menjadi penyumbang kepada kekuatan tamadun manusia.

    Reply #4 19 February, 2011, 08:14:43 AM
  • Publish
  • 2. Kesantunan Akhlak Dan Jati Diri

    Kesantunan harus terhubung dengan memiliki kekuatan akhlak dan jati diri. Dengan kekuatan akhlak, para remaja tidak mudah cair dengan pengaruh budaya luar yang negatif.

    Memiliki jati diri yang Islami boleh menjadikan para remaja orang-orang yang berprinsip di samping memiliki wibawa diri yang dihormati. Isu yang berbangkit kini ialah ramai di kalangan remaja islam sedang terjebak dalam kemelut akhlak yang mencemaskan, sedangkan kelemahan umat Islam di mana-mana memerlukan keterampilan generasi muda yang berpotensi untuk melakukan perubahan.

    Ramai yang berpendapat bahawa memiliki peribadi yang baik dan kesantunan yang tinggi merendahkan sifat berani dalam diri.

    Sering sahaja mereka diperkecilkan dan dianggap tidak berani menyaingi orang lain walaupun mempunyai tahap ilmu yang tinggi.

    Tanggapan itu salah kerana keteguhan akhlak dalam watak dan tingkah laku menjadi prasyarat penting untuk menentukan warisan masa depan negara berada di tangan orang-orang yang berintegriti. Dengan ilmu dan akhlak yang mulia, potensi remaja akan lebih terserlah dan keberanian menegakkan sesuatu yang benar disertai dengan ilmu yang terarah dan bermanfaat.

    Reply #5 19 February, 2011, 08:17:39 AM
  • Publish
  • 3. Pendekatan Strategik Dalam Keupayaan Berfikir

    Dalam proses penyantunan ialah keupayaan remaja melatih diri supaya mempunyai upaya berfikir dan cara pendekatan yang strategik.

    Strategik dalam erti kata para remaja harus mampu mengimbangi antara idealisme dan realiti. Idealisme dalam hidup remaja adalah sesuatu yang amat penting.

    Idealisme tanpa menyantuni realiti akan mewujudkan keadaan yang tidak seimbang. Idealisme cuba melihat sesuatu dalam keadaan serba sempurna tetapi realiti masyarakat tidaklah sepenuhnya sempurna.

    Oleh itu antara visi dan misi (idealisme) bagi mencapai sesuatu matlamat dalam perjuangan hidup harus mengambil kira faktor ilmu, upaya guna tenaga, alat-alat bantu, kekuatan teknologi supaya pendekatan yang diambil menjadi seimbang. Kalau tidak, para remaja hanya seronok dengan pendekatan pidato-pidato, reaktif terhadap isu tetapi pro-aktif menyantuni penyelesaian.

    Reply #6 19 February, 2011, 08:22:31 AM
  • Publish
  •  :)

    rasanya tak sesuai gambar kat atas tu diletak kat sini. ramai orang tengok.

    Reply #7 19 February, 2011, 08:23:38 AM
  • Publish
  • :)

    rasanya tak sesuai gambar kat atas tu diletak kat sini. ramai orang tengok.

    ok..hada delete..terima kasih atas teguran
    mencari redha ALLAH...jadilah insan berguna kepada orang lain

    Reply #8 19 February, 2011, 08:44:21 AM
  • Publish
  • 3. Pendekatan Strategik Dalam Keupayaan Berfikir

    Dalam proses penyantunan ialah keupayaan remaja melatih diri supaya mempunyai upaya berfikir dan cara pendekatan yang strategik.

    Strategik dalam erti kata para remaja harus mampu mengimbangi antara idealisme dan realiti. Idealisme dalam hidup remaja adalah sesuatu yang amat penting.

    Idealisme tanpa menyantuni realiti akan mewujudkan keadaan yang tidak seimbang. Idealisme cuba melihat sesuatu dalam keadaan serba sempurna tetapi realiti masyarakat tidaklah sepenuhnya sempurna.

    Oleh itu antara visi dan misi (idealisme) bagi mencapai sesuatu matlamat dalam perjuangan hidup harus mengambil kira faktor ilmu, upaya guna tenaga, alat-alat bantu, kekuatan teknologi supaya pendekatan yang diambil menjadi seimbang. Kalau tidak, para remaja hanya seronok dengan pendekatan pidato-pidato, reaktif terhadap isu tetapi pro-aktif menyantuni penyelesaian.

    Bagaimana nak mengekalkan idealisme dan kesantunan dalam satu masa..adakala visi dan misi selalu lari dari realiti
    disebabkan faktor kekurangan ilmu dan kurang pengalaman hidup seorang remaja itu.Namun adakalanya faktor suasana
    yang ditimbulkan oleh orang dewasa juga sangat sangat menyumbang kepada reaksi tidak sopan seorang remaja?

    « Last Edit: 19 February, 2011, 08:50:05 AM by imanhilmi »
    aku tak takut nerakaNYA..aku tak cari syurgaNYA..yang ku rindu adalah cintaNYA

    Reply #9 19 February, 2011, 08:56:05 AM
  • Publish
  • Boleh tahu tak...Apa yang dimaksudkan dengan kesantunan dan sopan santun ni?
    Catatan Warna-Warni Kehidupan | Di Laman Halaqah ku Mencari IlmuNya
      http://www.cwwk.blogspot.com  |  http://ilmuhalaqah.blogspot.com

    Reply #10 19 February, 2011, 09:14:31 AM
  • Publish
  • 1. Kesantunan Terhadap Ilmu

    Kesantunan bermula dengan menyantuni ilmu-ilmu yang bermanfaat supaya pematangan akal dan pemerkasaan diri berlaku dengan baik. Ilmu yang bermanfaat umpamanya boleh didapati dalam khazanah tamadun Islam.

    Pada masa sama, ilmu-ilmu berbanding yang bermanfaat dari Barat dan Timur harus juga dicari. Menyantuni khazanah Islam dan faktor-faktor di luar lingkungan adalah amat penting supaya konsep ilman nafi'a (ilmu-ilmu yang bermanfaat) dapat disuburkan dalam kehidupan.

    Kelompok remaja seharusnya menjadikan ilmu Islam dan ilmu berbanding sebagai faktor penting dalam menentukan kejayaan pembangunan dan kemajuan.

    Faktor globalisasi yang sedang mendatangi umat Islam kini menuntut persiapan yang rapi di kalangan remaja untuk menguasai ilmu pengetahuan yang pelbagai supaya nantinya umat Islam tidak hanya menjadi pengguna kepada modal orang lain tetapi harus menjadi penyumbang kepada kekuatan tamadun manusia.

    Kesantunan dalam ilmu....
    ada yang mencuri ilmu dalam mencari ilmu...
    memfotostat buku tanpa kebenaran penulis...
    kenapa tak beli buku origanal?
    sebab mahal harganya berbanding fotostat?
    pakaian mahal... barang mahal lain boleh beli...
    topup telefon boleh beli banyak2...
    kenapa ilmu yang halal tak boleh dibeli?
    apa guna ilmu kalau ilmu tu hanya ilmu curi?
    sopan santunkah dalam mencari ilmu kita mencuri?

    sedangkan kita perlu mendapatkan keberkatan dalam mencari ilmu...
    satu lagi hormat lah guru... jangan mengumpat guru dibelakang...
    datang kelas sebelum cikgu datang....
    keluar kelas selepas cikgu keluar...
    jangan menipu guru...
    jangan sakiti hati guru...
    banyak sopan santun yang perlu diterap dalam mencari ilmu...
    kerana kita bukan sekadar mencari ilmu...
    tapi mencari keredhaanNya dalam keberkatan ilmu tu....

    maaf kalau meyakitkan hati sesiapa...
    sekadar peringatan buat diri sendiri...
    « Last Edit: 19 February, 2011, 09:25:47 AM by gadis_skru »

    Reply #11 29 June, 2011, 09:57:01 PM
  • Publish
  • Remaja kat sini, rata rata bersopan santun...

    Bersopan santun itu sering di tuntut dalam masyarakat remaja,

    Namun : golongan bukan remaja >>>> sering tunjuk apendantahlaweh berbeza....

     keju sendiri = kurang sopan santun pulok !!!!

    divider3
    halaqahforum4